Saturday, May 24, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 19)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali
..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man natoqa wahyan yuha.

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man ‘alammahu syadidulqoha

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad mandana fadtaddala

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man sodoqa fuhaduhu maraaha

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad manhadaitahu fahtada

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man nahaitahu fahtada

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad manman ‘agtaitahu fayardaa

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man arsalahubilhudaa wadiini haq

Allahumasalli wasallim wabarik’alaa Muhammad man arsalahu rahmatan lil’alamin.


PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 19)

Memang lah hubungan guru dan anak murid kalau sudah terjalin erat, susah anak murid nak lupai gurunya.

Macam Jalalludin Rumi dengan gurunya…punya rapat tak boleh berpisah, hingga timbul cemburu dan iri hati di kalangan anak muridnya…

Begitulah dengan Atuk Man. Sentiasa teringat kepada Arwah gurunya, Ustaz Yong. Apa tah lagi amalam hariannya termasuk wirid, zikir, takdis takdis , semuanya warisan Ustaz Yong. Sudah tentu lah ingatan tak akan pudar.

Atuk Man sentiasa tak putus menhadiahkan Fatihah kepada bapa dan ahli keluarga yang lain yang telah pergi termasuk rakan sekolah dan maktab yang telah dahulu pergi dari Atuk Man. Ini termasuk , Arwah Abdullah Omar kawan di kolej dulu yang meninggal dunia di Makkah, dalam usia muda, dan arwah Yaakub yang di kira abang saudara dan kawan rapat di kampung dulu.

Arwah Yaakub masa mudanya iaitu di zaman persekolahan memang budak yang luar biasa, nakalnya, cherdiknya, kelakarnya, serba boleh, main bola, silat,bergaduh dengan budak budak jahat yang suka menggangu budah perempuan yang pergi sekolah dengan berbasikal, menyanyi, mengaji,berlakun dan mengusik orang dan menyamar dengan memakai make up dan pakaian yang orang tak boleh kenal dia; hampir semua orang kampung menyayangi dia.Dalam sekolah pun begitu, ramai cekgu yang suka dengan dia.

Budaknya lawa, semuanya menarik hati orang kampung. Tapi sayang SPMnya pada tahun 1964 tak berapa bagus.Dia begitu merosot dalam perlajaran.

Kemudian, dia dengan seorang rakan karibnya terus masuk pasukan ranger yang masa itu baru di tubuhkan. Kebetulan semasa Atuk Man memasuki form four di sekolah berasrama penuh di Ipoh, Atuk Man dapat berjumpa Arwah kat sana, sebelum dia di pindahkan ke Sabah.

Atuk Man last berjumpa Arwah semasa dia ada balik dari Sabah, masa tu Atuk Man baru nak masuk tahun dua.

Dia membawa berita dia sudah berkawin dengan orang Sabah, dan masa dia berjumpa Atuk Man dia membayangan kegelisahanya dan beritahu Atuk Man mungkin hidupnya tak lama. Dia pun menunjukan satu tabiat yang ganjil dengan Ibunya (Arwah), dia tidur berpangkukan Ibunya dan semasa nak balik dia meminta baju ibunya untuk di bawa balik ke Sabah.

Dan kebetulan, cuti sekali lagi Atuk Man balik . Malam keduanya dapat berita mengejut bahawa Yaakub telah kembali ke Rahmatullah…mati terbunuh. Mula mula ingat dia mati di tembak, berita tak begitu jelas sebab kematiannya , namun di sahkan Arwah mati jatuh motorcycle. Arwah terkenal suka perkara yang mencabar.

Sayang jenazah tak dapat di bawa pulang, isterinya sedang mengandung dan mahu di kebumikan di Sabah. Arwah Yaakub meninggal dalam usia begitu muda 23 tahun pada tahun 1970 dan Atuk Man berumur 20 tahun.

Dia penah putus cinta … bukan kekasihnya tinggalkan dia tapi ibu bapa kekasihnya yang buat cara drastik tak benar berjumpa dan akhir di kawin kan dengan orang lain…Kapada Atuk Man lah selalu dia curahkan perasaan dan kisah cintanya.

Dia lawa, di matanya kanannya ada tahi lalat sikit…itu yang menjadi tarikan orang padanya?

Selepas kehilangannya, Atuk man di buai mimpi...selalu bermimpi dia, boleh dikatakan tiap tiap tahun bermimpikan dia hinggalah akhir akhir ini saja Atuk Man tak bermimpikan dia. Memang lah Atuk Man tak putus menghadiahkan kepadanya al fatihah…

Mimpi nya berulang ulang atas konsep yang sama…Cuma variasi berbeza, ia- itu dalam mimpi itu Arwah Yaakub memberi tahu Atuk Man bahawa dia sebenarnya hidup…orang salah anggap dia mati…betul dia jatuh motorcycle tapi dia tak mati…dia cuma tercampak di bawah tebing..dan dia hidup…dan orang tak tahu dia tercampak di bawah tebing… hingga dalam mimpi itu Atuk Man percaya dia hidup… Cuma nak cari jalan nak bagi tahu balik orang lain bahwa dia hidup… Dalam real life Atuk Man kadang kadang rasa nak ke Sabah cari dia…

Dia mendapat zuriat seorang lelaki, isteri pernah datang ke kampung berjumpa Ibu arwah bersama anaknya…umur nya sekarang mungkin 40 tahun?

Bila tersedar Atuk Man terpinga pinga …lama kelamaan Atuk Man buat anggapan bahawa beliau datang untuk memberitahu Atuk Man supaya pegang kuat kuat tali Allah.

Sekarang tidak lagi ada mimpi itu…

Atuk Man ada menceritakan bagaimana Atuk Man di dedahkan dengan ilmu hakikat di waktu muda oleh seorang bernama Yasin, dia hidup sampai 102 tahun. Dia lah bapa kepada Arwah Yaakub


Kadang kadang orang beritahu si polan telah meninggal dunia..bila mendengar lalu Atuk Man hadiahkan Al fatihah kepadannya…maknanya sekiranya ada pahala membacanya di hadiahkan kepada si mati…ini boleh di lakukan kepada orang hidup juga.

Satu ketika Atuk Man di beritahu bahawa junior Atuk Man di sekolah Asrama penuh di Ipoh telah meninggal dunia akibat main rugby. Junior tu sekampung, jadi kira rapat juga dengan Atuk Man…Bila teringat saja Atuk Man selalu membaca Al fatihah untuk Dia…

Masa meninggal dunia, junior itu sudah form four. Atuk Man dah masuk kolej.

Satu hari ada perjumpaan old boys, masa tu Atuk Man sudah berkerja dan Atuk Man terserempah dengan junior yang dikatakan sudah meninggal itu. Dia terkejut jumpa Atuk Man kerana lama sungguh tak jumpa. Atuk man terkejut beruk kerana jumpa orang mati hidup balik… Atuk Man lalu menceritakan pada dia dan macam mana Atuk Man menghadiahkan kepadanya Al Fatihah…sebenarnya tak menjadi kesalahan berbuat begitu untuk orang hidup.… Sebenarnya budak lain yang meninggal, kesnya betul main rugby, waktu itu dia main sama….

Al fatihah…

Semasa Atuk Man tunggu giliran untuk follow up kes berjumpa semula surgeon yang telah membelah dadanya dan merobek robek jantungnya kat IJN, tiba tiba datang seorang hamba Allah, sudah berumur, tinggi lampai dan putih kulitnya, pasti masa mudanya seorang yang handsome; di temani isterinya yang juga telah agak berumur sikit, hiras seperti Cina sikit, lalu di pohon untuk duduk di kerusi yang kosong disebelah Atuk Man ; ada dua kerusi yang kosong . Atuk Man mempersilakan mereka duduk…mereka pun duduk.

Menenguk Atuk Man membelek surat khabar “Sinaran”, dia lalu dia bertanya , “surat khabar baru?”

“Agaknya, bukan saya punya, orang tadi yang punya, dia suruh saya baca” Terang Atuk Man. Tadinya ada seorang tua juga duduk di sebelah Atuk Man, bila gilirannya di panggil dia pergi dan di tinggalkan surat khabar itu pada Atuk Man .

Orang tua yang baru duduk tu melihat surat khabar tu sepintas lalu akan berita berita yang terpampang.

“Kapal Singh apa dah jadi …itu harga beras naik lagi"... komen dia, dia mengepit satu hard cover file, jenis ring file, dan sekali sekala bercakap dengan isterinya dalam bahasa Inggeris.

“saya tak minat dengan politik.” terusnya lagi tanpa di tanya.
“Tapi kita tak minat pun, isu isu macam beras naik melibatkan kita"... Atuk Man terpaksa juga mengeluarkan pendapat .

Dia pun mula rancak bercerita pasal hal dia sikit sikit.

“Cik dah buat operation?”

“Sudah...bawah Datuk Venu.” jawab Atuk Man
“saya dah buat sepuluh tahun dulu, sama Tun M” katanya

:”En berjawatan apa dulu?”
“Tak swasta”...jawab Atuk Man …Mula nak beritahu sebagai jurutera , tapi nanti jadi panjang pula.

“asal orang mana”
“saya Melaka”
“Melaka kat mana”
:” Kat Alor Gajah, antara Alor Gajah Masjid Tanah” jawab Atuk Man .
“Lendu?”
“Tidak..Rantau Panjang’
“kat Berisu”
“ Ya”jawab Atuk Man lagi.
“Saya ada saudara kat Berisu tu” terang nya
“Saya kat air Limau…Tahu Air Limau” katanya lagi

“Tahu…kat mana, kat Air Limau tu?” Tanya Atuk Man untuk nak tahu kedudukan rumahnya di Air Limau. Bapa saudara Atuk Man, Arwah Pak Lang Mat Arif, duduk di Air Limau. Rantau Panjang dan Air Limau, sebenarnya di pisahkan oleh Bukit Apit.

“Oh dekat…", nampak sukar juga dia nak beri tahu lokasi rumah nya..
Atuk Man tahu Air Limau…panjang juga kampong Air Limau itu.
“ Dekat Bukit Apit?”Tanya Atuk Man.
“Tak atas lagi…saya ini cucu Hj Osman” bila sebut Osman, Atuk Man teringat akan seniornya setahun, Noriah Osman, duduk kat situ tapi tak mungkin kena mengena. Fikir Atuk Man.

“Dekat ke dengan rumah Mat Kutum ?” Tanya Atuk Man…namun rumah Mat Kutum pun Atuk Man tak dapat nak ingat dah…pasal dah lama tak lalu situ.

“Kau kenal Mat Kwantung tu ?” Tanyanya terlalu eager campur exited. Mat kwantung bukan Mat kuntum rupanya nama tu, fikir Atuk Man.

“Kenal dengan nama je ..Pegawai polis “ jawab Atuk Man , iklas

“Macam mana tentang dia yang En kenal” tanyanya lagi

“Terkenal dengan garang nya dan tegasnya...” jawab AtukMan , cuba mengingatkan apa orang kata pasal pegawai polis itu…

“Kalau kau nak tahu...Aah ini lah orangnya”. Katanya, sambil tangannya menunjukkan dirinya.

“oh ye ke..” Atuk Man pun tergamam di buat nya. ..satu ladakan bomb

Namun lepas itu Mat Kwantung mula mencerita peri hal dia. ..Bila Atuk Man sebut nama sepupunya Datuk Rahim di mana waktu selepas 13 May dia masuk PI, tapi Mat Kwantung kata, dia tak ingat. Masa itu Mat Kwantung yang tukang recruit pengawai baru dengan banyaknya... Tanya pasal Tan Sri Asmi Agam, asalnya dari Rantau Panjang, bekas Setiausaha Tetap Malaysia kat PBB dia tak kenal…Mungkin sebab dia bersara awal.

“ Itu PA ke pada IGP sekarang ini budak Rantau” terang Mat Kwantung.

“ Ya , itu saya tahu, dia bersaudara dengan Tan Sri Asmi Agam”

“oh saya memang tak kenal Asmi Agam yang kamu cakap itu, budak baru agaknya.” Kata Mat Kwantung

Dia lah CPO sementara Selangor waktu 13 May…

Dia mencerita lagi dia ada tulis bigrafi diri dia.
“kat mana dapat buku tu” Tanya Atuk Man.

“tak jual saya bagi saja, hendak saya boleh bagikan..bagi alamat”

Atuk Man pun bagi dia alamat rumahnya…

Giliran Atuk Man untuk jumpa doctor dah sampai.... Atuk Man masuk tapi tak dapat jumpa Datuk Venu tapi pembantunya,Surgeon, yang melayani Atuk Man. Perjumpaan itu sekejap saja Atuk Man minta tukar ubat darah tinggi di tukarkan kepada yang biasa, pasal batuk.

Atuk Man pergi mendapatkan Mat Kwantung, semula untuk minta izin pergi dulu nak ambil ubat...

“Cepatnya..dapat ke jumpa doctor?” Tanya Mat Kwantung

“ Dah saya cma minta tukar ubat…tak apa lah jumpa lagi.. saya tunggu buku itu” Atuk Man Berjabat tangan tanda berpisah.

Semalam Atuk Man telah menerima buku tu…dan mula membacanya petang semalam…dan sudah hampir habis di tatapi…Dua hari sebelumnya Mat Kwantung ada telifon Atuk Man Tanya Atuk Man sudah dapat buku tu ke belum. Memang waktu itu buku itu belum sampai lagi.

Atuk Man hanya mahu salute,...angkat Tabik kepada Tuan Mohammed Samsuddin atau lebih di kenali dengan nama Mat Kwantung…Dia ada lah orang kampong Atuk Man…Atuk Man hanya mengenali namanya saja …tetapi dengan kuasa Allah Atuk Man dapat berkenalan dengan dia di IJN kuala Lumpur…Atuk Man mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada Tuan Mat Kwantung di atas bukunya…dan tahu lah Atuk Man siapakah dia sebenarnya…

Patut semua orang yang berkhidmat dalam kerajaan ambil iktibar dan mencontohi beliau…tegas, amanah, bertanggung jawab dan bersikap adil…dia lah satu contoh manusia yang Atuk Man cakapkan Kaya dalam miskin.

Kebetullah perinsip Mat Kwantung pakai “Mengalah bukan bererti kalah” sama dengan Wan Je punya pegangan …

Melihat gambar gambar nya dalam buku itu memang Tuan Mohammed seorang yang handsome tinggi lampai dan segak, patutlah Mat Salleh semuanya suka pada dia. Kenaikan pangkatnya pantas sekali dan ini menimbulkan iri hati di kalangan pegawai Melayu dalam force itu.

Pihak swasta juga patut ambil ikbar atas sikap yang di tunjukan beliau., contoh yang baik untuk management.

Mat Kwantung memang tak malulah ambil gambar dengan gaya berdiri dengan orang orang putih...tak macam Atuk Man bila bergambar dengan seorang six footer kat Holland, yang menjadi guide Atuk Man. Atuk Man berjalan dengan dia pun rasa amat malu…

Cuma gambar Mat Kwantung masa muda saling tak tumpah menyerupai Arwah sepupu Atuk Man, Abdul Kudus……”Tabik Tuan…sekali lagi terima lah penghargaan terima kasih daripada Atuk Man, orang kampung den rupo eh”.

Bila sebut kampong Atuk Man tak boleh lari dari terkenang kisah kisah lama., zaman persekolah…. tingkatan dua ke tingkatan lima. Punca utama Atuk Man di belah dada, (sebahagian untuk membuktikan kepada Wan Je betapa berpersaan Atuk Man pada dia, ambil pisau belah dada), ialah pasal hisab rokok.

Atuk Man mula hisap rokok dari tingkatan, 3…sampai ke permulaan tingkatan empat, dimana lepas itu terpaksa berhenti kerana sudah masuk sekolah berasrama penuh…tetapi bila balik bercuti jumpa geng lama Atuk Man hisap balik…sebab itu bila mula hidup 100% berdikari bila masuk kolej terus hisap rokok hingga jantung kata “cukup ..cukup..cukup..jangan di seksa lagi”, baru lah berhenti pada umur telah menjangkau 54 tahun.

Hatinya juga rasa senang bila meninggalkan kampong bagi kali kedua untuk melanjutkan pelajaran di asrama penuh dengan adanya buah hati yang di tinggalkan di kampong. Atuk man dalam tingkatan empat, Si dia di tingkatan dua.

Atuk man
kali pertama ternampak Si dia dalam satu majlis perkawinan. Dia memang menawan, kulitnya amat putih, muka dia kemerahan dan perwataan manis, mudah tertawa. Atuk jadi amat tak tenteram dan masa tu dia dalam darjah 6 , Atuk Man dalam tingkatan dua, Atuk Man baru balik dari Kuala Trengganu di mana Atuk Man belajar di sana dari darjah empat sampai form one di mana tahun sebelumnya kena mengikuti remove class setahun, dari aliran Melayu ke Aliran Inggeris.

Lebih dua tahun lamanya Atuk man mencuba mendapat perhatiannya, hanya setelah menduduki tingkat empat baru lah dia menerima Atuk man…kerana kawalan ketat dari keluarganya. Dan itu pun melalui perantaraan sepupu Atuk Man yang satu class dengan dia… dulu Atuk man memang simpan semua surat surat dia dan Atuk man percaya dia pun sama.

Masalah Atuk Man berlainan sekolah dengan dia, sebab itu berjumpa macam orang lain adalah impossible.

Di Ipoh jadi tempat penyimpan rindu Atuk Man…Atuk man tak putus putus menghantar surat…di waktu itu tiada dari keluarganya yang mengesyaki surat surat yang dia terimanya. Dia pun rajin benar membalas surat surat itu.

Mengenangkan yang di tinggalkan di kampong, serta surat surat yang sentiasa tak putus di kirim buat jiwa juang lebih mantap untuk maju kehadapan sehingga meninggalkan kesan yang ketara dan memeranjatkan; dari kedudukan no 27 pada awal tahun terus duduk di no 7 dalam peperiksaan akhir tahun dengan tiga mata pelajaran maths, kimia, dan fizik dapat A1 dan fizik markah tertinggi dalam dalam klass…memeranjatkan Form Teacher Miss Linder dari LA, USA.

Dia mengajar fizik, bila result yang tertinggi di umum oleh nya, dia mencari cari Atuk Man dan Atuk Man anggkat tangan, lalu dia berkata “You! “ dia begitu terkejut beruk dan ketawa mengatahui
bahawa yang tertinggi markahnya Atuk man.

Class terdiam. Maklumlah Atuk Man pelajar baru masuk ,mereka semua dah lama sejak remove class lagi mereka dah kesekolah itu…mereka semuanya pelajar cermelang masa masuk dulu, sedang waktu itu Atuk Man sendiri tak terpilih…mereka memang bijak bijak...Atuk Man hanya berusaha lebih sikit nak catch up dengan mereka.

Itu juga membuahkan result Ist Grade…dalam MCE …tahun 1967 hanya Atuk Man seorang yang berjaya dapat grade satu dalam kampong itu dari sejumlah 7 orang yang ambil peperiksaan tersebut….dan ini memudahkan Atuk Man mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Waktu itu results disiarkan dalam akbar harian.

Perhubungan itu mati di setengah jalan dengan tiba tiba, tiada surat menyurat tak semacam dulu masa di Asrama penuh di Ipoh…Putus tiada explaination hanya kerana Tuhan kata tak ada tertulis dan termaktub dalam Lauhul Mahfus…

Atuk man tak lagi mengantar sebarang berita sebab dapat tahu daripada “posman” yang biasa dan lazim , (sebab kalau di poskan sudah tentu tak akan sampai ke tangan nya pasal perhubungan ini juga sudah termaklum kepada familinya), bahawa dia rimas dapat banyak sangat surat dari Atuk Man…Mungkin dia rasa takut di perhatikan …

Lalu Atuk Man buat keputusan, merajuk, henti hantar surat, hanya menunggu saja berita yang tak kunjung tiba…Dia pun tak tahu Alamat Atuk man…Bila sekali sekali balik kampong dari kolej pun tak berkesempatan bersua.. just impossible…, nak hantar nota pun tak boleh… dia terlalu taat akan parents dia…Mungkin parents dia ada perancangan lain.


memang dalam perhubungan ini hanya sekali dapat berjumpa ia itu di hari jadi pada Tahun 1968, kebetulan meraiikan kejayaan peperiksaan itu..dan dia hadiahkan sebuah buku…perhubungan yang paling suci, tak pernah berjabat tangan pun, kalau zaman ini di katakan perhubungan di alam cyber..penuh dengan pure imagination.

Namun hati Atuk Man masih tetap dan setia kepadanya, hingga masuk ke tahun dua…di mana Atuk Man mengorah langkah baru dengan tiba tiba….

Ahkirnya Atuk Man dapat juga mencium berita dari kawan bila Atuk Man telah menjalinkan hubungan dengan Wan Je, akhirnya berkawin, dia sungguh kecewa kerana pada dia, dia masih menunggu Atuk Man, pada dia Atuk Man zalim…kerana tiada berita dari Atuk Man .Waktu itu dia masih mengharap kesetian Atuk Man berterusan walau pun tak dapat berita seperti di Ipoh dulu…Agaknya bagi dia kesetian dan ikrar tak perlu di perbaharui…

Dia tak fikir macam mana hopelessnya Atuk Man, dengan siapa nak minta pertolongan, sepupu sendiri, kawan baik dia pun sudah keluar kampong jadi nurse…kemudian Atuk Man tahu selepas SPM dia , dia ke KL. Tapi Atuk Man tak tahu di mana.

“Ini kah apa yang di katakan cinta moyet iaitu cinta itu macam moyet bergantung atas pokok tidak di bumi nyata ?”.Fikir Atuk man

Sebenarnya namanya sudah Atuk Man pahat pada zuriat Atuk Man tiada yang sedar..(mungkin Wan Je sedar, hanya dia tak membantah)…semua anak anak Atuk Man membawa nama timangan yang Atuk Man bagi pada dia…


Maksu tahu…dia marah Atuk man bila Atuk man beri tahu dia ..."kenapa ayah buat macam tu kepada kita orang ”, “ she got nothing to do with us, you know?” katanya dengan nada marah sekali.


Maksu tak akan faham, kerana manusia di bagi memory dan memory ini rahsia yang di pegang masing masing…ada memory yang hilang dan ada yang kekal tak boleh di erase hingga ke akhir hayat…

“Memory ini kekal pada ku hingga akhir hayatku., tiada orang boleh erasenya. Bila bila masa dia akan pop up macam buka internet, yang tak berkenaan pun akan pop up menggangu browse kita…” fikir Atuk Man. Semuanya membawa erti kepada kita, semuanya ada kaitan untuk shape up diri kita lebih dekat pada Pencipta.. .kerana cinta sebenarnya ialah pada Zat illahi Maha Kekal dan Abadi….

Itu lah dia bukan kehendak kita, kita tiada kehendak melainkan kehendak Dia semata mata…

Bagi Atuk Man kegembiraan, kesukaan, kejayaan tak semuanya kita
Kecapi menurut 100% yang kita hendak…impossible…

Kadang kadang nak juga beri tahu pada dia bahwa Atuk man tak bersalah., tapi untuk apa ?

Ada bertembung sekali di hospitak HKL semasa abang ipar sakit ( dia kebetulan anak saudara pada Arwah abang Ipar yang sakit, mungkin itu juga salah satu sebab menyebabnya) Wan Je ada bersama dan dia hanya bertanya Atuk Man “ Apa khabar” ..Atuk Man biarkan Wan je saja sembang dengan dia...Wan Je tahu kisah hubungan surat menyurat itu macam berjumpa di alam cyber…hanya perasaan di buai buai itu saja …

Atuk man tak nak pakai perkataan Kalau…maknanya mengatakan 'kalau' Atuk Man mempunyai jodoh apa kah….Tuhan, melarang pakai “kalau itu", "kalau ini"….kepada perkara yang sudah berlaku… perkataan ini boleh membawa syirik dan waswas sebab “kalau” ada tanda ketidakyakinan kepada ketakdhiran Tuhan. Bahaya sekali…tugas kita terima saja…namun penerangan perlu di bagi sekadar orang jangan keliru tentang satu satu tindakan itu di ambil, itu saja



Catering kat HUKM semalam berjalan lancar, tiga tempat nak di sajikan; pejabat bius, bilik bedah dan ICU. Menu nasi Brayni Rendang Dong,Ayam Goreng Berempah, Dalca ( Vegatarian), jelata Timun , buah tembikai dan orange squash.

Catering untuk jamuan kesyukuran oleh pakar pakar bius yang baru lulus. Masing masing menunggu posting, Angah di katakan ke Segamat, tapi dia sudah kemukakan rayuannya.

Selesai jamuan, dalam perjalanan hala balik kerumah terima SMS dari Angah, “Mereka mengucapkan terima kasih, Rendang sedap…dia orang tanya apa nama rendang?”

Itulah kadang kadang orang tak percaya Wan Je punya rendang sedap, hanya yang sudah makan saja nak lagi…macam juga ilmu hakikat hanya siapa yang bergelumang dengan nya yang tahu sedapnya, serupa juga manis gula mesti dirasa baru tahu menisnya macam mana.

Atuk man tak pernah nak berbohong kalau Atuk man kata bagus …bagus lah..kalau Atuk Man kata cantik …cantik lah…jangan nak memperkecilkan selera Atuk Man.…

“Nak makan apa?” Wan Je Tanya Atuk Man

“ kueh tiau goreng Cantonese style, kan budak budak itu ada” kata Atuk Man . Resepi telah di bahagikan oleh Saiful, yang jadi chef kat Dublin.Cucu cucu mereka amat mengemari…resepi banyak dah di edarkan kepada tetamu yang datang rumah dan kebetulan Wan Je serve mereka menu ini..

Senang saja resepinya:

Kuey tiau, garlic, chicken or seafood, sawi, carrot, mushroom, oyster source, kicap cair, tepung jagung, (untuk pekat ) minyak bijan, telur,.

Firstly soutee kuey tiau dalam kuali yang sangat panas, panaskan dengan sikit kicap cair, stir well jangan melekat, then put aside .

Untuk sos, panaskan sikit minyak then tumis garlic, and chicken then masukkan stock…boil a while then put the seafood and all veg…put oyster sourse. And sikit kicap…slowkan api…masukan tepung jagung agak jangan pekat sangat…besarkan api…agak dah masak..break the eggs satu dua biji ke dalam sos, stir once dan tutup api…


Curah kan source kepada kuey tiau yang sudah di soutee tadi…and serve.


Hujan mula turun sejak petang semalam, tanda Rahmat turun...Atan dah sampai dari Jeddah dan datang ke rumah untuk ambil rendang…anak anaknya dan isteri nya happy Atan balik bercuti dua minggu…itu lah agaknya hujan turun. Petang ini pun hujan turun bawa Rahmat lagi sejuk lah Kuala Lumpur, begitu juga orang orang yang macam isteri Atan yang menunggu pulangnya suami dari berkerja di seberang laut, hujan turun lagi, sudah tentu bawa Rahmat dan mereka tersenyum penuh mesra dan manja menyambut suami kembali kepangkuan ….

wasallam

2 comments:

love is forever said...

...orang mati hidup balik.....lah memanglah... yang mati tu matilah...yang hidup ni kena lah balik tak kan nak tunggu kat kubur tu jek...life must goes on...hehehe...aduhai teringat kat x b/friend zaman kolej dulu...

Anonymous said...

as`kum
saya singgah2 dan membaca kenangan. Memang kenangan sebahagian daripada hidup. Pengalama yang membina diri kita dari dulu sampai sekarang. Kalau tidak ada peluang merasa macam-macam peristiwa, hidup akan jadi kosong, tidak ada pengertian, dan akhirnya tidak membawa hati untuk berfikir, memahami dan mensyukuri. Satu senyum untuk tokcik sekeluarga.