Bismillahirrahmanirrahim
Assalamuakaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
GEERT WILDERS MENGHINA AL-QURAN MELALUI FILM FITNA.
(BAHAGIAN DUA)
Apa kah reaksi kita sebagai orang Muslim yang berimankan.
Saya berpendapat, pertama sekali kita kena lah rujuk kepada guru guru dan alim ulama supaya aksi kita bertepatan dengan kehendak Allah SWT.
Contoh seperti persoalaan , “apakah halal darah mereka yang mengina Kitab Suci kita sebegitu rupa?”.
Setakat membuat boikot meyeluruh keatas barangan pengeluaran Belanda tidak mengapa.. Itu amat bagus sekali. Ada baik nya dan, sudah tentu ianya akan memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.
Kalau benar umat Islam di dunia ini berjumlah hampir 1 billion banyaknya, ini sudah cukup untuk mempelupuri products Islam yang halal pula! Dengan 1 billion umat Islam kita punya kuasa pembeli yang besar sekali.
Saya syorkan supaya ada di kalangan kita yang memulakan pengeluaran apa apa saja barang untuk orang Islam.
Bila lagi. Ini lah masanya. Ini mungkin satu percubaan dari Allah SWT kepada kita umat Islam di seluruh dunia untuk memulakan langkah pertama .Betul ada pengeluaran orang Islam tapi pengeluarannya di perlekehkan oleh orang kafir kerana tidak seberapa lagi pengeluarannya..
Orang berpangaruh dalam dunia Islam, seperti Tun M patut kehadapan.bersama Pemimpinin dari Negara Islam yang lain.
Selain pada itu apakah patut kita buat sebagai individu Muslim?
Allah berfirman:
Yang beriman dan tenteram hati hati nya lantaran ingat kepada Allah. Ketahui lah! Dengan ingat kepada Allah biasa mententeramkan hati hati (manusia).(Ar-Ra’d-28).
Ini lah yang paling utama untuk Muslim sekelian. Mari kita ingat kepada Allah supaya jiwa kita tenang mengadapi kafirin yang mencela Imam kita iaitu AlQuranulkarim.
Zikir ada lah satu cara mengingat Allah .Saya muatkan semula kata kata mutiara Al –Hikam berhubung kait dengan zikir yang telah saya siarkan dalam blog ini .
Kata kata mutiara Al-hikam:
Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.
Kata kata mutiara Al Hikam:
Abdullah bin Abbas ra.berkata;Tiada suatu kewajipan yang di wajib oleh Allah pada hambaNya melainkan ada batas batasnya, kemudian bagi orang orang yang uzur di maafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas, dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kucuali jika berubah akal (gila)Firman Allah:
Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sabil berbaring,dan memikirkan kejadian langit langit dan bumi (sambil berkata): “Hai Tuhan kami! Engkau tidak jadikan semua ini dengan sia sia! Maha suci Engkau! Lantaran itu peliharalah kami (daripada) siksa neraka” (Al Imran: 191)
Firman Allah :
Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya aku ingat (pula) kepada mu dan bersyukurlah kepada Ku dan jangan lah kamu mengingkari (nikmat) Ku ( Al Baqarah 152)
Dalam Hadith Qursi:
Allah berfirman:
Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diri Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada Ku.
Selepas mengingati Allah baru lah kita bersama sama memikirkan apakah tindakkan sebaiknya kita lakukan di balik memboikot barangan dari Negara belanda. Mudah mudah Allah meredhai tindakkan kita semua.
Sembayang hajat? Ya ini patut kita lakukan .Lebih baik kita lakukan berseorangan.Ianya lebih iklas dan lakukan bila kita berseorangan .Insyaalah tuhan akan kabulkan .
Apakah permintaan kita? Kita serah pada Allah untuk menghukum dia. Allah saja yang Maha mengetahui.
Apakah kesalahan Wilder?
Adakah kesalahan beliau, adakah dalam salah satu katogori berikut?:
Firman Allah:
Lantaran itu, bukan kah tiada yang lebih zalim dari pada orang yang adakan dusta atas nama Allah atau yang dustakan ayat ayat Nya? Sesungguhnya tidaklah berbahagia orang orang yang berdosa itu.(Yunus: 17)
Firman Allah :
Merekalah orang yang tidak percaya kepada ayat ayat Tuhan mereka dan kepada pertemuan dengan Nya;lantaran itu gugurlah amalan amalan mereka ,maka Kami tidak akan dirikan timbangan bagi mereka di hari Qiamat.(Al-Kahf:105)
Firman Allah lagi:
Yang demikian itu balasan mereka ialah di jahanam lantaran mereka tidak percaya dan mereka menjadikan ayat ayat Ku dan Rasul RasulKu sebqagai ejekan (Al-Kahf:106)
Firman Allah:
Dan barang siapa di sesat oleh Allah, maka tidaklah ada baginya penolong selain daripadaNya; dan engkau akan lihat orang orang zalim itu berkata tetakala melihat adzab. Adakah di kiranya jalan buat kembali?(As-Sura:44)
Apa pun Wilders seorang kafirin tetapi dia tetap hamba kejadian Allah . Mungkin satu masa yang tak lama lagi Allah akan membuka pintu hatinya untuk beriman dan setelah beriman Wilders imannya munkin melebihi dari kita. Ini semua kuasa Allah Wajala
Atau Allah akan menyeksa dia di dunia ini atau di tangguh siksaannya di akhirat nanti, kita pun tidak megetahui. Allah saja Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.
Perlu lah kita tenguk film tersebut supaya kita dapat menilai atau mengkaji setakat mana dia menghina Al Quran seperti di syorkan oleh oleh setengah orang?
Bagi saya kita tak perlu melihat sesuatu yang kita sudah dengar bahwa kerja yang di lakukan memang tak baik untuk kita orang Islam. Perkara yang tak baik seperti pembikinan film tersebut sudah tentu atas ajakan syaitan, jadi kita tak perlu ikut jejak syaitan seperti dia..
“.Kalau tak tenguk kita tak patut buat komen.. dan kalau tak tenguk minda kita akan tertutup. dan kita tak berfikiran liberal” kata mereka.
Neraka pun kita belum tenguk tapi orang beriman memagar dirinya jangan hampiri atau ikut jalan kesitu .Ada orang beriman belum merasai minuman arak tapi dia tahu itu kerja syaitan, dia tidak sentuk sedikit pun..
Kalau kita berfikiran liberal tapi kita belum dapat mengenal Maha Pencipta Alam ini yang juga menganugerahkan pemikiran liberalnya ,kehidupannya atau liberalnya ..tak bermakna satu sen pun..Makna dia tetap jadi orang jahil kerana banyak nya bukti keujudan Maha Pencipta tapi dia dunggu tak dapat membacanya dan tak nampak akan kujudan Maha Pencipta..
Wassalam
Monday, April 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment