Monday, May 12, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 12)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad mandana fadtaddala


PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 12)

Atuk Man amat gembira sekali bila di beritahu anaknya ,Angah, bahawa dia masih simpan lagi buku ( kitab terjemahan ) Imam Ghazali “ Minhajul Abidin”.

“Nampaknya daddy kena beli balik buku Minhajul Abidin…tak ada dalam simpanan …dah empat kali beli dah..” tiba tiba Atuk Man bersuara pada anak nya, Angah.

Masa itu mereka bertiga, Atuk Man, Wan Je, dan Angah sedang duduk di ruang menunggu di klinik othopedik di HUKM, berjumpa Doctor “separuh pakar” sebab masih lagi tengah buat Masters dalam bidang othopedik, kawan kepada Angah yang sama sama sedang menghadapi peperiksaan akhir masing masing.

Angah bahagian Bius dan banyak habis masa di bilik bedah dan dua kali dalam seminggu bertugas on call, itu pun jaga ICU…Dia tiada kelinik, sebab kerja dia bagi orang tidur dan bangunkan orang tidur.

Kalau kita tanya kenapa ambil bius dia ada jawapan telah sedia.

“ Bila pakar bedah dah habis buat keja bedah dan dah closure (jahit), siapa pula nak bangun pesakit itu, lepas tak sedar beberapa jam? Tak guna surgeon buat kerja bagus bagus kalau pesakit dia tak boleh bangun.” Ha ha ha gelaknya. Kalau dia dah gelak bermakna good sign , adik adik pun boleh bergurau lah.

Tujuan hari itu untuk bawa Wan Je jumpa “pakar” tulang pasal masalah berlarutan sakit di pangkal peha. Kebetulan Angah cuti pasal nak study, sebab dia buat off campus, memang masa study limited. Mana nak kerja mana nak jaga suami, mana nak jaga anak, mana nak study…Mana nak layan sakit ibu bapa ..

Perangai dia pula jenis perfectionist, semua ikut jam. Semua orang mesti revolve bersama dia.

Masa kerja dia cukup benci pada orang suka curi tulang dan tak responsible. Di HUKM sendiri baru baru ini di dapati tiada corong oxygen dalam ICU. Di arahkan jururawatnya mencarinya sampai dapat. Salah staff, atau salah HUKM tak bagi cukup bekalan, tak tahu lah Atuk Man .

Tapi bila dapat tahu macam itu Atuk Man mula rasa tak berapa senang dengan system pentakbiran negara kita ni… Macam HUKM, sebuah Hopital untuk sebuah University di tubuhkan untuk tujuan research saja atau untuk orang ramai?. Kalau untuk reseach sahaja kenapa nak buat besar besar, bukan itu dulu duit kerajaan? . Setahu Atuk Man Pembinaannya di bawah JKR dulu tu.

Atuk Man di maklumkan di HUKM ini kita jarang dapat jumpa pakar sebab dia orang banyak habis masa dia orang kat ‘WING “( kelinik pesendirian) masing masing, untuk dapat wang lebih, betul ke?.

Datang kat HUKM dapat jumpa doctor doctor “master” pun cukup ok dah. Tapi waktu macam ini di mana “ master –master” sibuk menghadapi pepriksaan, kebanyakan klinik tutup.

Itu hari tak ramai orang yang datang. Keadaan di HUKM amat berbeza sekali dengan HKL, di mana terlalu ramai pesakit dan kesian pula melihat doctor doctor di HKL tak terlayan dengan pesakit. Pada tahun tahun yang lepas kat wad tak cukup katil. Maklumlah semua hospital di Malaysia hantar pesakitnya ke HKL sekiranya kepakaran tertentu di perlukan.

“Tak tahu lah apa polisi HUKM. Nanti lah nak suruh Toh Him tanya kat parliament. SMS je ” Fikir Atuk Man.

“Semua doctor doctor yang datang sini buat Masters. Masters masters ini lah yang buat kerja. HUKM tak ambil doctor lain untuk berkerja full time. Doktor HUKM hanya pakar pakar aje ” Kata Angah

“ Kadang kadang naik marah juga , sebab doctor Masters tidak di beri tempat letak kereta, staff yang kerja kat ofis di bagi…itu hari doctor Masters tu semua nak buat demo pasal tak ada parking” kata Angah lagi dengan geram.

Atuk Man faham akan , bila angah dah tujuk geramnya jangan ditambah geramnya.

“memang lah dia orang ini tak patut..,Macam Angah, dia buat Masters di luar campus, bermakna sentiasa bertugas sebagai doctor biasa, hari hari kat bilik bedah dan dua minggu sekali kena on call.on call bererti kerja 30 jam ” Fikir Atuk Man.

Pada pemikiran Atuk Man hanya orang yang ada anak sebagai doctor tahu masalah doctor doctor ini.

Apa saja tekanan tekanan anaknya, Angah, hadapi dari dulu sejak dia ke UK dalam tahun 1992, dari A level lagi hingga nak jadi pakar sekarang, sama sama di tanggung oleh Atuk Man.

Wan Je pula banyak menahan rasa rindu maklumlah anak tak pernah terlepas dari bawah ketiaknya sebelum ini. Lepas form five, dia rasa Angah tiba tiba melayang pergi jauh…tiap kali dia teringat angah dia masuk dalam bilik dia kunci pintu, dia ambil bantal tekup dekat mulut; dan menangis dan meraung sekuat kuatnya.Dia buat begitu tak mahu Atuk Man dan orang lain tahu.

Dengan Along kurang sikit sebab Along pergi tiga tahun je dan lagi pun dia sudah bersuami. Abi anak yng ke empat yang pergi ke Dublin dah dewasa, dah ada Diploma, kemudian pergi untuk buat Degree setahun dan ACCA dua tahun, kurang rasa tekanan pada Wan Je. Tapi dalam kereta nak ke HUKM pgi tadi dia berkata : “rindu sangat kepada Abi, rasa nak terbang ke sana” pada hal kira kira baru juga berjumpa lepas hari raya tahun lepas bersama Atuk Man.

Pada mulanya Atuk Man tak mahu pergi kerana mengenangkan kan cucu cucunya .Dia tak mahu tinggalkan cucunya macam pernah dia buat masa pergi haji dulu, balik semuanya kurus kering…Nak bawa pergi banyak masalah, pula budget pun tak ada.

Kerana memikirkan ‘Graduation’ ACCA Abi, dah lah masa graduation ijzah dulu tak pergi, Atuk Man nekat dan berserah kepada Allah supaya Allah menjaga cucu cucunya serupa Allah menjaga para Nabi dan Wali walinya…maka pergi lah dan memang tak rugi kerana dapat mendengar ucapan President ACCA seluruh Dunia berucap.

Memang Hati Atuk Man bangga sungguh atas kejayaan Abi diantara yang termuda yang lulus dan Atuk Man hanya terkilan dengan sikap MARA kerana tak mahu nak hantar lebih banyak students kita ambil ACCA disana, walaupun banyak yang layak..

Kalau Tun Abd Razak masih ada sudah tentu di sediakan peruntukkan yang lebih supaya lebih banyak anak anak Melayu ambil ACCA…bagi Tun Abd Razak, biar habis duit MARA asal anak bangsa berjaya…kalau dah habis tambah lagi…itulah Dasarnya..

Sebagai bapa Atuk Man memang ambil berat tentang pelajaran anak anaknya.Waktu ini sekurang kurangnya masalah Along dengan adiknya di Dublin dikira tak lagi merunsingkan dia, Cuma yang di Dublin tu masalah kerja, nak dapatkan visa kerja atau green card, pihak majikannya masih mencuba sekali lagi.Umurnya baru 24 tahun dan Atuk Man mahu dia dapatkan pengelaman kerja disana secukupnya sebelum balik Malaysia.

Sekarang tekanan pada Angah sekali lagi pasal nak habiskan Masternya yang makan masa 4 tahun lamanya, hari jumaat ini dapat tahu lah results nya. Atuk Man memohon kepada Allah semuga Allah mengkabulkan doanya dan mengizinkan dia jadi pakar, Insyaallah…Di telah berkidmat dengan kerajaan dah hampir sepuluh tahun.

Di masa yang sama Atuk Man berdoa akan kejayaan anaknya yang Bungsu sedang menikuti kursus Physiology di sebuah Kolej University Swasta ADP programme. Baru habis peperiksaan dan ada satu semester lagi. Kawan baiknya, Bangsa Cina, sekelas dengan dia dulu, dah balik dari UK berunur 22 tahun dah dapat ijazah dan mula berkerja dengan Bank bulan June ini . Atuk Man tak dapat hantar anak yang bungsu ini ke luar negeri kerana di larang keras oleh Angah pasal adiknya ada masalah buah pinggang.Umur baru 22 tahun.

“Angah masih simpan buku Minhajul Abiddin tu.”…Kata Angah.

Buku itu amat bermakna bagi Atuk Man ,..Sejak Tahun 1980 lagi dia sudah tenggelam dengan buku itu.

Buku itu mudah di fahami di bandingkan dengan kitab kitab AlGhazali yang lain lain.
Penerangan satu satu bab amat details tapi tak menjemukan..mungkin penterjemaannya bagus….tapi dalam bahasa Indon lah… ada perkataan yang di pakai tak sesuai dengan orang Melayu……kalau baca kuat kuat bila sampai ke perkataan tersebut, lebih lebih lagi di hadapan kaum hawa, kena ganti perkataan yang lebih cocok … dicadangkan ganti dengan perkataan “kemustahakan”.atau “kepentingan”, “keutamaan”….pilih yang cocok…kalau tidak ganti dengan bahasa Inggeris “ ke important nan”…

Masalahnya kitab kitab terjemaah yang ada semua dalam bahasa Indon…kita ketinggalan. Dari segi ejaan boleh difahami dibandingkan dengan dulu…itu tenguk tahun berapa dicetak kalau tidak akan berjumpa ejaan y jadi J,.. z jadi dz dan J jadi dj…

Ada berapa buku simpan Atuk Man seperti “Sejarah Hidup Mohammad oleh Haekal” , “Mohammad in the Bible”, “taubat oleh Imam Ghazali “ dan berapa buah buku hilang dalam simpanan, mungkin dah pas pada kawan kawan lepas itu mereka tak dipulang kan.”

Atuk man ingat lagi bila dah tenggelam dengan pandangan AlGhazali, pada satu ketika dulu, Atuk Man suka mencerita bab tertentu seperti “laa haula wala” …”rezeki” …. “ilmu” pada kawan kawan yang masa itu semuanya masih “berdagang di negeri asing”, macam Atuk Man juga sebelum itu; ada yang perili:

“ You elok jadi jadi Ustaz lah, bagus” Pedih sekali hati Atuk Man.

Tetapi , alhamdullilah, orang berkenaan dah bagus dah .Dia pula balik bagi lecture pada Atuk Man seolah olah Atuk Man orang jahil…”Alhamdulliah , at least dakwah Atuk Man dulunya itu meninggalkan bekas juga.” Fikir Atuk Man bila bersua kembali .Cuma rakan rakan Atuk Man masih banyak fiqah tak mahu nak berenang dalam lautan hakikat.. Mungkin terpengaruh dengan kefahaman orang Arab di UK.

Atuk Man memang tak berpisah dengan Minhajul Abidin, bila dia di hantar oleh majikan nya berkursus selama 3 bulan di Switzerland , German Timur, Belanda, Perancis pada awal tahun lapan puluhan, Atuk Man membawa buku itu.

Minhajul Abiddin benar benar membuat Atuk man faham tentang laa haula wa la dan rezeki..

Hujah Imam Ghazali tentang rezeki memang superb, bukti bukti tentang rezeki di jamin Allah subhanahu wa taala memang jelas. Ada satu bab dimana Al Ghazali menyebut para melaikat marah kepada manusia kerana membikin Allah SWT “bersumpah” bila nak beri tahu manusia bahawa rezeki mereka memang di jamin!

Dan AlGhazali juga berhujah, waimma, usaha dan iktiar ada lah dalam takdir Allah…Maknanya timbul ilham kemudian iktiar dan di ikuti usaha . Ilham di didatangi Allah ke hati dan hantar ke otak jadi iktiar ( mencari jalan atau penyelesaian) dari Allah juga, otak mengerakkan anggota dan badan untuk berusaha macam mana “di rancang oleh otak” dan segala gerak anggota dan badan ada lah gerak atau afaal Allah. Jadi semua dari Allah.

Kita yang mengaku beriman pada Allah tak boleh berkata “ Betul rezeki Tuhan bagi, tapi manusia itu kena beriktiar dan berusaha”. Ini kerana ada kekeliruan , kurang yakin.

“Usaha” yang datangnya dari “iktiar” dimana erti iktiar ialah satu cetusan dalam fikiran iaitu “ilham” adalah di datangi atau diterbitkan oleh Allah ….dan gerak dari anggota badan yang menjadikan usaha itu , jadi bagaimana kah itu kalau bukan hak Allah, bukan afaal Allah?

Lepas itu orang berkata, cari lah rezeki. Imam Ghazali berhujah, zalim lah Tuhan kalau Tuhan suruh kita cari rezeki…di padang mana rezeki kita Tuhan dah taburkan nak di suruh cari rezeki? Sudah tentu Tuhan tak zalim….dah setelah kita di yakini oleh Allah akan diberi rezeki kerana ada 7 ayat yang penting yang di turunkan olehNya…tiba tiba tak di beri rezeki itu bermakna tak benarlah janji Allah….dan akan hancurlah Ugama dari langit itu ….maka mustahil ini akan berlaku….sebab janji Allah pasti benar.

Akan tetapi apa yang Dia telah “ilham” untuk “beriktiar” dan “mengerakkan” anggota badan kita kearah “berusaha” mestilah di gerakkan oleh Allah jua….

Andai kita tak dapat berbuat demikian maka ada lah sesuatu takdir yang lain akan di kenakan pada kita…ingatlah semuanya sudah termaktub. Satu bulu roma jatuh dari badan kita itu pun sudah termaktub….termasuk bulu bulu roma yang di cukur pada hari nah di bedah dada Atuk Man dulu.

Cumanya kata AlGhazali, kita kena ikut kebiasaan kita, kalau Tuhan dah salurkan rezeki kita melalu tanam padi kita duduklah kat situ, kalau kita telah termaktub akan jadi kaya, kaya lah kita…jangan pula sengaja nak “uji” pula dengan tiba tiba buat kerja lain.

Atuk Man dah pegang ini sejak mula mula berjinak dengan Maha Pencipta. Sejak awal lapan puluhan…Waktu itu baru membaca buku Manhajul Abidin,dan belum jumpa guru hakikat lagi.

Akhir sekali apa yang Atuk Man teringat pasal rezeki ini, ialah Al Ghazali mengatakan banyak ahli penggali kubur melihat muka muka orang mati berpaling dari menghadapi kiblat kerana tidak yakin rezeki Tuhan sudah sediakan.

Berdoa tetap kita berdoa…termasuk doa di murahkan rezeki.. Doa adalah satu ibadah….penyerahan…walaupun rezeki sudah disediakan…itu bonus untuk kita.

Contoh zaman sekarang, kita lihat banyak tow truck di lebuh raya….mereka hari hari berdoa murah rezeki dan Tuhan beri dia rezeki tarik kereta.

Begitu juga orang yang jaga rumah mayat..dia pun memohon murah rezeki…Tuhan beri rezeki…orang tukang mandi jenazah pun begitu juga…penggali kubur hidupnya semata mata atas kubur juga memohon di murahkan rezeki…Tuhan izinkan Tuhan makburkan doa dia, di beri rezeki dengan kudratnya menggali kubur untuk Atuk Man, contohnya, bila sampai masanya.

BAB ILMU…KUPASAN AL GHAZALI TENTANG BERIBADAH DENGAN ADA ILMU DENGAN TAK BERILMU, JUGA MENARIK HATI ATUK MAN.

Perbandingan di buat orang tak berilmu beribadah…puas dia beribadah, tiba tiba datang iblis menyamar , dia beri tahu orang beribadah tanpa ilmu ini, bahawa ibadahnya di terima dan iblis kata dialah tuhan yang patut di sembah...Oleh kerana orang beribadah tanpa ilmu ini tak kenal Tuhan maka dia pun sujud kepada iblis…lalu jatuh kufur..

Orang yang berilmu tapi belum mengamalkannya, dia pergi satu bar, lalu iblis datang nak menduga dia, lalu iblis kata, kamu bangus…dan macam macam pujian.. dan akhir sekali iblis berkata, ‘aku Tuhan kamu, aku ampunkan dosa dosa kamu..” belum sempat iblis menghabiskan ayatnya orang yang tak beramal tapi tinggi ilmunya, terus di keluarkan pedangnya nak di penggalnya kepala iblis..seraya berkata: “Kamu ingat aku jahil tak kenal Tuhan ku Pencipta semesta Alam?” .


Bab taubat….satu perkara yang Atuk Man pegang dan patut semua orang ikut ialah bila kita buat dosa dengan Tuhan sebesar mana pun dosa itu jangan cerita dengan orang. Ada hadiths kursi yang mengatakan manusia bila buat dosa…di tangguhkan catatannya…hingga ke paginya,…Allah sedia mengapuni sekiranya dia manusia memohon ampun tetapi manusia belum sempat malam lagi dah buka rahsianya bermegah dengan orang bahawa dia melakukan dosa…kemudian malaikat membodohkan manusia kerana kejahilan mereka itu .

Cuba fikirkan , kita lakukan dosa, kita mengadu kepada Tuhan supaya di ampunkan dosa kita, Allah memang nak ampunkan kita tetapi dalam waktu yang sama kita buka rahsia kita buat dosa, kepada orang lain; kita bermegah buat dosa….Adakah Tuhan berlaku adil kalau di ampun kan dosa kita?

Sudah tentu tidak adil…orang yang kita buka rahsia kita tadi kebetulan juga buat dosa ingin memohon ampun pada Tuhan tapi Tuhan tak ampunkan dosanya atas sebab tertentu- dia syirik ke, sudah tentu dia bawa kes kita kepada Tuhan…kenapa kita buat dosa Tuhan ampun , kenapa dia buat dosa itu Tuhan Tak Nak Ampun…

Kalau kita buat dosa dan kita seorang yang tahu…dan kita tak buat macam orang nasrani buat “confession”. Mudah lah Allah nak ampunkan dosa kita sebab tiada orang tahu dan tiada orang komplen kata Tuhan Tak adil..macam mana orang nak komplen sebab memang tiada orang lain yang tahu.

INI ILMU YANG UTAMA DALAM KITAB TAUBAT DAN SYUKUR.

Satu lagi yang beri pelajaran kepada Atuk Man ialah bab berlajar. Pertama pasal mati syahid dalam menuntut ilmu…kelebihan Tuhan beri kepada kita. Mati syahid ialah mati yang yang hidup…kita hidup dan di beri rezeki…badan kita tak di makan cacing…badan sedikit pun tak hancur..hidup kita dengan jazat dan ruh…

Atuk Man ada jalan mudah., dan Nabi pun suruh kita cari jalan mudah.…kita kekalkan status kita sebagai murid forever , (we love ilmu forever)..kekal jadi murid seumur hidup tak payah kita jadi guru…sebaliknya kita sentiasa ada guru. Atuk Man walau pun tiga guru hakikatnya telah kembali ke Rahmatullah, namun di masih ada satu guru lagi Ayoh Man…sebab itu Atuk Man tak boleh lagi mengajar,…sebab masih lagi murid.

Atuk Man memang nak mati syahid…mati sebagai murid yang masih menuntut ilmu. Insyaallah.

Al Ghazali juga menceritakan bagaimana seorang murid hendak berguru dengan seorang guru hakikat yang tersohor, lalu di tanya oleh guru tersebut tujuan sebenar murid itu nak tuntut ilmu; adakah untuk masuk syurga? Kalau itu tujuannya eloklah anak murid itu cari guru fikah saja, sebab dengan mengikuti perlajaran dan mengamalkan fikah dengan iklas akan masuk syurga.

Tetapi kalau tujuan hendak berjumpa TUHAN YANG EMPUNYA SYURGA ITU cari lah guru hakikat.

Mungkin banyak orang tak faham kenapa orang hakikat meletakkan syurga di bawah? Bukan bererti tak mahu syurga tapi bila sudah mendalami tasawuf dan hakikat lebih lebih lagi dah faham perjalanan “iklas” di takuti tak menemui syurga langsung kerana kita kata kita iklas tetapi ibadah kita semua minta upah, minta syurga itu dan ini, di mana iklasnya? Walhal kalau Tuhan minta upah dari kita pasal Dia bagi kita dua biji mata untuk melihat, mampu ke kita nak adakan upahnya…?

Jadi jangan mempermainkan ini , harapkan balasan atas ibadah akan buat kita tergelincir. Kita harapkan kurnia, apa dia nak bagi bagi lah dan redha. Apa yang kita hendak ialah redha dan meredhai sebagai kekasih

Atuk Man sebut dalam kitab Hikam pasal Tuhan melemparkan pertanyaan, TAK LAYAK KAH DIA DISEMBAH SEBAGAI TUHAN SEKIRANYA TUHAN TAK JADI KAN SYURGA DAN NERAKA ?

Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud as: Sesungguhnya orang yang sangat aku kasih kepadanya ialah yang beribadat bukan kerana upah pemberian, tetapi semata mata kerana Aku berhak untuk di sembah.

Dalam Kitab Zabur ada tersebut: Dan siapakah yang lebih kejam dari orang yang menyembahKu kerana syurga atau neraka, apakah andaikan Aku tidak buat syurga dan neraka ,tidak berhak untuk disembah?


Tak malu ke kita dengan Tuhan bila di tanya soalan macam itu?

Sebab itu Atuk Man tak berapa suka orang hantar surat berantai dalam email mengingatkan tak buat ini neraka tak buat itu neraka jahanam….Sebab Atuk Man sudah focus untuk dapat kasih Allah. Biar Atuk Man mencintai Allah dan Allah balas cinta Atuk Man . Jadi kekasih, hati selalu pada dia, tak layak kita fikir syurga neraka , kita buat saja suruhan Allah dan tinggalkan yang di tegah penuhkan diri dengan sifat sifat empat yang ada pada nabi; SIDDIQ, AMANAH, FATANAH, DAN TABLIGH dan buang sifat sifat keji dengki kianat dll.

Satu lagi buku kesukaan Atuk Man iaitu buku “taubat” AlGhazali. Buku ini yang Atuk Man terjumpa di rumahnya masa bertugas di pantai timur buat satu kilang pemprosesan.

Atuk Man hingga sekarang tak tahu siapa yang telah meletakkan buku itu kat rumahnya ....puas dia tanya . Mula mula Atuk Man ingat anak saudara Wan Je yang masa itu masih menuntut di UM.Dia kata bukan dia.Sebab dia nak pulangkan buku itu.Pada 1994, buku itu sebenarnya tertinggal di rumah kawan di Terengganu.

Atuk Man sungguh bersyukur kerana buku itu hidayah dari Tuhannya supaya Atuk Man membetulkan balik radar kapal kehidupannya kearah sirotalmustaqim .

Baru baru ini Atuk Man terjumpa buku cetakkan baru di Masjid Saidina Umar, tapi belek belek cari doa Nabi tu tak jumpa.

Di dalam kitab itu AlGhazli ada menulis doa dalam sujud yang di amalkan oleh Nabi Besar kita..

Dalam sujud, nabi memuji Tuhan….dan mengakhiri pujianya dengan kata kata “walaupun aku memuji Kau, tetapi pujian ku tak sama dengan Kau memuji Kau .Atuk Man sempat menunjukkan kepada Arwah guru dan dia endorsed untuk Atuk Man amalkan dalam sujud..

Lepas itu baru terjumpa Minhajul Abidin

Tuhan itu sebenarnya Seni…Sebab itu Atuk Man suka melihat dan merenung setiap kejadian Allah dan di situ nampak kesenian Allah…Dia begitu Seni.

Sebenarnya seorang seniman adalah orang hakikat dan toriqat, bukan seniman bujang lapuk….Mereka suka yang menghayati Seni Allah….lalu ‘nampak’ Allah.

Memang ada orang Hakikat yang terlibat dalam kesusataraan kesenian, contoh Khairi Anwar, Masyur Fansuri, Jallaludin Rumi...di bawah di sampaikan gubahan “mee instant AtukMan’ gurau gurau je.Tak pernah dalam hidup Atuk Man cuba berpuisi.


“Tadinya tampak macam bintang berkelipan.
Tersentah melihatnya
Hati ku girang dia muncul tiba tiba
Dia berkata sepatah dua
Kata kata mengusik jiwa
Enakku rasa ingin bersua
Tiba tiba di kelipkan matanya
Tiada lagi sinarannya menikam kalbu
Terbitnya cinta
Mungkin dia juga terasa
Dan faham bahaya cinta akan menimpa
Dia ingin melupa
Agaknya dia sudah berpunya,
Atau dia meneka…
Atuk Man sudah tua….”


.

Wasallam

No comments: