Bismillahirrahmanirrahim
Assalamuakaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Terjemahan kata kata mutiara Kitab Al Hikam:Tidak akan berkembang biak berbagai cabang kehinaan itu, kecuali di atas bibit tamak (kerakusan).
Sifat tamak (rakus) itu adalah bibit dari segala macam kehinaan dan kerendahan.
Engkau bebas merdeka dari segala sesuatu yang tidak engkau perlukan dan engkau tetap menjadi hamba kepada apa yang engkau harapkan (inginkan)
Contoh: Burung helang rajawali yang terbang tinggi di angkasa lepas, sukar bagi seorang menangkapnya, tetapi ia melihat sepotong daging yang tergantung kepada perangkap, maka ia turun oleh sifat tamaknya dari angkasa itu, maka terjebak oleh oleh perangkap itu sehingga ia menjadi permainan anak anak.
PERLAKUAN PEMIMPIN BERTAKWA.
Ada masanya bila berbual berbual dengan rakan rakan, lebih lebih lagi bukan Melayu, mereka selalu bertanya kepada saya kenapa tak jadi wakil rakyat dan jadi menteri.
Secara berseloroh saya katakan kalau boleh saya nak jadi Perdana Menteri.; senanglah saya nak buat sesuatu yang terbit di kepala saya sejak zaman kanak kanak lagi.
Sejak mengenali Tunku Addul Rahman, masa itu dalam darjah dua sekolah rendah atap di Kampung Ayer Paabas dalam tahun 1957, memang kadang kala ada angan angan nak jadi Perdana Menteri.
Niat saya waktu tu nak jadi Perdana Menteri yang lebih baik dari Tunku!
Tapi itu hanya cetusan hati sekali sekala.
Hakikatnya ,bagi orang yang mengerti, jadi pemimpin adalah satu tanggung jawab yang amat berat di sisi Allah, sebab, disitu ada satu amanah yang amat berat dan bagi pemimpin (Ketua Negara) yang dapat melaksanakan amanah itu, Allah telah menjanjikan tempat yang paling baik untuknya di akhirat nanti.
Bagi yang gagal satu siksa yang amat pedih sedia menunggu untuknya.
Bermakna jadi pemimpin adalah ibarat telur di hujung tanduk.
Malah satu kaki di sebelah neraka dan satu lagi dibelah syurga.
Siapa yang di lantik oleh Allah SWT untuk jadi pemimpin ( Ketua Negara) itu sebenarnya satu Kemulian dan Penghormatan yang Allah kurniakan kepadanya.
Kemulian dan Penghormat itu mengatasi segala segalanya kepada hamba Allah yang bertakwa yang telah di angkat jadi Pemimpin, lalu dia tidak memikirkan yang lain selain menghamba abadikan dirinya dengan tugas tugas memikul amanah dan tanggung jawab sebagai Pemimpin.
Pengiktirafan dia sebagai Pemimpin oleh Allah SWT sudah cukup baginya , tak perlu mengharapkan apa apa selain dari itu yang hanya berupa daki dunia.
Walau bagaimana pun sebenarnya kita tak perlu buat apa apa. Tak usah lah bersusah payah berusaha untuk kita di pilih jadi pemimpin sebabnya semua sudah di atur, kalau kita telah di tetapkan akan jadi pemimpin oleh Allah SWT kita akan jadi pemimpin bila tiba waktunya.
Cuma yang tak pasti adakah kita tergulungkan sebagai pemimpin yang di redhai atau tidak redhai oleh Allah.
Bagaimana dengan Firaun di Mesir ? Sebenarnya dia juga di angkat oleh Allah SWT untuk jadi pemimpin sehingga berkurun lamanya. Cuma dia di golongkan dalam katogeri tak di redhai oleh Allah.
Berlandaskan hujah diatas, apakah pandangan anda dengan pemimpin pemimpin di dunia ini sekarang ; golongan yang di redhai oleh Allah?.
Surah Al-Imran (3.26). Qulillaa-humma maalikal-mulki tu’til-mulka man tastaa-‘u watanzi-‘ul-mulka mimman- tashaaa’ watu-izzu man- tashaa-‘u watuzillu man tashaaa biyadikal-khayr,’innaka alaa kulli shay-in Qadiir.
Katalah: “ Hai Tuhan yang memiliki (sekelian) kekuasan ! Engkau beri kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki , dan Engkau cabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki,dan Engkau muliakan siapa yang engkau kehendaki, dan Engkau hinakan kepada siapa yang engkau kehendaki.Di tangan Mu lah ada (sekelian) kebaikan kerana sesungguhnya Engkau Berkuasa atas tiap tiap sesuatau.”(Al-Imran : surah 3-ayat 26)
Satu perkara lagi , dalam Islam bolehkah kita naik keatas pentas dan mendabik dada sambil berkata:
“Pilih lah saya jadi pemimpin anda . Saya lah yang terbaik di antara yang ada disini. Saya rasa saya layak jadi pemimpin sebab saya berkelayakan dan berpengelaman . Saya berjanji akan melaksanakan bermacam untuk tuan tuan, jadi anda semua pilih lah saya.”
Tak cukup dengan itu, di siapkan poster penuh dengan gambar dia, di setiap punjuru alam.
Boleh ke macam ini? Kalau hendak sangat jadi pemimpin tunggulah je hingga Tuhan pilih.
Dalam persejarahan Islam selepas Nabi Wafat, di zaman empat sahabat, pemilihan di buat secara bermusyuarat di antara kaum dan di pilih seorang di kalangan mereka yang di fikirkan layak jadi Kalifah. Kemudian terserah lah pada kalifah untuk melantik yang lain lain jadi pembantu dalam menjalankan pentakbirannya.
Sebagai seorang Islam, kalau kita di lantik jadi pemimpin (Ketua Negara), kita tak boleh lari dari mencontohi kepimpinan Para Sahabat Empat dan Khalifah yang selepas nya seperti Omar Abd Aziz.
Ingat tak Saidinah Abu Bakar As-Siddiq, Radhiallahu 'anhu ,waktu mula mula menjadi Khalifah, memerah susu sendiri dari kambing sendiri , berkerja sendiri untuk menampung belanja keluarga, sehingga lah rakyat sendiri menyuruh beginda ambil lah sedikit dari baitulmal.Kemudian Beginda hanya ambil sekadar yang di perlukan saja.
Ingat tak bagaimana kisah seorang Penglima Parsi datang ingin berjumpa Saidina Umar Al Khatab, Radhiallahu 'anhu , lalu bertanya kepada orang yang membawanya kesitu,
“ Di mana Raja yang Agung itu”, lalu di tunjukkan kepadanya seorang yang berbaring dalam sebuah khemah buruh hanya memakai baju bertampal tampal.
Dia amat terkejut dan terharu bila mengetahui seorang yang berpangkat “Maha Raja” yang empunyai ‘Empire’ yang besar, bukan sahaja Mesir dan keseluruh Semanajung Arab, malah Roman dan Parsi di bawah pemerintahan Beginda, tapi laku dan cara hidup Beginda tidak menunjukkan kebesaran langsung ; kehidupan yang paling daif pernah di lihatnya”
Sebenarnya kedatangan Penglima itu atas niat untuk membunuh Beginda. Bukan saja niat nya terbatal malah dia melutut pada Beginda memohon maaf dan terus memeluk Islam.
Banyak kisah kisah Saidinah Umar yang amat prihatin atas kehidupan rakyat jelata, termasuk lah kisah paling menyayat hati dimana Beginda sendiri memikul guni berisi tepung untuk di bagikan kepada seorang ibu daif yang tiada secebis makanan pun untuk di bagikan kepada anaknya; si ibu hanya mampu untuk merebus batu dalam periok, bukan apa hanya sekadar bagi melenakan anaknya! (anaknya yang amat lapar sampai tertidur kerana lama sangat menunggu makanan tak masak masak dalam periok ).
Seterusnya ingat tak kisah Khalifah Umar Abd Aziz, di mana satu malam hari selepas bermusyuarat dengan ‘anggota kabinet’nya , Beginda di datangi oleh anaknya, lalu di padamkannya lampu yang terpasang . Lalu dengan kehairanan yang amat sangat, anaknya bertanya “ kenapa ayahanda memadamkan lampu”
“Ini lampu kerajaan iaitu rakyat yang punya, ayahanda percaya kedatangan anakanda tentulah atas urusan keluarga ,bukan urusan Negara,” terang Beginda.
Dengan peringatan tersebut di atas apa lagi saya boleh cakap. Memang tak mampu saya nak jadi pemimpin., lebih lebih lagi Perdana Menteri.
Peristiwa yang di riwayat di atas bukan hanya untuk dijadikan bahan sejarah tanpa di ambil iktibar dan pengajaran, malah itulah atur cara yang sebenarnya yang patut di ikut kalau kita jadi Ketua Negara.
Sebab itu lah saya akan cuba menjauhi diri dari jadi Perdana Menteri Malaysia. Maka terbatallah angan angan saya zaman kanak kanak dulu….Maka sekianlah adanya
Wassalam.
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment