Wednesday, May 14, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 13)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali
..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man sodoqa fuhaduhu maraaha


PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 13)

“Kita orang pergi snorkeling ,ada turtle besar, sikit pun tak lari” Cerita Mak Su, anak bungsu Atuk Man , cucu mereka panggil Mak Su, yang bungsu.

“ Agaknya turtle tu fikir Mak Su anak dugong tak? sebab itu dia tak lari, ha ha ha” gelak Angah, di ikuti gelak dari emaknya Wan Je, kebetulan Atuk Man baru masuk ke bilik itu.

Mereka tiga beranak tengah bual bual, Angah baru balik dari HUKM, study untuk exam Masters dia..Datang nak jemput anaknya balik rumahnya, besuk hari Isnin, sekolah. Anak anaknya, tiga orang juga, dah dua malam tidur kat rumah ini. Program Atuk Man nak balik Jelu minggu ini terpaksa di tangguhkan lagi.

“ Dah hilang tension lah tu “ jawab Mak Su mengata Angah balik. Ahli ahli keluarga Atuk Man , dah sedia maklum bila Angah in jovial mood, tergelak besar, itu bererti satu pertanda yang baik. Seluruh alam ikut gembira. Boleh lah usik dia balik dan semua orang akan berasa lega.

Kalau dia bad mood dia akan terus tidur dalam bilik Mak Su, masa tu Wan Je tak berani nak tanya sikit pun. Atuk Man juga lah akan tanya.

Mak Su telah melepaskan tension exam dia dengan pergi cuti di pulau Perhentian dengan kawan kawannya

Sebenarnya Mak Su dah balik dua hari lepas, tapi baru hari ini Angah dapat jumpa dia. Empat malam di Pulau Perhentian, dan sampai KL dia terus ke rumah kawan di Alor Star, semalam di sana.

Mak Su agak gempal di banding dengan adik beradik yang lain.Sebab itu Angah suka usik dia. Dalam keluarga Atuk Man pelik sikit, dua orang anaknya, Angah dan adiknya yang lelaki, berkulit putih ikut , Wan Je yang ikut kulit Bapanya. Manakala Along , Abi dan Mak Su gelap sikit tapi manis ikut Atuk Man. Kulit Atuk Man , sikit gelap tapi manis ada dan hidung macung sikit macam Kapal Singh . Angah, anak lelaki Atuk Man dan Abi tinggi lampai dan badan slim.

Sebab itu tadi sebaik sampai saja Angah dah tergelak besar bila tenguk muka Mak Su bertambah hitam kerana kena panas laut.

Atuk Man hilang tension bila dengar Angah tergelak.

“Ada bawa buku Minhajul Abiddin “ Tanya Atuk Man kepada Angah

“ Tak balik rumah. ..dari HUKM terus balik sini” jawab Angah

“ Exam macam mana “ Tanya Atuk Man

“ Tak tahu lah, hari ini soalan objective,” Jawab Angah.

“ Objective main guest je lah” Atuk Man mengusik.

“tapi kalau salah jawab kena tolak markah pula ” Jawab Angah

“ Bila pula tahu lulus tak lulus?” sampuk Wan Je

“ Hari Jumaat tahu lah results” jawab Angah

“ Kalau dia orang tak telifon suruh datang on call hari sabtu, tak usah pergi check lah makna tak lulus”sambung Angah lagi, tapi nada dia ada jenaka sikit

“cepatnya result keluar “ kata Wan Je

“Ya!.kalau tak ada telifon suruh buat on call, .tak payah pergi check lah" tegasnya lagi…

Suami Angah diam saja . Dia seorang engineer , pensyarah sedang menghabiskan master nya tapi caranya buat research, jangka habis dua Tahun.

Itu pun jadi kemarahan pada Angah, yang bidang lain buat Master setahun dua tahun; baru baru ini sepupunya ,lawyer, buat master setahun saje. Angah kena 4 tahun.Tak jadi pakar sekarang ini tak bermakna . Paksa buat juga, alang alang dah jadi doctor...

Bagi Atuk Man, Angah nampak confident, jadi Atuk Man rasa lega sikit…

“ Isteri Samah kirim salam . Tadi dia dan Samah datang tanya rendang nak kirim pada anaknya dah siap ke” Atuk Man beritahu Wan Je bila Angah suaminya dan anaknya sudah balik.

Samah dan seorang lagi Datuk Abd Rahim ialah sepupu kepada Atuk Man .Bapa mereka adik beradik .dan cuma yang masih hidup yang bongsu ialah bapa Datuk Abd Rahim. Mereka bertiga ini dulu zaman persekolahan amat rapat dengan satu sama lain “doh sama gi mari” kata orang Kelantan. Mereka ikut giliran tidur rumah masing masing.

Bila dah berkerja kerana tempat kerja jauh mereka jarang berjumpa. Tetapi bila masing masing sudah bersara mereka sering berjumpa. Samah kebetulan tinggal tak berapa jauh dengan rumah Atuk Man.Anak anak mereka juga sudah besar dan ada yang dah kawin.

Kebetulan anak ketiga Samah ada di Bradford UK. Anaknya Farah seorang lawyer mengikuti suami buat PHD. Dia pun juga dapat tawaran buat Master bulan Ogos ini. Farah dah kawin hampir 4 tahun masih tiada anak, namun baru baru ini Atuk Man di beritahu Farah sedang berbadan dua. Wan Je dah buat “ramalan” pada Farah itu hari. Mungkin di Malaysia terlalu panas, Di UK cuaca sesuai.

“Oh tidak…ini semua kuasa Allah sudah termaktub!” fikir Atuk Man.

Masa bulan Oct tahun lepas, kebetulan Atuk Man suami isteri pergi ke Dublin jadi mereka cari ruang pergi Bradford dari Dublin.

Dari Bradford Atuk Man hantar email. “ Pak lang dan Maklang akan turun ke Bradford , Abi Tak dapat bersama, dia kerja. Tapi nak tanya sikit, ada ke orang bernama Salehudin kat Bradford. Dia orang Raub, Dia anak Saudara Maklang”

“ Beri tahu flight no, boleh ambil kat Lead Airport. Anak saudara Maklang tu jiran kita orang dia dah nak habis ambil PHD, Dia kirim Salam dan berharap dapat berjumpa Maklang nanti” balas farah.

“ kecil betul dunia ini” kata Wan Je.

“Memang kecil dunia ini kalau dibandingkan dengan planet planet yang lain.” Atuk Man cuba menerangkan pada Wan je.’

“ Apa tujuan Allah mencampak kan manusia di planet yang paling kecil sekali?”

“ sebab Tuhan nak menunjukkan bahawa Dia yang berkuasa. Tuhan boleh letakkan manusia di Jupiter kalau dia mahu tapi Tuhan tak nak buat” terus Atuk Man bila Wan Je tak jawab.


Sebenarnya selepas balik ke Malaysia musim Haji yang lepas Atuk Man berjumpa Datuk Abd Rahim dia beritahu anak adiknya baru pergi Mancester hari Raya itu hari

“ laa... apa tak ada orang beritahu boleh pergi jumpa dia .Dari Bradford dan Mancester tak Jauh . Di situ lah Angah belajar dulu” Kata Atuk Man kepada Datuk Abd Rahim.

Kebetulan hari Mak Cik Dara, kakak kepada Bapa Datuk Abd Rahim, meninggal dunia masa musim Haji lepas, Atuk Man berjumpa Bapa anak saudara Atuk Man yang di katakan itu, lalu Atuk Man minta email dia.Nama dia Noor ,seorang jurutera tapi jadi Pensyarah ambil Master kat Manchester.

Mak Cik Dara, adalah satu satunya adik beradik perempuan bagi Bapa Atuk Man, di mana Bapa Atuk Man yang tertua, di ikuti, Pak lang Mat Arif, Pakcik Salleh, Pak Teh, Bapa kepada Samah, Mak Cik Dara, dan Cu Jani, Bapa kepada Datuk Abd Rahim.Bapa Atuk Man meninggal dulu, dan satu satu lepas tu adik adiknya mengikutnya. Orang orang kampong kata macam setandan kelapa, yang tua jatuh dulu , satu demi satu ikut jatuh siapa tua.

Atuk Man memang kesayangan Machik Dara. Selalunya Atuk Man melawat dia bila setiap kali balik.Tetapi kebelangkang Atuk Man tak berkesempatan berbuat demikian. Macik Dara dah lama menghidap lemah jantung. Jadi bila dapat tahu Mak Cik Dara tenat Atuk Man balik dan berjumpa dia.

MakCik Dara tak boleh bercakap tapi dia beri signal dan nampak happy bila melihat Atuk Man. Melihat keadaannya, Atuk man segera hantar SMS kepada Samah yang sedang ambil haji minta dia berdoa di sana dan buat yang terbaik untuk Macik Dara juga minta dia beri tahu Datuk Abd Rahim yang sama buat haji bagi kali keduanya.Sebenarnya Atuk Man nak suruh dia buat Tawaf sunat dan hadiahkan kepada Macik Dara, tapi Atuk Man tak mahu memberatkan Samah.

Rupanya Samah masa terima SMS baru saja melakukan Tawaf sunat . dia terus menghadiahkan pahalanya, kepada Arwah Makcik…Atuk Man bersyukur bila dapat tahu kemudiannya.

Makcik Dara meninggal tiga hari selepas Atuk Man berjumpa Dia. Dia terlebih dahulu beri tahu anak anaknya dia akan balik.

“Memang Makcik Dara tunggu you balik jumpa dia sebelum dia pergi” Kata Wan Je pada Atuk Man. Begitu sayu hati Atuk Man bila di beri tahu begitu oleh Wan Je. Dia menangis depan Wan Je .Dia tak pernah buat begitu menangis depan Wan Je. Kalau dia sedih macam mana pun dia tak akan tunjuk depan Wan Je.

Bagi Atuk Man, lebih lebih lagi anaknya Angah, ke rumah Macik Dara bererti makan “sagun”. Dia tahu Angah suka makan sagun. Arwah akan buat untuk Angah setiap hari raya.

Atuk Man sedih bila teringat Makcik Dara, meninggal dalam usia 83 tahun. Alfatiha ...


Dia menghargai kasih sayang mak saudara nya. Memang Atuk Man sedar dia adalah satu barang yang speacial bagi Mak Cik Dara dan begitu juga dengan lain lain bapa saudara dan mak saudara, baik dari keluarga ayahnya atau Ibunya. Atuk Man memang sedar dia di sayangi dan di senangi oleh mereka ini. Ini bukan satu exaggeration . Atuk Man rasa ada satu sebab kenapa perasaan sayang itu timbul iaitu Atuk Man “really care about them”.

“Ini baru kasih sayang dari manusia, bagaimana agaknya kalau kita dapat kasih sayang Dari Allah sendiri ?” Atuk Man cuba balance dirinya.

“ Kalau we really care about Allah , lagi lah hebat reaksi Allah terhadap kita” Fikir Atuk Man sekali lagi.

Kalau Tuhan dah sayang kita dia akan sediakan perkara yang kita suka.

Contoh, macam mak saudara mak saudara Atuk Man, seperti Arwah Bibi, adik kedua kepada Ibu Atuk Man, kalau dia tahu Atuk Man nak datang ke rumahnya, dia sediakan kueh bakar atau bingka kegemaran Atuk Man . Dia faham kesukaan Atuk Man. Tak pernah Atuk Man beri tahu Dia. Memang tak pernah Atuk Man beri tahu sesiapa, apa yang Atuk Man suka” Fikir Atuk Man lagi.

Pasal kueh bakar sekarang Wan Je punya resepi paling best bagi Atuk Man. Sayang Atuk Man tak boleh makan banyak benda manis sekarng...Tuhan dah mula tarik kesukaan Atuk Man satu satu…


Memikirkan semuanya, Atuk Man bertanya pada dirinya “ Adakah Tuhan sayang padanya? ” Atuk Man masih tak boleh jawap persoalan ini, sebab dia buat perbandingan dengan cerita budak yang bangun tengah malam sembahyang tahjud dan budak itu rasa Tuhan sayang dia pasal dia sahaja Tuhan kejukkan dan yang lain di biarkan tidur.

Arwah Bapa Atuk Man yang tertua, di anggap sebagai ibu bapa adik adiknya. Ibu Baba mereka meninggal mereka masih kecil dan mereka di besarkan oleh Bapa Atuk Man. Arwah Bapa Atuk Man memang utamakan pendidikan ugama pada adik adiknya. Tiada kompromi dalam hal hal yang wajib.

Di ceritakan oleh Arwah nenek Gendum pada Atuk Man waktu kecil kecil dulu bagaimana Arwah Bapak nya melambung adiknya yang tak pergi mengaji Quran…

Lain sikit dengan keluarga disebelah Mak Atuk Man. Ibunya yang masih hidup, berumur 84 tahun adalah yang tertua dalam adik beradiknya 6 adik beradik, 5 perempuan, seorang lelaki, juga anak Yatim kerana Ibu mereka meninggal dunia semasa melahirkan adik bungsunya ( meninggal 3 tahun selepas itu). Mula mula mereka di jaga oleh nenek mereka. Selepas nenek mereka meninggal Ibu Atuk Man ambil alih membesarkan adik adiknya.Bapanya kawin lain dan tak berapa ambil kesah dengan anak anaknya itu.

Sekarang hanya Ibu Atuk Man yang masih hidup, kesemua adik adik nya telah pergi dulu.Masa semua adik adik dia sakit dia pergi menemani adik adiknya.Dia menjaga adik adiknya dari kecil sampai akhir hayat mereka. Masa kecil di tatang bila meninggal dunia dia hantar sampai ke kubur. Satu pengorbanan yang besar. “Semuga Allah lah yang membalasnya.” Doa Atuk Man.

Walau bagaimana pun lepas itu sempat Atuk Man berhubung dan chat dengan Noor kat Mancester . Dia kesal juga kerana Atuk Man tak tahu dia berada di Manchester.

Atuk Man suka tengguk anak anak yang dapat melanjutkan perlajaran di peringkat tertinggi. Orang Melayu kena tingkatkan diri . Atuk Man bila berjumpa orang muda itu jugalah nasihatnya, baik staff nya yang muda muda. Baru baru ini pun Atuk Man bagi nasihat pada Hafif dan Adlan pergi join jadi lecturer, buat master, lepas tu buat PHD, lepas itu baru fikir pasal carrier.

Baru dua hari lepas Atuk man chat dengan Farah dan Farah beritahu dua orang adiknya akan turun ke Bradford 25 May ini. Mereka turun bersama abangnya seorang pilot.


Farah dan suaminya memang kuat berjalan ke Eropah, di sebelah timur,Crotia, Turkey Italy Geneva. Pergi dengan tambang murah.

Sama juga dengan anak Atuk Man, hari Rabu ini anak Atuk man dengan kawan kawan akan turun ke Crotia. Itu hari mereka ke Prague.. Sebelum itu selepas berjumpa Atuk Man itu hari mereka pergi ke Holland France dan Germany, dengan tambang murah juga…

Di antara chat YM Atuk Man:

Paklang: Itu gambar kerusi besar kat Negara Mana?
Farah: Geneva
Paklang : Tak pergi tenguk tasik besar dan air pancut tertinggi di dunia ? Paklang kat sana tahun 1981.
Farah : Oh ye ke.?
Paklang: Farah dah berapa bulan?
Farah : 5 bulan
Paklang : Kirim salam pada Adi
Farah : Insyaallah.Kirim salam pada Maklang
Pak lang : Ok bye take care..
Farah: wasallam take care.

Sebelah keluarga Atuk Man mereka panggil Atuk Man “Paklang” atau “Atuk”. Sebelah Wan Je panggil “Pak Je”, atau “Tuk Je”, atau “Pak Cik” atau “Atuk Cik”.

Atuk Man teringat masa pergi Eropah tu tiga orang semuanya. Atuk Man selaku Ketua, Arwah Zaid ,( Production Manager) Yusuf (Electrical Engineer), destinasi dan program: sebulan di satu Bandar kecil dekat Zurich di Switzerland , sebulan di Dresden German Timur ( masih Negara komunist masa tu) sebulan Armsterdam, di Holland.

Tugas, training dalam perkilangan koko untuk mengeluarkan cocoa powder dan butter. Di Switzerland dan diGerman Timur bersama pembuat mesin mesin memprosesan koko dan di Holland dengan kilang yang beroperasi mengeluarkan cocoa powder dan butter. Juga melawat kilang chocolate di Switzerland dan di France.

Masalah utama di Switzeland dan German ialah Bahasa dan makanan halal.

Negara ini bersempadan dengan Perancis , German dan Italy. Bahasa mereka di samping bahasa Swiss, Perancis , German dan Italy.

Oleh kerana Bahasa Inggeris tak di pakai, Atuk Man teringat dia terpaksa beli satu kamus dan cari nama nama menu dalam bahasa swiss. Dapat satu dua, seperti 'green salad’ ialah “Gerund”. Jadi Atuk Man dapat nama menu Ikan …ikan dan gerund lah di order selama sebulan di Switzerlan. Dan Yusuf dapat nama sup telur, sup telur lah sehingga sebulan… kesihan dia.

Restaurant yang sedap ialah di atas bukit di tempat terpencil….memang lah cantik tempat dan pemandangannya di Switzerland. Sebuah Negara berkecuali, namun tipa tiap rumah di wajibkan ada bomb shelter di bawah tanah!

Satu hari makan dekat hotel yang di duduki, terjumpa budak Malaysia, anak Cina, bermustautin di situ, lalu di ajak ke rumahnya . Atuk Man terpaksa masak Curry ikan.

Kisah sudah agak lama, jadi Atuk Man tak berapa ingat nama nama tempat yang di lawati. Dia ingat pergi Burn, tenguh kilang Nestle lepas tu ke Lausane, Lyon serta Geneve lepas tu ke France. Masa pergi naik kereta BMW 3.32i model baru keluaran masa itu. Itu kereta Technician. Atuk Man dah tak ingat nama technician itu tetapi dia mati “ diving” kat Malaysia masa bercuti ke Lumut selepas buat kerja di Kilang di Malaysia. Lepas tugas techician itu selesai, dia balik seorang ke Zurich. Tinggalkan mereka di sebuah kilang di France. Di waktu malamnya mereka kemudiannya di bawa tenguk istana lama lama yang banyak di France.

Dari Paris balik Zurich dengan kereta api express. Kereta api dia orang pakai broad gauge rail ( luas), serupa seperti Negara yang lain termasuk India. Malaysia pakai small gauge ( rail sempit). Sebab itu kereta api mereka boleh lari laju.

Walau pun bunyi roda roda kereta api tetap sama macam kereta di Malaysia, “kelepap kelepit kelepuk” “ Kelepap kelepit kelepuk” “ Kelepap kelepit kelepuk” seperti orang beratib “ Laa illaha illallah “ “Laa illaha illallah” “ Laa illaha illallah” namum Atuk Man masa itu belum di dedah kan oleh sesiapa bab itu, belum dapat hidayah. Buku Minhajul memang di bawa tetapi dalam buku itu tak ada di sebut. Cara cara zikir sebegitu hanya pada tahun 1988 di ajar oleh guru di Kuala Pilah.

Dalam kereta api mereka berjumpa seorang Wanita Yahudi America. Dia dengan adik beradiknya bercuti kat Eropah. Di AS dia berniaga buat cake. Duduk hadap mengadap jadi kena berbual. Dia bertanya mengenai Malaysia dan tahu mereka bertiga Muslim. Dia terus mengajukan soalan “kenapa dalam Al Quran Tuhan kutuk orang Yahudi?” …Atuk Man cuba juga berkayuh menjawab soalan itu mana yang termampu…

“ Kutukan hanya selepas orang Israil menolak ajaran Musa. Mereka tidak menerima Tuhan Musa. Bila mereka terdesak di suruhnya Musa berdoa kepada Tuhannya. Mereka tak mahu mengaku Tuhan Musa sebagai Tuhan mereka juga…” Terang Atuk Man .
.
Lepas sebulan di Swizerland pergi pula ke German Timur. Masa itu Negara tersebut terpisah dengan German barat dan di bawah system komunis…Atuk Man bertiga, sebelum dapat visa, kena pergi interview di bukit Aman…

Mereka ditempatkan di sebuah Hotel…dan mereka bila ke kilang berkaitan di beri seorang jurubahasa seorang wanita muda tapi sudah berkawin, tak salah namanya Elaine .

Di situ masalahnya bukan saja makan tetapi lambat dapat makan. Rupanya di Bandar Dresden ini tempat makan yang ada klas ialah di hotel tempat mereka menginap, jadi berlaku tak cukup meja, jadi kena tunggu berjam jam.

Lepas magrib mereka turun nak makan malam. Rupanya dari jam 7 malam mereka tunggu hanya jam10 malam baru dapat tempat. Nak tunggu order sejam pula. Atuk Man order Fish dengan Gerund, Yusuf- Sup telor dengan roti lah Arwah Zaid pun order fish.

Hari minggu mereka di bawa ke Berlin Timur. Di tepi tembuk berlin. Naik Tower macam KL tower tingginya. Dari sini nampak lah Berlin Barat. Orang Berlin Timur berpusu pusu nak naik kerana itu cara saja nak tenguk Berlin Barat.

Negara German di bahagi dua selepas Perang Dunia kedua tamat. Barat demokrasi, dibawah As dan Timur komunis, dibawah Russia. Bagitu juga Bandar Berlin. Tetapi di tengah Bandar ini di dirikan tembuk. Kebetulan pula Bandar Berlin terletak di German Timur. Dari German Barat nak ke Berlin Barat kena lalu German Timur.

Masa ada tembuk ini dulu banyak lah cerita menyayat hati..dan banyak lah modal untuk penulis untuk cari makan…semua kehendak Allah belaka…

Ada cerita seorang kekasih nak cross over, nak jumpa kekasihnya di sebelah barat, tiba tiba di dapati kepala nya di pegang kekasihnya tapi kakinya di pegang oleh KGV di atas tembuk!
.
Lepas sebulan di German Timur mereka menuju ke Holland. Sampai saja mereka bertiga macam orang baru keluar hutan tak makan bertahun tahun. Cari kedai makan Indo konon. Orderlah macam macam semua masakkan ala Melayu. Di situ ada jual satay, bila di tanya satay apa ada . mereka jawab satay babi pun ada. Orang indo di belanda banyak datang dari pulau Ambon, lari dari Indon…

Pada permulaan mereka di tempatkan di sebuah rumah tumpangan di tepi sungai.. (terusan) mereka diletak di atik . Naik menggunakan spiral staircase. Nak bawa naik beg yang siksanya.

Ini kerana mereka bertolak dari German Timur lebih awal dari jadual. Jadi urusan tempat tinggal tak dapat di uruskan waktu itu.

Kemudian, dua hari selepas itu baru di pindahkan tempat yang sesuai dan di bawa melawat banyak tempat menarik termasuk kilang kilang koko dan chocolate dan tempat tempat cantik cantik termasuk kincir angin dan kebun bunga tulip dan sayur. Mereka juga di bawa ke Belgium dan Luxerberg.



Mereka amat gembira sekali terserempak dengan kawan lama yang sama sama mengikuti kursus di India pada tahun 1972 dulu ia iatu Mustapa yang datang buat promosi ‘can foods dari Malaysia”. Waktu itu dia bersama orang Malaysia yang bermustautin Di Holland . Wanita Melayu kawin dengan Orang Belanda.

"Semua kuasa Allah nak jumpakan kita" kata Atuk Man kepada Mustapa.

Kemudian mereka di jemput kerumah kawannya dan berkenalan dengan suaminya.

Selama hampir 3 bulan di Negara asing mereka bertiga ada masanya hendak juga berangan seorangan . Maklum lah mereka meninggal kan anak bini di Malaysia. Bukan macam zaman cyber ini. Nak telifon pun susah.

Selalu masa masa begini Atuk Man membelik buka Minhajul Abidin…
Bab nafsu juga amat tertarik hati Atuk Man untuk direnungkannya. Nafsu asalnya memang buas. Di masukkan kepada manusia selepas di conditioned oleh Allah beribu tahun lamanya.Keadaan nafsu yang sudah di conditioned itu sudah di peringkat layu baru di masuk kan dalam tubuh Adam. Layu layunya pun terangkat dunia di buatnya kalau tidak di kawal betul.

Kata Iman Ghazali nafsu ibarat kuda liar. Sebelum boleh di tunggang kena latih supaya dia jadi jinak. Sudah jinah baru boleh tunggang. Kalau tidak dia akan tunggang kita.

Nafsu banyak peringkat. Nafsu yang Tuhan nak “ wahai nafsu mutmainah kembali lah dengan tenang….

“Kita mungkin dah dapat tundukkan nafsu, namun kita jangan percaya pada nafsu meskipun sudah lama nafsu ini taat kepada kita” kata kata dalam kitab hikam

Imam Ghazali ada menceritakan seorang alim yang telah berjaya menjinahkan nafsunya ..lalu pada suatu hari nafsunya mengajak pergi berjihat, berperang…

Dalam perjalanan dia berfikir “ganjil sikit nafsu ini mengajak buat baik…selalu nafsu ajak buat jahat!”… Dia berhentikan kudanya dan musyahadah sekejap.

“Nafsu ajak aku berperang apa tujuannya…oh dapat mati syahid ,…bila mati syahid ...orang yang hidup, akan memperkatakan tentang macam mana aku mati syahid...oh aku akan jadi instant hero...orang akan memujiku setingginya…aku jadi terkenal… oh kalau macam ini lah nafsuku …tak boleh jadi …celaka punya nafsu...” sumpahnya, lalu di golengkan badannya keatas padang pasir yang panas"… Selepas puas dia menyiksa dirinya dia pun berkata “rasakan engkau hey nafsu yang ganas”…


Genap sebulan di Holland mereka pun balik keMalaysia. Seminggu lepas itu Atuk Man mulakan tugas mendirikan kilang yang di kehendaki syarikatnya.

Wasallam

No comments: