Sunday, May 18, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 16)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man ‘agtaitahu fayardaa



PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 16)

Malam tadi Atuk Man tidur dibilik yang sama, bilik MakSu.

Malam tadi Atuk man tak perasaan Wan Je ada datang ke tidak, jeguk jeguk dia seperti biasa. Selalu nya Wan Je tidur awal , Isyak di lambatkan ,dia bangun tengah malam baru isyak. Kalau Atuk Man tak tidur sebilik, dia akan datang jenguk jenguk Atuk Man , bukan apa nak pastikan Atuk Man masih bernafas lagi ….itu saja tujuan dia. Dia takut Atuk Man terbujur keras kerana lambat disedari. Atuk Man mudah sangat terjaga...selalunya di perasan bila Wan Je tenguk dia.

Rumah ini semua ada bilik untuk tiap tiap seorang anak Atuk Man, Along, Abi, Maksu, abang, melainkan Angah.Bilik semuanya ada 6 tapi semasa Arwah Mak Wan Je masih hidup, dia tinggal kat rumah ini, jadi duduk di bilik yang di untukkan untuk Angah. Masa tu Angah masih di UK.

Bila Arwah meninggal, selepas sebulan Angah convo. Bilik itu di duduki oleh pembantu rumah mereka . Atuk Man dan Wan Je tak sangka pula Angah akan balik cepat. Masa Atuk Man ,Wan Je, Abi, dan Mak Su ke Manchester kerana convo Angah, iaitu bulan July tahun1999, dia cakap dia sudah dapat offer buat master di sana, tapi di sebabkan dia di jangka due untuk melahirkan anak kedua pada September tahun itu, jadi dia lambatkan ke masukannya kebulan Febuary Tahun 2000.

Sebelum pergi ke Uk,
terlebih dahulu, Wan Je buat arrangement hantar Mak nya ke Purun, Pahang, tempat adiknya.

Nak jadi satu cerita , masing masing gembira sangat bila sampai ke Manchester, utama sekali nak jumpa cucu yang pertama Akin. Dia balik Malaysia sekali saja...sejak dilahirkan pada 1997.

Tiba saja di Manchester, pada ke esukan harinya dapat telifon call dari isteri Abang, anak lelaki mereka kat Malaysia, mengatakan Mak Wan Je sakit dan di masukkan di hospital Termeluh.

Menerima berita itu mood Wan Je berubah 100% dia jadi amat sedih .

Tiba tiba dia jadi rasa bersalah kerana menghantar Maknya ke Purun semata mata nak ke UK.. Jam itu juga dia nak balik...semua orang jadi sugul dan susah hati. Wan Je tak mahu makan langsung. Melihat keadaannya, Atuk Man menyuruh suami Angah book tiket balik untuk Wan Je saja. Dapat seat , flight besuknya. Wan Je teringat bila Bapa dia meninggal dulu dia tak sempat berjumpa dalam perjalanan balik dari Pantai Timur. Dia memikirkan perkara yang sama akan berlaku pada Maknya.

Maka bertolak Wan Je ke London dengan bas di temani oleh AtuK Man, yang lain lain tinggal kat Manchester. Bila Wan Je sudah berlepas Atuk Man telifon Yub, pemandunya, jemput Wan Je kat KLIA dan Atuk Man naik bas semula ke Manchester.

Sebenarnya adik Wan Je dah pesan pada isteri Abang jangan beri tahu Wan Je , Maknya tak critical lagi, tapi menantu mereka bukan di kalangan orang Melayu, dia tak berapa faham, beri tahu juga.

Mak Wan Je meninggal sebulan selepas pergi Manchester, di rumah adiknya di Purun . Walau pun Wan Je berada di Kuala Lumpur, waktu itu, namun dia tak sempat menghadapi Ibunya. Dapat berita Mak dia tenat, Atuk Man suruh, Yub, pemandunya, hantar Wan Je ke Purun, Tapi sampai saja di gerai makan Bukit Angin, sebelum Jambatan Termeluh dia dan Yub berenti makan kerana lapar sangat.

Bila nasi pun sampai Wan Je baru nak suap nasi , telifon berbunyi, adiknya beritahu Wan Je “Je, Mak dah tak ada.! “

Wan Je langsung tak sempat menyuap nasi terus menangis di perhatikan oleh orang ramai dan terus mengajak pemandu Atuk Man bertolak ke Purun, masa tu juga. Hati nya hancur kerana tak sempat berjumpa Ibunya.

Namun apa pun bagi Atuk Man Wan Je dah buat yang terbaik untuk ibu nya, Dia hanya tak berkesempat di saat akhir. Ibu nya duduk dengan Wan Je hampir 7 tahun sejak Angah ke UK hingga
Angah graduate. Dia sentiasa jaga hati ibunya dan makan minumnya dia hidangkan.

Bila berhadapan dengan dilema antara anak dan ibu, Wan je dah tunjukkan dia utamakan ibunya, dia tinggalkan kepentingan dunia, iatu convo anak, dia pilih untuk bersama ibu yang sakit, walau pun belum critical, convo lagi dua hari sepatutnya dia boleh tunggu, tapi hati dia memberontak nak bersama ibu, tak apa lah dengan convo anak, anak dah berjaya sudah cukup baginya...doa dia sudah di kabulkan Tuhan…

Itu lah Allah mengatur semuanya.

Masa convo Angah Wan Je tak dapat bersama. Atuk Man dan anak anak yang lain tak lah begitu gembira. Tak seronok, lebih lebih lagi Maksu dan Abi.

Masa Angah kat UK masing masing sudah datang menjenguknya.Semasa Angah belum kawin dua kali Wan Je turun, seminggu dua minggu kat sana. Masa melahirkan Akin, Wan Je sibuk dengan urusan menjaga Mak dia, mereka hantar Along masa tu UIA cuti..

Selepas Along , Wan je hantar Abang untuk jaga Akin, abang duduk tiga bulan, dia tak senang duduk pasal girl friend dia selalu bertanya bila nak balik. Janji nak bawa Akin balik tapi last minute Angah tukar fikiran. Lepas Along dan Abang berkahwin, hantar balik Abang dan isterinya jaga Akin, pun tak lama, pasal isteri abang sedang mengandungi Amin, mereka balik ke Malaysia. Pelan Atuk Man suruh mereka duduk lama di UK tak menjadi..

Pendekan cerita, bila Angah balik dari Manchester, sebab dia sudah ada anak, Wan Je suruh tinggal di bilik Wan Je dan Atuk Man, “bilik the loving couple” di bahagian belakang. Along sudah ke USA, bilik dia kosong , lalu Atuk Man dan Wan Je tinggal di bilik Along.

Angah balik tergesa gesa kerana di dapati student visa sudah tamat, visa kerja hanya bermula bulan Febuary 2000. Sepatutnya suaminya dapat visa kerja berasingan tapi tak dapat.Tujuan balik Malaysia sebenarnya sementara tunggu bulan Febuary 2000. tapi keadaan berubah bila di dapati banyak sangat masalah. Pergi balik ke UK siapa nak jaga cucu cucu tu. Dulu seorang sekarang berdua.

Atuk Man pujuk Angah tak payah balik, UK, buat master kat sini je.Bertugas lah dulu.Jadi September 2000 baru Angah masuk service report duty sebagai Doctor Pelatih. Dia sudah rugi service setahun. Kerja tak tentu masa. Sebab itu Asim tu rapat sangat dengan Atuk Man.

Bila Angah dah confirm jadi MO, baru lah di rapat dengan Asim dan dia pindah ke Klang di mana dia sewa rumah dan kemudian beli rumah kat Kota Komuning.
Dia risau anaknya Asim rapat dengan Atuk Man.

Kepada Asim dia brain washed selalu “mana lebih sayang , Atuk ke Umi?” itu saja di asaknya asim hari hari, sehingga asim curi curi nak rapat dengan Atuk nya.

Bila
dia telifon Atuk Man, “atuk bila nak datang ambil asim”
“Asim dah tanya Ummi?’ Atuk Man tak mahu memandai mandai, nanti Wan Je marah memandai mandai..Wan Je tak suka Angah bising bising…Angah kalau muram semua alam turut muram…tak boleh..

“ Atuk datang je ambil” senang bunyi Asim..Terpaksalah Atuk Man telifon Angah tanya boleh ambil budak budak tu…kalau dia kata ambil lah baru Atuk man bergegas, kalau lepas kerja terus suruh pemandunya ” Yub, terus pergi Klang ambil budak budak tu..”

Hingga hari ini bilik Angah tak dapat di peruntukan,yang ada tu sudah jadi store barang catering Wan Je.

“Buat rumah satu tingkat macam mana nak dapat banyak bilik, tiap bilik mesti ada tingkap, susah nak design nak dapat 7 bilik, ke 8 bilik satu tingkat…Silap.” Ini saja di fikirkan Atuk Man.


Selepas habis buat HO Angah di pindahkan ke Hospital Klang, jadi menyewa rumah lain…sekarang dia duduk rumah sendiri dan akan bertugas semula di Klang sebagi pakar bius awal bulan June ini.


“ Tentu abang dapat banyak duit insurance masa cukup umur 56 tahun dulu” Kata Abd Rashid pada Atuk Man dalam perbualan telifonnya.

“ Abang mana ada ambil insurance ,Shid, dulu masa awal berkerja ada lah ambil lepas tu dah tahu sikit hukum hakam surrender balik…tak lagi main insurance” terang Atuk Man

“ Eh Bang, kan ada yang Islam punya , apa tak ambil…” Sambung Abd Rashid

“Ada yang Islam? … macam mana benda asalnya haram lepas tu jadi halal...kalau babi di bersih dan di sembelih cara Islam …boleh jadi halal ke?..”

“Babi lain Bang…ini system perlaburan…serupa macam kita simpan duit..” sambung Rashid lagi..

“simpan duit lain…yang ini ada unsur perjudian, ada pertaruhan,…pertaruhannya nyawa…Insurance company bagi jaminan awak boleh hidup melampaui 50 tahun…dia kira dari keadaan kesihatan kau,…katakan kau ambil rm 50,000 insurance nyawa….waktu ambil umur kau katakan 25 tahun . kira kira kasar, kau ada lagi 25 tahun nak hidup, dan untuk itu kau kena bayar premium dalam rm2000 setahun campur interest 5%, jadi 100, campur rm 2000 ,jadi rm 2100 setahun premium nya kau kena bayar hingga cukup umur 50 tahun, .Dia punya tawaran kau akan dapat lebih kurang rm 100,000 sekiranya kau boleh berkayuh sampai 50 tahun”….Atuk Man berhenti sekejap.

“sekiranya kau mati setengah jalan, kau di beri Rm 50.000. ya tak atau …mungkin lebih.. pokok nya dia telah buat satu tawaran ia itu sekiranya kau mati… pertaruhannya nyawa, shid…kita orang Islam kalau kita menerima bermakna kita telah menolak qodak dan kadar…

“kita dah tak yakin…nyawa tuhan tentukan, betul kita tak tahu bila akan mati…Ada sebab Tuhan sembunyikan bila kita akan mati dan juga ada lah satu muslihat Tuhan untuk menguji sama ada kita beriman atau tidak…” Atuk Man berhenti bagi peluang Abd Rashid bercakap.

“ Ia lah Bang , dia orang pun dah kira dah tu…ada lah cara dia taklid tu…”

“ itu lah shid, ini ada kait mengait dengan akidah dan imam. Dalam Tuhan menyebut Qodak dan kadar dalam waktu yang sama Tuhan dah janjikan rezeki setiap seorang..jadi sudah ditakdir…jadi abang nak cakap apa lagi..ialah orang yang ambil insurance pun sudah di takdir Tuhan yang dia akan terpesung kat situ, sebab yang masuk neraka pun sudah di takdirkan juga…” sambung Atuk Man.

“ tak apa lah Bang kita cerita lain masa….assalamualaikum.”

“ Mualaikum salam”..Habis situ saja perbualan Atuk Man dengan sepupunya Rashid……

Atuk Man geling kepala …hai bukan senang hal hal macam ini…Dia orang yang terlibat dalam perniagaan ini memikirkan duit saja…kalau Islam tak benar dia akan cari jalan nak boleh Islam terima…dai cari jalan adakan alternative…seolah olah Islam rugi besar tak ikut system yahudi…

Yang paling tak di sukai Atuk Man bila tenguk dalam TV iklan untuk skim insurance pelajaran, di mana yang jadi model pengiklanan ia lah pendakwa bebas yang popular….dia endorsed skim tersebut…seorang yang bercakap pasal keluarga Islam…

Macam mana dia mengkaji sehingga dia boleh menerima skim insurance tersebut sebagai boleh di terima Islam?

Atas nama apa sekali pun bila melibatkan insurance tidak lari dari ‘penjual risko’ . Risko ada asas syarikat insurance seperti mana “riba” asas bagi Bank. Sebenarnya Risko itu adalah takdir Allah. Semuanya telah termaktub…kaya miskin dah termaktub…rumah terbakar sudah termaktub …kereta berlangar sudah termaktub…kalau tidak macam mana Tuhan nak Kabul kan doa doa untuk murahkan rezeki rezeki pemandu pemandu tow truck dan pengali pengali kubur kalau benda benda ini tak berlaku?

Begitu juga dengan system jualan langsung, system perjudian yang sama di gunakan.Orang naik keatas dalam system dapat lebih komisin dari pada yang baru masuk, wal hal jual barangan yang sama dengan orang bawahan. Orang bawah jadi kuli orang di atas. Hasil usaha orang di bawah, orang atas yang menekmati ke utungan yang lebih…masalah nya mereka di beri tahu orang di bawah juga satu hari sekiranya rajin boleh menikmati. Mereka menanam ‘ “harapan “ menjadi kaya.. Mereka menjual harapan sebenarnya.

Mereka yang masuk tak fikir bahwa separuh dari kebanyakkan orang yang di recruit akan give up separuh jalan dan keutungan yang sepatutnya orang ini dapat, tapi tak di beri kerana ‘ baru’ , belum dapat target. Itu lah yang mengayakan syarikat jual lansung.

Kalau di kaji nak buat perniagaan cara lansung produk yang hendak di jual mesti ada keutungan ( margin) 100% paling kurang. Sebab 50% akan di bagi bagi kepada agent penjual (down line) dan 50% lagi untuk syarikat.



Apa nak buat Tuhan tu dah siap dalam komputernya list orang yang masuk surga dan neraka…..Terima lah kadar masing masing.

Akhirnya Abi anak AtukMan kat Dublin YM dengan Atuk Man jam 6 petang semalam . Sana jam 12 tengah hari Ahad. Baru balik dari Crotia malam semalam. Di Crotia musim panas sangat ,muka dia hitam sikit.

Dia tanya mak dia buat apa, Atuk Man jawab Maknya macam biasa waktu petang suka bakar sampah, menambahkan lagi global warming up. Abi sebenarnya active dalam pencipta Alam sebelum ke Dublin. Kemudian
dia YM balik:

Abi: Ha ha ha.
Abi: tak kena saman ke
Atuk Man : Selangor di bawa kerajaan yang baru ditubuhkan , kerajaan baru masih belum da keperluan nak saman rakyat. Tapi bila rasa dah tak berduit mungkin saman…
Abi: Oh kerajaan baru!


Atuk Man selalu berseluruh macam itu tapi kadang kala ada sengat…mungkin otak nya terlalu critical…

Kadang kadang tak boleh salahkan orang macam Atuk Man sebab dia di latih begitu oleh mentornya.

Boss pertamanya ,Mr Kent jurutera Scottish,sebagai Dredge Master di atas kapal korek, di tanjung Tualang di Perak…lepas tu Mr Alex jurutera Kimia, dalam rekabentuk kilang kelapa sawit, Mr Joshi, Chief Engineer, British trained, di Kilang Proses Gula, Di Poona India. Mr Mc Cloud , Mechanical Engineer, kilang memproses koko…semuanya jenis critical dan teliti.

“Masih tak ada email atau SMS dari Adlan dan Hafif. Dengan Nik ada juga YM, lepas jumaat lalu.” Teringat Atuk Man akan bekas staff nya.

Atuk Man dapat berhubung dengan Rafar yang masih berkerja sebagai Mechanical engineer, projek kat Banting . Ada masalah sikit pasal sub contractor walau pun syarikat Awam, namun menghadapi cash flow yang serious, kena di bantu selalu.


Bila berehat macam ini lama sangat rasanya. Dalam hidup Atuk Man dia tak pernah ambil cuti melebih seminggu…pernah baki cuti tahun tidak di gunakan…pasal kerja tak boleh tinggal, lebih lagi bila dah kecipung dengan kerja kerja kontrak melibatkan services bangunan.


Atuk Man bersyukur sangat akhirnya dia dapat cari sajak Chairil Anwar pasal dia hendak hidup seribu tahun lagi dan sajak terakhirnya di pintu mu ku ketuk yang di jadikan nyanyian …cucu cucunya ikut menyanyi bila ada satu Drama yang buat lagu tersbut sebagai latar belakangnya.

Dulu Atuk Man dapat dalam buku nipis “hakikat” buku tu dah hilang masa sibuk menganjurkan kursus sebuah parti polotik dulu, Atuk Man bawa bersama buku itu, pasal ada sajak itu.

Tadi dia terbuka satu buku nipis juga pasal tauhid dia terjumpa balik.

Tapi sebelum itu di selit satu pantun, di mana penulis buku itu nak kaitkan dengan ajaran Tauhidnya.

Cik puan Raja Delingga
Kulit cempedak dalam perahu
Karana tuan (puan) hati ku gila
Makan tak sedap tidur tak tentu.

Kata penulis, Nah, “tuan” atau “puan” itulah tuhannya , illahnya bagi orang yang jatuh cinta.

Firman Allah:
Tiada ada yang sepantasnya ditakuti kecuali Allah(Q.S 9:18)

Dalam buku “ Aqidah Tauhid”, Penulis menekankan kita tak sedari kita mengadakan illah (tuhan) selain Allah bila di selubungi perasaan perasaan takut, bimbang dan lain termasuk cinta dan rindu. Contoh takut tak naik pangkat, illah kita pangkat lah, takut kita biarkan perasaa mendominasi kita hingga tak disedari kita samakan dengan Tuhan..itulah bahayanya.Seperti orang bercinta diatas, tuan atau puannya jadi “illah” nya tanpa di sedarinya. Bahaya!

Sajak sajak Chairil Anwar yang dah lama Atuk Man tak baca
.

Kalau sampai waktuku
Ku mahu tak seorang ‘kan merayu
Tidak juga ‘kau
Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar perluru menebus kulitku
Aku tetap meradang menerajang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi.

Mengambarkan putus asanya, kurang pendidikan tauhid., ulasan penulis buku itu.

Mungkin sajaknya ini akan di gubah seperti berikut

Kalau sampai waktuku
Ku mahu tak seorang ‘kan merayu
Tidak juga ‘kau
Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini hamba Allah
Dari gumbulan darah
Merah
Biar perluru menebus kulitku
Ku kan terus mengabadi dan mengabadi
Mengabadi
Hanya pada Allah.

Bagi Atuk Man mungkin Penyair sudah merasa dia tak lama lagi di dunia ini, dia tahu tak mungkin dia boleh hidup seribu tahun lagi, tapi dia expressikan persaan nya sebab dia rasa mati akan menemui dia di dalam waktu yang singkat.

Selepas itu Chairil Anwar akhirnya menerawang jauh seperti senandungnya dalam sajaknya yang terakhir, sebelum di kembali menemui Tuhannya.

Tuhanku.
Di dalam termanggu
Aku masih menyebut nama Mu
Biar susah sungguh
Mengingat kau penuh seluruh
Caya Mu panas suci
Tinggal kerdip lilin dikelam sunyi
Tuhanku,
Aku hilang bentuk
Remuk

Tuhanku,
Aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
Dipintu-Mu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling.

Akhirnya dia sampai kembali kepada Tuhan tidak bisa bepaling, setelah sekian lama mencari Tuhan..mengembara di negeri asing…hingga hidayah di buka untuknya. .

Sebuah kisah sedih campur gembira….naik bulu roma Atuk Man bila sampai ke ke bab “Dipintu-Mu aku mengetuk. Aku tidak bisa berpaling”. Rasa Chairil masih hidup…

Memang sudah di jadikan lagu..namun mungkin penyanyi tidak menempuh alam hakikat jadi kurang impak nya. Sayang sekali.

Angah hantar SMS
“ Boleh catering 150 orang kat HUKM “
“Boleh, bila?” balas Atuk Man, Ini mesti dia dan rakan rakan yang lulus kena bagi makan kepada staff bius di HUKM.
“ Jumaat in. berapa harga bryani standard” Tanya Angah
“ Rm 13 per pax.” Balas Atuk Man
“ OK” jawab Angah.

Memang tak ada untung sangat catering sekarang, berasmati ( beras tak mati, kata Atuk Man) sudah naik RM 40 dari rm 31. lain lain bawang , kentang, semuanya naik..

Cucu cucunya bila berkumpul 7 orang semua nya, jadi bising rumah ini.
Sekajap tadi yang perempuan tiga orang tu naik atas katil main lakunan “gengz star” seorang akan menyanyi lain jadi pengritik
Didi nyanyi lagu ulat jadi kepumpung dan rama rama
Nana tukang komen: Suara awak macam katak.. .tolong pelahan kan sikit bila bab…markah 50 ..Atuk Man kurang ingat perkataan nya. Berapa kali nak ambil video ,,tapi charger battery camera entah kemana tak jumpa…cadang nak email Abi …
Kadang budak lelaki yang 3 orang tu masuk campur...jadi tambah bising lah..

Atuk Man memandang ke arah pokok mangga dan fikiran melayang lagi... bila agaknya dia boleh mengembara arah ke Rompin ...tak pernah pergi sana.
Wasallam

No comments: