Monday, May 5, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 8)

PERJALANAN HAKIKAT (bahagian 8)

.

“Assallamualaikaum,

Kehadapan anakanda, Atan

Kamu dapat email Pak Je itu hari? Jadi ,macam mana ada email atau ada hantar surat kepada Tenku Amar Akitek yang buat kerja kat bandar Makkah tu? Sebut nama Pak Je Insyaallah dia akan ingat.

Keadaan di Jeddah macam mana cuaca panas ke?”


“ Cepatlah siap…kata nak bertolak awal ke Shah Alam.. ..janji dengan student tu jam 3.00 petang, lepas tu nak ke Gaint sekejap.”

Terhenti seketika Atuk Man menaip email kepada Atan anak saudara Isterinya kat Jeddah, bila mendengar suara tinggi dari Wan Je dari luar rumah . Wan Je tengah memberi makan kucingnya.

Banyak urusan Allah amanahkan kepada Wan Je, anak, cucu, kucing, pokok pokok, jiran jiran sekeliling. Jiran jiran se olah olah tak mahu Wan je berihat sekejap ada yang datang bertanya “Kak Je Ada?”

“ Ada kat belakang” jawab Atuk Man ringkas .

Kalau Maje tak ada “ Kak Je gi mana ?

Atuk Je terpaksa jawab” dia pergi ambil cucunya kat sekolah” atau “ dia ambil anak bungsunya kat Bandar Damansara” itu jawaban yang standard.

Jiran jiran dah faham dengan Atuk Man.

Budak budak kecil pun suka sangat dengan Wan Je … sebab pantang dia jumpa budak budak mesti dia tengur… kalau dekat dia tanya dia pengang…Budak budak budak yang belum “berakal” semuanya wali kata abang ipar Atuk Man yang terlebih dulu memahami hakikat……

Bagi Wan Je nak mulakan conversation dengan orang mudah sangat, dia gunakan Wali kecil, tak kira anak siapa , India, Cina ,Kadazan, Orang Putih, tak kira di mana tempat , komuter, Airport, Super market, dalam lift, any where, asal ada Wali kecil dia akan usik, pegang....wali kecil ini lah jadi penghubung dapat berbual mesra dengan ibu bapa dia.

Kenapa kanak kanak di panggil wali? Nanti lah ada masa Atuk Man boleh cerita.

Atuk Man memang tiada masalah…Isterinya memang seorang PR yang efektif. Ada masa akan di ceritakan kisah bagai mana Wan Je secara semula jadinya dengan kemesraannya, dengan tak secara lansung, menaikkan nama Atuk Man dengan masyarakat setempat di Pantai Timur di sekitar tahun 1975 ke 1980. Atuk Man tak perlu nak buang masa nak bergaul sangat.Masalah nya pula tempat macam itu 'tak menang tangan" nak angkat tangan setiap kali bila naik kereta. Semua orang yang di lintasi angkat tangan! Jadi masalah pula pada Atuk Je.



"Sekejap. Bagi 10 minit nak hantar email kat Atan.” Jawab Atuk Man, dia nak lekas siapkan emailnya.

“ Kamu pergi buat Umrah lagi ke Jumaat Depan ni .?” Atuk Man sambung emailnya..

“Ini ada doa Arwah guru Pak Je bagi . Ini doa seorang “Wali”. Ceritanya, “Wali” ini sedang bertawaf dan setiap siap satu pusingan dia membaca doa ini :

“Allahumaj ’alni min ibadihkalqolil”

Makna Doa ini : “Wahai tuhan jadikan lah akan daku dari kalangan hamba hamba Engkau yang sedikit”.

Kebetulan waktu itu ada Saidina Umar Al khatab bersama mengerjakan tawaf. Terdengar oleh Saidina Umar akan doa ini dan bagi beliau doa itu pelik bunyinya.

Selepas selesai tawaf, Saidina Umar segera mendapatkan orang tua itu lalu di pengang tangannya seraya berkata: “Tuan, se umur hidupku, aku tidak pernah mendengar doa ini, baik pun semasa Rasulullah hidup”

“Tidak kah kamu membaca ayat yang mengatakan hanya sedikit orang yang bersyukur?”Jawab Wali tersebut dan dia segera beredar dari situ..

Saidina Umar faham akan ayat tersebut yang mengatakan sedikit sangat hamba hamba Allah yang bersyukur dan orang ini lah yang jadi pilihan utama Allah yang dapat melihat wajahnya nanti.

Orang ini lah yang berterbangan di udara seperti yang di lihat Nabi masa Israq-miraj dulu.

Bagi wali tadi mudah saja dia hanya perlu berdoa supaya Allah masukkan dia di kalangan yang sedikit. Wali itu tidak ada doa atau permintaan yang lain lagi. Itu lah mutiara doa !

Ibarat, kita terjumpa pokok buah yang kita ingin menanamnya di rumah kita. Kita bolih gali pokok tu dengan akar umbinya sekali dan naikkan ke lori bawa kat rumah kita…Tapi cara ini banyak kerja dan belanja…Yang mudahnya, kita ambil biji buah pokok tadi dan bawa pulang. Biji itu tak berat untuk kita memikulnya , masuk dalam saku pun boleh.Begitulah dengan mutiara Doa tadi, ,pendek rengkas, padat tapi menyeluruh. Apa yang kita nak lagi?

Pak Je amalkan doa ini setiap masa termasuk bila di Makkah.. Oleh kerana Pak Je dah dapat izin dari guru Pak Je kamu amalkan, jangan tinggal. Jadi kan zikir lagi baik.

Pada zaman Nabi dulu memang banyak wali wali.

Ada di ceritakan dalam satu hadith kursi, pada satu majlis, seperti biasa ramai di antara sahabat nabi yang hadzir. Nabi ceritakan akan tiba ke situ seorang hamba Allah yang daif dan yang tak di pedulikan orang; kalau dia ada dalam majlis, orang tak ambil kesah, kalau tak ada di majlis itu pun orang tak bertanya, tapi namanya amat terkenal sekali di langit selalu di sebut sebut oleh para malaikat. Pasal dia tak mahu terkenal di kalangan manusia tapi hati nya sentiasa bersama Allah.

Berikut Pak Je kirimkan di bawa ini nasihat dalam kitab hikam.

Orang mengikut perjalanan Hakikat elok simpan satu terjemahan Kitab Hikam(hakikat) dan satu lagi Minhajul Abidin oleh Imam Ghazali ( tasawuf), kerana dia dapat mengimbangkan kita supaya tak terlajak.



Terjemahan kata-kata mutiara kitab Al Hikam: Hilangkan pandangan makluk kepada mu kerana puas Dengan penglihatan Allah kepada mu,dan lupakan perhatian (menghadapnya) makluk kepada mu, kerana melihat bahawa Allah menghadap kepadamu.

Sal bin Abdullah Attustary berkata: Seorang tidak dapat mencapai hakikat kewalian sehingga menghilangkan pandangan orang dari fikirannya,sehingga tidak melihat apa apa di dunia, hanya ia Dengan Tuhan yang menjadikannya, sebab tiada seorang pun dapat menguntungkan atau merugikan.

Ingat kisah Lukman Alhakim Dengan putranya berjalan Dengan Keldai.. Tujuan Luqman untuk menunjukan kepada putranya bahawa orang yang beramal atau mengambil-ambil hati orang tidak selamat dari celaan mereka.

Muhammad bin Aslam ra.berkata:Ada kepentingan apakah saya pada manusia padahal sejak saya dalam punggung ayah saya seorang diri, lalu di dalam perut ibu juga seorang diri dan keluar di dunia juga seorang diri,(yakni tidak melalui bantuan manusia) hingga mati dan masuk ke kubur juga seorang diri,dan menghadapi persoalan alam kubur sampai kemudian menghadap kepada Allah dan masuk syurga atau neraka juga seorang diri, maka apakah keperluan saya Dengan manusia


Kita memang berseorangan sejak sebelum lahir iaitu dalam perut ibu kita dan juga bila mati nanti.

Fikirkan lah masa kita nak lahir ke dunia dulu Ibu bapa kita lansung tak terbayang akan wajah kita …

Jadi apa kita bersusah payah nak terkenal, nak orang tahu siapa kita… Yang penting kita dengan Tuhan kita…Biar Tuhan kenal kita dan sayang dan cinta kepada kita. Lepas tu kalau Tuhan nak kita di kenal orang itu hak Dia dan bila orang puji kita itu pun hak dia, pujian itu mesti di kembalikan kepada Dia.

Bercakap ‘sayang Allah kepada kita’ teringat Pak Je akan cerita dalam kitab hikam, bahawa seorang murid selepas sembahyang tahjud di tengah malam, berdoa mengunakan perkataan’ “Ya Allah Engkau yang menyayangi aku…..”

Tiba tiba terdengar oleh gurunya lalu di tegur anak muridnya itu…”.cara itu menyalahi yang biasa…. Sepatutnya kita sebagai hamba , katakan : Ya Allah kau yang aku kasihi…atau sayangi…”

Lalu dijawab anak murid itu balik “sebab Tuhan kasih dan sayang kepada ku lah di gerak dan di bangun aku untuk sholat tahjud… walhal orang lain di biarkan tidur nyenyak”…

Sebab itu Imam Ghazali dulu seorang yang suka berhujah dengan orang; lepas itu bila dia sudah berjinak jinak dengan ilmu tasawuf dan hakikat dia berubah…Tak suka lagi berhujah dan bertikam lidah dengan orang kerana tidak mendatang kan faedah malah menambahkan dosa lagi . Pendirian orang memang sukar nak di ubah.Cuba lah ubah ,lebih lebih lagi kalau dia sudah ada prejudis…

Macam Pak Je alami, banyak yang suka dengar hujah hujah Hakikat tetapi berapa orang yang mahu kejalan ini akhirnya….Walau bagaimana pun orang hakikat tak ambil peduli ini semua sebab semua kehendak Tuhan belaka.

Tuhan dah ada senarai nama ahli syurga dan neraka. Yang masuk Islam dan tak masuk Islam. Di kalangan Islam sendiri ada berlainan tingkat keimamannya, semua sudah di tentukan dalam Lahul Mahfus lagi.Sebelum Alam Ruh lagi…sebelum ada titik permulaan untuk segala segala...Zaman Allah berkata 'BI KANA MAKA NA'(Aku hanya lah Aku) lagi. ”

Atuk Man berhenti seketika…. Dalam bahasa yang mudah di faham … Hakikat baju kapas….tetapi bagi seorang Engineer macam Atan dia mahu lebih dalam lagi pergi ke atom proton , electron...Hakikat bangunan batu dan pasir ....Hakikat manusia Ruh …hakikat Ruh ? Belum boleh di ceritakan . Betul hanya ruh mengenal Tuhannya…Tak boleh bagi tahu..Kalau sudah dia bertanya bab ini tanda dia berminat, dia kena cari guru.Fikir Atuk Man.

Apa yang cuba di beri tahu oleh Atuk Man ialah sekadar “gezet” kata orang Trengganu, ia itu maksudnya iklan untuk Atan berfikir.

Macam dalam tahun 1959 dulu, bila wayang baru nak di tayangkan dalam masa sebulan lagi kat panggung “cathay” di sebelah ‘station bus” di Kuala Trengganu, satu ‘gezet’ atau iklan besar di lukis dengan colour poster oleh pelukis tempatan dekat bangunan panggung itu. Tenguk apa ceritanya…..

Panggung Cathay khas untuk filem keluaran Cathay Keris. Kalau cerita Sri Mersing Gambar Nordin Ahmad dan Ros Yatimah terpampang sebesar sebesarnya sebagai iklan.

Masa itu Atuk Man bersekolah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Bunga. darjah 5 waktu.( Atuk Man masih simpan gambar beramai ramai masa darjah lima dulu ). Sekolah tu tak jauh dari panggung wayang cathay...


Dewasa itu nak tenguk wayang ‘free’ himpit penjaga pintu dan ‘rasuah’ sikit, dapat harga setengah dan masuk wayang sedang di tayangkan…puas jugalah.

.
“Bagaimana mana Imam Ghazali bertukar cara dari pada banyak berfiqah kepada hakikat? “ Atuk Man sambung emailnya.

‘Mengikut cerita, satu hari , Imam Ghazali jadi imam, abangnya jadi makmum. Tiba masuk rakaat ke dua, abangnya bermufarakah,dan dia sembahyang sendirian. Lepas itu selesai sembahyang Imam Ghazali mengadu kepada ibunya mengatakan tak patut abang nya buat begitu, tidak berimamkan dia bila sembahyang. Bila ibunya bertanya kenapa, abangnya menjawab bahawa bila sembahyang di belakang Ghazali dia nampak darah pada baju Ghazali…

Ghazali terus terkejut mendengar cerita abangnya, dia membenarkan kata kata abangnya kerana pada rakaat kedua tadi Imam ghazali teringat akan kesah waktu dia mengajar kepada muridnya tentang haid . (Fikiran Imam ghazali melayang ketika itu , dan sejak hari itu dia faham abangnya seorang yang kasyaf dan ahli hakikat yang tinggi ilmunya.)

Tapi ingat ,Atan. Di kawasan Negara Arab Saudi dia orang tu banyak Wahabi. Pak Je di beritahu mereka tak guna kitab imam Ghazali. Mereka pandang enteng ilmu tasawuf dan hakikat. Mereka ini sudah ramai kat UK , jadi banyak anak anak Malaysia sudah di pengaruhinya.

Jangan tinggalkan tasawuf dan hakikat Ibadah yang semata mata berlandaskan Fikah dan lain lain syariah ibarat kerangga dan hakikat ada lah hati (ruhnya) ibadah.

Macam mana nak kita sembahkan ibadah kita kepada Tuhan yang kita tak kenal? Bukan kah Tuhan itu suruh kita kenal dia dengan mula mula mengenal alam ciptaannya..? Dalam Al Quran Tuhan suruh kita tenguk apa apa yang ada di langit,,,bukan tenguk langit saja…memandang kelangit tak nampak apa apa …tenguk dengan imaginasi kita…hingga terbit soalan siapa pencipta semua apa apa yang yang ada di situ….

Kata Al-Hikam: Fikiran itu sebagai pelita hati, maka bila dia padam, maka tidak ada penerangan baginya.

Pak De berpadangan ‘Iqra’ …bukan bermakna baca… Nabi tak mengenal huruf …mana boleh baca…jadi maknanya di sini mestilah ilmu… cari ilmu…sebab ilmu boleh di cari tanpa mengenal huruf dengan di ajar dan kemudian memahamnya …ilmu bermakna faham dan tahu… Matalamat ilmu ialah “tahu”…Kita menuntut ilmu tapi tak tahu bukan ilmu namanya ...Jibril mengajar Nabi ‘ilmu’, dia tak mengajar nabi membaca macam orang lain baca….dengan mengenal huruf dulu…Tapi Nabi tidak…Nabi menghafal..ikut apa jibril kata,,.Nabi hafis Al-Quran, kelebihan Tuhan bagi…… ..

‘Iqra’ bismi rabikallazii khalaq”…Baca ( sebut) dengan nama Allah yang telah dijadikan…

Masa itu tiada satu pun yang tertulis untuk di baca yang di tunjukkan oleh jibrih… Macam mana nak baca? bererti ilmu yang di ajar oleh jibril…ia itu ilmu ketuhanan.

“ maalam yagh lam””….Yang mereka tak tahu…(tak ada ilmu)

“Tahu” ertinya bermula dari 'ilmu' seorang itu akhirnya jadi tahu(faham)…contoh, ilmu mengatakan kacang soya bila di hancurkan, di masukkan air and di panaskan …di bekukan kemudiannya akan jadi tahu…'ilmu' itu ajar kita jadi 'tahu' buat tahu !


Sebab itu orang Arab di sana sudah hilang ‘gerunnya sebagaiman maksud ayat AlQuran bahawa orang mukmin bila di lihat oleh orang kafir akan rasa gerun‘."Ruh Islam sudah tiada macam mana kafir nak gerun.....Ini serious!

Kita kena kembali dapatkan balik "kegerunan" itu.

Pak Je di beritahu, mereka sudah lama meninggalkan ajaran hakikat yang mengajar orang Islam bahawa kita sebenarnya jadi hamba Tuhan sebagai mana di kehendaki Allah. . .Laa haula wala quwwata illah billah…

“ Tak siap lagi ke”. Sekali lagi Atuk Man terhenti menaip.

“Nak siap dak suruh budak budak tu naik kereta tu dulu.” Jawab Atuk Man.

Dia ingin meneruskan menaip terus di laptopnya.

“Pak Je teringat akan cerita seorang lagi wali yang di ceritakan oleh Nabi., Hamba Allah itu seorang gembala kambing tinggal jauh di pendalaman. Nabi menghantar wakil berjumpa wali itu. Tak silap Pak Je yang pergi Saidina Umar dan Ali.


Bila sampai ke tempat itu, wali itu sedang sembahyang. Sebaik selesai ,Wali itu berasa malu, minta maaf kerana ini kali pertama dia sembahyang di depan manusia ( di lihat manusia). Dia rasa bersalah pada Tuhan, seolah olah nak menunjuk nunjuk.

Dalam bercerita itu dia bertanya Saidina Omar iaitu gigi Rasullulah yang mana yang patah dalam perang Huhud dulu. Wali itu berkata dia dapat merasakan gigi Rasullulah patah.

Maka hairan lah pelawat terhormat itu kerana tidak ada makluk lain yang datang ke situ beri tahu peristiwa gigi Rasullah patah!….


Sekain dulu buat waktu ini nanti ada peluang Pak Je akan ceritakan lagi. Pak Je kena berhenti setakat ini dulu, Mak De dah tunggu nak ke Gaint. Dia kirim salam.

Jangan lupa amalkan doa di atas. Fikiran kita jangan banyak cabang…Tuhan suruh gunakan akal kita semata mata untuk melihat Dia dalam ciptaan nya bintang bulan matahari serta segala cekarwala dan juga gunung ganang bukit bukit hutan rimba laut laut mahluk mahluk termasuk dalam diri kita. Lain tak perlu di fikirkan….

Ada masa akan Pak Je terangkan siapa wali, dan boleh kah kita kenal wali…

Oh Ya Jangan lupa bila buat umrah nanti tolong doa untuk anak pak Je di Dublin, supaya rayuannya untuk green card berjaya, jangan lupa…Wasalaam.”

2 comments:

abdullah zubair said...

salam tuan dimana kedai yang masih menjual kitab Minhajul Abidin oleh Imam Ghazali...saya teringin benar nak beli kitab tersebut...pertolongan tuan amat dihargai...

shahbandarmalakat said...

En abdullah.maaf lambat jawab,tak perasaan ada komen...dulu saya beli kat kampung baru ada kedai kat jalan raja alang dan pasar chow kit..tetpai selalunya kedai kedai bergerak yg selalu terdapt kat masjid pun ada...kadang kena pesan dgn nya..