Bismillahirrahmanirrahim
Assalamuakaikum
warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Terjemahan kata-kata mutiara kitab Al Hikam: Hilangkan pandangan makluk
kepada mu kerana puas dengan penglihatan Allah kepada mu,dan lupakan perhatian
(menghadapnya) makluk kepada mu, kerana melihat bahawa Allah menghadap kepadamu.
Sal bin Abdullah Attustary berkata: Seorang tidak dapat mencapai hakikat
kewalian sehingga menghilangkan pandangan orang dari fikirannya,sehingga tidak
melihat apa apa di dunia, hanya ia dengan Tuhan yang menjadikannya, sebab tiada
seorang pun dapat menguntungkan atau merugikan.
Ingat kisah Lukman
Alhakim dengan putranya berjalan dengan Keldai.. Tujuan Luqman untuk menunjukan
kepada putranya bahawa orang yang beramal atau mengambil-ambil hati orang tidak
selamat dari celaan mereka.
Muhammad bin Aslam ra.berkata:Ada
kepentingan apakah saya pada manusia padahal sejak saya dalam punggung ayah saya
seorang diri, lalu di dalam perut ibu juga seorang diri dan keluar di dunia juga
seorang diri,(yakni tidak melalui bantuan manusia) hingga mati dan masuk ke
kubur juga seorang diri,dan menghadapi persoalan alam kubur sampai kemudian
menghadap kepada Allah dan masuk syurga atau neraka juga seorang diri, maka
apakah keperluan saya dengan manusia.
BAGAIMANA ORANG ORANG HAKIKAT(SUFI) MENSYUKURI NIKMAT.
Atuk Man sedang menghadapi rezeki tengah hari Ahad itu bersama 6 orang
cucu cucu nya, Akim (11 tahun), Amin(9tahun), Asim(9 tahun) , Liana (6 tahun),
Didi (6 tahun) dan Zulaika(5 tahun) di rumah persinggahan keluarga di kampung
Jelu Raub Pahang.
Mereka semua sampai dari Kuala Lumpur dengan dua
kereta satu di pandu oleh Atuk Man sendiri dan satu lagi oleh isterinya Wan Je
pada malam tadinya. Mak mak mereka (cucu cucu) tak ikut sama.
Sudah jadi kebiasaan dua minggu sekali Atuk Man sekelamin akan balik ke kampung dan sekali
sekala akan di bawanya cucunya untuk mengenali suasana kampong.
Bila di suruh makan oleh Wan Je mereka semua mengangkat tangan masing ,masing membaca
doa makan seperti biasa. Atuk Man mengaminkan je
“Apa Atuk tak baca doa makan tok”..Tanya Akim, cucu yang tertua dan di lahirkan di Manchester UK semasa mak dia masih jadi pelajar dalam bidang kedoktoran .Mak mereka, masih tahun dua dah kawin. Akim ni jenis hyper active sejak masih kecil lagi.
“Atuk baca doa lain” Kata Atuk Man.
“Doa apa Tok” Tanya Akim lagi. Yang lain lain meneruskan menyuap nasi
Tengah hari tu makan nasi ,luaknya ikan kerisi goreng dan kari ayam goreng sayur kubis masak lemak dan sambal belacan.
“Sebab Akim dah Tanya, Atuk nak cerita lah” mula Atuk Man.
“Akim nampak ini apa.” Atuk Man menunjukan nasi dalam pinggan kepada Akim.
“Itu semua orang tahu tok, nasi” jawab Akim sambil gelak menampakkan
lesung pipit yang ada hanya di sebelah pipi saja.
“Yalah, tapi Akim nampak ke apa di belakang nasi ini..” tegas Atuk Man
“Mana nak nampak Tuk, bukan Akim ada teropong” jawab Akim terus, masih tergelak.
“Itu lah. Atuk tak pakai teropong pun tapi Atuk nampak. Atuk nampak beras, padi dan
seorang perempuan Umur dalam 43 tahun sedang menuai padi di bendang kat
Kedah.Dia menuai gunakan “ketam menuai”. Padi di tuai dan dia masukkan dalam
bakul.”
Atuk Man nak terus kan ceritanya, tapi di sampuk oleh Asim.
“Lagi Atuk nampak apa Tok”
“Atuk nampak ada orang datang ambil bakul yang sudah di isi penuh dengan padi tadi dan disalin dalam guni besar. Mereka bawa ke kilang padi untuk di mesin jadikan beras,.kemudian beras di masukkan dalam beg plastic untuk di pasarkan. .Tadi Wan pergi kedai kat Dong beli beras dalam beg plastic dan bawa balik dan di masak beras tu.. Itu lah berasnya.Wan tak tahu bagai mana beras itu berjalan begitu jauh dengan lorry sampai ke kedai Dong mungkin sampai dalam dua hari lepas”. Atuk Man menyambung cerita.
Matanya masih memandang kepada nasi dalam pinggan, tak beranjak dari tadi. Kelakuannya di perhatikan oleh cucunya Zulaina penuh “curiousity”.
“Atuk nak tanya Akim, orang perempuan tadi yang menuai padi tadi, tahu tak siapakah orang yang akan dapat makan padi dia ?”
Atuk Man meneruskan cerita tanpa tunggu jawapan cucunya.
“Ya, dia tak tahu bila dan siapa yang akan makan padi yang dia tanam dan tuai., .kalau dia tahu dan kenal nasi yang atuk nak suapkan dalam mulut atuk ni adalah dari sebahagaian padi yang dia tanam dan dituai, dia tentu terharu melihatnya… tak tahu lah apa Atuk nak cakap..” Air muka Atuk Man terus berubah. Dia tampak sebak, mahu keluarkan air mata nampaknya. Cepat di letakkan kedua dua belah tangan nya menutup muka, tunduk.Tarik nafas panjang di iringi dengan ingatannya tak putus kepada Illahi agar dia lebih tenang. Dia mahu meneruskan penerangan ini kepada cucu cucunya.
Ini bab penting untuk mereka tahu .Mungkin sekarang mereka tak faham,tak apa, mudah mudah mereka mengerti satu hari nanti
“Itu lah cara tuhan menyediakan rezeki Atuk hari ni.Tak ada orang tahu. Penanam padi tadi,atau pengilang padi pun tak tahu Tuhan telah mengaturkan, berbulan lepas, bawa tangan tangan mereka terlibat dalam menyediakan rezeki untuk atuk hari ini.”
Jelas Atuk Man lagi.
Atuk Man memperhatikan Akim yang mengganguk kepala. Mungkin dia mula nampak akan kaitan nasi dengan padi .Tapi bagaimana rupa pokok padi, Akim masih tak dapat nak gambarkan. Tak pernah tenguk. Di kawasan Dong ini sudah tiada pokok padi. Sawah dah jadi tempat ular bertelur.
Dia nampak Atuk Man bila memandang nasi dalam pinggan macam pandang kat computer nampak window demi window, yang keluar memaparkan gambaran gambaran yang Atuk Man
cakap, berlapis lapis, mula keluar nasi, beras, padi dan terus zoom kat orang tanam padi, kemudian, ke kilang padi pula dimana padi di kisar kulitnya keluarkan beras; beras yang di isi dalam beg beg plastic di naik ke atas lori untuk di edarkan dan separuh beras tadi di turun kedai Dong dan nampak pula gambar Wan Je bawah balik sekampit beras dimana di dalam nya ada beras yang asalnya dari padi yang di tanam dan di tuai oleh Petani tadi.
“Itu lah beras Wan Je masak, sudah jadi nasi terhidang untuk kita orang makan”.fikir
Akim.
"Rupanya beras tu dah di 'marked' oleh Tuhan siapa yang akan memakannya.Manusia tak nampak ,malaikat nampak.Manusia cuma di gerakkan mengikut kehendak yang sudah di tentukan".Fikir Akim lagi.
“Ikan itu macam mana Atuk.” Tanya Akim .Dia dah tak sabar.. dan dia macam dah agak perjalanan cerita Atuk Man yang akan kesitu.Dia dah mula nak tangkap “the sequence” jalan cerita.
“Bila kita tenguk ikan goreng kita kan nampak macam macam. Atuk nampak
minyak masaknya kat ikan ni.Datangnya dari kelapa sawit yang ditanam oleh orang
kat Felda New Zealand, Pahang. Orang Indon yang ambil buah kelapa sawit, dengan
mengunakan sabit yang panjang ;bila dah gugur buah di kumpulkan pada satu tempat
untuk di bawa dengan lori ke kilang. Disitu buah sawit di process mengeluarkan
minyak dan di botolkan. Hari ini Wan pergi beli minyak tu kat kedai Dong. Orang
yang petik buah atau orang yang memprocess minyak dari buah tersebut, tak tahu
rupanya minyak tu untuk Wan goreng ikan untuk kita semua makan. Ini semua telah
diatur dengan teliti .Masa Wan memilih minyak dalam botol mana nak di beli pun
Tuhan sudah atur. Itu lah kerja Tuhan yang kita tak nampak.” Atuk berhenti
seketika sambil minum air sikit, dia nak meneruskan lagi,ceritanya belum habis
lagi.
“Bab ikan…Ya atuk nampak kat sini... ikan itu telah di tangkap kat
laut tak jauh dari rumah Toki Akim kat Kuala Besut. Nelayan tu ,Pok Weil,
namanya, pakai tutup kepala “semuta” warna orange .Dia pakai kail tak berbatang
,yang jenis lilit kat tin susu. Dia dapat hari itu empat ekor ikan kerisi dan 10
ekor ikan aye (tongkol). Bila dia balik ,ikan tadi di beli oleh Ah Wah ,taukey
ikan kat Kuala Besut, kemudian ikan di beku dan terus di hantar ke pasar borong
Selayang. Dari situ peraih ikan dari Raub yang turun terus ambil ‘lelong’ dan
bawa balik ke kawasan Dong. Wan telah digerakkan oleh Allah supaya membeli ikan
kerisi kat kedai Dong tadi’’. Atuk berhenti, tarik nafas panjang. Matanya masih
focus pada ikan goreng kerisi dalam pinggan nya.
“Macam mana atuk nampak orang mengail ikan tu tok”. Tanya Asim dengan tiba tiba. .Memang dia pun berminat nak tahu. Asim ni ‘made in UK’ tapi lahir kat sini lepas mak dia balik
Malaysia sesudah convo. Sehari dua sampai sini terus lahir. Asim ini lembut dan
budah baik serta rajin, cekap, ada discipline, sikit macam mak dia yang hidup
tak ubah macam perjalanan jam.
“Atuk nampak dalam otak atuk lah.. Ini Atuk nak cerita pasal Pok Weil yang tangkap ikan tadi . Bila dia tangkap ikan hari tu, dia dapat ikan kerisi, tapi Pok Weil tak tahu kemana ikan itu pergi dan siapa akan makan ikan itu. Dia tak tahu rupanya Tuhan sudah atur . Pada badan
ikan itu sudah ada chop nama Atuk. Pok Weil tak nampak nama Atuk. Rupa rupanya
jadi rezeki atuk dan kamu semua hari ini.” Dia berhenti tiba tiba. Rasanya cukup
lah setara itu dulu..
Atuk Man renung sekali lagi makanan di hadapan matanya, dia amat bersyukur dan hati dia rasa puas kerana dia dapat menjejaki rezeki yang di sediakan untuk dia tengah hari itu. Dia mula menyuap nasi..Menimbulkan satu zuk wazidan amat lazat sekali..Di rasakan semua sel sel
dalam badannya turut menerima kelazatan itu. Satu anugerah dari Tuhan dia yang
orang lain tak akan tahu akan lazatnya, ibarat orang kata manisnya gula hanya
diri sendiri yang tahu.
Atuk Man mahu meneruskan cerita tentang sayur kobis dan santan kelapa dalam masakan kubis masak lemak Wan Je dan juga lauk kari ayam dengan rempak ratus di dalamnya..
“Akim sudah nampak tak macam mana Allah sedia kan rezeki kita .Macam ikan ini dah di tentukan untuk kita makan hari ini, perjalanan dia jauh dan berliku liku tetapi bila sudah di
tetapkan Tuhan maka tiba waktu dan ketikanya sampai lah dia kemulut kita dan
tiada kuasa lain boleh sekat”
Bila saja Tuhan kata “Kun Faya Kun” maka semuanya sudah di program dalam “computer besar.” di Lauhul Mahfus ,terjali nya sesuatu akan mengikut saat dan ketikanya mengikut programNya.. Tuhan sudah siap sedia dengan bala tenteranya iaitu para Melaikat untuk melaksanakan program yang sudah di atur di Lauhul Mahfus. Ini yang hendak di sampaikan oleh Atuk Man tapi belum masanya untuk di sampaikannya kepada cucunya..
Atuk Man macam tak sabar nak menghabiskan cerita, pasal cucu cucu yang lain dah mula buat kecuh.
“Ini makanan sisa sisa ini, tulang, rimah rimah nasi yang jatuh ini, bukan rezeki kita; ini akan jadi rezeki makluk lain pula macam kucing, ayam dan lalat dan ulat ulat serta bacteria. Jadi sebenarnya tiada rezeki yang terbuang” .Sambung Atuk Man lagi sambil menunjukkan kearah rimah rimah nasi yang bertaburan di atas meja, lebih lebih lagi di tepi pinggan Zulaika.
Itulah jalan cerita atau pedoman bagaimana nak berasa lebih sedikit bila mensyukuri rezeki yang Tuhan berikan kepada kita...seperti janji saya dalam post yang lulu..
Dalam kes orang biasa macam kita ini gunakan sedikit imaginasi supaya process-flow penyediaan rezeki dari A-Z hingga sampai di depan mata kita jadi lebih realistic .
Contoh macam roti. Bahannya dari gandum yang di tanam di tempat seperti utara India atau di Negara Eropa seperti Holland, France, Spain dan lain lain.Gandum kena di kisar dahulu hingga jadi tepung.Negara kita mengimport gandum mentah dan di kisarkan di kilang kilang di
Malaysia.
Roti di buat di kedai roti. Tepung di adun dan di uli terlebih dulu, kemudian dimasukkan dalam oven di bakar hingga masak.
Tepung yang di buat untuk satu bungkus roti mungkin memerlukan I kg gandum bijian?.
Bayangkan petani menanam gandum itu dari Holland, bila dia tanam dan kemudian di tuai gandum tersebut, langsung tak berfikir oleh dia orang yang akan memakan nya. Kalau Tuhan sudah menjadualkannya anda yang akan memakannya Tuhan akan mengatur gandum tersebut akan sampai kepada anda dalam bentuk roti tepat pada waktunya..Process-flownya begitu natural manusia tak akan nampak Pengaturnya. Apa yang sudah di atur akan berjalan ikut program tersebut, tak cepat sesaat dan tak terlambat sesaat pun.
Itu lah Maha Agung Tuhan dan itulah sebabnya dalam Al-Quran Tuhan suruh kita melihat kejadian alam seluruhnya dan berfikir tentang kejadian ciptaan Dia dan Dia sahaja.
Merenung atas kejadian Tuhan dan bertafakur itu di suruh oleh Junjungan kita dan sejenak kita
bertafakur mengingati kejadian Alam semesta ciptaan Allah termasuk macam mana
kejadian kita, mengatasi sholat sunat dua rakaat.Itu lah kelebihannya.
Mengingati Allah lebih utama. Bagi orang orang yang telah di anugerah Allah kekasyafan, bila ia merenung rezeki di hadapan matanya dia akan nampak terus gambaran tepat mengenai rezeki tersebut seperti melihat television ..atau seperti seorang saintis melihat DNA dalam microscope .
Sekian
Wassallam.
2 comments:
adakah awak ni orang yang sama dengan hawau melaka?
Klau benda x baik..arak atau apa2 benda,,flow dia sama ke? sori tanya je
Post a Comment