Saturday, April 19, 2008

PERJALANAN HAKIKAT

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

PERJALANAN HAKIKAT .

Sebelum anda ingin meneruskan membaca tajuk ini elok baca kisah “apa yang ada di sebalik seekor nyamuk”(klik sini) dan kisah Atuk Man dan Cucunya di bawah tajuk Bagaimana Orang Hakikat (Sufi) Mensyukuri Nikmat ( klik sini) dalam posting yang lalu agar mudah untuk mengikuti penerangan saya)

Cara kebetulan saya melayari laman web Jakim saya terbaca, e book bertajuk Tasawuf Beberapa Persoalan. Sila klik sini

Sebenarnya saya nak tangguhkan dulu bab ini, tapi tak apalah saya cuba setakat mana yang upaya dengan penyampaian yang paling mudah, sebab dah terbaca article tersebut jadi eloklah di keluarkan apa yang ada di benak ini sekarang.

Saya bersetuju dengan beberapa perkara yang di hujah oleh penulis dan tak bersetuju dalam beberapa perkara lain.

Contoh, saya bersetuju, untuk tujuan menujuk kepada Allah( marifah) kita kena menggunakan ‘akal’, memikir dan mengkaji keseluruhan alam dan termasuk kejadian diri kita, supaya kita dapat mengaitan kita dengan Pencipta.


Contoh yang mudah, physical kita berasal dari mani bapak kita; dalam mani datuk kita pun sudah ada kita (iaitu baka atau gene kita) , dan seterus nya sampai kepada Adam yang asalnya dari tanah di mana dalam mani yang duduknya di belakang pinggang Adam pun sudah ada kita di dalamnya..

Kita bermula dengan titik, iaitu dalam titik mani Adam sudah ada titik kita.

Hakikatnya semua berasal dari yang satu.

Allah telah berfirman: Wa fi an fusikum afala tubsyirun (ayat 21... surah Adz Dzariyat)
.
."dalam diri kamu kenapa kamu tak perhatikan."

Tak kenal diri maka tak kenal Pencipta..

Dari Dia, melalui Dia, kepada Dia, semua dari Dia sahaja, Dia meliputi segalanya.


Tapi kita kena ingat akal juga dari Dia, kapasiti dan batasan pemikiran kita juga di tentukan oleh Dia, setelah mengkaji dan berfikir dari pengamatan di sekeliling kita dan sudah habis daya berfikir, serah lah balik pada Dia untuk menambah daya pemikiran kita sehingga kita faham tentang Dia.

Lembu kalau hilang, adakah lembu akan mencari Tuannya atau sebaliknya?

Tapi saya tak bersetuju bahawa Ilham dan Ilmu laduni tak di berikan kepada manusia selain daripada nabi nabi dan Rasul Rasul.

Ilham tetap ada di berikan kepada manusia. Dari ilham lah datangnya segalah pergerakan penterjemahan dari ‘afaal’ Allah

Pergerakan berlaku atas arahan otak, semada sukarela atau tidak sukarela, melalui sistem saraf. Otak menerima arahan dari hati (kalbu). Kalbu menerima arahan dalam bentuk ilham (signal) dari Allah .Itu lah pegangan orang orang marifah; terbit ilham pertama dalam hati adalah terus dari Allah dan adalah benar, yang datang sesaat kemudian dalam bentuk hujah dalam diri kita, sudah bercapur dengan godahan syaitan.

Sebab itu ‘orang tua tua zaman dulu’ menunggu “gerak” atau ilham pertama ini sebelum memulakan sebarang langkah. Kalau dapat ilham (signal) kata, "pergi" baru dia bergerak kerana yakin bahawa adalah arahan yang datang terus dari Tuhannya. Isyaallah perjalanan dia selamat, kalau ada bahaya pun insyallah Tuhan akan lindungi dia. Itu keyakinan dia.

Kalau Ilham pertama terbit dalam hati ‘pergi ke masjid sembayang magrib’ itu terbit terus dari Allah, tetapi sesaat kemudian datang hujah “oh kena ambil anak kat station komuter kat Sungai Buluh kejap lagi” Ini sudah bercampur ajakkan syaitan.

Kalau kita mengatakan Allah itu Pencipta kita dan kita ibarat robot tidak ada daya dan upaya atau kuasa melainkan kuasa dari dia (laa haula wala quwwata illa billahi) sudah tentu segala pegerakan kita mestilah dari Pencipta sendiri. Afaal dia semuanya.

Kalau ada yang mengakui pergerakan dia bukan dari afaal Allah orang itu sudah jatuk syirik mengakui ada kuasa yang lain selain Allah. Nahuzubilah, jauhkan berlakunya kepada kita.

Bayangan bergerak atas sebab benda yang di bayangi bergerak.

Hati nurahi yang bersih akan mendapat ilham yang bernilai tinggi dari Allah SWT.

Sebab itu orang yang marifah menjaga hatinya selalu bersih. Zikir yang tak putuslah yang menjadi factor utama dapat menjaga kebersihan hati.

Begitu juga dengan laduni, ilmu dari alam ghaib di anugerah dari Allah sendiri. Ilmu ini bukan lah wahyu seperti yang di perolehi oleh Nabi Nabi. Wahyu sebegitu sudah tamat dengan kewafatan Nabi Mohammad saw.

Ilmu Ladunni merupai ilmu kefahaman tentang rahsia rahsia alam ghaib ,rahsia Ilahi itu sendiri.

Contoh nya roh itu rahsia Allah;.Mengapa itu jadi rahsia.Allah? Apakah rahsia itu tetap menjadi rahsia yang langsung tiada seorang pun makluknya yang di anugerahkan untuk mendapat menciumnya.?

Rahsia rahsia sebeginilah yang di perolehi oleh kekasih Allah melalui ilmu laduni.

Haram baginya kalau sudah dapat menciumi rahsia ini nak di bongkarkan kepada umum. Ilmu laduni yang di perolehi itu semata mata untuk dirinya seorang, atas kurnia Allah semata mata, bukan untuk di kongsi dengan orang lain. Dia sendiri faham dan tenggelam dalam rahsia itu.

(Kata guru saya,barang(najis kita) masih dalam perut kita tak najis bila terkeluar ia jadi najis dan berbau busuk sekali, jadi rahsia tetap rahsia.)

17.85. Wayas-aluunaka ‘anir-Ruuh.Qulir-Ruuhu min ‘Amri Rabbii wa maa ‘uutitum- minal ’ilmi ‘illaa qaliilaa


Dan mereka akan bertanya kepada mu tentang ruh.Katakanlah ruh itu urusan Tuhan ku dan kamu tidak di beri ilmu melainkan sedikit” ( surah Bani Israil-ayat 85)

Firman Allah; "Alaas tu bi Rabikum-Quluu- Balaa” yang menerangkan disaat Ruh ruh berkumpul mengadap Allah SWT di alam ruh, Allah bertanya ‘siapa Tuhankamu “ jawab ruhruh “Bah kan”

Maknanya jelas, ruh kita telah mengenal Tuhanya awal awal di alam Ruh.
Bila kita di alam “concrete” ini kita di lupakan kerana ada hijab.(kalau terangkat hijab, nescaya kita terus langsung nampak Arasy)

Hidup kita ini pada hakikatnya nafsi nafsi. ( sila lihat kata kata mutiara Al-Hikam dalam post bertajuk ‘Bagaimana Cara Orang Sufi Mensyukuri Nikmat’( klik sini)

Ilmu laduni, adalah kurnia dari Allah kepada hamba yang di kasihinya..

Penulis “Tasawuf Beberapa Persoalan” itu kuatir, ladunni itu datang dari syaitan…Tak munkin, selagi hamba Allah ingat dengan sebenar ingat kepada Allah, syaitan tak akan masuk.. Itu perjanjian syaitan dengan Allah . Siapa mendapatnya sendirilah merasa dan faham.

Saya bersetuju dengan penulis , sebenarnya perjalanan untuk kesitu mesti melalui kegunaan akal. Ilmu dulu. Imam Ghazali pun berpendapat begitu, beramal tanpa ilmu merbahaya.

Kita kena memahami sifat sifat Allah dan Asmanya dan pemahaman kita di atas kejadian semesta alam dan diri kita , melalui tunjuk ajar guru guru Hakikat yang warak, mahir dan faham bahasa Arab AlQuran.

Ada orang menganjurkan seorang kena masuk jadi ahli terikat tertentu supaya cepat untuk sampai ke makam yang tinggi .

Ini yang di perkatakan oleh penulis “Tasawuf Beberapa Persoalan”. Dia memberi hujah bahawa terikat sebegitu tidak di anjurkan dalam Islam .Jalan terbaik ialah melalui jalan hakikat. (Mencari kebenaran melalui sumber akal dulu untuk sampai tingkat hakqul yakin).

Saya tidaklah lah pula mengatakan tarikat itu salah, kena tenguk dan faham akan perjalanannya dan cara pelaksanaannya mesti tiada unsur syirik besar atau kecil.

Walau bagaimana pun, seelok eloknya kena belajar hakikat dulu supaya ada asasnya. Sekurangnya baca buku Minhajul Abidin Oleh Imama Ghazali.( saya sudah beli tidak kurang 3 buah dihadiahkan kepada kawan kawan). Sebuah lagi buku dalam simpanan saya sekarang sudah tiada. Beli pada tahun 1978, itulah yang mengetuk pintu hati saya untuk mendampingi Guru hakikat.Memang kena beli lagi untuk rujukan.

Hakikat ialah kebenaran yang mutlak.. Tiada lapisannya yang lain lagi selepas itu. Methodologinya seperti mengupas labu bawang; lapisan demi lapisan kulit bawang di kupas; dan akhirnya apa yang kita ketemui?

Mithalnya ,kalau kita penah dengar ungkapan lama , "dari kapas jadi benang dari benang jadi kain.” Kalau kita nampak seorang pakai baju, kita terus katakan dia pakai kapas, pasal kita tahu hakikat baju ialah asalnya dari benang, dan asal benang dari kapas. Pandangan kita kepada baju terus pantas ternampak kapas..

Begitu juga bila kita tenguk orang minum air , kita kata orang itu minum hydrogen dan oxygen (H2O) pasal kita tahu sikit pasal hakikat sains..

Pegangan (MOTO) Pengamalnya Hakikat ialah :

1.Mati masa hidup dan hidup masa mati.

2.Biar kaya dalam miskin jangan miskin dalam kaya

3.Bersuluk ,(zuhud, berkhalwat) 24 jam dan lebih abdal di halayak ramai dalam suasan hiruk pikuk.


Saya pernah menjinak jinak dengan beberapa kumpulan tarikat. Saya masuk tetapi setengah jalan .

Di peringkat awal lagi banyak sangat kemuskilan dalam fikiran dan tiada kepastian di perolehi. Saya berdoa kepada Allah supaya memberi pertunjuk jalan yang benar dan pada malam kedua nya saya bermimpi .

Kebetulan beberapa bulan sebelum saya masuk terikat itu, timbul minat untuk memiliki sebuah kereta sport (2nd hand); ada dua pilihan untuk saya pilih; model A dan model B. Minat saya pada modal A.

Waktu itu sebenarnya saya juga berguru dengan Arwah Tuan Guru Ustaz Yong diKuala Trengganu .Tiap tiap bulan saya akan ke sana selama hampir 3 Tahun lamanya.

Dalam mimpi itu, saya sedang berjalan jalan hingga sampai ke persimpangan tiga. Saya sedang berjalan dari satu arah sampai ke simpang tersebut. Di sebelah jalan ke kanan ada sebuah kereta sport model A bersama di situ menunggu ialah Ustaz Yong dengan kawan baik saya. Di sebelah jalan ke kiri sebuah kereta sport model B bersama di situ menunggu ialah Tok guru dan rakan lain dari kumpulan terikat berkaitan . Masing masing mengajak saya ke kereta mereka.

Akhirnya, dalam mimpi itu saya memilih untuk bersama Ustaz Yong dengan kawan saya dengan kereta sport idaman saya itu.

Saya terkejut dari mimpi dan duduk termenung sekejap. Kemudian saya terus buat keputusan akan terus belajar melalui kaedah hakikat bersama Ustaz Yong dan kawan saya yang sama sama memberi bimbingan..

(Kemudain, saya juga tidak sia siakan nasihat Arwah Ustaz Yong untuk tidak meninggalkan seorang lagi guru hakikat Ustaz Man( Arwah) yang terkenal di Kuala Trengganu.Alhamdullilah, saya sempat berbaiat dengan Arwah.).


Sebenarnya ketika bermimpi itu saya sedang “bersuluk dalam kelambu” bersama ahli terikat tersebut.

(Arwah ayah saya berpesan, nak cari guru cari lah guru dari Trengganu, Alhamdullilah saya ketemui, 3 orang guru).

Tarikat yang saya hendak ceburi itu hanya memerlukan anak murid mengikut saja perbuatan atau amalan yang di berikan tanpa perlu pembelajaran atau penghujahan. Kalau di berikan zikir, zikir lah diamalkan mengikut peringkat, atau pangkat masing masing .

Berbeza dengan perjalan hakikat, dimana kita kena faham sifat sifat Allah dahulu dan kita menghayati kejadian alam semesta dan hubung kaitnya dengan kita, seperti contoh cerita “apa yang ada di sebalik se ekor nyamuk” dan ‘cara orang hakikat menyukuri nikmat” dalam siri yang lalu.


Saya tak kata terikat mereka salah dan jangan ada yang salah anggap kenyataan saya ini. Cuma hati saya tak mahu menerima cara terikat sebegitu. Itu saja.

Saya sekarang mengamalkan “ terikat” saya sendiri.

Anda kalau ingin mengikuti perjalanan ini kena faham betul betul apa erti itu terikat (toriqat).

Mengikut guru saya, toriqat ialah jalan menuju Maha Pencipta . Bermakna apa saja perkara yang kita fakir dan buat atau ibadah yang membawa kita ingat kepada Allah Aza Wajala , bermakna kita ‘link’ balik dengan Allah; itu lah tarikat.

Seperti kita melihat seekor nyamuk dan kita dapat kaitkan dengan Pencipta sebagai Ar- Razak, pembawa rezeki melalui makluk nya nyamuk seperti sudah saya ceritakan, dan dalam masa yang sama mengingatkan dan membawa kita sampai kepada Allah, itulah Terikat, jalan membawa kita ke Allah.

Begitu juga kalau kita melihat ulat sutera dimana benang yang keluar memberi sumber rezeki kepada kita manusia, dan bila kita fikirkan processnya dapat di kaitkan kepada kebesaran Maha Pencipta, sudah tentu satu toriqat, jalan menuju kepada Allah.

Sebenarnya contoh contoh cerita nyamuk, ulat sutera,ikan, padi ,gandum, dan sebagainya adalah satu ‘networking kita dengan Allah’ atau lebih tepat lagi “kita buka ‘website’,(di alam maya dalam otak kita), dengan Allah”


Anda jangan terkejut kalau saya katakan, bagi saya dan rakan rakan seperjalanan, naik kereta pun terikat, berjalan kaki pun terikat, berkerja pun terikat, makan pun terikat, tidur pun terikat, bangun tidur pun tarikat semua activiti hidup adalah terikat. Tapi kita kena tahu macam mana nak di terikatkan aktiviti itu..

Cuma macam mana nak kita letakkan diri kita sentiasa berterikat.Terpulang kepada kita sendiri.( Sebab itu saya syorkan kita buat 'websites' ,di alam maya dalam otak kita, dengan Allah supaya mudah kita ‘link’ balik dengan dia.)

Tak percaya cuba amalkan cara mensyukuri nikmat yang di ajar oleh Atok Man pada cucunya

Bagi kami mudah. Contoh bila bawa kereta, kita kena ingat hakikatnya, siapa yang sebenarnya yang melihat kehadapan, siapa yang memegang steering siapa yang memberik .Kalau kita dapat memahami bahawa semuanya adalah afaal Allah, kita hanya ibarat satu bayang atau satu robot bermakna kita sedang mengamalkan terikat, sebab dengan cara itu hubungan kita dengan Allah sentiasa “in contact”, tidak putus.

Saya di fahamkan pengertian asal Toriqat seperti berikut.

Katakan ada seorang alim lagi warak (mungkin wali, kita tak tahu) katakan nama nya Abu Hassan; telah di tampakkan Tuhan seorang yang makbul doanya; kewarakan nya tampak membuahkan sesuatu yang di ingin kan oleh semua orang, lalu di tanya orang apakah amalannya hingga dia sampai ke taraf itu; lalu di beritahu bahawa dia mengamalkan sekian sekian zikir atau tidak meninggalkan sembayang sunat setiap waktu dengan istiqomah..(Biasa lah orang Alim, mengamalkan yang mutiara mutiara saja)

Maka orang yang bertanya tadi terus berguru dengannya dan mengamalkan seperti yang di anjurkannya. Bila ada orang lain pula yang bertanya dia apa amalannya , dia pun berkata amalan dari Abu Hassan, lama lama jadi banyak yang berguru dan mengamalkannya, maka jadi lah tarikat Abu Hassan.

Begitu juga dengan Ustaz Yong. Siapa yang dapat mengamalkan banyak sembayang sunat, atau takdis, takdis ,zikir zikir,selawat selawat, doa dao yang di amalkan oleh Ustaz Yong, kalau mahu boleh bagi nama terikat Ustaz Yong. Pasal memang cara hidupnya, mandi dia, tidur dia, cara amalan dia, sembayang dia, bacaan dia cara dia melayan tetamu, dan istiqomaknya , tidak ada pada orang lain yang pernah saya lihat..

Contoh satu daripada amalannya ialah selawat, tak kurang sepuluh jenis selawat,dan ada satu selawat yang di gelar ‘Selawat Raudhah’ (Arwah dapat selawat ni di Raudhah Masjid Nabi di Madinah satu masa dulu). Bila setiap kali masuk bilik tidur, Arwah tak akan keluar dari biliknya selagi tak baca selawat itu.Selawat ini panjang sungguh saya tak dapat menghafalnya.

Bila Arwah nak mandi di kolah di suraunya, Arwah akan berkeliling beberapa pusingan sambil membaca selawat selawat doa doa ,takdis takdis dan sambil menyiram pokok pokok di tepi kolah dan lepas itu baru lah mandi . Dia ambil uduk amat lama sekali berserta bacaan bacaan tertentu. Biasa uduhnya tahan lama.

Terikat yang di amalkan oleh saya dan rakan saya yang di panggil perjalanan hakikat , makan masa yang lama sikit, itu pun macam saya ni belum sampai lagi, masih berjalan dengan perlahan, ibarat buah pelam yang di biarkan masak di pokok, lambat sikit lah masaknya, kalau di bandingkan dengan masak di peram iaitu petik buah waktu hampir tua dan diperam ,tentu lah buah di peram cepat masak..

Cuma orang kata masak di pokok, walau pun lama sikit, rasanya lebih manis.

Dalam buku Minhajul Abidin, Imam Ghazali ada bercerita kisah seorang murid yang hendak berguru dengan seorang ahli hakikat, lalu di tanya oleh guru tersebut,

“apa tujuan kamu nak berguru dengan saya… adakah kamu nak ke syurga? Kalau nak ke syurga pergi lah mengaji dengan guru fikah, tetapi kalau kamu bertujuan nak jumpa Tuhan yang memiliki syurga itu , jumpa lah guru hakikat.” .

Imam ghazali juga melahirkan kekagumannya dengan Allah Aza Wajalla atas sifat nya iaitu “Allah yang memuji dan Allah juga yang kena puji” bermakna Allah memuji dirinya sendiri.

Dalam kisah Nabi Ayub, bilamana Allah telah memuji kesabaran Nabi Ayub yang menakjubkan. Allah memuji Nabi Ayub, hamba dia sendiri, walhal sifat kesabaran Nabi Ayub itu siapakah yang menganugerahkan kepada Nabi Ayub kalau tidak Allah sendiri! Itu lah dianya hakikat , Allah memuji diri nya sendiri, bila Allah memuji Nabi Ayub

38.44. Wa khuz biyadika zigsan fazrib- bihii walaa tahnas. ‘Innaa wajadnaahu saabiraa. Ni’mal-Abdu innahuuu ‘awwaab!

Dan ambillah dengan tangan mu ranting ranting kayu dan pukulkan dengan itu ,dan jangan engkau, menyalahi sumpah sesungguhnya kami dapati dia sabar sebaik hamba, sesungguhnya ia sangat banyak kembali.(menyerah diri)

Dari Dia, melalui Dia, kepada Dia.

Dua perkarta penting perlu di fahami benar benar dalam perjalanan hakikat.

Kalimah: Laa ilaha illallah
Laa haula wal quwwata illa billahi

Insyaalah saya akan perturunkan kupasannya dari kitab Al Hikam dalam siri akan datang mengenai kedua nya.

Apakah hala tujuan kita memperlajari semua ini? Lain tak bukan ialah :

Allah berfirman :
Surah 89.27. Yaaa-‘ayyatuhan-nafsul-mutma-innah!(Surah Al fajar ,89-27)
Hai jiwa yang tenang (yakin),

89.28. Irji-‘iii ‘ilaa Rabbiki raa-ziyatam marziyyah!(Surah Al Fajar,89-28)
Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan keadaan ridha (dan) m di ridhai

Sebagai penutup saya siarkan balik kata kata mutiara berikut untuk renungan kita
:

. Kata kata mutiara Al-hikam (berkaitan bukti kekuasan Allah) : Diantara bukti-bukti yang menunjukan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadaNya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (yakni: Bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.

Sepakat para arifin bahawa segala sesuatau selain Allah tidak ada, ertinya:tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya. Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayangainya, di sini terhijabnya.

Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.




9 comments:

kasehsejati said...

assalamualaikum...

saya tertarik dgn paparan sedara tentang hakikat..byk guru ditemui kebyakannya hanya separuh jalan..tidak sampai apa yang saya ingin cari...

saya ingin bertanya pada saudara..siapakah kita yang sebenarnya? kenapa nabi Adam bersyahadah atas Muhamad?..

actually ada byk pkr nak tanya..please ansmer me...

shahbandarmalakat said...

Mualaikum salam...anda boleh email kapada saya...manatukman @yahoo.com

Anonymous said...

Assalammualaikum..tuan saya nak berguru
harap tuan dapat beri tunjuk ajar...

Anonymous said...

salam,blh terangkan pd sy prbezaan antara hakikat insan dan hakikat firaun?sy sdg mencari

Anonymous said...

sy amat berminat dgn ilmu hakikat dan mencari murabbi yg benar utk memimpin..blh tuan perkenalkan kpd sy murabbi utk sy baiah?? mcm mana nk contact?

facebook??

Anonymous said...

sy amat berminat dgn ilmu hakikat dan mencari murabbi yg benar utk memimpin..blh tuan perkenalkan kpd sy murabbi utk sy baiah?? mcm mana nk contact?

facebook??

JIWA NAN TANDUS said...

Hakikat bukan suatu ilmu untuk di prlajari.Ianya suatu yg wajib di tuntuti..Krn ia sebagai tanda pada setiap penempuhan pencari cinta Ilahi.Maka tanda2 itu pasti akan terhambar dalam dalam dirinya sewaktu perlaksanaan itu di jalankan.

Unknown said...

Hahaha..cume beze pd name je..kihkih

Unknown said...

Hahaha..cume beze pd name je..kihkih