Friday, May 16, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 14)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi


Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad manhadaitahu fahtada

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 14)

Dari subuh lagi Atuk Man gelisah menunggu…masalah nya telifon yang aktif di bawa Wan J ke kedai kueh mueh nya yang dia berkongsi dengan kawan dia. Baru mula, hampir seminggu. Bertambah sibuklah…Anaknya Abi hanya dapat cakap “ Larat ke Mak”…


“Wan dah balik” teriak cucunya Nana.
Jam dah 9.30 pagi, Wan Je dengan jubah hitam dengan tudung purplenya, tiba tiba muncul di depan pintu.


“Ah… ada Angah Telipon?” Tanya Atuk Man

“Alhamdulillah…Angah Pass” Wan Je terus menangis, seperti dulu dulu bila ada berita kejayaan anaknya mesti dia menangis, tangisan nya standard untuk berita baik ke atau berita buruk ke sama Je .Dia mesti menangis, serupa Arwah Bapanya.

“ Alhamdulillah” sambut Atuk Man…Ini berita yang di tunggunya sejak malam tadi. Dia berasa Tuhan telah perkenan kan doanya dan nazarnya...

“ You keluar sekajap lagi hantar pisang kat masjid” Atuk Man mengarahkan Wan Je.


Dia ambil telifon terus hantar SMS kepada Angah; textnya “ Congratulation”

“Alhamdulillah” SMS yang di balas oleh Angah . Satu pengorbanan yang hebat untuk bangsa dan Negara.

Dia sudah tentu bergembira dan seluruh alam turut bergembira bila dia bergembira…


Atuk Man penuh Yakin anaknya yang ini akan jadi doctor yang didikasi dan berjaya menemui sesuatu yang baru dalam bidangnya.Dia mempunyai ciri ciri itu.

Perjalanannya setakat ini memang membanggakan. Sejak A level ke final year medical, dia lulus tiada sangkut sangkut, walaupun tahun tiga dia sudah ada anak dan final year dia mengandung anak kedua, dalam keadaan nak jaga suami ,anak dan study dia clear semuanya, di banding kawan kawan yang lain walau belum kahwin tapi ada yang tersangkut.

Balik Malaysia pun begitu, orang lain dapat buat master full time dia buat off campus dan clear semuanya tak ada sangkut sangkut.

Hanya syukur yang boleh di ucapkan oleh Atuk Man.

Jadi next step ambil sub-specialist anaesthesiologist jantung atau paediatric? Terserah pada dia.

Atuk Man terus terfikir untuk kongsi kegembiraannya dengan seorang kawan yang tahu Atuk Man tengah menunggu results Angah, lalu di hantar email berikut:

Assalamualaikum. Alhamdulillah....Hari ini Wan Je Menangis, seperti selalu, bila dapat tahu Angah lulus , dah jadi pakar bius...Atuk Man Insyaallah akan tunai kan last minute nazar , puasa satu hari dan sedekah pisang kat masjid. Pada mula hanya ingat nak sedekah pisang aje yang lain lain, kalau buat, puasa ke , sebagai tambahan ( bonus)…tetapi semalam Atuk Man sungguh suspense, pasal dia orang janji nak call Angah malam tadi, tapi tak call.Terima kasih atas doa you yang baik hati melayan orang tua macam Atuk Man. Wasallam.


Atuk Man sudah di ajar kalau bernazar jangan yang susah susah, ambil yang mudah dulu, kalau berjaya hajat dia tambah dengan sedekah lain sekiranya dia rasa ada lebihan rezeki

Dulu bila semasa anak anak Atuk Man masih di bawah ketiaknya 100%, bila semuanya berjalan sekali dengan Atuk Man dan terjumpa kawan kawan mereka akan bertanya Atuk Man “ Yang dua orang ini anak bini muda ke?” .Atuk Man segera menjawab “ Ya ...Two in one..Yang tua pun itu yang muda pun itu juga “

Ini kerana perbezaan umur. Ada dua jenis model; model tahun tujuh puluhan dan model tahun lapan puluhan. Ada gap 8-10 tahun antara model pertama dengan model kedua.

Macam Angah dengan Mak Su , bila Angah buat A level di sebuah sekolah di Oxford Mak Su masik tadika. Macam Mak Su dengan Akim anak sulung Angah sekarang…

Sekarang pula bila berjalan dengan cucu cucu kawan kawan pun bertanya “anak isteri ketiga?” ..” Ya …” kata Atuk Man

Kalau terdengar oleh Wan Je dan masa itu ada pula anak anaknya,

“ Dengar tu Angah… ada hati rupa orang tua ini nak kawin satu lagi” ejek Wan je

“ Nak tenguk bertelanjang bulat nanti kawin lah ….ha..ha..ha..” Jawab Angah dengan gelaknya yang buat seluruh Alam bergembira, melihat dia dalam mood yang paling baik….

“ Perempuan yang ‘cocok’ di hati tu fikir orang tua ini banyak duit…” Sambung Wan Je

“Rupa rupanya habuk pun tak ada…He..he..he..” sampuk Angah.

Itu lah jenaka standard Wan Je…

Atuk Man pun tak tahu dia marah ke tak marah ke bila bergurau macam tu…

Tapi kalau orang lain dah berterbangan pinggan mangkok dah….

Atuk Man pun bila sebut kawin dua, peluh sejuk turun kat badan…Bagi nya satu benda yang amat sukar…dan macam mana nak hadapi anak anaknya….Wan Je satu hal. ..dah tentu dia bungkusnya kain bajunya dan akan pergi menghilang diri…Berdoa pada Tuhan jangan di bagikan tanggung jawab itu pada Atuk Man….Nabi lain

“Rasa rasanya Saidina Ali masa Siti Fatimah masih hidup, isterinya hanya satu”…Fikir Atuk Man

Cuma yang seronoknya kata kawan Atuk Man, seorang Datuk ,orang alim dan bekas wakil rakyaat di Besut Terengganu, ialah masing masing ( isteri isteri) akan berlumba mengharumkan bilik tidur… itu je…Tapi ialah orang alim lain..anak walau ramai semua cerdik cerdik…menjadi semuanya.


Memang Atuk Man “kaya! “ tapi kaya dalam miskin….Wan je pun faham dan dia bersyukur ..apa nak lagi…

Banyak yang mengatakan cara hidup AtuK Man merugikan tiada simpanan dan harta, bagi Atuk Man apa yang di lakukan betul….masa bila nak simpan bila sentiasa ada keperluan…Ini semua ketentuan Allah..

“Alhamdullilah…segala nya pada peringkat awalnya nampak buntu..namun Tuhan beri cahaya kelapangan lepas tu…” Ini saja yang fikirkan oleh Atuk Man…

Anak anaknya yang dapat bantuan kerajaan 100% ialah Angah…Dia very interligence . Sikit sikit perbelanjaan macam tambang balik tiap tiap tahun, bila perlu duit poket tambahan di adakan lah oleh Atuk Man.




Pada awalnya Angah memang tak nak pergi, bagi dia sama je di luar Negara ke atau dalam negeri. Namun dapat di pujuk oleh Atuk Man dengan janji dia boleh balik selalu. Tahun pertama 3 kali balik!

Along 100% di tanggung oleh Atuk Man masa dia kat UIA termasuk pergi USA lepas itu, ikut suami dan buat master selama 3 tahun.

Abi, kat Dublin, dapat loan dari MARA untuk buat ijzah dan ACCA. Tapi selama tiga tahun dekat YPM ditanggung sendiri oleh Atuk Man. Sebab MARA kata Abi anak orang kaya. Atuk Man tak reti nak tipu income tax macam orang lain buat. Jadi satu macam perasaan datang kepada Abi bila dia tak dapat pinjaman dan bila tenguk anak anak orang yang bapa mereka ada business besar, anak pergi kolej dengan kereta, tapi dapat bantuan dari MARA. Atuk Man nak explain macam mana kepada dia, dah system kita macam itu….balik pada takdir juga lah.

Tapi bila sudah dapat Diploma, result dikalangan yang layak dan kebetulan Atuk Man sudah bersara wajib, , pergi lah memohon. Atuk man di panggil untuk melengkap kenyataan pendapatan…Atuk Man kata dia sudah tak ada kerja...tiada income..Pegawai itu insisted Atuk Man ..”taruk saja apa apa, dua tiga ratus ke… income”

Atuk Man kata “macam mana nak taruk benda memang tak ada…dulu anak Pakcik pohon, MARA kata anak pakcik anak orang kaya,,,betul lah masa itu pakcik berkerja….tapi sekarang tidak ada perkejaan, pak cik harapkan EPF pakcik je…”

Atuk Man tak tulis apa apa tentang pendapatan bulanan …Atuk Man fikir kenapa dia mesti tipu…”Kita kena ikut Nabi- Siddik , Amanah, Fahtana dan tabligh”

Jalan hakikat untuk cari kebenaran…dah tahu kebenaran kenapa mesti menipu?

Itu lah Atuk Man fikir kalau dia jadi Perdana Menteri benda benda yang pokok ini lah mesti di tekan…Guru guru di sekolah dan universiti kena pupuk element element foundamantal ini. Betul Tun M cuba lakukan ini dulu..”I put the fear of GOD in their mind” tak jadi…sebab bila dia tengguk orang tak nampak, dia fikir Tuhan juga tak nampak dia. Kita dengan Tuhan bukan kerana takut tapi kita cinta dia… sudah cinta baru lah meresap “siddik amanah fathana dan tabligh”

“ Orang cinta bini dengan takut bini, lain” Fikir Atuk Man

“Bila takut bini, bila bini tak ada, dia tak ada rasa takut dah…bila dia teringat nak keluar dengan makwe dia, dia keluarlah cari tempat tempat isterinya tak nampak….lain kalau benar benar cinta isteri…setiap masa rasa, ‘missing’ dan perasaan ‘binding’ tu sentiasa ada ..tak tergamak nak sia sia ..cinta itu…lagi pun ini amanah…” Fikir Atuk Man dan melihat dirinya sendiri memang jenis tak lupa isterinya, tiada tempat yang lebih baik dari Wan Je…


Begitulah kita dengan Tuhan.Rasa cinta kasih saying lebih baik dari rasa takut.

Atas pendirian nya itu akhirnya anaknya Abi dapat bantuan MARA dan Alhamdulillah anaknya tak sia sia kan kepercayaan MARA. Tak ramai anak Melayu yang lulus ACCA.

Bagi Mak Su pula masuk sekolah anak anak orang kaya apa lagi …terangkat lah Atuk Man, namun kalau sudah di takdir tuhan akan tolong Dia akan tolong…

Sebab itu 4 tahun lepas persaraan, bila kawan nya ajak Atuk Man bekerja dengan dia balik Atuk Man bersetuju…Catering buat juga. Catering tu sebenarnya untuk anak lelaki nya..tapi tak tahu lagi lah…

Atuk Man dah habis tak kurang seratus ribu untuk menyelamatkan perniagaan perabutnya anaknya dengan bekas isterinya….



“Mati akan bawa kain kapan Je” kata Wan Je

Memang benar Atuk Man tiada harta untuk di tinggalkan…

Yang dia boleh hadiahkan kepada Wan Je dua biji rumah satu di KL ni satu di Jelu…anak anak dah di bagi pelajaran dan ilmu…

Macam Ayoh Wang kata ..”kita naik kereta MINI buruk tapi kita mesti rasa macam naik merz….itu semua relative ,..nampak real tapi cuma illusion kalau kita faham”.

Kaya dan miskin sama...semua hak Allah belaka…


“Ayoh Wang! mu jangan jadi Kaya…kekal hidup macam sekarang”..pesan Arwah Ustaz Yong pada Ayoh Wang.

“cuba tenguk orang tu sebelum matinya…nampak gagah ,segak, kaya raya,…kalau dah mati..terbujur tak bergerak..tak ada apa lagi… di mana gagahnya ..di mana hebatnya..? Tanya Ayoh Wang pada Atuk Man.

“Manusia lahir dengan cara hina dina…keluar dari tempat yang ..tak boleh nak cakap… dan siapa sebenarnya yang memuliakan nya? Bila kita suruh angkat tangan dia boleh angkat..suruh angkat kaki di boleh angkat, suruh duduk dia boleh duduk, suruh berdiri dia boleh berdiri, bila suruh geling kepala di boleh geling….cuba suruh dia hentikan jatung dia sekejap. Boleh ? Kalau begitu siapa punya kuasa?” Tegas Ayoh Wan bila di press..


“ Nak makan lauk apa hari ini” Tanya Wan Je dengan tiba tiba dan tahu lah Atuk Man nak zohur dah…

“ Lauk paprik “ Jawab Atuk je…. Selalu kalau singgah di kedai masakan panas Atuk Man akan order nasik paprik…lauk, all-in one, tapi kebelakangan ini bila dah dapat resepi dari suami anak saudara sepupu Atuk Man yang pernah berkerja sebagai chef di Dublin, Wan Je buat sendiri . Lagi sedap.

Senang aje resepinya tapi mesti ada semua sos; sos ikan, sos tomato dan chilli, sos tiram, sos plum, sos soya , kicap chair, chilli bow, bawang putih, sayur sayur campur , cendawan, dan bahan utamanya, kalau paprik daging, daging di potong halus, kalau paprik ayam, begitu juga, paprik sea food macam udang ke atau,sotong ke…di potong juga

Selawat dan Tumis bawang putih dalam kuali dengan sedikit minyak dan masuk kan chilli bow, dan biar garing sikit masuk bahan utama, dan masukkan semua sos. ( sos sos di campurkan lebih kurang sama banyak)…dan kemudian masukkan sayur campur tadi…masak sayur padamkan api..Rasa…kalau kurang masam tambah tomat atau plum ( plum buat di rasa manis)… Dan serve.

.
“Kan kita ada pilihan ….Bank ala Islam” Tegas Angah yang ingin meminjam loan kereta tapi tak mahu system konvensyenal melalui direct interest atau riba terus.

Atuk Man selalu berdebat dengan kawan kawan; bank di wujudkan atas dasar riba, tak ada riba tak ada bank. Ini system yahudi. Tuhan telah tegaskan riba bukan satu perniagaan, tetapi orang yahudi membuatnya jadi perniagaan.

Zaman Rasullallah hidup dan zaman ulamak salaf, riba memang tidak termasuk dalam system ekonomi Islam.

“Tapi kalau kita baca kisah kisah Abu Nawas ada cerita orang zaman itu telah menyelitkan riba dengan menyembunyikan “perkataan riba” secara langsung dan diganti dengan “anak duit”.Tukar lebel.

Abu Nawas, yang hidupnya amat daif dan seorang pengamal syariat sesempurnanya, mengikut apa yang di anjurkan oleh ugama.

Dalam pada itu ,atas kesempitan hidup dia berhutang dengan orang, dan orang yang memberi hutang itu mengenakan riba atau bunga pada Abu Nawas dan di zamannya di panggil “anak duit ” atau “duit beranak”.

Maknanya duit beranak…Pemberi hutang takut di katakan mereka mengenakan bunga atau riba lalu “coin a new word”…anak duit atau duit beranak

Abu Nawas mentaklitkan dia mengadapi dharurah lalu dia meminjam…dan bertekat bila tiba masanya nanti untuk bayar hutang di serahkan kepada Allah Taala.

Maka tak lama daripada itu masanya sudah sampai untuk orang bagi hutang tadi meminta bunganya…lalu Abu Nawas munajat kepada Allah dan dapat satu ilham.

Agak agak waktu orang itu nak sampai kerumahnya, dia berpesan pada keluarganya sekira ada orang mencarinya katakan dia ke kubur.

Bila orang itu kat rumah Abu Nawas, orang itu di beri tahu oleh keluarga Abu Nawas, Abu Nawas ke kubur. .Mendengar itu orang tadi terus bergegas ke kubur yang dikatakan oleh keluarga Abu Nawas.

Di dapati Abu Nawas teresak resak menangis di depan “ kubur” yang masih merah tanahnya.

“ Assalamualaikaum…” salam orang tadi.

“ Mualaikum Salam warahmatullahi wabarakatu”…Jawab Abu Nawas, sambil mengesat air mata.

“ Siapa yang meninggal? Tak ada orang beritahu ada orang meninggal”

“ Ya Tuan Hamba…sebenarnya memang tiada manusia meninggal dunia hari ini” jawab Abu Nawas

“ Habis kubur ni, kubur siapa ?”

“ Itu lah Tuan Hamba… kubur Ibu duit tuan hamba…waktu dia nak beranak semalam..tiba tiba dia mati semasa nak beranakkan duit….anaknya pun tak sempat nak di beranakkan…Itulah saya menangis, macam mana nak bagi Tuan anak duitnya yang saya pinjam ibunya daripada Tuan tempuh hari?”

Orang tadi terdiam tak berkata apa apa…

Bank itu sendiri dasarnya atas riba. Tugas bank yang asas ialah memberi pinjamam. Modal pusingan untuk tujuan memberi pinjamam ia lah dari ‘depositor’atau penyimpan wang dari orang awam, dan meminjam dari bank lain lain.

Untuk mendapatkan depositor secukupnya bank adakan riba atau bunga ( interest) sebagai keuntungan kepada depositor (atas dasar duit dapat duit). Kemudian bagi tujuan bagi pinjamam kepada orang yang meminjam di kenakan riba atau bunga bagi tujuan untuk ‘cover’ cost bank dan riba atau bunga kepada depositor. Riba yang di kenakan kepada peminjam tentulah lebih tinggi dari bunga depositor kalau tidak macam mana nak ‘cover’ kos pinjaman dari depositor?

Bank ala Islam pun begitu juga. Dia perlu depositor dan peminjam. Depositor perlukan keuntungan dan bagi pihak bank dia mesti kenakan sesuatu kepada peminjam untuk cover cost bank dan ‘cover keuntungan depositor”. Macam mana caranya?

Bank ala Islam mungkin kata untung kepada depositor akan dibayar bukan atas fixed sum seperti intrest, tapi atas keuntungan Bank pada tahun itu. Kalau bank dapat 10% untung nett maka di bagikan depositor 5% , bagi dua dengan bank. Soalan nya macam mana depositor yang hanya simpan untuk tiga bulan saja, nak tunggu untung hanya di kira hujung tahun? Adakah bank mengiranya dan membayar secara prorata berdasarkan keuntungan tahun yang lepas? Kalau macam itu macam kira kira riba juga? Macam mana nak agikkan keuntungan yang tak pasti?

Oh.. Bank ala Islam tak benarkan short term depositor…depositor hanya di benarkan keluarkan simpanan setelah genap setahun..macam ini sudah tentu kurang depositor …

Oh pijam dari bank lain tapi panggil bukan riba , bukan bunga ..panggil ufti atau sagu hati…kira atas prime rate juga tapi bagi untung sikit kepada dia orang……

Oh.. Bank ala Islam tak perlu depositor, tapi..pinjam dari source lain...bank yang lain...duit taukey dadah ke ..di mana mereka tu tak kenakan interest asal boleh bersihkan duit haram dia orang?

Fikir punya fakir Atuk Man memang tak nampak macam mana Bank ala Islam nak elakkan riba tanpa menukar nama riba pada nama lain atau tukar level?…Sebab atas pelajaran mathematic yang Atuk Man belajar bank tak ada riba bukan bank…melainkan duit datang dari langit atau baitul mal yang tak perlu bunga..

Jadi jangan keliru, baitul mal bukan bank…

“Ini semua satu kekeliruan..kekeliruan itu dosa.” Kata kitab Hikam

Bertaqwa lah pada Allah, dan Allah yang mengajarkan kepadamu segala hajat keperluan mu

Bagi Atuk Man lebih baik kita tak usaha mencipta perkara yang kita tak pasti halal nya untuk umat Islam. Sekurang kurangnya kita tak kelirukan orang. Jadi dia sendiri boleh buat pilihan dan taklik sendiri macam Abu Nawas.

Kenapa kita nak tubuhkan juga Bank ?

Betul Nabi sendiri meminjam wang tapi kita tenguk keperluan macam mana .Ada ke Nabi pinjam untuk membeli harta? Kita orang Islam nak beli apa apa harta mesti dari duit yang sudah terkumpul. Bukan kita pinjam , baik nak beli kereta atau rumah…

Kita di benar kan meminjam bila melibatan kesempitan hidup, makan dan minum ...untuk keselesaan hidup di galakkan menyimpan…

Ekonomy Islam tidak revolves atas riba…. Dan duit tak ada naik turun nilai nya…naik turun nilai duit di sebab ada element riba dalam system economy.

Asas monetary sistem Islam, ada lah mas dan perak..berat satu gram mas seratus tahun dulu sama beratnya satu gram hari ini. Nilai emas kekal sama..Cuma mungkin bila pertukaran barang akan berlaku perbezaan, tenguk supply and demand ..masa kemarau…bawang mungkin 0.01 gram mas satu kilo bawang di badingkan 0.001 gram bila musim baik…perbezaan segi itu sajalah…tak ada forex nak di bimbangkan…


Firman Allah:
Lantaran itu, bukan kah tiada yang lebih zalim dari pada orang yang adakan dusta atas nama Allah atau yang dustakan ayat ayat Nya? Sesungguhnya tidaklah berbahagia orang orang yang berdosa itu.(Yunus: 17)

Firman Allah :
Merekalah orang yang tidak percaya kepada ayat ayat Tuhan mereka dan kepada pertemuan dengan Nya;lantaran itu gugurlah amalan amalan mereka ,maka Kami tidak akan dirikan timbangan bagi mereka di hari Qiamat.(Al-Kahf:105)

Firman Allah lagi:
Yang demikian itu balasan mereka ialah di jahanam lantaran mereka tidak percaya dan mereka menjadikan ayat ayat Ku dan Rasul RasulKu sebagai ejekan (Al-Kahf:106)

Firman Allah:
Dan barang siapa di sesat oleh Allah, maka tidaklah ada baginya penolong selain daripadaNya; dan engkau akan lihat orang orang zalim itu berkata tetakala melihat adzab. Adakah di kiranya jalan buat kembali?(As-Sura:44)

Khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah di Arafah semasa mengerjakan ibadah haji terakhir di antaranya:
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


Orang hakikat hanya memikir wujud Allah yang lain lian sifat sudah tak penting semuanya dari wujud Allah- selain daripada Allah tak wujud.

Wasallam

No comments: