Tuesday, July 15, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (bahagian 33)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..


Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Laa ilal a’illallahul’azimulhalim
Laa ilal a’illallahurabbul’arsyi’azim
Laa ilal a’illallahurabulsyamawati wa rabulardzi rabbul’arsyilkarim

Subhanal daimmil qaiim
Subhanal qaiimil daiim
Subhanal haiyul qaiyuum
Subhanallahi wabihamdih
Subhanallahil ‘izim wabihamdih
Subhanal malikil quddus
Subhana rabbil malaikatihi warruh

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian33)

Sampai kat Sungai Petani jam 5 petang. Bertolak dari KL Lumpur jam 12.00. Jadual asalnya patut bertolak jam 6.30 pagi, tapi terpaksa di tunda kerana Datuk Munir, kena lawat cucunya kat Pantai Hospital paginya admitted kerana sakit, pada mulanya dikatakan agak mencemaskan. Program di Kedah yang sudah diatur jam 2 ptg kena skip, bagi orang lain kendalikan.
Walfare cucu mustahak, lebih lagi anak lelakinya kebetulah berada outstation, jadi Sebagai Atuk, Datuk Munir kena juga tenguh tenguh…Dia yang pernah beritahu member member, lebih lagi kepada Atuk Man.

“Mesti ingat cucu tu tetap anak orang…” Tapi kita semua tahu Datuk frust kerana dalam keadaan cucu pertamanya sedang baru nak bermesra dengan nya anak perempuannya buat keputusan pindah rumah, ikut suami, lalu di angkutnya cucu kesayangannya sekali! Jadi dia pun menyanyi untuk hibur hati sendiri :

“ cucu tu tetap anak orang…jangan cuba menyayangi terlebih lebih…nanti merana badan.” Nyanyinya.
Selain dari alasan bergerak lambat dari kuala Lumpur, lewat sampai ke Sg Petani kerana tadinya singgah pula kat Kuala Kangsar, dah kebetulan singgah kat kedai yang sudah wujud sejak tahun 47 lagi, kedai nostalgia untuk budak budak MSKK. Datuk bekas MCKK! Jadi dia nak juga ada rasa nostalgia…
Masuk kat kedai itu yang penjaganya pangkat anak saudara bagi taukey yang asal, yang Datuk kenal pada tahun 1945…


Lewat sampai juga pasal cerita liwat dalam kereta…


Atuk Man bagi tahu dua orang member lagi, ia itu Zul dan Datuk Munir, liwat di Malaysia ini bermula dengan sekolah asrama penuh. Zul kata bukan itu je, di pondok pun ada, dan bukan asrama penuh pun ada, malah merata rata…

“Satu penyakit jiwa sukar nak di pulihkankan …kena jumpa pakar sakit jiwa je ubatnya bagi yang terlibat…” Kata Atuk Man.

“ dalam kisah Nabi Luth, bila di perentahkan Nabi Luth berpindah meninggalkan tempat berlakunya kemungkaran itu, di larang toleh belakang” terus Atuk Man.
“Isteri Nabi Luth yang toleh belakang akhirnya tercicir dan duduk dalam gulungan terkutuk itu…
“larangan jangan toleh belakang itu, dalam maknanya”… terang Atuk Man lagi…
Atuk Man percaya Datuk Munir faham maksud Atuk Man, kedua dua pernah masuk sekolah asrama penuh…dan melihat suasana tersebut kelilingnya waktu itu…
“ Sepatutnya Menteri Pelajaran kena lihat ini untuk jangka masa panjang…guru guru sekolah asrama penuh tahu hal ini tapi tutup mata” Atuk Man memberi berpendapat.

“kenapa mesti sekolah asrama penuh aje , benda ini berlaku dimana mana..” Zul kurang bersetuju…
Datuk Munir hanya ketawa saja, dia tak mahu turut untuk memberi pendapat…
Datuk Munir dengan pengelamannya …. dan Atuk Man dengan pengelamannya di waktu yang singkat saja ..dua tahun je dari form 4 dan form 5…Dia tak pernah melihatnya berlaku didepan mata, tetapi tahu kewujudan ‘jambu jambu”

“ Datuk dulu gulungan jambu ke” Tanya Atuk Man.
“ Ha… Ha… Ha…” ketawa Atuk Man. Dia tak confirm apa apa.

J
ambu ia lah murid murid junior yang agak lawa…mereka jadi rebutan pada setengah setengah senior, selalunya senior yang pada ketika dulu juga seorang jambu…mereka cuba menari perhatian jambu jambu itu sebagai adik , rakan, ‘girl friend’..ada juga perebutan…dan jambu jambu ini tahu mereka jadi tumpuan dan rebutan, kadang kadang memakai bau bauan atau bedah bedah yang menangamcam baunya.

Ada yang betul jatuh ‘cinta’.

Atuk Man yang masuk Sekolah Asrama penuh itu dalam form Four, jadi dai sudah ada girlfriend kat kampung, girlfriend dalam form two…girl friend pun chun, putih …darah campur Melayu Cina…Tiap tiap bulan pasti terima warkah… jadi jambu jambu tu tak hairan dan tak tertarik…

Hati Atuk Man masa itu sentiasa ingat pada girl friend…

Sepanjang perjalanan itu perbualan tak berhenti henti satu demi satu..Atuk Man dan Datuk Munir sentiasa usik mengusik…kutuk mengutuk…dan Datuk Munir akan sentiasa tergelak besar…
Last dapat bersama dalam kereta sebegini ialah dalam tahun 1990, dari Kuala Lumpur kePinang, bersama Nasir, Zul, Sam dan Datuk. Moodnya sama…joke …joke…gelak gelak…
“I tahu Zul Nak hisab rokok, berhenti lah kat mana mana “ kata Datuk ..itu tanda Datuk nak ke tandas…dan di hulur botol kosong kepada Atuk Man…

“ Kat Mekkah saya bawa bottle kosong …” kata Atuk Man
“ Dalam Bas dari Mekkak ke Madina …tempat berhenti bukan boleh kita tentu, pada tahan tahan baik gunakan botol” Kata Atuk Man

“ Saya pun kat Kuala Lumpur waktu jem buat juga , pakai botol …” kata Datuk Munir…Dia tergelak “Ha…ha..ha.” itu trade- mark dia.

Mula mula nak berhenti di R& R Tapah , terlepas, kemudian kat R & R di tepi Sungai Kuala Kangsar , mis juga…
“ Atuk Man ini tak boleh jadi navigator, asyik mis je” komplen Datuk…
Jadi sepanjang jalan itu, tak berhenti henti ada saja topic nak di bualkan nak di joke kan…dan akan teringatlah ramai rakan rakan yang lain..

“ Saya masa kat MCKK dulu kawan dengan anak Pembesar, Bangsawan ( orang datang dari awan) jadi room mate...Left General Jef…kaki hisap rokok…semua familinya kaki hisap rokok including yang perempuan macam Kak Yil tu…ah… Ah Tuk Man , itu hari General tanya mana Atuk Man …” kata Datuk Munir …Gelak

“ Patut tadi ajak dia pergi… mesti dia mahu ” kata Zul…

General Jef memang bersama Atuk Man menggerakkan kan parti PSPS ( Parti Siasah Pencar Sitara) di Melaka dulu…General sebagai ketua Perhubungan Negeri Melaka, Atuk Man sebagai pembantunya…

Datuk Munir ini waktu dia jadi menteri dulu dia memang bekerja untuk rakyat…dia akan cuba menyenangkan kerja…

“ Ada seorang bekas askar minta permit Taxi, tapi belum ada lesen memandu tapi tak di luluskan oleh Pegawai Kementerian saya. Lalu dia bertemu saya mengadu tentang kesnya. Saya beri arahan suruh lulus kepada pegawai itu…

“ Kenapa Datuk suruh luluskan?” Tanya pegawai berkenaan

“ Dia bekas tentera, dasar kita kata kena bagi..kena bagilah...dia tak ada lesen pandu, nanti dah dapat dia pohon lah pula lesen, tak akan dah ada permit taxi nak simpan aje, tentu dia akan bawa taxi…nanti kita suruh ambil lesen pandu ..dia dapat lesen …tiba kita tak lulus permit dia, masalah pula…luluskan” arah Datuk… logic dia simple..sama logic Atuk Man..sebab itu boleh berkawan berdua tu ..dalam hal hal politik.

Sampai ke simpang Sungai Pertani , mis lagi, jadi terus ke utara lagi masuk simpang ke Alor Star …
Kat Sungai Petani nak cari hotel Sri Malaysia, Datuk pun lupa jalan, apa tah lagi Zul.Memang banyak perubahan pada Bandar ini…Tun M memang bawa kemajuan ke Negeri Kedah… berhenti kat bangunan Shopping komplek kat persimpangan jalan dan Datuk Telifon Mail, yang mengendalikan program ini.

Mereka berhenti minum, jam dah hampir 5 ptg, dan Mail tiba, dia nak bawa mereka kerumah seorang penyokong seorang bekas pemuda bergelar ustaz…makan laksa…
Perjalanan ke rumah member tu ambil masa setengah jam. Jauh juga…lepas berkenalan dengan member member yang lain, termasuk Datuk Ilia, bekas pegawai kanan kerajaan… mereka menjamu selera dengan makan laksa ,mee dan kuih muih…sedap..

Datuk Munir makan banyak…dan tahu lah Datuk cakapnya kurang tapi gelaknya lebih…sebab itu Datuk Munir jadi manusia yang tiada masalah,kalau ada masalah nak hinggap kat dia , masalah lari pasal takut di gelakkan oleh Datuk…

Bersama mereka juga Ismail, adik kepada saudara Hamid. Hamid orang penting dalam perjuangan mereka sedikit masa dulu berada di Kuala Kangsar, rumah isterinya, hanya akan muncul besuk.

Zul , sibuk dengan rokoknya, garu kepala kerana tak teringat nak telifon Hamid masa kat Kuala Kangsar.

Mereka check –in kat Hotel Sri Malaysia sudah hampir magrib…Tergesa gesalah untuk mandi dan siap siap kerana program bermula jam 8 malam di hotel yang sama….
Jam 8 malam mereka turun kebilik dewan mesyuarat yang telah di book dan jemputan telah datang…

“ apa program malam ini sebernarnya Datuk?” Tanya Atuk Man

“ tiada tujuan, Cuma nak say helo helo je pada kawan kawan lama …ha haa ha” jawab Datuk.

Sekejap tu majlis informal tu berjalan ..member yang hadir dalam 15 orang… Datuk Illia terangkan tujuan untuk malam itu lebih pada membicang hal “buku merah” yang telah keluarkan oleh parti…di mana ada tercatit larangan larangan , termasuk lah orang yang nak bertanding tak boleh mengahdiri majlis kahwin kenduri kendara dan menziarahi orang meninggal dunia!

Datuk Munir pula menerangkan keadaan dia yang telah bersara dari politik tapi kini ‘terpanggil’ untuk menerangkan suasana yang ada di Malaysia ini dan menyumbang mana yang perlu untuk sama sama membaiki keadaan…”Arah tujuan kita ….kemana pucuk pempinan kita nak bawa kita semuanya…generasi yang akan datang mana arah tujunya?” Tanya Datuk Munir

Datuk Munir bersama dua lagi pemimpin penting Negara adalah orang yang di pertanggung jawabkan oleh Arwah Tun Abdul Razak / Tun Hussein untuk menggubal satu dasar membela nasib bangsa selepas 13 May, lalu tertubuhnya PNB dan Amanah Saham National…

“ Kita kena fikirkan dalam keadaan ini sekarang perlu tak kita tukar pucuk pemimpinan di atas? Boleh ke pucuk pemimpinan ini meneruskan perjuangan bangsa Melayu yang telah di asakan oleh Arwah Tun Razak ?” Tanya seorang peserta.

“ Kalau kita orang Kedah nak ke Kuala Lumpur kita akan lalui negeri negeri pembanggang dulu..mula mula Kedah…oleh Pas…Pulau Pinang…oleh DAP…Perak.. oleh DAP/Pas…Selangor… olehPKR…tuan tuan nampak tak?” tanya perserta tersebut

“Dan boleh kah kita rampas balik negeri negeri ini pada PRU 13 nanti dengan menaruh harapan kepada pemimpinan yang sama di mana mereka lah yang di pertanggung jawabkan atas kekalahan tersebut?” Tanya peserta itu lagi.

“ Kalau kita rasa perlu di tukar siapakah di antara kita yang layak untuk memimpin kita…Yang no dua sekarang? Yang no tiga ? yang No 4? Atau dengan yang tiada bernombor tapi sudah terbukti berjasa kepada Negara sejak Zaman Tun Razak lagi.? Kalau tuan tuan bersetuju beri lah sokongan tuan tuan …” terus perserta itu lagi.

“Sebenarnya TR telah bersetuju untuk menawarkan diri untuk bertanding jawatan President dan kalau Tuan tuan setuju boleh lah calun nama beliau dalam menyuarat bahagian akan datang..” Bagun Datuk Illia sebagai mewakili TR.

“ Cuba terangkan apa apa jasa TR kepada Negara” Tanya seorang anak muda.”

“ Sebenarnya sebelum kamu dilahirkan Tun Razak telah melantik TR masa itu umurnya baru 27 tahun sebagai CEO/Pengerusi Bank Bumi Putra Bhd menggantikan Arwah Rizlan anak Melayu pertama menjadi Chartered Akauntan yang meninggal dunia bila kereta Lomborgininya meletup kat station kereta api .

Kemudian Tun mengarahkan TR untuk menubuhkan Petronas . TR dan Datuk Munir dan datuk Yunus jadi ahli Pengarah pertama Petronas…” Bangun Sdr Zul menerangkan nya.

“ Semua yang ada sekarang adalah tanda tangan TR… PERNAS, PNB Saham Amanah National…tanah dimana bangunan PWTC itu sendiri di bina siapa punya tanah?

Itu tanah TR,… berapa nilai tanah tu sekarang? ..billion…Itulah pengerbonan TR yang tak ternilai pada pada parti…siapa boleh lakukan macam TR..dan yang sedihnya orang boleh tomah TR lagi..bukan nak berterima kasih…” Zul agak emotional sikit.Dia tak pernah emotional
selalunya..

“Saya nak Tanya sikit, TR tu boleh ke berhubung antarabangsa nanti, Kita nak kan pemimpin yang boleh berurusan dengan Negara Negara lain juga ” Tanya seorang perserta yang lain. Atuk Man sungguh terkejut dengan pertanyaan itu.

“ Disini lah lah banyak anak anak muda dan setengah orang yang tak tahu atau lupa…sebenarnya TR adalah satu satu manusia di dunia ini memang jawatan Pengerusi World bank, IMF, Asian Development Bank (ADB) and Islam Development Bank (IDB) dalam masa yang sama.” Jawab Zul .

Apa yang di katakan Zul tu memang benar.

termanggu, memikirkan percakapan tetamu tetamu itu, Atuk Man teringat apa yang di katakan sdr Aspan dalam blognya.
(Kata Aspan Alias:

His role at international playground went up as far as being the chairman for the Board of Directors of the World Bank, IMF, Asian Development Bank (ADB) and Islamic Development Bank (IDB), all at the same time.For our own record no one in this wide world have the profile of heading 4 international institutions with 4 different functions, not even from anybody from USA and Europe.)
Blog aspanalias, klik
sini

Dan Atuk Man pernah membaca biodata TR dalam baca koment Nazari dalam blog kuda kepang tempuh hari.

nazari said...

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

BIODATANAMA PENUH : Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd. Hamzah

TARIKH & TEMPAT : 13 April, 1937LAHIR Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

KELAYAKAN : Universiti: Queen’s University, Belfast,AKADEMIK Ireland Utara dengan Ijazah B.Sc (Econ)

1959Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London, hingga 1961Anugerah Doktor Kehormat Undang-undang(LLD) oleh Queen’s University, Belfast,Ireland Utara

1982ANUGERAH : D.K. (Darjah Kerabat) - Kelantan 1978S.P.M.K. (Kelantan) - 1967P.S.M. (Persekutuan) - 1973S.S.A.P. (Pahang) - 1980S.P.M.S. (Selangor) - 1982

TERPILIH : Presiden Dewan Perniagaan dan IndustriMelayu Malaysia 1970 – 1976
Presiden Dewan Perniagaan dan IndustriMalaysia 1973 – 1976
Presiden ASEAN Chambers of Commerce1975 – 1976
Pengerusi Asian Development Bank1976 – 1977
Pengerusi Board of Governors, World Bankdan International Monetary Fund 1977 – 1978
Pengerusi Bank Pembangunan Islam – 1978

PENGLIBATAN KORPORAT:
1965 - 70 Pengarah Eksekutif, Bank Bumiputra Malaysia Berhad
1970 - 74 Pengerusi PERNAS (Mengetuai Delegasi Perdagangan yang pertama ke Republik Rakyat China pada tahun 1971)
1970 - 76 Pengerusi dan Pengarah UrusanBank Bumiputera Malaysia Berhad
1974 - 76 Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS (Petroliam Nasional Bhd)
5.3.76 – 1.8.84 Menteri Kewangan Malaysia
1984 - 87 Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia

PENGLIBATAN POLITIK:

1962 – 66 Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan (5 tahun)
1966 – 72 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan (5 tahun)
1972 - 84 Pengerusi Badan PerhubunganUMNO Kelantan hingga Jun 1984 (12 tahun)
1973 – 81 Naib Presiden UMNO Malaysia
1973 – 84 Bendahari UMNO Malaysia1978 – 84 Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan
1969 - 74 Terpilih jadi Ahli Dewan UndanganNegeri Ulu Kelantan Barat
1974 - 90 Terpilih sebagai Ahli Parlimen UluKelantan di bawah tiket Barisan Nasional (kini Gua Musang)
1987 Bertanding jawatan Presiden UMNO, kalah dengan hanya 43 undi1988 UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
1988 Dipilih sebagai Presiden Parti Semangat 46, sebuah parti yang ditubuhkan atas cadangan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman untuk menyambung aspirasi asal UMNO.
1990 – 96 Ahli Parlimen Gua Musang (sebelum ini dikenali Ulu Kelantan) di bawah tiket Semangat 46.
Terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Gua Musang pada tahun 1995 dan terpilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di dalam pilihanraya kecil 29.8.95)
1996 Bubar Parti Melayu Semangat 46pada 6.10.96 dan menyertai UMNO pada 8.10.961999 Dilantik sebagai Pengerusi BadanPerhubungan UMNO NegeriKelantan –
Jun 1999-2004 Terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di bawah tiket Barisan Nasional
2008 - Dipilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di bawah tiket Barisan Nasional.

Majlis tersebut berakhir jam 12 malam…
Kemudian masing masing nak belanja Datuk Munir dan rombongan makan di restaurant Pelita…Mamak le

Malam tu juga sempat telifon Sdr Hamid yang lama mereka tak jumpa.Suruh dia datang pagi besuknya.

Malam itu Atuk Man tidor cepat kerana besuk ada program nak bersiar siar. Atuk Man cuba buka laptop nak check email, namun tak ada connection…mungkin wirelessnya tak berfunsi…Sebelum melelapkan mata sempat juga Atuk Man mengingatkan perkara yang berlaku hari siangnya…

Semua yang berlaku sudah diatur oleh Allah..perjumpaan tadi juga semua telah di atur...Atuk Man sendiri tak terfikir nak kemari minggu ni sebelum hari semalamnya.Tak ada dalam perancangan awal, malah teringin nak balik ke Raub tenguk rumah ada terlintas hati tu…

Besuk Atuk Man bangun pagi waktu subuh masih ada…
Jam 9 pagi turun untuk breakfast. Telifon Datuk kalau dia dah ready untuk turun

…Zul dan Atuk Man turun ke dewan makan…orang dah ramai sedang breakfast..makanan dah berkurangan…menu pun tak banyak yang di sediakan..maklum lah budget hotel…

Sekejap tu Datuk pun turun…Makanan dah tak ada..tunggu mereka sedia yang baru…

Ada tetamu yang ambil lebih dari yang sepatutnya tetapi tak habis makan..bazir..hanya kerana mereka penting diri sendiri…
“ kadang kadang saya tak faham dengan sikap bangsa kita, macam ni kenapa ambil lebih dan lepas tu membazir tak habis makan….” Komen Zul, sambil menghirup kopinya.

Datuk Munir hanya ketawa…

Atuk Man dah faham bab bab buffet ini. Selalu menghadapinya…kadang kadang penganjur order kuih cucup cucup je, orang yang awal datang dah ambil lebih dari sepatutnya yang datang kemudian dah tak ada…Wan Je selalu sediakan terlebih tapi tak cukup juga….

“ Nak kemana pagi ni? Jadual kita jam 2 ptg di Kulim…jumpa berapa orang tertentu..” Kata Datuk…

“ Walaubagaimanapun Kita kena tunggu Hamid dulu” Kata Atuk Man.
Masing masing tak ada pelan nak kemana…tunggu Hamid lah .
Atuk Man dan Zul naik keatas kebilik kemas kemas untuk check out.

Kemudian dalam jam 11 Datuk call beri tahu Hamid dah sampai.
Mereka turun masa tu juga..Hamid sedang berbual dengan Datuk..

“ Ah …Hamid dah tunggu di bawah ni sejam dah…” kat Datuk bila saja dia nampak Atuk Man dan Zul.

“ Assalamualaikum…”

“Mualaikum Salam” jawab Hamid mereka bersalam salaman .Atuk Man berpelukan dengan Hamid…Banyak sungguh peristiwa dan kenangan Atuk Man dan Hamid sejak tahun 1988 lagi bila sama sama terlibat secara aktif dalam parti PSPS dulu…last jumpa masa Atuk Man nak pencen dulu…

Hamid dan Atuk Man banyak terlibat dalm latihan kepada penyokong…Masa kat Cameron Highland dulu Hamid sama terlibat…

“ Lepas ni kita nak kemana? “ tanya Datuk pada Hamid

“Terpulang…” jawab Hamid

“ Cari nasi kandar lagi lah” Jawab Zul

“ Kat Butterworth lah” kata Atuk Man.

“ ok kat situ kita makan kat Pelita ada satu tempat nama pasar orang kaya..” kata Hamid..

“ ok “ semua setuju…

Sebelum pergi sempat bertanya Hamid berita berita penggerak wanita dulu dulu…Tengku Mahir…Alur star…Jamillah…masa tu ketua wanita Pulau Pinang , sekarang tinggal kat Sg Petani…

“ Datuk tahu ke masa kat Cameron Highland dulu ..saya dengan Tengku Mahir terpaksa turun ke hospital Tapah..bawa orang perserta dari Ganu yang jatuh sakit, hysteria…dalam kereta Tengku confirm wanita tu dah tiada nadi…Tengku tu dia ahli first aid…kami panic juga ..kat hospital terjumpa orang yang kenal kumpulan kami di situ dia seorang pengamal satu Tariqat..dari gaya dia cuba memulihkan wanita tu saya tahu lah..Kemudian tiba tiba wanita tu pulih tapi bercakap bahasa India…” kata Atuk Man

“ Ya? “ tanya Datuk

“ ya…rupanya bangloo yang kami tumpang itu ada orang mati bunuh diri sebelum ini…” sambung Atuk Man

Lepas wanita itu segar sikit, Hamid hantar mereka ke Ganu dengan kereta

“ Dalam kereta , nampak berbola api mengejar kami dari belakang sepanjang jalan” kata Hamid…

“ Masa tu semua Ustazah ada, Tengku ada, Kak Yil pun ada dalam kereta” Kata Hamid

“ Iya !” kata Datuk Munir…

“apa lagi lawan lah…” jawab Hamid…Dia handal juga…

Itu peristiwa yang tak boleh di lupakan oleh Hamid dan Atuk Man…

“Ok…kita bertolak sekarang…?” tanya Datuk Munir….

Jadi satu tugas yang baru untuk rakan rakan yang setia dengan orang disayangi sudah bermula...maknanya bila ada masa terluang kena di isi dengan aktiviti baru dan menyegarkan jiwa demi perjuangan Bangsa, Ugama dan Negara.

“Ini satu lagi cabang ibadah ..sekiranya kita pandai memasang niat” Fikir Atuk Man sambil melangkah…melangkah sebagai seorang pahlawan…untuk buat pahala kalau di izin Allah…



Wasallam

No comments: