Tuesday, May 20, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 17)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man arsalahubilhudaa wadiini haq


PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 17)

“ Saya percaya , semuanya berada di sini hari ini setuju bahawa kesemua kejadian di alam semesta ini, yang nampak atau yang tak nampak oleh mata kita, yang ada di hadapan kita , di belakang, dikiri, di kanan, dibawah dan diatas kita, termasuk diri kita,adalah ciptaan Allah Taala…setuju?” Atuk Man memulakan mukadimahnya pada satu kursus untuk sebuah pertubuhan siasah “ Parti Siasah Pancar Sitara-bermottokan Kesejeteraan Alam Semesta” ringkasnya “PSPS” yang baru di tubuhkan .

“ Setuju !” jawab yang hadhir dalam majlis itu.

Kursus itu di adakan di sebuah bangaloo seorang rakan Atuk Man di Cameron Highland sekitar tahun 1990. Program untuk 20 orang ahli untuk memantapkan pegangan mereka. Semuanya duduk bersila dalam satu bulatan, menghadap Atuk Man di satu sudut.

“ Kita sedar, semua ciptaan dan kejadian yang di wujud oleh Allah Taala semuanya menakjubkan, termasuk diri kita, juga mujizat mujizat yang di bagi kepada Nabi nabi kita. Contohnya diri kita sendiri ,di jadikan dari apa.?” Berhenti seketika tapi tak bagi ruang dia orang mencelah, belum masa lagi, dia meneruskan idea yang mengalir spontan…

“ Kita di jadikan dari mani babak kita dan bercantum dengan telur ibu kita dalam rahim ibu kita…kita di besarkan dalam rahim ibu di beri rezeki dari zat zat yang ada di dalam tubuh ibu kita…kita di lahirkan di dunia setelah di tiupkan Ruh oleh Allah…di lahirkan melalui satu ruang yang sempit…dan tidak kah ia menjijikan?... kita di lahirkan dalam keadaan hina dina dan hanyir” Atuk Man memerhatikan reaksi perserta …sama ada mereka mengikuti dan memahami aliran pemikiran Atuk Man…

“bila di lahir saja kita di sambut gembira oleh ibu bapa dan “keluarga baru kita”….we are welcomed …dan mereka memerhatikan wajah kita..seronok mereka …tak pernah tergambar selama ini oleh mereka akan wajah kita…tak terlintas…dalam masa ibu papa kita bermadu asmara berhajat hendakkan kita mereka tak terbayang pun wajah kita…bermula dengan hina dina dan hanyir tiba tiba jadi mulia di dukung di manja…pada hal kalau di kira setitik mani jatuh ke nasi kita adake kelian tergamak nak makan nasi itu..punya geli..ada orang nak makan?

“Tidak!” serentah mereka semua menjawab.

“kenapa perlu Allah mencipta makluknya sebegitu…kenapa di jadikan dalam bentuk mani dan telur dan untuk percantuman ini di selimuti dengan perasaan cinta Shah Jihan dan di gelumangi dengan hawa nafsu asmaradana yang maha hebat yang puncaknya bagaikan runtuh dunia? Kenapa tak di buat kita ini seperti dia mencipta Hawa dari Adam atau macam dia jadikan Adam? Bukan ke senang begitu…? Soalan soalan begini kamu jawab lah sendiri”

“ Salah satu soalan yang saya nak tanya, ini soalan sampingan sebenarnya, kerana tujuan saya akan menyempang kelain sikit, ialah, kita tadi dari yang benda yang hanyir, pulak hina dina kenapa kita tiba tiba di muliakan?…saya percaya ada di antara kita yang lebih tahu dari saya dalam kumpulan ini.”

“Ruh kita” jawab seorang pakcik…Atuk Man percaya orang ini sudah banyak mengetahui…tak apa fikir Atuk Man, dia boleh membantu nanti.

“Ya, peniupan Ruh itu lah yang buat manusia mulia…kerangka yang ini..(Atuk Man menunjukkan seluruh tubuhnya)…asalnya hina dina..tapi yang ada di dalam ini lah yang mulia..”

“Allahu Akbar!” tiba tiba jerit seorang pemuda linkungan umur 38 tahun…nampak satu sinar di mukanya…zouq memasuki hatinya…ini satu lagi benda positive bagi Atuk Man…

“ Ruh itu lah yang memuliakan kita.. .kalau kita faham…
Dan siapa Ruh itu?. Itu saya tak nak jawab sekarang, tapi selepas ini siapa yang minat boleh lah tanya pak cit itu hah!!” Atuk Man tunjuk kepada Pak cik yang menjawab Ruh tadi, sambil tersenyum.

“ berbalik kepada perkara yang luar biasa yang Tuhan jadikan…selain dari apa yang saya nyatakan tadi, ada lagi dan saya percaya tak banyak orang mengetahui….Tuhan menyembunyikan dirinya…Dialah ang paling Seni dalam semesta Allam ini. Dan semua makluk termasuk manusia revolve di atas Keseniannya.Untuk memahami nya saya petik kata kata Hikam:

Bukti kuasa Allah yang luar biasa

Kata kata mutiara Al-hikam (berkaitan bukti kekuasan Allah) : Diantara bukti-bukti yang menunjukan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadaNya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (yakni: Bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.Bayangan tergantung

Sepakat para arifin bahawa segala sesuatau selain Allah tidak ada, ertinya:tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya. Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayangainya, di sini terhijabnya.

Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.

“ Mari kita cuba faham apa yang di masudkan dengan hijab. Hijab ibarat satu tabir yang menhadang kita dari melihatnya. Bila terangkat hijab ini tampak terus arashi…tampak Allah.

Hikam kata sebenarnya hijab ialah benda benda ciptaan Allah yang asalnya tak Wujud… benda benda ini lah sebenarnya ibarat bayangan…siapa yang hanya tertumpu pandangan nya kepada bayang sahaja dan tidak kepada yang membayangi, itu lah hijab…

kalau kita sedar sesedarnya benda benda ini pada hakikatnya tak wujud ia itu Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah, maka dapat lah kita tembusi hijap ini….dan dalam banyak benda yang menghijap kita ialah diri kita sendiri….aku …

Terlalu kuat pandangan kita kepada aku..lalu kita terhijap …sebab itu di katakan Suhuu wahdah bil kasrah, suhuu kasrah bil wahdah pandang yang banyak nampak yang satu…pandang yang satu nampak yang banyak…

Kita lihat Alam, kita renung kita nampak Penciptanya…dan kalau tenguk Penciptanya kita nampak kejadiannya….Kita jadikan alam ini seperti cermin kita…untuk melihat Pencipta Allam ini. Itu saja dapat saya bagi sikit petang ini ..dan sekejap lagi kita akan berehat minum tea tarik ..program selanjutnya saya akan serahkan kepada sdr Mustapa… wabillahi taufik walhidayah … Assalamualaikum waramatulliwabarakatu…:” Atuk Man mengakhir ucapannya.

Pada petang semalamnya , segelintir perserta yang datang ada yang membantah kenapa mereka di heret ke kursus ini wal hal mereka di beri tahu oleh orang yang menguruskan perjalanan mereka bahawa mereka sebenarnya nak Kelantan.

Pengajur Kursus Sdr Mustapa minta AtukMan bercakap kepada semua perserta.

“Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahum shalli ‘alaa man ru’hu mighrabul arwah walmalaikatiwalkau’un. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu anbiyaaai walmuslaliin. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu ahli jaannah ibadillahil mukminiin.

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatu…

Tuan tuan sekelian…terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya…” Atuk Man memperkenalkan diri nya kepada peserta peserta…

“ tuan tuan sekelian….ada di antara tuan tuan tak puas hati lalu bertanya kenapa tibatiba tuan tuan berada di sini…pada hal tujuan tuan tuan nak ke lain tempat …Sebenarnya saya pun begitu… tak terlintas langsung nak kesini, tak ada dalam pelan saya…begitu juga tuan tuan …


sebenarnya dari apa yang saya faham, ini lah di katakan semuanya dah termaktub dalam Lauhul Mafhus…

semuanya telah di takdir Tuhan kita berada di sini pada saat dan ketikanya..kita berkumpul disini tanpa perancangan kita semua…

Apa, kita nak salah kan Tuhan kenapa di letakkan kita kat sini?

Tuhan telah menetapkan bahawa nya pada hari tarikh ini jam sekian …nama nama ini akan berkumpul di sini untuk membincangkan dan muhasabah diri…dan lain lain…

Ada orang tadi dah nak bersiap datang ke sini tapi tak jadi ..kenapa? kerana Tuhan tidak tulis namanya di Lauhul Mahfus bahawa mereka tak ke sini…

Malah apa yang saya nak cakap ini pun sudah termaktub adanya…Semuanya ini ada rahmatnya dan ini lah di katakan sunahtullah…”

“ Allahu Akbar!” Seru seorang hamba

“Allahu Akbar!” di sambut oleh orang lain serentah…bergema di udara…


Atuk Man menghabiskan ucapannya.

Dulu sebelum main golf, Atuk Man, pergi memancing. Memancing memang di sukai zaman kanak kanak dulu di kampung nya. Namun waktu itu memancing kerana ke inginan memakan ikan sungai atau sawah.

Pada peringkat awal pemindahan Atuk Man ke tempat baru ini sepuluh tahun lepas Atuk Man banyak berkawan dengan orang orang di sini yang di kenalkan oleh Yub, pemandunya.Sejak Atuk Man beralih kerja dengan kawanya yang membuat kilang hawa dingin, sehingga dia bersara wajib, Atuk Man di beri sabuah kereta dan seorang pemandu yang Atuk Man pilih dari kawasan di sini.

Kebanyakan mereka yang di perkenalkan gila memancing. Atuk Man pun terjebak…Maka Atuk Man beli lah pancing…dua tiga jenis..siap semuanya …mahal mahal..

Memancing ikut program kawan …yang selalu dengan Atuk Man ialah Abang Atan…Ada masa memancing di kolam air tawar atau air masin, kadang kadang Sungai Batang Berjuntai…Kadang kadang Atuk Man ada juga ingat nak pergi jauh ...Rompin ke..tetapi tak berkesempatan . Hanya ke Linggi dan daerah Banting yang Atuk Man sempat pergi…

Selalu umpan bila memancing di air tawar ialah jenis tepung di gintil bulat bulat…di air masin anak ikan atau ikan ikan mati atau hidup.

Namun, Atuk Man masa memancing itu hatinya selalu tak lupa zikir…Itu lah masa dia zuhud pada Tuhan dan orang pun tak sedar. Pada satu hari sedang memancing pakai upan anak ikan hidup…untuk pancing ikan siakap …Atuk Man terbayang …


Katakan negeri ini di takluki Gergasi yang besar…manusia jadi mangsanya…bila mana Gergasi nak merasa makan binatang lain seperti singa atau harimau, lalu di tangkapnya manusia atau anak manusia hidup hidup lalu di buat umpan macam mana kita buat kepada anak anak ikan tadi…lalu harimau ,menangkap kepala kita putus… tinggal badan terpancut darah tergantung gantung di tali pancing…

Dengan gambaran itu Atuk Man tidak lagi menggunakan ikan hidup sebagai umpan…

Lama kelamaan Atuk Man tenguk ikan yang di tangkapnya, Wan Je tak masak pun, malah bagi kat orang aje…terlintas di fikiran apa tujuan memancing…

Pendik kata Atuk Man benar benar memikirkan nya sehingga atas apa yang di katakan hobi…

Atuk Man dapati orang seronok memancing kerana bila ikan makan umpan lalu ikan mengelupur nak lepas diri…ikan menghadapi kesiksaan…dia dapat sakit…tapi manusia dapat syok…jadi kita jadi saddist… kita jadi penyeksa..melainkan manusia macam Pok Leh atau Pok Wei yang memancing kerana mencari rezeki…itu boleh, sebab ada keperluan… itu lain.

Memancing sebagai hobi semata mata…itu maknanya kita dapatkan keseronokkan atas kesiksaan makluk lain.

Ini saddist

Tanpa fikir panjang terus Atuk Man berhenti pergi memancing.

Dua perlajaran yang Atuk Man dapati dalam hidup dalam mencari kesoronokan iatu memancing dan golf.. kedua dua telah di tinggalkan.

“ Buat apa” Tanya Wan Je kepada Atuk Man

“ Tak buat apa …buat nota sikit.” Jawab Atuk Man.

Wan Je keluar balik dari bilik.


Dia baru balik hantar Amin, cucunya kesekolah lepas tu menghantar Maksu jumpa kawannya Aina kat KLCC.

Dia pergi dengan komuter. Lama dia tak pergi jumpa Aina ,bapaknya Atuk Man kenal.Aina lain kolej ambil fashen designer .Dulu satu class dengan Maksu. Dia di antara kawan yang tak ke oversea. Lain lain semua dah cabut dan ada yang dah graduate dan balik ada yang tak balik kerja di oversea.

Aina ada buat blog sendiri (klik sini)

Wan Je baring tenguk cerita indo sama pembantu rumah. Sekejap lagi akan ke Kampung Subang ambil daging untuk buat rendang .

“Loving couple?” oh susah nak jawab… ya dan tidak…Ya tapi tidak lah macam belakas…berkepit je…Ling ..ling…tetap juga ling ling…macam burung dengan anaknya…anaknya dalam sarang …ibu sekejap datang tenguk lepas itu terbang …sekejap lagi datang balik…serupa lah Atuk Man duduk dalam bilik…buat kerja sikit…Wan Je datang tenguk sekejap…cakap sepatah dua …keluar balik..buat apa yang patut….lepas tu dalam sejam dua datang balik ..jenguh…report yang patut sepatah dua…pergi balik…

Tahun 1973, keadaan agak payah sikit masa baru kahwin, bagi kedua dua loving couple kerana Atuk Man kena pergi India berkursus.…selama 10 bulan lamanya...program asal setahun tapi dapat dipendekkan ke sepuluh bulan…Susah kerana terpaksa berjauhan dan pasal kerinduan tetapi sebagai manusia yang berhasrat hendak memajukan diri demi masa depan terpaksa mengharungi dan perlu pengorbanan. Bukan macam zaman ini ada cyber space ada internet ada mobile….masa tu surat saja lah..

Pada bulan Oct 1973, Bertolak ke India. Atuk Man datang terlewat sikit dari 3 pegawai pertanian yang ditelah kesana terlebih dahulu dan jurutera hanya Atuk Man seorang saja yang di hantar. Mereka bertiga sudah enam bulan berada di situ dan memang sudah tiada semangat untuk tinggal lebih lama. Mereka akan balik dalam masa seminggu dua minggu lagi. Masalah juga bagi Atuk Man kerana akan tinggal seorang. Namun pihak syarikat ada memaklumkan akan hantar 5 orang lagi technician ke situ dalam masa terdekat.

Mereka bertiga yang sudah banyak pengelaman dan telah memberi nasihat. No. satu tiap tiap hari tulis surat supaya orang tersayang di Malaysia dalam masa sebulan dari tarikh surat pertama akan menerima surat dari India tiap tiap hari. Kedua duit allowance dalam rupee yang tak boleh di tukar dalam ringgit hendaklah di belanjakan beli barang barang dan postkan ke Malaysia. Mereka banyak menghatar bedspreads dari Hyderabat.

Masa sampai dengan MAS turun di Bombay (Mumbai) dan dengan berkereta ke Poona. Poona Bandar kedua terbesar,selepas Bombay, di Maharastra. Sampai Bombay waktu malam , cantik lah nampak pemandangan dari langit…macam melaikat memandang manusia.. .penuh dengan lampu lampu…bila siang kurang lah cantiknya…Sampai di Airport di sambut oleh seorang pegawai Syarikat yang bertugas di Bombay, siap dengan kalungan bunga. Malam pertama sampai tidur di hotel di Bombay...5 star .Keesukannya baru bertolak ke Poona dan ke Shakarwardi Skakarkakana…shakar –gula, kakana –kilang , wardi –kampung.

Sampai ke Shakarwardi dah malam , terus ke bangloo yang sudah di sediakan…sampai saja Atuk Man di sambut riang oleh mereka yang sedia ada, Maslan, Arifin, dan Rajendra…

Maklumlah tak jumpa member Malaysia dah enam bulan ..apa lagi…apa yang Atuk Man dapat bawa dari Malaysia Atuk Man keluarkan …suka hati betul dia orang makan…Atuk Man di perkenalkan kepada “pembantu’ untuk budak Malaysia namanya “Mohan” . Dialah jadi orang penting menjaga budak Malaysia…apahal dia lah ketengah…

Besukan harinya Atuk Man di bawa ke pejabat General Manager dimana majlis kecil menyambut kedatangan Atuk Man di buat untuk diperkenalkan kepada semua pegawai dan technical staff di kilang itu,termasuk chief chemist Mr kurkani dan Chief Engineer, Mr Joshi…Biasalah mereka mengalungkan bunga pada leher Atuk Man… Ingat Atuk Man masa itu masih muda belia untuk mendapatkan penghormatan sebegitu.

Mr Joshi yang style pakaian macam orang putih ,mata dia pun biru, pakai seluar pendik,dengan sarung kaki yang panjang, serta topi keras bulan colonial style. Mr Joshi lah orang yang bertanggung jawab mendidik Atuk Man dari segi pengelaman kejuruteraan mekanikal . Di kilang gula ini yang memang besar siaznya menggunakan segala jenis mesin dan jentera.

Masa pegawai pertanian berada di situ makan di masak oleh Jagu…tapi style dialah…capati dalca..dan kari ayam…Maslan jadi kurus dia dah jemu makan benda yang sama…

Pegawai yang bertangung jawab atas walfare ialah Mr Karkare.
Masalahnya di kawasan ini adalah vegetarian dan tak makan benda berdarah….

Persedian makanan baik di kedai atau hotel dilebel non –veg atau veg.

Pergawai pertanian sudah melawati hampir seluruh India, termasuk New Delhi.

Waktu Atuk Man sampai musim sejuk nak bermula…Atuk Man sempat merasa semua musim sejak berada di sana.

Jadi student di India mungkin berbeza, kerana mereka banyak tertumpu di Bandar,
Training macam Atuk Man tak sama kerana duduk di pendalaman

Bila mereka pegawai pertanian balik Atuk Man tinggal seorang.
Tapi tak lama kemudian datang Mat, Tahir, Mustapa, Shaari( Lebai), Syukor .

Mereka di tempat di rumah yang lain…Atuk Man terpaksa bertengkar supaya di letakkan di tempat yang sama, tempat bangloo Atuk Man duduk. Tapi sebab class system kuat dia sana , permintaan Atuk Man tak dapat di layan , jadi Atuk Man buat keputusan Atuk Man pindah ke rumah mereka.

Dan setelah berbicang dengan mereka semua akhir bersetuju untuk masak sendiri. Peruntukan di minta terus…mereka sendiri pergi pasar yang di adakan tiap tiap minggu…sekurang kurangnya ada activity waktu mingguan.
Lebai (Shaari) di bagi tugas oleh Atuk Man untuk mengendalikan akaun tersebut dan weekly shopping.

Kilang berjalan 24 jam masing masing kena bertugas ikut shif walau bagaimana pun dapat di atur jadual memasak..satu team dua orang memasak…mula rancak tetapi lama lama masing masing liat nak masak dan yang pandai masak Mat dan Lebai.

Di antara semuanya, Lebai memang Alim, budak baik bercakap sofan santun…
Pengibur ialah Tahir…cartoonnya real..memang dia artist yang bagus.

Mereka semuanya baru habis SPM, masih muda.

Sejak sampai Atuk Man mula tulis surat hari hari ke Wan Je…jadi macam diary…dan hari hari lah Wan Je dapat surat dari Atuk Man…Waktu Along sudah berumur setahun…Dan Atuk Man juga menerima berita dari Malaysia dari Wan Je bagai mana Wan Je kerinduan dan bagai mana Along makin cerdik…termasuk lah berita P. Ramlee dan Tun Ismail meninggal dunia…

Pengajaran yang paling utama yang Atuk Man perolehi, selain dari ilmu teknikal, ialah manusia. Kemanusian.Kesesakan. Kesusahan Kesangsaraan.

Yang Kaya…kaya betul…miskin…merata rata …sistem middle class tak ada.

Siapa yang ada modal buat apa saja perusahaan mesti maju, barang geranti habis.Kalau ada kilang buat jeruk limau, di Shakarwardi saja pengeluarannya tak cukup.

Ini semuanya masih hidup dalam jiwa Atuk man hingga kini. Turun saja dari kereta atau bas beratur manusia , kanak kanak, orang dewasa ,orang tua, meminta sedekah…satu dua boleh bagi…lepas tu…mereka orang Malaysia tak lagi peduli…satu yang di bagi 20 puluh pula yang mengerumuni…

Belajar pasal kehidupan…itu ilmu utama yang Atuk Man dan rakan rakan Atuk Man dapat semasa di India.

Kilang gula di Shakarwardi ini adalah jenis intergrated system, ladang tebu, kereta api untuk angkut tebu dari ladang ke kilang, system persediaan tebu sebelum di kilangkan, system co generation, iaitu, pengeluaran tenaga letrik sendiri dari hapas tebu, system air untuk kegunaan seluruh colony…semuanya sendiri…di bawah satu syarikat…Apte Family, jutaan terkenal di Bombay, juga seorang
pemain criket, terkenal dalam tahun 60an.

Ini lah pusat ekonomi di kawasan ini, maka tertumpulah manusia di keliling kawasan ini. Hiduplah manusia dengan perbagai activity yang ada kait mengait dengan industry gula, termasuk pengusaha ladang tebu persendirian dengan tuan tuan punya tanah yang kaya. Tuan dan hamba….begitulah Tuhan mengatur kehidupan dan rezeki untuk manusia dari ciptaannya "pokok tebu" yang menghasilkan gula…mana ada gula di situ ada semut…dimana ada kilang gula di situ ada manusia.
(Kisah Atuk Man Kat India …bersambung….)
Wasallam

1 comment:

Anonymous said...

salam,
baru smpi sini.