Thursday, April 10, 2008

APA YANG ADA DI SEBALIK SEEKOR NYAMUK

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamuakaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Terjemahan kata kata mutiara kitab Al-Hikam:Siapa yang menyembah kepada Allah kerana mengharap sesuatu, atau menolak bahaya siksa atas dirinya, belum menunaikan hak kewajipannya terhadap sifat sifat Allah

Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud as: Sesungguhnya orang yang sangat aku kasih kepadanya ialah yang beribadat bukan kerana upah pemberian, tetapi semata mata kerana Aku berhak untuk di sembah.

Dalam Kitab Zabur ada tersebut: Dan siapakah yang lebih kejam dari orang yang menyembahKu kerana syurga atau neraka, apakah andaikan Aku tidak buat syurga dan neraka ,tidak berhak untuk disembah?


APA YANG ADA DI SEBALIK SEEKOR NYAMUK?

Sudah lama juga saya nak tulis kisah yang berkisar pada sekor nyamuk untuk di jadikan panduan hidup kita yang amat singkat ini.

Ada di antara rakan rakan dan anak anak yang sudah pun berkesempatan bagi saya berceritakan kepada mereka tentang kisah nyamuk ini.

Nyamuk adalah makluk ciptaan Allah Taalah. Dari segi ukuran saiznya memanglah amat kecil sekali tak padan dengan bunyi yang amat menyakitkan telinga.

Kita semua tahu ,nyamuk mempunyai satu tabiat yang amat di bencinya manusia dan agaknya binatang lain juga .Dia suka mencuri darah. Kalau dia mencuri saja tak apa juga tapi kesan yang di tinggalkan lepas dia mencuri amat gatal sekali.

Ada masa masa selepas dia mencuri darah, sempat pula dia meninggalkan penyakit sebagai balasan kepada mangsa tersebut. Lagi lah dia di benci oleh manusia.

Jadi semua orang tahu nyamuk jadi musuh ketat manusia.

Maka manusia mencari jalan untuk membunuh nyamuk.

Persoalannya apa yang anda nampak di sebalik seekor nyamuk tadi?

Cuba renungkan betul betul. Fokus kan minda anda ...apa yang anda nampak di sebalik nyamuk tadi?


Soalan ini sebagai menguji minda dan keperhatian anda atas kejadian makluk Allah ini.

Bagi orang orang sufi yang mendapat kekasyafan dia akan terus nampak kebesaran Allah di belakang nyamuk tadi.

Bagi kita macam mana?

Nampak kah anda betapa ramainya manusia yang jadi jutawan hasil dari nyamuk? Betapa ramai pula yang mendapat rezeki terus dari nyamuk. Rezeki yang dapat di agih agihkan akhirnya untuk membesarkan anak anak ,menyekolahkan mereka dan lain lain keperluan hidup

Di belakang seekor nyamuk tadi nampak kah anda betapa bersemaraknya di muka bumi Allah ini kilang kilang membuat ‘ubat’ untuk menghapuskan nyamuk.

Bermacam jenis “ubat” yang di keluarkan , ada jenis bakar ada jenis sembur (spray) ada jenis pakai letrik ..jenama pun beranika nama shelltok lah, morten lah, reedsect lah macam macam jenama . ..tak terkira banyaknya..

Nampak tak , setiap kilang yang di dirikan di penuhi dengan kakitangan, ada yang berpangkat, Pengurus Besar. Ujud pula jawatan Pengurus berbagai bagai bahagian tertentu seperti Pengurus Pemasaran , Pengurus Pengeluaran, Pengurus Jualan , Jurutera ,Eksekutif ,Foremen , Fitters, Akauntan, Kerani, Penyelia perkerja perkerja , tukang sapu, driver, jaga, driver lorry dan berbagai jenis perkerjaan di sediakan.?

Nampak tak , lepas itu ujud pula rangkai peniaga pemborong dan runcit mengedarkan ubat nyamuk diseruh pelusuk alam. Mereka juga ada perkerja dan kuli yang di bayar gaji.?

Nampak kah anda semua ini dalam satu keujudan industry besar membunuh nyamuk tapi ianya menjadi punca rezeki kepada semua orang terlibat di dalam nya ?.

Nampak kah bagaimana rezeki ini kemudiannya di bawa balik untuk bagi makan anak bini ..Ini lah ertinya rezeki hasil dari iktiar nak bunuh nyamuk?.

Namun nyamuk tak juga hapus dari muka bumi. Selagi tak hapus selagi itu lah golongan ini terus mendapat rezeki dari nyamuk.! Nampak kah anda?

Masalahnya NYAMUK TERUS MENGIGIT, dan ada yang terkena penyakit oleh nya...

Nampakkah apa yang terjadi selanjutnya?

Ujud pula kilang buat ubat untuk orang terkena penyakit gigitan nyamuk seperti denggi, malaria dan lain lain..

Maka banyak lah pula manusia yang bergantung hidup dengan kilang kilang ini.

Nampak tak anak anak yang belajar jadi doktor faramasi jururawat, kemudian mereka jadi doctors, farmasi jururawat, bekerja di klinik dan hospital?.

Apa yang kita lihat lagi?



Di sebalik seekor nyamuk, dari sudut yang lain, nampak lah pula rangkaian industry perubatan yang melibatkan kilang hospital kelinik penuh dengan manusia yang berkerja di dalam nya.Semua menagih rezeki dari nyamuk.

Bagi yang yang ada hati, demikian lah kita nampak bagai mana Allah menyediakan rangkai rezekinya untuk manusia melalui makluk ciptaan nya yang amat kecil iaitu NYAMUK

Orang orang yang di anugerahi oleh Allah Mata Hati akan nampak terus Allah bila melihat kejadian di sekelilingnya serupa lah seperti di melihat seekor nyamuk .

Seperti di gariskan tadi, mula dia akan nampak di belakang nyamuk ada dua jenis kilang, satu jenis buat ubat bunuh nyamuk dan satu lagi kilang buat ubat untuk orang kena penyakit gigitan nyamuk.

Dari situ terus dia nampak manusia manusia yang berkerja. dia nampak bagaimana Allah menyediakan rezeki untuk manusia ini. Yang paling mengkagumkan bila di sedari rezeki ini terbitnya dari niat jahat untuk bunuh nyamuk..

Rangkaian rezeki dari seekor nyamuk makluk ciptaan Allah .Orang yang di anugerah Mata Hati akan terus nampak kebesaran Allah dan kebijaksanaan Allah mengatur rezeki hamba hambanya dengan, lalu langsung dia nampak sifat Al Razak dan terus menuju Allah di situ.

Dan adakah anda nampak Allah seperti orang kasyaf tadi ? Ini lah jalan jalan orang orang menuju marifah. Ketahui lah tiada ilmu yang tinggi selain ilmu marifah..( kata kata Harun Din)

Itu lah bukti nya Allah sentiasa menyediakan rezeki untuk makluknya. Manusia tak perlu risau tentang nya.( Kata Imam Ghazali)

Cerita di atas di ceritakan oleh Guru saya .. Dia tak pernah saya nampak menampal nyamuk walau nyamuk sah mengigit dia.


Dengan kaedah yang sama saya , insyaallah, akan saya ceritakan bagaimana cara orang marifah mensyukuri bila menghadap rezeki dalam siri akan datang..

Wassallam

3 comments:

Mata Hati Jiwa said...

Assalamulaikum..
Terima kasih kerna menyiarkan cerita yg berkemungkinan besar sya dapat guna dalam mendidik anak-anak kita di peringkat persekolaan.

Cerita nyamuk sdr telah mengingati kembali bagai mana saya telah mendapat nickname >semut<..

Bukan semua manusia suka melihat dengan Mata hati jiwa..
Alangkah baiknya semua manusia melihat sesuatu perkara dengan mata hati dan jiwanya.

http://semut-mata.blogspot.com

kasehsejati said...

salam...

susahnya melihat dengan mata hati selagi tidak mengenali siapakah diri...
tidak allah jadikan sesuatu degan sia-sia...
sebab tulah dihadapan allah kelak kita takkan punya hujah untuk bicara kerana segalanya telah zahir cuma samaada kita kenal atau tidak...

satu kepada banyak...banyak kepada satu...

MahirM3.Blogspot.com said...

masyaAllah........
Alhamdulililah
syukron jazilan...
semuga anda mencapai maksud....
Insyaallah....