Thursday, May 1, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 6)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Sufian Asyuri minta nasihat dari Rabi’ah Al Adawiyah, maka berkata Rabi’ah: Engkau seorang yang baik, andaikan engkau tidak cinta kepada dunia.

PERJALANAN HAKIKAT ( Bahagian 6)

“ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Allahum shalli ‘alaa man ru’hu mighrabul arwah walmalaikatiwalkau’un. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu anbiyaaai walmuslaliin. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu ahli jaannah ibadillahil mukminiin. ( ini adalah selawat yang di amalkan oleh Siti Fatimah yang di turunkan oleh Arwah Usataz Yong kepada Atuk Man. Di dalam selawat ini penuh dengan ilmu hakikat, berhubung dengan ruh ruh berkumpul.)



Kepada: Adlan , Hafif, Nik, dan Misnan, yang di kasih, semuga kamu sentiasa mendapat Rahmat dan taufiq dari Allah Azza Wajjala.

Apa khabar, maaf kerana membatalkan perjumpaan bertempat di ‘CURVE’, Mutiara Damansara itu hari, maklumlah sudah tua; tahu saja lah, lepas operation, mudah sangat jadi penat bila naik kereta pusing pusing kat Shah Alam hari itu lepas jumpa student UiTm…pada mulanya ingat cepat lah boleh balik, rupanya lambat juga. ”

Atuk Man berhenti sejenak, memikirkan apa nak di ‘key in’ lagi dalam labtop nya yang sudah buruh berumur hampir 11 tahun. Memang slow kalau masuk internet. Masih berfunsi tapi hanya tak boleh’on’ dengan batterinya lagi.Kena sambung ke terminal letrik.

Sambil tu diperhatikan sebelah barat kebunnya yang sudah agak bersih di kerjakan oleh Dani, orang Kelantan, jirannya yang di suruh Atuk Man tanam pisang sambil tenguk tenguk kebun.Kalau musim durian tolong kutip buah dan jual.Atuk Man bagi dua dari hasil jualan itu.

Atuk Man fikir elok hantar email kepada budak budak tu .Mereka macam anak anak Atuk Man. Adlan dan Hafif, jurutera, baru graduate dan baru setahun berkerja..Adlan sudah berhenti, Hafif masih setia dengan syarikat tersebut.

Nik pula asal dari Kelantan, masih muda tapi sudah kawin dan di kurniakan seorang anak . Dia kebetulan adik kepada bekas staff yang berkerja dengan Atuk Man sekitar tahun !993. Tapi Nik juga sudah berhenti, sekarang berkerja dengan Syarikat yang juga pernah Atuk Man berkerja dulu. Dia akan di hantar ke Libya dalam masa terdekat.

Misnan draftman yang paling lama berkerja, di syarikat yang sama, sejak tahun1993 hingga kini. Pasal ilmu hakikat ini Misan lah banyak bertanya kepada Atuk Man dari tahun1993 lagi . Dia ada asas ugama , orang Aceh, tapi Atuk Man tak fikir Misnan akan terpikat dengan hakikat.

“ Nik,…. , kamu bila nak ke Libya? Siapa yang yang pergi sana lagi…Kirim salam pada Azman, kalau jumpa dia..

Hafif, sibuk sangat ke sampai email atau sms tak berjawab, kamu sekarang sepenuh masa kat Jalan Raja Chulan tu ke? Kirim salam kat En Zainol, dia ada kat sana lagi ke? Dia kuat kacau kamu lagi?

Misnan, … bos kamu tak bagi buka internet ? tak apa lah, balik rumah bukalah.

Adlan kamu macam mana? Dah dapat kerja baru…Kamu kena selesaikan masalah tak tidur malam tu dulu…. Saya dah suruh kamu call Ayoh Wang kat Trengganu kamu tak call apa pasal, kamu kan orang Ganu juga?

Kamu dah buat macam Nabi suruh sebelum tidur? Kalau lupa saya catitkan kat sini supaya kamu amalkan.

Ingat sebelum tidur, buat macam mana Nabi syorkan. Jangan tidur selagi kamu tak lakukan perkara berikut:

1.Kerjakan Umrah
2.Minta syufa’at dari Junjungan Besar kita
3.Minta ampun kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat
4.Khatam Al-Quran.

Bukankah saya dah terangkan kepada kamu macam mana nak lakukan semuanya, dah lupa.?”

“Nak kopi Ke?” Atuk Man terhenti sekejap, bila tiba tiba terdengar suara isterinya Wan Je dari dapur.
“Boleh juga, ada ke bawa gula ‘equal’?” Tanya Atuk Man.
“Ada.. Dah makan ubat?”
“ Lepas subuh tadi dah makan..” Jawab Atuk Man cepat, di saat ini dia tak mahu di ganggu, idea dan perkataan tersedia kepalanya menunggu nak di alirkan ke dalam laptob.

Macam macam ubat yang nak di makan , jantung, darah tinggi dan kencing manis, Ini lah dia di kata kan “alsyafi” dan “al mulmu’afi” semua ada di situ bagi orang yang mengerti.…Orang kata penyakit orang kaya…Atuk Man memang berasa dia kaya …kaya dalam miskin…

“Tak apa lah saya terangkan semula dan simpan lah email ni buat peringatan. Masuk kan dalam library kamu.
1.Kerjakan Umrah---baca subhanallah walhamdullillah wala illaha illallah..Allahuakbar… Laa haula wala quwwata illah billahi …baca 3 kali

2.Minta syufaat dari Junjungan Besar kita- Baca Selawat.. yang ringkas ke… yang panjang ke …baca 3 kali.


3.Minta ampun kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat…isytifar...yang mudah sekali -astagfirullah ‘inallah alghafurul Rahiimm…banyak banyak kali dan minta ampun pada Tuhan akan dosa dosa kita , ibu bapa kita adik beradik kita ,saudara saudara kita dan seluruh umat Islam

4.Khatam Al-Quran.: sekurang kurang nya baca surah Al fathihah sekali dan surah Al-Ikhlas 3 kali. Paling afdal sebaik baik nya baca 7 kali tiap tiap surah ini; .Al Fathihah, Al -Ikhlas, Al_falaq, Al_Iklas, An –Nas dan Ayat Kursi, semua 7 kali. Sebelum itu baca lah Bismillahirrahmanirrahim- 21 kali supaya syaitan tak ganggu kamu sepanjang malam.

INSYAALLAH KAMU AKAN DI LINGUNGI ALLAH DAN MUDAH MUDAH DAPAT ILMU LADUNI
.”

Atuk Man berhenti sekejab, bila terdengar cucunya zulaika menangis berebut basikal dengan kakaknya zulyana.mereka bermain di verandah rumah di bahagian depan. Biarkan Wan Je nya selesaikan masalah cucunya..,Fikir Atuk Man.

Bab cucunya sahaja kalau nak cerita boleh jadikan nobel. Tapi Atuk Man tak mahu lakukan di khuatiri akan menjadi satu igauan atau stigma pada cucu cucunya satu hari nanti bila mereka dah besar.

Kisah ibu bapanya. Apa nak di katakan memang sudah termaktub. Tapi sebab menyebab nya itu patut di renungi lebih lebih lagi sikap tuan Kadi Subang Jaya yang menolak ‘counselling’ terlebih dahulu sebelum ke mahkamah. Bila di rujuk kembali kepada Kadi tersebut, dia juga sama “mempersoalkan” kenapa tiada counselling. Di ‘panggilnya fail bersabitan’ kemejanya dan dia pun terkejut bila membaca lapuran yang di buat- ‘tak perlu counselling’. Lepas membaca dia berkata “ Ini tanda tangan saya!”.

Ini lah cerita tentang kecekapan seorang Kadi.

Bila tangisan tidak kedengaran lagi Atuk Man terus mengetuk semula keyboard laptopnya.

“Saya berjanji nak terangkan tentang perngertian “Laa haula quwwata illa billah”.
Yang seiring jalan dengan kalimah “Laa illaha illallah..” di mana yang ini saya sudah terangkan mengikut fahaman hakikat.

Tapi selepas ini kamu pergi lah cari guru jangan tangguh, jangan jadi macam saya dah berumur 38 tahun baru nak mendalami. Lagi awal kamu mula berenang di lautan ilmu hakikat lagi bagus…Ini jalan untuk dunia dan akhirat, Cuma bezanya, macam kita basuk baju (baju- ibarat akhirat)…tak payah di fikirkan nak bersihkan tangan ( tangan -ibarat dunia) …Bila baju bersih ( dapat akhirat) otomatik tangan pun sama bersih ( dapat dunia).Ini dilakukan dalam satu masa!

Menuju ke akhirat, ibarat kita melalui satu padang luas, kita terus berjalan tak perduli yang lain lain, kita beri tumpuan penuh kepada matalamat hala tuju kita ( akhirat)….tetapi dalam pada itu kalau ada kemuncut ( dunia) terlekat pada kaki seluar kita itu..terima lah…kemuncut (dunia) nak terlekat terlekatlah..tak terlekat pun tak apa (redha saja).

Itu yang di katakan bila kita menuju ke akhirat, dunia akan ikut kita…. Bukan kita ikut dunia…di sini ada ilmu yang tinggi bagi yang mengerti…

So, di bawa ini saya mulakan hujah saya kamu ambil ilmunya di sini.

Untuk memudahkan kamu mengikuti bab ini saya salinkan terjemahan kitab Al Hikam untuk kamu semua renungkan dahulu.

Bab 10) Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak, sedang ruh (jiwa)nya, ialah terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan itu.

Keikhlasan seorang dalam amal perbuatannya menurut tingkat kedudukannya maka keikhlasan orang abrar ( orang awam), apabila amal perbuatan itu telah bersih dari riya’ yang jelas maupun yang samar sedang tujuan amal perbuatan mereka selalu hanya pahala yang di janjikan oleh Allah kepada hambaNya yang ikhlas.

Dan ini terambil dari ayat “iyyaka na’budu” Hanya kapadaMu kami menyembah , dan tiada kami mempersekutkan Engkau dalam ibadahku ini kepada sesuatu yang lain.

Adapun keikhlasan orang orang muqarrabin ialah menerapkan perngertian “Laa haula quwwata illa billah”.

Tiada daya untuk mengelakkan, dan tiada kekuatan untuk untuk berbuat apapun kecuali dengan pertolongan langsung dari Allah ( kehendakNya dan Afa’alNya semata).

Tiada daya kekuatan sendiri, sedang semua itu dari Allah, ia merasa bahawa semua amal perbuatan semata mata kurnia Allah kepadanya, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufiq.

Ini di ambil dari ayat : “Iyyaka nasta’in”. Hanya kepada Mu kami mengharap bantuan pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya.

Amal orang abrar( orang awam) di namakan amal lillah; Beramal kerana Allah.


Sedang amal muqarrabin di namakan :Amal billah: beramal dengan bantuan kurnia Allah ( kehendak dan Afa’alNya semata). (Fahaman saya: Tiada kehendak se orang hamba melainkan kehendak Allah semata, tiada gerak dan afa’al seorang hamba melainkan semuanya gerak dan afaal Allah, Tuhannya.

Amal “lillah” menghasilkan sekadar memperhatikan hukuman lahir, sedang amal amal “billah” menembus ke dalam perasaan hati.

Seorang guru berkata: Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas dan perbaikilah keikhlasan mu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedang semua kejadian itu hanya semata mata kerana bantuan (afa’al) Allah.

Bila seorang itu memulakan mengerjakan ibadah menurut perintah dan mengikut hukum hakam fiqahnya itu apa yang di katakan ‘lillah” sesudah tentu seorang itu ingin meningkatkan kepada ‘Billah”. Tidak kah kamu mempunyai perassan ingin meningkat lebih dari yang ada sekarang?

Untuk sampai ke “billah “ kena faham erti kata perngertian “Laa haula quwwata illa billah”.yang sebenarnya.” Atuk Man berhenti seketika. Bunyi motor begitu kaut lalu di hadapan rumahnya.

“Dani ke tu”. Jerit Atuk Man kepada isterinya.

“Bukan, anaknya yang lalu” jawab Wan Je.

Kalau Dani yang datang dia nak bagi wang sagu hati untuk bulan ini.

Atuk Man menghirup kopi. Dan meneruskan kerjanya menaip.

Dalam keadaan dia belum baik betul Atuk Man tak berani nak berkuat kuat menebas seperti biasa bila dia turun ke Jelu ni.
,
“Iklas adalah salah satu rahsia Allah . Itu dalam hadith kursi.Apa yang saya faham tentang ikhlas: sedang kamu berjalan jalan di Bandar, tiba tiba datang se orang tua yang amat daif lalu kamu seluk poket kamu terpegang duit lima puluh ringgit lalu kamu bersalam dengan orang tua tu dan tinggalkan wang tadi dalam gengaman orang tua itu.Kamu langsung tak sedar dan tiada niat nak menghulur wang itu….;berlakunya secara spontan…gerak Allah yang tak ada ‘early warning’ iaitu ilham…terus gerak ..dan ini juga lah di katakan ..gerak “billah” ..

Itu lah dia ikhlas yang sebenar….tak ada niat..mungkin niat itu ada tapi dia lambat terbitnya sebab telah di dahului dengan perbuatan…lepas buat baru lah ‘sedar’ itu datang…..

Jadi berhati hati hati dengan orang berkata “saya bagi ni dengan ikhlas”…sebenarnya ..tak berapa iklas…

Begitu juga saya selalu bergurau dengan orang Indo bila bercakap…”secara jujur nya Pak saya katakan”….bererti apa yang dia cakap sebentar tadi dia tak jujur…sekarang ini baru jujur….….Just joking jangan marah …itu budi bahasa dia apa nak buat...

Jadi Laa haula wala….penyerahan diri kita pada Tuhan….

Kamu berdua ,Nik dan Misnan dah kahwin…apakah penyerahan kita kepada Allah seperti isteri menyerah dan patuh kepada suami? Atau seorang hamba abdi menyerah dan patuh kepada tuannya? Kamu tentu tahu itu penyerahan dari physical sahaja, tidak total jiwanya entah kemana….Kamu faham maksud saya?

Penyerahan total ialah dengan mengosongkan diri dan biar perlakuan Allah yang ambil alih, …semuanya afa’al dan sifat Nya ‘Billah” semata mata.

TAK BOLEH KITA KATA MENYERAH ….TAPI DALAM MENYERAH KITA KATA KITA YANG ADA KUASA BUAT ITU DAN INI…..

Ingat apa Imam Ghazali kata iktiarpun dalam takdhir Allah, dari Allah bukan iktiar kita..begitu juga “self confident” ( percaya pada diri sendiri) yang selalu di gembar gembur oleh orang orang motivasi…ada lah syirik… Sebalik nya kita kata ‘confident Allah akan beri keyakinan kepada kita..Allah yng bagi kuasa Self confident…kata kata imam Ghazali, bukan saya.

Orang orang hakikat akan balik kepada titik…dan sebelum adanya titik..Subhanallah Engkau saja yang wujud
… …

Macam mana nak cari guru? Mungkin ada antara kamu yang bertanya… cari lah tanyalah ..ada orang katakan ilmu nak kembali… ada jalan nak jadi orang bodoh..( bodoh lah sebab sifat pandai bijak bukan kita punya)…Ada kata ilmu cari titik…kalau agak agak dan jumpa tanyalah….kalau lembu hilang macam mana lembu nak cari tuannya…atau pun tanya kita ini dari mana nak kemana…Itu anak kunyi nak korek rahsia. Guru guru tak akan bagi kepada sebarangan orang…orang bodoh saja yang bagi rantai mutiara pada kucing…

Kalau terjumpa kitab lama…yang berbunyi lebih kurang…(kalau tak tahu nak baca suruh kawan dari Ganu bacakan, Adlan pun orang Ganu )….”Ada puuun (loghat ganu) akan bermula sesuatu perbuatang mestilah ianya bermula dengang titik….bermulanya huruf Alif pun dengang titik , bermula huruf “ba” puun dengang titik…

Akang tetapi kita nak mengetahui sebelum adanya titik…maka sekian adanya….waulahu’alam . Ambil lah buku ini dan tanya kepada yang empunya buku.

Ingat apa yang telah saya ceritakan dalam kitab zabur…

Dalam Kitab Zabur ada tersebut: Dan siapakah yang lebih kejam dari orang yang menyembahKu kerana syurga atau neraka, apakah andaikan Aku tidak buat syurga dan neraka, tidak berhak untuk disembah?(hikam).

Sudahkah saya beritahu kamu cerita Nabi Allah Daud yang berasa gelisah sikit dan Allah tengur dia lalu dia jawab memang hati dia tak berapa sedap…bukan bermakna dia tak syukur… lalu Allah beri dia satu doa di mana bunyi dalam bahasa kita lebih kurang ; memohon di timbulkan perasaan cinta kepada Allah termasuk di kalangan keluarganya…. Cinta dan kasih sayang yang tak terhingga ..ibarat seorang sedang dahagakan air… namun cinta kasih sayang kepada Allah itu, mengatasi perasaan dahaga tadi …

(Kalau sanggup nak amalkan doa di atas saya boleh bagi, biasa saya buat dalam sujud bila sembayang sunat. )

Setelah di amalkan ,Allah “mencampakkan” satu persaan lazat(fana) yang tak terhingga kepada Nabi Daud dan dia pun berkata kepada Allah …Ya Allah, kalau begini lah rasanya… kalau kau campak kan aku jauh di lapisan bumi yang dalam sekali pun aku redha…. atau kau campakkan ke neraka jahanam sekali pun aku redha….Ini persaan fana Nabi Daud sepertimana di ceritakan oleh Arwah guru saya dari Kuala Trengganu.

Semuga kamu dapat membaca makalah ini dengan penuh sabar dan dapat ilmunya , semuanya gerak dari Tuhan .Wabillahi taufiq walhidayah. Wasallam.

Dengan itu Atuk Man ‘save’ daft, insyaallah akan di emailkan bila sampai KL nanti..di jelu internet mobilenya tak ada connection.

3 comments:

love is forever said...

keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita...
apa yang nampak.....

Unknown said...

WHT IN THE INSIDE IS THE IMPORTANT MATTER...ANYWAY,NICE BLOG,GOT SOME A BIT IMPROVEMENT OF APPEARANCE..HEHE..CONTENT IS THE CORE SUBJECT..KEEP ON WRITING..THANX!!

Anonymous said...

t.ksh atuk..apa yg atuk citerkn ...jun dh tau sgala2nya..jun jdkn iktibar...smua surah yg atuk ajar sblm tido..jun dh noted..alhamdulillah...timbul rasa keinsafan yg teramat..enth mgapa jun rasa sedih....tksh buat atuk..assalamualaikumwarohmatullahibarakatuh :)