Friday, May 9, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 10)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man natoqa wahyan yuha


PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian10)

“You order apa, “ Tanya Wan Je.

Atuk Man baru saja nak duduk atas kerusi di warung makan dekat Giant Shah Alam.

“Dah order ikan pari masak asam pedas Pertugis” kata Atuk Man

“Tak ada, ingat ke order ikan lain boleh lah share” terang Wan Je.Wan Je tak berapa suka ikan pari masak asam. Dia suka ikan pari panggang dengan cecah air asam.

Isteri Atuk Man pergi ketempat warung masakan Pertugis buat order baru…

Zaman Melaka di serang Pertugis dulu, bangsa itu di panggil Benggali Putih oleh orang Melaka ( “la ha bau.?”.itu perkata Pertugis lama ganti “How are you?”)

Makanan
pun sampai; nasi dan bungkusan aluminium foil di dalamnya ada dua hiris (ketul) ikan pari di saluti sambal asam pedas…

Bila ternampak ikan di kerat macam itu, dalam hati Atuk Man bertanya di mana bahagian yang lainnya
?

Lepas itu Atuk Man teringat pula soalanya seakan akan soalan Khalifah Harun Al Rashid bertanya Abu Nawas,
“dimana lagi kaki itek air yang satu lagi? ”

Ceritanya, beginda suruh Abu Nawas masakkan itek air. Abu Nawas pandai masak. Apa bila dah masak Abu Nawas telah bawa hidangan kepada Beginda , tetapi sebelum itu dia dah makan satu peha itek itu…

Abu Nawas jawab “ Patik ingat Al mukminin dah tahu iaitu itek kakinya satu….Belum pernah lah patik tenguk itek berkaki dua”

“Mana boleh!” Jerit Khalifah….

Memendekkan cerita , lalu di bawanya Abu Nawas ke tepi air di waktu senja, di waktu itek itek itu sedang berihat…Memang itek berdiri atas satu kaki bila berehat….satu kaki lagi Khalifah tak nampak di bengkokkan di bawah kepaknya…

“Y a Almukminin , sekarang cuba lihat, betul tak itek itu berkaki satu ?”

Khalifah tersipu sipu dan terpinga pinga…nak percaya atau tidak…bukti sudah di depan mata…(kata hakikat “ainul yakin”… sudah lihat sendiri dan timbul keyakinan. Ada tiga jenis yakin, ilmu yakin .’ainul yakin dan haqqul yakin)

Atuk man terbayang akan ikan pari tu. Berdasarkan bukti yang ada di depan matanya saiz ikan pari ini mesti sebesar dulang yang orang Melalu selalu guna masa khenduri di kampongnya, dimana lauk lauk di letakkan di dalam dulang dan di susun untuk jamuan “duduk bersila”…Kalau di negeri Sembilan , kepala kambing sedulang khas untuk “buapak ketua adat” aje, orang lain bau je …

Sekarang ini majlis makan sudah ringkas , ‘buffet’. Atuk Man dan Wan Je sekali sekala bila orang bagi catering suka yang style buffet, tak cerewet…. Tapi ada sekali untuk majlis menteri hidangan seramai 1000 orang makan ‘berhidang atas meja” Atuk Man dan Wan Je mengeluk, kena cari pembantu 10 orang…banyak kerja…

Pada pendapat Atuk Man anggaran saiz ikan pari ialah sebesar dulang , dalam ilmu hakikat di katakan ‘ilmu yakin’ sebab konklusinya atas ‘ilmu’ iaitu berlandaskan hirisan ikan pari di depan mata Atuk Man, Atukman rasa yakin ikan pari tadi besarnya sedulang.

Agaknya ikan itu sedang berlegar legar berenang( rupanya macam “stealth” jet pejuang Arab Saudi dibeli dari USA dan di pakai masa perang Iraq) , bermain air, tapi oleh sebab sudah ditulis di belakangnya dua hirisan (ketulan ) di bahagian kepaknya ‘nama atuk man “ oleh Allah dan di jadual untuk di jadikan rezeki pada jam 1.00 ptg hari khamis 8 May 2008, maka Allah buat ikan pari itu rasa lapar dan melaikat mengarahkan ikan itu memakan pancing Pok Leh yang sejak sejam tadi memasang pancingnya.

Atuk Man rasa peristiwa ini berlaku jam 10 malam hari selasa 6 May 2008. Pok Leh suka hati setelah dapat menaikan ikan pari tersebut dengan bantuan penolongnya Awang Bujal yang masih bujang. Naik saja pari itu macam kilat di potong ekornya yang berduri oleh Si Bujal…

Bersama ikan tangkapan yang lain , Pok Leh menjual semua hasil tangkapannya malam tadinya kepada taukey Tok; setelah di tolak wang penduluan dari Tok dapat lah Pok Leh RM 100. Tidak tergambar di kepala Pok Leh siapa yang akan memakan ikan ikan tangkapan dia hari itu.

Ikan ikan, termasuk pari tadi, telah di hantar dengan lori ke pasar borong Selayang . Di situ kebetulan pembantu warong Pertugis tadi borong 10 ekor Pari termasuk yang ada tanda untuk Atukman. Pada mulanya tadi ada orang lain telah membelek belek pari itu, namun di gerakkan oleh Allah tangan nya mengambil ikan yang lain.

Ikan pari yang ada ‘tanda’ Atuk Man baru tiga jam lepas di potong potong. Banyak sudah orang datang makan ikan pari, tukang masak tadi pada mulanya dah tergerak tangannya nak masakkan yang bahagian Atuk Man, tapi tak jadi dia ambil yang lain bagi kat pelanggan Cina yang berbaris di depan Atuk Man. Bahagian dia pun sudah ‘di tanda’ oleh Allah.

“ Begini lah atur cara atau proses perjalanan rezeki Atuk Man tengah hari ini, semua dah di program di computer besar di Lahul Mahfus lagi,,,tidak berubah tidak terlewat sesaat pun atau tercepat sesaat jua…”.

Wan Je pun sudah duduk di depan Atuk Man bersedia untuk menjamu selera…

Atuk Man mula menjamak terasa ikan pari itu senyum padanya dan ada satu rasa yang nyaman dihatinya bila menjamah rezeki yang di sediakan oleh Allah….

Sepatutnya manusia ini dapat rezeki terus dari Syurga ….namum bila di berikan rezeki turun dari syurga kepada kaum Israil mereka tolak kerana jemu dan hendakkan rezeki dari bumi…kalau tidak kita semuanya dapat rezeki dari syurga terus menerus. Itu lah bodohnya orang Israil dulu.

Itu lah satu bangsa yang tak tahu bersyukur..dan tak pernah nak mengaku ada Tuhan…sentiasa membahasakan Allah sebagai Tuhan Musa…Sikit sikit suruh Nabi Musa pohon doa kepada Tuhannya “Musa , Kamu pinta lah kepada Tuhan kamu ….” Sekarang bila Nabi Musa wafat mereka mengatakan mereka ada Tuhan pula….dan mengaku mereka umat pilihan Tuhan..

Atuk Man nak bangun tiba tiba di tegur dengan “Assalamualaikum…” oleh seorang dari belakang

.” Waalaikum Salam” Jawab Atuk Man sambil menyambut tangan orang yang dia tak kenal lagi, di genggam tangan itu erat sekali dan merenung mata tetamu tadi…Orangnya berambut putih dan ada jangut sikit…umur linkungan 60 tahun macam Atuk Man juga.

“ Rasanya pernah berjumpa, di mana Ya?” dia mula kan perbualan.

“ Ya? Tak berapa ingat pula saya.. mungkin pelanduk dua serupa tak” jawab Atuk Man dengan ketawa kecil.
Mula mula Atuk Man nak jawab “Memang kita pernah berjumpa…tak ingat di alam Ruh dulu dimana sama sama kita mengadap Tuhan Rabul Jalal dan bila ditanya siapa Tuhan kamu, kita semua (Ruh-Ruh) Jawab “Bahkan!”…tak ingat ke? ” tapi tak jadi nak keluarkan kata kata itu…

“ Ia agaknya…:” jawab orang itu rasa malu malu sikit…

“Nak shopping ke..” Tanya Atuk Man sebagai nak jaga hati sesama manusia..Ini lah kelemah Atuk Man .Berjumpa stranger dia kalah, tak macam isterinya “superb” dari segi ini.Anak anak nya tabik Maknya dalam hal ini dan satu lagi bab masakan.

“ Ala ..tenguh tenguh je ikut anak…Saya pergi dulu…Assalamualikum!”

“Waalaikum Salam!..” jawab Atuk Man sambil berjabat tangan.

Atuk Man tak hairan benda macam ini berlaku…selalu…Agaknya dia ada rupa macam Kapal Singh, seperti kata sepupu Atuk Man, Abd Rashid, selalu mengusik Wan Je “ Kapal Singh ada?”

Orang terlalu ramai kat Gaint ini , yang nak makan , nak beli barang, yang baru sampai dan yang nak balik…masing masing dengan tujuan dan urusan masing masing…semuanya sudah di program oleh Allah..perfect sekali…

Tabung Haji banyak duit tapi tak nak buka satu supermarket…

Bagi Atuk Man di tempat orang ramai macam ini patut kita “berkhalwat’ atau suluk. Tempat macam ini lah ujian yang Maha hebat…kalau di hutan kita bersuluh, mengasingkkan diri, mudah lah memang tak ada ganguan manusia, cuma mungkin binatang saja…

Di tempat ini dengan hiruk pikoknya…Tapi Atuk Man telah di asuh untuk bersuluk di tempat macam ini .…Kita tetap maintain contact dengan Allah…dan kita jangan ikut mereka …mereka semuanya sebahagian kita yang satu…lihat wajah mereka tapi kita tembus melihat bukan wajah mereka ..tapi kita lihat bayangan Allah belaka …

Bab ini kalau boleh nak juga berguru supaya methodology nya betul….tak berguru pun kita ingat saja pada Allah tak putus putus insyaallah satu hari tuhan akan memberi pertunjuk…Tuhan dah berjanji kalau kita berjalan untuk menuju ke Dia , Dia akan berlari mendapatkan kita…berserah saja…

Seperti nasihat Arwah Tuan Guru Haji Wahid , seorang ahli ibadah terkenal di Melaka, bila abang ipar dengan seorang kawan melawat Arwah pada satu hari “Ingat …kita hanya bayang!”

Selepas dapat berjumpa, terus Arwah bagi duit kepada mereka suruh makan di kedai di tepi jalan tak jauh dari rumahnya. Bila nak bayar , tuan kedai kata tak payah bayar.

Banyak kisah kisah yang menarik tentang Tuan Haji Wahid.

Seorang sahabat yang pernah Atuk Man hadiahkan buku Min hajul Abidin kepadanya, bercerita, dia tak pernah kenal denganTuan Haji Wahid, namum satu hari sedang dia minum di satu warung di tepi jalan, tiba tiba berhenti sebuah kereta dan turun seorang Pak Lebai …lalu di terus pengang tangan kawan Atuk Man dan berkata “Mari ikut saya…” Kawan Atuk Man tak berkata apa apa terus mengikutnya naik kereta,.

“Saya nak ke Kuala Lumpur....boleh tunjukkan di mana rumah si polan ..” Kata Tuan haji Wahid.

Kebetulan kawan Atuk Man kenal orang yang disebut oleh Tuan Haji Wahid dan tahu di mana rumahnya…lalu Kawan Atuk Man ikut ke Kuala Lumpur…
Kawan Atuk Man itu berasa hairan macam mana Tuan Haji Wahid tahu dia tahu.?

Begitulah Atuk Man tetap dengan hal dia bukan bereti tenggelam dalam lamunan fikiran sendiri tapi sedar orang ramai tu bukan satu reality yang concrete yang orang fikir..semua menifestasi Allah semata mata…Ini lah suluk sebenar….mereka ada di dalam kita…seluruh alam di dalam kita…

Tapi walaupun ‘ada methodology nya’ bukan bermakna Atuk Man dapat bersuluh dengan ‘perfectnya’ Dia masih lagi belajar berenang dalam lautan hakikat.

Ada baru baru ini Atuk Man beri tahu pada seorang kawan dengan email bahawa hidup ini ibarat mimpi bila tersedar kita berada di atas katil..dan kadang kadang bila bermimpi ada lagi mimpi dalam mimpi. Apa yang kita hendak ialah bila bermimpi kita “sedar” kita bermimpi, jadi bila bermimpi harimau tidak lah kita takut kerana kita tahu harimau itu hanya mimpi.

“ Kita ini dulu tidur di katil alam ruh dan sekarang kita bermimpi..bila terjaga (mati) kita dapati kita berada di katil yang sama?” Atuk Man pernah tanya Ayoh Wang.

“Lebih kurang macam tu lah…” kata Ayoh Wang sambil tergelak…hidup Ayoh Wang memang Que Sera…Sera..whatever will be… will be… atau melayunya Mari… serah… serah...apa nak jadi jadi?

” Mereka yang apabila disebut nama Allah, gentar hati hati mereka (surah 22-35)”

Ayoh Wang jangan kita sebut bab keTuhan , malah banyak kali bila Arwah Guru mencerita kisah kisah di dalam AlQuran seperti kisah wali yang tidur 300 tahun dalam surah Al Khafi… Ayoh Wang sebak dan meraung..Guru membiarkan saja…kita pun diam sebentar…gementar bukan makna takut…tapi kasih sayang cinta ..rindu…tak tertahan… siapa yang sampai kesitu…Arwah guru dia pandai Dia dapat mengawalnya….itulah gunanya takdis takdis…dia akan melawan perasaan zouqnya dengan membaca takdis sebanyak banyaknya…

Alang ke baiknya kalau kita sedar kita sedang bermimpi…jadi bila ada satu kesusahan kita tahu kesusahan itu tidak real, sementara aja.

Memang sejak terjebak dengan perjalanan ini Atuk Man berasa perubahan ketara pada pemikirannya…perspective nya berbeza di bandingkan dengan masa jahil dulu …Dulu dia fikir Allah macam lagu “ God is watching us from a distance….” Tuhan Jauh…dari atas…sekarang semua nya melalui Dia…hati dengan Dia…pintu Mu ku ketuk….tak kan bisa berpaling lagi…insyaalah.

Firman Allah: Sehingga apabila ia (zulkarnain) sampai di tempat terbenamnya matahari, ia dapati matahari itu terbenam di suatu mata air yang bercampur warna hitam..( surah Al Khafi)

Firman Allah: Ia dapati matahari naik (Al khafi..)

Firman Allah : Ia dapati mata hari terbenam (Al khafi)

Semua ayat ini menunjukkan Allah melihat ciptaan nya dari kaca mata

manusia sendiri….Allah bersama kita…

Kisah ini buat Atuk Man teringat akan cerita benar, terbaca dalam makalah, seorang kelasi (Navy) Amerika Syarikta masuk Islam bila terbaca kisah Tuhan menceritakan ombak bergulung waktu ribut dan dari dalam gulungan itu nampak cahaya indah..Navy tersebut pernah mengalaminya .

Pada mulanya dia ingat Nabi Muhamamad seorang pelaut, jadi dia boleh tulis macam itu .Tetapi bila dia tahu Nabi Muhammad tak pernah ke laut, lalu dia percaya Al Quran bukan buatan manusia, dan Tuhan beri gambaran seolak olak Tuhan duduk dalam terowong ‘ombak” itu. Itu hari Atuk man dah terjumpa ayat itu ….dah tanda…cari balik dah tak jumpa…

Azan zuhur berkumandang terdengar melalui radio yang terpasang di situ..

Atuk Man menghayati Azan sekejap…dan menjawab azan..bila sampai ..muhammadul rasullulah…Atuk pun mengulang sebutannya…kemudian dia selawat tiga kali…dia buat kerana di anjur oleh Arwah Gurunya…

Atuk Man selalu bertanya kepada rakan rakannya kenapa bila sampai ‘Hai Yaa ‘alassholah….dan hai ya ‘ala falah…” kita kena jawab “laa haula wala quwwata illah billah….”

“Mari lah kita sembayang…” kenapa tak jawab ‘Insyaalah ke..”

Arahan suruh kita sembahyang dan kita kena jaga sembahyang …Tapi kita tak berdaya nak lakukannya sendiri melainkan atas izin , gerak dan kuasa Allah jua….

Masa Azan lagi kita sudah menyerah…..

Apatah lagi bila kita angkat kedua tangan kita keatas satu symbol universal ‘surrender”…mengaku kalah ..lemah..tak berdaya melainkan… Engkau bantu…tolong gerakkan…afaal Engkau…

“ Kita sembahayang dulu?’ kata Wan Je

“ Ya lah..” jawab Atuk Man…Dan mula terbatuk batuk…ubat ‘Carverdillo’ atau coversyl untuk darah tinggi yang di bagi IJN yang ada kesan sampingan menyebabkan batuk. Dah komplen pada anak number dua “Angah” tapi dia sibuk sekarang final exam master ( pakar bius ) dah bemula…paper hari ini payah betul...Tapi dia sempat “bertanya batuknya kering ke ? “Ya” jawab Atuk Man…kena tunggu dia habis atau pergi balik IJN,…Tunggu lah gerak Allah… fikir Atuk Man sambil berjalan arah surau di belakang.









Wassalam.





.

.

No comments: