Friday, March 21, 2008

TENGKU RAZALEIGH NAK BERTANDING PRESIDENT

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamuakaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kata kata mutiara Al Hikam: Abdullah bin Abbas ra.berkata;Tiada suatu kewajipan yang di wajib oleh Allah pada hambaNya melainkan ada batas batasnya, kemudian bagi orang orang yang uzur di maafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas, dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kucuali jika berubah akal (gila)

Firman Allah: Bagi orang yang sempurna akal, ialah mereka yang selalu berzikir pada Allah sambil berdiri,duduk dan berbaring di atas pinggangnya (Ali-Imran 190-191)

TENGKU RAZALEIGH NAK BERTANDING PRESIDENT UMNO

Tengku menawarkan diri untuk Bertanding President Umno.

Reaksi dari berbagai kelompok masyarakat berbeza beza.

· Reaksi dari kolompok yang jadi penyokong sama sama berjuang dulu , baik masa team B dan dalam s46 tapi MASIH tak masuk UMNO baru, ialah :Ya dulu dah kami cakap jangan tinggal s46, teruskan perjuangan hingga membuahkan hasilnya tapi Ku termakan cakap Rais dan geng geng bubar S46 masuk UMNO baru..

Lepas tu dah masuk UMNO ingat ke Tun M akan Lantik Ku Li jadi Timbalan PM lepas Dsai di lepaskan jawatan, tapi tidak juga di lantik (kalau lantik jalan mudah lah untuk jadi PM .)

Pada hal lantikan TPM adalah kuasa mutlak PM. Tun M sebagai PM boleh lantik orang luar dari cicle MKT asal dia MP atau Senator, tak perlu dari kalangan 5 Naib Naib President (waktu tu Timbalan President kosong).

Tapi kenapa tak Lantik Ku Li? Dah tahu Dollah tak boleh pakai kenapa lantik Dollah?

Ya lah apa nak buat semuanya Takdir ..tiap tiap nafas yang naik turun ada takdir yang sudah di tentukan oleh Allah bersamanya…

Tapi ( jawab kolompok ini lagi..) Tak apa belum terlambat untu Ku Li ..kami sokong penuh dan kami akan berkerja dari luar UMNO untuk kemenangan Tengku.. TERUSKAN PERJUANGAN MENTANG KEMUNGKARAN..

Bila menang nanti hidupkan semula UMNO lama di Parliament..sebab UMNO lama ada lah warisan sejarah bangsa Melayu abad kini selepas sejarah Hang Tuah

· Yang sudah kenal dan memang penyokong setia Ku Li yang ramai ramai masuk umno dan kena tipu : Ya ,bagus ,sudah lama kami tunggu berita ini .Lawan..



  • Yang hanya kenal Tengku dari cakap cakap orang, dari tulisan tulisan yang simpati dan admire dari jauh : High time for Tengku Razaliegh to come forward, PLEASE save us from this Dracula…



  • Ahli Umno baru tulin : Hati berbelah bagi. Boleh tak boleh bagi kat Tengku?


  • · MKT UMNO : banyak yang belum bagi komen.(hari ni belum terdengar lagi)


  • · Rafidah Aziz : Tengku ,Jangan menangguk di Air Keruk ..(maksudnya air keruk tak nampak ikan sukar lah..?nak tangguk tangguklah di air jerneh..nampak ikan senang tangkap lah..?

    · Yang dulu penyokong kuat tapi lari kerana dapat bahagian dalam kabinet : Hai Ku Li kenapa sekarang ,saya baru nak nikmat rasa senang sikit ..tak boleh tunggu ke


  • · Rakyat Melayu Umum: ada yang kata Tengku dah tua ..(Dollah pun sama Tua) ada yang sokong bagus lah anak raja berjiwa rakyat..ada yang kata saya nak sokong anwar jadi PM..
    · Bangsa lain: Juga berbelah bagi ada sokong ada sekadar bertanya Tengku mahu lawan lagi? Ada kata Tengku mahu lawan mana ada chance. Itu hairy sudah control boleh lawan ke…?

    Apa pun reaksi dari berbagai pihak.. Tengku kena terus kehadapan ..sokongan kepada tengku nampak bertambah dari masa zaman S46 dulu. Apa tidak nya kurang kurangnya sekarang Ku sudah ada kudakepang..dia cukup membantu ku .dari seteru yang kuat sejak 1984 sekarang boleh di kepang. Saya dan rakan rakan sungguh berasa bangga..Syabas Kudakepang..

    Apa yang sukarnya ialah kena jaga jaga sikit..UMNO baru tak serupa UMNO lama..Pelembagaan nya teruk lagi dari perlembagaan parti komunis .

    Parti komunis tidak melarang siapa pun ahli ahlinya untuk lawan presidentnya Kalau nak lawan tak susah susah kerana status incumbent President dengan lawannya sama taraf,.tak ada udi bonus untuk president dan seorang yang nak bertanding dapat satu pencalunan pun sudak cukup sudah layak.

    Dalam UMNO baru Ku kena dapat berapa pencalunan? 10% ? Lepas tu kalau dapat bertanding undi nak banyak sebab incumbent President ada Bonus 10%...

    INI DIA PARTI YANG LAIN DARI YANG LAIN DI DUNIA NI..

    Tak apa lah bila orang kata rugi saya tak masuk parti ni…. Memang saya bangga ke akhir hayat saya kalau tak masuk pun…

    Tengku kena ikut contoh Almalhum Tenku Abd Rahman..bila berkempen dalam tahun 1957 dulu..menjelajah seluruh pelusuk kampong..sampai kena tolak kereta ramai ramai..(sila baca post saya yang lalu “PM YANG DEMOKRATIK DAN BERHATI MULIA"

    saya ingin merakamkan ucapan Syabas kepada dua Tokok UMNO baru yang dulunya sama sama berjuang dalam S46 iaitu Datuk Radzi dan Datuk Ku Lan di atas pendirian yang di tunjukan kepada kita semua . Sekali lagi Syabas..


  • Pada Ku lan patik ucapkan terima kasih kerana Ku tak lupa kawan kawan walau pun di ber jawatan dalam kerajaan yang lalu.
    Wassalam

1 comment:

Anonymous said...

Salam Datuk Shahbandar,
Begitulah lumrah alam, tetapi paling tidak Ku Li dapat mengenali dengan jelas siapa kawan dan siapa lawan.
Back in Kelantan, bapa saya antara penyokong kuat Ku Li yang tidak berbelah bagi. Usianya kini 84 tahun dan masih lagi sihat.
Jika disebut orang UMNO lama, sememangnya datuk Shahbandar boleh "imagine" keaadan bapa saya, orang kampung biasa yang menyudahkan perjuangan parti dengan tiada apa-apa. Namum tiada tanda penyelesalan baginya.
Dan Ku Li sentiasa menyampaikan salamnya kepada bapa saya.
Akan diri saya, walaupun dibesarkan dalam suasana UMNO (baru dan lama), saya menjauhkan diri dengan parti. Pada pengamatan saya, halatuju perjuangan antara dulu dan sekarang sangatlah jauh tersimpang.
Dulu demi agama dan bangsa, sekarang demi periuk nasi kita.
Dulu demi survival melayu, sekarang hanya kaki pengampu.
Harapan dan doa saya, Ku Li dapat membawa nafas baru untuk mengubati penyakit ahli-ahli UMNO yang kronik tetapi masih lagi dalam keadaan "denial".

kelantan forever