Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Allahumasali wasallim wabarik ‘aala muhammad wa Adama wa Nuh wa Ibrahim wa Musa wa Isa wa ma bainahum minal muslimim...salawatullah wasallamah ‘alaihim ajimain…wasalli wasalim wa barik ‘aala jibril wa mikail wa izrafil wa amalahil’arz wa ‘allal malaikatihi muqarabin wa ‘aala jami’an anbial mursalin salawatullah wasallama ajimain … wa ‘aala alihi wasabatihi watabihi tabiina lahum bihasani ‘ila yaumiddin..wa ‘aala alihi wasabihi ajimain…laa haula wala quwwata illah bilallahi aliyilazim, Allah hu akbar Allah hu akbar walilahilham…
PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian29)
Pagi rabu, jam 3.16 pagi dah bangun..Atuk Man memang tidurnya tidor ayam, mudah sangat terkejut…Nana terbangun panggil “Atukkkkkkk”
“Nanaaaa nanaa nak apa?”
“Susuuu…” kadang kadang inilah buat Angah marah… “Nana tu kan dah enam tahun tak kan susu bottle juga.” Princes anak dia dah lama tak menyusu….Princes, Didi, atau Ainul Mardiah….hanya sebulan lebih tua dari Nana…tapi nana dah macam budah darjah tiga…
“Tidur dulu ..karang atuk buat…” orang lain buat, dia tak rasa tak sedap…”tak ada rasa honeynya”…kata Nana…
Wan Je pun terjaga ..dia tak berapa tidur…sakit pada join kat peha dia bertambah sakit bila malam…25 jun ini nak ke HUKM…
“ tak makan celebrex ke” tanya Atuk Man …itu ubat tahan sakit yang paling mahal…
“ dah makan”…
“Tukar je lah join tu.. “ kata Atuk Man
“ you tu cakap senang” itu signal pada Atuk Man bahawa Wan Je dah jelak dengar mesej tu …tak boleh nak tambah tambah lagi…diam saja yang bagus…kalau orang tanya apa fomula Atuk Man hingga dapat 8 orang cucu, kekal dengan Wan Je…” itu lah jawapannya Atuk Man banyak diam” ….padahal Angah dah cakap…’senang je tukar join tu…”
Benda baru memang menakutkan bagi Wan Je…masa dia kena sakit dada masa buat rendang setahun dulu, Atuk Man bagi ubat bawah lidah..GTN..dia tak mahu ..hingga Atuk Man cakap “biar mati kita makan ubat jangan mati tak makan ubat…” pun dia tak mahu, akhir terpaksa telifon angah,…angah kata ambil ubat GTN itu…baru dia ambil…
“Kadang kadang kita bercakap betul, benar, tapi tidak ada kelayakan, orang tak percaya…” bisik hati Atuk Man…macam Atuk Man cakap pasal hakikat, siapa nak percaya pada dia… “Oh itu tak jadi hal…bila kita cakap kadang kadang bukan untuk orang tapi untuk diri sendiri juga”, bisik hati Atuk Man lagi…
Atuk Man tak boleh tidur…memang dia tidur awal sikit dari biasa ..letih sikit…kakinya sejak balik Raub ada tanda berair..mungkin infection semula…mungkin kencing manis..kena jumpa doktor balik tapi belum sms kepada Angah lagi…
Labtop kepunyaan Atuk Man masih ‘on’…ada YM dari Abi kat Dublin…juga dari Shahadah..cucu pada kakak sulung wan Je…Atuk Man Ym kedua dua ..Chat dengan kedua dua…dalam labtop pun pop up mengatakan down load lagu sempurna Gita Gutawan yang di email oleh seorang blogger dan completed…Atuk Man pun ‘send file’
Shahadah: lagu ? oh sedapnya..tak tahu nak down load
Atuk Man: tak apa… tunggu dia habis… kemudian save…
Maknanya apa yang Hafis, Engineer Atuk Man, kata dulu dah mula jadi kenyataan .
“ Wah En Mansyur dah savvy internet …ada u-tube?” dalam satu chat Ym dengan dia…
Chat dengan Abi sekejap je
Abi; Tak tdo lagi?
Atuk Man: baru bangun sembyg…
Abi : oh..ini baru habis dinner…
Abi: mkn kambing sama kawan…
Dia memang suka makan kambing..Atuk Man lagi suka…hairannya suka kambimg masa dah tua tua …zaman muda Atuk Man tak suka…
Azan subuh sudah kedengaran…sembahyang...breakfast…mula buat kopi instant “CAFÉ 21” two in one…tak ada gula tapi ada creamer…kopi favourate …yang paling gemar jenis MACCONA…kopi instant… tapi dah tak ada di bawa masuk lagi dulu ada di Cold Storage…puas seluruh Kl cari tak jumpa..itu tanda AtukMan nak mati dah , benda benda yang di sukai mula dah tak dapt di nekmati lagi..satu satu, mula gula…kambing…kopi…apa lagi?
Masa buat haji dulu, kopi itu di bawa ke Makkah ,Atuk Man hidang kan dalam Khemah di MINA, semua member member pakej suka kopi itu , lebih lagi ustaz Hj Musa…yang membimbin pakej Atuk Man;
Hj Musa seorang ahli terikat Muhamadiah, (bukan hakikat), namum bila dia bawa zikirnya di arafah, semuanya ikut beramai ramai, Atuk Man pun ikut sama…tak lama kemudian Atuk Man rasa dirinya hancur lebur…Atuk Man tak tahan … mencucuri air mata dan menangis mengugu gugu …berulang ulang setiap kali ayat tu itu di ulang ulang……sehingga Hj Dolah mengurut urut belakang Atuk Man..Hj Dolah satu jalan dengan Atuk Man, jalan hakikat..dia mengerti…dia faham..orang lain tak akan faham kenapa Atuk Man jadi begitu…
Begitu juga orang lain tak akan faham bila tenguh Ayoh Wang di datangi Zouq wazidan yang buat dia menggugu mengeluarkan air mata bila sembahyang….itu anugerah dari Tuhan…bukan nangis kerana sesal atas perbuatan dosa. Bukan itu… jauh sekali…itulah kesyoronokan bukan bererti ketawa…kesyoronohkan yang maha hebat buat kita keluar air mata..syukor se syukor syukornya…lebih lebih lagi merasa Tuhan itu ada dan sangat hampir pada diri pada diri terperi dan diri hakiki….tiada yang lain…itu baru sedikit sahaja yang di campakkan oleh Allah…belum sepenuhnya….
Itulah yang di katakan orang bila di sebut nama Allah hati mengeletar…” Mereka yang apabila disebut nama Allah, gentar hati hati mereka (surah 22-35)
“Memang tak lari apa yang di katakan oleh guru guru yang mursyik, siapa cuba menghapiri Tuhan . Tuhan lebih lagi nak hampiri diri kita….dan bila kita sudah istiqamah dan ihklas …insyaallah Tuhan akan bagi kita rasa…. “ kata Ayah Wang
Begitu juga Atuk Man bila nak berangkat dari rumah nak keMakkak bila Hj Safuan mengazankan..Atuk Man dengan tiba tiba datang perasaan yang tak dapat di ceritakan terus mengugu gu menangis teresak resak lama sekali berulang ulang macam ombak datangnya…mahu rasanya sujud kebumi…
Guguan Atuk Man hanya mula reda bila azan itu habis …tak boleh di pendamkan rasa sebak itu, lama juga nak hilangkan…orang melihat tak akan faham...imam masjid itu juga tak akan faham…itu bukan kerana sedih mengenang dosa… tidak sekali kali..keadaan itu semata zouq kurniaan Allah, merasa betapa hina dinanya diri di sini Allah yang Dia saja yang hidup tiada yang hidup melain kan Dia…
Ina lillahi…wainalillahi rajiun...Jam 6.18, subuh sudah lepas, kedengar Masjid membaca surah Yasin…tanda ada hamba Allah yang telah kembali ke rahmatullah….mengikut perjanjiannya…setakat ini belum tahu lagi siapa yang pergi tu…
Sunat mengingati mati….orang hakikat sentiasa matikan diri sebelum mati…hidup ini mati dan mati nanti baru hidup….
“Mati bila bila masa…kita sentiasa akan menghadapi mati setiap saat, setiap nafas, kita meghadapi mati” fikir Atuk Man.
Iman Ghazali kata kita hidup dalam tiga nafas sahaja…nafas yang pertama yang baru lepas ..nafas kedua yang sekarang yang sedang di tarik… dan nafas ketiga yang akan di tarik lepas ini…nafas pertama dah lepas kalau ada ibdah atau zikir yang kita dapat buat adalah di bawa bersama…. nafas yang kedua , yang sedang di tarik ini lah patut kita isi… patut kita ingat..patut kita tumpukan kerana nafas nafas yang ke tiga akan datang , belum tentu lagi dapat di tarik…” Subhanallah” kata hati Atuk Man….
Masa kat Mina, sebaik saja lepas melontar , hari Jumaat hujan turun lebat , ada guruh, berlaku banjir …di waktu itu diberitahu ada seorang jamaah muslimat meninggal dunia, dia baru saja balik dari melontar , komlen pening dan suaminya bawa dia ke kelinik…tak berapa minit sebelum sempat jumpa doctor telah kembali ke kerahmatullah… Ina lillahi…wainalillahi rajiun
Dia berasal dari Kuala Trengganu, dan bila chek dengan Ayoh Wang kemudiannya, dia kenal, dia memang pengamal hakikat dan sebelum kedatangannya dia telah beritahu suaminya dia mungkin tak balik dah!
Cari Tuhan dengan Tuhan…kata kata orang yang ahli…ukapan kata kata yang bertepatan sekali….
Bah lembu yang hilang adakah lembu akan mencari Tuannya?...semua sudah ketentuan Tuhan..Atuk Man amat berasa sekali, memang lah dia rasa teraba raba untuk mencari Ilmu ini, tetapi bukan asalnya dia yang mencari….dia ditunjukkan…
Tuhan itu Maha adil ..Atuk Man yakin setiap insan di dunia akan buat dia terfikir tentang Tuhan…cucunya 4 tahun Zulaika sudah boleh memperkatakan dan mempersoalkan kewujudan Tuhan…siapa yang melayani dan menghiraukan ‘instinct ‘ mencari Tuhan akan berjaya di tunjukan oleh Allah….tapi siapa yang tak hiraukan dan tidak menggunakan akalnya untuk memikirkan kejadian di sekelilingnya untuk mengkaitkan kejadiannya dengan Maha pencipta rugi lah…
Atuk Man akui dia memang selalu memikir pasal Tuhan, lebih lebih lagi bila terjun dalam bidang sains masa tingkatan empat lagi….semua cabang sains yang di pelajari, chemical, physic, biology, malah hisab, semua memperkatakan kejadian Allah Taala..
“Manusia tidak menciptanya tapi terjumpa akan dia apa yang telah di cipta oleh Allah….semua formula fomula adalah “terjumpa” bukan di cipta oleh manusia , seperti formula terjadi nya satu compound atau results satu reaksi semuanya sudah di sediakan dan ditetapkan.
Element element asas yang 25 jenis, hydrogen dengan satu atom hingga semua di susun oleh Allah dengan rapi sekali…ke wujudan atom , electron dan proton semuanya tidak lain dan tidak bukan untuk menafikan dan menyangkal pendapat bahawa alam tiada penciptanya dan terjadi dengan sendiri…malah ilmu itu mengesakan kan Nya lagi” fakir Atuk Man..
Ini hanya untuk orang yang ingin memikir dan kejadian Alam, termasuk dirinya dan orang ini saja lah yang akan menemui Tuhannya. Siapa yang tak fikir kan alam tak akan berjumpa Tuhan hakiki…
Firman Allah:
Allahulazi khalaqa sab’a samawatim waminalardzi mithlahuna yutazalu amrubainahuna lita’lamu inallaha ‘alakullisyain Qadir wainallaha qadahatha bikulli syain ‘ilma.
“Allah yang menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi, seperti langit turun berkali kali perintah Allah antara langit dan bumi, supaya supaya engkau memperolehi ilmu, supaya kamu sekelian mempunyai ilmu,bahawa Allah itu kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu, sudah mengetahui segala sesuatu yang mengliputi ilmu itu untuk segala sesuatu.”
“Dengan tafakur tentang langit dan bumi, kita berharap kan memperolehi ilmu itu nanti.” Kata Imam Ghazali.
Dan satu ayat ini sebagai dalil ,sudah cukup untuk diketahui bahawa ilmu itu memang mulia..
Ilmu sebenarnya ialah ilmu marifah, ilmu mengenal Tuhan…
Alangkah ruginya orang yang bergelar intellect tapi tak memahami sifat sifat dan kewujudan dan keesaan Allah ta’ala…intelect tapi pemikiran atau logiknya terhad tak sampai ke Tuhanan kerana mereka terkeliru dengan kewujudan diri sendiri yang mana pada hakikatnya tak ada yang ada hanya Zat Allah… Laa maujudul illallah .
Atuk Man sendiri berfikir memang lah ilmu ini mesti di dorong oleh Allah sendiri, lembu tak dapat cari tuan nya…
Memang Atuk Man bertuah kerana mempunyai bapa yang begitu beri penekanan pasal ilmu, dunia dan akhirat…dalam belajar mengenali ilmu dunia, di selit kan juga ilmu akhirat…belah pagi ilmu dunia belah petang ilmu akhirat….
Memang ilmu dunia pun Atukman cekap dalam kelas begitu juga dalam kelas sekolah ugama petang…dari darjah dua hingga darjah empat, pergi sekolah dengan basikal, sejauh 5 batu, hari hari pagi hingga petang, bawa bekal nasi dalam daun upih berlaukan sambal tumis dan ikan kering…Nasi panas di bungkus dalam upih, bila dah sejuk macam ketupat ….( upih ini lah Atuk Man nak perkenalkan dalam zaman orang menyebut bahan ‘pembungkusan’ mesra alam, pada Abi bila dia aktif dalam Pencinta Alam dulu)
Sekolah ugama di masjid Air Paabas, di tepi sungai… memperlajari kitab kitab tauhid, fikah, tajwid, tasawuf /ahlak…karangan untuk sekolah ugama negeri Johor
Kemudian berpindah ke Kuala Trengganu, tujuan nak sekolah orang putih , ikut mak saudara tapi masuk sekolah Paya Bunga dulu, pagi ilmu dunia …petang ilmu akhirat…
Asas ugama memang Atuk Man sudah kuat…dan semua orang mesti ada ilmu asas itu…kemudian cari ilmu tambahan , kuliah kuliah di masjid dan buku buku…namum hidup kita ini di suruh cari ilmu..tak boleh berhenti…
“ Jangan berhenti kat situ je…kadang kadang kita rasa dah dapat sebenarnya tidak lagi…” kata Ayoh Wang
Katakan kita tak kenal kereta lagi….tak pernah tenguk…tiba tiba ada orang bawa steering saja atau roda saja, kita kata kita sudah dapat kereta ?” Jelas Ayah Wang lagi…
Cari lah Guru…dimana kita boleh musyakarah dengan seorang sorang . guru yang mursyik, yang tahu banyak aspek dan di mana kita kagum dengan dengan cara dia membawa dirinya…
Cari guru berani memberi tahu bahawa hidup yang sempurna ialah Kaya dalam miskin..yang boleh bercakap macam Arwah ustaz Yong bagi nasihat pada Ayoh Wang “ Mu Wang jangan sekali jadi kaya..mu terus hidup macam ni”..?
Atuk Man saja je bawa cerita tok guru yang buat fatwa kencing menghadap kiblat boleh jatuh talak…supaya berhati hati memilih guru.kena banyak guru…
Pasal guru hakikat, sdr Aspan yang bawa Atuk Man mengadap gurunya kat Kuala Pilah dulu, dia ada buat blog politik klik sini
Bab ilmu, fikah, syariat hukum hakam dalam umur kita dah tua ini sepatutnya dah mahir, dah tahu asasnya ..yang nak di dalami ialah dalam bab nak jumpa Tuhan..nak dapat manisnya ibadah..bah ilmu hakikat…Ini patut di lebihkan….lagi muda kita sedar lagi bagus…orang lelaki sebaiknya sebelum mencapai umur 40 tahun kita sudah mantap pegangan kita…
Lepasnya kira serah hidup kita pada Allah bulat bulat, yakin Allah memelihara kita…
seperti doa Nabi:
Aaslih li sya’ni kulaahu walatakilni ila naf’sin tharfata ‘ainn,
“Ya, Allah perbaikilah urusan ku semuanya, dan jangan kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun”…hafalkan lah doa ini…supaya Allah senang menerima penyerahan kita…begitulah pesan Guru Atuk Man
Penyerahan diri sebegitu rupa ..penyerahan total…itulah yang paling baik dan Atuk Man memang merasai perbezaannya yang amat ketara…baru lah terasa kita kaya dalam miskin…kaya kerana kita mempunyai Allah yang Maha Kaya Dia bersama kita.….insyaallah
Seperti biasa Atuk Man jam 7.30 Atuk Man bergegas pergi ke ofis…sampai ofis seperti biasa KC akan bising, pasal banyak hal…orang yang tak bersalah juga kena juga…
Ada yang berani tanya Atuk Man pasal KC tu hari hari nak marah…
“Dengan cara itu dia tak dapat tekanan darah tinggi , dia dah transfer kat kamu.” Jawab Atuk Man selamba.
Sekejap itu Wan je telifon “Ling, Nak bagi tahu je, yang meninggal tu bapa saudara Jamilah…”
“ Inna lillah…” jawab Atuk Man…Jamilah adalah kawan baik Angah masa A level kat Oxford dulu, dia ambil mechanical engineering dan sekarang baru habis buat master kat UM, jadi lecturer…masa pergi dulu Ayah dia dah meninggal….sebaik dia balik mula bertugas abang dia meninggal., sekarang bapa saudara dia pula…mana maut makin dekat nak sampai pada Atuk Man sebab makin dekat…
Kc , ajak Atuk Man keputrajaya ke syarikat Kidmat Cermelang Bhd untuk jadi saksi tanda tangan surat terima tawaran projek yang Atuk Man Jaga…dan kebetulan KC nak jumpa Mr Woo, Pengarah Urusan syarikat itu, nak minta tolong lobby projek kat Bangsar, di mana syarikat Kidmat Cermelang Bhd jadi kontraktor induk.…
Lepas sign, jam dah 12.30…KC ajak dia orang makan.Pergi kat Alamanda kedai masakkan Thai. Mr Woo, Atuk Man pun kenal masa buat kerja dia di jalan Campbell tahun 1996. Atuk Man yang jaga projek itu. Kejadian buruk berlaku tiga perkerja mati terjatuk kerana flatform tempat menurunkan barang berat patah, pihak kontraktor lain menggunakannya…perkerja itu ada di situ…
Turut serta ialah Mr Lam , Penolong Pengarah Urusan….
Lepas makan, mereka balik keofis….KC tak ada masalah untuk dapat kerja besar,,,dia dah pegang 4 syarikat kontraktor induh, Mr Woo tadi. Syarikat Bersama Setuju Bhd ( MD nya class mate masa kat UK), Syarikat NPN Bhd, Syarikat Mufakat Bhd, semuanya public Company danbiasa buat kerja mereka...Syarikat Mufakat Bhd, KC ikut mereka buat kerja di Sudan, dan Syria…
Sejam kemudian KC datang kebilik AtukMan serah satu fail tender “this job , you please look after, not much, Rm 200, 000 worth of contract”
Semalam sibuk sikit, pasal ada meeting kat putrajaya juga berkaitan projek bangunan yang menjimat tenaga tersebut…Hida, jurutera letrik juga ada mewakili syarikat dia bersama dua orang senior dia…Atuk Man datang seorang, Projek managernya ada urusan kat projek satu lagi yang tak jauh dari situ....Atuk Man terpaksa mengatakan sesuatu bila pihak main contractor mengenakan denda pada dua perkara , satu tak hadhir menyuarat dan satu lagi datang lambat..bantahan Atuk Man tak dapat sokongan contractor yang lain…
Sebenarnya mesyuarat tak penting, yang penting ialah instruction yang betul, dan design yang betul…sudah jadi tabiat consultant yang berkaitan termasuk akitek design mereka tiada details, semua di serahkan kepada contractor balik…konsep ini sudah tak betul…mereka di bayar oleh client untuk buat design dan design mesti sempurna sebelum di suruh contractor laksanakan…
Atuk Man baru saja berjumpa seorang consultant yang telah di lantik oleh pihak sebuah syarikat dari US…mereka mempunyai cara perlaksaan projek yang berbeza…konsepnya berbeza…mereka tak percaya dengan perterlingkah di kalangan anggota yang terlibat dalam projek termasuk kontraktor, boleh membantu projek…satu kesilapan berlaku juga diterima sebagai satu proses pembangunan , tak guna nak salah sesiapa, yang mustahak honesty, kalau salah akui salah dan perbaiki dan tak di denda…
Atuk Man berharap akan dapatkan projek itu…Sudah di beritahu KC, sebab dia yang suruh Atuk Man buat briefing kat consultan itu…kuasa di tangan consultan, pihak client sudah memberi mendate kepada consultant untuk pilih contractor yang layak dan negotiate…
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam
wah ! hidup yang penuh rintangan....syukur sedikit sebanyak saya dapat menimba ilmu dan pengajaran darinya.
nak tanya sikit, adakah shahbandarmalakat dan atuk man adalah orang yang sama......
ini kalau bersemuka dengan atuk man sampai esok pagi cerita tak abis...
wasalam,
carcoon
shahbandarmalakat hanya pengarang Melaka lama...bawa kisah seorang kawan yang dia kenali luar dalam...terima kasih kerana sudi singgah...
Post a Comment