Monday, June 16, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (bahagian 28)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..


Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Aaslih li sya’ni kulaahu walatakilni ila naf’sin tharfata ‘ainn,

Ya, Allah perbaikilah urusan ku semuanya, dan jangan kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun”

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian28)

Pagi sabtu, Atuk Man pergi ke rumah Alia nak ambil Maksu, pasal maknya Wan Je suruh dia tolong mana yang patut kat rumah jiran no satu , orang Pahang juga, kawin anaknya pagi ini.

Rumah jiran satu dan rumah Atuk Man , hanya di pisahkan dengan jalan bersaiz 12 kaki lebar. Corridor rumah Atuk Man hanya dalam 2 kaki jarah dari jalan…disitulah Wan Je tanam bunga bunganya…Bahagian hadapan rumah Atuk Man mengadap timur ,iaitu arah mata hari naik, menghala kerumah jiran satu yang di pisahkan dengan jalan 12 kaki lebar tadi.….

Bermakna cuma ada dalam15 kaki jarah di antara koridor rumah Atuk Man dengan dinding hall rumah jiran satu di mana rumah jiran satu itu pula menghadap ke belah selatan …sebelah selatan tanah lapang berpaya sikit, milik orang yang belum di majukan… .Atuk Man ada membiarkan ruang lebih kurang 20 kaki di antara sempadan tanah di sebelah selatannya baki tujuan tempat letak kereta….
Tanah lapang 1/8 ekar yang telah berpindah milik kepada Wan Je, adalah di sebelah utara… iaitu di kiri rumah Atuk Man, di mana Bilik bilik Along, Abi, dan Maksu di tempatkan. Di sebelah utara rumah jiran satu , adalah rumah jiran kedua Atuk Man, jarah diantara rumah dia dengan rumah jiran pertama adalah lebih kurang 6 kaki je.


Kesemua leluasan tanah ialah ½ ekar di bagi empat bererti 1/8 ekar satu lot…tiga biji rumah di dirikan dalam kawasan ini…satu lot lagi milik Wan Je, dibiarkan lapang dan di sini lah di dirikan khemah untuk majlis perkahwinan yang di ada kan hari sabtu tu.

Itulah dia betapa rapatnya jiran jiran Atuk Man.

Keluar sahaja dari rumah Atuk Man di tegur oleh Jiran satu…
“ Bang majlis angkat nikah bermula jam 10 pagi ni…”
“ Saya keluar ambil Maksu, sempat saya balik nanti” kata Atuk Man.

Atuk Man pergi kat keretanya dan lepas panas kan ijin sekejap dia meluncur ke Guthrie highway menghala ke Bukit Jelutung ke rumah Alia kawan Maksu…

Di Guthrie highway jalan lengang…”kalau pakai Farrari kan elok..” fikir Atuk Man. Sekali kali terfikir Atuk Man nak kan Farrari…kereta Italy...orang Italy memang lawa lawa dan dia orang suka berfesyen...trend setter…design bentuk body kereta semua ikut Italy…merc pun ikut sama....tenguk lah buntut kereta sekarang semua berasas kan kereta kereta seperti ford Gia yang di reka oleh orang Italy dalam tahun 1979…

Atuk Man dalam hidupnya ada dua kali pergi Italy….orang Italy ini ( orang dia sendiri beritahu) kalau di ikat kedua belah tangan nya mereka tak boleh bercakap…begitu juga dia dalam gelap…tak boleh cakap sebab tak nampak tangan bergerak…dia banyak guna tangan dari mulut…

Atuk Man tahu sepatah dua kata Italy; Maksu pula sejak balik dari Italy sama kakaknya Abi, pada tahun 2006 belajar bahasa Italy…Bahasa Italy rootnya Latin…tetapi sebab orang putih pun banyak pakai Latin punya root, begitu juga bahasa Melayu…jadi orang ingat orang Italy pinjam perkataan orang lain...jadilah bahasa rojak…contohnya Farrari.

Maknanya “Far” dalam bahasa inggeris Jauh ..”rari” pula mesti dalam bahasa Melayu lah ..dia orang Italy susah nak cakap “L” maka jadilah “R” ..makna “Rari” mestilah “ lari” jadi Farrari mesti Maksud asalnya “Jauh lari ! “ atau ” Lari Jauh” bukan lari laju …sebab itu Ferrari menang formula One.. pasal dia boleh Lari jauh… kiralah formula one ada berapa laps ?

Tapi Atuk Man teringat kata kata guru nya sekarang Ayoh Wang, naik mini pun boleh rasa macam naik merc….” Ya , sekarang Atuk Man pun rasa naik Farrari lah..tapi mesti lah tahu keedahnya seperti apa yang dicakap oleh Ayoh Wang…..kan Imam Ghazali kata ilmu itu penting…” kata Atuk Man dalam hatinya…

Tak sampai berapa minit Atuk Man terpaksa “slow down” pasal kena bayar tol dulu sebanyak rm 1.40…dan di hadapan ada lagi satu tol…rm 1.40 juga…” oh” fikir Atuk Man, “ Kalau macam ini Farrari tak sesuai… lap di antara satu tol ke tol yang lain terrlalu pendik...nanti belum sempat masuk gear tiga dah sampai tol satu lagi kena slow down balik… dan jarah tol kedua ke bukit Jelutung pun dekat sangat…jadi kereta yang sesuai pakai kat sini mestilah proton juga…pandai kerajaan buat lebuh raya, mesti sesuaikan kereta national…

Cakap pasal highway …di euro/German highway di panggil “autobun”…di UK di panggil “motor way”...di USA ..”freeway”…dan di Malaysia ? ….”tol way”..fikir Atuk Man…” Tol Way” .

Masa Samy dulu dia naik kereta guna lebuh raya NKVE nak ke utara dia selalunya nyanyi “ my way”…senang hati dia balik Ipoh…

Cakap pasal Samy Atuk Man teringat dalam Tahun 1983 dulu Atuk Man selalu pergi ke ofis Sam, …Samy…pergi komplen pasal dasar bumiputra dalam tender kerajaan…

“ Datuk ..saya ingat mula mula tadi mahu pergi jumpa BPR” Atuk Man mula kan greetingnya.. ..takkan nak bagi salam pula…tak cocoklah

“ apa pasal” Tanya Sam macam terkejut beruk bila dengar pasal BPR

“ Pasal Datuk, sudah banyak kali saya masuk tender Air con JKR punya projek....kami bumiputra lessen klass Bx …bila masuk tender JKR tak pernah dapat…..bila harga tender tinggi tak dapat tender, tak di beri kerja. Mereka engineer JKR kata harga kami tinggi…dan mereka bagi yang terendah kepada bukan bumiputra…ok fair lah Datuk; atas dasar keadilan, saya terima hujah mereka…tapi sekarang tender saya terendah… Datuk, tapi kenapa saya tak dapat juga ini tender?...dia beri tahu ada kesilapan technical, coils punya fins pada alat hawa dingin kami ada kurang sikit,...mana boleh ada salah. ..equipment sama saja model yang ditawarkan pun sama …kapsiti sama.

Datuk, saya tawar benda yang sama dari kilang yang sama.

“Di mana adilnya Datuk….kami is the only syarikat 100% bumi yang ada di Malaysia dalam bidang Air con Datuk?.” memang Atuk Man hot sekali…

“ Onn…mari masuk..” dia intercom Setiausaha Bahagian ( Sub) , Unit Bumiputra yang juga menjaga perlesenan kontraktor kontraktor dan klassnya di bawah JKR…(belum ada PKK lagi masa itu)…

Sekejap lah masuk SUB, Atuk Man kenal dia…selalu Atuk Man pergi jumpa kat ofis dia…

“ Ini En Mansyur dari syarikat Kasi Sejuk Sdn Bhd, tenguk itu tender rujukan ini…pergi check dan bagi tahu saya sekarang…” Arah Datuk Sam pada SUB tu…Atuk Man pun cepat hulur tangan salam ….Dia yang suruh Atuk Man jumpa Datuk Sam….

Sub tu keluar dan kejap lagi dia masuk bawa fail tender…

“ Datuk , LA dah keluar ..tak boleh buat apa apa…’ katanya Sub tadi…
“ En Mansyur..saya tak boleh buat apa apa LA sudah keluar…” sampuk Datuk Sam
“ LA belum keluar kalu, saya boleh intervene…” katanya…tak boleh buat apa juga…
Atuk Man memang pioneer dalam bidang itu…
Ikut Setiausaha sulit Datuk Sam ..Datuk Sam pernah cakap sama dia, pasal Atuk Man selalu ganggu dia …dia berjanji satu hari nanti mesti tolong sama Atuk Man.. .”cakap manis je..” fikir Atuk Man.

Masa Atuk Man kerja dengan SC dulu kat kilang hawa dingin di mana ‘chiller” peralatan terpenting dalam system bangunan tinggi, di buat sepenuhnya di Malaysia dan sedangkan pihak lawan masih mengimport dan Atuk Man telah berjaya mendapatkan surat pengesahan dari kerajaan ketulinan perkara itu dan kerajaan mengarah semua jabatan mengguna barang butan tempatan…namum masih banyak pegawai /jurutera yang tak indahkannya..

Maka pergi lah sekali lagi berjumpa Datuk Sam selepas 15 tahun tak jumpa…dia tak kenal dah…lagi pun Atuk Man tak cakap banyak..biarkan bosnya SC yang cakap, appointment nak jumpa Datuk Sam, di buat oleh Atuk Man melalui Tok Him…itu yang KC suka kalau Atuk Man nak jumpa Menteri suruh pejabat Tok Him buat appointment , cepat sikit lah…apa nak buat system di Malaysia macam itu…

Bak kata bekas bos Atuk Man Mr Mc clould, orang putih, cakap “ kat Malayia ini pegawai kerajaan yang terbabit dengan satu satu bidang kuasa…sikap mereka seolah olah mencari di mana kesalahan permohon supaya permohonannya di tolak..bukan nak tolong kasi proses macam mana benda yang boleh di terima dan boleh berjalan seterusnya…” seolah olah Jabatan jabatan kerajaan ialah jabatan mencari salah dan mencari jalan macam mana nak tolak setiap permohonan” …

Angah sendiri terkena, dia nak submit claim allowance buku ke, apa ke, tapi pasal claim bersangkutan dengan buat Master dia…masa submit tu tak ada sebarang komen dari pegawai berkenakan, tak kata apa…lepas dua bulan tak juga ada respond…Angah tanya balik..”oh puan kena hantar satu salinan thesis dalam bentuk CD…arahan baru..” pada hal waktu submit dulu arahan belum ada…arahan baru selepas sebulan submit baru keluar arahan…lepas tu mereka diam tak hendak call beri tahu…bila tanya baru beri tahu…apakata kalau tak tanya…

“Itu semua pasal tak faham tanggungjawab masing masing”…Fikir Atuk Man

Berbalik pada cerita Sam….Maka sekali lagi Atuk Man di beri oleh tahu Datuk Sam…” saya punya kelulusan dalam bidang Akitek..bangunan punya pasal saya tahu..ini bahagian mekanikal saya kurang kurang tahu…” itu jawapan nya..maka kecewa lah bos Atuk Man…Atuk Man di beri tahu, Datuk Sam itu bukan akitek tapi pelukis pelan akitek..dulu dulu…”Awak Menteri…apa kerja menteri bukan kah untuk mastikan arahan kerajaan di patuhi oleh semua kaki tangan?…tanya Atuk man dalam hatinya?

Ini semua takut kerana bersalah…ada kepentingan…Benda yang benar, ada dasarnya yang jelas kenapa takut nak arahkan pegawai berkenaan? Pasal pegawai tahu kita juga jalan beluk, buat kita jadi takut?

Kalau Atuk Man di tempat itu Atuk Man tak perlu rasa takut, kerana Atuk Man kalau nak tolong sesorang bukan kerana ada kepentingan..”kita tolong kerana criteria yang telah kita buat..kalau seorang itu betul dan layak dia lah yang patut di di utamakan…Kita ketuk meja mempetahankan pendapat kita sebab kita benar, sebab kita tak ada kepentingan ..apa mesti takut…” ini pendirian Atuk Man

Sekejap tu sampailah Atuk Man ke rumah Alia kawan Maksu…kawan Maksu ini lepas spm pergi German setahun ikuti program student exchange…dia boleh cakap German…

Lapas ambil Maksu terus balik rumah…sampai terus bersiap untuk turun ke tanah tunggu kedatangan bakal pengantin hari itu, untuk di ijab kabulkan…
Tak lama kemudia datang orang masjid dan Imam…dan tak lama lepas itu penganting laki laki tiba…mereka terus ke ruang dewan rumah jiran satu, duduk bersila ikut adap Melayu…tak lama kemudia majlis bermula dan imam baca khubah nikah…


Di antara yang di sebut dalam khutubah nikah itu ialah ayat 3 surah An –nisa :
“Dan jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil tentang (perkawinan kamu dengan) anak yatim , maka kawinilah beberapa perempuan yang kamu sukai: dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut bahwa kamu tidak akan bisa tak berlaku adil (pula), maka (kahwin lah ) seorang saja, atau hamba yang di miliki oleh tangan kanan kamu,Yang demikian itu, lebih hampir buat kamu terhindar dari berlaku aniaya.”


Dalam hal ini Atuk Man fikir, “kalau dia dulu kahwin dengan anak yatim dia kena hati hati jangan termakan harta anak yatim, bahaya besar…neraka terus…jadi dia cari Wan Je yang masih ada ibu bapa…tapi kenapa Tuhan suruh kawin dua, lepas tu tiga, lepas tu empat…?...

Ialah ini kalau Tuhan kata kalau kita mampu dan boleh berlaku adil...kalau Atuk Man anak orang kaya …dan mampu untuk berlaku adil dari segi tindakannya boleh kawin empat terus…masalahnya bila muda dulu dan dilahirkan pula di kalangan keluarga miskin maka fikir nak kawin seorang dulu, lepas itu dah agak mampu sikit kawin satu lagi, lepas tu satu lagi sampai cukup qota?”
Tapi kenapa itu “sisters in Islam” ini marah? Pasal ayat ini. Oh pasal dia cuma sister in Islam , bukan orang mukmin atau bukan muslimat agaknya lah...

Yang Atuk Man tahu lah perkataan ‘sister’ ini dalam ugama kristian ada lah… dan sister sister ini tak boleh kawin? Jadi ‘sister in islam’ adakah golongan wanita yang tak mahu kawin?

“Itu lah Atuk Man nak nasihat wanita yang muda muda berpelajaran tinggi, jangan ambil mudah, jangan terikut ikut rentak orang yang ada niat tersembunyi anti Islam tapi bergerak dalam golongan Islam…sekali sekala baca ayat ayat Quran..singkap makna nya” fikir Atuk Man

Kenapa Tuhan suruh kawin lebih dari satu? Arahan Tuhan mesti ada khemahnya atau rahmatnya…lain tak bukan ialah Tuhan dah fixedkan ratio lelaki dan perempuan; perempuan di lebihkan bilangannya….Itu lah Atuk Man nak beri tahu dulu lagi… semuanya Tuhan dah tentukan…untuk membolehkan itu berlaku mengikut kehendaknya, ratio perempuan di lebihkan…sebab itu kena akui sesiapa Tuhan kata kena bermadu bermadulah…



Madu itu benda yang manis kan? Mungkin bahasa arabnya bukan ‘madu’ ..tapi Tuhan mencipta wanita memang special...Adam dari tanah ..tapi Hawa dia jadikan dari benda yang dah sempurna…seakan akan satu penjelmaan...tulang rusuk adam tu hanya syarat je, sebenarnya memang satu penjelmaan yang menakjubkan…sebab kejadian wanita berbeza dengan lelaki…Indah sekali dan cantik sekali…



“Dah lah di jadikan istemewa, lepas tu kaum ini lah yang senang masuk syurga…ikut saja atau patuh saja pada suami masuk syurga…jangan bantah bantah…” tegas Atuk Man dalam satu sessi kepartian di mana kaum wanita ramai yang hadhir.



Sebab itu kaum wanita India ,( Hindu), percaya suami dia sebagai tuhan…dia orang ceduk dari Islam yang di bawa oleh nabi Ibrahim...itu lah sebab kasta tertinggi di India di panggil Brahmin…( dari perkataan ibrahim)…sifat suami itu macam Tuhan ., .tapi telah di salah ertikan Tuhan pula oleh mereka…



Pada umumnya kepatuhan manusia itu pada ibu bapa amat di utamakan, dan lepas itu bila wanita sudah berkawin, kepatuhan isteri kepada suami mengatasi ibu bapa…



Kalau pun ibu bapa sakit, dan isteri hendak melawati maknya tetapi tidak di izin oleh suami untuk ziarah maka isteri tak boleh ziarah…namun ketidakdapatan isteri nak jumpa maknya kerana larangan suami…. di kira sudah dapat berjumpa dengan ibunya oleh Tuhan…itu lah kelebihannya..jadi wanita memang banyak kemudahan yang disediakan oleh Tuhan dan mudah masuk syurga…



Siapa yang di takdirkan bermadu redhalah dan itu lebih baik..tidak ada kuasa kita nak lawan takdir, jadi eloklah que sera sera…mari kita serah serah …mudah saja ..terima lah kenapa mesti lawan…yang suruh lawan itu nafsu yang sedia di tunggangi iblis…maka jadi jadi lah dia hancur dunia, wanita rebut lelaki…



Sebut pasal Nabi Adam teringat Atuk Man, bila Adam dan Hawa di “campakkan kedunia”…mestilah cara yang baik , bukan macam angkasawan turun dari angksa dengan capsule jatuh dalam laut…mungkin jatuhnya cukup selesa sekali…



Terfikir Atuk Man mesti Adam rasa betul kesunyian bila dapati Hawa tidak turun di tempat yang sama…Tiada manusia lain, mungkin di temani monyet monyet tapi tak mungkin sebab ikut riwayat Adam jatuh kat Makkak di mana Dia buat tawaf tuabat… Masa itu keadaan negari Arab sudah tiada pokok dan kering kuntang ? tak di beri tahu keadaannya.?...



Rasanya satu cubaan yang maha hebat untuk kedua Adam dan Hawa… hawa apa lagi sorang wanita yang lemah, dia yang berjalan jauh , kata riwayat Hawa turun kat Sri Langka, masa itu belum jadi pulau…Hawa berjalan jauh menuju ke Makkah….



Apa perasaan Hawa…takut? Sejuk sebab tak ada pakaian lagi ? Kalau Wan Je ah tentu dia rasa amat takut sekali…sedangkan dalam rumah nak ketandas dalam bilik sendiri kejutkan Atuk Man, dia takut…sebab itu Atuk Man dapat sakit darah tinggi pasal tak cukup tidur, hari hari kena kejut oleh Wan Je …



Apa perasaan Adam? Takut? Kalau dalam keadaan macam tu Atuk Man mesti risau pasal Wan Je…dah lah Atuk Man faham sangat Wan Je sangat penakut…sebab itu anaknya takut pada cicak, tikus…Angah seorang Doktor, darah dia tak takut operation orang hari hari, tenguk dalam bilik bedah…tapi cuba ada cicak semua orang lari lintang pukang pasal mereka pun sama naik takut bila tenguk Angah takut nampak cicak melintas !

Terfikir oleh Atuk Man, macam mana dengan makanan Adam dan Hawa? Hawa di jatuhi di tempat banyak hutan bolehlah kita kata dia ikut makan apa monyet makan bila dia ternampak monyet….Adam bagai mana? Tak ada pokok pokok kat situ, padang pasir je …?

Imam Ghazali kata Tuhan memang menyediakan reseki untuk manusia, malah Tuhan janji, sudah janji Tuhan bersumpah pula akan jamin rezeki untuk manusia…Tugas manusia hanya menuntut ilmu dan beribadah itu je…
Maka Atuk Man percaya Adam dan Hawa Tuhan sediakan rezekinya…sedangkan anak cucunya zaman Musa, iaitu Kaum Israil yang menderhaka kepada tuhan pun Tuhan turunkan rezeki dari langit…


Besuk nya pagi Ahad , jam 9.30 pagi berangkat ke Raub balik Kampung Wan Je di Jelu…patut bertolak lepas Subuh , tapi Wan Je hanyut, pergi juga kat gerai kongsi dia menolong bungkus nasi lemak…dia tenguk ramai pelanggan, dia naik syok dan terus hanyut lupa janji nak balik Jelu…

Balik empat orang… Atuk Man , Wan Je, Zulaika dan Nana…Ratni miad Wan Jed an Zora maid Angah tinggal jaga Amin,dan Azan anak abang dengan isterinya barunya…Itu pun semalam isterinya dah lari , bergaduh punya hal ..sempat juga bergaduh masa orang sibuk sibuk di luar rumah majlis kahwin anak jiran satu…nasib baik rumah Atuk Man yang di reka bentuk untuk hawa dingin, tidak ada lubang angin, jerit kuat pun tak kedengaran…

Atuk Man kebetulan masuk kedalam rumah terdengar mereka bergaduh…Atuk Man cepat pergi bisik ke Wan Je…Wan Je pergi masuk dalam rumah. di ketuk pintu anak bujangnya..dia panggil anak jantannya…anak bujang nya keluar.. Dia macam orang gila lakunya… Atuk Man masuk bilik along kunci pintu…dia telifon Ayoh Wang tolong buat sesuati ,berdoa kepada Tuhan jangan melarat pergaduan ini dan memalukan kan Atuk Man..’

Atuk Man keluar bilik ..terus Atuk Man bersuara kuat…”kalau tak boleh lagi berbaik , ceraikan” agak kuat cakap Atuk Man…isterinya dalam bilik pun mungkin terdengar…Wan Je sibuk suruh “sabar sabar sabar..kenapa masa macam ini nak bergaduh tak tahu malu ke kat orang …”

Atuk Man bercakap begitu semata mata berladaskan contoh Nabi Ibrahim beritahu anaknya Nabi ibrahim As . Satu hari Nabi Ibrahim mengujungi rumah anaknya, kebetulan Nabi Ismail tak ada di rumah, hanya Isterinya aja yang ada…isteri Nabi Ismail terus komplen banyak perkara pada Nabi Ibrahim…Bila nabi Ismail balik rumah, lalu Nabi Ibrahim kata pada Nabi Ismail “ Anakanda tukar saja selak pintu r rumah anakanda” Nabi Ismail faham akan Maksud bapanya .lalu menceraikan Isterinya.

Atuk Man pun berbuat begitu bila dapati isteri anaknya tidak menghormati kedua dua ibu bapa mertuanya….Atuk Man sudah menjalani kewajiban nya…yang terbaik…

Atuk Man dan Wan Je, sudah menerimanya sebaik saja balik dari Makkah dia ada di dalam rumah dengan anaknya yang lahir masa Atuk Man di Makkah…terima dengan tangan terbuka, walaupun jiran jiran takut sesuatu akan berlaku sebab Atuk Man tak merestui perkawinan mereka…

Kedua Atuk Man Wan Je, tidak ada perasaan lain bila menerima dia sebagai menantu yang sah, dibandingkan kedua ibu bapanya yang hingga kini tak mahu menerima Jantan Wan Je sebagai menantu mereka!

Tapi apa yang berlaku selanjutnya buka salah Wan Je dan Atuk Man, mereka mempertahankan cucunya supaya mereka tak jadi mangsa mak tiri yang kejam, pasal kes cucu cucu Wan Je berlainan . Ini amanah Ibu budak budak itu dan mahkamah…

Dalam perjalan ke rumah Alia tempat Maksu nak pergi, Maksu cakap “ Ah muka tak malu tu akan balik kerumah tu…tenguk lah masa mak dan ayah ke Dublin hari Mak ayah pergi, petangnya dia dah balik…”

Allah juga menentukan nya…kalau dia bercerai sekarang, bakal cucu you seorang lagi senasib dengan Zulaika, jadi penentu talak mak bapaknya” kata Atuk Man

“ Itu lah dulu dah cakap dengan dia jangan kacau suami dan rumah tangga orang…merampas hak orang buat apa, buruk padahnya. Tenguk Zulaika lahir dapat keadaan mak bapak bercerai..dia jadi penjatuh talaknya…tenguk kelakuan dia ..sekarang ini baru dia tenang, itu pun tidur malam masih tak nyenyak…” Kata Wan Je…

Maksu turun kat rumah Alia kat bukit Jelutung…

Atuk Man terus memandu kereta ke arah Jalan Duta, dia melencung arah ke jalan perliment tujuan melalui sentul lalu jejambat baru dari jalan kucing….mula nak ikut jalan lalu ke komplex kerajaan yang lama masuk jalan kucing dan ke Batu cave…tak jadi…

Sampai sentul pasar , jalan jem, hari ahad tak boleh lalu kat sini rupanya , pasal ada church kat situ…

“ Itulah tadi dah ingat nak ikut jalan kucing…dah dapat signal tapi tak nak ikut…jem lah” Cakap Atuk Man….

Sampai kat karak lepas bayar Tol singgah kat BHP station…itu tempat singgah biasa Atuk Man dan Wan Je dan cucu…di situ Nana dan Zulaika akan makan mee curry ..boleh tahan rasanya..budak budak tu dah kenal dah…dulu tiap tiap minggu singgah…Wan Je tak suka singgah kat Petronas sebelum tol Bentung, kerana tukang masaknya indo…Atuk Man lagi tak suka , pasal ada campur daun cokor..bau daun itu tak serasi dengan Atuk Man…

Kalau nak tenguk Atuk Man pada hari sabtu pagi , atau petang jumaat, nampak orang tua berambut putih , kadang bertopi Sherlock Homes, dan seorang perempuan tua tapi jelta , pakai baju kurung atau berjubah hitam, dan dua atau tiga cucu cucu putih putih…mereka lah tu …tengurlah Atuk Man…kadang kadang ada orang tengur Atuk Man , “Tuan seorang professor Ke?” …

Sampai jelu jam 12.30, sebab Wan Je tak bawa kunci, pergi terus ke jalan belakang kerumah Nani yang di amanah tolong tenguk rumah itu…mereka kat situ ada tiga biji rumah, semua adik beradik, Nani yang tua berkawin dengan orang situ (anak orang kelantan juga), Hassan ialah adik Nani, dan isteri Hassan juga sesama kelantan…Kakak Hassan kawin dengan Li, anak orang kaya kat situ….tanah tempat mereka tinggal adalah milik Mak Li….

Li tak ada masa itu. Semua keluar bila nampak Atuk Man dan Wan Je, cucu cucu sibuk nak turun kereta nak bermain dengan anak anak mereka…Hassan dulu keluar dan Nani serta isteri masing ,masing , Kakak Hassan juga keluar, kakaknya putih lawa, kali pertama jumpa dulu , Atuk Man terkejut ingat kan mama budak budak ini..rupa seakan akan …nyonya tu tak macam nyonya, masa dia bersama anak jantan itu dulu orang bertanya Wan Je menantu Wan Je yang lelaki ke…pasal dia macam ‘c’

Mereka bertanya khabar, maklumlah empat bulan tak balik…dan mereka nak tahu keadaan Atuk Man..lepas ambil kunci Atuk Man pelawa mereka datang ke rumah…

Sampai rumah, buka pintu nampak semut merata tempat ..semut hitam asalnya dari Sabah, import dari sana oleh pihak berkaitan pasal nak jaga kulat kokok… sekarang sudah jadi masalah pada kampung ini.

Spray yang ada kat rumah itu dah habis..Atuk Man keluar ke kedai Haji Tahir kat Bukit Pampung, beli spray nyamuk…balik kerumah, terus spray…letih juga Wan Je dan Atuk Man, membersih kan dalam rumah…cucu pun sama tolong..

Nak juga bersihkan rumah kerana Atuk Man masa kawin anak jiran berjumpa ex- staffnya , Ihar dan isterinya, juga ex staff, isterinya adalah kakak kepada menantu jiran satu, namanya Aziz, seorang akitek…dapat tahu Ihar kerja di Raub kat sekolah Teknik, tak jauh dari rumah Wan Je ini, dia tak dapat cari rumah sewa kena duduk hotel…Atuk Man terus suruh dia duduk kat rumah ini..tak payah sewa, duduk saja…memang rumah kosong dan balik jarang jarang…Besuk Isninnya dia akan datang...Atuk Man pun dah pesan pada Nani tadinya.

Jam 4 petang Nani datang ke rumah..Wan Je tak ada bawa apa apa makanan tadinya..dekat BHP tadi Atuk Man hanya beli COKE LIGHT minuman nya pasal kencing ,manis…itulah yang dapat dikeluarkan..biasanya tidur semalam sekurang kurangnya jadi ada bawa makanan dan kadang ada bawa mee ..benda mee ke bee hon ke cepat aja Wan Je siapkan…

Tak berapa minit lepas itu isteri Nani, Hassan, Li datang berbual bual…bila mereka nak balik timbul pula Cik Molek adik bungsu Wan Je dengan anaknya Kak De, Rupanya nya baru sampai dari Kuantan dan nak balik ke Lepis…Tadi dia singgah sekejap sekolah teknik jumpa anaknya yang bungsu masih form Lima…makan makan dengan anaknya ,makanan yang di masaknya di Kuantan..

Molek hanya nak singgah nak tenguk pokok durian kerana anak muridnya iaitu anak saudara Nani ada beritahu dia banyak bunga durian tahun ini…kebun ini penuh dengan durian,..tetapi Nani beritahu bunga luruh sebab hujan…petang itu pun hujan…bila Molek sampai dalam keadaan hujan baru turun….

Pembinaan rumah ini memang tak pernah di mimpikan, cuma bila ada duit sikit Atuk Man terfikir kena buat sekurangnya sebuah pondok untuk berteduh bila dia dan isterinya Wan Je balik lihat kebun pusaka dari ibunya yang telah di bahagi tiga dengan dua orang adik nya. Rumah ini sebagai tanda kasih sayang
Atuk Man kepada Wan Je.

Pelan rumah tu hanya di lukis atas tanah semasa contractor tu datang untuk membincangkan nya tetapi kemudiannya masa pembinaan maka banyak lah perubahan berlaku, termasuk patio yang dicadangkan oleh Abi. Kosnya pun naik lah.

Tak tahu macam mana , agaknya mungkin ada hubung yang rapat dengan Arwah gurunya di Kuala Trengganu, di hujung bumbung rumah itu di letakkan buah ‘gutung’ di datangi khas dari Trengganu, semuanya ada lima biji gutung,dua di atas ibu bumbung dan 3 lagi diatas anak anak bumbung termasuk satu di atas partio tadi.Ini pun tak di rancang.Bila lihat dari jauh nampak macam sabuah surau.

Gutung itu dipesan dan di hantar dengan bas dari Kuala Trengganu. Masa mengambilnya kat station bas di station Putra, driver bas bertanya Atuk Man “apa bendanya ini, macam batu nisan aja?”

Ada satu pasang lagi yang besar sikit, cadang nak pasang kat bumbung besar rumah Atuk Man di KL, tapi nak pasang tu masalah, dia kena pasang sebelum naik atap..design berbeza..sebenarnya gutung ini ialah satu sendi , ‘join” pada kayu di luar bumbung…

Tak tahu lah kot anak anak nak jadikan gutung itu batu nisan pada kubur Atuk Man nanti…kayu cengal tahan lama…

Ini lah rumah ini untuk Wan Je hadiah dari Atuk Man. Kalau Shah Jehan buat Taj Mahal untuk isterinya Muntaz selepas muntaz pergi… “Taj Mahal” Atuk Man buat untuk Wan Je , masa dia masih hidup… jadi cinta siapa kah yang paling hebat ? Shah Jehan atau Atuk Man? sebagai bukti Atuk Man memang setia pada Wan Je Atuk Man sanggup belah dada untuk Wan Je…Shah Jehan ada buat untuk Muntaz ? jadi cinta siapa yang lebih hebat?


WASALLAM







2 comments:

love is forever said...

cinta shah jehan.....
shah jehan lepas mumtaz pergi didirikan taj mahal dan kemudian memotong tangan2 manusia yang membina taj mahal....agar tiada sesiapa dapat membina taj mahal lain...
atuk lak..cinta rokok..itu pasal kena belah dada..hehehe...ok
jangan marah ;P

shahbandarmalakat said...

cinta rokok pun ada sebab...macam nyamuk juga kalau hapus semua nyamuk...kilang kilang ubatnya semua tutup...habis lah satu punca rezeki...semua orang berhenti rokok, habis punca rezeki banyak orang..itu lah seninya Tuhan...menjadikan sesuatu ...subhanallah...Tak kurang juga sumbangan Atuk Man kepada penanam tembakau selama 35 tahun...hisap rokok...bayangkn lah