Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man ‘alammahu syadidulqoha
PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian11)
Pagi pagi lagi Atuk Man duduk di bilik “Mak Long” mengadap tingkap menghala ke utara, memerhatikan pokok mangga jenis buahnya yang kecil kecil dan selalu orang buat jeruk. Pokok itu di tanam oleh Wan Je sejak rumah ini siap pada tahun 1997. Masa itu tanah tempat pokok itu di tanam, masih belum jadi milik Wan Je. Hanya selepas tahun 2004 tanah itu bertukar tangan, berkat doa Arwah Ustaz Yong.
Pokok mangga ini tak berhenti berbuah .Tak silap AtukMan waktu dia buat operasi, belah dada tu dulu,tiga bulan lepas, pokok tu baru saja di ambil buah nya oleh Along dan jiran jiran, ada yang datang kerana mak dia mengandung mengidam nak makan buah tu. Buah mangga tu kalau masak manis betul.Tapi banyak tak sempat masak…banyak orang tak mahu tunggu buah itu masak di pohon, nak di juluk juga..mana nak rasa nikmatnya…
Cuma tanah di situ sudah padat sikit kerana orang selalu park kereta di bawahnya.
Melihat pokok pokok memang kesukaan Atuk Man. Dari daun daun pokok buat Atuk Man nampak kilang kilang memproses carbohydrate dari cahaya mata hari dengan mengunakan chlorophyll yang nampak menghijau di pokok itu…Disamping carbohydrate juga di perolehi produk sampingan yang amat mustahak untuk kehidupan iatu oxygen.
Barang mentah di perlukan oleh kilang ini bagi menghasilkan produk produk tersebut iaitu carbon diozide , dan cahaya matahari dengan bantuan chlorophyll, air dan baja dari akar.
Carbohydrate ialah untuk makanan pokok bagi menghasilkan gula dalam buah buah atau dalam bentuk carbohydrate sendiri dalam bentuk ‘ubi’ pada akarnya, atau ‘sagu’ pada batang nya dan gula pada batang pokok tebu…
Ini semuanya untuk pemakanan haiwan dan manusia…
Kelebihan pokok pokok tuhan jadikan ialah dapat menfaatkan tenaga matahari.. Matahari lah punca segala tenaga yang di perlukan di dunia ini, petroleum, gas, arang batu, apa saja jenis bahan tenaga semuanya dari matahari, tiada matahari dunia sejuk,sesejuk nya….hanya pokok boleh memprosesnya dan menyalurkan atau mengalirkan tenaga ini kepada bahagian yang lain lain di dunia ini.
Dunia yang berumur berjuta tahun, menghasilkan minyak petrol, arang batu, gas dll dari perut bumi di mana semuanya berpunca dari pokok kayu yang sudah mati dan tertibus berjuta juta tahun lamanya di bawah tekanan yang tinggi yang menukar carbon carbon dari pokok jadi minyak dan gas,,,tenaga yang ada semuanya berasal dari pokok yang melalui matahari.
Matahari ada lah nur Allah yang dapat di lihat dengan mata kasar dan berkerja untuk “menghidupkan “ benda benda yang nyata.. ..
Manakala Nur yang Maha penting tidak di nampakkan tapi di bagi kepada hati yang bersih… Nur ini khas untuk manusia sebagai menyuluh menuju jalan Allah.Siapa yang tidak mendapat Nur ini bermakna dia tak ada iman.
Walau pun pokok tak bergerak, duduk setempat, tapi tiap tiap pokok tetap beribadah pada Allah dengan terus berzikir. Kadang kadang terdengar oleh kita zikirnya di bawa angin pada telinga kita dan dapat melihat gayanya berzikir dengan lentoknya kekiri ke ,bersama menyambut zikirnya angin yang lalu di situ. Bila zuoqnya sudah sampai hingga batang nya juga ikut melentuk...ada setengah setengah lalu rebah….tak tahan lalu menyembah Allah.
Itulah kesoronokan Atuk Man bila melihat pokok, dia rasa dapat berhubung dengan Pencipta dengan lebih tenang…
Dulu sekitar 1997 ke 1999, Atuk Man memang suka berhenti berihat di R&R jejantas Sungai Buluh, suasa nyaman pokok pokok menghijau, apatah lagi ada pokok pine di sebelah lebuh raya itu.
Tapi sekarang itu semua sudah musnah kerana tamak manusia….khazanah Allah yang begitu cantik di musnahkan tanpa belas kesihan..Kalau lah mereka ini dapat mendengar akan pokok pokok itu berzikir mungkin mereka fikir dua kali.
Atuk Man sejak kebelakangan ini memang patah kaki, larangan ketat tak boleh pandu kereta. Tak dibenar bawa kereta takut masa kecemasan Atuk Man memulas steering yang kuat boleh mudaratkan luka di dada.
Yang agak mengganggu Atuk Man sekarang ialah batuk.Selepas operasi biasalah semua orang batuk, kerana di tekak di sumbatkan spiral tubes hampir 2 inci besarnya untuk penafasan , paru paru di hentikan.Gesiran tube itu buat rasa gatal tekah selepas tube di cabut…kalau tak batuk pun di suruh batuk juga nak buang kahak dalam paru paru. Bila batuk lah yang paling tak tahan...Di bagikan kosyen kecil untuk di tekan pada dada bila batuk ,konon nak kurang kan sakit. Atuk Man Cuma guna sekali dua ,sebab sama saja. Ada bantal ke tak ada bantal.
Kesakitan yang amat sangat buat denyut jantung laju. Masa dalam ICU di bagikan suntikan morphine tapi bila di ward biasa hanya penadol atau panadin saja di berikan.
Malam ke empatnya denyut bertambah kuat, tapi anak Atuk Man meletakkan MP3 dengan bacaan Al Quran imam Masjid Nabawi, Medinah dapat melegakan denyut. Anak Atuk Man, seorang doctor bius, yang bercuti masa itu, tidur di sebelah nya sambil tangan dia memegang penggelangan tangan merasa nadi dan telinga Atuk Man di sumbat dengan MP3.
Dua malam berturut turut Atuk Man bermimpi di alam cyber , seolah olah dia di program oleh orang supaya hilang identity, terasa ‘cable melintang kiri dan kanan pada dada, dan ‘strapped’ tak boleh bergerak dan terus di program. Bila tersedar badan berpeluh hingga basah cadar katil, .Air con yang ada tak dapat menyejukkan badan dan terasa sakit kepala yang amat sangat.
Zikir bukan tak zikir….Wan Je berkali kali mengingatkan.
Akhirnya Atuk Man terfikir denyut yang kuat mungkin nak beritahu tempat yang paling sakit. Di dada ada dua tempat, satu di sebelah kiri di bawah kulit di mana satu urat darah telah di cungkil keluar dan satu lagi di tengah dada yang di belah dua dengan di gergaji tulangnya dan di sambung semula dengan dawai serupa dawai jemuran kain sebagai pengikat supaya tulang boleh bercantum semula.Sebelum itu dada di buka menggunakan sejenis “jack”, macam kita buka dada lembu nak ambil hatinya..
Satu lagi tempat luka ialah di kaki kiri , urat di keluarkan dari pangkal peha hingga ke buku lali. Luka di kaki tidak begitu sakit .
Dua punca urat darah telah digunakan untuk kerja pintas (by pass). Itu lah spare yang di peruntukan oleh Allah untuk memberi peluang yang kedua kali kepada orang macam Atuk Man . Atuk Man sedar urat urat spare itu boleh bertahan dalam sepuluh tahun lagi, itu kalau dia dapat control kencing manis dia…entah dua tiga tahun lagi ..entah entah besuk..tak apa lah kalau hukum dah sampai…
Sepupunya yang 3 tahun muda dari Atuk Man telah menjalani by pass pada umurnya 35 tahun termuda sekali di Malaysia waktu itu, dan meninggal dunia 10 tahun lepas itu.
Jadi apa Atuk man buat seterus, ia-lah mengadu pada Allah sambil memegang tempat yang sakit tu, “ Ya Allah bahawasanya bahagian anggota ini sakit, kau kasihani lah dia…sambil terus berzikir ‘Allahuma shafi…Allahuma mulmuafi” ‘Allahuma shafi…Allahuma mulmuafi” ‘Allahuma shafi…Allahuma mulmuafi” berterusan. Kemudian baru lah turun denyutnya…Denyutnya bila terlalu kuat jadi off -beat. Terasa dua denyutan…bergegar badan Atuk Man… menggangu zikirnya...Atuk Man tukar zikir kepada selawat...
Atuk Man tak berani nak melapurkan kepada pakar bedah keadaan nadi tinggi, bukan apa takut di masukkan semula dalam ICU…Nurse dalam ICU itu beri tahu dah keluar ICU jangan masuk balik takut tak boleh keluar selama lama nya.
Anak saudara , perempuan Wan Je, sendiri pun begitu, dah keluar ICU, masuk ward biasa namum seminggu lepas itu ada jangkitan kuman kat paru paru masuk balik ICU, sebulan lamanya dalam ICU dan telah kembali ke Rahmatullah. Peristiwa itu hanya berlaku sebulan, sebelum Atuk Man buat operasi. Itu semua sudah termaktub di Lauhul Mahfus . Alfatiha…
Kawan kawan Hakikat yang datang melawat membisikkan sesuatu kepada Atuk Man. Di dalam ICU selepas keluar bilik bedah keadaan agak membimbangkan sikit, pasal pressure Atuk Man turun mendadak , dan Ayoh Wang datang dan memberi isyarat tunjuk jari telunjuk, mengingat Atuk Man ingat pada yang satu...kita dari Dia. Kemudian darah Atuk Man di tambah satu beg lagi…
Hari pembedahan yang memakan masa 8 jam ( masuk jam 7.30 pagi sampai jam 3.30 petang) lepas itu Atuk Man di masukkan ke dalam ICU , masih tak sedar.. Wan Je terlalu suspend dan tidak boleh makan. Anaknya mereka semua ada , cuma yang dekat Dublin tak ada , itu pun sekejap kejap telofon adiknya. Kawan kawan Atuk Man, termasuk Datuk Munir dan Tok Him, pun ada tapi nak buat apa Atuk Man tak sedar lagi.
Jam 8 malam baru Atuk Man sedar dalam keadaan resah gelisah…pasal tak boleh bercakap lagi kerana tube pernafasan masih dalam mulut.
Setelah sedar hari pertama Atuk Man nampak ok dan dalam ICU itu Atuk Man sempat berjenaka dengan pelawat pelawat dan nurse di situ…
” Apa nak buat,... Mak Cik tak percaya pada Pakcik,... sebab itu pakcik kena juga ambil pisau belah dada..” Seloroh Atuk Man.
Mungkin kerana itu agaknya Tuhan memberi sakit balik kepada Atuk Man bila pindah ward lepas itu.Tuhan bagi sakit suruh insaf tapi dia berseloroh…
Itulah dua bulan lepas keluar, terserempak dekat IJN , kawan Atuk Man dalam satu pakej haji, juga seorang pengamal hakikat, berkata “ bukan mudah nyawa tu nak keluar dari badan, sebelum sampai masanya dia tak akan keluar” sambil ketawa.
Sudah tiga bulan, batuk sudah lega ,sekarang timbul balik. Kemungkinan besar pasal ubat darah tinggi, Farmasi IJN ada beritahu ubat coversyl itu ada kesan sampingan , boleh menyebabkan batuk…Tapi ubat ini bagus boleh jaga pressure buah pinggang sekali.
“Entah entah ini tanda nak pergi jauh tak kembali lagi tak” Atuk Man beritahu Wan Je….
“Jangan merepek lah” jawab Wan Je.
Kesimpulan dari semua ini Tuhan nak beri tahu pada Atuk Man bersedia lah untuk berpidah alam lain bila bila masa…Kena titi sraltalmustaqim di dunia sekarang . Inilah permulaan nya..Betul titiannya di sini betullah di sana nanti. Nak tunggu di akhirat nanti mungkin sudah terlambat.
Semasa berada di IJN selama 16 hari dapat melihat berbagai bagai. Dah keluar ICU masuk balik, buka balik dada itu…ada yang berjaya di selamatkan ada yang tidak…Ada seorang kanak kanak melambai ibunya masa masuk bilik operasi, rupanya lambaian yang terakhir…
Seorang pesakit Cina berkata pada Atuk Man , ini semua nasib (maksudnya takdir).
“ Nak balik jelu ke?” AtukMan di kejutkan oleh Wan Je dari lamunan, asal saja melihat pokok fikiran nya melayang layang…Ayoh Wang kata tak apa fikiran kita melayang itu, semua dari Dia kerana kita dalam melayang itu kita masih ada hubung dengan Dia…Asalnya tadi kita ingat pada dia, lepas itu baru fikiran melayang….itu dia juga sebab kita sudah Laa haula wala pada Dia , kemudian kita kembali balik pada Dia.
Macam air, di pemukaan laut dia masih air, tapi bila kena panas matahari ‘molecules” nya turut menerima haba matahari lalu rasa panas dan menyebut ‘masyaallah’ ‘masyaallah’‘masyaallah’ terlompat lompat ,nak hilangkan rasa panas dan kawan kawan mula tolak menolak. Kawan setia pun sama menolak keluar.
Di rasa tiada pilahan lagi terus buat keputusan meninggalkan kawan kawan yang lain melompat keatas jadi ‘wap’ dimana keadaannya dan bentuknya yang paling bersih lagi suci tak ada kekotoran langsung , masinnya tiada, habuk pun tiada, naik keatas langit.
Sudah suci baru boleh naik kelangit…
Kemudian molecules air dah naik kelangit, dia laa haula wala, ikut kemana angin nak di bawanya, makin lama makin tinggi dah kesejukan pula. Bertemu pula dengan kawan kawan yang senasib dengannya maka pakat tubuh union,bersatu, berpelukan, nak hilangkan sejuk, lalu jadi awan, lalu berarak megah..tunjuk pada munusia yang punya harapan bila nampak awan.
Bersama jadi awan terasa makin jauh di tolak angin lalu bertembung dengan gunung lalu musnah hancur dia gugur balik jadi air….turun sebagai hujan, terlalu ramai kawan kawan yang terjun serentah , sama sama jadi hujan lebat…
Turun dari gunung lalu berteriak “Aku turun dari gunung….aku lihat manusia…pandai sungguh mereka menggunakan aku….”
Turun ikut celah celah gunung dan kejurang jadi air terjun….lalu manusia membuat satu terowong kecil dan sempit untuk mengalirkan air dengan lebih deras untuk mendapatkan velocity pressure yang tinggi untuk menukar tenaga pada air kepada tenaga mekanikal , maka berpusing lah turbine yang besar dengan lajunya dan di gunakan kan untuk memachu janakuasa bagi mengeluarkan elektrik api.Ini kerja kerja sekumpulan manusia yang mengelarkan diri mereka Tenaga national….mungkin dia bermaksud Tenaga Allah…
Tidaklah terkira sakitnya bila di hentak dengan laju sekali mengenai blade blade turbine, dan terus turun ke bawah terowong kedua dan memasuki anak anak sungai yang laju dengan batu batu hitam dan disambut gembira oleh anak anak ikan….Tapi dia tak bernasib baik ..tiba tiba dia dan rakan rakan yang berhampiran di sedut oleh pump penyedut…oh oh tenaga apa pulak ini ?
Kali ini oh ..oh ..oh pedihnya…dipanaskan dalam dandang (boiler) dengan pressure yang tinggi lebih tinggi….1000 psi..! sekali lagi dia melompat lompat sambil berzikir ….jadi wap….dan di salurkan dalam pipe lalu di pancutkan dengan dengan kelajuan yang tinggi , kedalam turbine (steam turbine)…menjana elekrik juga….untuk siapa pula oh..oh..oh..YTL IPP nak di jual tenaganya kepada Tenaga national..juga…
Sekarang dia merasa lega sikit badan sudah sejuk dan dah balik asal jadi molecule air….tapi tiba tiba…dia terasa disedut lagi oleh pump lagi …oh ..oh..oh oleh Tan Sri… punchak niaga …rupanya…kali ini dimasukan kan dalam sebuah kolam untuk di rawat dengan sulphate lah ...phosphate lah ,,,,,sodalah ..alumlah …chlorine lah...maklum lah masa di awan tadi jadi bersih lagi suci tapi turun kedunia dah berchampur bayur dengan kekotoran…. daki….daki dunia kata Al Ghazali..
Dia sekali lagi disalurkan ke dalam pipe…berjalan cukup jauh dari ulu langat masuk ke tangki yang besar…kat Shah Alam di uruskan oleh satu kumpulan manusia lain pula…Shabas Shabass….kerana dapat berkhimat pada manusia..
Dia kebetulan di salur oleh manusia ke rumah Atuk man …Atuk Man guna untuk mencucikan badan dia dari daki dunia , mandi sunat jumaat dan untuk wudud…kawan kawan lain; ada yang diguna untuk menghilangkan dahaga.. bermacam cara manusia reka nak hilang dahaga ,,,ada suka teh tarik.. ,,untuk memasak pun ada.. ..basuk baju…basuk tangan…ada basuk baju dan tangan sekali….macam macam kegunaan…
Sudah selesai menjadi hamba sahaya pada manusia yang jarang bersyukur kepada Allah,,,dia di campakkan dalam longkang….kalau mana yang buat mencuci terus masuk longkang ..tapi yang untuk hilang dahaga terus masuk perut manusia dan ada problem sikit ….lama dalam perut manusia lepas itu kalau ada yang masa minum itu makan pula jering…keluarnya teruk benar…
Dari logkang longkang masuk balik kesungai…jalan pun dah pelahan; rupa tak berupa air lagi dan rupa teh tarik je…. ..
Dan …mengalirlah dia ke laut…tapi kali ini dia lebih suka duduk di dasar sana bermain dengan ikat pari…lebih baik …tak suka lagi main dengan iteh air…
Sekali kali datang perasaan rindu…. Bila pula nak jumpa Atuk Man… bolehkah dia di izin kan Tuhan berjumpa Atuk Man lagi, bila giliran cyclenya naik ke langit kemudian jadi hujan semula ?….ke sekali dalam hidup ini Tuhan Beri peluang naik ke lanagit ? Tak ada chance lagi sampai kiamat ? kalau boleh hajat dia, kalau di izin Tuhan …. kali ini untuk sama sama mandikan jenaza AtukMan nanti…. Isyaalah’
Balik ke laut dia berfikir:” rupanya aku, air ,macam magic, …ada kuasa buat tenaga elekrik, buat malam macam siang, ada kuasa mencuci dan membersih, boleh masak makanan , hilang dahaga dan menghidup..Wah…wah...bagus nya aku….oh no!..no.!. it is not me lah , aku mana ada kuasa , masa itu aku nak duduk dalam laut..tapi ada kuasa lain tarik aku ke atas ..bila di atas nu aku tak nah turun tapi aku kena turun juga, ini bermakna aku, air , tak ada kuasa apa , semua Allah punya kuasa …bagi kuasa elektrik….bukan tenaga national tapi tenaga Allah …kuasa mencuci..bukan fab atau breeze…tapi Allah, hilang dahaga ..bukan seven up…tapi semua kuasa Mu Allah”
“Bila kita berzikir…lepas itu kita terlupa atau di lupakan oleh Allah....kemudian kita teringat balik ( Allah ingatkan balik)… lalu kita sambung zikir, masa kita terlupa tadi katakan dua jam,,, itu Allah maafkan dan dikira kita berzikir juga… “kata Guru Atuk Man, menekan kelebihan zikir…zkri… ingat! tak sebut pun tak apa. ..ingat itu lah zikir yang penuh…
Wasallam.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
teringat masa darjah 5..belajar kitaran semulajadi hujan....penceritaan yang detail..penulis menceritakan secara terperinci satu bab ke satu bab...tapi kali ni lebih ngeri dengan pengalam kena operation...arr sakit dada rasanya..walaupun hanya membaca...keep on writing atuk...kali ni tak ade copy n paste ok..wassalam.
Post a Comment