Friday, June 6, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 24)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahum shalli ‘alaa man ru’hu mighrabul arwah walmalaikatiwalkau’un. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu anbiyaaai walmuslaliin. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu ahli jaannah ibadillahil mukminiin.( selawat siti Fatimah}

Salawatullahi wamalaaikatihi waanbiaaai warusulihi wajami’ikhalqih ‘alaa Muhammad, wa alimuhammad ‘alaihi wa’alaihimussalam warahmatullahi wabarakatu ( Selawat Saidina Ali}

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 24)

Malam tadi lebih kurang jam 8.00, Abi, anak Atuk Man yang keempat, telifon dari Dublin.

“ hello, ayah… dengar tak..” katanya suaranya agak pelahan, tahu lah Atuk Man dia telipon waktu lunch di sana, dan dia tak mahu orang ofisnya tahu dia bercakap dengan orang luar, sebab cakap Melayu….

“Hello, ya ayah dengar ini…”

“Ayah sihat”

“ya ayah sihat, ayah dah kerja balik”

“Ayah dah kerja balik?” tanyanya, macam tak percaya

“ Ya…hari tu ayah ada email adik…”

“ Dah berapa hari dah tak buka email…ni… Abi dah dapat work permit..”

“ Alhamdulilahlah “…

“ Ni… Cik Moleh awak ada datang dengan Kak Ngah dan Kak De dan Pakciknya ada kat rumah ini..adik nak cakap dengan kak Ngah ke?”…

“ Tak sempat ini …’

“ Ok cakap dengan mak lah” terus Atuk Man bagi telifon tu di bagi kepada Wan Je

“ Hello Abi…sihat…”

“ alhamdulillah …Abi dapat…” tiba kedengaran suara Wan Je ..macam nak ngangis…sudah kebiasaan, berita baik ke atau di sebaliknya…sama je bagi dia …mesti mengeluarkan air mata…”the greatest drama queen” kata Maksu…

Bagi Atuk Man satu lagi kelegaan…minggu yang sudah berita gembira untuk Angah kerana result dia dah tahu dan lulus, dah pakar…berkat doa Atan , anak saudara Wan Je telah berdoa di depan Kaabah…

Atan ada balik…kerja kat Jeddah…boleh kata tiap jumaat dia ke Makkah, umrah atau sembayang Jumaat.

Maknanya Abi dah dapat Green card dan boleh berkerja di mana mana negeri Euro bila bila masa saja…

Abi Azam dia kuat…dalam keadaan tak menentu boleh dapat pinjaman atau tidak dia bersiap untuk ke Dublin…dia mewarisi tabiat Wan dia (Mak Wan Je) penjimat…

Atuk Man teringat masa, rumahnya di masuki perompak bersenjata pada tahun 2002, jam 3.30 pagi.

Perompak masuk dari bilik master bed room , melalui tingkat yang di umpir. Mereka terus masuk bilik maid dan bawa masuk maid itu ke bilik Maksu. Masa tu Abi tidur dengan mak dia di bilik tu…Wan J e dan maid telah di ikat, mereka di arahkan jangan menjerit. Maksu tidur seorang di bilik Abi. Kemudian salah seorang menyerbu bilik Mak Su dan mengejutkan Maksu dia tanya “Ayah awak di mana. Jangan bising”

“ Ayah kat outstation” tipu Maksu

Mereka tak apa apakan maksu, mereka buat kerja menyelongkar almari adik.

Kemudian dia membawa maksu ke bilik Maksu di mana 3 ahli keluarga Wan Je telah di kurung, iatu Wan Je, Maid dan Abi.

Sebaik saja keluar Maksu terasa dia tak di kawal rapi oleh mereka, Maksu lari mengejutkan Atuk Man yang tidur di bilik Mak long dengan cucunya Amin.

Maksu terus masuk dan mengejukan Ayahnya

“ Ayah…ayah tahu tak rumah kita di masuki pencuri!”

Atuk Man terpinga pinga bangun...dalam fikirannya bila Maksu cakap macam itu, Atuk Man ingat pencuri tak tak ada, Cuma tinggal kesan kesan..baru saja Atuk Man nak begegas bangun dan nak betulkan kainnya, seorang perompak itu telah mengacukan parangnya ke tengkok Atuk Man.

“ Pak Cik jangan bergerak…” Dalam loghat Indo..

“Pak Cik tak simpan wang kat rumah ..tak ada apa apa dalam rumah..nak ambil lah dompet pakcik ni…ada sikit wang , itu yang ada…” rayu Atuk Man.

Atuk Man menyerah semuanya kepada Allah, dia hanya boleh berzikir dan memohon pertolongan Allah dalam hati.

Namun mereka menarik Atuk Man dan Maksu kebilik Maksu …Amin di tinggalkan tidur di bilik Mak long….

Masuk dalam bilik Maksu Atuk Man dapati, Wan Je , sedang merayu rayu kepada perompak itu dengan cara paling diplomatic sekali pernah di dengar oleh Atuk Man...mereka semuanya, Maid, Wan je dan Abi telah di ikat tangannya..dan di kawal oleh seorang daripada perompak itu…tangan mereka di ikat di hadapan…kemudian perompak itu, juga mengikat tangan Atuk Man dan Maksu. Mereka semua menutup muka mereka denga kain cadar atau gebar rumah Atuk Man.

Tangan Atuk Man di ikat di belakang dan mereka suruh Atok Man sujud…

“ Tolong Pakcik…pakcik ada sakit jantung”

“ Tak apa pak cik, kami ikat tak kuat…nanti pakcik sendiri boleh bukanya…”

Kemudian yang lain tinggalkan kan kami di dalam bilik itu….

Tak lama kemudian terdengar jeritan mereka …

“ Kami akan keluar ..jangan menjerit..menjerit..bererti kami bakar kereta,,,” jerit mereka…

Keadaan sunyi…

“ Tentu mereka dah keluar” kata Wan Je…

Rupanya Abi tangan nya tak di ikat ..dia pura pura lakukan seolah olah tangan nya kena ikat…

Fikiran pertama , di kepala Atuk Man adakah perompak itu masuk dalam bilik anak Jantannya?

Bukan apa, takut pergaduhan…

Selepas di buka ikatan mereka keluar bilik tenguk keadaan…

Mereka tak masuk dalam bilik anak lelaki…mujur…mungkin perompak itu fikir pintu ke bilik itu mungkin mereka fikir pintu keluar !

Atuk Man segera beri tahu jiran jiran….mereka pun terkejut…Wan je mengejukkan anak jantannya dan isterinya…waktu itu nyonya itu masih lagi isterinya…Nana baru setahun masa itu dan tidur di bilik itu…

Mereka balik lambat juga dari kedai perabutnya malamnya…dan bawa balik cash 2 ribu…

Barang hilang hanya barang kemas semua dalam 3 ribu saja…

Sebenarnya Atuk Man takut satu je, mereka masuk merompak dan dapati wang tak banyak, takut mereka tak percaya…memang orang akan sangka Atuk Man orang kaya, apa tidaknya Driver pun ada….rumah dari luar walau satu tingkat nampak besar…antara tiga biji rumah di kawasan kat sini….rumah ini di fokuskan mereka…mesti ada kaki…mereka yang datang macam Atuk Man pernah tenguk, lebih lebih lagi yang tinggi sikit…mungkin masa nak siapkan rumah ini dulu, mereka ada bekerja kat sini…

Kunci kereta Atuk Man dan kereta Wan Je tak dapat cari … Atuk Man fikir tentu dia orang dah campakkan kedalam semak atau di Tanah Haji Safuan bersempadan dengan tanah Wan Je…

Kereta Ford Laser Wan Je ada spare key…kereta Atuk Man nak kena amabil kunci spare kat ofis…dan kena tunggu Yob, pemandunya datang dulu…

Labtop Atuk Man dia tak ambil …masa tu baru lagi dan harga masih mahal…purse Atuk Man dijumpai tepi tingkap dengan semua kad kad bank berserepak..mereka tak ambil…2 telifon tangan diambilnya….satu clucth beg kulit Atuk Man beli kat London di ambilnya.

Balik kepada Abi, waktu dia di kurung dengan maknya di bilik Maksu, Abi sempat membaca ayat kursi dua kali, untuk rantainya dan satu lagi untuk wang simpanannya…mula dia memang frust kerana kotak rantai dan wang di dalamnya hilang…namum terjumpa kotaknya dan bila di buka dua barangnya ada di dalam. Duit simpanan nya walau tak banyak tapi dapat dia bawa duit tu ke Dublin bila masanya sampai untuk ke Bandar itu…

Setelah hari siang Atuk Man menelifon ofis nya untuk kunci spare menggunakan kan telipon jiran… Tapi kemudiannya kunci dijumpai di bawah cushen kerusi…

Lapuran polis di buat lepas tu..tapi tidak ada penangkapan dapat dibuat…

Sebenarnya rompakkan bersenjata amat bahaya…kalau pencuri masuk tidak di ketahui, masa rumah tak ada orang atau masa orang tidur tapi dia tak kejutkan…tidak merbahaya…perompak kalau dah masuk kedalam rumah, tuan rumah tak boleh buat apa apa…kalau nampak perompak kat luar rumah lagi boleh di jerit dan dalam rumah tidak boleh buat apa, mereka boleh pegang ahli keluarga buat tebusan…

Malam itu adik Wan Je , Molek dan suaminya serta dua anak perempuannya tidur kat rumah …mereka datang dari Kuantan. Molek pensyarah kanan di Maktab Perguruan di Kuala Lipis, ada mesyuarat kat Jalan Pantai, sambil nak tenguk cucu tunggalnya kat Shah Alam…Anak sulungnya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan.

Masa itu Wan Je dan adik keduanya, Anggun, bersama Atuk Man baru saja selesai mengerjakan haji, dan dah balik ke Makkak untuk membuat umrah…mendengar berita sedih Atuk Man mengajurkan rakan rakan sepekej buat tahlil dan Atuk Man buat tawaf sunat untuknya.

Dia meninggalkan seorang anak, dan baru ini bekas isterinya kawin lain…

Suaminya Moleh baru balik Umrah dan kat Makkak dia dapat berhubung dengan Atan, dan dapat berjumpanya di Makkah…

Pagi dini hari jam 4,30, sambil meneman Wan Je yang ada di dapur, Atu Man membelik kitab Minhajul ‘Abidin, bab

TANJAKAN ILMU DAN MA’RIFAT

Buku Minhajul ‘Abidin memulakan mukadimah bah ini dengan mengatakan

“Wahai orang orang yang ingin lepas dari bahaya dan ingin beribadah yang murni terhadap Tuhan, semoga Allah memberi taufiq kepada mu, tetapi sebelumnya harus memiliki ILMU duhulu.”

“Sebab ibadah itu percuma kalau tanpa ilmu, sebab ilmu itu adalah porosnya, segala sesuatu berputar disekitarnya.”

Ketahuilah ilmu dan ibadah adalah dua permata. Untuk ilmu dan ibadah itulah maka terjadi semua apa apa yang engkau lihat dan dengar itu, hanya ilmu dan ibadah.

Apa yang engkau lihat dan dengar itu, iaitu kitab kitab yang dikarang oleh ulama ulama, ajaran dari guru guru, nasihat dari penesihat penesihat, pikiran dari para pemikir, itu semua demi untuk ilmu dan ibadah.

Dan kerana itu ilmu dan ibadah juga kitab kitab suci itu di turunkan oleh Allah SWT , dan semua Rasul Rasul di utus hanya untuk ilmu dan ibadah, bahkan lebih dari itu:langit dan bumi di cipta Tuhan hanya untuk ilmu dan ibadah, dan begitu pula semua apa yang ada dilangit dan dibumi, semua makluk yang hidup dan tidak hidup .

Sekarang renungkanlan dua ayat dalam Al Quran:

Allahulazi khalaqa sab’a samawatim waminalardzi mithlahuna yutazalu amrubainahuna lita’lamu inallaha ‘alakullisyain Qadir wainallaha qadahatha bikulli syain ‘ilma.

Allah yang menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi, seperti langit turun berkali kali perintah Allah antara langit dan bumi, supaya engkau memperolehi ilmu, supaya kamu sekelian mempunyai ilmu,bahawa Allah itu kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu, sudah mengetahui segala sesuatu yang mengliputi ilmu itu untuk segala sesuatu.

Dengan tafakur tentang langit dan bumi, kita berharap kan memperolehi ilmu itu nanti.

Dan satu ayat ini sebagai dalil ,sudah cukup untuk diketahui bahawa ilmu itu memang mulia..

Ayat yang kedua yang harus kita renungkan itu ialah : Firman Allah

Wamaa khalaqtul jinnah wainsaana illa liya’buduun

Aku ciptakan jin dan manusia tak lain hanya untuk beribadah kepada ku.

Perkara yang di timbulkan oleh Iman Ghazali dalam kitab di atas memang selalu di katakan oleh Atuk Man…Dia sendiri selalu melihat langit dan bumi dan merununginya sehingga dapat dapat ilmu yang menghubung balik kepada Maha pencipta , pandang pada yang banyak nampak yang satu….

“Memang tak syak lagi langit dan bumi itu lah kunci untuk memperolehi Ilmu…sebenarnya ilmu itu yang membuat kita faham mengenai sesuatu dengan lebih jelas lagi dan ilmu yang paling tinggi ialah ilmu ma’rifat ilmu ketuhanan, ilmu tentang Tuhan iatu Allah SWT di mana Dia saja lah puncak segala ilmu” Fikir Atuk Man…

“ Betul lah kata arwah Bang Yasin, yang selalu menerangkan kepada Atulk Man ilmu itu ertinya Faham…walau pun dia bersekolah atap namun dia mempunyai ilmu yang tinggi dari sudut ilmu ketuhanan.”

“Ilmu ada dimana mana…dengan orang yang tak kita sangka, berpakaian copang camping, kalau kita dekatinya dan kita tanya dia kita akan memperolehi ilmu dari padanya” Ini pernah di lafaskan oleh Atuk Man dalam ceramah kepada perserta kursus yang pernah di buat untuk pertubuhan siasah PSPS dahulu.…

“ U wan…U wan…U wan..” jerit Zulaika…mencari Wan Je

Jam dah hampir 7.00 pagi ..Wan je dah bergerak ke kedai kongsinya, jam 6.30 tadi…

“ Zulaika nak apa ..Wan dah pergi kerja…nak susu ke..?” tanya Atuk Man …hanya itu saja yang Atuk Man tahu nak suruh dia diam

“ Nak susu..”

“ Cakaplah nak susu…botol mana?” Atuk Man terus bangun ke dapur

Kalau Wan Je lain sikit…

“ Zulaika ! kenapa mesti melalak! Kenapa mesti menangis ..apa yang dapat menangis’….lepas tu dia buat susu dan datang ke Zulaika cium cium uli uli….” Sayang Wan …cepat lah besar anak..tak tahulah dapat ke Wan tenguk awak besar nanti…”

Dulu betul lah sibuk pasal membesarkan anak tanggung jawab semua orang, tapi Atukl Man dan Wan Je di beri tugas baru oleh Tuhan membesarkan dan mendidik generasi kedua sekali…sama beratnya dengan generasi pertama...ulang tayang..

Amin memang lah awal awalnya rapat dengan ibu bapanya, tetapi bila dah ketiada ibunya dia rapat dan makin manja dengan Wan Je..Cuma bab kata Maksu, yang belajar saikoloji. Amin ada sikit problem…mungkin ada depression…kehilangan ibunya amat dirasanyai…dia tak membesar. Umurnya dah 9 tahun....adik nya Nana , (Zuliyana) baru 6 tahun sudah lebih tinggi dari abang nya. Kulit Amin terputih diantara ketiga beradik itu.

Nana, memang rapat dengan Atuk Man sejak lahir lagi…Atuk Man ibu dan ayahnya. Tempat dia meluah perasaan dan tempat dia mengadu…Mandi dan tidur pun tunggu Atuk Man.

Kulitnya putih, suka belajar dan suka buat benda creatif; dia macam ibunya. Dan dia juga mewarisi penyakit ibunya tak boleh kena cahaya mata hari, lazzy eye…dan azima kulit…Nana tak banyak kerenah, dia paling stable dari segi emosinya…mungkin dia sudah dapat merasa secured dengan Atuk Man dari dulu lagi...di mempercayai atuknya …

Zulaika…bijak…. Petah bertutur ada saja perkataan baru yang di gunakan, very outspoken…

“ Kakak apa makna ‘pelik’ tu, “ tanya Zulaika pada Nana masa dalam kereta satu malam nak ambil Maksu kat rumah kawannya di bukit Jelutung..

“pelik tu macam Zulaika selalu sikat rambut, bila tak sikat rabut ‘pelik’ lah “ Terang Nana. Atuk Man yang ada mendengarnya cukup puas hati dengan penjelasan Nana , tak perlu di tokok tambah lagi..

Itu Zulaika dan dia masih mencari tempat pergantungan.; betul Wan je sudah di anggap macam ibunya tapi bila ada ruang dia nak memanja dengan orang lain dia tak teragak agak untuk menagih kasih sayang orang itu...tak macam Nana dia tak buat macam itu…

Sebenarnya itu lah yang buat hati Atuk Man dan Wan Je tidak hendak bergerak kemana mana tanpa mereka…sudah dua kali mereka di tinggalkan , yang paling lama, 44 hari bila ke Makkah dulu dan 2 minggu masa ke Dublin bulan oktober tahun lepas…Hati mereka berdua tak tenang berjalan macam itu, selalu telifon.

‘Wan, bila nak balik…esuk ke…” tanya Zulaika dan Nana dah mestilah nak cakap dengan atuk Man, tak dapat dia menangis…Nana tak mudah menangis, tapi kalau dia menangis mesti ada benda yang dia rasa betul sakit…

Memanglah terkenang kenang akan masa depan mereka….Bapanya dah terpagar dengan bini baru dan anak baru…kalau tenguk anak, ikut mood dan sentiasa nak mendera budak budak itu dengan gertak gertak, lebih lagi dengan Zulaika…” dah mandi ? Amin dah makan? “ tahu tanya je…bukan nak mandikan atau nak bagi mereka makan…

Balik dari Mekkah , Atuk Man dan Wan Je terima bini dia “as it is and where is basis,” namun lama kelamaan ada benda yang tak kena di lakukan..Atuk Man tak boleh maafkan nya atas apa yang di lakukan nya terhadap Zulaika di depan mata Atuk Man sendiri.

Juga sikapnya yang buat sesuatu kepada budak budak itu bukan kerana iklas tetapi terdesak atas kerana suaminya menyuruh dia lakukan… “Kang kalau tak mandi marah lah papa awak “

Atuk man pernah menegurnya point blank “tak usah nak sibuk nak cara budak budak itu… bukan tanggungan awak “ kata Atuk Man , sebab perbuatan nya tak iklas..

“ mami. ..baju tu pakai malam ke pakai siang?,” tanya Zulaika padanya bila dia bagi seluar baru kepada Zulaika- Wan je kata mesti di arah oleh nak Jantan tu untuk beli..

“ suka hati lah nak pakai siang ke ...malam ke..” katanya kasar.

Nampak hampa Zulaika, pertanyaannya di ambil acuk tak acuk..

Orang jawab lah , kalau rasa untuk pakai malam cakap lah pakai malam.Sudah tentu bila beli baju tu dah di fikirkan untuk pakai berjalan ke, atau untuk pakai tidur ke… Budak itu dah di ajar, atuk man tak tahu siapa ajar mana baju malam mana baju siang. Kalau Atuk Man tolong cari baju selepas atuk Man mandikan mereka , mereka kata “ Itu baju pakai malam Tok..” mereka tak akan pakai baju malam untuk siang…

Bila di beri tahu Wan Je, Zulaika di belikan baju oleh si polan tu, besuknys Wan je pergi beli yang lain pula untuk cucunya…

Sebenar Atuk Man dan Wan Je tak kenal pun keluarga dan Mak Bapaknya, tak pernah berjumpa, maklumlah mereka kawin pun kat ‘oversea” kata Wan je….

“Bukan masalah bentuk dan rupa ..masalah perangai..kita tak suka seorang atas perangai buruknya bukan atas rupa buruknya, kalau berubah perangai berubahlah tanggapan kita” Fikir Atuk Man.

Tiap tiap kali buat air minuman, mungkin untuk lakinya, di gocang nya sudu sehingga seluruh kampung ini dengar, kebetulan kalau ada monyet bergantungan di dahan pokok rambutan di belakang dapur atas tanah Haji sufian bersempadan dengan tanah Wan Je, terhenti memetik buah, bila terdengar olehnya bunyi gocangan sudu berlaga dengan cawan. Agak dia fikir ada orang nak membaling sesuatu pada nya.

Kedai mamak pun kalah …

Atuk Man dan wan je cuba ignore dia completely. Pernah dia menangis minta maaf dengan Wan je…agaknya di suruh oleh anak jantannya berbuat demikian…Wan je tak mahu serabut kan fikiran…jadikan satu dugaan hidup, cucu cucu satu tanggung jawab dan amanah Tuhan…Abi dah janji dia tak akan sesia sesia kan hidup mereka sekiranya Atuk Man dan Wan Je dah tiada jasatnya yang berjalan di muka bumi ini lagi….Itu lah harapan mereka…

Pernah Amin bertanya” kalau Wan mati nanti rumah ini jadi rumah Maksu dan rumah makcik ?...”

Mendengar itu Wan je menangis….” Ini rumah Amin ,Nana, dan Zulaika juga…”

Dulu bila bila nyonya tu tahu Wan Je buat satu rumah lain kat Jelu ,dia amat suka hati, senang dia datiang nak tenguk anak anaknya…

Wan Je fakir, itu mak mereka, mereka ada hak berjumpa…Wan Je sedih bila anak kepada arwah abang ipar Atuk Man iaitu anak isteri pertama, dari kaum itu juga, bercerai dan balik semula cara lama ..anaknya dah besar hampir 45 tahun sekarang, telah dapat cari maknya tapi maknya tak mahu suami barunya tahu cerita lama sebab suami tak tahu dia ada anak…jadi tak lama lah jumpa…tapi anak tetap rindu pada ibu…

Zulaika , cukup suka bermain main atas apa yang di panggil “main mama mama”..Nana akan jadi mamanya…hidup jiwanya bermain macam itu...

WASALLAM

2 comments:

love is forever said...

salam atuk....
ilmu tanpa amal ibarat kopi tanpa gulakan....
oh! nana dan zulaikha..pengikat kasih sayang atuk dan Wan Je....Faham :)

shahbandarmalakat said...

ikut kata shahbandar, Atuk Man dan Wan je bersyukor je lah pada Tuhan Maha esa kerana menganugerahkan cucu cucu kepada mereka....terima kasih lah dalam kesibukan ada juga masa melawat si tua...