Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Laa ilal a’illallahul’azimulhalim
Laa ilal a’illallahurabbul’arsyi’azim
Laa ilal a’illallahurabulsyamawati wa rabulardzi rabbul’arsyilkarim
Subhanal daimmil qaiim
Subhanal qaiimil daiim
Subhanal haiyul qaiyuum
Subhanallahi wabihamdih
Subhanallahil ‘izim wabihamdih
Subhanal malikil quddus
Subhana rabbil malaikatihi warruh
PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian34)
“
“ Apa ? ada cerita Jebat?” Atuk Man pura pura macam tak terdengar dengan jelas..
“Debat antara Anwar vs Shebri Chik kat Dewan bahasa..siar kat TV malam tadi” Jawab Nan.
“ Oh Debat, kedengaran tadi macam Jebat…itu lah , terfikir juga pasal apa Jebat nak mengamuk…zaman itu dah lama berlalu ..tentu ingat tadi macam cerita Jebat” Atuk Man jawab dengan gelak….
“ Siapa menang?” Tanya Atuk Man
“Anwar lah…” jawab
“ Oh saya rasa Shebri tu yang menang…” tegas Atuk Man
“Pasal? “ Tanya Nan…
“Bagi saya … Ikut tajuk perdebatan memang sukar bagi Shebri nak jawab…soalan nya soalan KO...pasal semua rakyat nak minyak diturunkan…kamu sendiri pun nak minyak di turunkan...tak ada yang tak setuju…dan memang boleh di turunkan dan bila telah dibuat keputusan untuk turun, kerajaan kena cari jalan lain seperti naikkan cukai ke, untuk balance the budget…” tegas Atuk Man lagi.
“Yang penting kena balance budget dan kena lah korban yang lain pula…kalau tidak carilah sumber kewangan yang lain untuk menampung kos kenaikan…export lagi banyak barang atau naik cukai cukai…” kata Atuk Man lagi…
“Masalah kita ialah public transport masih jauh dari sempurna…kat Negara Belanda orang naik basikal biasa je ...CEO syarikat pun naik basikal…” Terus Atuk Man
“ Saya tak salahkan Shebri...saya juga akan tanya macam itu…Bukan kah semuanya ini berlaku masa Anwar dalam kerajaan? Masa itu saya dan rakan rakan kehulu kehilir memberi tahu rakyat pasal kemungkaran, pembaziran dan salah guna kuasa. Anwar tak sokong malah dia mempertahankan nya…
Saya dapat tahu tak banyak bezanya, jadi lebih baik duduk dalam lembaga dulu. Begitu juga dengan Telikum..sebelum di senaraikan dulu perolehan kerajaan waktu itu 800 juta, sekarang sebanyak itu juga…
Kalau tak dibagi sama rata kepada rakyat bermakna satu pengkianat dan pecah amanah belaku jadi apakah mereka ingat Tuhan tak menghukum mereka nanti ? Mereka yang terlibat tak akan boleh lari dari hukum Tuhan pasal ini melibatkan harta orang ramai…" Atuk Man terhenti.
"Eh saya tenguk itu Anwar banyak bagus cakap...jadi PM dia mesti bagus" Tiba tiba Teo, Project Manager, yang sama mendengar turut serta nak beri pendapat
"Awak jangan kata saya anti Anwar...saya kempen kuat untuk dia memang lawan Ketua Pemuda waktu dia lawan Hj Suhaimi dulu...saya begitu taksub dengan nya pada waktu itu...tapi saya give up bila saya tenguk dia cakap tak serupa bikin...dan pada tahun 1987 dia kuat sokong Dr M, kami sokong TR...dia tak mahu sokong kita walhal apa yang di perjuangkannya sekarang sama dengan apa yang kita perjuang dahulu...kenapa waktu itu dia tak mahu serta? Bermakna dia tidak berfikiran kehadapan...ha ha ha" jawab Atuk Man lagi
"Sebab itu saya tak hairan angkara yang berlaku sekarang?” Atuk Man macam nak mengakhir khubahnya pada anak anak buah nya…
Sebenarnya pagi pagi lagi Atuk man dah hantar SMS kepada rakan rakannya temasuk Tok Him dan Datuk Munir pasal debat tu…
“Debat Anwar V Shebri. Apa yg cacat? Shebri macam nak sebut nama Kuli sebagai Pengasas Petronas tapi tak keluar dari mulutnya” SMS atuk man kepada rakan rakannya…
“Shebri dah masuk kadang kambing arab badwi dia jadi tergamam” jawab SMS Datuk Munir..
“ Tak kenang budi “ Jawab Tok Him pula…
Atuk Man Cuma teringat pesan Imam Ghazali perdebatan tak mendatangkan apa apa, sebab itu peringkat awalnya Imam Ghazali suka berdebat kemudian bila di amat amati di dapati bahawa debat sebenarnya tidak menguntungkan sebab masing masing ingin mencari kemenangan bukan mencari kebenaran…menegak benang yang basah…pada hal kebenaran itu ada lah anugerah Tuhan kepada hambanya yang di sayangi...siapa yang memohon pertunjuk untuk jalan yang lurus akan di beri kebenaran yang hakiki…
"Dalam keadaan sekarang ini rakyat macam buntu, sebenarnya bagi orang yang takwa dan yakin kepada pertunjuk Illahi akan munajat kepada Allah supaya memberi satu tanda kebenaran pada dirinya, insyallah Tuhan akan bagi kepada satu firasat tetapi syarat apa saja firasat yang dia terima HANYA UNTUK DIRI SENDIRI TAK BOLEH DIBUKA KEPADA ORANG LAIN…haram baginya beritahu orang lain dan sekiranya dia buka untuk orang lain maka Tuhan tidak bagi lagi kepadanya." Fikir Atuk Man
Petikan terjemahan Kitab Al Hikam: ( Munajat Ibnu Athaa’)
35) Tuhan Ku,, dekatkan lah aku kepada Mu dengan rahmat-Mu supaya segera aku sampai kepadaMu, dan tariklah aku dengan kurniaMu sehingga aku menghadap kepadaMu
( Memang tidak ada jalan bagi hamba untuk sampai kepada Tuhan kecuali dengan Rahmat Tuhan sendiri,demikian pula tidak mungkin menghadap kepada Tuhan kecuali dengan kurniaNya)
38) Tuhanku, bagaimana aku akan kecewa padahal Engkaulah harapanku, atau bagaimana aku akan terhina padahal kepada Mu lah aku bersandar dan menyerah (berserah diri).
39) Tuhan Ku, bagaimana aku akan mulia (bebangga padahal Engkau telah menempatkan aku dalam kehinaan, tetapi bagaimana aku tidak akan berbangga padahal kepada Mu lah dikenal (bernisbah) (yakni hamba Allah). Dan bagaimana aku tidak akan miskin, sedang Engkau telah menepatkan aku dalam kemiskinan, tetapi bagaimana aku akan miskin padahal Engkau sudah mencukupi aku dengan kemurahanMu, (atau: padahal dengan kemurahanMu aku telah Engkau kayakan)
40) Engkau lah Tuhan yang tiada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah mengenalkan diriMu pada tiap tiap sesuatu , sehingga tiada sesuatu yang tidak mengenal kepada Mu .Dan Engkau pula yang mengenalkan diri kepadaku dalam segala sesuatu sehingga aku melihat Engkau jelas pada setiap (segala ) sesuatu, maka Engkau lah yang zahir (jelas0 pada tiap sesuatu.
41) Ya Tuhan yang tegak (berkuasa) dengan sifat RahmanNya di atas Arasy, sehingga arasy itu lenyap dalam rahmannya Allah, sebagaimana alam alam yang lain lenyap dalam arasyullah. Engkau yang telah menghapuskan (melenyapkan) alam dengan alam, dan melenyapkan arasy dengan kepungan nur yang meliputinya dari sifat rahmannya Allah
42) Ya Tuhan yang telah berdinding dibalik pagar kemulianNya, sehingga tidak dapat dicapai oleh pandangan mata.Ya Tuhan, yang telah menjelma dalam kesempurnaan keindahanNya, sehingga nyata bukti kebesaranNya dalam hati dan perasaan.Ya Tuhan, bagaimana Engkau akan tersembunyi padahal Engkau yang sangat zahir (terang), dan bagaimana Engkau akan ghaib, padahal Engkau lah pengawas yang tetap hadir. Semoga Allah yang memberi tufik, dan kaepadaNyalah aku berharap bantuan pertolongan….Amin
Atuk Man teringat cakap cakap Zublin, masa dia nak peluk Islam...dia berdoa kepada Tuhan ( waktu itu dia kata tak tahu tuhan yang mana, sebab dia tak ada ugama, dan dia telah membaca banyak buku buku ugama, dia mengikuti k semua “mazhab” Christian, Budha dan Hindu …dalam hati dia tahu dia berdoa menuju ke Tuhan semesta Alam…memohan petunjuk jalan yang benar..) maka akhirnya dia dapat hidayah dan rahmat, Di malam yang dini hari di UK, tiba tiba biliknya jadi terang benderang…tapi di luar hari masih gelap…Ini menjadi tanda tanya padanya..dia rasa Tuhan sudah mendengar dia...
Atuk man masuk dalam bilik ..on PC nya…Check email…hari ni tak ada meeting mana mana …Cuma nak buat submission projek projek di bawah jaganya…Dia dah suruh Engineernya Zublin (walaupun baru memeluk Islam ( 12 tahun) tapi sudah mantap sudah faham ilmu hakikat , orang yang dah lama Islam pun tak mahu nak belajar …Atuk Man salute padanya) untuk menguruskan…
Semalam dia terima email dari Abi kat
“macam ini pergi kat Curve lah cari kat situ…launch kat
Masa launch time Atuk Man drive ke Curve yang tak jauh dari ofis…Itu pun hari hari Atuk ke Mutiara Damansara Sholat kat Masjid situ, the curve hanya di sebelah…
“ Lama juga tak kesana …nak panggil member yang lain dah tak sempat..” fakir Atuk Man…
“ Last pergi dengan Nik dulu jumpa Si Noli Mahali dan gengnya ..jangan pula terjumpa lagi..” fakir lagi Atuk Man….
AtukMan pergi kat Curve jam 12.30 drive masuk parking di besmen; selalu curve senang parking, tapi sebab di luar hujan renyai renyai , lantai besman basah dan tayar depan tak lekat dan berbunyi teruk sekali…rupanya tayer kereta depan sudah habis bunganya dan AtukMan sungguh hairan baru sebulan tukar tayer…Atuk Man dah tahu puncanya ..Rim bengkok dan sepatutnya hantar workshop dua minggu lepas tapi tidak dibereskan.Lantai becement memang bahaya...Arkiktek patut tak boleh pakai lantai jenis ini.
Naik keatas shopping area, berpusing mencari kedai cermin mata.Jumpa .Contact lense itu ada...tapi tak tahu powernya..terpaksa hantar SMS ke
Ada jawapan dari Abi pasal powernya, macam mana dengan colour?, oh lupa tanya... ambil yang biasa punya...Colour mata Atuk Man biru, pasal Atuk Man dari Melaka ada keturanan Pertugis tapi anak anak tiada yang mata biru pula ,semua jenis hitam macam Wan Je ...lega hati Atuk Man lepas satu tugas Cuma nak hantar kat rumah kawanya pula lah…
Wan je bila mengenangkan anaknya Abi akan balik Sept ini hatinya makin terasa rindu..
"rindu sangat kat Abi" katanya sambil menangis...
"Sebenarnya sebagai ibu bapa kita banyak berkorban untuk anak anak...kerana pelajaran kita sanggup korban kan rindu kita pada anak...Apa tidaknya Mula mula Angah, 7 tahun di UK, sejak tahun 1991,bila Angah nak balik kemudian Along, 3 tahun kat Texas,ikut suami,dan sambil itu Along buat Master . Ini giliran Abi, dah masuk 4 tahun...dan mungkin lama lagi kerana sekarang dia berkerja dan dah dapat work permit...jadi sentiasa ada anak jauh dari kami.Cuma Maksu, itu kerana dia mengidap sakit buah pinggang , Angah larang keras takut kat oversea dia menghadapi masalah..."
Atuk Man teringat bila berita doktor kata maksu ada masalah buah pinggang...Atuk Man sungguh sedih...dia menangis bila beri tahu kawan kawan rapatnya, seperti Zul dan Ayoh Wang...apa tah lagi bila maksu kata
" ayah, Baby tak nak mati lagi...".
Wasalam
No comments:
Post a Comment