Thursday, March 20, 2008

TENGKU RAZALEIGH TOKOK NEGARA YANG DI LUPAI?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamuakaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Kata kata mutiara Al-hikam: Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (KU LI) TOKOK NEGARA YANG DI LUPAI?

Saya pernah menceritakan kepada anak anak saya akan jasa jasa KU LI kepada Negara.

Pada tahun lepas anak bungsu saya telah memberi tahu saya bahawa dalam satu diskusi berkaitan politik tanah air di klass dia ,di cuba ketengahkan ketokohan Tengku Razaleigh dalam discusi tersebut. Rakan rakan di kolej dia macam terkejut kerana tak pernah dengar nama Tengku Razaleigh ,Malah rakan rakan dia bertanya balik siapa Tengku Razaleigh ?

Umur anak bungsu saya tu ialah baru 20 tahun pada tahun lepas.

Saya ada 5 orang anak, yang sulung berumur 34 tahun, kedua 31 tahun, ketiga 30 tahun ke empat 24 tahun dan kelima 20 tahun. Dari satu ibu

Kalangan rakan rakan anak anak saya yang berumur antara 30 ke 35 tahun kenal Tengku Razalegh(TR) pada nama dan orangnya, tapi tak tahu apa contribution TR kepada Negara.

Saya percaya rata rata kalau kita tanya anak anak muda sekarang ini mereka tidak mengenali KULI apatah lagi untuk mengetahui jasa jasa Tengku.

Malah saya percaya di kalangan exco pemuda UMNO sendiri mungkin ada yang kenal dan mungkin ada yang agak samar samar kalau kita tanya mereka…

Munkin semua tahu bangunan PWTC dimana Ibu Pejabat UMNO terletak..dan semua tahu PWTC itu hak milik UMNO. Tapi berapa orang yang tahu bagai mana Bangunan PWTC di dirikan dan di atas tanah siapa Bangunan itu di dirikan?

Pernah kah mereka di beritahu bagaimana UMNO bolih berdiri di atas kaki sendiri dari segi kewangan di Zaman Tun Abd Razak (sebelum tu UMNO banyak bergantung pada belas ehsan pihak lain) dan siapa yang menubuhkan Fleet group syarikat milik ahli UMNO ? Siapa yang mengeluarkan modal dan berapa banyak modal tersebut untuk mulakan perniagaan ?(Fleet group begitu kokoh pada satu masa dulu dan dari situ sumber kewangan UMNO di perolihi )

(Fleet group hancur selepas bertukar tangan ,Nak tahu kesah Fleet Group bacalah buku yang di karang oleh Puan Marina Yusuf satu masa dulu..)

Tahu ke anak anak muda ini siapa kah pengasas dan CEO pertama PETRONAS?

Tahukah mereka siapa yang menubuhkan PNB dan Amanah Saham National dan atas idea siapa?

Siapa yang bertungkus lumus membentuk Pernas dan Pernas Edar dan rangkaian bisnes nya? (Pernas Edar yang membantu perniaga dan kontraktor bumiputra, sekarang dah hancur dah..)

Siapa yang terlibat melulus dan menubuhkan Bank Simpanan National (mulanya hanya simpanan di Pejabat Pos)?

Saya percaya anak anak muda dan mungkin juga exco pemuda tak tahu perkara ini .

Kalau ada exco pemuda tak mengetahuinya dan ingin mengetahui nya saya cadangkan mereka pergi ke pejabat Tengku di Langgak Golf bertanya khabar jumpalah dengan fikiran terbuka..tiada salah dan tak ada apa nak di takutkan .

Telipon setiausaha Beliau untuk temujanji. Inshaallah dapat jumpa

Sudah lama saya mengadu pada rakan rakan bahawa budaya politik yang ujud di Negara kita ni ialah jenis tak mahu nama tokoh tertentu di kenang rakyat akan jasa jasanya.

Macam ada tangan yang bermain wayang kulit supaya rakyat mula lupa dan tidak tercatit dalam sejarah akhirnya.

Terang terang bila PNB menyambut ulang tahun (tak salah 20 tahun) penubuhannya. .Iklan iklan nya, rencana khas serta ulasan ulasan dalam media cetak tidak langsung menyebut nama Tengku sebagai orang yang terlibat dalam penubuhannya (Hairan nama lain lain tokok ada ).Apa tujuan mereka?

Rasanya banyak tak tahu bahawa Tengku pernah menjadi Ketua Bank Bumi dan Chairman Bank Pembangunan Dunia ( Pemilihan di buat melalui undi dan Beliau menang dalam undian tersebut).

Mungkin anak muda kini tak tahu Tengku pernah memegang Menteri Kewangan di mana waktu itu ringgit Malaysia sama kuat dengan Singapore..?

Memang lah bila di ajukan kepada Tengku pasal orang mula lupa akan jasanya, beliau tak ambil kesah atas ini .Kerana beliau iklas dan semuanya dilakukan atas nama bangsa dan ugama!

Saya amat yakin pada KuLi dan masih percaya khidmatnya akan diperlukan juga ahkirnya nanti..

Kita di ambang kejatuhan kerana gelagat pemimpin yang tamak. Kalau 30 tahun dulu ada juga yang tamak tapi cuma target dapat mengumpulkan harta sejuta dah cukup dan bolih bergaya..

Sekarang ni target mereka satu billion! Dia orang nak pastikan cicit atau 5 gerasi lagi bolih makan tak habis tak payah kerja..dan kalau apa apa terjadi dia orang dah ready untuk berhijrah ke negara luar. Itu matalamat politik dia orang.

Pada pandangan saya, Tengku nak jadi pemimpin bukan untuk mengejar kekayaan peribadi macam pemimpin lain.

Kekayaan bukan lagi satu idaman pada Tengku .Beliau sudah lama sampai kesitu.. Bagi beliau, dapat berjasa kepada nusa dan bangsa dan kalau di izin tuhan untuk membuat sesuatu lonjakan yang spectacular untuk jangka masa yang lama effectnya pada bangsanya .

Kalau dapat di lakukan ini, satu kepuasan yang tak terhingga bagi beliau. Itu saja …

Percayalah ..Tanyalah keluarga terdekat Tengku kalau mereka dapat sesuatu habuan dari kerajaan; tender ke AP ke, projek ke semasa Tengku dalam kerajaan dulu.

Orang awam , orang politik atau ahli UMNO itu lainlah Siapa yang memohon mengikut procedure, Tengku luluskan dan bagi pun cara adil....

Di mana silapnya Tengku sehingga orang banyak melupai jasanya...

Sebenarnya pertandingan merebut jawatan Timbalan President kali pertama di mana President parti menyebelahi Lawan Tengku, menjadi punca utama. . Kempen itu amat kotor dan pencemaran keatas Tengku di laku berluasa.

Saya telah di beritahu olih seorang bekas pekerja saya dua tiga tahun yang lepas, iaitu pada ketika masa kempen itu , dia dan rakan dia di bekalkan satu buku mengambarkan Tengku orang yang paling boros dimana dirumahnya makan dengan sudu emas ,semua emas, tap air pun emas…dan orang kampong dia termakan akan cerita ini, termasuk diri dia..

Cerita di jaja bahawa amat bahaya sekiranya Tengku menang jadi TPM dan sudah tentu orang cina bertambah kaya lagi, sebab Tengku berkawan banyak dengan Cina…Ini lah ceritanya .Mereka mengunakan jentera kerajaan seperti kemas dan pegawai khas Jabatan Penerangan untuk menyampaikan mesej ini

( Tengku memang tak menang…tapi sekarang banyak cina yang kaya raya .Lihat ,seluruh bangunan mencakar lagi ,shop shop lots yang ada di Kuala Lumpur ini Melayu ke punya? Nak salah kan Tengku juga kalau Melayu tidak memiliki bangunan itu?Tengku dah tak bersama kerajaan sejak tahun1988 lagi)

Perkerja saya yang saya sebut tadi kebetulan berapa kali mengikut saya ke Pejabat Tengku., Saya kesana cuma untuk tanya khabar (ini dah hamper 3 tahun saya tak jumpa TR).

Dia terpengun bila melihat banyak nya orang orang kenamaam dari luar Negara bagi kunjungan hormat pada Tengku walhal Tengku tidak dalam kerajaan..dia bertanya kenapa begitu sekali orang hormat pada Tengku ?

Satu hari saya bawa perkerja saya tadi dan rakan dari kampungnya berjumpa Tengku sendiri saya bagi peluang untuk mereka buat penilaian sendiri.. Dia amat menyesal tak sokong Tengku dulu..

Ingat tak pilihan raya sembilan puluhan dimana kali pertama S46 bertanding?

Tongkolok Kadazan Dusun konon ada lambang salib dan Tengku Pakai kerana menghormati kurniaan Orang Dusun. Perkara ini di “mainkan” olih BN melaui media dia .Hingga sanggup orang melayu memaki hamun Tengku dan bermacam tomahan..dan ahkirnya orang Melayu tak bagi undi kepada S46 dan perpaduan Ummah tapi undi orang cina tetap ada swing ke DAP ,..

Saya sendiri di herdik olih Ketua Cawangan UMNO tempat saya di Melaka
“Tenguk ni..Apa ni Tengku Dah masuk kristian.?.” di tunjukan kepada saya poster Tengku memakai Tongkolok. (sebenarnya saya dah tenguk dan yang Tun M pakai pun saya dah tenguk)

Yang peliknya Tun M pernah memakai nya dulu.. Gambar Tun sedang menari tarian Dusun. tak apa pulak .Kemudian PBS masuk BN balik ..tak apa pulak..Hairan

Bagi saya perjuangan s46 amat mulia kerana kita iklas untuk hidupkan UMNO lama, sebab Umno lama tu banyak mempunyai sejarah nya di sebalik perlembagaan nya. yang menepati kehendak Melayu (saya masih tidak jadi ahli UMNO baru, pasal sumpah )

Dalam UMNO Lama yang di tubuhkan dalam tahun 46, ada cerita perjuangan menentang Malayan Union, ada cerita tentang peranan penting untuk dapatkan kemerdekaan ,ada cerita Datuk Jafar Onn, ada cerita Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak Tun Ismail Syed Jafar Albar, Abd Tun Hussein Onn , Datuk Harun…Ini sejarah UMNO lama.

Nama nama mereka ini tak tercatat dalam sejarah UMNO baru yang di tubuhkan hanya pada tahun 1988.

Akhir hayat Tunku ,Tun Hussein dan Datuk Harun tidak sebagai ahli UMNO baru tapi s 46!

Sepatutnya UMNO yang ada, (dimana identitinya masih bertaraf UMNO (baru) dalam perundangan Pendaftaran Pertubuhan), tidak boleh mengaitkan nama Tunku dan Tokok Umno yang terdahulu dengan UMNO baru ini. Tak wajar sama sekali atas alasan apa pun yang di berikan

Dari sejarah pun tak betul. Sepatutnya di kekalkan dua identity yang berbeza ini. Kita kena terima hakikat iaitu UMNO Lama ujud tapi di haramkan dan UMNO (baru) juga ujud (daftar baru) tapi perlembagaannya BERBEZA.

Di sini UMNO baru tiada kesinambungan dengan .UMNO lama,
UMNO lama di tubuhkan atas kehendak puluhan NGO Melayu era pre merdeka.dan UMNO (baru) atas kehendak Tun M sendiri setelah UMNO haram.

(pulak tu setelah di haramkan tiada rayuan dibuat kepada Mahkamah rayuan untuk reverse the decision. Rayuan ini yang sepatutnya di buat olih setiausaha agung UMNO yang bertanggung jawab dan patut rayuan di buat dua tiga hari selepas mahkamah buat keputusan, kalau rayuan di tolak barulah tubuh parti baru).

Ini tidak.. Gopoh gapah nak tubuh UNMO baru lepas tu keluar statement beri senarai orang orang yang tak bolih masuk UMNO baru ,Nama nama ini termasuk lah Tunku Abdul Rahman ,Tun Hussein KuLi dan lain lain pemimpin..

Jadi kita jangan kelirukan anak cucu kita tentang sejarah pahit UMNO .Sejarah mesti yang betul..bukan rekaan kita. Walaupun ada sejarah hitam namum sejarah tetap di rakam perkara yang sebenar berlaku.

Melainkan kita pulih UMNO tersebut melalui perundangan di parliament .Bolih pakai nama dan perlembagaan yang asal ,tapi segi rekod sejarahnya pun mesti betul; bahawa UMNO di haramkan tapi memandangkan Umno tu satu warisan Melayu era merdeka lalu kita pulihkan keujudan dia di parliament…tiada masalah
Wassalam..

3 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Penyampaian yang menarik. Harap memberi pengetahuan kpd generasi baru.Sejarah yg tertulis sebenarnya hanya utk membesar besarkan pihak berkuasa semasa. Masa British cara depa. Masa BN ni cara depa pulak sampai habis nama pejuang kemerdekaan kiri macam tak pernah buat apa apa.
Kemudian depa ikut ketua pulak. Habis nama nama pemimpin yg tak sebulu dgn ketua terkini di padamkan dari di ketahui umum.
Harap rakyat tak bodoh selama lamanya.
Mujur ada orang macam Khoo Kay Kim,
RPK,ShamTT.Dapat juga kita baca ulasan yang tidak berat sebelah.
Begitu juga dgn tulisan Subky Latif dan Arwah Rustam Sani.

shahbandarmalakat said...

sdr Anon,
Terima kasih sdr kerana sudi baca dan buat komen.Sebenarnya ada kawan saya yg beritahu khoo kay Kim, suruh dia betul kan sejarah pengharaman UMNO.saya ingat dia pun tak berani nak betulkan

Unknown said...

Sdra,
Perkara benar perlu dirakam demi untuk menjaga kebenarannya, demi untuk pengetahuan generasi akan datang. Saya menghormati TRH bukan kerana dia tu anak raja Kelantan, atau kerana dia orang kuat UMNO dulu, atau kerana dia tu bekas Menteri Kewangan dulu....... TIDAK, saya menhormati beliau kerana jasanya, kerana budinya kerana perjuangannya untuk membela bangsa, membina negara dan memperkasakan agama yang dianutinya yakni ISLAM. Dialah sebenarnya seorang pejuang Melayu dan beliau ini pula tidak ada rekod mengkhianati bangsa dan agamanya, tidak pula pernah dia menghina raja-raja Melayu. Beliau bersara dari Menteri tanpa mengumpul harta pun malahan beliau miskin kerana perjuangan.

Beliau bersara dari jawatan kerajaan tanpa mengumpul harta berjuta, malahan harta keluarga beliau yang banyak dikorbankan untuk perjuangan dan parti