Thursday, May 22, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 18)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..


Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man arsalahu rahmatan lil’alamin.



PERJALANAN HAKIKAT(Bahagian 18)

….begitulah Tuhan mengatur kehidupan dan rezeki untuk manusia dari ciptaannya pokok tebu yang menghasilkan gula…mana ada gula di situ ada semut…dimana ada kilang gula di situ ada manusia.(sedutan dari yang lalu)

Ini bersesuaian dengan terjemahan kata mutiara kitab Al-Hikam: Pada pertamanya Allah memberi kepadamu nikmat mewujudkan (menjadikan); kemudian nikmat yang kedua: Melengkapi keperluan-keperluan wujudmu yang terus menerus (yang kedua: terus menerusnya bantuan Allah kepadamu.)

Firman Allah:

Wa assbagha ‘alaikum ni’matun dha hiratun wa ba thinat

Allah menuangkan kepada mu nikmat lahir dan batin yang terang dan samar, yang terasa dan tidak terasa.

Kisah kisah di India masih kuat di ingatan Atuk Man…sukar bagi dia hendak melupakannya…sehingga kadang kadang dia bertanya “kat mana Lebai sekarang?”

Syukor, walaupun Atuk Man tak berjumpa sejak Atuk Man meninggalkan syarikat itu dulu, tapi Atuk Man tahu dia telah melanjutkan pelajaran dan sudah lama berkerja dengan Bank sebagai Manager.


Tahir, agaknya masih dengan Kilang Kelapa Sawit di Jempul dan dah dia sejak tahun lapan puluhan lagi dah jadi orang masjid.

Mat juga dalam industry yang sama tapi tak tahu di mana. Hanya Mustapa yang ada hubungan dengan Atuk Man lebih lebih lagi masa penubuhan Parti Siasah PSPS dulu dan Mustapa masa Atuk Man kat IJN pun dia ada datang melawat.

Kalau tiada Lebai agaknya rancangan Atuk Man untuk memasak sendiri mungkin tak berjaya. Kegigihan Lebai, walau pun orangnya rendah dari Atuk Man, menguatkan semangat Atuk Man.

“ Besuk pagi pagi nak ke pasar, kalau tidak habis barang” Lebai memaklumkan rancangannya pada Atuk Man, memang dah jadi tanggungjawabnya menjaga welfare orang orang bawahannya.

“Kita pergi pagi lah. Bagi tahu Mohan, dia nampaknya sekarang ada masa lewat datang pagi. Suruh dia datang pagi.” Jawab Atuk Man.

Mereka ramai ramai, di temani Mohan dimana peranannya yang banyak menjadi jurubahasa, pergi ke pasar di belakang kawasan perkilangan dengan berjalan kaki. Kedatangan mereka setiap minggu memang di nanti nantikan oleh penjual penjual barangan basah sayur sayur buah buah, limau apple mangga angur dan lain lain…sebab mereka beli banyak sekali…ialah untuk enam orang makan untuk satu minggu.

Cuma ikan basah dan ikan kering susah sikit nak dapat. Ada ikan kering tapi, kering betul, bercendawan. Mereka tiada pilihan lain, beli jugalah.

Sekurang kurangnya memasak sendiri lebih baik , malah jauh lebih baik dari masa Pegawai pegawai pertanian dulu di mana terpaksa hadapi apa saja yang di sogokkan oleh Jagu…

Keputusan yang di ambil oleh Atuk Man memang tepat.

Mohan dulu suka pakai baju seragam putih tetapi sekali sekala dia mula pakai macam budak budak Malaysia…colourful sikit. Atuk Man pun ada bagi baju pada dia….ini semua kerja si Mat yang selalu brain washed Mohan.

Itu yang kurang menarik sikit pasal India , banyak sangat warna putih. Hampir semua orang pakai putih, pakaian Nehru, parti Congress.

Sebenarnya bila budak budak Malaysia tu berjalan dalam pekan dari jauh sudah dapat di kenali sebagai orang luar, sebab itu pengemis suka mengejar mereka. Pakaian berbeza sangat.

Budak budak Malaysia bebas bergaul dengan masyarakat setempat tapi masalah bahasa. Yang boleh bertutur dalam bahasa inggeris terhad juga. Ada satu orang tu Atuk Man lupa namanya rapat dengan Atuk Man berkerja sebagai fitter, dia selalu lah datang kerumah, dia pandai main seruling dan ajar Atuk Man beberapa lagu Hindi…Charl…charl ..marisati

Bahasa di daerah ini ialah Marati, iaitu bahasa di Maharastra , pada mulanya Atuk Man banyak juga tahu perkataan Marati, todak todak heh-sikit sikit, garam pani- air panas, kana –makan, kia heh-kenapa. banyak dah Atuk Man lupa…Budak budak itu mungkin ingat lagi, lebih lebih lagi Lebai, dia ada simpan kamus.


Asal terjumpa je orang tempat yang dikenali mesti sebut ” Damaska sahab!”
Jawab balik “Damaska!” atau Hindinya “Damastee..”

Hiburan? wayang lah, pergi ke Bandar terdekat, Atuk Man lupa namanya, tapi bandar lah. Dekat kawasan di Shakarwadi itu ada juga panggung wayang; dalam khemah besar, tempat duduk di atas tanah lah. Perempuan di asing di sebelah.

Tapi Budak budak ini tak kesah, mereka dengan perangai mereka lebih lebih lagi Mat, nak mengesel je lah dia.

“Aden lagi suko Strategun Shinna berlakun…dia ada class jadi orang jahat…” kata Tahir, dalam diam diam ahli roker deep purple ‘black magic woman..” tiba tiba jadi peminat Hindustan

“Amitah Bacham ini semua ini bintang baru ..dia akan naik…Damendra,Rajesh Kana…Dev Adan semua ini dah tak di terima oleh young generation..” Mat diam aje. Sesekali Tahir bercakap orang terdiam. Dia memang very observant . Dia sendiri akui minda dia macam camera…dia retain semua details sebab itu dia hebat melukis…

Filem Hindu masa tu belum ada nama Shah Rukan.

Petang petang berjalan kaki berbatu batu jauhnya mengikuti canal (terusan air) di bena mengikuti ladang. Ini terpaksa mereka lakukan, kalau tidak boleh jadi gila…rasa rindu...homesick tak boleh nak ceritakan. Ada masa terasa “balik kah aku nanti..dapat kah bertemu anak isteri…” perasaan ini selalu menganggu.

Pemandangan di keliling memang lah cantik luas mata memandang, lebih lagi selepas musim hujan di mana rumput rumput di kaki kaki bukit tumbuh semula…musim panas tak tahan , tak boleh duduk di luar rumah sehingga waktu petang. Duduk dalam rumah pintu mesti ditutup kalau tidak bahang masuk kedalam rumah. Waktu malam pula terbalik…kena tidur diluar…

Bercakap perkara terbalik, Atuk Man dapat buat penelitian atas beberapa perkara.. .Di Malaysia malam pertama penganting perumpuan tunggu dalam bilik hingga suami datang. Di India penggantin lelaki tunggu dalam bilik, pengantin perempuan datang mendapatkan suami…

Di Malaysia nak menandakan persetujuan “angguk” kepala…di India “geleng” kepala laju laju…

Di Malaysia tunggang basikal bermula di sebelah kiri.. ,di India di sebelah kanan.

Kereta lembu biasa hanya boleh kedepan sahaja , di Indai kereta lembu boleh undur kebelakang, ( lembu di ajar undur kebelakang bila nak tuangkan tebu kedalam tepat tadahan di kilang).

Walau pun yang berkerja di kilang kira kerja tetap juga tapi gaji terlalu rendah. Selalu di lihat oleh Atuk Man bila masa makan dekat kilang, mereka hanya makan cepati berlaukan cili kering. Itu lah kadang kadang sedih hati melihatnya.

Bila ada upacara tertentu, kawin ke, mereka juga menjemput budak budak Malaysia…mereka terpaksa juga hadhir.

Kadang kadang dijemput ke majlis lagu lagu klasikal dan Tahir terikut dengan gilanya turut geleng geleng kepala dan goyang tangan seolah olah sebuah lagu rock ...Kadang kadang naik risau juga Atuk Man takut mereka terasa tersingung dengan perbuatan semacam tak menghormati budaya mereka.

Kadang kadang General Manager ajak juga makan kat rumah dia . Anaknya dua orang gadis sunti yang masih sekolah . General Manger tu adik ipar taukey.. .Isteri dan anaknya putih putih macam mak salleh dengan mata berwarna warni.

Ada masa anak anak nya datang kat rumah bersembang dengan Atuk Man. Mereka banyak bertanya pasal Malaysia. Dan yang selalu mengusik mereka Mat, Mat six footer.


Syukor juga tinggi tapi Mat lagi tinggi dan syukor malu malu tak macam Mat. Dia cukup ramah lebih lebih lagi dengan kaum wanita dan ada juga lah anak dara di kawasan itu yang tergila gila padanya. Kadang kadang Atuk Man risau di buatnya, sebab apa apa terjadi dia orang akan cari Atuk Man.

Memang di kawasan ini orang nya di jadikan Tuhan lawa lawa.

“Lebai, kau lolap jo mato,pilih. Sombilan dari sepuluh perempuan di sini ada lah lawa. Jadi peluang untuk pilih yang lawa tinggi sekali. Itu belum ke Kashmir.” Kata Mat pada Lebai….Mereka semua orang nogori.

“ kalau ekau dapet yang yang tak lawa bermakna memang lah nasib badan.. ..” sampuk Atuk Man

“ Pun tak apo doh, yang ekou kato tak lawa tu bila ekau bawa balik Malaysia orang kampong ekau tercongan congan dan ado yang torlanggar tunggul bila berjalan asyik mongatikan (melihat) bini ekau yo…” sampuk pula Mustapa

“ Nanti orang kampung cakap , cantik bona bini lobai tu...itu kojo dieorang bilo poii kek Indian dulu …bukan main laii , orang Hidustan di bawa balik.!” Tahir pun tak mahu ketinggalan

“ Tebeliak biji mato Rohaya di buetnyo…mulo lah dio bercakap sorang sorang ,menyosa (menyesal) den tak jawab surat Lobai dulu” terkeluar pula komen Syukor ..sambil “eeh eeeh lobai lobai…” sambung Syukor sambil ketawa besar...

Dalam keadaan Lobai kena buli ...Dia hanya senyum melereh. ..tak kata apa apa…

Sekali sekala pergi melawat tempat lain, seperti kilang pembuatan mesin mesin , milling, turbine dan lain lain, di Walchanaaga , dan Turbu syarikat usaha sama India German membuat diffuser satu system baru bagi menambah pengeluaran gula dari hampas tebu.

Memang lah India Negara yang ada teknologi tinggi. Itu tahun 1973...sekarang mungkin sudah lebih advance

Dalam perjalanan, selalu terjumpa jalan melintasi sungai. Bila tak hujan sungai kering ,lalu kereta masuk dalam sungai untuk menyeberang. Bila musim hujan nasib lah. ..tak boleh lalu lah sebab tak ada jambatan…

Biasa naik kereta syarikat, jenis Ambassador…semua engineer di Kilang tu bercita cita memiliki Ambassador (kereta Austin Model lama , Kat Malaysia dah tak ada model itu)

Satu satu destinasi itu jauh perjalanannya kadang kadang tengah malam baru sampai. Kadang kadang sepanjang malam tak kelihatan apa apa, kalau ada bulan cantiklah...dan tiba tiba nampak berkelipan lampu lampu menandakan perkampungan atau Bandar Bandar sudah hampir…


kadang kadang lebih baik tenguk lampu lampu atau scenery malam dari melihat reality siang yang memberi impak yang negative dan mengalirkan mood yang muram kerana melihat keadaan kehidupan the “survival of foetus” rata rata dan melata...

“Aku turun
dari gunung …ku lihat ...manusia hidup melata lata…” Rasanya ini lah nak di teriakkan sekuat kuatnya oleh Atuk Man bila melihat rumah rumah yang tak seperti rumah di pinggir pinggir kota… untuk mencurahkan perasaan simpatinya keatas kesengsaaran hidup mereka.

Tapi waktu itu Atuk Man belum kenal Hakikat, sayang sekali, Atuk Man masih mengembara di negeri asing, Atuk Man belum ketuk pintuNYa… …kalau dia kenal mungkin katanya lain….


”Ku turun dari gunung …hidup lah kamu dalam kemiskinan . kalau kamu muslim sejati dan kamu tahu kamu hampir dengan Tuhan mu…kamu akan tahu sebenarnya kamu..bahawanya kamu kaya…kaya dalam miskin..”

Kemajuan di India satu je yang agak membanggakan -Tenaga letrik. Dimana coroh di India ini di salurkan tenaga letrik.

Ada satu tempat di lawati iatu kilang gula kepunyaan kooperasi. Kooperasi cukup kuat di India. Contoh kilang gula tersebut dimana harga untuk membina sebuah kilang gula yang simple pun mahu 20 juta harganya waktu itu, namum mereka dapat mencari dana . Kooperasi itu ahlinya terdiri dari perkebun perkebun kecil saja.

Memang setiap kali melawat tempat tempat begitu, mereka akan di sambut dengan kalungan bunga..dan ucapan .

Di kilang kooperasi itu mereka di sambut oleh Pegerusi Lembaga Pengarah sendiri agak berumur.juga . Billik kerja nya besar di siapkan katil tidur sekali, sekiranya dia nak “take Nab” sekejab.. dia di anggap sebagai dewa mereka.

Satu lagi perusahaan sampingan memproses gula tebu ialah “wine, wisky, brandy dan jin“ yang diproses melalui molasses iaitu air tebu yang sudah dikeluarkan gulanya. Memang lah minuman macam ini marketnya amat besar di India.

Ada kala pergi kesuatu tempat dengan menaiki kereta api. Kereta api adalah pengangkutan utama …tapi terlalu padat..Untuk merasa selesa ambillah first class dengan tempat tidur.

Kereta api express pun laju sebab mereka guna rail jenis broad gauge, tak macam Malaysia guna small gauge.

Di India Atuk Man rasakan masa berjalan terlalu perlahan. Satu hari rasanya sebulan lamanya…Di bandingkan keadaan “rehat” sakit sekarang, terasa masa berlalu begitu cepat sangat…diam tak diam dah masuk empat bulan. Janji dengan kawan Cina tu lepas tiga bulan akan masuk kerja tapi ini dah melebihi, masih telalu awal pula rasanya nak bertugas balik.

Ini lah manusia bila dah melakukan sesuatu yang menyeronokkan berulang kali dia akan jadi tabiat…contoh .tabiat malas nak kerja…dulu kalau tak kerja gelisah… serupa lak bila start masuk YM atau apa saja dalam internet “jadi savvy” budak budak ini kata, kalau berhenti sekali rasa satu macam…kalau member tu tak hantar email ke atau buka YM dia terasa miss something….

Atuk Man akan berpisah lagi dengan budak budak itu. Cukup tiga bulan Lebai Syukor dan Mustapa akan balik Malaysia rehat….kemudian datang semula..dia bahagian production bahagian Pan boiling…masak gula…Tugas mereka tak di perlukan waktu off season…Lobai boleh jumpa Rohaya…harap harap ..Rohaya menerima Lebai…

Atuk Man fikir, kalau dia bujang macam Lebai baik cari kat sini…anak Despande tu kan ada , Lebai rajin berbual bual…anak General manager tu tak usah lah itu cucu billionaire India…

Tahir dan Mat akan tinggal sama dengan Atuk Man. Kilang stop production, musim tebu sudah habis di harvest...tapi bahagian engineering melakukan kerja baik pulih dan overhaul semua mesin mesin…yang besar besar termasuk turbine dan boilers…di buka dan diganti bahagian yang perlu ….mesti di siapkan dalam masa tiga bulan…

”Terror orang India ini” fikir Atuk Man..” Kat Malaysia nanti boleh ke di lakukan macam ini?”

Selepas ini akan datang lagi operator mesin mesin dari Malaysia…semuanya hampir 20 orang Pelatih yang di hantar kat Shakarwadi. Bila telah balik Malaysia mereka jadi nadi pada kilang industry tersebut dan mereka sungguh bersatu hati, orang lain tak boleh nak penetrate . Hanya Atuk Man yang mereka benar benar respect dan dengar.

Ada satu peristiwa di mana mereka memprotes kepada majikan tentang sesuatu berkaitan kebajikan mereka, mereka mogok…Masa itu Arwah Tun Abd Razak nak datang melawat kilang itu.

Pihak pengurusan tidak boleh buat apa apa…akhirnya mereka pinta jasa baik Atuk Man untuk masuk campur…mula mula Atuk Man memujuk, mereka tetap berdegil dan tak berganjak…dan mereka tak mahu Atuk Man terlibat dalam hal ini. Lalu Atuk Man meneruskan memujuk:

“ satu perkara saya hendak kan kamu fikirkan. Pihak majikan memohon kepada saya menyelesaikan isu ini, hari ini saya merayu kepada kamu. ..kamu kenal saya… saya rasa amat malu sekali kepada mereka sekiranya kamu tak mahu mendengar nasihat saya…

sekurang kurangnya kamu bagi kilang ini berjalan supaya lawatan PM berjalan lancar..lepas itu kita boleh bincang masalah kamu dan saya bagi jaminan kepada kamu . bahagian personnel ada bersama kita hari ini..sebenarnya kamu sudah menang. Sekarang masalah kamu sudah dapat perhatian..”

Keadaan tegang sungguh Atuk Man sudah dapat agak siapa kepalanya dan ..mereka masih berdegil..

Ditakdir Tuhan, Atuk Man dapat satu akal .


“ kalau kamu tak mahu mendengar nasihat saya tak tahu lah saya nak cakap apa lagi...saya sungguh kecewa...saya sangka selama saya bersama kamu semasa kat India lagi kamu semuanya sayangkan saya…tapi baru saya tahu yang sebenarnya….kalau kamu teruskan juga tanda kamu semuanya memang tak sayang saya ..tak apa lah…”

Atuk Man tiba tiba jadi hiba dan menangis teresak resak amat sedih sangat… Atuk Man dah tak boleh berkata kata lagi…budak budak tu melihat keadaan yang sayu itu mereka pun sama menangis dan terus memeluk Atuk Man tanda sayang…


Maka reda lah keadaan… berakhir lah satu drama tengang…Mereka serentak berikrar akan masuk kerja.

Atuk Man telah melegakan satu ketegangan dengan dengan menunjukkan sifat kasih sayang, dan Personnel Officer salute pada Atuk Man atas kejayaan itu…Dan Atuk Man sendiri terkejuk dengan kelebihan yang Tuhan anugerah kat dia.

Dengan balik mereka semua kat Malaysia selesai lah satu missi perjuangan di negeri orang. Atuk Man cuma miss satu perkara iaitu tak dapat bermesra sangat dengan dua jurutera dari Mesir yang datang kat kilang shakarwadi itu dengan tujuan yang sama. Mereka berjanji untuk mengajar budak Malaysia membetulkan sebutan bacaan AlQuran macam stail Mesir. Masalahnya mereka sibuk dengan program mereka... tak ada juga kesempatan.

Kenangan manis dan perkara yang mengelikan hati jadi sebutan dan ulang tayang. Cerita yang menarik hati ialah seorang pelatih semasa naik kapal terbang kali pertama dalam hidupnya. ..bila semua penumpang sudah duduk maka biasa lah paramugari memberi towel basah..

Zaman dulu masa tahun berkaitan tahun 1973, MAS menyedia towel itu dalam piring...di gulungnya towel itu nampak putih ,macam sejenis kueh popia putih dan paramugari meletakkan “popia” di meja lipat itu...maka pelatih tersebut terus siap sedia untuk makan popia… hanya nak tunggu garfu saja…

Nasib baiklah orang disebelah nya mendahulukannya dengan membuka popia itu dan lap mukanya...baru pelatih itu sedar itu bukan popia tetapi towel lap muka dan tangan!
.
“Ling, ini ada charr kueh tiau. Untuk you.” Panggil Wan Je baru balik dari pasar malam membeli saki baki persiapan untuk catering kat HUKM besuk seperti dipesan oleh Angah bersama rakan rakan nya yang sudah jadi pakar bius. Pagi tadi Angah ke putrajaya untuk menentukan posting nya.


Atuk Man rasa lega sikit kes catering besuk pagi akan di kendalikan oleh anak jantannya bersama seorang kawannya.

Menu untuk esuk Nasi brayani, rendang hitam Dong, ayam goreng berempah, Dalca ( Vegetarian), jelatah timur & nenas, buah dan air orange. Menu yang di sukai oleh kawan kawan Atuk Man...

Dan tadi sepupunya Samah, telah datang untuk ambil rendang yang telah difrozenkan untuk di bawa ke UK hari sabtu ini. Atuk Man dah pesan pada Samah supaya masukkan balik dalam freezer. Dah tak jadi masalah untuk hantar oversea, Tok Him sendiri dah hantar kat anaknya di Holland .

Hari ini Along ada hantar SMS, oder home made chocolate dia dah bertambah…kalau tahu anaknya minat pada chocolate baiklah Atuk Man berkecipung terus dalam industry itu dulu…

Atuk Man tak dapat berita dari dia tentang perkembangan DRAMA schoolnya untuk kanak kanak … “on” atau “tak on” Atuk Man tak tahu…feed back dari ibu bapa yang telah menghantar anak mereka begitu memberangsangkan. Nampak perubahan personality yang ketara pada kanak kanak itu, boleh bercakap dengan confident…

“Atuk Nana nak mandi” tiba tiba cucunya datang kepada dia diteman adiknya zulaika…

“Ok buka baju cepat” arah Atuk Man pada Nana…

“Atuk ..pasal kakak kulit dia putih sangat, kenapa ika tak putih” tiba tiba tanya zulaika yang baru masuk empat tahun. Kakaknya sudah enam tahun.

“ Zulaika ikut Atuk , Nana ikut Wan dan Papa...” pertanyaan itu sungguh pelik datangnya dari budak umur empat tahun. Dia sudah dapat beza orang melalui warna kulit… masalah physiology juga …abang dia putih kakak dia putih dia gelap sikit macam atuknya.

Memang biasalah ..bila ada keadaan darah campur akan terjadi macam ini. Ada cucu kepada Abang Wan Je, dimana menantunya ada darah belanda dan India, cucunya dua orang bermata biru rambut perang dan seorang lagi gelap.


Masalah juga …ada orang tak percaya itu anak dia pasal rambut perang mata biru kulit macam mak salleh..siapa percaya…itu lah kuasa Allah yang Maha Agung, dia yang berkendak maka kehendak dia lah semuanya…tiada lah kehendak kita adanya….

Wasallam

1 comment:

love is forever said...

pelakun airmatalah atuk nie...cayalah atuk. missing something ya....
diaorang dah gelap..pakai lak baju gelap nampak ape jek..panas lak tu...gigi jelah nampaknya...mmmm
oh kekasih gelapku...