Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Allahum shalli ‘alaa man ru’hu mighrabul arwah walmalaikatiwalkau’un. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu anbiyaaai walmuslaliin. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu ahli jaannah ibadillahil mukminiin.( selawat siti Fatimah}
Salawatullahi wamalaaikatihi waanbiaaai warusulihi wajami’ikhalqih ‘alaa Muhammad, wa alimuhammad ‘alaihi wa’alaihimussalam warahmatullahi wabarakatu ( Selawat Saidina Ali}
Qaaf waquraanilmajid….
Nuun Waqalami wamayasturun….
Shaad Waquraanizizik ….
PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 23)
Petang Sabtu, Angah,datang, selepas balik buat lokum dekat kelinik kawan dia. Hari ini sabtu hari dia peruntukkan masanya yang amat terhad untuk berkerja kat kelinik tu. …
Dia datang dengan mood yang mana alam semesta apabila melihatnya turut bergembira….
Atuk Man tengah menulis sedikit nota,pasal kitab MINHAJUL ‘ABIDIN oleh Imam Ghazali, kononnya nak hantar email berantai kepada kawan kawannya.
Notanya demikian bunyi:
KITAB MINHAJUL ‘ABIDIN OLEH IMAM GHAZALI
Kitab itu ada lah terjemahan oleh Kiyal Haji Ustaz Abdullah Bin Nuh Indonesia.
Di sudut atas sekali di tulis “Menuju mukmin sejati”
Di tengah tengah “MINHAJUL ‘ABIDIN (dalam huruf rumi dan jawi) oleh Imam Ghazali. Di cetak oleh Klang book store. Buku ini mula di cetak kat Malaysia pada tahun 1988.
AlGhazali, putra Thus, hidup pada 800 tahun yang lampau, telah menulis 400 judul kitab
Tujuan utama kitab KITAB MINHAJUL ‘ABIDIN ini ialah untuk meningkat keupayaan orang yang beriman beribadah kepada Maha Pencipta, Allah SWT atas dasar Firman Allah:
Wamaa khalaqtul jinnah wainsaana illa liya’buduun
Aku ciptakan jin dan manusia tak lain hanya untuk beribadah kepada ku.
Untuk mencapai sebaik mungkin tujuan ibadah itu Al Ghazali menganjurkan 7 perkara berikut:
1) Tanjakan ilmu dan dan marifat
2) Tanjakan taubat
3) Tanjakan halangan
a. Dunia
b. Makluk
c. Syaitan
d. nafsu
4) Tanjakan rintangan
a. Rezeki
b. Bahaya bahaya (takut yang tak menentu)
c. Macam kesusahan & kepayahan
d. Ujian berupa Takdir Allah yang bertentangan dengan nafsu
5) Tanjakan pendorong ( harapan & takut)
6) Tanjakan pencacat(hama riya dan ujub)
7) Tanjakan puji dan syukur.(sesudah dapat merasa buah & nikmat beribadah)
Imam Ghazali meletakkan ilmu di atas, berilmu dahulu sebelum beribadah…
Dalam kitab itu di terangkan kenapa ilmu itu penting…kelebihan orang berilmu tapi tak beribadah di bandingkan orang yang beribadah tapi tak berilmu… Bab ini pernah diterangkan oleh Atuk Man sedikit masa lalu…
Dibawah ini adalah sedutan bab rezeki. , supaya ahli ibadah tidak lagi kuatir pasal rezeki yang jadi penghalang utama untuk berterusan beribadah..
Dalam kitab itu, Imam Ghazali berkata, Tuhan memberi tahu manusia tentang rezeki:
FirmanNya:
Khalaqakum summaarazaqakum
Allah jualah yang menjadikan kamu dan memberi rezeki kepada kamu
Kena yakin bahawa Allah menyertakan kepada setiap makluk yang lahir dengan rezekinya…Alangkah bahayanya kalau tidak tawakal kepada Allah, ia -ini bergantung pada yang lain. Kata Imam Ghazali….dan seterusnya….
Atuk Man rasa setakat itu sudah cukup untuk memberi tahu mereka, kalau mereka minat boleh lah cari kitab itu.
“ Dady teman Angah ke Pasar Malam…” Ajak Angah
“ Ok ..” Jawab Atuk Man….
Dia bangun berjejas pakai baju….dia cari kasut..sebab kaki kirinya, dimana urat darah sepanjang kakinya dari pangkal peha ke buku lali telah di cukil oleh pakar bedah untuk di guna menyambung atau lintas urat kat pangkal jantungnya yang tersumbat, empat sambungan semuanya; kakinya sekarang mula bengkak balik…., jadi Angah telah membelikannya stokings panjang “ anti-embolism”.
Kakinya bengkak, mungkin berjuntai terlalu lama atas kerusi. Stockings jenis ini akan mencerutkan kaki dan air akan masuk saluran darah di saluran lain yang masih ada di dalam kaki tu balik ke jantung.
“ Ok dah siap dah…” Kata Atuk Man…
Dah lama juga Atuk Man tak pergi pasar Malam..lebih lagi di malam minggu…
Tadi Maksu, tak sihat, sejak pagi tadinya, hendak makan kuey tiau goreng ala charr..tapi walaupun ada tauge bukan lah charr Kuey tiau…
Angah pandu keretanya.
Sudah dapat apa yang di cari, roti john untuk cucu cucu, kuey tiau- kena tunggu yang baru masak, kerana yang sudah di bungkus sudah di campur chilli sos…Atuk Man tak suka macam itu..dan pembuat kueh tiau tu sudah kenal Atuk Man dan dia tahu apa yang Atuk Man mahu…
Pergi tempat lain dulu…oh cari murtabak special..intinya tebal di dalam salutan yang berasingan ...kemudian di balut sekali dan di goreng…nampak putu mayam,,,beli..kemudian cari buah buah sikit…dalam dua puluh minit kemudian balik ke gerai kuey tiau goreng…dah siap bayar dan balik kat kereta…
Angah undurkan kereta yang dipark di tepi jalan dekat perumahan berhampiran. Cadang dia nak ke kanan, tiba tiba ada kereta maju kehadapan dari arah yang sama..jalan itu sepatutnya one way… untuk berudur jauh kebelakang lagi ada pula kereta yang baru keluar dari arah belakang, Angah terperangkap, tiada pilihan berudur arah kekiri satu lagi jalan keluar..berundur ..kereta tadi mara kehadapan, Angah berenti sekejap nak tenguk direction keretanya....tiba tiba kereta depan tadi memberi lampu tanda suruh cepat berundur…
“ Orang tu betul lah tak sabar...aku turun karang beri penampar baru tahu..” tiba tiba Angah naik temper…
Terkejut Atuk Man ..tenguk Angah naik temper…Doktor naik temper...sedarlah Atuk Man anaknya doktor, tapi dalam masa yang sama juga manusia biasa…
“memang lah orang tadi tak ada hati perut…jalan itu biasanya one way..macam mana kereta tu boleh keluar dari situ…memang lah banyak orang Malaysia berperangai macam ini. ..” fikir Atuk Man.
Lama juga nak bolehnya kereta itu dapat di pusingkan ….dan akhirnya sampailah kami ke rumah..
“ Kenapa orang buat murtabah tu letakkan satu murtabah dah hangus kat tepi kualinya.., selalu Angah tenguk dia buat macam tu” tanya Angah kepada Maknya .Wan Je,
“ Pelaris agaknya” jawab Wan Je..
“ Ada jin agaknya..” Kata Atuk Man..
“ Kalau masak bagus sedap lah tak payah nak pelaris pelaris ..masa masak tu selawat banyak banyak “ Kata Wan Je lagi…
Itu lah satu kelemahan masyarakat Islam…mereka tak hendak nak belajar habis…tak nak nak baca buku… itu semua lah bukti tak yakin rezeki tu Tuhan bagi..Tuhan suruh tawakal atau serah padanya..dan yakin.. ..habis habis kita berdoa atau betul betul ada hajah buat sembahyang hajat…
Buku macam Minhajul ‘Abidin patut di ajar di sekolah, supaya lagi muda lagi di asuk orang islam berpegang kuat pada akidah dan pupuk semangat yakin kepada Pencipta seluruh alam.
Cucu cucu semua makan…mereka rupanya suka pada putu mayam..pasal ada gula merah
“ minta santannya..” minta Asim , sambil di tunjukkan kepada benda yang di minta..
“ Itu bukan santan, itu kelapa parut.” jawab Atuk Man..
Kemudian dalam jam 10 malam Angah dan anak anaknya balik ke Bukit Kemuning.
Tiba tiba hand phone Atuk Man berbunyi tanda ada SMS masuk…di bukanya ada masej dari Raft, yang satu bilik dengan Atuk Man masa kat IJN bulan febuari lepas.
“ Dear Haji, been quite sometime since I heard from you.I am out of danger list, and the doctors say I am clinically fine. My leg will be measured anytime now, and I should be walking around by September.I’ll see you just as soon as I can drive….and we’ll chat over cappatis and chicken!!
Meanwhile, have fun and keep your memoir handy.. Do let me hear from you soon.”
Memoir yang di masudkan oleh Raft itu, ialah kisah di IJN lepas masa pembedahan itu. Atuk Man dah siap untuk part pertama, janji nak buat part part yang lain lagi…dalam bahasa Inggeris tak siap lagi…dah siap 5 parts bentuk drafts tapi belum polish lagi…Atuk Man rasa nak buat dalam bahasa Melayu je…
Sepatutnya jumpa Raft masa 3 minggu lepas kat HUKM bila hantar Wan Je jumpa otopedik. Tapi dalam kelinik tak ada line…jadi hanya dapat call dia masa tu dia dah nak balik…
Raft tinggal sebilik dengan Atuk Man masa operation by pass, itu hari...Raft dah buat by pass yang ke tiga kalinya sama dengan Tun M waktu tu. Dia buat dalam bulan November tahun 2007, tetapi lepas itu ada complications pasal kaki yang yang di ambil uratnya untuk tujuan by pass kali ketiga, ada masalah , darah tak boleh balik ke jantung…keputusan kena potong kaki..
Masa dalam ward sewaktu dengan Atuk Man bulan febuari tu dia baru potong kaki ..iaitu kaki sebelah kirinya...kesihan dia…
Keluar ward, Atuk Man keluar awal dua hari dari dia…sampai kat rumah….dia hantar sms ucap terima kasih kepada Wan Je kerana menolong isterinya mengankat dia dari katil ke wheel chair nak ke physio, masa itu nurse sibuk…isterinya adalah bekas nurse kat HUM.
Isterinya seorang berbangsa Cina…
Raft bekas pegawai income tax. By-pass pertama atas belanja sendiri kat Singapura. By-pass kedua dan ketiga kat IJN...
Raft cerita pada Atuk Man , by-pass pertama sepatutnya dia kena buat kat HUM..tetapi pesakit pertama kat HUM meninggal dunia lepas operation, giliran pesakit kedua ialah Raft. Ini dalam tahun 1980…
Jadi Raft hilang keyakinan…dia pergi ke Singapura dengan belanja sendiri.
Raft adalah rakan wad kedua Atuk Man, terlibat dengan kena potong kaki…
Yang pertama masa masuk wad kat HKL..masa tu baru sebulan balik dari haji…dah lama sebenarnya Atuk Man syak ada pendarahan dalam perut…berapa kali komplen pada Angah..dia kata tak mungkin..tapi satu hari tiba tiba Atuk Man rasa pening dan rasa nak tumbang…
Dia telipon Angah masa tu dia on call kat HKL…dia minta Maknya tenguk mata Atuk Man…lepas tu dia suruh Atuk Man datang kat wad cepat… Atuk Man di hantar oleh jiran dengan isterinya dan Wan Je…Rakan nya datang check pressure Atuk Man , mamang rendah..dan buat test darah…dapati kurang darah …Atuk Man di masukkan kat wad…
Malam tu masuk dua beg darah…doctor cuba mencari punca kekurangan darah hingga ke paras bahaya...Atuk Man mati matian beri tahu doctor doctor tu, Atuk Man syak ubat asprin untuk cairkan darah yang diberi oleh IJN sebelum in mungkin punca pendarahan. Atuk Man beri tahu doctor tu mungkin Atuk Man ada ulcer dalam perut…
Doktor akhirnya terpaksa buat ujian skope dalam perut...memang ada ulcer sikit..dan doctor pun yakin asprin puncanya… Kemudian doctor tu kata Atuk Man patut jadi Doktor…
Bila semua agak stable sikit baru lah dapat berkenalan rakan sebilik…
Namanya Chegu Rosli dari Kuantan…dah pencen…kena kencing manis dah 25 tahun.
Dia sudah di potong kakinya yang kedua…sebelah kiri…kaki pertama di potong kat Hospital Kuantan…masa tu lepas operation tak rasa sakit, pasal doctor bagi morphine…kat HKL, doctor itu lupa bagi morphine …dia punya sakit tak tahan kata Chegu Rosli…
Walau bagaimana pun Atuk Man kagum dengan kesabaran dan tawakal chegu Rosli …dia boleh berjenaka…” saya sekarang datang KL mudah, selangkah je dah sampai...sebab satu kaki di tanam di KL dan satu lagi di Kuantan..” katanya sambil tergelak…
Atuk Man dapat berjumpa dengan Chegu Rosli, dua tahun lepas bila Atuk Man pergi kerumah Along Kat Kuantan..masa tu suami Along Engku Adam pindah ke Kuantan, Along pun ikut suaminya…di situ lah dia mula klass drama untuk kanak kanak, untuk mendedahkan mereka untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lebih berkeyakinan…
Maka ambil kesempatan pergi singgah kat rumah Chegu Rosli…masa itu Chegu Rosli amat gembira menerima Atuk Man sebagai tetamu…masa balik di bekalkan buah mangga di depan rumahnya….
Ahkir Tahun lepas, ada pergi ke Kuantan , rumah adik Wan Je, kat Basrah…Adik bungsu Wan Je, namanya Molek seorang Pensyarah kat Maktab perguruan di Kuala Lipis …hampir setiap minggu dia balik ke Kuantan.
Tapi Atuk Man tak ambil peluang jenguk jenguk Chegu Rosli, pasal cucu ajak berkelah kat Pantai teluk cempedak…
Besuk paginya Atuk Man bangun jam 4.30 pagi, temankan Wan Je buat persedian makanan pagi untuk di hantar kat kedai kongsi dia….memang ada juga masalah berkongsi ini, tidak dapat membuat sekehendak hatinya, tetapi Wan Je sentiasa mengalah…dan “mengalah tak mestinya kita kalah” itu polisinya…
Banyak perkara…lah….cucur udang kegemaran Atuk Man , tapi Atuk Man benci cucur udang di mana udangnya tak di buang kulit….Wan je very particular, kalau dia buat apa saja masak melibatkan udang dia mesti buang kulit, ekornya boleh tinggal sedikit untuk satu kesenian, dan udang mesti di cungkil tali perutnya yang halus dan berwarna hitam….
Belakang udang di belah sedikit untuk mengeluarkannya…bermakna kalau beli mee ke, atau apa saja lauk berasaskan udang, kalau udang tu tak ada kesan belah di belakangnya bererti tali perut itu belum di keluarkan…
Atuk Man di waktu begini akan cuba sembahyang, tahjud, apa apa yang patut…sebelum terbit fajar, pagi itu Atuk Man cuba musyahadah…memandang dirinya….tiba tiba dia teringat kata kata Zulaika, cucu bungsu, cucu kesayangan Wan Je…”Ini anak bungsu Wan” kata kata hikmah Wan Je kepada Zulaika sambil di uli uli Zulaika…jangan saja terlihat oleh Maksu waktu macam itu, terus dia melenting naik angin…"inilah anak bungsu” dia tunjuk dirinya kat Wan Je...bukan gurauan tapi serious betul…dia cukup cemburu sekali…
Masa bermain dengan Didi, Zulaika bertanya Didi “the princes” anak Angah, “Tuhan tu jauh, kat langit ya Didi” Zulaika 4 tahun Didi enam tahun…Didi cuba terangkan kepada Zulailka, apa yang chegu dia terangkan.
“Tuhan tu dalam diri kita” sampuk Atuk Man…
“ Tuhan dalam diri kita ?“ Tanya Zulaika..
“ Hantu tu tak wujud ya Tok…orang jahat je nampak hantu” Tanya pula Zulaika.
Pagi itu dalam musyaadahnya Atuk Man terus memikir “Betulkah aku memberi penerangan kepada cucuku pasal Tuhan?” bukan apa.... takut terlalu awal.., patut kah di terangkan macam orang putih “ God is watching us from a distance” ?
“Apa tidak Tuhan itu kat dalam diri kita?” Atuk Man tanya dirinya balik…’lihat jantung kita…dia begerak sendiri? Atuk Man tak mengerakkannya..tentu Allah yang mengerakkannya…siapa lagi”
“Masa dah lahir kedunia ni, bila jantung terhenti, doctor buat jump start macam kereta lemah bateri, macam kereta merc buruk Atuk Man , asyik pakai kereta syarikat, kereta buruk tu tak berstart, lama lama bateri condemned jadi nak hidupkan kena jumpa start dengan bateri lain…begitu juga jantung manusia, yang baru kena attack akan terhentik boleh lah di jump start, kalau lambat, macam kereta Atuk Man lamat jump start untuk hidupkan baterinya dia jadi condemned. Jantung macam tu, kalau dah terhenti lama tak boleh jump start lagi….
Itu masa dah di lahirkan…, tapi sebaik saja mani bercantum dengan ovari dalam rahim ibu, siapa yang jump start kan jantung sehalus tu yang masih macam anak berbudu tu?..tentu lah Tuhan yang “jump startkannya”….jadi betul lah Tuhan itu dekat pada kita…” fikir Atuk Man…
Pagi pagi jam 7.30 Atuk Man ke ofis buat kali kedua selepas cuti operation….
….tak macam semalam, satu hari kat ofis dan pergi makan tengah hari kat kedai orang Kelantan Kota Damansara bersama KC , Wong dan Atoh: Wong dan Atoh semua sudah retired punya orang, macam Atuk Man juga, Wong Project Director untuk Sabah, Atoh jaga Syria, Atuk Man Project Director dalam negeri.
Hari kedua sibuk sikit…Pagi siapkan surat untuk di hantar kepada Main contractor untuk Projek Apartment mewah di KL….dah 3 bulan payment tergantung, syarikat dah belanja 2 juta , dapat baru 0.6 juta...KC tak boleh tahan...itu baru satu projek…dalam projek sedang rancak berjalan ada 100 juta lebih, termasuk di Syria,Sudan,dan Bangladas… Jam 11.30 lari ke KL hantar satu tender clarification, nak sampai sebelum jam 12.00. pergi dengan Wong , senang turun kereta Atuk Man naik atas banguan dan serahkan surat .
Atuk Man cepat cepat naik balik ke kereta, Wong ajak makan , Atuk Man kata tak sempat, pasal nak rush ke Putra jaya untuk menerima satu lagi project baru, dapat , tapi tak mahal harga dalam 3 juta sahaja.
Sesampai kat ofis , terus ambil laptop masuk kereta terus arah ke Putrajaya. Jam 1.10, meeting jam 3 ptg, Atuk Man tak pasti tapak projek baru. Dah janji dengan Manager yang sekarang berada di Putrajaya menjaga 2 projek di situ,jumpa kat pejabat Tani.
Selesai meeting , Atuk Man balik ke Damansara, jam 6 ptg ambil Maksu kat kolej
Dia belajar di Universiti Kolej HELP dan terdengar Maksu dah menjerit “ Help Help Help”…yuran untuk semester ini sudah sampai masa untuk di bayar…Pertolongan Mak bapa di perlukan…barulah Atuk Man faham apa maksud “HELP”…orang lain tak boleh tolong student kat HELP melainkan mak bapak sendiri…..PTPTN lepas tangan…
…
Mengenang susah….
Hati patah….
Ingat zaman berpisah …
Kekasih pergi,
Sehingga kini,
Belum kembali….
Biar jambatan…. merah
Andainya patah…
Aku pun bersumpah,
Akan ku nanti,
Dia di sini,
Bertemu lagi….
.
Penyanyi Mus Mulyadi ..pop kerongcong
Atuk Man macam terdengar lagu tu…Itu sebab Atuk Man tak berapa nak dengar keroncong…dia malas kerana buat dia teringat ingat lagu yang dia terdengar… Dia lebih suka dengar MP3 yang ada bacaan AlQuran…
Kurang kurang dia teringat ingat ayat yang di baca sikit sebanyak…
Qaaf waquraanilmajid….
Atau..
Nuun Waqalami wamayasturun….
Atau..
Shaad Waquraanizizik ….
WASALLAM
Tuesday, June 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam atuk...
metafora yang baik....;P.....ok?
waalaikum salam. shahbandar kata Atuk Man ok...dan ucap terima kasih kerana mengujung...selamat bertugas mendidik anak bangsa...wasallam
Post a Comment