Wednesday, May 7, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 9)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Shubahanalmalikilquddu. Rabilmalaa ikatihi walruhh.

Jalal tassamaawati wal’ad bi’iazaati wal jabbaruut



PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian9)




Sebelumnya Berikutnya Kembali ke Mesej
Top of Form
HapuskanBalasKirim LanjutSpamPindah...
Bottom of Form
LHCol_Init();
Paparan Boleh Cetak Mesej ini tidak berbendera. [ Tandakan Mesej dengan Bendera - Tandakan sebagai Belum Dibaca ]
Tarikh:
Mon, 5 May 2008 12:16:22 +0800 (SGT)
Daripada:
Atan
DomainKeys Yahoo! telah mengesahkan bahawa mesej ini telah dikirim oleh yahoo.com.my. Ketahui lagi
Subjek:
Re: Pergi buat Umrah jumaat ini?
Kepada:
Pak Je
Top of Form
Bottom of Form

Wallaikumsalam,

Insyallah tiap-tiap hari Jumaat pergi Mekah samada umrah atau sembahyang Jumaat. Insyallah hajat tu akan dibuat. Kalau tak ada aral saya balik cuti 16.5.08 sampai 28.5.08 ni. Kalau ada masa mintak Mak Je buat rendang hitam “Dong”.
Tinggal kat sini macam ni lah utk kerja bolehlah. Tau ajalah Arab ni. Nanti balik boleh sembang.

OK Jumpa lagi.

“Atan balas email” Kata Atuk Man dengan agak kuat pada Wan Je isterinya yang kebetulan sedang mengemas dekat kawasan tempat Atuk Je buat kerja.

Bilik itu di panggil ”bilik Mak Long” oleh cucu cucu mereka, iaitu Along, anak nya yang pertama, balik sekali sekala sebab Along duduk di Trengganu ikut suaminya. Anaknya ini lulusan sastera Inggeris (buat master kat Texas,tapi half way give up tukar kepada computer), tapi sekarang jadi pengusaha “home made chocolate” pula.

Sebelum itu mengajar bahasa Inggeris sekejap, kemudian buat sekolah drama dalam bahasa Inggeris untuk kanak kanak….Bila Wan Je komen apa nak jadi dengan Along, Atuk Je cuma berkata biarkan…Along kuat pegang hakikat…..Allah lah jaga dia…

“Atan boleh katakan tiap tiap jumaat pergi Mekkah…Dia nak balik 16hb ini. Dia nak rendang Dong awak…” maklum Atuk Man..

“insyaalah…” jawab Wan Je.

“Besuk 9 May….tarikh Ustaz Yong kembali ke Rahmatullah,genap…5 tahun” tiba tiba Atuk Man teringat.

Bagi Wan Je bila tersebut nama Ustaz ternampak nampak wajah penuh ustaz, yang berjalan kawasan lapang rumahnya sekarang seraya berkata ” jangan risau Hajjah…insyaallah tanah ini jadi milik hajjah satu hari nanti…”

Arwah berdoa di tanah lapang itu…Tanah itu memang di bersih kan oleh Wan Je.

Alhamdulilah akhirnya tuan punya tanah jual tanah itu kepada Wan Je…selepas ustaz meninggal…Tanah kosong itu bersempadan dengan lot rumah sekarang, jadi ada kawasan lapang untuk anak cucu bermain..itu saja cadangan Wan Je..Bila ada khenduri kawin jiran mereka di suruh gunakan kan oleh Wan Je untuk dirikan khemah…

“ Hari ini bukan 7 May..?” Tanya Wan Je..

“Ya..”

“ Hari ini tarikh arwah Bapak kembali ke Rahmatullah…Dia meninggal tahun 1980 , hari ‘hol’ negeri Pahang…” Kata Wan Je..dan dia terdiam...begitu juga..Atuk Je….Tahun 1980 itu dia masih berdagang di negeri asing… di pantai timur yang penuh bermakna…

Serentah dalam ingatan Atuk Je…Arwah Bapa mertuanya…sah seorang wali…dari kecil lagi wali kekal sampai akhir hayatnya….tak pernah menyakitkan hati orang, tak menyusahkan orang… kalau boleh nak bagi apa yang dia ada pada orang atau adik beradiknya…sentiasa mengalah…kehidupan yang paling sederhana…

Tak pernah menuntut harta harta peningalan arwah ayah dia…penyayang mudah mengeluarkan air mata….tak ubah macam cerita nabi tentang seorang wali…datang tak di panggil, tak ada pun orang tak perasan…semuga Allah letakkan bersama orang orang muqarabin….


Memang Atuk Wan tenguk Wan Je mewaris arwah Bapak dia yang begitu penyayang dan sensitive cepat mengeluarkan air mata…” drama queen “ kata anak bungsu mereka.

“apa yang you ingat tentang Arwah ustaz Yong” Tanya Atuk Man tiba tiba bersuara kembali

“ Ustaz kata ‘Hajjah… kita ini macam lampu tu… petik di tepi tengah menyala’” kata Wan Je. Ustaz memanggil Wan Je Hajjah dan Atuk Man Haji…walau pun ustaz tahu mereka belum pergi haji…. Orang berilmu lain treatmentnya penuh hikmah…

“ Dan ustaz,,selalu cakap ‘ada,..tu…’ seolah olah dapat membaca fikiran kita…sejak dia meninggal selalu ternampak nampak dia …” kata Wan Je yang di panggil hajah oleh Ustaz dan kemudian di ikuti oleh Ayoh Wang.

Ustaz Yong mempunyai banyak murid, pernah mengajar di sekolah ugama Zainal Abidin. Masa Mufti Almarhum Syed Zawawi,,dulu ustaz di tugaskan mengajar anak anaknya mengaji…di masa itu ustaz banyak belajar ilmu hakikat dari Beliau. Kitab Asraq rabbani…di hadiahkan oleh Almarhum kepada ustaz...ada cerita menarik bila Ustaz terjumpa kitab ini di library mufti sebelum itu…

Lepas besara, ustaz di minta oleh guru sekolah Menengah Teknik Seberang Takir mengajar anak anak murid satu hari seminggu…tiap malam sabtu dari maghrib sampai isyak di khaskan untuk ustaz mengajar…

Kalau tak ada program tertentu Ustaz akan habiskan masanya di surau dan sekali sekala turun KL di jemput oleh keluarga dia yang ada di sini.

Sekitar tahun 1988 hingga 1998 Atuk Man ke Kuala Trengganu, selalunya urusan kerja dan mesti tidur di” hotel Lima bintang” Ustaz Yong diSeberang Takir. Selalu Ustaz bawa minum air buah dalam “gaint glass”. Lepas tu berehat sekejap di wakaf tepi kuala, bersama nelayan yang juga berehat di situ,,,sebelum naik tidur di surau…

Ustaz hanya tidur kat surau bila Atuk Man datang…Dia ajak Atuk Man tidur di atas rumahnya tapi Atuk Man suka tidur kat surau,,,.

“Atuk…” tiba tiba Atuk Man di datangi cucunya “Nana” berumur enam tahun, baru bangun tidur,,,,lalu di usapkan kepalanya di ubun ubun dan dalam hati berdoa..."Ya Allah Kau jagalah cucuku ini macam Kau jaga nabi nabi dan para Wali Mu” dan menghembus di umbun cucunya,,,,Itu juga lah doa Atuk Man kepada cucu cucunya yang lain…biasa cucu yang ini nak tidur cari Atuk ,bangun tidur pun cari Atuk…



Lepas tu Nana beredar dari situ bila tenguk Atuk Man sibuk.

Ustaz banyak memberi ayat doa doa selawat selawat dan takdis kepada anak muridnya di sekolah teknik itu, hampir serupa dengan apa yang di bagi kepada Atuk Man. Atuk Man percaya, mana mana bekas anak murid sekolah teknik itu ingat ustaz Yong….

Banyak orang kenal ustaz sebagai ‘ustaz’ yang mengajar fiqah, tafsir, tawhid, tasawuf, bab syariah…luaran saja, kulit sahaja…tak banyak yang kenal ustaz sebagai guru hakikat yang sebenarnya…agaknya mereka tak mahu bertanya.

Banyak kes, dalam ceramah ugama di surau surau seberang Takir dan juga di surau Ustaz sendiri yang Atuk Man sempat mendengar Ustaz ada bagi “gazet” atau hints…tetapi mungkin dia orang tak tertarik….

Guru hakikat bila beri ceramah umum mesti dia selitkan bunga bunga atau hints sekiranya dia seorang hakikat….bagi yang sudah kenal masa bersalam sudah tanggkap….

Contoh, ustaz terangkan bahawa dalam dunia ini semua nak kan ilmu….bawa kereta ilmu …kerja kat ofis ilmu…nak kahwin ilmu… nak mati pun nak ilmu

Atuk Man rasa bertuah dapat berguru bab hakikat dengan ustaz Yong. Atuk Man benar benar rasa syukur atas pemberian Tuhan itu .Ini pun cara kebetulan ( ketentuan Allah) dengan kuasa Allah terserempak dalam satu majlis dengan Ayoh Wang, yang sebelum ini tak pernah kenal, entah macam mana tersasul cakap pasal ilmu hakikat…Melalui Ayoh Wang dapat berguru dengan Ustaz Yong. Ayoh Wang sebenarnya boleh mengajar tapi dia tak sanggup dia, katanya elok saya jumpa Ustaz Yong.

Ini anugerah Tuhan belaka kepada Atuk Man dapat berguru dengan orang seperti Ustaz, seorang ulama yang di segani.... Sekarang memang terasa kehilangan seorang ulama…..ibarat hilang satu bintang di langit…orang Seberang Takir pun terasa kehilangan seorang ulama ini.…

Bagi Atuk Man dan Ayoh Wang kehilangan Arwah satu kehilangn besar…hilang tempat bermanja…tempat kita bersama kongsi Allah…bercerita pasal Allah tak kira masa….bergurau.. cara orang hakikat dengan penuh erti, gurauan yang tak lari dari landasannya….sungguh sayu hati…Atuk Man…sungguh rindu sekali…..

Kadang kadang terdengar suara Ustaz ketawa ..suka sangat hatinya, contoh macam Atuk Man bercerita bagaimana bila kita naik kereta , perjalanan kita jadi lambat, sebab banyak check point untuk pokok memberi salam dan bertanya khabar kepada kita… hingga kita rasa lambat sangat sampai..tetapi hala balik…pokok mendiamkan diri sudah kenal…jadi bila balik kita rasa cepat….Ustaz ketawa besar dan dia tak kata cerita itu mengarut…juga dia tak kata betul….

Tapi kebiasan ustaz bila nampak kehijauan pokok pokok kalau terjumpa satu pemandangan yang cantik dia akan sekurang kurangnya berkata:

Subhaanaka Allahumaa wa tabarakas muka wa ta’allah jaduka Laa illaha illa anta
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar Kabira.

Laa did dala
wa laa niddala
wa laa jaurala
wa laa syiibhala
wa laa haddala
wa laa ’addala
wa laa mith lala
wa lakufwala
wa laa nadzirala
wa laa wa dzirala
wa laa syarikala.


Tabarakas mukaa yaa zal jalali wal Ikram.

Tabarakas mukaa Jaljahlaaluh

Tabarakas mukaa wa Ta’alajaduka la illaha Ghairuka

Tabarakas mukaa la illaha anta.


Nak cerita kisah kisah ustaz memang panjang boleh buat buku…Tapi walaupun ada galakan dari kawan kawan, namun memikirkan keupayaan AtukMan tak pandai nak menulis..ayat lintang pukang ejaan sana salah sini tak betul…kalau ada orang nak edit ok juga…

Arwah Ustaz kembali ke Rahmatullah pada 9 hb May 2002 waktu duduk tahyat akhir sembahyang Asar….

Sebelum itu Arwah mengadu sesak nafas kepada anak anaknya. Yang tua yang tinggal bersamanya ia lah Abdul Halim ( juga sudah Arwah). Anak anak nak bawa ke hospital, namun Arwah kata tunggu dulu…biar dia uruskan hal dia dengan Tuhan dia dulu…

Selepas dia puas hati dengan tugas tugas ahkirnya dengan Tuhan dia, ustaz tak membantah untuk ke hospital…namun tak berapa hari di hospital dia minta kebenaran doctor untuk balik ke rumah.

Selepas itu dia panggil anak anaknya, lebih lebih lagi Abdul Halim..dia bagi tahu dia tak lama lagi…kepada Abdul Halim yang selama ini memang di takdirkan di lahirkan di dunia ini untuk jadi pembantu( jadi khadam) bapanya.
Arwah berpesan kepada anak sulungnya,
“ini ada tujuh butir bungkusan pasir, gunakan untuk buat penyendal jenazahnya masa dalam keranda”

( sebab kubur di Kuala Trengganu semua berpasir jadi tak ada lubang lahat, gantinya keranda).

Abdul Halim sempat bertanya seperti biasa, bergurau ‘Dari mana dapat pasir yang halus ni…’ dia rasa macam tak percaya…

“ Mu, jangan tanya” Jawab Arwah ….

Atuk Man …menangis teresak esak keseorangan..bila dapat berita ustaz sudah berpindah ke alam yang lain…..malam itu dia menangis lagi…Pagi itu menangis lagi…sungguh sedih…..

Bila dia beritahu Wan Je ..apatah lagi ..terus terhambar air matanya… sedih benar…

Hari ini pun genap 5 tahun ustaz pergi…mereka berdua menangis bila mengingatkan arwah…

Kesimpulan tentang Arwah Ustaz Yong; hanya syukur, dapat di panjatkan, kerana Allah dapat ketemukan Guru yang arwah bapa Atuk Man suruh cari sejak dulu lagi, cuma Atuk Man boleh berkata apa yang diperkatakan dalam kitab Hikam (terjemaan) kata:

Asysyibly berkata: Syukor itu jalan melihat pada yang memberi bukan melihat nikmat pemberiannya.

Abdul Aziz Almahdawy berkata:Siapa yang tidak melihat
Pemberi nikmat di dalam nikmat itu, maka nikmat itu hanya berupa istidraj (dilulu) dan berubah menjadi bala.

Abu Hamid (Muhammad) Alghazzaly membuat contoh: seorang raja memberi hadiah kuda pada rakyatnya, maka dalam menerima nikmat pemberian hadiah ada tiga macam:

1. Merasa gembira kerana ia mendapat sesuatu yang berguna dan berharga, sesuai dengan maksud tujuannya, dan dapat menyampaikan hajat keinginannya. Orang yang sedemikian ini tidak memperhatikan raja sama sekali, pandangannya hanya semata mata pada kuda, di beri raja atau mendapat di hutan tiada beza baginya.

2. Orang yang gembira bukan kerana kuda, tetapi kerana merasa di beri, di ingati ,di kasihi oleh raja, orang ini dapat membezakan antara pemberian raja dengan jika ia dapat di hutan.

3. Orang yang merasa gembira kerana dengan pemberian itu, dia dapat menggunakan untuk lebih mendekat kepada raja, sehingga dapat lebih meningkatkan kedudukannya di sisi raja.

Berguru dengan ustaz satu anugerah kepada Atuk Man. .ustaz sudah berjaya membuat Atuk Man rasa dekat dengan Allah…bersesuai dengan cara ketiga di atas.

Atuk Man hanya dapat menziarah kubur pada hari ketiganya….…

Kemudian tiga bulan lepas itu anaknya yang sulung Abdul Halim kembali menjejak arwah bapanya. Abdul Halim berumur 40 tahun, masih bujang meninggal kerna demam panas….Hidup dia untuk berbakti kepada bapa dia….

Setahun sebelum itu, anak perempuan Arwah Ustaz lebih awal mendului Ustaz,,,, Dia meninggal seminggu lepas bersalinan anak pertama. Hari meninggal ustaz baru nak sampai dari Mekkah… tiada yang dapat beritahu dia, sampai ke airport kuala Trengganu rupanya dia menyambut jenazah anaknya. anaknya meninggal di kuala Lumpur, jenazah di bawa balik dengan flight yang sama…

Anak perempuannya tak sampai setahun balik dari As….

Al Fatihah untuk ketiga tiganya…


Mengenangkan kembali membawa fikiran Atuk Man mengingati ajaran yang di perolehi….

Ilmu hakikat mengasuh Atuk Man mengenal yang haq dan yang batil . bila dia dah faham mana yang haq dan mana yang batil bermakna sedang berjalan di atas sirotalmustaqim. Isyaallah.

Sirotalmustaqim mesti di titi di dunia ini sendiri…tunggu di ahkirat sudah terlambat…perjalanannya mesti di mulakan di sini….

Yang Haq ialah semata mata milik Allah dan yang batil ialah yang rosak tak kekal dan musnah’.

Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.

Yang Haq ialah afaal, sifat,asma dan Zat Dia , yang batil ada lah ciptaannya yang ghaib dan nyata.

“Laa illaha illallah”

Untuk menuju ke Zat Dia …,kita berpenggang teguk atas kalimah ini

“Laa illaha illallah”dan Laa haula wala quwwata illah billahi….

Bila seorang hakikat yang sudah sudah mantap pegangan nya ‘haqqul yakin’ bila bila teringat "Laa" saja diri dia sudah tiada…Yang wujud hanya Allah …..dan dia sudah "Laa haula wala…" dikatakan mati sebelum di matikan….Dan dia sudah undur kebelakang ,,,,zaman sebelum ada permulaan, Bi Kana Ma Kana...

Bila angkat takbir kedua tangan angkat kat atas….tanda surrender atau menyerah kalah ..tak berdaya…semua Allah lah..kembali kepada Allah… Mati sebelum mati…

Bila sudah benar benar faham dan betul betul mengamalkan Hakikat perkara lain tak penting….secara otomatik seorang hakikat jadi tawaduk dan semua sifat jelek hasat denki , iri hati,sombong, mengadu domba, merompak ,gila pangkat cinta dunia ,tamak ,rakus dan lain lain sifat keji hilang.

Kalau masih ada makna dia kurang musyahadah, suhud……dan kalau dia zikir...zikirnya pun tak penuh…..

Musyahadah penting,,,,, Ayoh Wang , sekiranya orang datang kepada dia minta tolong jampikan air… Dia jampikan air sebab permintaan “orang” dan dia tahu siapa yang minta dan siapa pula yang akan menunaikan permintaan itu. Dia yang meminta Dia yang menunaikan permintaan…Tetapi selepas itu dia akan musyahadah……...

Menjampi mengubati boleh bukan tak boleh tapi ada kaedahnya….Mustahak di sini kita tak mahu orang itu jatuh
syirik…..

Selalu nya suruh orang itu sendiri jampi airnya atau berdoa kepada Tuhan, kita cuma ‘membantu’ dia sama sama menjampi air dan berdoa…..sebab hakikatnya doa tak doa jampi tak jampi yang al syafi dan al mulmuafi pun Dia. Bila di datangi sakit hamba Allah pertama kena sabar dan dalam sabar ada syukur, kata imam Ghazali.

Bagi orang hakikat , seperti kata abang ipar Atuk Man , "orang kalau datang… minta kita jampi, kita jampi lah…baca lah ..doakan lah…Tak nampak ke kita ‘siapa yang sebenar datang’….dan yang nak tunaikan hajat siapa….serah balik pada Dialah….”

Jadi hakikat ini amat mudah sekali….kita tak payah susah ….”semua balik pada yang satu” kata kata yang selalu terkeluar dari mulut Wan Je bila orang membawa permasaalahan kepada dia.

Begitu juga lah kalau ada orang meminta sedekah di depan pintu rumah cepat cepat keluar membantu…atau menghulur…”kita mesti tahu siapa yang datang tu sebenarnya”

Kita umat Islam tak perlu minta orang itu dan orang ini menjampi dan sebagainya…kita sendiri kena dulu tampil kehadapan…kita jampi dulu….bacalah apa yang ada di dada kita…dan memohon kepada Nya…kalau nak bantuan sikit sikit untuk keberkatan boleh lah tapi kita kena dulukan….

Atuk Man sendiri pun buat….Kadang kala ada masa Wan Je sakit sangat kepalanya Al syafi panadol tak nampak berkesan….Atuk Man jampikan air lepas itu letakkan air atas meja dan telifon Ayoh Wang …”saya ada letakkan air diatas meja…untuk Hajjahlah ….. tolong buat apa yang patut…”

“Ok….lima minit lagi minumlah…” kata Ayoh Wang….Semuanya kerana kita tahu hakikatnya ..yang bagi penyakit Allah yang menyembuhkan Allah…Hanya haqqul yakin ….

Lepas tu Atuk Man percaya Ayah Wang akan musyahadah…..

Musyahadah ini senang sangat.. Contoh, Atuk Man bila lepas operasi by-pass, di ajar pulih pernafasan….tarik nafas (tutup mulut)…..tahan…buka mulut, hembus…hembus buka mulut …hingga kosong paru paru…Atuk Man selama ini tak sedar cara pernafasan yang di anjurkan oleh Arwah Ustaz Man Guru hakikat yang ketiga bagi Atuk Man…sama cara sainstifik…Cuma cara sainstifik seperti yang di ajar oleh IJN tak ada “ISI”.

Musyahada cara Arwah ustaz Man …Tarik Nafas (tutup mulut)….kosong kan diri kita (fikiran) ….tahan nafas,,, ingat Allah ….hembus nafas (ikut mulut)…nampak diri kita dan seluruh alam semesta….hembus habis.. dan mulakan balik proses ini berkali kali hingga merasa kenikmatan…..

Proses nya…kita balik kebelakang semalam hingga zaman kanak …perut ibu..mani bapa kita ..dalam mani Adam …belakang pinggang Adam.. alam ruh alam tiada. ..kosong …Ini semua masa tarik nafas dan ….tahan nafas…tahan...ingat Allah rasa kita bersama nya…Masa hembus nafas.. lepas nafas (reverse process ) nampak diri .. kita …dan seluruh Alam terjali…Bila sudah biasa kita terus zoom dari hari ini terus ke zero….

Ada sebab kenapa di amalkan dalam tarik nafas kita kosongkan diri kita….

Hati seorang pengamal hakikat sentiasa tengelam dengan Allah….Dia sudah tiada kehendak , semua kehendak Allah…Laa haula wala ..total..bukan physical sahaja seluruh jiwanya di serah pada Allah….Ini rahsia yang empunyai diri yang sampai kesitu yang tahu…laa haula wala kita sudah billah….

Perkara lain sudah tidak penting… perhatikan cerita Nabi Daud bila dia sudah dapat merasakan “campakkan” rasa bersama Tuhannya, Dia redha kalau dibenamkan di perut bumi yang dalam…dia redha kalau di masukkan ke neraka jahannam sekali pun.Sebab Nabi Daud telah di beri rasa oleh Tuhan….yang lebih baik dari syurga.

Teringat ajaran Arwah Chegu Mat, Guru yang mengajar Atuk Man masa tingkatan 3 dulu, pasal bab pasang cita cita…”kalau nak menembak biar lah tinggi sasaranya kalau tak kena sasaran, terkena pucuk kayu pun dah bagus.

Jadi kenapa kita tak target kepada dapat berjumpa Allah, tuan ampunya syurga…

Apa ruginya mempelajari hakikat…?

Memang susah seorang itu nak berubah…

Nabi Ibrahim yang memang Tuhan nak jadikan Nabi pun mencari Tuhan….apatah kita ini….peringkat permulaan kita kena cari tuhan…

Ya, guru guru kita ada mengajar sifat dua puluh… tapi dapat ke di hayati…?

Yang paling utama nak di jaga dari segi tauhid ialah ialah syirik…semua syirik …syirik besar seperti menyembah patung dan kecil seperti riya, kita boleh jaga; tapi syirik khafi?

Sabda Nabi, syirik Khafi ibarat semut berjalan diatas batu hitam di malam yang gelap…

Pada pandangan Atuk Man, semut itu ibarat syirik khafi…batu itu diri kita…malam orang ramai,,,Yang nampak semut dalam keadaan itu ialah Allah, orang ramai tak nampak nampak semut sebab gelap…tapi batu (kita ) berasa semut merayap di atasnya…

Syirik Khafi begitu halus ‘tersembunyi’ tak dapat dilihat manusia lain , tapi Allah nampak,,,,dan kita sedar.…tetapi mungkin tak tahu itu syirik….

Bila kita angkat takbir untuk sembayang dan perbuatan perbuatan yang lain lainnya selepas itu , kita berasa kita yang angkat takbir, dan buat semuanya….kita mengaku semua afaal kita dan bukan afaal Allah, kita yang sembayang…..di saat ini kita sudah jatuh syirik . Kita tidak laa haula wala …..Kita mengaku ada kuasa,,,, Ini lah dia syirik Khafi….Tak ada gunanya kita menjaga ibadat yang lain ,,,. Tapi kita tak jaga yang ini …..kita sudah syirik…tapi kita tak sedar

Syirik sebab kita mengaku kita ada kuasa…
.

Ini lah sebenarnya hakikat nak ajar…

Masalah nya tiada darurah dalam kes syirik ini…tak macam lain lain kes seperti riba contohnya…(.walaupun wujud bank Islam, tapi dasar bank ada lah riba, tiada riba tiada bank , maknanya mudahrabah ke…kalau di kaji secara halus mesti ada riba,,,,), untuk riba kita kata zaman darurah….tapi syirik tiada darurah…..(darurat) tiada maaf bagi syirik…

Pelajarannya amat senang tapi orang tak mahu nak ikut….Fikir Atuk Man Hatinya masih terasa rindu …ingin sangat nak bermanja seperti dulu…




Wassalam.





.

2 comments:

love is forever said...

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah ALLAH dimuka bumi
Dan dalam merindukan keampunan Tuhannya
Orang-orang bertakwa
Rindu akan kebenaran kejujuran dan keiklhasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Adi said...

Assalamualaikum. Sy salah seorang pelajar sekolah mnengah teknik airport tahun 2000-2001. Sy plajar paling rapat dgn arwah ustaz yong ms tu. Byk ilmu yg arwah kongsi dgn sy. Kalo tk kberatan hubungilah sy utk panjatkan silaturrahim. 0133742949 Adi.