Wednesday, July 23, 2008

Perjalanan Hakikat ( Bahagian 35)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahuma ini asbahtu ushiduka wa ushidu hamalata arsyika wamalaa ikatika wajimi’a khalqika anaka antallahu laillaha illah anta wahdaka lasyarikalaka wa anna muhammadan ‘abduka warasulluka

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian35)

“Tiap yang indah itu di cintai, tetapi yang indah mutlak hanyalah satu, Maha Esa…Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan dia. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah karana ia menginsafi “tanasub” (persesuaian) batin antara dirinya dengan Dia….ini adalah Kata Iman Ghazali dalam kitabnya Al Muhabbah…” Atuk Man menerangkan kepada Zublin.

Mereka bertiga bersama Nan baru selesai berbincang berkaitan drawing untuk kerja pemasangan alat hawa dingin dengan Kontraktor Induk. Waktu tu mereka sedang duduk makan di kedai makan mengadap tasik berhampiran Masjid Putrajaya .Kedai mana lagi kalau bukan mamak! Kebetulan Atuk Man duduk menghadap ke Tasik ….

“kata Imam Ghazali lagi: dan Orang yang paling bahagia di akhirat ialah orang yang paling kuat muhabbahnya kepada Allah SWT…” Atuk Man menyambung khubahnya sambil di memandang wajah Zublin dan sekali di alih kearah Nan….Nan dari tanah seberang bekerja, dengan syarikat ini sejak 1990. Dia tinggal di Acheh tapi bukan orang Acheh.

“Robi’ah al Adawiyyah, wanita pencinta Allah berkata dalam syairnya

Cinta kepada Mu Dua:

Cinta asmara dan cinta hak,

Hatiku penuh dengan asmara,

Hijab terbuka melihat Dikau,

Itu semua aku tak berjasa,

Engkau lah sendiri terpuji….

Pernah dengar Nama Robi’ah Al Adawiyyah?” Tanya Atuk Man

“Belum…” jawab Zublin…

“ Tak apa…dia seorang wali…nanti ada masa kelak boleh cerita” kata Atuk Man…sambil menyuap nasi…

Kari bercampur campur…itu yang dipesan pada perlayan yang menyenduk makanan tadi

“ Semua kari kasi campur…itu yang kari hitam tu, mesti candu! jangan lupa taruk” Kata atuk Man pada perlayan tu .Tergelak besar Zublin dan Nan mendengarnya.

Zublin makan ringan ..dia makan sikit tengah hari. Nan order nasi beriani ayam…

Atuk Man , selepas menghirup apple juice tanpa gula , sikit garam, meneruskan ceritanya.

“Nikmat melihat keindahan Illahi itu ialah sebagaimana yang di-nyatakan oleh Rasullullah SAW dengan sabdanya:

“ Allah berkata: Bagi hamba hamba Ku yang salih telah ku sediakan apa yang tak pernah dilihat mata, tak pernah didengar telinga, bahkan tak pernah terlintas di hati insani”

“Iman Ghazali dalam kitabnya menekankan penting ibadah batin, itu yang di panggil tasauf…di samping ibadah lahir…

Beliau menyatakan , dalam Al-Quran dengan jelas nash dan ayat ayat yang mewajibkan kita beribadah batin dan melarang maksiat batin,

Ayat ayat yang mengenai hukum lahir hanya ada berapa ratus ayat,tapi yang mengenai ibadah batin itu hampir dari awal sampai akhir. Juga diterangkan mengenai maksiat maksiat batin. ( Yang menentukan hukum lahir itu ±500 ayat)

Allah menjelaskan menyuruh buat ibadah batin, menyuruh sabar, menyuruh tawakal, menyuruh ridho, menyuruh tawaduk , menyuruh dzikrul-minnah,menyuruh puji dan syukur dan melarang maksiyat hati,Kibir atau sombong ,bongkak, riya, udzub , takabur…” Atuk Man berhenti sekejap…

Dia tenguk Zublin ingin mengatakan sesuatu, tapi Atuk Man meneruskan , tak mahu aliran idea terputus,point yang nak di stress belum tercapai… dia teruskan lagi…

“Malah…Saidina Ali karramallah wajhah berkata: orang yang mengira, bahwa ia bisa masuk syurga tanpa amal ialah orang yang mengelamun dan orang seperti ini ialah mengira bahwa tiap tiap orang yang sungguh sungguh beramal, dengan amalnya ia pasti akan masuk syurga, maka yang demikian itu hanya akan melelahkan dirinya saja”.

“Disini lah pentingnya hakekat dan syariat ! Kedua dua perlu. Ingat tu Zublin . Imam Ghazali stress on these!

Sabda Rasulullah saw: “pada malam mi’raj telah di perlihatkan kepadaku neraka, aku dapati bahwa isinya yang terbanyak ialah orang orang yang fakir”

Kata para sahabat: “Apakah mereka fakir harta?”

Sahut Rasulullah: “ Bukan!tapi mereka fakir karena tiada ilmu..” Atuk Man berhenti sejejap.

Mata Atuk Man memerhatikan tasik seketika…Fikiran sampingan datang “tasik buatan manusia, namun idea untuk manusia membuatnya juga datang dari Maha Pencipta tapi mempunyai makna yang perlu di renungi dan di analisis berasingan, ia itu ini satu pembaziran atau tidak kepada Negara, dan orang yang di datangi idea untuk membuat semua atas nama Putrajaya ini sebagai satu dugaan padanya…. hasil usaha kerana nafsunya ingin famous, mahu terkenal ?

Nun di sana tu terlihat satu jambatan yang tak siap siap … tanpa di hubungi jalan raya… tergantung ditengah tasik..bukan ini satu tanda pembaziran…Pyrimid pun datang nya dari Allah walau pun ianya membawa tanda penderhakaan pada Allah ” fikir Atuk Man

“ Nampak tak ? apa yang di tekan kan sekali lagi ialah ilmu…” terus Atuk Man.Di lupakan bab lamunannya sebentar tadi.

“Telah di riwayatkan bahawa Allah SWT memberi wahyu kepada Nabi Daud a,s, Firmanya: ‘Wahai Daud, pelajarilah oleh mu ilmu yang bermanfaat!’

Sabda Nabi Daud: ‘Ya Tuhan ku, apakah ilmu yang bermanfaat itu?’

Firman Allah: ‘Ialah untuk mengetahu keluhuran, keagungan dan kebesaran Ku, dan kesempurnaan kekuasan Ku atas segala sesuatau. Inilah yang mendekatkan engkau kepada Ku” Atuk man terhenti…

Zublin dan Nan mendengar begitu khusuk.

Sebenarnya Atuk Man lebih berminat untuk terang kan kepada Zublin kerana Zublin sudah faham tentang ilmu hakikat walupun kira baru masuk Islam…Nan faham tapi masih belum sampai kesitu…Gula manis tapi kalau tak rasa dulu tak tahu manis nya…Nan belum mencuba…

Zublin sudah…dia sudah melalui macam Nabi Ibrahim mencari Tuhan…Zublin pernah termanggu macam penyair Chairil Anwar….mengembara di negeri asing…dan Zublin sudah menemuinya… “Pintu mu ku ketuk dan aku tidak bisa berpaling”

“ Saya pernah sembayang di dua masjid di utara , kedua dua masjid tu masa saya masuk tak ada berorang bila saya sembahyang ada orang sembahyang di belakang saya…lepas selesai sembayang mereka hilang” Kata Zublin

Dia telah menceritakan berberapa perkara yang pelik berlaku padanya. Namum yang paling dia suka ialah perasaan senang hati, gembira…

“ Saya hairan , saya kehulu kehilir hingga jumpa Islam, dan saya yakin penuh bahawa Islam lah jalannya menuju keTuhanan sebenar ..tapi hairan orang Islam sendiri mahu keluar Islam jadi murtat..Sudah duduk dalam air tapi tak mahu minum air. Bodoh betul” kata Zublin.

“ itu lah Nan, yang penting ilmu…dan ilmu yang sebenarnya ialah ilmu mengenal Tuhan, ilmu marifah… tak tahu Tuhan… tak kenal dia macam mana nak sembah…” kata Atuk Man

“ betul tu En Man, saya tahu itu…ilmu itu penting” jawab Nan dengan loghat Indonnya…Nan sudah habis makan…Dia pun minum apple juice…

“Itu lah ..di Indo sana dia orang kuat toriqat…kat Malaysia ni Hakikat…Sebab itu kamu tenguk macam yang kamu tunjuk kat internet orang guna zikir untuk angkat Khubah tak pakai crane.. ingat?”

“ya saya ingat…” kata Nan.

“ Dan saya kata jangan terperangkap tentang perkara perkara miracle…betul itu kekuasa dari Illahi, tapi kita jangan macam orang christain ada miracle baru nak percaya Allah, tapi mesti ingat miracle yang paling miracle ialah kejadian diri kita sendiri… mereka tak sedar ini…ingat macam saya dah terangkan ?’” Ingat Atuk Man.

“Saya faham tu…” jawab Nan

“ kamu tenguk budak miracle yang boleh mengaji dan faham tentang Islam, boleh dahwah ,,?” Tanya Atuk Man

“ Ya …ada keluar kat TV.” Jawab Zublin

“ Ingat miracle itu pun dugaan pada kita…bagus lah banyak yang masuk Islam kerana nya…tapi saya khuatir alasan masuk tu mungkin belum cukup mantap..kot ada tujuan lain..nak miracle juga…ini baru seorang budak yang betul membawa Islam….saya takut bila Dajal datang…sebab Tuhan akan bagi pada Dajal banyak kuasa..dan bila Dajal kata dia Tuhan akan banyak orang yang percaya padanya..ini kita nak jaga…” kata Atuk Man.

“ Nak masuk toriqat boleh tapi sebaiknya belajar Hakikat dulu, jadi kita tak sesat nanti…sebab ilmu sudah ada…Bagi saya toriqat ini lain jalan untuk kita menuju kapada Allah apa saia jalan membawa kita ke Tuhan, adalah toriqat…yang paling hampir bagi kita ialah sekarang ini …kita “bincang” pasal Tuhan…inilah toriqatnya.

Mereka mula bergerak naik keatas ..naik escalator …panas terik…atap transparent jenis perspect ni tak bagus, hanya untuk teduh hujan tapi pancaran mata hari tembus dan menyebabkan panas...sebenarnya tak sesuai untuk Malaysia yang beriklim panas…ada green house effect sebenarnya..

Tourist memang ramai berkunjung kat Kawasan ini kat masjid ini

“Putajaya ini satu je yang tak bagus, ialah bial ada peperangan kita kena cepat keluar, lebih lebih lagi menteri menteri, sebab ini akan jadi Target Utama musuh” kata Atuk Man.

“ya lah..betul kata En Man tu” jawab Nan

Mereka dah sampai ke atas dan terus keMasjid untuk Zohor.

Bersambung….Insyallah...di situ masa yang di izin oleh Allah....Atuk Man dan Wan Je mengucapkan selamat berpuasa...jumpa di satu masa nanti...

Wasallam

3 comments:

love is forever said...

salam atuk...mmm..episod dah habis ye...ke penerbit dah cut budget ni...mmm..

shahbandarmalakat said...

tiada satu pun yang kekal...selain Dia

Anonymous said...

Salam barakah Mr Burn,

"Everything (that exists}will perish except His own Face"

Wassallam
ZB