Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Allamuma salli ’ala Muhammad nil fatihi limaghliqa waghatimi limasabaqa wannasirilhaqi bilhaqi wal hadi ilasiratikalmustaqim. Sallallahu’alaihi wa ‘alahi wa sahbihi haqqa qadrihi muqqadril’aziimm
PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 20)
“Yah ooi, Kak Je senang aje, Abang tu ( Atuk Man ) … kat rumah ini dia laki aku ..kat luar… aku tak nampak ..aku tak tahu.. “ kata Wan Je pada Cik Yah isteri cik Sudin ,jiran tak jauh dari rumah ni, selalu refer Atuk Man “abang”…semua yang jiran jiran pun sama refer orang tua tu “abang”, pasal nak match kan panggilan mereka kepada Wan Je iaitu “ Kak Je”, jadi Atuk Man di panggil “abang”.
Suami dia lah yang rasa serba salah setiap kali berdepan dengan Atuk Man.
“ Kak je, jangan lah sembunyi dengan saya . Abang tu sebenarnya Datuk, sebab kawan kawan dia panggil Datuk” itu lah juga ayat dia pakai tiap kali jumpa Kak Je.
“ Memang lah kawan kawan dia panggil dia Datuk…lebih lebih lagi cucu cucu dia semua panggil datuk. “ jawab Kak Je.
Kadang kadang bila jalan dengan Wan Je, Atuk Man naik malu, kerana pasal kawan dia yang terjumpa kat jalan; pasar ke...pasar tani ke...shopping complex ke...orang akan tanya itu suami kak Je ?
Seolah olah Atuk Man tupang nama Wan Je…
Agaknya serupa lah mana mana suami yang isterinya jadi menteri.
Nama pun satu hal juga. Orang Melayu, banyak bahasa penganti untuk nama nama orang yang dekat pada mereka…..panggilan panggilan tertentu ikut kebiasan,
Macam Atuk Man berapa banyak nama panggilan, pada cucu cucu mereka Atuk Man…pada belah keluarga Atuk Man, abang man, pak lang, Atuk, pada orang kampong ada yang panggil Man ada Mansyur .
Mereka panggil Wan Je pula Kak je, Mak lang, Nek (nenek) , ada orang tua sikit daripada Wan Je, yang tahu nama sebenar Wan Je, terus panggil “Jelita”…itu lah nama sebenar Wan Je…dan pada hakikatnya dia memang jelita dari segenap punjuru...Pada Atuk Man apa tah lagi lah…Jelita..nama nama kunu…orang Melayu..sekarang nama nama yang tak ada dalam kamus Melayu atau Arab, Danial, macam macam nama. .
kalau dah pakai nur ditambah tambah lagi, di hujungnya biar lagi panjang; Nurul hudah nurul ‘ain…satu nama untuk dua orang punya nama;.nurul nuruliya...dah seorang pakai banyak nama, bila orang lain beranak dah tak ada nama di berikan.
Sebelah isteri Wan Je, sepupu sepupu sebaya dengan dia panggil nama terus- Jelita. Ada yang panggil Kak Jeli, ada Kak Ta, ada kak Je...mak je ,Wan Je, Cik Jelita,ada Cik Je, ada Cik Ta, ada Cik Jeli. Wan Cik saja…. Orang Dong panggil “cik” ia lah gelaran pangkat mak saudara…
Untuk Atuk Man orang orang di sebelah isterinya akan panggil dengan nama yang matching dengan gelaran kepada Wan Je , Tok Cik , Pok Cik, Pak je, Tok Je , Dan Mr Handsome ? nak match kan Jelita ? Tidak pula begitu, di panggil Syur atau Man saja.
Bagi Arwah Ustaz Yong,Guru Atuk Man, nama anaknya satu;..tiada nama timangan. Ustaz akan panggil nama penuh, Anak yang sulung yang telah jejak langkahnya ( Arwah). Abdul Halim ( panggilan penuh, tidak nama singkatan Halim ke , Lim ke..tidak ), yang nombor dua, Mohd Khalid (tidak lid atau Mat ke ) dan begitulah selanjutnya panggilan pada anaknya yang lain lain.Orang berilmu lain sikit…
Nama nama Tuhan lagi banyak . 99 nama tu yang wajib je, lain lain nama…malah semua alam ini nama Tuhan, sebab dia yang punyai semua.
“ Wan awak cakap kat mak , kalau nak berlaki jangan cari yang lawa, yang cantik, nanti mata sedap memandang tapi hati sakit….biar cari yang tak lawa, tak cantik, mata sakit tapi hati tak sakit, hati senang, malam lelap tidur…” pesan pula Wan Je, atau Jelita kepada anak anaknya.
Cakapnya tu macam tape, kadang Maksu dah jemu dengan benda yang sama , belum habis Wan Je cakap dia dah sambut ayat Wan Je…
Kadang kadang , Jelita tak terima joke macam tu dan kadang kadang dia jadi sugul, bila Maksu cakap macam itu
“Ialah Aku dah tua..awak tunggulah giliran awak.” Itu tanda Wan Je jauh hati…
Kebetulan kalau Atuk Man ada di situ bila Jelita mengulangi kata kata hikmah itu, Atuk Man akan sambut ”Itu sebab Mak awak pilih ayah dulu sebab tak cantik”.
“Laki aku lain , dia dulu handsome.” Jawab Jelita, tunjuk konon bangga dapat laki macam Atuk Man..
Ada kepelikan sikit dari segi panggilan anak anak Atuk Man .Anak anak dari Isteri “tua” ( tiga orang anak) panggil daddy…anak isteri “muda” ( dua orang anak) panggil ayah…Bila dapat anak pertama dulu berjiran dengan orang putih..terpengaruh panggil Daddy…yang kedua ikut yang pertama dan diikuti pula yang ketiga…Anak Isteri “muda” terikut anak anak jiran …waktu jiran bertukar kepada orang Melayu…panggil ayah..
Itu lah kejelitaan dan kehebatan Wan Je two- in -one dia isteri tua dan dia juga isteri muda…beza umur dengan anak batch pertama dan batch kedua ia lah sepuluh tahun…..
Kedai baru Wan Je yang di kongsi dengan kawan dia berjalan masuk minggu ke dua..Hari Ahad ramai orang . Banyak kawan kawan Wan Je singgah membeli, kueh ( kueh di buat oleh rakan kongsi Jelita ), nasi lemak, mee dan Beehon goreng, di buat oleh Jelita.
“ Itu lah ingat tadi nampak macam Kak Jelita, rupanya memang betul Kak Jelita, itu singgah, dah lama berniaga?” Cik Teh kawan kawan Wan Je yang di kenali kat tadika cucu cucunya.
Semalam Nik ada hantar SMS..” Dah lama tak minum kopi starbuck kat the curve”… curve tu Koperasi Angkatan Tentera punya..tu lah Atuk Man pergi sana tu.
“Mati ? setiap saat kita berhadapan dengan mati. Tak tahulah nafas terakhir yang ke berapa billion kali kita tidak ketahui, melain Allah sendiri yang tahu., bila di peruntukkan berapa kali tarik nafas tu kepada seorang itu, katakan I billion kali ke… genap saja kiranya itulah tarikan nafasnya yang terakhir” Kata Atuk Man , kepada Nik semasa minum di Curve Mutiara Damansara.
“Kita mati dalam hembus nafas atau tarik nafas? “ Atuk Man
“Masa hembus nafas lah” jawab Nik
“Sebenarnya masa tarik nafas lah nyawa kita terbang…yang kita nampak macam hembus nafas kerana bila tarik nafas udara masuk, paru paru kita kembang, masa itu nyawa (Ruh) kita naik keatas meninggal kan jasat, badan dah tak bernyawa, tetapi paru paru sudah kembang ,walau tak bernyawa paru paru akan kuncup ke saiz yang asal lalu keluar udara, orang tenguk macam nafas keluar, itu yang terakhir..” jelas Atuk Man.
“ sebab itu ahli Hakikat melatih diri supaya zikir ikut nafas, tarik nafas ingat .Allah hembus nafas ..huu…tarik nafas tahan ingta Allah..hembus…” sambung Atuk Man
“ Ini di latih jadi bila kita tarik nafas terakhir bersama ingatan kepada Allah .” Atuk Man mengakhiri peringatan nya.
“Mati datang tak kira umur. Ada yang masih dalam perut mati, ada lahir kedunia je mati, ada tiga hari , ada sebulan, ada tiga tahun , ada 10 tahun ada, ada 20 tahun, ada 40 tahun, ada 56 tahun ada 80 tahun ada 103 tahun, maknanya ak kira peringkat umur.
Selagi belum sampai masanya tak akan mati seorang itu. Macam saya, saya jangka mati bila buat operation tapi tidak lagi…itu lah ilmu yang di pakai oleh Mat rempit…dia jadi beranai kerana dia yakin , belum ajal tak mati, Cuma dia kena prepare kot patah liok…
Kadang kadang kita tenguh mati tak datang kepada kita …orang lain je yang mati…
Ini berlaku pada Nabi Allah Daud, Melaikat Izrail datang nak ambil nyawanya…Nabi Daud Tanya pasal tak ada warning nak datang ambil nyawa… jawab Izrail itu warninglah bila dia datang dulu ambil nyawa seorang demi seorang yang rapat dengan Nabi Daud…..
Kita orang Islam jangan takut nak bercerita pasal mati. Nabi lagi suruh kita ingat mati..jangan jadi macam orang kafir yang banyak pantang pasal sebut mati…” Jelas Atuk Man.
“Sebab itu orang hakikat yang benar faham menjadi kan masa hidup ini medan mati…mati masa hidup, hidup masa mati. ” Atuk Man semacam nak mengakhirnya uraiannya.
Mereka dah nak tambah kopi lagi tapi Adlan janji datang belum muncul lagi.
Tiga orang cucu cucu yang memang telah di amanahkan di jaga oleh Atuk Man dan Wan Je, sudah tidur.
Wan Je, walau dalam kepenatan , sempat menjenguk cucunya, sambil membetulkan kedudukan kepala Zulaika dan macam biasa dia akan cakap “Hai anak! Cepat lah besar…Allah juga lah memelihara menjaga hok ma ( kamu semua)”, sambil di ciummya Zulaika…
Memang Wan Je sudah habis dayanya untuk menjaga hati mak budak budak tu….Dulu dia mengembara di negeri asing, lepas tu dia nak convert, di larang oleh Wan Je, sebat dia di bawa umur , baru 19 tahun, dua tahun short dari mencakau 21 umur tahun. Mak bapak nya masih ada kuasa untuk menguasai dia..
Dia persisten. Desak Wan Je …Dia kata pintu hatinya telah di ketuk Illahi, dia mencitai Islam .Dia tertarik dan ingin memeluknya.
Atuk Man kuatir desakan itu cinta punya pasal. Anak jantan mereka jadi rebutan di kalangan bukan Islam. Sebelum ini ada kacukan Siam Cina mengejar anak Jantan mereka . ikut kerumah mahu jadi girl friend , Begitu juga sanggup convert. Ada isteri kawan Atuk Man cakap bila dia first time tenguk anak Jantan Atuk Man , dia memang handsome, putih dan tinggi. Bila terdengar oleh Wan Je, dia kata kepada kawan Atuk Man “ handsome saja buat apa, tak tak ada pelajaran buat apa.?’
Memendekkan cerita, dia nak convert tak boleh nak sekat,
“ Kalau kita tak Islamkan dia, kita berdosa” jawab Atuk Man
“ You bawa dia jumpa Maslis ugama Islam, Shah Alam” arah Atuk Man kepada Wan Je
Maka Islam lah dia dan dia buat keputusan untuk ke Perkim Kelantan. Atuk Man contact kawan di Perkim sana, dan urusan terus di atur untuk dia kesana. Atuk Man dan keluarga hantar dia ke PERKIM Kelantan. Duduk lah dia belajar mengikut program Perkim untuk dua tahun sehingga cukup umur 21 tahun…
Hidup keluarga Wan Je 100% berubah, serta merta, semua aktivi focus kepada dia .Kena berulang alik ke Kelantan selalu, jaga walfare dia.
Hari Raya tak raya di kampong, raya kat Kelantan.
Bagi Wan Je, lain pula keadaannya .Dia di hantui oleh rasa takut, kuatir keluarga di sebelah sana mencari dan mengitip rumah mereka. Mereka sudah tentu mencarinya. Wan Je sudah pesan pada dia hantar surat beritahu keadaan nya tapi jangan beritahu tempat tinggal.Tapi dia tak buat.
Kadang kadang Atuk Man naik rimas bila tenguk Wan Je sekejap sekejap menjenguk tingkap kalau ada orang mengintip mereka. Keadaan takut ini sampailah dia berbaik balik semula dengan keluarganya
Hari berganti hari…bulan berganti bulan dan berganti tahun. maka cukup lah umur dia 21 tahun, maka dia mahu keluar dari PERKIM. Dia tak mahu complete kursusnya, namun dia sudah pandai sembahyang dan membaca Al Quran. Nampak ke taatannya. Perwatakan nya berubah, jadi muslim sejati.
Balik Kuala Lumpur, Wan Je cari bilik sewa dan dapatlah satu bilik di PJ iaitu di rumah kawannya. Jelita memang banyak kawan. Dia duduklah kat situ dan sebab dia nak belajar grafik Atuk Man uruskan. Semua tanggungan Keluarga Atuk Man.
Dia mula berhubung dengan keluarganya. Sekali sekali dia balik ke rumahnya. Maknya mula mengadakan pinggan dan mangkok berasingan khas untuk dia.
Sementara itu Angah yang sudah berkawin di UK akan balik bercuti di Malaysia. Cerita Angah perlu sebuah nobel lain. Malah semua ahli keluarga Atuk Man perlu buat nobel berasingan oleh Atuk Man. Cuma masa belum mengizinkan nya.
Persiapan telah di buat untuk majlis kenduri “perkawinan” angah, meraiikan pengantin “baru”. Kad jemputan di hantar kira kira untuk seribu orang, itu pun banyak yang tak di jemput.Majlis di buat untuk makan tengah hari, Geng geng kolej hanya yang senang dihubungi di jemput.Sebenarnya ada member yang simpan list dan alamat member kolej.tapi waktu itu Atuk Man tak tahu.
Cuma Atuk Man bila bakal suami Angah menelipon dari UK untuk meminta izin mereka angkat nikah di UK, dan setelah merestunya, Atuk Man hanya dapat berpesan secara spontan keluar dari mulutnya “kami jaga Angah tu ibarat menatang minyak yang penuh, harap kamu dapat buat yang sama” dan bagi Wan Je ada kawannya, Datin, yang sepengajian di Masjid Bangsa, terkejut bila menerima jemputan dari Wan Je “kenapa benarkan anak kawin semuda ltu.” Angah baru 23 tahun baru melangkah ke tahun dua.
Tapi atas dasar percaya kepada takdir, dan hadiths Nabi yang galakan kawin segera untuk anak perempuan, juga atas pertimbangan sayangkan anak dan percaya mereka sudah dewasa, dan tak mahu perkara yang buruk berlaku, Atuk Man mengizinkan…
Jadi, malam sebelumnya di adakan Majlis itu, Majlis pertunangan dia (mak cucu cucu) dengan anak jantan Atuk Man telah di adakan . Atuk Man menyuruh seorang kawan jadi bapa angkat kepada dia. Majlis pertunangan itu mariah juga.
Sebenarnya dia hendak Atuk Man kawinkan mereka waktu itu juga . Atuk Man tak bersetuju, pasal anak jantan Atuk Man tak bersedia lagi, belum habis belajar dan belum berkerja.
Masa itu mereka masih menetap kat Kelana Jaya.
Sebab itu bila Angah sudah melahirkan anak pertama kat UK, selepas Along pergi membantu Angah, Wan Je hantar anak jantannya ke UK selama tiga bulan, cadang supaya dia boleh cari kerja atau tempat belajar, namun dia hendak balik kerana tunangnya desak dia balik.
Bila Atuk Man pindah ketempat baru, kebetulan Along pun dah final year dan ingin juga berumah tangga seperti adiknya maka Atuk Man dan isterinya Jelita buat keputusan majlis kenduri perkawinan Along dan Adik lelakinya di lansungkan serentak , pengantin empat. Tapi angkat nikah lain lain hari. Anak Jantang Atuk Man kena di pejabat kadi sendiri kerana kes dia dengan baru masuk Islam.
Angah tak dapat balik di Majlis kenduri perkawinan kakak dan adiknya.
Hari perkawinan tersebut adik beradiknya ada datang. Sebelum majlis di adakan Atuk Man dan rumbungan telah pergi mengadap ibu bapanya beritahu pernikahan dan majlis makan yang akan di adakan , dan mereka sekeluarga di jemput hadhir. Mereka hanya menghantar wakil dengan adik beradiknya saja. Ibu Bapanya tak datang.
Tak berapa lama kemudian perhubungan di atara kedua keluarga amat rapat , “boleh gi mari “ kata orang Kelantan.
Hari raya, keluarganya datang khas hendak makan ayam percik masakan Wan Je. Mereka datang pada hari raya pertama dan sejak dari tahun pertama sehingga tahun tahun berikutnya hari raya pertama keluarga Atuk Man tetap berhari raya di rumahnya, bukan di kampong mereka.
Tiap tiap tahun sama menu...ayam percik Wan Je…Wan Je … bukan saja Jelita dari segi nama malah jelita dari semua sudut-.jelita memasak…Pernah Atuk Man bila makan masakan anaknya rasa tak sedap…suruh Wan Je modify balik bagi sedap…maksu kalau tahu dia marah sangat Atuk Man buat begitu…
Atuk Man tak pandai berpura pura tak sedap, dia kata tak sedap…Tak macam orang putih bila suruh rasa makanan sikit ooh dah puji bagus walhal dia rasa kurang enak tapi terpaksa di katakan enak.
Begitu juga hari Besar kaum cina. Mereka berkunjung ke rumah ibu bapanya menghormanti perayaan mereka.
Oleh kerana Angah ada hantar s.o.s pasal anaknya Atuk Man buat keputusan hantar mereka (anak Jantan dan isteri) ke UK suruh duduk sana beberapa lama yang boleh. Kebetulan dia pun ada uncle dia kat UK.
Dalam masa tiga bulan mereka nak balik. Dia berbadan dua., mengandungkan Amin. (sebenarnya Angah pun sama , mengandungkan Asim,) . Terpaksa benarkan mereka balik
Masa itu kedudukan Atuk Man baik sekali, sekiranya mereka tak berkerja pun tidak mendatangkan masalah sangat, Cuma kadang kadang nak Bantu Along kat Texas, dia ambil masters atas perbelanjaan sendiri, dan suaminya juga atas perbelanjaan bapanya , jadi kena juga bantu…
Namun setelah Angah balik Malaysia , tak lama pada itu Dia melahirkan Amin, dan di ikuti Angah melahirkan Asim…tiba tiba Atuk Man jadi orang kaya …”kaya cucu “ kata Wan Je…
Tak lama kemudian mereka berdua pindah rumah kesatu tempat baru dan duduk di apartment kepunyaan keluarga di sebelah sana. Amin di bawa bersama. Mereka tiba tiba memuka kedai jual perabut…Pada mula bisnes ada kamajuan ..berjalan hingga dia mengandung Liyana dan disitu lah bermula satu drama siri baru
Dia tak boleh duduk kat apartment tu tak tahan bau masakan…dari bawah.
Dia balik ke rumah maknya Amin pun dia bawa bersama…Amin rapat dengan papa dia dan tak berapa rapat dengan Wan Je atau Atuk Man . Mereka berdua pun tak mahu anak mereka rapat dengan Atuk Man. Dia tak mahu Amin jadi macam Asim, berkepit dengan Atuk dan Wan Je .
Anak Jantan Atuk Man malas nak ikut isterinya. Dia tinggal kat apartment dan kedai. Kedai pun isterinya tak kisah sangat. Atas dasar kesunyian (alasan anak jantan) dia mula buka internet chit chat..berjumpa seorang yang berminat nak berkenalan…Dan dia jadi Jantan bodoh, tak hendak belajar dengan lelaki lain yang pandai main kayu tiga…”dia mahu makan …tapi tak tak tahu nyimpan (simpan)..modoh(bodoh) punya nyantan(jantan)”
Isteri sudah cek YM dan hand phone …”Jadi Ghaduh banyak kuat…”
Angah juga mengandungkan Didi, dan tak lama lepas tu lahirlah Didi, “the princes”…Sebulan lepas itu lahir Liyana (Nana)..the Amoi of Atuk Man.
Mereka balik tinggal kat rumah Atuk Man , pagi pagi mereka pergi ke kedai . Tinggal kan Amin..Amin menangis di tinggalkan dia tak begitu rapat dengan Wan Je .tapi Nana masih baby, tak jadi hal…Ghaduh mula berkurangan Jantan dah janji tak ulangi lagi…
Nana sudah membesar dan mula kenal orang ..dia sudah jadi buah hati Atuk Man dia pun tak mahu berdukung denga orang lain, selain dari Atuk nya..
“Dayong sampan ..dayong..dayong ..sampan..
Dayong sampan sampai hanyut ke Malaysia…
Haaai..haaa…haaaiai “ sayu sayu terdengar lagu nyanyian Atuknya, menidurkan cucunya…dengan loghat orang baru belajar bahasa Malaysia…
Amin pun mula rapat dengan Wan Je. Akin ,Asim, Didi berada di rumah yang berasingan hanya seminggu sekali atau dua kali seminggu dapat berjumpa.
Lepas itu dia menggandung lagi…dan ribut mula bertiup lagi..rupanya peminat baru tu kacau lagi..ribut bertukar jadi taufan… dia pergi berjumpa peminat baru tu.Wan Je kata jangan pergi jumpa, tapi dia nak buktikan kebetinaannya pergi juga berjumpa….
Akhirnya pergaduhan berterusan..Wan Je benci pergaduhan dia takut ada kejadian buruk (benar sangkaan itu dia telah ambil pisau nak di tikamnya si Jantan);
Atuk Man nak redakan suasana ,hantar dia kerumah “bapa angkatnya” kawan kembar di mana tarikh lahirnya sama dengan Atuk Man. Tapi dia hanya semalam di situ, Amin dan Nana tinggal dengan Wan Je . keesukannya Wan Je ambil dia. Dia minta hantar ke station kereta api .Wan Je suruh di kepejabat kadi buat counselling ..tapi dia tak kesitu...itu kesilapan Wan Je, Wan Je takut anak Jantan dia tahu jadi dia tak temankan dia kesitu.
Rupanya dia pergi ke rumah kawanya ,ibunya seorang Datuk Ketua Jabatan Kerajaan yang penting.
Dalam keadaan mengharapkan kejernihan, tiba tiba keluarga Atuk Man menerima perintah makamah bahwa permohonan penceraian telah dipohon dan keputusan exparte di buat anak anak mesti di serahkan kepada ibunya…Macam bom atom Hiroshima…macam mana nak serah kan anak anak Islam ini…dimana dia nak bawa anak anak itu… sudah tentu ke pangkuan keluarga nya yang masih bukan Islam...macam mana makan minum…dan lain lain…
Macam mana mahkamah buat keputusan sebelah pihak…bukan kah hukumnya nuzus, lari dari rumah,?
Apa lagi Atuk Man mencari Peguam Syarie dari Wilayah..Dia terror di mahkamah di Wilayah tapi tidak di Shah Alam…Lawyer dia pula memang expert dalam bab kes nak meruntuhkan rumah tangga. melibatkan pencenceraian..dia laju dia dah jauh kehadapan..dia buat polis report kata anak JantanAtuk Man mendera dia …anak Atuk Man tak buat counter report…
Itulah dia dapat convinced penolong kadi Subang Jaya tak payah counselling, pergi terus ke mahkaman dapat keputusan sebelah pihak (exparte)…bila anak Jantan Atuk Man pergi mengadu kat Kadi pasal tak ada counselling , kadi akui patut mesti ada counselling tapi bila di panggil fail keatas, dalam fail ada catatan kata tak payah counselling.
“ Ini tanda tangan saya” kata kadi, selamba!
Semua ketentuan Allah… semua sudah di tulis… semua sudah termaktub yang buat salah membuat keputusan pun sudah termaktub; masuk syurga… masuk neraka semua sudah di tentukan. Mereka yang terlibat juga akan di persoalkan di akhirat nanti itu pun sudah di tentukan sudah termaktub…lawyer yang dapat rezeki atas keruntuhan sebuah rumah tangga pun akan di persoalkan, walaupun sudah termaktub…
“semuanya kena kembali ke pada yang Satu” Kata Wan Je.
Atuk Man tiada pilihan..dia sanggup masuk jail sekali pun demi mempertahan kan cucu cucunya dalam Islam. Untuk melawan balik, lawyer Atuk Man kata kena serah budak budak itu…prosesnya lama…..kalau nak lawan balik juga dilemma; mahkamah akan keluar arahan ingkar mahkamah kalau tak serah dan atas itu kes akan berpihak kepada penuntut.
Sebenarnya surat bicara pertama pun pihak Atuk Man tak dapat. Memang lawyer sengaja tak postkan surat itu, Atuk Man sudah cek dengan post master tidak ada surat berdaftar dari lawyer tersebut. dan begitu juga dengan kedua.
Perbicaraan exparte telah di buat dan apa yang ada dalam tangan hanya perbincangan luar mahkamah.
Dalam pada itu untuk mengelak dia datang untuk ambil anak anak Atuk Man telah di nasihatkan jangan duduk dirumah itu…Atuk Man berpindah tempat.lain Pernah sewa hotel,.. balik ke Raub dan hari akhir penentuan bersiap ke Trengganu…jiran jiran pun tak tahu....pemandu Atuk Man mengatur kereta lain…
Tuhan bagi satu idea pada Atuk Man..Apa pun keputusan mahkamah katakan kena bercerai,cerai taklik? dari segi hukumnya anak Jantan Atuk Man kena lafaskan ‘cerai itu” baru sah.
Jadi Atuk Man minta lawyer negeotiate atas konsep ini nak cerai anak anak serah pada Atuk Man…akhirnya dia bersetuju dengan beberapa syarat. Anak anak adalah tanggung jawab Atuk Man dan Wan Je, masa sebelum lahirkan anak (Zulaika) dia duduk di rumah Atuk Man ( ta’lak tak jatuh selagi belum lahir anak…lahir saja jatuh ta’lak)…
Satu lagi syarat, ialah kos hospital adalah tanggungan Atuk Man dan lepas lahir anak, sediakan satu rumah berdekatan dengan rumah Atuk Man. Masing ,masing ada hak untuk lawatan…ada tuntutannya yang lain tapi Atuk Man dapat sanggah.
Atuk Man dapat kuasa mutlak, diberi kuasa budi bicara dalam apa apa situasi pun.
Allah telah memberikan tanggung jawab untuk membesarkan ketiga cucu cucu kepada Atuk Man dan Wan Je. Ini satu amanah yang perlu dipikul.
Hari penentuan rudingan Atuk Man sudah siap nak ke Kuala Trengganu. Sebaik saja dapat phone call dari Si jantan dan dia baca hasil rudingan Atuk Man kata terima saja, asal anak anak bersama AtukMan. Oleh kerana persiapan dah di buat oleh Atuk Man , Wan Je, cucu cucu Amin dan Nana di Temani oleh Atan sebab pakai Unsernya bertolaklah juga ke Trengganu. Dan itu hari terakhir turun ke Trengganu, lepas itu Atuk Man belum ada kesempatan turun Trengganu hingga hari ini.
Zulaika telah di takdirkan tuhan sebagai penjatuh ta’lah ibu bapanya…
Waktu Atuk Man pergi Umrah bersama Wan Je, Abi ,Maksu Anak Jantan dan Amin dan Nana… Zulaika tinggal sebab masih kecil lagi. Dia, Ratni, dan Timah ,kawan Wan Je tinggal di rumah itu.
Sepatutnya Dia lah patut pergi dan anak jantan tinggal dan zulaika boleh pergi sama . tapi Tuhan tak menentukan begitu. “Tak boleh di bawa bersama dengan si Jantan tu “ Wan Je bagi pendapat.
Masa nak balik Umrah Atuk Man diledakkan dengan sebutir bom lagi. Anak Atuk Man buat confession. Sebenarnya dia dah kawin dengan perempuan itu…
Dia fikir ini Makkah tanah sucu ..Dia fikir kat tanah suci syaitan tak menggangu Atuk Man …Dia Fikir Atuk Man dah jadi Tok lebai dah tak akan marah…Atuk Man hanya ingat di tanah suci, rasa memang nak pelepang aje…
“Daddy ingat awak boleh berbaik balik dengan mak budak budak ni…daddy kalau nak kawin lain daddy dah buat tapi daddy tak buat macam itu”…melepaskan geram nya tapi masih berlapik …Atuk Man sungguh kecewa sekali.
Wan Je telah buat dia( mak cucu cucu) lebih dari anak sendiri…Wan Je cukup sayang pada dia.
Arrangemant itu telah berjalan berapa bulan sahaja. Lepas itu dia balik kerumah ibu bapanya.. Dia kecewa atas bekas suaminya kahwin juga dengan kekasih internetnya…Dia hendak berbalik semula Dia perpisah angkara dapat nasihat yang salah lawyer yang greedy…Dia di kenakan Rm 20 ribu oleh lawyer dia . Atuk Man ken arm 5 ribu je.
Lagi kecewa kerana Wan Je benar “menantu yang tak di undang yang kawin di seberang lautan” duduk di rumah Atuk Man..sukar bagi dia nak menjenguk anak anaknya.
Itu juga di takdir Tuhan kerana anak Jantan Atuk Man bawa balik isterinya masa Atuk Man dan Wan Je pergi haji. Balik haji tenguk sudah ada cucu baru lahir seorang lagi tunggu kat rumah!
Ini satu kesilapan besar…Wan Je tak boleh halau anak jantan dia…kalau di keluar dia akan hirit anaknya cucu cucu sekali keluar satu pergaduhan besar tentu berlaku…kena lapur polis kerana melarikan anak bawah amanah.
Mereka hanya menerima saja.
Akhir cerita cucu tak jumpa mak mereka dah dua tahun last jumpa nana berumur 4 tahun, sekarang nana berumur 6 tahun.
Last sekali Wan Je menerima serahan Al Quran dan telekung yang pernah di hadiahkan oleh Wan Je kepadanya….Ini satu lagi ledakan bom
Putus hubungan . Ayoh Wang selalunya dapat berhubung dengan dia pun dah tak dapat.. last bila mereka nak jodohkan dengan seorang duda ..dia menjawab telifon tanpa menjawab salam..selalunya dia yang beri Salam…
“Adakah dia masih dalam jumaah bila mana dia pulangkan telekong dan Al quran?…bukan kah itu simbolik ? “ soalan ini bermain dikepala Atuk Man
Siapa patut disalahkan ?
Atuk Man hanya dapat pandang ke langit…seolah mencari jawapan. Setaip kali Atuk Man berasa lemas sikit, dia pandang ke langit..dan dapat merasakan ciptaan Allah langit dan seluruh alam masuk kedalam dirinya, berada dalam dirinya …dia rasa jadi satu dengan alam..dan bersama Tuhan…
wasallam
Monday, May 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kerana aku tidak bisa menguntai kata2 indah ....hanya copy and paste...
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
perjalanan hakikatmu semakin menarik....
seribu senyum buatmu atuk...ok
terima kasih lah..dalam sibuk sibuk pun sempat juga tinggal komen. amat di hargai ...
Satu kisah dalam beribu kisah manusia. Sedih mengenang yang pergi, yang masuk ke dalam cahaya kemudian menoleh dan berlari ke arah gelap yang tidak pasti dan menyeksakan. Kasihan, kerana telah diberi peluang megenali-Nya tetapi tidak sempat mencintai seutuhnya.
wahai saudara/i ba...
sekurang2nya merasa jugak nurNya... daripada insan lain yang tidak merasa apa2...mungkin ade hikmah disebaliknya.....
semoga dia menemui kembali jalan yang lurus..Insya Allah...
dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini...
Post a Comment