Friday, March 28, 2008

AKHIRNYA MUNCUL LAH PENYELAMAT NEGARA?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamuakaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Kata kata mutiara Al-hikam (berkaitan bukti kekuasan Allah) : Diantara bukti-bukti yang menunjukan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadaNya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (yakni: Bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.

Sepakat para arifin bahawa segala sesuatau selain Allah tidak ada, ertinya:tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya. Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayangainya, di sini terhijabnya.

Firman Allah:

Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.

AKHIRNYA MUNCUL LAH PENYELAMAT NEGARA TERCINTA?

Saya merujuk blogger "kudakepang" yang memperkatakan keadaan panas mengelegak akan berlaku dalam masa terdekat. Selepas itu diramalkan akan berlaku terang sesuadah gelap..

Maksud “kudakepang” sudah sampai masa kedatangan penyelamat bangsa dan negara yang selama ini dinanti nantikan?

Sebab Shabandarmalakat berasal dari negeri Hang Tuah maka teringat lah hikayat Hang Tuah yang menjadi bacaan di bangku darjah dua dan tiga dulu.

Al kisah maka tersebut lah dalam hikayat Hang Tuah, di mana di termaktub dengan sejelas jelasnya di akhir riwawatnya sebelum Tuah ghaib, dia telah mencampakan Keris Tamin Sarinya dalam Sungai Duyung, sebuah sungai yang airnya cukup jerneh, mengalir sampai nun jauh di sana tak dapat mata memandang akan panjangnya , sesudah melintasi negeri tercinta tempat lahirnya keturunan pembesar pembesar dan Raja Raja yang membiak kembang di pelusuk Tanah Air.

Adapun nama negeri yang tercinta yang amat mashur lagi terbilang akan kegagahan pahlawan pahlawannya ( di zaman itu orang orang yang banyak buat pahala, di panggil pahlawan ,mereka mereka memang banyak buat pahala berkerja tanpa gaji ) di seluruh pelusuk alam di namakan oleh Duli Yang Maha Mulia Beginda Sultannya sendiri semasa Beginda berburu buru di dalam sebuah hutan belantara lalu ternampak akan Beginda seekor pelanduk putik melintas di situ dengan tak di sangka sangka, tidak lah pula dapat diingat oleh Beginda, mahupun pembesar pembesar Beginda yang kerjanya hanya mengampu dan 'senangtiasa' menghimpit Beginda hingga rasa rimas akan beginda,akan pernah terjumpa pelanduk putik, lalu beginda memberi isarat bahawa Beginda sendiri ingin sangat hendak memanahnya, lalu di angkat panah untuk dipersembahkan kepada beginda oleh mamak mamak yang berebut rebut siapa dulu dapat sampai kepada Beginda.

Lalu Beginda mengangkat panah dan di lepaskan kearah pelanduk putih. Maka oleh kerana sudah lama Beginda tidak bermain panah dalam hutan rimba tersasar akan anak panak itu lalu terkena sepohon pokok. Bunyi anak panah terkena pokok macam bunyi halilintar membelah bumi maka terkejuk beruk lah si pelanduk putih di buatnya lalu melarikan diri jauh dari situ. Maka bertanya akan beginda akan nama negeri di mana bumi di pijak. Tiadalah di kalangan pembesar pembesar akan tahu namanya . Almaklum semua pembesar pembesar jenis pengampu pengampu ingin pangkat dan darjat tapi tak tahu dan mahu nak baca hikayat hikayat dan kitab kitab lebih lebih lagi bab bab perlembagaan negeri.

Shahadan maka tersebut lah lagi dalam hikayat itu… terpancar di benak hati hati beginda untuk menamakan negeri ini akan nama pokok terkena anak panak beginda tadi . Lalu beginda bertanya kepada pembesar pembesar negeri akan namanya pohon itu. Al kisah memang lah pohon itu termashur namanya di kalangan binatang binatang yang suka akan dia memakan daunnya. dengan nama “Malakat” .Maka bertitah lah beginda dengan titah perintah menamakan negeri itu dengan nama “malakat” Maka tidak beberapa lama nama yang di sebut sebut senangtiasa di bibir ”Malakat ,malakat malakat” maka lama lama menjadilah ianya MELAKA ... maka itulah asal usul nama Melaka adanya.

Al kesah selepas zaman antah berantah itu menurut hikayat sampai lah pada riwayat Hang Tuah akan mencampakkan keris itu kedalam Sungai Duyung maka bersumpah akan dia :-

“ wahai Keris Tamin Sari, kau timbul lah dari dasar Sungai Duyung ini di mana tempat aku bermain main zaman kanak kanak ku bersama sama sahabat karib ku ,Jebat, Lekir, Kasturi dan Lekiu,,..kau timbul lah bila ada huru hara dimana keadaan anak cucuku akan tergugat tanah airnya. kerana kerenah pembesar pembesarnya berebut kuasa dan lebih mementingkan perut mereka sendiri dari nasib rakyat jelata. seperti firasat ku ini akan datang di satu zaman lepas hilangnya aku ini akan keadaan tatakala itu lebih dashat dari keadaan di Melaka sekarang ini....Dengan izin Allah aku akan kembali bila kau (wahai Keris Tamin Sari) timbul untuk menyelamatkan Negara dan Raja ku..”

Hatta, adapun setelah di campakkan keris itu, maka Hang Tuah menyelam akan ia dalam air sungai itu maka tatakala itu ghaib lah Tuah dari pandangan dunia ini yang fana ini..

Hatta maka adanya keadaan huru hara dan kucar kacir pembesar pembesar Negara ini tatakala ini tak ubah macam bayangan FIRASAT Tuah sebelum ianya ghaib maka banyak lah yang tertanya bila agaknya Keris Tamin Sari akan timbul bersama Tuah.

Bahawasanya hikayat Hang Tuah itu ada meriwayatkan akan pulang dia kepangkuan anak cucunya bila terjadi nya malapetaka seperti yang dia dapat firasat di Sungai Duyung maka di tafsirkan orang orang pandai lagi bijaksana di zaman ini. Bagaimana pulangnya Tuah..?. Tafsiranya berbeda beda akan tetapi ada satu tafsir hampir semua yang ada di kalangan bijak pandai bersetuju dengan tafsir itu, iaitu bahawa mustahil Tuah akan menjelma dengan batang tubuhnya tetapi Tuah akan muncul sebagai “semangat yang ada pada Tuah ”.

Adapun kisah Keris Tamin Sari itu pula mustahil akan dia muncul dengan batang tubuhnya oleh kerana lamanya berendam dalam air di sungai duyung akan hancurlah dia ..hatta di tafsirkan oleh orang bijaksana tadi ianya jatuh kepada gelaran; ada juga yang kata keturanan ;.maka di fikirkan adapun keturunan itu adalah anak raja ...semuanya boleh jadi. Sebab kalau di hukum ikut akal bijaksana lagi arif Keris Tamin Sari itu adalah raja pada semua keris keris ... Maka sah lah tafsirnya jatuk kepada keturunan yang ada darah raja adanya.

Shahadan rupanya tatakala Hang Tuah ghaib , negeri Melaka itu luasnya jajahan takluknya meliput hampir seluruh semenanjung dan bila mana Tuah (mengikut tafsir, “semangat Tuah”) akan muncul kembali tiada pula termaktub dalam hikayat itu..maka jadi lah tanda tanya rakyat jelata bila dan di mana tuah akan timbul .

Hatta dalam banyak tafsir di mana ‘semangat Tuah’ akan timbul, ada pula yang dapat firasat dan banyak pula yang setuju akan muncul di sebelah mata hari terbit …

Maka itu lah agaknya yang nak di perkatakan dan disebut sebut oleh “kudakepang” dalam blognya dua tiga hari ini ,.kemunculannya tak dapat di tahan tahan lagi .

Shahadan sebagai menutup riwayat..maka akan muncul lah seorang penyelamat Negara dari kalangan Anak Raja dari negeri terbit matahari yang dapat menyatu padukan semua rakyatnya jelata dimana dapatlah ia membagi bagi hasil Negara bersama sama menikmati ertikata kehidupan yang pernah di idam idamkan selama ini…Itu lah Dia orangnya akan membawa semangat Hang Tuah adanya Amin


Wassalam..Shahbandarmalakat http://siraltalmustaqim.blogspot.com/

No comments: