Thursday, March 20, 2008

PM MALAYSIA YANG PALING DEMOKRATIK

Assalamulaikum ..Bismillahirahmanirahim..

Segala Puji bagi Allah Yang Maha Esa ..

Terjemaan Al Hikam : Tiada suatu nafas terlepas daripadamu, melainkan di situ pula ada takdir Allah yang berlaku di atasmu .

Sebab pada tiap nafas hidup manusia pasti terjadi suatu taat atau maksiat, nikmat atau bala’ (ujian). Bererti nafas yang keluar sebagai wadah bagi sesuatu kejadian, kerana itu jangan sampai nafas itu terpakai untuk maksiat dan perbuatan yang terkutuk oleh Allah.

(Itu lah alasan golongan orang orang yang saya katakan dulu yang sentiasa berzikir…)

PM MALAYSIA YANG BERHATI MULIA DAN PUNYA SIFAT SABAR YANG TINGGI.

Bagi saya Almalhum Tunku Abdul Rahman PM PERTAMA Malaya dan Malaysia ada lah PM yang terbaik dan patut di contohi..

Bila saya katakan ini bukan bererti saya tidak menghargai jasa jasa PM PM yang lain.

Beliau adalah yang paling demokratik dan ‘gentleman” serta punuh SABAR dalam urusannya.

Saya masih ingat dalam umur saya setahun jagung, baru masuk darjah satu pada tahun 1956; saya dapat mengingat peristiwa saat saat akhirnya “struggle” mendapatkan kemerdekaan Negara. Kami murid sekolah di suruh pakai “badge” ada bendera kecil di hiasi banner kecil di semat di baju di tulis perkataan ‘Merdeka”. Kami sungguh megah memakainya.

Kami berteriak “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” tiap kali bila berjumpa orang. .Tapi ada juga golongan kanak kanak yang berteriak balik “Mencakar” Saya tak tahu maksudnya. .Tapi disana sini terdengar juga keluhan “Nak Merdeka apa..jarum sebatang pun tak bolih buat..”

Tak ingat saya pada tahun yang sama ke atau selepas saya naik darjah dua ke . .tapi hanya ingat akan peristiwanya yang amat bersejarah .Pada waktu itu Tunku jadi Perdana Menteri dan Tun Abd Razak Jadi Timbalan PM.. Ada orang kata waktu tu waktu percubaan kerajaan sementara sebelum Merdeka…

Tak lama kemudian nak di ada kan pilihan raya umum.. Waktu itu Tunku bersama Parti UMNO dan Perikatan (Alliance) lambang kapal layar ..

Tiba tiba di umumkan Tunku letak jawatan sebagai PM dan tempatnya diganti olih Tun Abd Razak…(ingatan saya masih samar samar tentang tarik peristiwa ini)

Rupa nya Tunku letak jawatan untuk menumpukan segala tenaga dan fikiran untuk berkempen ke seluruh Negara (Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu) untuk memenangi UMNO dan Perikatan. Beliau berkempen atas kapasiti dia sebagai President UMNO bukan sebagai PM.

Ini yang menariknya.. Sudah jadi PM tapi lepaskan jawatan dengan rela hati bagi kepada orang lain pegang dulu jawatan itu semata mata kerana sikap beliau yang berhati mulia dan demokratik tak mahu di tuduh guna kedudukan atau salah guna kuasa bila berkempen.

(Anda yang lebih tua daripada saya mungkin mempunyai ingatan yang baik dari saya , sila sahkan..maklumlah umur saya baru 7 ke 8 tahun masa tu.).

Di waktu berkempen keseluruh Malaya (..cerita ini saya perolehi kemudian dalam tahun 1975,masa saya berkerja di Besut, Trengganu saya di beritahu oleh ahli UMNO veteran di Besut.) Tunku sempat sampai ke Besut di mana kereta hitam beliau terpaksa di tolak beramai ramai kerana rosak.Itu semangat waktu itu..

Ini lah bukti ke “gentlemanan “(bolih di terjemahkan “kejantan” kalau anda fakir lebih sesuai) dan sikap demokratik Tunku. Menghormati Demokrasi mengatasi ajenda peribadi ,beliau ada atika dan prinsip yang tinggi . Beliau tidak mahu menyalah gunakan kuasa sebagai PM untuk berkempen .Sanggup letak jawatan sebagai PM dan turun padang berkempen ke seluruh Negara tidak mengunakan jentera kerajaan langsung. Segala perbelanjaan dan kos Kempen untuk memenangkan parti tidak melibati duit kerajaan.

Ini lah dia Contoh leadership dalam Negara demokrasi yang sepatutnya...

Kedua..sifat sabar Tunku.. memang terkenal..

Tunku selalu mengingatkan ahli UMNO yang sentiasa nak cepat ..semua nak cepat. Dengan berkata ”SABAR..SABAR..SABAR”dalam loghat Kedah.

Hairannya banyak kalangan Melayu (ISLAM) tak menyenangi sikap Tunku yang asik asik suruh SABAR SABAR SABAR..

Saya masa itu( pada antara tahun 1968 & 1969 ) pun berasa begitu..termasuk juga mungkin Tun M..

Ketahui sebenarnya itu lah pendekatan yang paling baik untuk di amalkan olih pemimpin Islam seperti di tujukan olih Rasullullah dan para Sahabat ..Saya sekarang baru mengerti..

Dalam apa jua keadaan kita ..kena SABAR…

Kita tak tahu hati sunubari Tunku bila beliau suruh kita bersabar..bukan bermakna beliau berdiam diri bila kita mengadu kepada beliau apa apa saja masalah yang di hadapi..Dalam berkata sabar, sabar, sabar, beliau sebenarnya memikirkan jalannya atau solusinya.Beliau tak perlu tujuk …

Lebih lebih lagi dalam perkara yang ada hubung kait dengan kaum lain lain.. Sensitivity kena fikir kena ambil kira.. sebagai pemimpin walau kita ingin bertindak seperti mana yang di rasakan olih kaum kita tapi kita adalah pemimpin untuk semua..Kena ikut ajaran kita ..kena beritahu pengikut kita SABAR, SABAR ,SABAR..Inshallah dalam sabar kita mencari solusi yang di redai Allah sebab ugama kata begitu..

Itulah sebenarnya tujuan Tunku suruh orang Melayu Sabar.

Rakyat patut beri kepercayaan pada Tunku..beliau lebih islamik dari kita.

Tenguklah kesilapan kesilapan di lakukan olih pemimpin yang gopoh gapak…
Cepat! cepat! jam pun di cepatkan. Mengakibatkan perbelanjaan, besar kerak dari periok ….tak tahu ke macam mana Tuhan jadikan dunia ini. bukan sehari…

Ketiga ,Tidak ada kepentingan diri dalam urusan kerajaan..

Bagaimana kehidupan akhir Tenku selepas tidak jadi PM ada kah beliau di kategorikan sebagai Orang kayaraya macam pemimpin Negara lain?

Saya percaya Tunku tidak ambil keutungan untuk diri beliau..

Kempat, kepimpinan beliau memang mementingkan kesejahteraan rakyat..

MOTO beliau ‘KITA TAK BELI PELURU TAPI KITA BELI MAKANAN,KITA TAK BELI KERETA KEBAL TAPI KITA BELI TRAKTOR’ tidak macam negara jiran yg banyak membelanjakan beli senjata dan peluru.

Beliau tak terikut akan kebuasan nafsu kebanyakkan pemimpin pemimpin dunia ketiga waktu itu.Beliau ada perinsip sendiri dan yakin beliau betul..

Sekian..Wassalam.

No comments: