Wednesday, March 19, 2008

PAKLAH DAN KABINET ANGKAT SUMPAH

Assalamualaikum..bismillahirahmanirahim..

Segala puji bagi Allah…mari bersama memohon kepada agar Allah sentiasa memberi pertunjuk ke jalan yang benar yang di redhai..supaya di masukkan kita dikalangan orang orang yang sedikit.. Iaitu orang orang yang bersyukor..

PAKLAH DAN KABINET ANGKAT SUMPAH JAWATAN

Mari kita ucapkan syabas dan tahniah pada Pak Lah dan para jumaah kabinetnya kerana dapat menubuhkan kerajaan..

Maka berlansunglah upacara mengangkat sumpah jawatan dan simpan rahsia di hadapan DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Hari ini kedengaran jelas rakaman angkat sumpah itu dari radio Kelasik Nasional RTM yang sempat saya dengar dalam kereta dalam perjalanan ke IJN .

Dulu dulu suara angkat sumpah itu kurang jelas. Hari ini begitu jelas kedengaran lafas sumpah itu. Saya amat tertarik bila sampai ke di bab ..”saya berikral akan mempertahankan perlembanggaan Negara ..” rupanya sumpah ini lebih menekankan kepada pentingnya untuk mempertahankan perlembanggaan Negara lebih dari segala segalanya..

Ini sebenarnya satu tanggung jawab yang amat berat untuk PM dan para menteri…Ini satu sumpah.

Dari ikral ini memanglah jelas bahawa tiada siapa pun boleh meminda/menukar Pelembagaan Negara kita. Kalau ada pihak yang buat percubaan untuk meminda/ menukarnya ,para jumaah Kabinet kena pertahankannya. Kalau perlu menjerit “Langkah mayat ku dulu” .

Selama ini kita biarkan saja Perlembagaan kita dipinda dengan mudah pasal dia orang ada 2/3 majoriti!?. Hairannya, sebelum ini, yang initiate tukar Pelembagaan ini datangnya dari pihak Kabinet sendiri .!

Ini lah bahaya nya kalau Pemerintah mendapat lebih 2/3 majoriti, mereka dengan mudah melupakan sumpah mereka DAN MEMINDA PERLEMBANGAAN MENGIKUT SELERA MEREKA..

(Difahamkan, Perlembagaan Amerika Syarikat sejak mendapat kemerdekaan dari British ,lebih satu abad yang lalu, belum pernah di pinda walau satu perkataan pun! Di Malaysia dah berapa kali?)

Akan datang, kita rakyat Malaysia kena berhati hati bila ada ura ura Kabinet nak MEMINDA Perlembagaan ..Kita kena ingatkan mereka akan sumpah mereka untuk mempertahankan perlembanggaan.(Dulu saya bukankan tak membantah tapi tak kedengaran suara bantahan itu ).

TAK ADA PAKSAAN

Selesai saja Pak Lah membuat pengumuman nama nama Kabinet barunya dengan di dahului nama beliau sebagai PM , beliau di tanya oleh wartawan sama ada Pak Lah di tekan oleh pihak tertentu untuk terus menerajui Malaysia sebagai PM.( wartawan bertanya tentu ada sebab ,ini mungkin melihat keadaan rakyat di bawah yang banyak mendesak Pak Lah berundur..tapi Pak Lah macam tak peduli buat pekak tak kesah, telah menimbulkan banyak persoalan).

Persoalan ini masih bermain di kepala, benarkah Pak Lah tak di paksa oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan untuk terus meneraju Negara? Kalau benar siapa? Mengikut logik orang biasa, Pak Lah tak boleh claim rakyat masih sukakan dia hanya sebab BN masih bolih tubuh kerajaan walhal lima 5+1 negeri kalah ,jadi ikut logik orang biasa memang sepatutnya Pak Lah berundur.

Kalau Pak Lah kena paksa oleh orang tertentu itu bermakna berbahaya..

Bagi saya , sebab sistem pentakbiran Negara sudah ujud begitu lama dan berjalan mengikut acuannya yang sudah seperti putaran bumi dan matahari di atas paksinya, sekiranya ada PM yang tak tahu buat kerja, tidak sebijak PM yang lain lain, bagi saya itu tak mengapa..Dia masih bolih jadi PM yang effective dengan syarat dia bersedia ikut nasihat Pengawai Tinggi Kerajaan, Kabinet atau MKT BN atau UMNO.

Yang salahnya kalau PM yang sebegitu (tak begitu mahir atau bijaksana dalam menjalankan tugas) tak mahu dengar nasihat Pegawai Tinggi kerjaan atau Kabinetnya sendiri. tapi mendengar nasihat dan ikut telunjuk orang di luar kerajaan..lebih lebih lagi orang tertentu yang mempunyai ajenda tertentu.. itu amat salah sekali.

Sebenarnya begitu mudah untuk menjadi PM Malaysia ikut acuan yang biasa biasa ,PM yang sederhana tapi effective, .tak perlu spectacular sangat sebab semua sudah ada di rancanakan dan di atur oleh PM PM yang lalu..

Ibarat lebuh raya, sebagai contoh, katakan lah NKVE..di mana semua sudah terbentang siap hampir sempurna utara ke selatan; Apa yang perlu di lakukan oleh pihak yang di pertanggungjawabkan untuk mentakbirkannya hanya melihat/mengenal pasti di mana ada bottle neck yang menyebabkan kesesakan..Di NKVE ini, sebagai Contoh, lihat dekat persimpangan “Y” Kuala Lumpur/Shah Alam menghala keselatan selepas R&R Jejantas Sg Buluh. .Di sini sesah setiap pagi sebab ada bottle neck di situ .Kedua dua jalan sepatutnya di bina 3 lorang bukan 2 lorang, lebih lebih lagi ke Shah Alam di mana mendaki bukit.. Solutionnya kena tukar semua simpang kepada 3 lorong kerana jelas 2 lorong menyebabkan kesesakkan, maka selesai lah masalah kesesakan di situ.

Begitu juga lah dengan perjalanan pentakbiran kerajaan; jentera dan sistem semua sudah ada dan berjalan dengan agak baik juga. Cuma ada sakut sini dan sana sikit. .Apa seorang Pm perlu buat, kalau dia bodoh sekali pun ,ialah cek/mengenal pasti di mana ada “bottle neck” and solve the problem of the bottle neck, sistem akan berjalan lancar,.Ini applied to every sector, baik Polis, Badan Rasuah, Kehakiman, Pendakwaan dan lain lain ministry.and department.

Bottle neck lah punca utama satu satu sistem yang berjalan lembab. Macam mana polisi atau planning yang baik sekali pun kalau masalah bottle neck tak di selesaikan tak akan tercapai result nya dengan baik..

Jadi Paklah tak perlu ikut telujuk orang yang tak berkenaan dalam sistem pentakbiran yang sudah ada..tak perlu jadi puppet kerana jadi puppet kepada seorang di luar kerajaan amat berbahaya pada Negara.



Sekain wassalam..

No comments: