Monday, March 17, 2008

kekalahan BN pru12

Kekalahan BN –Pak Lah Patut Berundur?




Sehari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 di umumkan , Tun Dr. Mahathir telah di tanya oleh wartawan pendapat dia tentang kemerusutan prestasi BN dalam pilihan raya tersebut.

Tun M telah meletakan tanggungjawab tersebut 100% kepada PakLah .Sebagaimana pada PRU11, Pak Lah di katakana sebagai factor utama sokongan kuat rakyat kepada BN (peningkatan sokongan kepada BN yang amat ketara, bermakna kredit semuanya kepada Pak Lah semata mata). Maka kemerusutan teruk ini sepatutnya juga lah di pikul 100% oleh Pak Lah (tak boleh salah orang lain). Oleh sebab itu Pak Lah patut berundur sekiranya dia seorang yang bertanggung jawab…Itu maksud Tun M.

Alasan Tun M mudah di faham…Rakyat tolak BN sehingga 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang termasuk , 4 negeri kuat BN (Penang ,Kedah, Perak dan Selangor) tidak kerana factor lain melainkan rakyat sudah hilang keyakinan atas Pak Lah sebagai PM yang boleh memimpin Negara ini lagi.Ini factor utama kekalahan tersebut

UMNO dan BN masih relevant kata Tun M.( Sebab itu UMNO boleh lagi tubuh kerajaan pusat, rakyat masih bagi peluang .Tapi Pak Lah Tak relevant lagi..ini yang di maksudkan Tun M..agaknya.)

Dalam wawancara tersbut Tun M suruh Pak Lah berundur dalam bahasa Inggeris. TV3 yang merakamkan dan menyiarkan ucapan tersebut tidak di ulas lanjut oleh pemberita TV3 atau di terjemah dalam bahasa Melayu “for the benefit of Orang Melayu”. Pengulas berita buat buat tak dengar bab Tun M suruh letak jawatan..agaknya takut nak terjemahkan dalam bahasa Melayu

Seorang lagi pemimpin Melayu yang berani memberi komen tentang prestasi BN dalam PRU 12 ini ialah Tengku Razaleigh MP Gua Musang .(lihat Star On Line pada hari berikutnya)..Kata Ku Li kekalan BN ini yang paling teruk dalam sejarah Negara ini. 4 negeri bawah BN kecundang termasuk negeri di bawah PM sendiri dan amat memalukan! ..Pak Lah lah patut bertanggung jawab..(tanggung jawab maknanya berundur.. bagi orang lain yang cekap untuk membetulkan kesalahan....)

Di kalangan pemimpin BN yang agak lantang sikit bagi teguran ialah ialah Penasihat Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang mahu Pak lah fakir panjang tentang kekalahan ini dan minta di buang saja penasihat Pak lah yang salah bagi nasihat! Nada ini nada marah dan kecewa. Ini di fikirkan sebab Gerakan tak pasal pasal jadi mangsa kerana penasihat paklah salah bagi nasihat.Siapa penasihat tersebut tak tahu lah.

Orang lain dalam BN tak berani komen , al maklum pasal periok nasi ..ini lah kelemahan pemimpin UMNO tak ada telur.. Kalau bercakap PASAL PERJUANGAN masing masing lantang..bila nak bertanding untuk memegang jawatan yang selalu di lafaskan oleh pemimpin UMNO , “saya akan berjuang demi keutuhan bangsa dan ugama…” tapi bila tiba masa mereka untuk tampil kehadapan membetulkan keadaan yang tak betul mereka membisu seribu bahasa.. Setengahnya hanya boleh berkata “saya akan berdiri di belakang, di hadapan , dikiri dan di kanan Paklah…”( ini kata kata yang di pinjam dari Nan Yakub..) menyokong untuk Pemimpin besar terus melakukan kesalahan bukan memprotest…. walaupun sokong membawa rebah…Mereka semua takut Pak Lah tak lantik dia lagi kalau berkata benar..termasuk lah ketua pemuda..

(Syabas , rupanya dalam saya menyiapkan warkah ini , Mukriz Mahathir dengan beraninya telah menghantar surat suruh Pak lah Letak jawatan..)

Bila di soal oleh wartawan berhubung dengan syor TUN M agar dia berundur, Pak Lah jawab, BN tak kalah malah boleh tubuh kerajaan hanya tak dapat 2/3 majoriti tak apa.. Yang penting Dia boleh jadi PM lagi…Dia akan laksana janji untuk Negara SELAMAT, AMAN ,MAKMUR..

Betul lah.. Tapi Kapal Umno dah nak karam…nak karam bukan kerana apa, cuma salah kendalian nak langgar ice-berg dah. Penumpang dah tak percaya pada Nakhodanya yang ada. Kena tukar Nahkoda cepat cepat.. kalau tak tukar dan ada pula kapal lain yang lalu memang lah penumpang nak tukar kapal lain.. Mereka tak mahu jadi macam Titanic ..Nakhoda tak dengar nasihat orang lalu karam…

Orang yang mahu Pak lah berundur kerana mahu selamatkan kapal UMNO jangan karam ..Lambat bertindak 5 tahun lagi UMNO hanya tinggal sejarah.. UMNO tahun 46 dah hancur.. UMNO ini baru saja di tubuhkan tahun 1988..baru berapa tahun saja.. Melainkan orang Melayu tidak perlukan UMNO lagi....(Umno baru ni tak mempunyai sejarah yang besar lagi, yang boleh di banggakan kerana Al Malhum Tungku Abdul Rahman dan Tun Hussein walaupun masih hidup waktu penubuhan UMNO Baru tidak jadi ahli UMNO Baru kerana tidak di benarkan oleh Tun M..Hingga akhir hayat kedua dua pemimpin ini adalah ahli party 46! )

(Dan sebenarnya, untuk rekod,perkataan “baru” tak boleh di buang pada UMNO baru kerana menyalahi syarat pendaftaran pertubuhan. UMNO lama telah di haramkan maka tiada boleh di gunakan nama yang sama termasuklah perlambangganya sekali . Kena kekalkan perkataan “baru” itu pada parti ciptaan Tun M sebagai bahan sejarah..jangan kita mengaburi anak anak cucu kita dengan penipuan atas UMNO yang telah di haramkan..UMNO (yang di tubuhkan pada 1946 ) adalah UMNO yang menentang Malayan Union dan membawa kemerdekaan Malaya dan Malaysia ,namun ia hanya ujud sampai 1988 .UMNO ini di haramkan oleh mahkamah. lepas itu ujud lah UMNO ( baru) ciptaan Tun M dengan perlembagaan berbeza .. Walau pun sudah di haramkan pendaftarannya kita patut bangga dengan nya dan kekalkan dua identity parti yang berbeza tak salah pun..)

Semua yang merasakan Paklah patut bertanggungjawab dan berhenti ialah atas sifat ingin selamatkan UMNO..Kalau Pak Lah terus memimpin alamat kehancuran pada UMNO kerana dalam kajian nak di buat saya percaya hasil kajian akan menunjukan factor utama kekalahan adalah rakyat tidak lagi yakin Pak Lah boleh lead the country!

Sebenarnya keadaan (senario)yang macam ini lah (iaitu Pak Lah terus pimpin Negara hingga lima tahun lagi ), yang paling di minta atau di idam idamkan oleh pihak pembangkang, jadi mudah mereka tawan dewan rakyat 5 tahun lagi. Percayalah.

Dalam UMNO sekarang sudah tiada pemimpin yang benar berkaliber macam TUN ISMAIL , DATUK SYED JAFAR ALBAR.DAN DATUK HARUN IDRIS .yang benar berani dan berjuang untuk keutuhan bangsa…

Ini kerana materialisma sudah meresap jadi cancer dalam kalangan UMNO. Nak menang bertanding mesti tunjuk ada kereta mewah .Pergi lah keperhimpunan UMNO lihat macam mana mereka datang ke perhimpunan tersebut.. MERC BMW baru baru dengan driverNYA…WAHAL BARU JADI WAKIL PEMUDA..

Apa punca orang tak yakin pada Paklah untuk terus lead the country..?

Kebolehan Paklah tu sendiri. kecekapan dia .bolehkah dia laksanakan apa yang di cakap..?dia faham ke apa yang dia cakap..?

Contoh dia bercakap pasal rasuah..nak tangkap orang yang rasuah selama dia jadi PM berapa orang yang sudah di tangkap dan di dakwa..oh sudah siasat tiada yang rasuah.. Betul ke tiada orang rasuah..?

Ujud pedatang haram begitu banyak.. bagaimana boleh terjadi macam ini orang boleh bolos.. mereka bebas berkerja tidak kena tangkap.. orang bangla ..pakistan buat jualan dengan mula mula berbasikal kemudian naik taraf pakai motor menjual kain dan perbagai..orang indon berniaga..masing masing ada permit?..Masakan boleh berlaku kalau orang tertentu tidak rasuah…

Contoh yang paling ketara kebolehan Pak lah dalam menangani parti. Ingat waktu pemilihan dulu.. Bahagian Gua musang dalam Mesyuarat Agung tahun itu di mana keputusan sebulat suara telah di ambil, memberi MANDAT supaya jawatan kuasa bahagian yang telah di pilih menamakan calun calun untuk ke pertandingan MKT..Tak dapat di pilih oleh Mesyuarat hari itu munkin kerana tak cukup masa. Tiada salah dan ini sah dari segi p;erlembagaan ..Perhimpunan agung boleh memberi apa apa saja MANDAT kepada Jawatan kuasa untuk di laksanakan kemudian oleh jawatan kuasa.. Tapi amat dukacita sekali Paklah telah membatalkan keputusan ini .Pencalunan itu tidak di terima .MT tak boleh terima ..aneh nya mesyuarat agung tersebut di terima! Kalau mesyuarat agung sah apa apa keputusan mesyuarat agung buat mesti lah sah juga.

Contoh selanjutnya berkaitan dengan parti…Datuk Ibrahim Ali di gugurkan sebagai Ketua Bahagian Pasir Mas dan diganti dengan Timbalan nya..walhal dia adalah Ketua yang sah dan yang telah di pilih oleh ahli dan term nya belum expired. Konon Pembahagian kawasan Baru Parliment..maka bahagian baru jadi kena lantik jawatan kuasa protem .

Sebenarnya hanya dua tiga cawangan yang di tambah dan bahagian tidak di pecah pun..Bererti Bahagian itu juga yang ujud. Apa kuasa President membubarkan Bahagian itu ?.Atas sebab apa di bubar dan di lantik Jawatan Kuasa Sementara (protem) untuk takbir Bahagian? Bukannya bahagian di pecah dua. Kalau pecah dua lain lah boleh di bubar dan bentuk jawatan kuasa sementara yang baru sehingga di daftar semula dan kemudian buat pemilihan baru untuk kedua dua Bahagian..

Kalau pecah dua sekali pun ..pembahagian itu sepatutnya di beri keutamaan kepada Ketua Bahagian dan Timbalan.Ketua Bahagian teraju satu Bahagian dan Timbalan teraju satu Bahagian lagi..Ini tidak,Pak Ibrahim di ketepikan begitu saja.Ini kesalahan Pak lah begitu glaring.

Datuk Ibrahim Ali adalah di pihak yang benar tapi betul ke cara Paklah menanganinya?

MOTO ERA PAKLAH yang di canangkan CERMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG..Ini hanya untuk bermegah ..Mencapai kecermelangan ok boleh di terima.. Gembilang dan terbilang untuk apa untuk kita bermegah dengan Negara lain…Ini tak di reda oleh Tuhan..

Islam Hadhari ! Adakah ini satu aliran Ugama baru ? kalau begitu satu lagi ajaran sesat? Kita semua tahu Islam hanya satu je iaitu Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.w.t tiada yang lain. Sebenarnya amat berbahaya sekali, boleh menyesatkan akidah umat Islam. Tidakkah ini melanggar perlembangaan negara dan negeri negeri di mana kuasa mutlak dalam bab ugama Ialam di bawah kuasa DYMM Agung dan DYMM Sultan Sultan?

Seterus nyaPak Lah menjanjikan NEGARA yang SELAMAT, AMAN, MAKMUR…Selamat ke kita.?.hari hari ada anak hilang ..perempuan kena ragut… mayat orang di bunuh di temui hampir setiap hari ..rumah kena rompakkan bersenjata…SAYA DAN KELUARGA PERNAH KENA ..TINGKAP RUMAH DI UMPIR DAN MEREMPUK MASUK WAKTU JAM 3 PAGI ORANG SEDANG TIDUR....Parang di letak di tengkok..isteri dan anak di ikat…Selamat ke kita..?

Aman ke kita dalam keadaan sebegitu…Makmur..? siapa yang makmur..?

Pada tahun 1973 gaji graduan(fresh) dalam RM 1200-1400. harga gula 35sen sekati ,harga kereta baru buatan Jepun RM 8000-9000 , harga rumah terrace setingkat kat jalan Kelang lama RM 15,000 je .Tapi pada tahun 2008 gaji graduan (fresh) RM 2000.kereta kancil baru RM 35000..rumah flat sederhana RM 150,000. macam mana nak hidup dengan makmur.?

Apa sebenar berlaku ialah purchasing power kita menurun begitu dashat. Ringgit kita tak sekuat dulu.. pasalnya kita belanja lebih.. Projek kerajaan (mega projek ) di beri secara runding tiada penjimatan kos , no cost saving bagi projek yang tidak di tender..

Ahkir sekali cuba renungkan …Ini cerita benar..Baru ke DUBLIN bulan Oct atas urusan Convo anak.. ..Saya tak bawa suit (KOT) untuk di pakai di upacara tersebut.. anak saya kata, kena pakai formal.. nak tak nak saya pergi shopping kat pusat Bandar, beli yang paling murah dan dapat lah satu suit murah harga 60 uero satu pasang. Lepas itu balik naik bas dan turun kat rumah anak agak jauh dari pusat Bandar. Sampai sampai kat rumah terus tanya isteri di mana suit yang baru beli tadi sebab nak kena potong kaki seluar nya yang panjang sangat.. besuk hari convo.

Isteri saya cari tak jumpa, kemudian sedar benda itu tak ada kat rumah, mungkin tertinggal dalam bas. Anak saya tak ada di rumah waktu itu. Nasib baik ada anak saudara yang memang duduk bersama dengan anak di situ. Dia pun tolong telefon Syarikat Bas. Maka jawab pekerja di Syarikat bas tu, memang ada seorang penumpang dalam bas tersebut menyerahkan beg berisi barang kepada driver bas yanf di naiki tadi .. Pekerja tu kata jangan bimbang, beritahu nombor Bas stop dan tempat yang kami turun tadi.. Bagi masa sedikit dia akan hantar barang yang tertinggal itu dengan bas lain .Kami pun tunggu..Memang tak kecewa…Akhirnya kami dapat barang itu tanpa kami pergi ke syarikat bas..

Saya amat kagum sekali… DI MALAYSIA BOLEH KE?

Maka mari lah kita fakir bersama. Jangan sampai nasi menjadi bubur baru nak suruh tukar pemimpin..dah terlewat..

Sekain Wassalam SHAHBANDARMALAKAT ( baru menjalani operasi jantung (by- pass) pada 13 Feb 2008 hari di bubar parliment.

Tarikh 15 march 2008.

No comments: