Friday, May 30, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 22)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..


Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahum shalli ‘alaa man ru’hu mighrabul arwah walmalaikatiwalkau’un. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu anbiyaaai walmuslaliin. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu ahli jaannah ibadillahil mukminiin.( Selawat Siti Fatimah}

Salawatullahi wamalaaikatihi waanbiaaai warusulihi wajami’ikhalqih ‘alaa Muhammad, wa aliMuhammad ‘alaihi wa’alaihimussalam warahmatullahi wabarakatu ( Selawat Saidina Ali}


PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 22)

Angah, suami dia,dan anak anaknya serta maid dia datang kerumah petang Khamis lepas… Anak anak nya akan menghabis kan masanya kat rumah Atuknya, hingga hari Ahad. Angah dan suami akan balik kerumahnya… Besuk, Angah kerja.…

“ Ah mana kena posting..” Tanya Atuk Man bila nampak dia dah settle sikit dengan urusan menurunkan barang barangnya…Atuk Man tahu style dia ..Wan Je lagi lah lebih hati hati kalau nak bertanya pada dia..takut mood tak serta dia…nak nak bab macam ini…kalau silap gaya murung dan tahu lah bila dia muram seluruh alam turun muram…

“ Sungai Buluh Hospital” jawabnya

“ Haa… haa” Gelah Atuk Man

“Itu lah.. dah agak dah… daddy mesti tergelak punya…heh heh heh ..dah agak dah..suka sangat lah tu..”..Angah dengan nada exited nya..dia tak berapa setuju..sebab jauh dari rumahnya. Dia jangka balik ke Kelang..dia buat master atas quota Hospital Kelang..macam itulah ceritanya dulu..

“ Elok lah..dulu lagi daddy dah cakap..beli lah rumah kat KL Kepong Developer sebelum simpang ke Puncak Alam tu…”.
“ Budak budak sekolah macam mana”
‘Kat Kota Damansara kat ada sekolah intergrasi…” kata Atuk Man
“ Itu mahal..RM 500 seorang,,”
“ Hospital Sungai Buluh tu Besar sekali di Malaysia” kata Atuk Man
“ Itulah , Angah kira pakar bius pertama yang fresh, baru saja jadi pakar dah pindah kat situ…selalunya dia orang ambil yang ada pengelaman..” kata Angah
Atuk Man . tenguh gaya cakap dia nampak tidak lah dia memberontak di tukar kat situ…

“ Angah target dua tahun je kat situ” sampuk Maksu, anak orang kaya, balik bersama Angah…dalam perjalanan Angah stop kat rumah kawan Maksu kat Bukit Jelutung ambil dia , jadi tak payak Wan Je jadi driver petang itu…

“ Ada bawa kitab Minhajul tu ..” Atuk Man mengaju soalan kepada Angah..
“ Ada ..ni hah,..” Angah mengeluarkan buku itu dari beg….Atuk Man dah pesan suruh dia bawa…simpanan Tok Man tak di mana…

Kitab itu ada lah terjemahan oleh Kiyal Haji Ustaz Abdullah Bin Nuh Indonesia. Di sudut atas sekali di tulis “Menuju mukmin sejati”
Di tengah tengah “MINHAJUL ‘ABIDIN (dalam huruf rumi an jawi) oleh Imam Ghazali. Di cetak oleh Klang book store. Buku ini mula di cetak kat Malaysia pada tahun 1988.

Yang ini kulit Tebal, naskah ini dibeli oleh Atuk Man untuk Angah semasa dia Ke UK sekitar tahun 1991, masa dia buat A level lagi…

Kalau Along mungkin buku tu dah tak ada..Atuk Man rasa ada belikan untuk Along tapi tak nampak dia ada simpan ke tak… ..

Naskah pertama dulu kulit nipis di beli oleh Atuk Man dalam tahun 1979 cetakan Indon; Buku ini di beli selepas membaca kitab “Taubat” oleh Imam Ghazali yang membuat Atuk Man tersentak dari mengembara ke negeri asing lalu balik semula di negeri kecintaan dan lalu “pintuMu… ku Ketuk Dan tak berpaling lagi. Kitab Taubat itu pun sudah tertinggal kat rumah kawan di negeri Trengganu.

Kitab Taubat itu bukan Atuk Man yang punya...Tiba tiba terdapat saja kat Bangloo yang di sediakan oleh majikan nya di kilang kat pantai timur pada tahun 1978. sebab tiada orang yang mengaku, lalu Atuk Man anggap “,malaikat” yang hantar,memang nak sadarkan kelenaan Atuk Man, sejak mula kerjayanya dari tahun 1973.

Atuk Man mula membelik kitab itu dan mencari bab rezeki yang di kupas oleh Al Ghazali.

Dalam kitab itu, Imam Ghazali berkata, tuhan memberi tahu manusia tentang rezeki:
FirmanNya:

Khalaqakum summaarazaqakum

Allah jualah yang menjadikan kamu dan memberi rezeki kepada Kamu

Kena yakin bahawa Allah menyertakan kepada setiap makluk yang lahir dengan rezekinya…Alangkah bahayanya kalau tidak tawakal kepada Allah, ia -ini bergantung pada yang lain. Kata Imam Ghazali.

Lepas itu Tuhan berjanji pula lagi:

Inallah wuharrazaqu

Sesungguhnya Allah, hanya Dia saja yang memberi rezeki

Imam Ghazali berkata,Tidak hanya memberi tahu dan menjanjikan, tetapi di tambah lagi dengan jaminan:

Wamaa min dabbatim filardhi illa’alallahirizquha
Setiap yang hidup di dunia oleh Allah dijamin rezekinya…

Dan selanjutnya, selain memberi tahu dan menjanjikan serta menjamin maka Allah bersumpah pula dengan firmanNya :

Fawarabbissamaai walardhi innahulahaqqun mithla maannakum tandiquun
Demi Tuhan yang menguasai langit dan bumi, bahwa urusan rezeki dll itu pasti benar benar terjadi sepertinya kamu berucap.

Menurut Al Ghazali, makna mithla maannakum tandiquun

Ialah: Tiap tiap yang berbicara dengan lidahnya sendiri, dan tidak mungkin berbicara dengan lidah orang lain, demikian pula tentang rezeki bahawa tiap tiap orang tentu memakan rezeki yang di peruntukankan oleh Allah baginya.

Selanjutnya, Allah SWT tidak hanya mencukupkan dengan hal hal yang di sebutkan tadi, tapi di tambah lagi dengan memerintah bertawakal dengan FirmanNya:

Watawakal ‘alalhaiyillazi layamut
Bertawakallah engkau kepadaAllah, Tuhan yang hidup selamanya, yang tidak mati.

Dan FirmanNya pula:

Wa ‘alallahi fatawakalluu inkuntum mukminiin

Dan kepada Allah sajalah kamu bertawakal, jika kamu benar benar beriman.

Iman Ghazali menulis dalam kitabnya Minhajul ‘abidin:

Maka barang siapa yang tidak menghirau Firman Allah, bahawa rezeki itu pemberian Allah semata mata dan tidak menganggap hal itu janji Allah, dan tidak tenteram dengan jaminan Allah dan tidak merasa senang dengan penetapan Allah, lalu tidak memperdulikan perintah Allah dan ganjaran serta ancamanNya, maka lihat lah apa yang akan terjadi pada dirinya akibat dari kelakuannya itu.

Ini satu musibah yang besar kalau orang tidak percaya jaminan Allah.

Berkata Imam Hassan Basri:
Allah melaknat terhadap orang orang yang tidak percaya bahwa Tuhan telah bersumpah menjamin rizeki.

Dan para malaikat ketika turun ayat ini, ayat sumpahNya Tuhan rezeki itu di jamin, maka para malaikat berkata:
“Celaka orang orang keturunan Adam itu, membikin marah Tuhan sampai Tuhan bersumpah untuk menjamin rezeki mereka.”

Berkata Imam Ues Al Qorany:

Andaikata engkau beribadah kepada Tuhan sebanyak ibadahnya penghuni langit dan bumi, tidak akan di terima ibadahmu sebelum engkau percaya kepada Allah akan jaminanNya.”

Ada yang bertanya: Bagaimana kalau kita percaya adanya jaminan Tuhan itu?

Maka jawabnya: “ Ia itu, hendaklah engkau tenteram dan aman mengenai apa yang sudah dijamin Allah, iaitu urusan rezekimu, sehingga engkau menganggap badanmu itu sudah penuh dengan kesempatan untuk beribadah kepadanya.
Bertanya pul;a Iman Harom bin Hayyam kepada Imam Ues:

“Tuan mau menyuruh aku berdiam di mana?”

Imam Ues menunjukkan ke negeri Sham;
Maka Haron bin Hayyam bertanya pula : “ Bagaimana keadaan kehidupan disana?”

Maka marah lah Imam Ues Al Qorony sambil:
“ Wah celaka orang yang lemah hati ini, jika sudah dicampuri keraguan terhadap jaminan Tuhan, maka tidak berguna nasihat terhadap hati orang yang begini.”

Begitu lah caranya Imam ghazali menerangkan satu bab satu bab tujuan bagi panduan macam mana nak tingkatkan ibadah kita dan supaya pembaca memahami semua aspek, berkaitan dengan ibadah.

Buku ini alah hasil karya AlGhazali nyang terakhir dan di buat khas untuk semua lapisan masyarakat memahami..Atuk Man berhasrat anak anaknya membacanya; sekurang kurang Angah masa kat UK dulu memang dia baca dan dia suruh pula Atuk Man belikan satu naskah untuk kawannya bersama satu naskah terjemahan kitab Al Hikam yang juga Atuk man bekalkan kepadanya.

(Buku Hikam itu atuk man pesan “just flip over” mana mana muka surat , dan tawakal, insyaallah mana yang terbuka baca bab itu, akan jadi panduan kita hari itu).

Seterusnya Imam Ghazali menceritakan:

“ Kami dapat tahu berita bahawa ada seorang Babbas( pencuri kain kapan} di kuburan ) tobat di depan Abu Yazid Al Bustomi rahimahullah ta’ala. Maka Abu Zahait bertanya:
“Syukor engkau sudah tobat, tapi apa sebab maka engkau bertobat?”

“kurang lebih aku menggali 1000 kuburan, semua mukanya berpaling dari kiblat , hanya ada dua mayat yang tetap menghadap kiblat.
Maka kata Imam Abu Yazid :

“kasihan mereka! Kerana ragu ragu tentang rezeki telah memalingkan muka mereka daripada Kiblat.

Kemudian ,dari sini Imam Ghazali berkisar tentang Tawakal satu aspek yang maha penting.
Kalau kita berjuang untuk Allah, maka pasti Allah akan menolong kita.

Ini merupakan janji Allah:

Faiza’azamta fatawakal ‘alallahi intunsyurullaha yunsyurukum wakana haqqan ‘alayna nasyrul mukminiin
Kalau azam (kemahuan) engkau sudah kuat maka harus bertawakal kepada Allah. Kalau kamu berjuang untuk Allah, maka Allah akan menolong kamu. Haq atas kami untuk memberi pertolongan kepada orang orang yang beriman.

Kemudian tawakal tentang rezeki dan keperluan, jaminan Allah dengan FirmanNya:
Wamiyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuh
Siapa saja yang bertawakal kepada Allah , maka Allah akan menjaminnya.

Sabda Rasulullah:

Apa bila kamu sekelian bertwakkal pada Allah SWT dengan sebenar benarnya, pasti Allah memberi rezeki pada mu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung: burung burung keluar pagi hari dengan tempoloknya kosong (lapar) dan waktu kembali keserangnya, sore hari, maka tempoloknya sudah penuh.

Pecahan rezeki, 4 bahagian:
1). rezeki yang di jamin ,2) rezeki yang di bagi.3). rezeki yang di milik,4). rezeki yang di janjikan.

1). rezeki yang di jamin:

a). Allah seperti majikan dan kita sebagai buruh. Majikan harus beri upah pada buruh., agar buruh kuat kerja; sebaliknya buruh harus berkhidmat kepada majikan.
b).Sebab, mengikut logik, hukum akal, Allah mencipta manusia memerlukan rezeki.Dengan demikain Allah tentu memberinya.

Dan tiada jalan tertentu untuk mencari rezeki, kerana orang tak tahu tentang rezekinya sendiri , hanya bisa berusaha, sebab dia tidak tahu apa bentuk rezeki, meskipun dia berladang atau berjualan, dimana dan kapan dia betul betul perlu mencari rezekinya, baik tempat mahupun waktu yang tepat untuk untuk dia sampai kesitu, semua itu tidak mungkin.

Jadi wajib Allah menjamin dan menyampaikan rezeki kepadanya.

c). Sebab Allah menyuruh berkhimat, namun, sedangkan mencari rezeki tertentu bisa menghalangi. Oleh kerana itu Allah wajib menjamin agar ia mempunyai kesempatan untuk berkhimat.

2). Rezeki yang di bagi/beri.

Sabda Rasulullah: Rezeki selebihnya dari yang sudah ditetapkan, sudah selesai di bagikan sebelun manusia di lahirkan.
Takwa seorang takwa tak akan merubah keputusan, dan juga jahat orang jahat tidak merubah keputusan, yang sudah diputuskan akan tetap tidak berubah.

3). rezeki yang di milik:
Di milik dari harta benda dunia,juga menurut apa yang sudah ditakdirkan dan ditetapkan oleh Allah, meskipun menurut perasaan seorang semua itu hasil dari jerih payahnya.

Firman Allah:
Anfiqu mimmaarazaqnakum

Keluarkan infaq (nafaqaf, zakat dsbnay) dari apa yang telah kami berikan kepadamu
.


4). rezeki yang di janjikan.
Juga rezeki yang dijanjikan (rezeki inipun selain rezeki yang di jamin) ia itu rezeki yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba Nya yang bertaqwa.Datangnya itu halal dan tanpa susah payah.

“ barang siapa bertaqwa kepada Allah pasti Allah membuat baginya suatu jalan keluar dari kesusahan dan memberi rezeki melalui jalan yang tidak disangka sangkanya”

Semua ini bahagian dari rezeki, dan tawakal hanya wajib terhadap rezeki yang di jamin saja. ketahui lah hal ini.

Firman Allah:
Wabtaghumin fazdlillah..
“ Cari lah kurnia Allah”

Imam Ghazali memberi pendapatnya:
Apakah yang di masudkan dengan mencari kurnia disini mencari rezeki?

Maka yang di maksud disini ialah mencari ilmu dan ganjaran. Kerana itu cari lah ilmu dan ganjaran.( bukan mencari rezeki)

Wamaa min dabbatim filardhi illa’alallahirizquha

Tiada makluk yang hidup dimuka bumi ini, tanpa jaminan oleh Allah akan rezekinya.

Terbukti bahawa hal ini mutlak sekali.

Hujah berhubung rezeki tidak habis di sini saja, malah ada berapa aspek yang di timbulkan oleh Al Ghazali, untuk membuktikan rezeki tak payah di cari…

Memang benar apa yang disarankan dalam kata penghantar buku itu, setiap mukmin yang nak memperbaiki ibadahnya kena baca buku ini..menyeluruh . harga buku dalam rm 15.00 saja .yang pertama dulu mahal…


Atuk Man tiba tiba teringat perbualan di Starbuck kat CURVE Mutiara Damansara dengan Nik bekas staffnya pada Sabtu lepas.

Kita belajar hakikat kita jadi passive ?” Tanya nik pada Atuk Man.

“Saya mengikuti jalan hakikat…buku Minhajul ‘Abidin oleh Al Ghazali sejak tahun 1979 lagi saya dah baca, cuba kamu lihat saya sendiri… adakah saya ini passive, orangnya? “ Jawab Atuk Man, sambil menghirup kopi cinonya yang tak bergula…ada masa Atuk Man lupa bawa guna equalnya, gula yang tak ada calori atau tenaga.

Dulu disekitar tahun 1975 di Malaysia ini ada di usahakan oleh sebuah syarikat milik kerajaan penanaman sejenis pokok di mana daunnya dapat mengeluarkan rasa manis dan tak ada gula di dalamnya. Daun daun tersebut di eskpot ke Jepun. Dari daun ini lah dikeluarkan bahan pemanis tersebut. Tapi projek itu tidak di teruskan.

“ bagi seorang yang berlajar hakikat , otaknya ligat, aktive memikirkan kejadian Allah Ta’alah, dia sendiri telah jadi saintist mengkaji alam dan dirinya, dan menghubung kaitnya dengan Maha pencipta.” Sambung Atuk Man.

“Saya dah banyak memerhatikan orang yang berhakikat, dia lah paling aktif. Macam Ayoh Wang , saya sendiri tak boleh lawan dia dari segi aktif, ada saja pergerakkan nya, kadang terfikir saya macam mana dia memperolehi tenaga untuk bergerak…dia bergerak atas arahan hati nuraninya. Hati kata pergi pergi. Dia ikut arahan pertama dari kalbunya. Arahan pertama itulah benar datang dari Tuhan.Yakin lah

“kalau kata passive dalam erti kata penyerahan 100% , itu benar. Kita wajib kena serah diri, bila kita sudah mengaku bahawa Tuhan itu segala galanya, dan nama Islam itu sendiri membawa erti submission, penyerahan. Tingkatan iman itu pula bergantung atas percentage penyerahannya kepada Tuhan.Penyerahan Saidina Abu Bakar – bulat. Sebab itu Nabi kata timbangan iman Saidina Abu Bakar dengan seluruh umat Islam di dunia kalau di timbang, berat lagi timbangan Iman Saidina Abu Bakar.

“Kamu sudah berkawin, kalau isteri yang tidak menyerah kepada suaminya dengan tak sepenuh hati, suami suka ke?”
“Tak” jawab Nik pantas

“ Begitu juga lah bila kita berusan dengan Tuhan.Tuhan akan merasa kecewa denag cara penyerahan kita tak complete “

Atuk
Man berhenti sekejap..Dia tenguk jam…Adlan masih belum muncul…Atuk Man tak berapa gemari orang tak punctual tanpa alasan tertentu.

“ Kita tenguk Imam Ghazali pun sudah cukup untuk jadikan tauladan…saya ikut ajaran dan nasihatnya…Dia dulu ahli fikah dan mempunyai padangan seperti yang lain lain,Mithal Tuhan tak ubah nasib sesorang melainkan dirinya yang mengubah nasifnya…tapi kemudian dia mempunyai pandangan berbeza..ini kerana selepas incident abangnya sembayang jadi makmum dan kemudian memperakahkan , sembahyang bersendirian, kerana dia nampak baju Imam Ghazali ada darah.

Kemudian Imam Ghazali sedar bahawa waktu itu masa sembahyang dia di kuasai ingatan pasal jadual jadual pengajarannya, masa itu hal hal berkaitan haid…dan baru lah dia sedar Abang nya seorang yang kasyaf.dan dia mendalami tasawuf.

Imam Ghazali tidak terhenti setakat mendalami fikah saja macam kebanyakkan Ulama..Silap kita kadang kadang sebab kita terhenti setakat apa yang sudah perolehi. ..patut kena terus mencari Tuhan. Mutalamatnya hidup manusia ,” Wa anna ila Rabbikal muntaha”: sesungguhnya kepada Tuhan mu itu lah puncak segala tujuan.

“ Iman Ghazali telah memberi hujahnya tentang Rezeki bahasanya Allah menjamin rezeki..Bab nasib …manusia sebenarnya, asal fitrahnhya baik, yang jadi tak baiknya kerana ingkar arahan Tuhan termasuklah tidak mahu menyerah pada Tuhan wal hal Tuhan telah berfirman iatu “Di jadikan manusia dan jin untuk menyembah Allah”. Menyembah yang sebenarnya ialah penyerahan diri kita kepada Allah.”

“jadi kita tak payah usaha?” Tanya Nik lagi, sambil matanya menulik seorang gadis, rupa macam ada darah campuran asyik mengetuk notebook dia. Biasa lah orang bawa notebook kat Starbuck ini sebab ada hot spot.

“ Macam ini ,Nik, Ilham tu datang dari mana ?” Tanya Atuk Man

“Allah lah” jawab Nik.

“ Dari ilham akan terbit iktiar,ia- itu satu cetusan mencari satu jalan keluar dari satu satu permasalah atau mencari satu solusi, mithal, kita kesempitan wang apa cara nak mengatasi nya? . Ilham tadi datangnya dari Allah sendiri, memberi cetusan idea untuk beriktiar, Betul?”

“Dengan adanya iktiar itu terbit usaha, maka untuk menjayakan usaha berlakulah segala gerakan yang diperlukan, tangan dan kaki , nampak tak? apa yang di katakan usaha pun datangnya dari Allah jua:”

‘Ada orang kata usaha dari kita, dan untuk berbalik kepada Allah kita serahkan kepada Allah usaha kita.Itu pun salah sebenarnya penyerahannya dari awal lagi, masa ilham tiba, dan di ikuti, iktiar dan usaha, di ketika itu lagi kita mesti sedar semuanya dari Allah, habis usaha pun oleh Allah.”

“Sebab itu orang belajar hakikat, torqat nya berjalan serentak, sebab makna sebenar torikat ialah jalan yang membawa kita ingat pada Allah dan menuju Allah. Bila saja ingat dan sedar kita ini di bawah arahan dan gerak Allah Taala, itu Toriqat lah. “

“ Kemana sebenar En Mansyur nak bawa kita orang “ Nik bertanya.

“ Sebenarnya saya bawa kamu mengenal Tuhan,kalau tak kenal macam mana nak sembah Dia..kita di tuntut mencari ilmu, ilmu itu penting, dan ilmu yang tertinggi sekali ilah ilmu marifah, ilmu Ketuhanan…untuk kesitu tak lari dari empat perkara ini, ilmu yakin, ainul yakin, haqqul yakin, kamal yakin.bila kita dah mantap dalam penyerahan kita isyaallah akan di anugerah oleh Allah, Shir..ladunni, tajali, nur.’

“Apa yang perlu lakukan” Tanya nik lagi

‘”Bagi saya mudah saja, jangan tinggal suruhan yang wajib ..kita banyak zikir dalam hati…Yang payah sekali kena belajar berzikir waktu kita sedang bercakap lama lama dia jadi darah daging,

dan banyak bermushaadah atau suhud , lebih lebih lagi dalam keadaan kita agak kelam kabut sikit …tarik nafas panjang pajang tahan kosong kan diri ..dan ingat Allah semuanya dan hembus nafas dan nampak kita dan seluruh Alam.

Ingat, kita kosong diri balik kepada keadaan belum ujud semuanya..masa itu zat Allah ...yang Wujud dia saja.

Mushaadah… kita pandang diri kita dari keadaan hari ini - bawa balik kebelakang .zaman.muda kita,- zaman sekolah kanak kanak,- dalam perut ibu, dalam bentuk mani- dalam Adamsudah ada kita, dan dalam alam Ruh dan dalam keadaan belum wujud benda benda lain- kosong…Ini lah yang saya selalu katakan orang hakikat jalan kebelakang. Balik di waktu Tuhan kata BI KANA MA KANA…

Dan kita asuh diri kita supaya jangan mengatakan kita punya haq..kita tak ada haq langsung ...gerak tangan bukan kita…gerak kaki bukan gerak kita, lidah kita bergerak bukan kita gerakkan… ..ini peringkat awal kita mengasuk diri kita cara penyerahan …penyerahan yang total bererti kita sedar bukan kita punya kudrat …semua dari dia…kita belajar jadi ROBOT.”

Ada juga kawan kawan saya bercakap pasal penyerahan ..dia bersetuju kita kena serah pada tuhan …tapi dia hanya cakap saja ..tak tahu sebenarnya penyerahan itu..macam mana?

“ Biasakan diri kita berinteraksi dengan alam, lihat langit, bintang bintang , lihat hutan rimba, pokok pokok , laut , segala galanya , jadikan cermin dan letakkan semuanya dalam diri kita satukan semua jadi satu, kita balik pada yang satu …lihat yang banyak nampak yang satu…”

“ Assalamualaikum….”
“ mualaikum salam…” jawab Atuk Man dan Nik serentak..di lihatnya di belakang mereka ia lah Adlan, dengan tidak di sedari muncul tiba tiba…
“ Ah kamu..kita orang dah nak balik dah..tersangkut ke?” tanya Atul Man
“ Lan mesti lepas jumpa girl friend ni..bau wangi ini..minyak wangi awak ke girl friend punya yang terlekat ..he he he..” sampok Nilk…

Adlan bekas engineer Atuk Man , berhenti sama juga dengan Nik…Adlan berhenti kerana tak boleh bangun pagi…Nik berhenti kerana orang offer pergi Libya….

Adlan mengambil tempat…

“Kita ni minum kopi ye ke ?” tanya Adlan

“Minum lah dulu nanti…nanti kita ke Little Pinang..” jawab Atuk Man. Dia ingat kuey tiau je
‘En Mansyur nak kerja balik ke? Tanya Adlan.

“Nampaknya begitu…Si KC tu bagi juga allowance masa rehat ini..Cuma Merc dia ambil balik sebab kata dia ada orang baru datang…” Kata Atuk Man.

“ Kerja pergi site juga? “ Tanya Adlan.

“ Dia kata kalau saya tak berapa sihat lagi buat kerja office…tahu lah KC tu..nanti semua orang lain punya kerja di campak kat saya…banyak perkara...payment lah , final akaun lah, Vo lah, yang technical lagi…problem kat site lagi… consultant reject nak kena appeal, buat kerja construction tak macam, dulu dalam tahun 1980 an, sekarang banyak sangat paper works ” Sambung Atuk Man

“Kamu macam mana…dah dapat kerja baru ? Tanya Atuk Man.
“ Belum lagi…” kata Adlan
“ Jum kita ke little Pinang...ke kamu nak makan kan lain….Kayu ke ?”Tanya Atuk Man kepada mereka sambil mula mengorak langkah
“ Little Pinang Lah..” kata Nik….

“ saya suka CURVE in sebab surau dia besar dan dekat” kata Atuk Man

Jam 10.30 malam mereka bersurai.

Dalam perjalanan balik, terkenangkan Adlan…Arwah bapanya pengusaha peralatan ofis seperti meja, kerusi dan kabinet…bisnes bertukar tangan ..lansung share bapanya di bolot oleh bapa saudaranya..Arwah bapanya guna nama abangnya…lima belas tahun dulu, tapi adik beradik Adlan sudah ok sekarang semuanya berjaya…Itu lak Tuhan nak tunjuk…..

Jam 10.45 pm ..oh .station .”best one O four..keroncong EMAS” …Atuk Man lalu membuka radio keretanya…kebetulan MUS MULYADI muncul dengan suara ala Mat Jais tapi sedap dia lagi…pasal sebutan dan bunga bunga di akhir perkataan berombak amat merdu sekali…lagu yang sedang di dendang kan …JAMBATAN MERAH.. oh lagu paling di gemari oleh Atuk Man


Jambatan merah …
Sungguh gagah…
Berpagar gendung indah…

Sepanjang hari,
Yang melintasi,
Silih berganti….

Mengenang susah….
Hati patah….
Ingat zaman berpisah …

Kekasih pergi,
Sehingga kini,
Belum kembali….

Biar jambatan…. merah
Andainya patah…
Aku pun bersumpah,

Akan ku nanti,
Dia di sini,
Bertemu lagi….
.
Penyanyi Mus Mulyadi ..pop kerongcong

Oh best gile …Kedengaran bunyi gitar, organ , clarinet…arrangement musik nya sungguh merdu..sungguh mengasyikan …buat hati Atuk Man macam dia yang sebenar menunggu orang yang tak kembali…Mungkin itu zaman Belanda dulu kot

….Ingatan memang sentiasa ada di dalam otak ..tapi biarlah ingatan kepada Allah yang mengatasi segala galanya…

Dulu dalam tahun 1993 Atuk Man galit dengan keroncong..dia mengikutinya hari hari , kadang kadang dia pesan Maksu tolong tapekan bila dia pergi outstation..dan bila mendengarnnya dia pun telifon kawan kawan satu kaki .. ada dengar ini?...

Sampai drivernya, Yob, pun terikut ikut.
Tapi sekarang kurang dah…tak mahu jadi addited..ada bahaya…walau pun masa mendengar tu Atuk Man berzikir ikut beat lagunya..namun tak boleh di elakkan dari berkhayal juga…

Tak nafikan keroncong Indon yang modern ini berentak pop memang sedap di dengar…Atuk Man tak suka yang Malaysia punya , jauh lari dia... bunyi kelinting kelinting nya kelam kabut sangat tak ada harmoni ....




Dua hari lepas cucu Atuk Man Zulaika sampai tertidur atas kerusi dengan earphone lekat kat telinga mendengar lagu keroncong….

wasallam

No comments: