Saturday, May 3, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 7)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..


PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 7)

Sudah siap satu email, kata Atuk Man terus klik ‘kirim’.

Email itu untuk Atan, anak saudara isterinya, yang berkerja di Jeddah.

Atuk Man mengambil topinya yang di hadiahkan oleh anaknya Abi dari Dublin, dan bergegas ke kereta. Jam 7.30 pagi. Atuk Man ada masa pakai topi ada masa tidak, tenguk mood.

Topi ada dua tiga. Semua hadiah dari anaknya. Satu topi JR Dallas, hadiah dari anak sulung semasa dia kat Texas dulu dan topi itu di tinggalkan di Jelu untuk ke kebun.Dulu Atuk Man pakai masa main Golf. Sekarang tidak lah, golf set terbarunya bersama driver yang di sayangi di hadiahkan kepada Arif, 6- footer, anak saudara sepupu Atuk Man.

Dalam kereta yang di pandu Mak Je , melalui KLIA ke Banting dan ke PD sebelum ke Ramuan China, Sungai Siput dan terus ke Rantau Panjang, melalui Berisu. Jambatan di Padang Kambing di hanyut air, mungkin sebab JKR dapat boss baru..

Biasa balik ikut lebuh raya keluar di Simpang Ampat, melalui Sungai Buluh, Padang Kambing, Padang Besar baru sampai Rantau Panjang.

Sepanjang jalan tak ada apa yang menarik cuma banyak pokok kelapa sawit dan kampong kampong sepanjang jalan.Tapi Wan Je suka ikut jalan kampung macam ini. Nostalgia.

Berjalan macam ini, kalau ada arwah guru dulu, Atuk Man suka berseloroh dengan Arwah,

“ Ustaz, kenapa bila kita naik kereta, arah pergi kita rasa lambat , bila menghala balik rasa cepat,?”

“Wallahualam…. “ jawab guru…

“ sebab, masa pergi pokok pokok di tepi jalan ini tak kenal kita lagi, lalu masing masing sibuk bertanya bermacam macam…”kamu semua nak ke mana? Nak kemana?”….sepanjang jalan pokok itu bertanya tak berhenti henti….”apa tujuan ke sana?… nak ke sana lama ke?….kenapa tak duduk berzikir kat rumah je, macam kami ini tak bergerak gerak bila berzikir ?” … …Sebab itu kita rasa lambat…hala balik lain; pokok tak tanya lagi dah, sebab mereka dah kenal….” Guru tergelak terbahak bahak……

Laut laut… nak mandi lah Atuk..” Nana dan zulaika dah mula terjerit jerit bila sudah menghampiri kawasan pantai PD….

“ Kat mana nak berhenti….” Tanya Wan Je.

“Mana mana lah asal tak banyak orang , kita bukan nak mandi…” Jawab Atuk De.


Wan Je berhenti di suatu kawasan tak jauh dari tempat makan dan berteluk sikit pantainya…

Cucunya segera turun…lari ke lidah air laut yang menjilat pantai…

“Ratni… ikut budah budak itu…”Jerit Wan Je pada Ratni pembantu rumah.

Mereka bertiga beradik itu adalah permata yang tak dapat di nilai harganya bagi Atuk Man dan Wan Je…Mereka pernah di sindir kerana sudah tua tua pun masih nak membesarkan budak budak….

Mereka yang menyindir tu semuanya tak di kurniakan nikmat membesarkan cucu 100%, jadi mereka tak akan faham.Seperti juga Ayoh Wang yang selalu dapat zouq waziddan…orang yang tak pernah rasa tak akan tahu nikmatnya…

Kadang kala Wan Je tak tahan juga dengan laku mereka yang lasak bila bermain, selalu bergaduh; Wan Je selalu marah marah…dan komplen…”ini lah… orang lain tak buat macam kita buat…jaga cucu”..

“ Kalau ada orang nak bagi kekayaan sebanyak kekayaan Bill Gate nak tukar dengan cucu awak, awak nak terima ke? “ Tanya Atuk Man pada isterinya.

Tapi Atuk Man tahu betapa sayangnya Wan Je kepada cucu cucunya, lebih dari nyawanya. Sudah lama Atuk Man teringat nak berpesan kepada anak anaknya; kadang kadang nak buat buku tulis saja wasiat dalam buku itu, iaitu andai kata Atuk Man pergi dulu, sepeninggalan Atuk Man, jangan sekali kali anak anak melukakan hati ibu mereka pasal cucu cucu tu…very sensitive issue don’t ever try to tauch it!

Takut nanti tiada “maaf bagi mu” dan kemungkinan ibu mereka bawa diri keluar ke lain tempat bersama sama cucu cucunya.

Semua dah nampak dalam keadaan tenang Atuk Man duduk di bawah ditempat redup dan memerhatikan cucunya. Terdengar deru ombak memukul pantai….

Dia teringat Ayoh Wang. Dalam keadaan duduk di tepi pantai macam di Seberang Takir, dia akan mengingatkan:

“ cuba dengar baik baik macam mana bunyi ombak itu…dengarkan”

Atuk Man sama mendengarnya..

“ada dengar zikir ombak tu?...Allaaah….Huu Allaaah….Huu Allaaah….Huu Allaaah….Huu”

“Allah” bila ombak naik .”Huu” bila ombak kena pantai…dengar baik baik….

“MANUSIA JE YANG TAK NAK BERZIKIR”,kata Ayoh Wang.

Kemudian Atuk Man pandang sampai ke kaki langit …nun jauh perhatikan langit yang biru….

“Semuanya alam semesta di hadapan kita ini ayat ayat Allah” Fikir Atuk Man… “Itu sebab Tuhan kata kalau nak cerita satu persatu habis kering air laut sebagai dakwatnya untuk menulis tak habis lagi ceritanya.

Ikut Imam Ghazali, sebenarnya ayat ayat dalam AlQuran yang menyuruh beribadah seperti sembahyang puasa dan sebagainya hanya sedikit kalau di bandingkan dengan ayat ayat berkaitan hati, kerohanian dan ketuhanan….

Paling pokok dalam AlQuran ialah deklarasi Allah bahawa Dia lah Pencipta seluruh alam semesta di mana sains kata sampai ‘infinity’ had ciptaannya dalam erti kata cakarwala bintang bintang galaxy galaxy, di mana tiap tiap satu galaxy mempunyai matahari sendiri dan setiap satu bintang itu sama besar dengan matahari.

Dan Allah telah beri tahu Dia lah Pencipta semuanya itu termasuk manusia dan jinn dan dia-lah Tuhan sebenar Tuhan dan layak di sembah. Dia lah Raja dan segala segalanya dan pembawa dan pemberi rezeki. Selain dari Dia batil.

Kata Hikam: Alam ini ada bila di tetapkan oleh Allah, tetapi alam ini musnah lenyap dengan keesaan zat Allah.


Keesaan Zat Allah yang tidak bersekutu atau berbanding itu melenyapkan segala apa saja, yakni tetap Allah yang tunggal dan segala sesuatu selain Allah bayangan belaka dan bekas buatan Allah

Ini mesej yang paling utama dalam Al Quran
.

Huwalla-hullazii laa’ ilaha ‘illaa huulal Malikul Qudduusus –Salaamu’ Mu’minul- muhay-minul-‘Aaziizul-Jabbaarul-Mutakabbir: Subhana llahi ‘ammaayushrikuun.(surah 59 -23).





[Allah is He ,then whom there is no other God ;- the Sovereign ,the Holy one, the Source of Peace, Perfection,the Guardian of Faith, the Preserver of Safety ,the Exalted in Might, the Irresistible, the justly Proud glory to Allah!(High is He) above the partners they attribute to him. ]



Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia. Raja, yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengeruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.






Qul manyyarzuqukum minnassamaa i wal ‘arzi ‘ammanyyam likuus sama ‘alwal ‘absaara wa manyyukh rijul hayya minal may yiti wa yukhri jul may yita minal hayyi wa mannyu dabbiru ‘amr?... (surah 10.31)


["Say: 'Who is it that gives you all sustenance from the sky and earth, governs sight and hearing, brings forth life from dead (matter) and death from the living, and plans the affairs of man?' They will all say 'Allaah'." (surah 10.31)]

Katakan lah : Siapa kah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan.


Di Zaman para sahabat memeluk Islam dahulu, seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Othman, Saidina Ali, Bilal dan lain lain lagi, ayat Al Quran baru satu dua yang turun , mereka terus beriman. Di zaman kita ini satu Quran yang sudah lengkap, di tambah dengan hadiths dan kitab kitab lain yang begitu banyak sekali namun ,susah nak yakin kan orang. Lihat saja bilal dia hanya dengan ‘ahad’ saja sudah tebal imannya!


Dewasa ini orang mengutamakan intelektualisma lebih dari segalanya, tetapi sebenarnya intelektualisma tanpa dapat mencapai ‘marifah’ tidak bermakna, hanya satu penipuan diri sendiri, hanya satu kekeliruan yang masih belum dapat terurai di dalam pemikirannya. Selagi tak bertemu dengan ilmu ke Ketuanan sebenarnya mereka tak sampai ke pengujungnya.

Kita boleh lihat interlektual beraksi dalam bidan philosophy. Sains dan puisi.

Mana mana philosophy yang tidak dapat kembali kepada Allah hanya tinggal philosophy yang tak bawa keuntungan pun pada manusia sejagat hanya menambah kekeliruan pada manusia yang mengikutnya yang sudah sedia sesat .


Ahli psychology , seperti Sigmund Freud, juga begitu ,sebab mereka gagal nak ‘link’kan balik semua perlakuan manusia dengan pencipta nya. Bila tak link balik akan ada kekeliruan dalam keputusannya. Sebab manusia lupa, iblis musuh ketat manusia tak akan membiarkan manusia begitu saja tanpa di selewengkannya dalam apa jua aktivitinya.

Jadi intelektual dalam bidang apa sekali pun, kalau tidak ada hubung kaitkan dengan Ketuhanan ia itu Allah , dia sudah pasti akan di sesatkan oleh iblis.


Begitu juga dengan sasterawan , yang dapat pencapaian dari hasil intelektualisma hakiki hanya yang menuju ke Illahi, seperti penyair Khairil Anwar….bermula dengan aku mahu hidup seribu tahun lagi ….sehingga mengasilkan …pintuMu ku ketuk, aku tak bisa berpaling lagi…. Dia sudah ketemui Tuhan…Dia sudah puaskan kedahagaan intelektualismanya.

Juga Jalalludin Rummi…dengan cerita burung burung terbang ke angkasa raya mencari Tuhannya ….berakhir hanya seekor saja yang berjaya berjumpa Tuhannya dan itu lah kemuncaknya…burung dengan tuhannya…

Dari sudut sains contohnya theory ‘The big bang” oleh Stephen Hawkins (klik sini) iaitu satu letupan yang luar biasa kuatnya( lebih dasyat dari letupan nuklia) dengan bahan dan radiasi yang tersangat panas dan langit langit (universe) berkembang( expanding) dan bila sejuk itu terjadilah bintang bintang.dan cakarwala. .

Betul, segi logiknya kita tak boleh menafikan theory ini melainkan kita ada bukti yang mengatakan di sebaliknya.

Sebenarnya theory ini menguatkan lagi hujah bahawa ada kuasa di sebalik “the big bang” dan Pencipta di perlukan dalam permulaan kejadian alam itu.

Persoalannya siapa kah yang “create the big bang”, yang mencetuskanya . Tidak boleh lari dari konsep sebab menyebab berlaku perkara itu….Jadi ada para ahli sains yang percaya ada kuasa yang memulakan the big bang, ada kuasa sekurang kurangnya untuk ‘induce’ keadaan untuk berlakunya big bang…kalau di katakan “Nature” pun …sebenarnya “Nature” itu sendiri adalah Tuhan semesta Alam…Orang atheist patut sedar ini apa yang panggil mereka ‘nature’itu sebenarnya merujuk kepada Tuhan sendiri…

“Bismillah ilaazi la
yadhuru maa’asmihisyaihun fi ardhi wa laa fisyamaai wahuwasysami’ul’alim.”

Semuanya yang ada di langit dan bumi adalah hak Allah belaka.

Adakah ahli sains yang menemui theory ini berasa betul puas dari segi intelektualismanya atau self esteem dia?

Mana yang merasa lebih puas hati di bandingkan ahli ilmu hakikat yang sudah memahami konsep ketuhanan yang di anugerah oleh Tuhan sendiri melalui beberapa process penghayatan dan ada yang melalui laduni, dimana setelah dia membuat pengkajian ala sains tapi bila sampai satu tahap untuk memahaminya lebih mendalam lagi dia menyerahkan kepada Tuhan dan membiarkan Allah sendiri beri penyelesaian dan pengisian intelektualisma nya.?

Seperti Imam Ghazali…..

Seperti Jalalludin Rumi…..

(Kata Hikam:Tiada sesuatu benda yang menghijab engkau dari Allah, tetapi yang menghijab kau persankaanmu adanya sesuatu di samping Allah: Sebab segala sesuatu selain Allah itu pada hakikatnya tidak maujud (tidak ada) sebab yang wajib ada hanya Allah, sedang yang lainnya terserah pada belas kasih Allah,sedang yang lainnya terserah pada belas kasih Allah, untuk diadakan atau di tiadakan.)

Walaubagai mana pun, sekiranya ada ahli sains percaya adanya Tuhan, namun dia masih tak boleh tercapai intelektualisma yang setara, kerana walau pun dia tahu ada nya Tuhan tapi dia tidak mengikut arahan Tuhan seperti yang Tuhan kehendaki; oleh yang demikian dia pun tersadai dan terkapai kapai hanyut dalam kekeliruan dan hampa.

Dia tak boleh hanya mengakui adanya Tuhan tapi mesti yakin sebenarnya ada Tuhan atas konsep apa yang di katakan tauwid rubuuiyah dan berpegang atas asas "La hawla wa laa quwwata illaa billaah" tiada daya, upaya dan kuasa melain kan semuanya dari Allah..di samping mengakui Muhammad itu Rasullallah.

Allahu khaliquukullisyaiiin wahuwa ‘alaakullisyaiin wakiil (surah 39.62)

["Allaah created all things and He Is the agent on which all things depend." (surah 39.62)

Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memilihara segala sesuatu (surah 39.62)

Wallahu khalaaqakum waam tak lamuun (surah 37.96))


["And Allaah created you all and whatever you do." (surah 37.96)]

Pada hal Allah-lah yang mencipta kamu dan apa yang kamu perbuat (surah 37.96))


Maaa asabamimuksibaatin iIllaa biizniillah…(surah 64.11)


["And no calamity strikes except by Allaah's permission." (surah 64.11)]

Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah…


Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: jika seluruh manusia berpakat untuk melakukan sesuatu untuk membantu kamu, dia hanya boleh melakukan perkara untuk kamu yang mana sudah di tulis oleh Allah. Begitu juga kalau semua manusia berpakat untuk mencederakan kamu mereka hanya boleh melakukan sesuatu mencederakan kan kamu yang mana sudah di tulis oleh Allah akan berlaku kepada kamu.




,[ "Be aware that if the whole of mankind gathered together in order to do something to help you, they would only be able to do something for you which Allaah had already written for you. Likewise, if the whole of mankind gathered together to harm you, they would only be able to do something to harm you which Allaah had already written to happen to you]

Wa la ‘in sa ‘altahum man khalaqahum layya quulunnallahahu fa’annaa yu’ fakuun (surah 43.87)


["If you asked them who created them, they would surely say, 'Allaah': how then they are diluted? " (surah 43.87)

Dan sungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka : Siapakah yang menciptakan mereka niscaya mereka menjawab: Allah, maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan ( dari menyembah Allah)? ]

Wa la ‘in sa ‘altahum man nazzala minas samaaa I maa ‘an fa ‘ahyaa layaquulunnallah Qullil Hamdulillah Bal ‘asksaruhum laa ya’ qiluun

["If you asked them who brings down water from the sky and with it brings the earth to life after its death? They will most certainly say, 'Allaah'. Say: “ Praise be to Allah”. But most of them understood not" (surah 29.63)]

Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: Siapa kah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah.Katakan : “segala puji bagi Allah” . tetapi kebanyakan mereka tidak memahami (nya) (surah 29.63)

Orang jahiliyah Makkah tahu Allah lah yang mencipta ,pemberi rezeki , Tuhan dan Raja mereka tetapi dengan pengetahuan itu tak boleh mereka di terima sebagai Muslimin oleh Allah kerana kurafat seperti ayat berikut.


Wa maa yu’ minu ‘ak sa ruhum billaahi ‘illaa wa hum mshri kuun(surah 12.106)


{"Most of them do not believe in Allaah except while joining partners to Him." (surah 12.106)}

Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan sembahan lain) (surah 12.106)

Begitulah keadaan ahli sains tadi walaupun mereka menerima ada Tuhan tapi selagi tak menjadi Muslim, mereka tak mencapai taraf intelektualisma seperti di kecapi orang muslim yang benar benar telah ,mendapat hidayah dan bimbingan lansung dari Allah.




Ada juga yang mengaku ada tuhan dan tuhan itu Allah dan mereka mengakui mengikut ugama Nabi Ibrahim tapi tuhan menolak mereka sebagai bukan Muslim .


Maa kaan ‘Ibraahiimu Yahuu diyyanw walaa Nasraa niyyanw wa laakin kaana Haniifam Muslimaa: wa maa kaana minal mushrikiin. (surah 3.67)


["Abraham was not a Jew nor was he a Christian, but (he) was a true Muslim and not among those who joined partners with Allaah." (surah 3.67)]

Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) Nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang jauh dari kesesatan ,dia seorang Muslim dan i bukanlah(pula) dia daripada musyrikin. (surah 3.67)


Wa maa khalaqtul Jinna wal ‘insa ‘illaa liya’ buddun.


{"I did not create the Jinn and Mankind except for My worship." (surah 51.56)]


Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku. (surah 51.56)

‘Allaziina yaz kuruunal laaha qiyamanw waqu ;uu dawn wa ‘alaa junuubihim wa yatafakkaruuna fii kha qis saaawaati wal ‘arz: Rab banaa maa khalaqta haazaa baatilaa Sub haanaka faqinaa ‘azaaban Naar(Al Imran:3- 191)

[Men who remember Allah standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of ) creation in the heavens and the earth,( with the saying) : “our Lord not for naught hast Thou created (all) this! Gory to Thee! Give us salvation from the Chastisement of Fire. ]

Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring,dan memikirkan kejadian langit langit dan bumi (sambil berkata): “Hai Tuhan kami! Engkau tidak jadikan semua ini dengan sia sia! Maha suci Engkau! Lantaran itu peliharalah kami (daripada) siksa neraka” (Al Imran:3- 191) .

Yang paling pokok nak sampai ke Tuhan ialah tidak mempersekutukan Allah.




Tiada syirik. Bagi kebanyakan orang, syirik( besar) yang nyata, seperti menyembah patung dan sebagainya mudah dia elakkan, tetapi syirik kecil , seperi riya’ dan syirik kafi seperti mengatakan semuanya dari ‘aku’ …kalau ‘aku’ tak tolong dia tu tah kemana, ‘aku’lah yang pandai…aku dan aku…..selagi kita tak hindarkan syirit ini selagi itu kita akan jauh dari Tuhan….

Hidup wali senang sangat. Tiada dia berkendak melainkan kehendak Allah, tiada dirinya melain Allah
…. kenapa kita tak jali wali saja?


Bayangkan lah apa beza kita dengan firaun bila kita kata ..aku yang buat itu ..aku yang bagi duit…aku yang menolong dia…aku yang bersusah payah…aku maju kerana usaha aku…Cuma dia tak kata aku lah Tuhan!

“Pergi lah beli makanan , budak budak tu lapar” Kata Wan Je

Atuk Man terkejut dari lamunannya.


“Kita bawa dia orang tu ke kedai dan lepas terus ke Melaka” Kata Atuk Man.


Atuk Man tahu bab nak ajak balik tu yang amat susah. Seperti orang nak mati juga , selagi belum sampai masanya nyawa tak akan keluar dari badan.Ini kata kata oleh kawan hakikat, Hj Dollah, yang Atuk Man jumpa kat IJN baru baru ini, bila Atuk Man bertahu pasal keadaan ‘night mare’ di ward lepas operation.


“Nyawa tu tak akan keluar dari badan selagi ‘time’ dia belum sampai…dia akan berlegar di dalam badan ,itu sebab dapat night mare tu “ Kata Hj Dollah, sambil ketawa; dia sama satu pakej Haji dulu dan dalam kumpulan itu hanya 3 orang saja Atuk Man tahu yang mengamal hakikat.

wasallam





.


.

2 comments:

Unknown said...

NONE IS GREATER THAN ALLAH SWT...
NEVERTHELESS,I LIKE BEACH TOO..HEHE..

kuje75 said...

Ilmu hakikat adalah ilmu yang mempelajari hakikat manusia. Hakikat manusia adalah roh manusia. Yang menjadikan manusia itu hidup dan berfungsi adalah rohnya. Yang menjadikan mereka mukalaf disebabkan adanya roh. Yang merasa senang dan susah adalah rohnya. Yang akan ditanya di Akhirat adalah rohnya. Hati atau roh itu tidak mati sewaktu jasad manusia mati. Cuma ia berpindah ke alam Barzakh dan terus ke Akhirat.Wallahualam.