Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian31)
Petangnya Ahad minggu lepas itu Atuk Man dan Wan Je pergi ke HKL lawat kawan satu sekolah, sekolej ,sekerusus dan serumah yang kena Heart attack…kawan serumah panggil dia, Sylvester,dia dah pencen sebagai jurutera mekanikal JKR ….Atuk Man dapat tahu dari kawan sekolej , sekursus dan serumah, Azly....
“He Megat, Ada dapat SMS dari Mr Zim, sepupu dengan Sylvester tu?” Azly terlalu rapat dengan Atuk Man zaman itu panggil Atuk Man dengan nama Megat…Megat Shuib….pakai nama ini masa orientation freshie dulu tapi lekat..ada di antara mereka yang di perengkat junior, sampai sekarang tak tahu nama Atuk Man sebenarnya ..hanya kenal dengan nama Megat Shuib…Ada juga panggil BUCK….ini lebih pada yang lelaki…
Atuk Man kata “tak ada” kepada pertanyaan Azly, yang lebih terkenal dengan nama” Undang” di kalangan siswi.
“ Sylvester masuk ccu kerana heart attack…agak teruk kata Mr Zim” kata Azly…lepas tu Atuk Man cek dalam telifon satu lagi , betul ada sms dari Mr Zim, juga sekolej dan serumah. Kalau dia dapat tahu tak susah, semua geng yang lain akan tahu…bila nak kawin anak, dan nak member sekolej datang beritahu Mr Zim..Beres semuanya…di simpan semua kontek dan juga dia simpan semua gambar gambar zaman itu…pernah di tayangkan di screen besar gambar gambar zaman itu dalam majlis makan malam alumi.Atuk Man memang tak pernah pergi…
Atuk Man sampai dalam jam 4.30 petang…pergi jenguk bilik CCU..Slyvester tidor…isterinya tak kelihatan…kemudian Atuk Man dengan Wan Je keluar cari isterinya…dia ada, mereka berdua memang kenal isterinya dari dulu lagi…Masa Atuk Man kerja di Pantai Timur dulu pun pernah singgah kat rumah Sylvester masa itu dia Jurutera Mekanikal Negeri Trengganu…yang best nya kawan sekelas kerja di bawah Sylvester waktu itu.
Di kolej masa final year Sylvester menang juara talent time.
Mengikut isterinya, Sylvester juga tak boleh hilang cucunya dari padangan matanya…di hospital , budak tak boleh masuk dalam ward ,jadi dia nak buka semua tube tube pada badannya untuk nak tenguk cucu kat luar. Dia baru dapat seorang cucu.
Kemudian anaknya kata bapanya dah bangun . Masa nak masuk ward Atuk Man pun dan Wan Je kebetulan terjumpa doctor Dr Has, perempuan , Atuk Man tegurnya , kawan Angah, pernah rawat Wan Je dan dia yang buat scan nampak ada tanda stroke yang di hidapi Wan Je… Atuk Man beritahu Doktor itu bahawa datang kerana lawat kawan yang sakit. Dia tanya pasal Angah, samada ada dah habis buat master,
“ Dah… Dia dah habis dah…sekarang dia kat sg buluh hospital” Jawab Atuk Man
“ Tapi hari itu nampak macam dia kat HKL ni...” kata Dr Has.
“ lepas HUKM dia balik kat sini, pasal tunggu posting” kata Atuk Man
“ Ini siapa sakit?” Tanya Dr Has…
“ Kawan masa kolej dulu Doktor..” jawab Atuk Man…Atuk Man kenalkan Isteri Svlyvester padanya…
“ Ok Pak cik nanti kirim salam pada anak pak cik “ kata Dr Has, tergesa gesa dia nak pergi…itu lah Doktor kat hospital sentiasa sibuk…
Masuk ke dalam ward. Atuk Man tenguk Sylvester tengah nak makan (dinner).. “” “Assalamualaikaum…” Atuk Man beri salam.
“ Waalaikum salam, warahmatullahi wabarakatu” jawab Svlyvester..
apa lagi nampak Atuk Man dia gelak besar dan Atuk Man pun tergelak besar…Itu greeting yang baik dalam keadaan macam ini… Berbual bual sekejap..Atuk Man sempat tunjuk dada, tempat belah, baru buat 4 bulan dahulu…Azly buat 10 tahun lalu .dia kena attack kat Ipoh.. Atuk Man tak lama dengan Sylyvester sebab ada Seorang Datuk tunggu kat luar nak lawat Svlvester…kawan masa kat sekolah asrama penuh di Ipoh dulu…Atuk Man kenal…
Atuk Man minta izin keluar dulu dan janji jumpa minum tea kat the Curve sebab rumah Sylyvester dekat situ….dan bila Atuk Man keluar berjumpa lah dengan Datuk kawan lama tu..
Atuk Man tak lama lepas itu minta izin pada isteri kawanya itu kerana nak lawat orang kampong Wan Je..Dalam berbual dengan keluarga Svlyvester tadi Wan Je di tegur oleh seorang wanita yang berumur sikit.
“ Jelita ke ?” Tanya wanita tu. Wan Je renung muka wanita itu , lalu di dakapnya dan cium pipi macam wanita arab berjumpa…cara begitu Atuk Man tenguk dah jadi adat orang Malaysia sekarang ni…
Cara macam itu kena pakai bau bauan sentiasa.kalau tidak…
“ Jangan jumpa dengan kaum lelaki pun buat macam itu sudah lah…jangan jadi macam satu gambar dalam email berantai yang Atuk Man terima…salah seorang ahli sister-in-Islam bercium dengan Belukar (Bush) baru baru ini.
Dah berdakapan macam itu maknanya Wan Je kenallah orang itu…
“ Ini. ..yang duduk kat durian sebatang tu..”Atuk di kenal Wan Je pada wanita tersebut.
Durian sebatang nama kampong di Dong Raub…tempat Wan Je di lahirkan...tanah bapanya kat situ…kampong yang ‘bertuah’ yang ada hanya sebatang durian… Durian yang lain telah di “pindahkan” kat Jelu di kebun mana Atuk Man dirikan sebuah rumah tanda kasih sayang yang tak terhingga Atuk Man pada Wan Je …’rumah ini melebih Taj Mahal simbul kasih Shah Jehan terhadap Mumtaz…dimana Taj Mahal dibena selepas Mumtaz tiada, Rumah di jelu di bina masa Wan Je masih sihat wal’afiat…
“ siapa sakit? “ Tanya Wan Je…jadi panjang lah ceritanya…
Tak apalah imam Ghazali pun syorkan kita selalu datang ke hospital tenguk Al shafi dan al mulmuafi…Penyembuh dan Penyehat…
Jadi sebelum balik rumah mereka pergi jenguk lah anak ‘orang kampong’ Wan Je terlibat dalam kemalangan lori itu… dan kat situ jumpa lagi orang kampongnya…
Dulu Atuk Man pernah cadangkan Wan Je buka satu Consultant firm… Consultan untuk ‘runding’ mana mana orang tak tahu perhubungan kekeluargaan mereka di Dong ini ..Wan Je akan dengan senang linkkan…dan pernah Atuk Man syorkan masuk bertanding lawan anak saudaranya…tentu menang sebab tak payah nak kempen sangat…orang kenal siapa Wan Je…
Wan Je kalau kat hospital ni ..ada aje lah…
Dulu masa Angah jadi HO kat sini ( Masa jadi MO dia di tukarkan ke Klang) dan lepas tu masa permulaan program masternya, Angah bertugas di HKL…hospital ini jadi tempat terakhir mana pesakit di seluruh Malaysia akan di hantar sekiranya tiada kepakaran di tempat lain…dari private hospital sendiri pun akan hantar pesakit mereka sekiranya tiada upaya mereka lagi…
Banyak kes macam perempuan menghadapi permasalah masa bersalin dari hospital private selalu di hantar kat HKL.
Menurut Angah dalam satu kes perempuan mati bersalin…kerana pendarahan…Doktor private memotong semula pada luka lama…kemudian darah tak berhenti…mereka hantar kat HKL . Sampai saja sebenarnya dah tak bernyawa, kata Angah…
Walaupun Angah bukan pakar bersalin dia tahu keedaan pesakit pasal dia dalam bilik bedah bagi bius…
Mengikut Angah kalau di UK bab bersalinan ini dia orang cukup berhati hati...mereka tak akan senang senang nak bedah …dia orang cari jalan cara natural dulu…bila bedah, kulit sudah cacat…mereka utamakan bidan terlatih untuk bantu orang bersalin dari rely on doctor pelatih…
Kat sini bila bersalin saja semuanya cara induce. Lawan nature... nak lawan takdir konon. Ini kerana Doktor nak cepat. Untuk nak cepat jadi dia induce... ini macam cerita buah pelam di petik muda dan di peram…nak cepat masak …serupa dalam ilmu makrifat, nak cepat dapat hasil paksa diri masuk suluk, masuk terikat…lama lama terikat betul…nak cepat hingga lupa sabar…
Sabar element terpenting sekali..Tuhan pun nak jadikan manusia setelah dunia di jadikan berjuta juta tahun lamanya baru lah di jadikan manusia...dunia ini mengelamani banyak perubahan satu persatu..panas yang amat panas , zaman air batu baru lah perinkat manusia di jadikan … betul lah Kun fa yakun tu sekali je Tuhan sebut…tapi filemnya di tayang lambat...begitu sabar nya Tuhan
Angah benci pada doctor yang suka buat short cut ambil mudah...
“Syukor pada Allah, Angah dijadikan doctor yang bertanggung jawab” Wan Je menadah tangan ke hidrat illahi…
Pada satu hari isteri Ayob, pemandu Atuk Man , masuk hospital di Petaling jaya ..Suspect dinggi…Pada mula lagi Angah dah cakap dinggi tak guna bawa kat private hospital…dia orang tak cukup blood bank, hantar saja kat hospital kerajaan. Sebab isteri Yob kerja dengan swasta maka dia di masukkan di hospital private oleh majikannya… dan tak lama lepas tu di masukkan ke hospital PJ. Benar kata Angah, tak cukup darah, isteri Yob kena denggi berdarah…
Bila dengar macam itu kebetulan Angah free, tak kerja, maka Atuk Man dan Wan Je pergi sama sama melawat isteri Yob…
Sampai saja isteri Yob komplen sakit tak boleh buang air kecil...dia dah maklumkan kepada pada nurse…doctor on call balik rumah! Nurse tak boleh buat apa apa…Angah melihat keadaan itu dia mula memeriksa isteri Yob…dia dapati isteri Yob memang pakai tube, pasal kes denggi berdarah pesakit tidak dibenarkan bergerak…Angah pun check tube buang air kencing …Angah dapati tube itu tertindik oleh badan isteri Yob dan terkepit, jadi tak ada flow , laluan tersekat...dibetulkan oleh Angah..baru isteri Yob lega…Angah cakap, itu cukup merbahaya..boleh pecah pundi kencing kalau lambat…
Memang sebagai doctor yang terlibat terus dengan pesakit lebih lebih masa on call Angah tak puas hati dengan nurse dan locally trained doctor…atas sikap tak berapa nak tumpu perhatian…macam kes isteri Yob .itu clear satu kecuaian…
Atuk Man pernah perhatikan bila Angah lawat patient kalau mereka on drip, dia akan periksa itu dulu…walau pun dia bukan on duty…nampak perjalanan tak betul dia perbetulkan…
Dia expert pasal buat line…memang nurse nurse kat hospital nak masuk line kat Atuk Man dulu kebetulan dia tahu Angah tu anak Atuk Man dia orang suggest Atuk Man minta Angah sendiri buat line..tak sakit..dan senang je di masuk jarum…ini kerana training bukan apa…training yang cukup…
Masa kat IJN Atuk Man di masukkan dengan antibiotic yang pekat , jadi flow tak bangus jadi sakit, Angah masa tu kat luar dan dia call Atuk Man suruh minta nurse buat line kat armpit sebab di situ ada urat besar…nurse tu tak berapa mahir buat kat situ di minta kalau boleh anak atuk man buat …lama lama atuk minta nurse yang lebih senior lakukan ..ok…tak sakit lagi dan flow ada.
Akhir minggu lepas partner Wan Je masuk hospital Sg Buluh dan mugkin di operates pasal bisulnya “terbalik”. Kebetulan Angah on call, dan Wan Je sempat beri tahu Angah tolong tenguk tenguk partner dia…tapi Angah kata dia ada dengar orang cakap besuk ada operation bisul…tapi dia cek jadual belum termasuk nama nya lagi..Angah janji kejap tu dia akan jenguk.
Namun besuk paginya Angah keluar awal sebab dah janji dengan maknya nak ke HUKM pasal tulang di pehenya, ada rawatan susulan…Masa itu dia bercerita pada Wan Je dia tak sempat jumpa partner Wan Je, kerana dalam perjalanan ke ward partner Je, dia berhenti sebentar di ward satu patient dimana baru saja dilakukan pembedahan…waktu itu HO baru periksa patient itu..namun Angah tak puas hati dia periksa patient kerana keadaan patient cukup membimbangkan, Angah lihat ada pendarahan yang luar biasa …dia pakar bius namun dia terlibat bagi bius pada patient itu tadi petangnya itu dan Angah cepat call pakar bedah yang berada di hospital itu. Bila pakar bedah itu cek dan cepat cepat mengarahkan supaya sedia bilik bedah…bedah sekali lagi…jadi niat nak jumpa partner Wan Je terbatal kerana kes itu Angah terpaksa sama buat kerja ..
Angah tahu patient itu dari tempat di mana maknya tinggal. Wan Je kenal famili nya , suaminya taukey ikan…Atuk Man je yang tak kenal orang dan orang tak kenal Atuk Man .Orang nampak Atuk Man macam sumbung sebenarnya siapa yang tahu ..Atuk Man tak sombong…
Lagi Angah menceritakan; sebenarnya patient tadi pada mulanya nak bersalin di sebuah hospital private di Sg Buluh, namun tak boleh lahir anak, lalu doctor di situ induce tak lahir juga, maka dia tekan perut…anak keluar tapi rahim pecah …pendarahan berlaku..mereka hantar patient ke Hospital Sg Buluh…sampai di hospital patient dah tak bernadi dah dua puluh minit… tiada harapan lagi. Pakar yang bertugas buat “Jump start” macam dalam filem dalam TV ….” Satu dua tiga…” tiada response ..lagi “ satu dua tiga” …masih tiada response …”
“ kita cuba satu kali lagi …last..” arah doctor itu….
“ Alhamdulillah” jawab semua orang Islam kat operation room tu .
“ Panjang umurnya” kata Angah pada Wan Je.
“ia kira dah mati lebih 20 minit” kata Angah lagi.
Doktor terpaksa potong rahim dia kerana dah pecah bila doctor kat private hospital tu tekan perutnya…
Dah dengar tu Wan Je , faham faham jelah dengan perangai Wan Je , dia pun pergi melawat …ada dua tujuan, satu lawat partner dia, satu lawat patient tadi sebab dia kenal…
Besuknya Angah beritahu dia pergi lawat patient itu, dan dia terkejut kerana patient belum lagi di beritahu rahim dia dah dibuang… angah terpaksa beri tahu kenyataan itu dan kemudain patient jadi tenang menerima hakikat dia tiada rahim peranakan lagi.
Wan Je bila dengar dia menitis air mata kerana itulah doanya supaya Angah jadi doctor yang prihatin dan tidak sombong…CARING all the way…Harapan seorang ibu…tak sia sia berkorban masa dan tenaga untuk anak anak. Memang tugas Wan Je menjaga anak 100% sepanjang dan sepenuh masa…
Di kampong tempat Atuk Man tinggal sekarang ini tak banyak jiran yang tahu anak Wan Je seorang doctor…Wan Je tak akan cerita…dia puas hati orang tak tahu…Pernah orang bertanya “ Anak Wan Je itu kerja kat mana?”
“Kat hospital Klang”.Masa itu Angah kat hospital Klang.
“ Jadi nurse?” Tanya member tu
“ ya “ kata Wan Je…dia tak nak nak elaborate lagi…
Tapi lama lama orang itu tahu juga.
Atuk Man nasihatkan pada Wan Je tak salah berkata benar…Orang tanya jawab dengan terus terang..Jangan buat orang serba salah..Macam kes tadi, orang itu jadi malulah apabila Wan Je sembunyikan sebab akhirnya dia tahu…
“Tujuan Wan Je tak nak menunjuk dan bangga akan kejayaan anak kerana kejayaan apa pun semua anugerah Tuhan semata, tetapi bila orang tanya kita kena beri tahu yang benar” fakir Atuk Man
Banyak kes di kospital besar dulu…Angah buat round dan dia dapati ada patient dari Raub..dia Tanya “di Raub tu duduk kat mana …” dia beri tahu maknya orang Raub…dapat butir tu dia telifon maknya kemudian.
“ Oh dia tu bukan orang lain ..datuknya dengan datuk homa sepupu..” kata Wan Je serta merta tukar loghat orang Pahang sleng dong..
“ Angah tak faham lohgat dia orang tu” kata Wan Je…
Wan Je dengar saja orang kampong dia , walaupun masa dia dengar tu sakit kepala ke, sakit kaki ke, dia akan pergi ke hospital, di temani atuk man ke, atau tidak dia kan pergi…selalunya kalau Yob masa itu free Atuk suruh dia hantarkan…
Memanglah orang kampong datang dari jauh, macam Raub pasal keluarga sakit tentu rasa lega bila ada orang kenal kat hospital tak kiralah attendance ke nurse ke doctor ke..Janji ada orang kenal lega rasa hati…
Wan Je sebenarnya itu yang di lihat bila orang kampong datang ke hospital…
Satu hari Angah call dia dan Tanya:
“kenal ke orang Jelu namanya Ismail ..anaknya nak operation jantung” Masa itu Angah buat attachment kat IJN.
“ Jelu kat mana agaknya …mesti kalangan orang Kelantan tu…cakapkan Angah cucu MOK Long, rumah banyak pokok durian tu, kat Bt pampung..yg ada rumah cat putih bumbung tinggi tu.” Kata Wan Je.
Bila balik Jelu dua tiga hari lepas tu Atuk Man, tanya orang kedai tu bila beli breakfast. Mereka tunjuk rumah keluarga itu…Atuk Man dan Wan Je pergi lah cari, berjumpalah nenek budak tu…kenal lah…
Hari raya tahun itu bila Mereka tahu Wan Je an Angah ada balik mereka datang ke rumah berhari raya…
Pagi ni, Isnin Atuk Man macam biasa jam 7.30 pagi bergerak dari rumah masuk Tolway Guthrie, kemudian Tolway NKVE menuju ke Selatan ke Kota Damansara…
Keluar dari Tol way Guthrie masuk NKVE kereta tak boleh bergerak...Itulah Atuk Man kata “rintangan pada perjalanan ..macam hidup kita mesti ada rintangan…tapi adakah kita mesti susah hati pasal rintangangan ini? Adakah kita fikir rintangan bukan dari takdir?...”
Sebagai tanjakan penghalang kepada ibadah yang berterusan, Imam Ghazali kata takdir takhir yang berlawanan dengan kehendak nafsu kita akan berlaku …dan apa kita mesti buat ada lah sabar. Sabar bin sabar bin sabar bin sabar… menerima takdir yang tak selesa, timbul sedikit kesusahan…Dalam sabar akan tibul syukur selepas itu...mula sabar dan kemudian syukor kerana dalam ‘musibah ada rahmatnya. ( Ini di nyatakan oleh Ghazali dalam kitab sabar dan syukur).
Rintangan pada penjalanan ini Atuk Man kena sabar...jangan masuk kan dalam hati...jangan tinggal kesan dalam hati….munkin Tuhan suruh kita zikir sekejap kepada Dia ..mungkin zikir kita tak cukup buat pagi tadi…jadi dia bagi chance pada kita, bila je,m paksa hati zikir…pandang pokok pokok di keliling , mungkin di situ ada jawapan…ramai orang di jalan raya, minyak mahal tapai tidak kurang orang di atas jalan..semua nak cepat…semua telah di gerak oleh Allah Cuma banyak yang tak faham dan sedar…semua dalam pengetahuan Allah belaka…manusia memang sunnahnya suka tergesa gesa...so what kalua lambat ..kita ke saja sajaa nak lambat? So Relax…que sera sera… mari mari serah serah…
Oh ..tok man ada nombor telifon Plus..tanya mereka apa ada di hadapan.. “assalamulaikum…”
“ Mualaikumsalam…Ini arif boleh saya bantu ?” jawab line di sebelah sana
“pak cik kat km 447 dari Rawang..ada hal apa jem sangat ni ?”
“ OH ..ada accident melibat 7 kereta dan ada yang cedera kat Km478 tak jauh dari Pakcik tu.. plus ronda tengah clear line...kejap lagi ok kot..”
“ ok …terima kasih” Atuk Man mengakhiri callnya.Itu dia ilmu..itu ‘tahu’ kenapa jem dan hati kita lebih tenteram bila kita tahu…itu guna ilmu
“ Oh malam tadi ada orang berdoa murah kan rezekinya..Allah telah makbulkan doa nya..,bukan satu tapi 7 kereta terlibat! Bergerak pelahan.. .dan ya lah Atuk Man nampak 4 buah tow -truck sedang tarik kereta..”
Bukan salah Tow truck..mereka hanya berdoa dan berdoa murah rezeki...Tuhan kabul kan...kalau tidak Tuhan tak berlaku adil kalau tak restui doa mereka…mereke tak berdoa supaya kereta berlanggar tapi mereka berdoa murah rezeki…itu saja ,macam tukang gali kubur, juga berdoa murah rezeki..Tuhan kabulkan doa mereka...
Wasallam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kekadang terasa perasaan "kaya" tu..tenang sekali....kekadang ia lesap...mmm..
Post a Comment