Saturday, May 17, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 15)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali
..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man nahaitahu fahtada



Takdir
Terjemahan Al Hikam: Kekerasan semangat/perjuangan itu, tidak dapat menembus tirai takdir, kekeramatan atau kejadian-kejadian yang luar biasa dari seorang wali itu, tidak dapat menembus keluar dari takdir, maka segala apa yang terjadi semata-mata dengan takdir Allah.


Manusia tak ada kehendak

Firman Allah:

1. ”Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yang dikehendaki Allah, Tuhan yang mengatur seisi alam (at-Takwir: 29).

2. “Dan tiada kamu mengkendak kecuali apa yang di kehendaki oleh Allah.Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana.(Al Insan:30).

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 15)

“Ling, ling, ling…Bangun…jam pukul 5 pagi…” Atuk Man mengejutkan Wan Je..

“Apa ? pukul 5 dah! Pasal you tak kejukkan awal….” Wan Je segera bangun terpinga pinga.

“ Jam tak kunci” jawab Atuk Man …Dia tidur di bilik MakSu yang tidur dengan Wan je dan cucu cucunya termasuk yang sedia tinggal di rumah ini dan yang datang dari Kota Kemuning, anak anak Angah.

Isnin cuti dan besuk Ahad, Angah on call- hadiah untuk siapa yang lulus kena buat on call terus. Sepatut nya hari ini, Sabtu,dia kena buat, tapi pasal banyak yang lulus kena pecahkan hari hari lain. Angah kena pada Ahad.

Anak anaknya duduk sini sampai Isnin petang. Mereka datang malam tadi selepas makan malam, Angah yang belanja, kat Curve pasal dah lulus dan jadi anaesthesiologist, pakar bius, pakar buat orang tidur dan jaga balik dari tidor. .

Dia gembira dan seluruh alam pun turut gembira.

Wan Je terus kedapur mengeluarkan satan yang di bekukan dalam freezer untuk buat nasi lemak dan siapkan mee dan beehon goreng.

Malam tadi dia dah komplen sakit kaki .

“ Tak tahu lah berapa hari boleh tahan..” keluhnya.

Tiba tiba kedengaran Azan subuh…

“Laa…I patut puasa hari ini…lupa nak sahur…” Atuk Man teringat pelannya nak puasa hari ini…

“ You nak puasa…tapi tak sahur, kang hypo..” Ingat Wan Je.

Masalah Atuk Man kencing manis….pagi pagi sebegini, lepas bangun tidur gula dia akan turun paras 4.5 ke 5.00. Kalau dia tak makan apa ,dalam jam 11 dia akan hypo, gula dalam badan turun….hypo bermakna dia akan pengsan ingatan hilang….

Jadi Atuk Man tak dapat puasa hari ini.

Dia tadi tak ingat kerana bangun saja dari tidur, dia minum air secawan dan terus buka internet kalau ada email dari anaknya Abi… Semalam dah text dia beri tahu Angah dah lulus…Along dia text juga tapi tiada response, lupa pula Atuk Man nak tanya Angah, Along ada call ke tidak…

Bagi Atuk Man perkara macam ini kena beritahu tiap tiap seorang… moral support kena bagi antara satu dengan lain…

Atuk Man memang macam itu, selang dua tiga hari agak tak ada berita dari anak anaknya dia mula gelisah…masih tak kuat lagi pegangan hakikatnya…tawakalnya belum mantap…agaknya perasaan rindu pada anak anak yang berjauhan…

Angah sendiri, walau pun dekat, tapi hampir tiap tiap hari dia hantar sms…ialah
bila Atuk Man dah tiada nanti nak SMS dengan apa? Alfatihah je lah SMS dari mereka yang hidup.…

Nampaknya adik pergi Crotia dengan geng dia , belum balik ke Dublin.

“Ling , I pergi dulu..” Wan Je minta izin nak pergi ke kedai dia, jam dah 6.40pagi. Atuk Man dapati jam di sebelah pagi putarannya laju sikit, apatah lagi kalau hari kerja.Tak tahu kenapa,belum buat kajian.

Mereka berdua memanggil diantara dia berdua, Ling…dah kebiasaan. Tapi pada setengah orang bila mendengar agak terkejut jua. Lebih lebih lagi dah tua tua ini.

Masa Kat Makkah , ada yang menggelarkan mereka sebagai ‘loving couple” pasal panggil ‘Ling, ling’ .

“panggil lah apa nak panggil “ Fikir Atuk Man.

Ada juga yang bertanya “apa makna Ling Ling tu”

“ Keling !” jawab Atuk Man selamba.

Kadang kadang orang Melayu ini bila tak ada Sir Name , nama keluarga, jadi payah juga nak tahu keturunan.

Atuk Man dengan sepupunya Rashid ( satu datuk tapi nenek berlainan) selalu bertengkar pasal keturunan. Dia mengatakan moyang mereka dari India.

”Tenguk lah hidung anak cucunya Atuk Manaf, keturan kita semua hidung macam India.” Katanya.

Dia yang panggil Atuk Man Kapal Singh.

“ Ya..” jawab Atuk Man sebagai beri tanda setuju, Wan Je keluar rumah, berseorangan.


“Bila nak tunaikan nazar ni “ fikir datuk Man…hari Ahad pula lah.

Atuk Man teringat akan satu kisah pasal ‘nazar’

Seorang dari satu kaum tengah panjat pokok kelapa, sampai keatas tiba tiba ribu turun…dia terbuai buai di atas nu mengikut goyang pokok kelapa. Dia tiba tiba jadi panic ,lalu berdoa pada Tuhan agar di selamatkan. Dia juga bernazar kalau dia tak jatuh, dia akan sembelih seokor lembunya….maka tiba tiba angin pula reda sikit, dia pun mula turun.

Bila sampai dua pertiga dari batang pokok kelapa itu, dia rasa keadaanya lebih baik dari tadi lalu dia mengubah nazarnya...Kalau dia tak jatuh dia akan sembelih kambing…pada fikirnya, kat paras itu kalau jatuh tak parah macam mula mula tadi….


Dia turun lagi sampai setengah pokok, dia tukar nazarnya lagi …kalau dia tak jatuh ...di akan sembelih ayam…dan dia rasa lebih selamat sikit dari tadi …dalam pada itu dia pun hampir sampai ke bawah, cuma nak habiskan dalam tiga kaki tinggi lagi …dah rasa sungguh selamat sangat…maka dia pun terjatuh ( pura pura) kebumi …. "Ahuy papa ...ahuy mama...aduh!..Aduh! banyak sakit oh Tuhan ahkirnya aku terjatuh juga oh…Tuhan aku jatuh juga…oh, jadi saya tak perlu sembelih apa apa” Katanya. Punya lah belit.

Atuk Man hantar SMS ke Along ringkas textnya “senyap dan sunyi”

Dalam lima minutes selepas itu Atuk Man menerima SMS. Dia cek, SMS dari Along..."maaf lah terlalu sibuk hari mothers’ and teachers’day banyak orang order chocolates” …


"Alhamdulillah, bisnes dia dah mula maju" fikir Atuk Man

TV di tengah hall terbuka …program motivasi pagi…

Banyak sangat program motavasi di TV ini. Fikir Atuk Man. Dia pasang juga telinganya.

Atuk Man tak berapa setuju, cara motivasi itu, atas konsep yang di guna pakai, caranya itu adalah cara orientalist; lebih menekan ke upayaan diri dan usaha sendiri seolah olah tiada kaitan dengan gerak atau afaal Allah.

Mereka lupakan terus sebenarnya semua daripada Allah. Mereka mempunyai pandangan begitu sebab mereka berfikir “Laa haula wala quwwata illah billah” dan qodak dan qadar tidak ada kena mengena dengan usaha …bermaksud semua kerja ampunya diri yang buat, Tuhan hanya memerhatikan dari jauh." God is watching us from a distance..." Ada pula berpendapat sudah buat baru serah… "Ya Allah hamba mu telah berbuat dengan segala usaha… kau perkenan kan lah “ seolah olah menidakkan kuasa Allah dalam bab mengerakkan anggota banda dan otak.

“…makna usaha di sini ialah kerja itu dari kita bukan datangnya dari Allah…sebab itu mereka berkonsepkan kerja kuat, usaha kuat…dan sembahyang dan doa kuat juga tapi tujuan untuk mendapat kejayaan materialistic….boleh buat dan akan mendapatkan hasil nya”. ...Fikir Atuk Man


“tetapi apa bezanya dengan orang kafir. … Dia orang pun di samping tunjuk usaha, juga berdoa pada tuhan dia . Tapi Allah, Tuhan yang maha Esa, Rabul Arbab! wamusa bi bul Asbab ! Warazikul Ar zak! Tuhan segala tuhan tuhan, menunaikan permintaan mereka atas sifat Rahman nya. Tuhan akan perkenan “hasil usaha” mereka .Tuhan akan bagi, siapa kata Tuhan tak bagi…tapi adakah tujuan kita nak ke ahkirat tercapai? Sebagai muslim kita nak dua dua sekali, Rahman dan Rahimnya sekali. Baru lah ‘kejayaan itu betul bermakna.”

Atuk Man ada caranya… "Kita mesti lakukan atas konsep menuju ke ahkirat dan heret dunia bersama…Macam basuk baju , tujuan nak cuci baju jadi bersih, tanpa ada niat asal tangan kita juga jadi bersih…

Nak ‘berjaya’ dalam kerjaya kita kuatkan pegangan hakikat kita dulu , kita faham selok belok ugama, kita kenal Tuhan, kita cuma berbakti untuk Tuhan. Sebagai perkerja kita berbakti pada tuhan dan majikan kita. Ini tak boleh lari. ..kemudian bila sudah mantap otamatik kita jadi siddiq, amanah, fathanah dan tabligh.

Kita makluk Allah , fitrahnya kita kena bergerak, tangan kena bergerak, kaki kena bergerak, mata bergerak, lehir bergerak...semua bergerak , termasuk organ organ dan cell kita bergerak…hanya bila mati semuanya terhenti.

Fitrah kita kena kerja.Tapi kerja yang terhasil adalah dari gerak Allah semata mata bukan dari hasil usaha kita, walau pun kita rasa semuanya terbit dari dalam kita…tapi ini dari hasil pengamatan yang salah , sebab tak mungkin dari kita pasal bab jantung saja...siapa gerakkan, kita sendiri ? kalau kita cuba berhentikan se saat , boleh kita lakukan? kata kita yang gerakkannya?

Jatung saja ke di gerakkan Allah, yang lain tidak?

"Sedangkan planet terbesar Jupiter pun bergerak atas kehendak Allah apatah lagi kita yang kerdil ini" . Fikir Atuk Man lagi.

Al Ghazali menekan dalam bab ini agak panjang lebar juga, di mana konklusinya semua dari Allah termasuk itiar dan usaha, Kita boleh jatuh syirik bila kita kata "ada self confident atau yakin pada diri sendiri”. Ini matalamat orang orang motivasi nak jadikan seorang itu ada self confident dan percaya diri sendiri".

Self confident atau yakin kepada diri sendiri akan membawa kepada riya’ dan bongkak akhirnya.

Begitu juga dengan orang di bagi Allah Taala ‘chip’(otak) nya lebih sikit daripada orang. Dia mengaku “Aku lah yang cipta formula formula ini atau penemuan penemuan ini.”

Tapi kalau lah orang orang yang Tuhan menganugerah ‘chip’ yang lebih sikit padanya, sedar bahawa kebijaksaanan itu dari Allah 100%, dia akan mendapat ilmu tambahan yang lebih lagi dari Allah selepas itu..

Apa patut di lakukan ialah buat seorang itu percayaTuhan bersama dia dalam semua geraknya dan cara ini mengelakkan kita jadi syirik ...lebih lebih lagi syirik khafi.

“ hu wan…hu wan…hu wan…” dah kedengaran zikir kelaziman cucunya, Zulaika , berumur empat tahun yang di tinggalkan ibunya masih berumur 5 bulan…Bangun tidur mesti cari Wan Dia, Wan Je.

Dia masih mencari tempat bermanja...pantang ada orang perempuan datang ke rumah tegur tegur dia akan melekat kat orang itu…, Tak macam kakaknya dah confirm tempat pengantungan nya pada Atuk Man , dia lebih stable..tak banyak karenah yang di pastikan nya Atuk Man ada di sisinya ...Atuk Man tahu apa yang dia hendak ..apa kehendaknya semua dibisikkan Atuk Man bukan Wan Je…

Masa krisis dulu dia dan abangnya kena sakit campak dan waktu itu waktu “perlarian”, supaya Maknya tak datang execute court order yang dia sudah perolehi kerana lawyer dia cekap bertindak lebih awal, lawyer yang famous dalam kes penceraian di Selangor. Atuk Man dapat lawyer terbaik juga tapi di mahkamah Kuala Lumpur Je. Atas perundingan akhirnya Maknya bersetuju
membagikan hak penjagaan pada Atuk Man dan Wan Je.


Peristewa demam campak tu yang bagi kesan pada Atuk Man

“Apa sal mengangis Zulaika ! apa yang dapat menangis! ”. Sambut Wan Je, selalu nya dari dapur…Wan Je tak boleh dengar Zulaika menangis…Wan Je tahu dah kehendak Zulaika ..dia hendakkan susu…Memang pelik sikit kalau dia nak susu mesti bagi kepadanya terus and kalau dia di suruh ambil botol kosong untuk di buat susu dia tak akan pergi ambil…tapi kebetulan di suruh dia ambil benda yang lain dia akan pergi ambil. Bab susu dia hendak perhatian penuh…Pada mulanya dulu Atuk Man nak suruh Along aje jaga Zulaika, tapi di bantah keras oleh Wan Je pasal Wan Je tak mahu memisahkan permata permatanya itu, biar mereka besar dengan suasana yang sama.

Zulaika nampak lebih cerdik dari kakaknya tapi tidak cepat hilang tumpuan. Tak macam kakaknya Zulyiana (nana) 6 tahun, nampak lebih tinggi dari abangnya, bagi penuh tumpuan pada sesuatu kerja tapi pick up dia lambat sikit.

Cucu cucu nya yang ini mixed blood. Atuk Man cukup seronok kalau pergi shopping complex di mana terlalu banyak orang dan mereka akan galek (asyik memerhatikan cucu cucu mereka ). Mereka lihat Atuk Man warna sawa matang tapi cucu cucunya lain colournya.

“ Ini Didi ini sakit tekak…tadi Angah ada tinggalkan no telifon clinik dia buat locum.” Lapur Wan Je pada Atulk Man. Princes, nama panggilan Atuk Man pada Didi, suka duduk kat rumah ini tapi selalu dapat sakit, selalu asma…macam mana nak buat, Tuhan nak menduga Angah juga…Doktor, tapi anak juga sakit….macam kisah seorang ayah, ada empat anaknya doctor tapi tak sedar ayah ada sakit jantung...ayah meninggal sakit jantung.

Itu lah kebesaran Allah, bukan anak yang jadi doktor yang menyembuhkan kan penyakit; doktor dengan kepakarannya dan ubatan ubatan semuanya alat menyampaikan sifat sifat Al Syafi dan Al Mulmuafinya…kalau ajal dah sampai tiada kuasa boleh menyekatnya. Doktor dan ubatan ubatan hanya sekadar Tuhan nak hidupkan system ekonomi dan penyampaian rezekinya macam kisah apa yang di belakang nyamuk…(klik
sini)

“Rendang DONG you siapa jaga” Tanya Atuk Man bila tenguk Wan Je terbaring, komplen sakit kakinya…Jam dah masuk 8 malam.

“ Ratni Jaga” jawab Wan Je . Ratni adalah pembantu rumah.

Rendang itu makan masa tiga jam untuk memasaknya.Rendang hitam terkenal di sekitar Raub dan Kuala Lipis. Wan Je dapat resepi yang di bagi oleh bekas tukang masak terkenal di Dong.

Cucunya Nana dan Zulaika suka rendang tersebut. Dan bila catering menu utama ialah Nasi Brayni and rendang Dong. Ada kawan lama AtukMan yang kawin dengan orang German, kedua dua suami isteri amat suka rendang itu.

Baunya cukup harum dan jauh dah berbau, contoh malam ini , baunya orang keliling sudah tahu Wan Je masak rendang DONG.

Wan Je pernah di hantar ke IJN kerana hampir kena serangan jantung semasa buat rendang. Atuk Man paksa dia ambil , ubat bawah lidah, GTN, untuk mencegah serangan jantung. Pada mula nya Wan Je tak mahu ambil ubat tu hingga Atuk Man Hilang sabar lalu berkata “ biar mati makan ubat jangan mati sebab tak makan ubat,,”

Namum dia tak mahu juga.Dia takut nak ambil ,sebab dia takut lebih mudaratkannya. Atuk Man terpaksa call anaknya, barulah dia makan bila Angah suruh makan .Lepas itu admit kat IJN tiga malam, lalu buat angiogram, dapati ada tersumbat sikit, memang ada berlaku small stroke selama ini kerana ada kesan kebekuan darah di otak sikit. Masa itu masuk sama ward dengan Tun M dan celebrate 59 tahun pada 20 Dec sama tarikh lahir dengan Tun M.
...



Wasallam



No comments: