Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Salawatullahi wamalaaikatihi waanbiaaai warusulihi wajami’ikhalqih ‘alaa Muhammad, wa alimuhammad ‘alaihi wa’alaihimussalam warahmatullahi wabarakatu
PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 21)
Atuk Man pernah di di temuduga oleh cucu kepada kakak Wan Je, Ba, macam mana Atuk Man boleh bertemu jodoh dengan Wan Je dia.
“Sebab Tuhan dah tulis dan termaktub ada jodoh , bertemulah dia…macam ikan di laut asam di darat dalam periok bertemu jua…macam tu lah..satu di Melaka satu di Raub berjumpalah di tengah tengah…”
“ Ialah, Atuk Cik, itu semua orang tahu,… dah jodoh….dia punya process macam mana?…kan Atuk pun ada cakap, rezeki datang kat mulut kita pun mesti melalui prosesnya…nak dengar lah ..prosesnya ada dating ke, tak ada dating ke…” desak Ba , cucunya tu.
“ Kalau nak dengar, dengar baik baik..Atuk kalau cerita Atuk tak suka orang tak pay attention, Atuk tak suka ulang ulang..Ok?”
“Ok Tuk Cik”
Atuk Man memulakan cerita…
Masa tu Atuk dah masuk pertengahan tahun dua, ambil kursus kejuruteraan mekanikal…masuk tahun dua ada rasa payah sikit…dah bermula mata subjek engineering…lecture, nak bagi konsentrasi lebih , kalau tidak ketinggalan…
Atuk merasa tension sikit…waktu tu ialah student perempuan yang ambil engineering kurang sangat…tak macam sekarang…peluang untuk ada girlfriend susah…ada juga yang mahu rapat dengan Atuk tapi Atuk tak berminat sangat...kawan saja…dan sama sama buat kerja union, itu je...Masa itu Atuk masih ada buah hati kat kampong tapi cuma tiada cara nak berhubung. Atuk nak hantar surat takut jatuh kat tangan bapa dia, ini akan menyusahkan dia…Masa tu kampung hanya ada pondok telipon je…jadi memang impossible lah…Dan dia tak tahu address Atuk sebab tiada cara nak bagi dia….dulu ada “post girl” yang buat special delivery, tolong hantar surat…masa kat sekolah asrama penuh kat Ipoh dulu lain sikit, masa itu Atuk hantar surat parents dia tak perasan.
Pendekan cerita, satu malam Atuk bermimpi berjumpa seorang gadis, sedang berjalan jalan di tepi kolam ikan di sebuah taman yang cantik sekali . Atuk kebetulan berjalan dari arah bertentangan…ternampak dia berjalan tenang saja gaya jalannya tak ubah macam harimau yang sedang relex, berjalan pinggangnya lenggang lengguk, ke kiri,kekanan, cantik sekali …Atuk terpandang wajahnya dan nampak jelas oleh Atuk , senyuman dia …seolah senyum yang pernah Atuk tenguk...ya macam buah hati Atuk kat kampong…
Kami macam pernah berjumpa...macam sudah kenal each other.…susah nak jelaskan ..macam ada chemistry dan kami tak berkata apa apa. Lalu Atuk sambut tangan nya dan tiba tiba..kami menari macam filem orang putih, tarian swing `menari di keliling tasik ...kami tetap tak kata kata apa apa, tapi kami rasa chemistry is at work, wonderful …Atuk tersedar bila Atuk jatuh katil…baru lah tahu Atuk bermimpi..
Atuk tak lalu makan beberapa hari dan Atuk termenung..Lecture pun dah tak dapat tumpu..Atuk teringat dia, nampak rambutnya ikal mayang, macam buah hati di kampung, bila diikat kebelakang, nampak dia very elegant, anggun, ada dignity tapi penuh keayuan, jalannya, lengang lengguhnya macam harimau berjalan, senyumnya sentiasa riang…Fikiran Atuk jadi kacau..terbayang gaya senyumnya, gaya dia melempar senyum tak ubah macam buah hati di kampong…putih kulitnya serupa, cuma pipinya tak semerah yang di kampong.
Tiba tiba Atuk ada feeling dia mesti wujud dan mesti ada di kawasan tempat Atuk tinggal.
Petang itu Atuk berjalan berdua dengan seorang kawan, jalan jalan di kawasan perumahan berdekatan… tiba tiba nampak kelibat macam pernah tenguk, pakaian kekuning kuningan air, nampak macam dia memakai midi dan midi itu kebang, bila dia bergerak…Atuk lihat melalui celah celah pagar yang berjaring…Atuk pengang tangan kawan Atuk memberi isyrat berenti..Atuk lihat dia mengangkat pasu bunga dan bersamanya seorang perempuan lagi bergerak menuju arah kebelakang.
Memang tak syak lagi itu lah gadis dalam mimpi Atuk tiga hari yang lepasnya...memang hati Atuk mengatakan itu lah dianya. Atuk macam nak melompat lompat, kegirangan...kalau zaman sekarang dia orang akan jerit :Yes!..tapi Atuk control nak menjerit .. …
Atuk tak bercakap dengan kawan Atuk …hati Atuk dah kat rumah itu je..kami pun beredar dan Atuk dah tak ada mood nak terus kan perjalanan …Atuk cuma fikir macam mana nak jumpa dia…Atuk selaluinya di kuasai ingatan kepada buah hati Atuk kat kampong, selalu ternampak nampak pipinya yang kemerahan dan mudah tersenyum. Namun hari itu tidak lagi…wajah wajah dalam mimpi dan kelibat gadis tadi sudah menyelubingi pemikiran Atuk Man…
Ini mimpi real yang betul…Atuk rasa syukor..tak semua manusia di anugerahkan Tuhan sebegitu,dan Atuk fikir, mesti Atuk seorang manusia yang luar biasa…
Untuk menyedapkan hati, untuk beritahu diri Atuk “tunggu besuk mungkin dia keluar bersiar ambil angin”.
Keesukannya agak agak dalam waktu yang sama Atuk mengorak langkah menghala kerumah nya….tiba tiba selepas satu selikoh ternampak macam dia berjalan hala yang sama betul macam dalam mimpi...”pucuk di cita ulam mendatang” kata hati Atuk. Dia jalan berdua.Dia memakai skirt labuh bunga bunga kuning hitam merah.
Atuk pun cepat cepat berjalan laju sikit supaya dapat memotongnya…Nampaknya dia menuju ke jalan ke deretan rumah kedai...kat situ ada mini market..Atuk syak dia mesti ke situ…
Atuk pastikan dia betul betul masuk dalam kedai tersebut…Atuk pelahan kan langkah, sambil memikir apa yang nak dituturkan…senyum kat dia je ke,… apa kata dia tak layan?…
Atuk pun masuk …tapi tak nampak dia lagi ..mungkin dia di lorong sebelah, fikir Atuk…
Atuk pun pergi sebelah..terserempak dengan dia , kawan dia tak kelihatan…Atuk padang dia ..dan dia pandang Atuk, Tiba tiba Atuk nampak..air muka dia berubah ..macam di nampak hantu…dia begitu terkejut..
Atuk cepat cepat kata “hello!”
Dia terdiam sebentar,macam teragak agak, kemudian baru dia kata:
“Hello! ” Atuk hampir pengsan mendengar suaranya yang lembut, antara dengar tak dengar…
“Rasa kita pernah berjumpa” kata Atuk pada nya sambil Atuk cuba senyum ,dan hati bedebar debar…
Dia terdiam sekejap…
“Ya rasa macam pernah berjumpa…”katanya dia ..
Bagi Atuk itu sudah cukup.
“Sebenarnya I pernah mimpikan You.” Atuk terus terang
“ I pun sama” .. … dia tersipu sipu malu..
“dekat tepi tasik dan kita menari?” ujar Atuk lagi…
Dia tunduk..malu..
Dia menganguk pelahan lahan…
Ini sungguh menakjubkan… sama sama mimpi dan mimpi yang sama
"Ada kah aku bermimpi dalam mimpi?" Atuk tanya diri Atuk.
Masa tu juga rasa Atuk nak sembar tangannya dan tarik dia keluar menari swing terus kejalan raya , swing- swing-swing hingga empat empat kaki terangkat naik keatas hingga keawan …
Namun tangan Atuk jadi kaku …tak tergerak..pasal jiwa masih menghormati tata susila …
Tapi selepas itu…malah sekarang ini pun Atuk rasa Atuk patut buat macam itu.. perduli apa; Atuk rasa pasti dia akan menyambut tangan Atuk seperti mimpi itu…
Sejak itu mulanya satu titik permulaan satu kehidupan untuk menzahirkan apa yang telah di program oleh Maha Pencipta, sebuah filem yang sudah di bikin dan termaktub, di mana wujudnya zahir kelibat kelibat seperti , Along , Angah, Abang, Abi , dan Maksu, dan kemudian cucu cucu, Akin, Asim, Didi, Amin, Nana, Zulaika, Azan, Lokman. Dan watak yang dikampung hanya satu hiasan untuk mencantikan perjalan hidup Atuk….
Nama I, Mansyur, you? Atuk tanya dia
“ Jelita.” Dia jawab malu malu sikit..
“Memang cantil namanya, sesuai “ kata Atuk….
Lepas peristiwa itu kami selalu berjumpa...Hampir tiap tiap petang macam Romeo and Juliet, sehingga kalau tak nampak kelibat kami, orang kawasan di situ macam kehilangan sesuatu.
Mereka macam sama merasakan romantika kami, dan burung burung yang berterbangan pun sama merasakan kasih sayang yang sedang berkembang seperti kelopak bunga..Seluruh alam turut bergembira.
Kami mula memahami hati masing masing. Masa mula berkenalan kami asyik mencerita kan mimpi masing masing ..mimpi hampir sama..Cuma ada satu bab yang berbeza, Atuk kata Atuk nampak ada burung kakak tua dada berwarna merah, tapi Jelita kata burung anggang. Kami rasa Tuhan sungguh menyayangi kami,
Bila Atuk man cerita pasal Atuk jatuk dari katil dia tergelar besar sambil kedua belah tangannya menepuk Atuk dengan manja sekali.. Sampai sekarang perangai Jelita macam itu, bila Atuk buat cakap lucu sikit, create joke, dia akan gelak dan dua belah tanganya akan menepuk Atuk…
Masa bila kami panggil diri masing masing “ Ling” Atuk Tak ingat..tapi memang “ling lah” ..bukan keling tapi Darling. Hingga geng yang sama pergi Makkah gelar kami “loving couple” pasal panggil ‘Ling’
Atuk kalau di suruh Tuhan ulang balik kehidupan ini Atuk akan tetap mencari Wan Je kamu jadi pasangan Atuk semula dan akan menjaga dan memanjakan dia lebih dari dia rasa sekarang.
Sebab dia tahu Atuk dulu ada buah hati dia ada agak curiga sikit tentang kesetian Atuk… Atuk offer ambil pisau belah dada..itulah sebab nya Atuk kena belah dada juga! Betul orang lain pun ada belah dada… sebab di orang kena heart attack, Atuk belah dada Atuk masih sehat lagi.. !
“ Ba…ada lah orang yang pertama dalam keluarga yang tahu “the love story” Atuk and Wan Je…anak anak pun tak tahu…they just think that there is no love story for us to tell “ Atuk Man mengakhiri story telling nya pada Ba cucu kepada kakak Jelita
Apa pun, dalam banyak perkara mengenai Jelita yang buat hati Atuk Man sentiasa tick ialah Jelitaan rohaniah Jelita itu sendiri, “the pelita hatinya” yang menerangi hidup Atuk Man. Kasih sayangnya yang buat Atuk man tak boleh berjauhan dengan nya. Dimana saja berada dalam sub conscious Atuk Man , Jelita ,isterinya, tetap berada di situ. Kegelisaan akan timbul bila berjauh walau pun Wan Je berada di balik pintu, bukan belakas… tetapi hilang kelibat buat hatinya resah. Begitu juga Jelita... Atuk Man adalah nyawa dia.
Kadang kadang bila dah tua tua ini terfikir juga siapa pergi dulu... Keadaan hampir serupa tak kira siapa pergi dulu. Yang tinggal akan amat terasa kehilangan sebahagian dari diri masing masing. Cuma Atuk Man sering buat joke dengan anak anaknya “jangan nanti bila Mak awak sudah tiada bila teringat nak makan itu ini , pergi kat kubur dia minta resepi…masa Mak awak hidup masing masing malas nak belajar masak”.
Siapa saja baik Along, Angah, dan Abi, bila teragak nak makan itu ini telifon maknya untuk tanya macam mana nak masak. Along kurang lah sikit, pasal diet hariannya diet orang putih, Maxican, Korea, Jepun. Tapi masa Nyonya , mak budak budak tu masih ada kat rumah ini dulu dia rajin menyalin resepi. Kueh bakar kegemaran Atuk Man dia ada ambil.Resepi dia sukat everything, jadi qualitynya sama. Tak macam mak mertuanya, Wan Je, kadang kadang ada juga benda yang dia lupa bubuh, Kadang kadang Atuk Man jadi mangsa kealpaannya.
“Ling, dulu I bubuh berapa biji telur?” Tanya Jelita pada Atuk Man..
“ Tak tahu lah berapa biji telur you bubuh dulu”
Mana lah Tuk Man nak ingat semua? Dah lah Atuk Man banyak perkara nak di fikirkan masalah syarikat pengilangan yang dia jadi salah seorang General Manager masa itu; dah dapat status barangan buatan Malaysia, tapi budak budak Rafidah kat MITI nu juga keluarkan surat yang sama pada jenama yang lain yang di import dari luar Negara.
Gila, kak Rafidah bila jumpa dia, yang Atuk Man fikir tak kurang empat kali, bersama Tok Him pula tu, sehingga Managing Director Atuk Man tak hendak jumpa lagi. Sebut nak jumpa kak Rafidah dia tak hendak ikut dah., berjanji macam macam, janji akan kaji, tapi tetap tinggal janji.
Dalam keadaan macam ini tiba tiba Wan Je tanya dia berapa biji telur di gunakan.
Begitu juga kat ofis, bila ada Atuk man kat ofis benda yang tak berkaitan dengan kerja Atuk Man pun orang refer kat dia. Dia orang fikir Atuk Man ada kuasa magic, apa pun boleh selesai kalau bagi Atuk Man. Atuk man bukan apa demi kepentingan syarikat dia boleh bantu, tapi kadang kadang cara mereka berfikir tak betul, approach mereka tak kena, tak sesuaian.
Cara Atuk man amat berbeza. Dua orang telah memberi tahu Atuk Man, seorang Cina dan seorang India.
“I have been observing you for how many months, I noticed your have your own methodology of solving your problems.” kata salah seorang assistance Atuk Man dengan satu syarikat menjual jentera berat satu masa dulu.
“ you have a different approach and you look at things differently” kata seorang General Manager di salah satu syarikat anak di syarikat itu.
Memang Atuk Man akui kelebihan Tuhan bagi kepada dia. Atuk Man memang sedar. Cuma Atuk man sedar kalau dia tahu macam mana nak selesaikan dia tak boleh tunjuk bangga dan bermegah. Pernah terjadi, Atuk man hanya cerita kepada Maksu bila Atuk man di suruh menyelesaikan satu masalah. Dia nak impress anaknya supaya berfikir macam dia.
“Ayah tahu nak selesaikan masalah yang dia orang suruh ayah tenguk..selalunya ayah good at problems solving, and come out with suitable solutions”dan terus ceritakan apa yang jadi punca masalahnya.
Apa yang terjadi selepas itu ? Punca masalah itu tak dapat di kesan, benda yang di lakukan tidak menyelesai masalah, kena cari punca lain, dah kena belanja lebih, punca yang lain pun tak juga menyelesaikan. Lama lama Atuk Man selidik balik, di dapati tekaan yang pertama tadinya memang betul, cuma mereka tak go further, kerja setengah jalan.
Sekiranya diteruskan solution pertama itu selesai lah masalah dalam masa yang singkat dan kos taklah banyak. Dua tahun pelanggan komlen tak dapat di selesaikan oleh project engineer berkenaan…kerja itu akhir nya selesai tapi kerja berulang kali.
Ini atuk Man sedar, Tuhan Marah pasal Atuk man nak tujuk dia bagus pada pada Maksu.
Itu pelajaran yang di perolehi oleh Atuk Man . “Anugerah Tuhan bagi kat kita jangan di tunjukkan atau ceritakan kepada orang, Tuhan bagi kita untuk kita dan hasilnya serah balik pada Dia . Kita jangan claim kita punya,” Konklusi Atuk Man
Memang Atuk Man sendiri merasa perbezaan dalam hidup dia dengan berhakikat dan tidak berhakikat.
“Zaman tidak berhakikat semua nya kita punya. Zaman berhakikat kita serah semua balik pada tuhan…Ya Allah perbaikilah urusan ku dan jangan kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip matapun, seperti Nabi berserah balik kepada Tuhan, insyaalah
Wataqulllah wayu’allun mukumullah.
Bertaqwa lah pada Allah, dan Allah yang mengajarkan kepadamu segala hajat keperluan mu
‘Allaziina yaz kuruunal laaha qiyamanw waqu ;uu dawn wa ‘alaa junuubihim wa yatafakkaruuna fii kha qis saaawaati wal ‘arz: Rab banaa maa khalaqta haazaa baatilaa Sub haanaka faqinaa ‘azaaban Naar(Al Imran:3- 191)
Men who remember Allah standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of ) creation in the heavens and the earth,( with the saying) : “our Lord not for naught hast Thou created (all) this! Gory to Thee! Give us salvation from the Chastisement of Fire.
Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring,dan memikirkan kejadian langit langit dan bumi (sambil berkata): “Hai Tuhan kami! Engkau tidak jadikan semua ini dengan sia sia! Maha suci Engkau! Lantaran itu peliharalah kami (daripada) siksa neraka” (Al Imran:3- 191)
Zikir (ingat) dalam hati setiap masa, sama ada ikut nadi atau ikut nafas memberi kesan pada Atuk Man.
Ini lah jalan untuk dunia dan akhirat, Cuma bezanya, macam kita basuk baju …tak payah di fikirkan nak bersihkan tangan. …Bila baju bersih otomatik tangan pun sama bersih .Ini dilakukan dalam satu masa! (ibaratkan basuk baju itu akhirat dan basuk tangan itu dunia)
Menuju ke akhirat, ibarat kita melalui satu padang luas, kita terus berjalan tak perduli yang lain lain, kita beri tumpuan penuh kepada matalamat hala tuju kita ( akhirat)….tetapi dalam pada itu kalau ada kemuncut ( dunia) terlekat pada kaki seluar kita itu..terima lah…kemuncut (dunia) nak terlekat terlekatlah..tak terlekat pun tak apa (redha saja).
Itu yang di katakan bila kita menuju ke akhirat, dunia akan ikut kita…. Bukan kita ikut dunia…di sini ada ilmu yang tinggi bagi yang mengerti….” Pendapat Atuk Man.yang pernah di sarankan kepada Adlan staff Atuk Man.
Petang semalam Wan Je ke rumah sepupunya untuk hantar barang yang Abi pesan. Sepupunya Azi nak ke Dublin untuk convo anaknya baru lulus kedoktoran. Dulu anaknya duduk sama serumah dengan Abi.
Selama berkawin dengan Jelita ( Wan Je), Mansyur ( Atuk man) jarang sangat berdua dua dalam dalam jangka yang agak lama. Yang betul dia bersama berdua dua bila pergi ke konvo Abi Kat Dublin bulan October tahun2007 sebelum operation.Maknanya kalau di takdir kan Tuhan ambil nyawa Atuk Man masa operation itu hari, itulah kenangan Wan Je yang tak boleh di lupakan.
Masa pergi Convo Angah kat UK berempat, itu pun Wan Je terpaksa balik awal kerana ibu nya sakit; pergi Umrah, 7 orang; pergi Haji 3 orang bersama adik bungsu Wan Je. Dulu 2 kali dia ke UK seorang je dan 1 kali ke Dublin seorang jua…
Memang tidak ada peluang dalam hidup mereka dapat berdua dua melainkan sekali tu bila pergi Ke Dublin convo adik.
Pergi ke Dublin bersama sepupu Wan Je, Cu Li, suami isteri dan anak perempuan mereka serta cucu cucunya. Anak Cu Li mengikuti suaminya yang baru tukar kerja kat Dublin setelah setahun berkerja di Abu Dabi. Bersama satu flight tu juga Chegu Hashim, penulis terkenal dan Isterinya.,mereka berdua nak tenguk cucunya yang baru lahir kat Dublin, anaknya buat Phd, anjuran UIA, dekat sana dan berkawan dengan menantu Cu Li.
Sampai kat airport Dublin, mereka menunggu seketika. Semuanya yang patut tunggu kat airport tu belum sampai lagi.Menantu Cu Li yang akan mengambil mereka semuanya belum sampai. Abi anak Atuk Man pun belum sampai.
Atuk man masih ingat bulan May tahun yang sama dia datang ke Dublin, saja saja berjalan , datang seorang, tiba kat Dublin Airport, tunggu Abi tak ada. Nak telifon dia telifon maxis janji ada roaming tak ada roaming. Bawa sim card celcom prepaid tapi tak pula di insert kat telifon tu…tak terfikir celcom ada roaming.
Nak pakai public phone tak ada coin, problem. Lama tunggu , puas pusing pusing ternampak rupa macam Abi duduk di kerusi..rupanya dia dah sampai dia pun cari Atuk Man tapi tak nampak..dia nak telifon Atuk Man pun tak dapat…itulah mula memang ada gerak nak tukar sim card maxis tu ke celcom tapi fikir itu prepaid mana ada roaming. Sebenarnya prepaid ada roaming…
Atuk Man selalu terkena macam itu, sebenarnya gerak hati yang pertama itu benar, kena yakin betul betul.
Kali ini tak dapat telifon Abi, maxis lambat aktif, dia kena tukar kepada blackberry network… pakai telifon celcom Chegu Hahsim. Abi dalam perjalanan, katanya.
Abi sampai, dan mereka berpisah buat sementara waktu dengan Cu Li dan Chegu Hashim, janji jumpa semula.Waktu jam 7.00 pagi. Abi ambil texi dan hantar kedua ibu bapanya ke rumah,
Dia berkerja hari itu. Dia hanya cuti 3 hari untuk convo iaitu lusanya.
Tempat kerja Abi dekat kawasan Airport dengan syarikat logistic antarabangsa tetapi dia dibahagian investment.
Rumahnya di sebelah selatan dan tempat kerja di utara. Maknanya masuk bandar dulu kemudian keluar balik..hari hari macam itu kena naik dua bas. Tapi selepas Atuk Man buat operation baru naru ini dia dah pindah duduk bandar balik.
Abi terpaksa hantar ibu bapanya kat rumah dan dengan taxi yang sama, balik semula ke airport.
Cuaca amat sejuk 10Âșc.
Sampai di rumah kawan kawan Abi semuanya Final year medical, ada di rumah termasuk dua pupu Abi., namanya Adi. Abi tinggal kat rumah ini kerana waktu itu masing masing kena pindah rumah jadi mereka join sama ,dulu duduk asing asing. Dia dengan dua pupunya satu sekolah dan satu masa ambil SPM.
Abi pergi kerja dan dia dah beli tiket bas, dia tahu Ayahnya dah lancar jalan jalan di Dublin.
Abi pernah dalam lawatan bulan May dulu, sampai saja ayahnya dia terus bawa jalan jalan . Jalan kaki kebandar. Memang tak rasa penat tapi kaki bengkak lah . berjalan dari pagi ke petang.. lepas tu masa Atuk man berjalan seorangan, bila sampai town, ada kawan Abi, Ou atau Najib, tunggu bawa jalan jalan di bandar.
Jadi pendekan cerita, kali ini memang lah honey moonsekali dalam seumur hidup untuk Atuk Man dan Wan Je, tapi Jelita masih tak puas hati ingin juga nak tenguh apa yang ada dalam dada Atuk man, itulah sebab kena pergi IJN, belah dada lepas honey moon..
Abi kata tak eloklah Atuk Man pergi ke konvo dia tak pakai suit. Atuk Man tak bawa suit dia bawa jacket saja..
Untuk ambil hati, Abi Atuk Man ajak Wan je pergi bandar konon nak cari suit.
Jadi pergilah window shopping…habis kan masa tunggu Abi balik dan beli sikit barang nak masak untuk Abi.
Keesukan nya pergi lagi tujuan nak cari suit dan tahu lah kedai mana yang mana nak di beli.
Sudah berkenan dan harga pun berpatutan , belilah, bawa balik naik bas. Sampai station dekat kawasan yang banyak juga orang , tiba tiba naik ke dalam bas itu anak sepupu Wan Je, Adi, yang satu rumah dengan Abi, leka leka lah wan Je berbual .sampai kat rumah terus turun..naik kerumah.
Besuk nak convo, seluar tu nak di pendekkan Wan Je dia expert tentang semua ini janji nak pendekkan .Jadi Atuk Man tanya di mana suit tadi, maka puas lah di cari tak jumpa. Dah syak dah mesti tertinggal dalam bas.
Mujur ada anak saudara tu. Dia telifon Abi kat ofis tanya nombor telifon syarikat bus. Dia dapat nombor telifon dan terus dia telifon, sekejap itu juga. Dia dapat confirm memang ada barang tertinggal dan ada orang paskan kepada driver bus itu. Operator tu bagi tahu tunggu saja kat bas stand yang mereka turun tadinya. Dia akan hantar dengan bus yang lain.. .dalam masa sejam sampailah suit itu…
Itu lah dia negeri orang putih ni..diMalaysia belum tentu lagi.
Abi kata kalau kita beli barang kita boleh pulang balik , ambil duit balik, syarat lebelnya jangan di tanggalkan..
Maka hari convo itu Atuk Man bergayalah dengan suitnya yang termahal dalam dunia.
Apa lagi megahnya melihat Abi dan 10 orang anak Melayu Malaysia menerima cetificate ACCA dari President ACCA Ireland and ACCA antarabangsa.
Tak apa tak dapat menyaksikan convo Abi bila menerima Ijazah dulu, ACCA ini lebih bermakna. Abi sudah dapat jadi ahli affiliate hanya tunggu September untuk cukup pengelaman untuk jadi ahli associates dan jadi chartered accountant. Dari awal lagi dia tak begitu confident, tapi atas kegigihanya dia berjaya…Atuk Man memang bersyukor pada Allah atas semuanya ini.Abi hanya an average student , dan bukan macam Angah, tapi tuhan kabulkan hajatnya.
Hari convo itu berkenalan dengan bapa kawan Abi dari Subang, dan pada mulanya Atuk Man rasa kenal, sahingga dia hulur kad dia baru lah Atuk Man perasan.
Dia seorang consultant dan sepatutnya ikut sama pergi ke USA dengan Atuk Man dalam tahun 1993 , tetapi dia terpaksa membatalkannya last minute kerana kesihatan, Doktor tak mengizinkan di pergi kerana darah tingginya naik serta merta.Atuk Man meneruskan perjalanan dengan anggota lain.
Dunia ini terlalu kecil. Tuhan tak letakkan manusia ini ke planet Jupita kerana nak bagi manusia insaf. Kalau letakkan kat Jupiter ( tak ada oxygen, Tuhan akan adakan nya dengan di hidupkan pokok pokok) , manusia lagi sombong pasal dia perolehi tanah yang luas, jadi manusia lagi rasa bongkak..
wasallam
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment