Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Laa ilah a’illallahul’azimulhalim
Laa ilah a’illallahurabbul’arsyi’azim
Laa ilah a’illallahurabulsyamawati wa rabulardzi rabbul’arsyilkarim
PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian32)
Jam 4 pagi, hari selasa, Atuk Man terjaga dan disedari oleh Wan Je.
“ Dah pukul berapa? “ tanya nya pada Atuk Man.
“ Pukul 4 “ jawab Atuk Man. Atuk Man ke luar bilik…buka pintu depan keluar ke corridor dan ke tempat lapang kawasan rumah. ..ada embun kereta di park kat situ penuh dengan embun …Atuk Man pandang ke langit…di belah timur , barat, selatan ,dan utara, kaki langit semuanya cerah…tanda KL di banjiri siran lampu lampu di sepanjang malam…
“Nak tenguh bintang…Atuk Man dah faham dah sikit sikit ..nak tenguh kiblat tenguk hujung bintang bintang “bajak “..di Malaysia ini…kalau berjalan waktu malam kalau tak tahu kiblat Atuk Man akan cari bintang itu…Atuk Man dah uji ada relationship kedudukan bintang itu dengan kiblat…itu untuk panduan Atuk Man saje, bukan untuk orang lain…
Tapi pagi ni dia nak tenguh bintang Timur…disitu ada sejarahnya buat umat manusia di seluruh alam ini, lebih lebih lagi bagi umat Melayu!
Atuk Man akan teringat cerita Penglima Awang , pahlawan Melaka waktu Pertugis Menyerang Melaka dulu, Ya, dia tewas dan di tawan oleh Pertugis dan di bawa balik ke Pertugal jadi kelasi kapal pertugis bersama Maggallen… Dia kalah di Melaka tapi akhirnya dia menang kemudiannya dalam bentuk yang lain , dia jadi jaguh dunia …
Di riwayatkan , Penglima Awang berlayar mula jadi orang tawanan, jadi buruh paksa, kerja dalam kapal Ferdinand Magallen yang jadi Kapitan kapal. Kemudian sebab ada pergolakan di Eropah, kapal Magallen bertembung dengan kapal Inggeris lalu kerja mengejar berlaku …magallen lari hingga sampai ke Cape of Magalen Selatan Amerika… . Magellan tersesat dan kelasinya mula sangsi…kemudian melepas kawasan Phillipina…Magglen sakit dan meninggal… waktu itu Pengelima Awang jadi penyelamat dan penyambung harapan kelasi kelasi yang mula buat Mutiny ..
“ Itu bintang rasanya saya kenal akan dia ..” tiba tiba Penglima Awang terpandang bintang di langit dan menyatakan pendapatnya kepada pembantu Magallen.
“ Itu bintang selalu saya tenguk kat Melaka dulu.” Katanya lagi dalam bahasa Pertugis.
“ Betul ke Awang? “ kata pembantu Magallen…Penglima Awang sebab dah lama berlayar dan bergaul dengan orang Pertugis sejak meninggalkan Melaka dulu dah fasyih bertutur dalam bahasa Pertugis.
“ Tak salah lagi ...memang sah itu bintang pernah saya tenguh...orang Melaka panggil bintang pagi sebab dia terbit di sebelah pagi.…saya yakin kita sekarang mesti ada di kawasan Melaka ” terus Awang lagi..
Tiba tiba kelasi bersorak riang dan Awang di usung…dan sedar lah semua dalam kapal itu bahawa dunia itu sebenarnya bulat ! Ini semua kerana Penglima Awang dan ilmu bintangnya… dan bintang itu sendiri di mana di kenali kemudiannya sebagai Bintang Timur…itulah sejarah Bintang Timur…telah berjasa pada umat manusia… bintang sebenarnya pertunjuk kepada pengembara sejak dulu kala…serupa seorang ulama ..bagi petunjuk kepada umat manusia…Mati seorang Ulama seolah jatuhnya sebiji bintang di langit…
Dan orang orang dalam kapal itu adalah yang pertama mengelilingi dunia yang berekod dan ini termasuk Penglima Awang, orang Atuk Man , orang Melaka.
Dulu Orang Melaka memang hebat…sekarang hebat juga tapi dalam bidang lain…
....itulah rahsia bintang timur....menjadikan penglima awang orang yang terpenting dalam memberi pengertian kepada konsep kedunian ...dunia ini bulat ...itu sumbangan besar orang melayu kepada dunia...melalui penglima awang....tentu lah orang Pertugis tak mahu Melayu Penglima awang claim…
“ bila nampak bintang timur..ingat Penglima awang, lepas tu ingat tok man dan ingat Tuhan....” Atuk Man pernah hantar email peringatan ini pada seorang kawan yang muda .
Surah Ath Thaariq ( surah 86) …wasaamahiwattariq...( demi langit dan yang datang pada malam hari)...wamaa adrakamat taariqun ( tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu?).. najmuthaqib (iaitu Bintang yang cahayanya menembus)…inkullun nafsyimlammaa’alaihaahafiq ( tidak ada suatu jiwapun(diri) melainkan ada penjaganya
Masuk ke dalam rumah, Atuk Man buka laptopnya, cek kalau ada email dari Abi….Dia plan nak balik bulan puasa ini…Atuk Man nak suruh cari ‘woodspice” aftersave dari Marks n Spansers …”ini kedai yang menyumbang keuntungan nya kepada Negara Israiel” kata Angah…Atuk Man dah suka aftershave ini dan tak di jual di mana mana pula tu..khas keluaran dia…
Along lah puncanya...dulu Atuk Man pakai jenis lain oldspice ke atau bruce … bila Along bawa balik hadiah dari USA…memang sesuai dengan jiwa Atuk Man…sekurang kurangnya budak Zu kat ofis tu appreciate bau Atuk Man dengan after shave tu!...Wan Je kata dia suka bau tu tak tahulah kot dia nak ambil hati Atuk Man kot.
Stock yang ada dah habis..Kat Marks n Spancers kat sini ok juga harganya rm 55 sebotol…lepas bercukur aftershave ini akan hilang kegatallan kat dagu dan bahagian seyelah di cukur…dan baunya ok…last the wholeday…Wan Je kata lepas balik kerja pun bau. Atuk Tu ada…( bukan Bahu )
“dan yang pentingnya bau orang lain tak lekat pada kita …overide by this aftershave” fikir Atuk Man…sebab ada orang pakai minyak wangi yang baunya tinggal pada benda kat sekelilingnya!
Pergi Dublin dulu Atuk Man beli tiga botol…ini tinggal ¾ botol je lagi…masa itu masuk kat Marks n Spansers terjumpa lah orang Malaysia siap dengan calculator tengah membelik seluar dalam... Atuk terdengar dia beritahu isterinya “ oh murah kat Malaysia lagi ”… i katanya . Atuk Man beli juga seluar dalam tiga helai 7 uro…(rm 35) Selesa memakainya …
“…branded di dalam tak apa …kita bukan nak tunjuk kat orang…yang tenguh hanya Jelita…” Ingat Atuk Man …dia memang suka Atuk pakai yang Branded…Wan Je suka Atuk Man berpakaian nampak kacak..Atuk Man kadang kadang tak berapa juga. Kerja masa jadi General Manager ( Marketing) kat syarikat Pembuat Air Con dulu terpaksa hari hari nak berpakai kemas, pasal kena jumpa orang, dan pernah di tegur oleh MDnya waktu tu kerana dia nampak Atuk Man tak pakai tie... “ Sorry I just came back from the mosque “ jawab Atuk Man. “Ya lah Hari Jumaat ..tak akan nak sembahyang pun tie tak boleh cabut…ya lah cabut pasang balik..lepas tu cabut balik… setiap kali sembahyang …dah nak buat macam mana…Nak selesa cabut lah buah petai tu…” fakir Atuk Man. “Orang lain nak sembahyang pakai tie itu suka hati dia orang…Cuma nya kita ini dah banyak serap pakaian orang kafir, jadi kalau boleh elak kan waktu sembahyang…”
Hari itu memang Ayoh Wang akan turun dari Kuala Trengganu, dia ada tugas nak ke Filipina…jadi Atuk Man cek paginya kalau dia dah sampai…ada yang hendak di perkenalkan…
Jam 2 ptg Ayah Wang telifon…dia ada kat One- utama dengan Tuan syed, abang angkatnya…
“ Lepas ini Tuan Syed nak ke tempat Segi kolej tu kat Kota Damansara…” Kata Ayoh Wang…
“ kalau begitu you suruh Syed turunkan You kat Petronas station kat situ…kejap lagi saya pergi ambil.” Kata Atuk Man.
Atuk Man baru saja keluar makan dengan KC dan Kurapan, kawan yang menjual peralatan kipas industri…Kurapan yang belanja…kedai mana lagi kalau bukan kedai mamak…
Atuk Man telofon Zublin Engineer Atuk Man, dia seorang convert dari keluarga Christian. Dah hampir 10 tahun dia convert ke Islam…Convertion to berlaku masa dia sedang menghabiskan final yearnya…memang lah dia ada ikut orang tabliq dan membaca buku buku Islam…Atuk Man nak kenalkan pada Ayah Wang kerana dia sudah mengamalkan Hakikat…Dia dah bercakap dengan Telifon baru baru ni dengan Zublin.
Sekejap tu Zublin sampai , mereka menaiki kereta Atuk Man terus meluncur ke kota Damansara …Kejap tu telifon berbunyi ..Atuk Man menjawab Engineer Hafif bertanya sesuatu, kebetulan ada signal line satu lagi berbunyi tanda ada orang lain call.. Ayoh Wang…Atuk Man bagi isyarat kepada Zublin suruh call Ayoh Wang…
“ Asalamualaikum…Syeh…Ini Zublin…En Man engaged …Syeh tunggu sana ..kejap gi kita orang sampai” Kat Zublin…
Sampai kat Pertronas Kota Damansara…nampak Jeep Toronto yang di pandu oleh Tuan Syed, Atuk Man berhenti di sebelah jeepnya...turun dan bersalaman dengan Tuan Syed dan abangnya, dan Ayoh Wan ..perkenalkan Zublin pada semuanya yang ada.
“ Tuan syed ada hal kan..tak apalah saya hantar Ayoh Wang petang nanti ke rumah Tuan Syed…” Atuk Man beritahu Tuan Syed..dan dia bersetuju…kemudian dia beredar tinggalkan Atuk Man bertiga…
Atuk Man jemput semuanya naik kereta…mereka berdua mulakan perbualan…Zublin memanggil Ayoh Wang “Syeh”
“ Usah panggil saya Syeh…panggil..Wang ke atau Bang Wang ke…” jawab Ayoh Wang sambil dia ketawa..itu Trade mark dia…ketawa dalam apa keadaan pun…the same…and most humble and down to earth…Itu dia Ayoh Wang…Semua kawan kawan yang Atuk Man kenalkan akan ingat Ayoh Wang dan suka padanya…
Ayoh Wang sebenarnya lebih muda dari Atok Man …tapi dia telah lebih banyak menghadapi dugaan yang hebat dari Allah dari Atuk Man.
Atuk Man bawa mereka minum di sebuah kedai mamak kat Kota Damansara…
Memulakan topik…Zublin menceritakan benda benda yang pelik berlaku pada dirinya...Contoh masa sebelum convert, masa tu kat UK masih final year , Zublin ambil kursus Eletronic Engineering…sebelum itu dia pernah mengikuti orang orang tabliq dan baca buka Bekaitan Islam…
Pada satu hari waktu malam tiba tiba dia nampak di dalam bilikmya terang benderang mazam siang…dia mengintai kat luar dapati hari masih gelap…
Ada kawan Atuk Man Hj Khalid sama pergi Haji, yang Atuk Man pernah cerita yang datang lawat Atuk Man masa di IJN dulu.
“ Haji, itu tanda Nur nya melimpah keluar!” katanya bila Atuk Man cerita kisah Zublin padanya minggu lepas…
Kemudian pada itu cara “kebetulan” ada orang yang dia kenal tanya Zublin “ Nak convert to Islam?”
“ Boleh juga” jawab Zublin tanpa disedari…mengucap dua kalimah syahadah sudah biasa di lafazkan sebelum ini….maka Islam lah Zublin…
“ Lepas masuk Islam saya senang mengadapi pengajian saya dan tiba tiba segalanya terasa mudah dan dia Graduate dengan mudah”…katanya.
Balik di Malaysia, dia di bimbing seorang bapak angkat yang kebetulan jadi kawan baik pada uncle dia (Christian)…dia di didik cara terikat dan hakikat…dia mengamalkan zikir zikir tu…dan dari situ dia dapat merasakan keajaiban pada dirinya…dalam melafaskan satu zikir ..dia terdengar suara supaya mengubah bacaan sebutan zikirnya kepada zikirnya yang lain…
Pada satu hari dia telah ditakdirkan Allah SWT terlibat dalam kemalangan…dia koma…fractured kat kepala…dia terdengar doctor berkata nadi dia tiada..dia rasa mati dan rasa gembira sekali…datang seorang berjubah putih dan berseban hijau…
Dan tetakala nurse nurse membuka balut di kepalanya nampak kain kain tu di tulis penuh dengan kalimat Allah…
Ayoh Wang memberi tahu:
“ Bersyukor lah ..kamu memang di pilih oleh Tuhan…kamu telah di beri ilmu laduni…”
“ Beri tahu apa yang kamu hendak bila berlajar ilmu hakitat dan terikat bila kamu laku kan zikir zikir tu …apa niat kamu?” Tanya Ayoh Wang…
“ saya pun tak tahu…Cuma bila saya dapat mengamalkannya hati saya rasa amat bergembira sekali…dan sekarang saya cuba semula buat macam itu dah tak boleh…” jawab Zublin…
“ Kita jangan sekali minta apa apa…jangan ada ber..kerana bila beramal…sebab kita ini tak layak nak minta apa apa sebagai balasan bila kita kata ‘ buat ibadah’…nak suruh Tuhan balas..sedangkan mata kita aje yang di bagi kepada kita, kalau Tuhan minta balas boleh kita balas…?berapa rakaat sembahyang kita dapat cover akan anugerah ‘mata’? ….
“ jadi cukup dengan kita dapat redha Dia saja..kita hendak Tuhan redha dengan kita…itu saja permintaan kita…jangan ada niat yang lain…jangan minta keajaib keajaiban…
Tenguh pada diri kita…dimuka kita saja…ini telinga..ini hidung..ini mata…telinga ini boleh terima jutaan jenis bunyi...tak terhenti tak terkira…mata boleh lihat tak terhad dia boleh pandang… hidung boleh sedut udara berapa banyak udara tak terhad….muka ini…di buang hidung di buang mata..di buang telinga… orang kenal ke Ayoh Wang ? Dimana Ayoh Wang nya?
Keajaib Tuhan bagi kita sudah cukup…kalau kita kebal adakah kita tak mati? Bukan kah kita sekarang ni dah kebal ? keballah namanya bila pisau atau peluru tak kena kita. Sekarang ini tidak ada pisau atau peluru mengenai kita..bermakna kita di beri kekebalan oleh Allah ..patut kita kena syukor…
Keajaib yang extra tak bawa kita kemana..dunia tetap fana…kita boleh terbang keudara tanpa alat alat yang lain..tak bererti itu diluar takdir Tuhan…serupa juga kamu pernah accident..itu takdir..kita berjumpa sekarang juga takdir…semuanya takdir..kamu accident kamu tak minta tapi tuhan beri..begitu juga yang lain lain..baik ke buruk ke semua ketentuan Allah tak payah kita minta…kerja kita syukor…
Yang perlunya kita bersama Tuhan dan Tuhan sama kita…Dengan itu kita rasa ‘proud atu bangga’ dengan kesedaran kita bahawa Tuhan itu dekat dan kita rasa kita sungguh kaya sekali…kaya dalam dalam miskin… Orang kaya kaya yang tak rasa Tuhan bersamanya boleh rasa dia kaya? Dia akan berasa lebih miskin dari kita sebenarnya…
Jangan keliru bila saya kata kita rasa proud dan gembira....tak rasa susah hati. ..bukan sombong macam iblis atau riak..proud kerana kita sedar Allah ada dengan kita…macam kita berjalan kita ada isteri cantik desebelah kita…kita ras bangga ..buak riak…” tegas Ayoh Wang.
“Ada pen ?” Tanya Ayoh Wang…
Atuk Man bagi pen pada Ayoh Wang.
“Ini apa ..1, satu?” Ayoh Wang tulis pada no satu pada kertas tisu.
“ ini …11, ? sembelas…111? Seratus sebelas..1111, seribu seratus sebelas…bukan ? 1111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111….kalau macam ini boleh kita baca ?” tak boleh bukan?...tapi ketahui lah itu lah kudratNya. Boleh tulis sampai infinity pajangnya, boleh kita baca? Tuhan tahu ..dan kudratnya nampak tak ? unlimited…” tegas Ayoh Wang
Tujuan Ayoh Wang nak beri tahu Zublin buat zikir atau sebarang ibadah jangan ada niat sampingan … buat untuk dapat keredahan Allah…
“ Kamu… Tuhan dah bimbing kamu…Cuma cuba cari Guru..Guru mursyid..ia ini GuruGuru yang sedikit buat dosa dosa kecil.” Seolah olah Ayoh Wang nak menutup cerita ini…
Mereka menaiki kereta semula. Atuk Man hantar Zublin balik ofis kerana kena siapkan kerjanya…Zublin bersalaman dengan Ayoh Wang dia berjanji akan call Ayoh Wang sekiranya ada sesuatu nak bincang .
Atuk Man hantar Ayoh Wang ke One Utama nak tukar peso….berjalan sekejap dari pangkal ke hujung Shopping komplek… jam dah tunjuk pukul 5.30. Atuk Man dan Ayoh Wang masuk kereta semula, mula nak hantar Ayoh Wang kat rumah Syed…kemudian:
“ Gi rumah dulu lah…lepas magrib kan hatar you ke rumah Syed.” Kata Atuk Man.
“Ok… ” jawab Ayoh Wang
Sampai rumah, Wan Je belum balik .Masih bertugas dengan cucunya…Maksu pergi ke rumah kawannya. Maid dan Nana ada…nana salam dengan Atuk Wang dia… Maid buat air..Atuk Man suruh Ayoh Wang masuk bilik untuk sholat…
Kejap lagi Wan Je sampai dan berbual sekejap dengan Ayoh Wang.., Amin dan Zulaikah berebut rebut nak duduk di pangkuan Ayoh Wang…memang mereka tak asing dengan Ayoh Wang ..cuma Nana kurang sikit… Nana dengan Atuk Man dia Je .
Lepas Magrib mereka bersiap siap termasuk Wan Je dan cucu cucu Nana dan Zulaika…nak hantar Ayoh Wang ke Selayang rumah Tuan Syed.
Mereka singgah dulu kat kedai mamak…semua kedai masakan panas kelantan/ Thai penuh ..nak parking susah…
Wasallam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment