Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Bismilahi masyaallah layasuqul khairul illallah.
Bismilahi masyaallah layariful syua illallah
Bismilahi masyaallah makana minikmatim faminallah
Bismilahi masyaallah laa haula wala quwwata illah billahi
PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian26)
“En Mansyur nak tenguh internet kat Nizal punya computer?, ada sekumpulan orang menaikan kubah masjid hanya dengan zikir ramai ramai…” Kata Nan pada Atuk Man…
Nan, draftman, datang ke bilik Atuk Man. Hampir masa rehat tengah hari…
Biasa kalau dia ada sesuatu dia akan datang jumpa Atuk Man….Dia lah Staff syarikat ini yang paling lama bekhidmat, sejak 1990 lagi…
“ Sungguh menakjubkan” sambungnya lagi
“ orang yang tenguk pun jadi hysteria” kata Nan lagi
“Apa yang kamu fikirkan” Tanya Atuk Man pada Nan
“ Saya nampak kuasa zikir tu…zikir tu ada power ”Kata Nan…
“ Nan, kamu fikir lah adakah itu kuasa Tuhan yang paling paling menakjubkan dalam dunia ini? Memang benda benda ini boleh berlaku…semua kuasa Tuhan, tapi jangan kita terperangkap….adakah bila ada kuasa kuasa keramat macam itu baru kita nak beriman, baru nak percaya wujud Tuhan?” tegas Atuk Man
“ Nabi Musa dah tunjuk macam macam mujizat hingga untuk makan hari hari pun Tuhan turunkan dari langit…, belah laut dengan tongkatnya dan macam macam mujizat namun tidak juga orang nak beriman, walhal kalau nak dibandingkan Bilal jauh lah, hanya dengan mendengar “Ahad” Tuhan yang satu dan dia tidak melihat sebarang mujizat pun lagi waktu itu, hatimya sudah terpaku dengan Tuhan….
Apa lebih besar keramat mengangkat kubah dengan “berzikir” ramai ramai kalau dibandingkan dengan pengantungan cerkawala, matahari, planet planet , bumi, bulan di atas awangan , iatu di angkasa raya, semuanya tergantung gantung tak jatuh jatuh, malah setiapnya berpusing ikut obitnya, mana lebih hebat?
Kamu tenguk manusia dan binatang,dan tenguk keajaiban Tuhan cipta manusia, segi physical nya manusia serupa binatang tetapi bezanya manusia boleh berfikir dan berkata kata dan berupaya untuk mengtakbir alam ini, mana lebih hebat dengan kejadian itu,…
Keajaib Tuhan hari hari kita nampah, hari hari ada keajaiban…selama ini bukan kah untuk mengangkat sesuatu yang berat kita menggunakan kren,…bukan kah kren itu satu ciptaan Allah ta’alah juga dan tidakkah ciptaan itu hebat?
“apa sebenarnya orang orang itu nak buktikan ? nak tunjukkan semuanya boleh berlaku dengan kuasaan Allah...
apakah benda yang kita lihat di depan mata kita ,pokok ,gunung ganang, matahari bulan bintang, makluk makluk yang kita lihat merayap di bumi ini bukan kerana kuasa Allah taala?...bah kan semua ciptaan Allah ta’ala dan paling ajaib seperti manusia itu sendiri memang ajaib...tapi kenapa kita tak katakan itu sebenarnya ajaib?
Cuba lihat apa yang ada pada daun daun pokok.dimana .di dalamnya terdapat beribu ribu kilang memproses makan dari cahaya mata hari…ini lagi ajaib..kenapa kita jadikan benda menaikan kubah dengan zikir itu sebagai ajaib , sedangkan benda benda hari hari kita tenguk yang ajaib tapi kita tak kata ajaib?
Kita berzikir untuk kita jadi hamba Allah, supaya kita rasa libih tawadduk dan kita hendakkan, sekiranya ada balasan, biarlah di akhirat nanti kita dapat, bukan kita nak hasilnya di dunia...itulah Imam Ghazali kata nak beribadah mesti ada ilmu…kalau tidak benda karut marut masuk dalam otak, kita tak tahu, pasal kita tak berilmu…ilmu di sini ialah ilmu bab bab Tuhan ilmu marifah…
Nak menaikan kubah itu kalau tak ada Kren dan betul terdesak boleh lah kita lakukan tetapi dengan berdoa…Nabi pun berdoa…selepas berdoa baru terjadi yang tak di sangka sangka…maknanya Nabi tak terus membaca zikir terus dan dengan zikir itu akan terjadilah benda yang dikehendaki` saolah olah zikir ada kuasa…..Berdoa supaya Allah melakukannya bukan memerintahkan zikir tu melakukankannya…ini boleh berlaku syirik…Kamu nampak tak apa yang saya katakan ini?”
“ Saya nampak ..dan memang benar kejadian kita sendiri memang ajaib..” Kata Nan.
“Zikir pun Tuhan tak suruh kita buat sebanyak itu dan sebanyak ini...kita zikir lah sekendak hati kita tak payah nak di hitung…sebab sekiranya Tuhan nak kita balas pembahagianNya kepada kita seperti mata…berapa banyak zikir diperlukan untuk boleh cover pemberian Tuhan itu ? Sudah tak terdaya kita…Tuhan sebenarnya nak kita zikir dengan iklas…
Permainan macam itu kadang kadang melibatkan benda halus macam Jin…hakikatnya memang lah Allah semuanya…tapi sebelum kesitu prosesnya melibatkan benda lain…macam seorang yang memohon melalui benda lain ..menyembah berhala mithalnya di mana akhirnya permintaannya tercapai, di kabuli Allah…tapi dia tak sedar pencapaiannya itu adalah dibagikan oleh Tuhan yang satu.. ..dia beranggapan patung yang bagi…Tuhan sengaja lakukan begitu nak confirm dia memang sesat.…
Sebab itu saya selalu sebut, buah mangga masak di pohon dengan buah masak di peram lain ..masak di pohon rasanya lebih lazat…
ibadah yang iiklas dan kita tak memaksa Tuhan. Memanglah lebih baik dari buat ibadah dengan kita paksa Tuhan…
Macam kita ikut jalan terikat yang mana tumpuan nya nak cepat dapat pencapaian, cepat nak makam itu dan ini, buat zikir, seribu kali, kemudian meningkat sampai ratus ribu kali satu malam…ini ada unsur memaksa...ada tujuan lain dari iklas ...contoh macam kamu sebut lah supaya nampak hasilnya di dunia ini ; iaitu zikir menampakan ada kuasa…” Jelas Atuk Man…
Kisah kisah mencari guru ugama untuk tujuan memantapkan ilmu ini teringat Atuk Man sebuah kisah…cerita lucu sikit….cerita ini Atuk Man dapat dari seorang yang baru Atuk Man kenal sekitar tahun 1988 dari Kuala Rompin, masa Atuk Man jadi kontraktor Kilang kilang Felda dulu.
Ahmad Buang adalah seorang murid yang belajar dengan seorang Guru….Dia dah berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang comel dan cantik…kalau tenguk memang tak sepadan dengan dia…
Guru ini tahu anak murid, Ahmad, ada isteri yang lawa...dia pernah terjumpa dan dia terlior…Dia ternampak nampak wajah isteri Ahmad, kulit putih, muka kemerahan, muka jenis tak kenampakan kesusahan, selalu ceria dan mudah tersenyum, dan kalau berjalan dengan kawan kawan bercerita sikit dah tergelah menampakkan gigi yang cantik tersusun bukan macam model iklan ubat gigi synsodium yang walau pun cantik putih dan bersih , tapi bertindih…
Oleh kerana dia seorang guru , banyak juga anak anak murid nya patuh dengan caranya beribadah dan pada perintahnya…
Maka teringat dia nak buat satu Fatwa:
“ Kita ini sebagai seorang Islam kena banyak berwaspada dalam menjaga ibadah kita, bila dah sampai satu tahap macam kita ini, lagi lah kita lebih waspada…kadang kadang benda yang kita nampak halal, tetapi dari satu sudut kita nampak ada macam tak halal, jadi dalam keadaan begitu elok kita tinggalkan sebab ada waswas padanya…halal pada orang, tapi haram bagi kita…
Begitu juga bila kita nak buang air besar dan kecil, jangan sekali kali kita mengadap kiblat…bagi orang dah kahwin berhati hati…bila kita kencing mengadap kiblat bahaya besar…yang dah kahwin maka gugur talaknya…dia kena ceraikan isterinya…jadi berhati hati lah…bab ini…
Anak anak muridnya yang berada di situ semuanya yang dengar, termasuk Ahmad Buang mengangguk kepala tanda setuju…
Melihat itu. ..guru itu senyum dalam hati…Insyaalah akan berjaya pelan jahatnya.
Maka menjadi satu kerja pula guru itu untuk mengintip Ahmad Buang…
Pada suatu hari nak jadikan satu kisah, terjumpa lah guru itu akan si Ahmad yang biasanya cukup berhati hati, tapi hari itu terlupa pesan gurunya, lalu kencing menghadap kiblat….
“ Ha...Sekarang ini apa kau telah buat Ahmad? Kau telah kencing menghadap kiblat…maka gugur talak lah kau...ikut hukum kau kena ceraikan isteri kau…” kata gurunya dengan begitu serious …
Ahmad Buang begitu kecut hatinya..maklumlah dia kena ceraikan isterinya yang paling dia kasihi…yang paling dia sayang…lebih lagi kasih sayang mana mana loving couple in the world...melebih loving couple Atuk Man dan Wan Je sendiri; melebihi Shah Jehan….
Cerita ini jadi buah mulut rakan rakan sepegajian…semua nya menyuruh dia ceraikan isterinya…
“ Tak ada jalan lain..kena cerai…ini fatwa guru…” kata seorang kawan` Buruk namanya.
“ Kau cerai tolak satu je…lepas edah nanti rujuk balik” kata Pandak pula…
Tekanan terlalu kuat…lama lama dia menghadapi gurunya, dia bawa isterinya bersama….sambil menangis dia melafas “Bismillahirrahmanirrahim..dengan ini saya Ahmad Buang bin Abdullah menyenceraikan isteri saya Junaidah binte Jonet dengan tolak satu….” Lafasnya di depan Gurunya…Dia menangis teresak esak…
Kemudian selepas edah isterinya…Dia ingin berjumpa isterinya untuk rujuk semula….tapi Ahmad terkejut bila isterinya dah berkawin dengan Gurunya…dia terlambat tiga hari...melepaslah…
Dia tetap jadi anak murid guru…”jadi anak murid lebih baik dari jadi guru…kalau mati, akan mati syahid kerana mati dalam mencari ilmu…” kata Ahmad dalam hatinya….
Lama kelamaan Ahmad sedar bahwa dia telah ditipu oleh gurunya...maka dia berazam nak kenakan gurunya…nak ambil balik bekas isterinya dengan cara yang sama macam gurunya kenakan dia…
Jadi dia ambil keputusan untuk mengintip gurunya pula…maka pada satu hari dia berjaya…hatinya melonjak lonjak kesukaan, macam kanak kanak lagaknya tak sabar sabar nak kenakan gurunya…peluang keemasan ini tak boleh di biarkan…sudah terbayang akan wajah bekas isterinya yang manis sentiasa melambang keriangan, senyuman yang tidak mengambar sedikit pun kesusahan…apatah lagi bila meningatkan saat saat kesoronokan bersama isterinya…
“Ha…Tuan guru...tak boleh elak lagi…sekarang saya sudah tangkap Tuan Guru sedang kencing menghadap kiblat…maka ikut fatwa Tuan Guru sendiri maka gugurlah talak semua isteri isteri Tuan guru”
Ahmad Buang rasa sungguh puas sekali dapat mentempelak Tuan Gurunya…rasanya selesailah segala permasalahannya. Dia rasa bersyukur sekali…
“He he he…” tergelak Tuan Gurunya…
“ Sebenarnya engkau silap…he he he..engkau nampak badan aku ini menghadap kiblat…heh heh heh tetapi sebenarnya”…
Apakah yang sebenarnya dikatakan oleh tuan Guru itu, sehingga bila di terangkan kepada Ahmad, Ahmad sungguh kecewa sekali dan tahu lah dia, sebenarnya sudah kalah teruk …kehilangan Isterinya ada lah permanent …harapannya untuk memiliki isterinya sudah hacur berkecai… Dia amat berasa kesal kerana tidak berguru dengan banyak orang…Ahmad sungguh kesal kerana tidak memikir banyak kali dan cuba mendapatkan nasihat orang yang berilmu terlebih dahulu sebelum menceraikan isterinya…apakah yang hujah gurunya?
Ikutilah dibahagian akhir cerita bab 26 ini….
Minggu ini Atuk Man bermula dengan slow phase sikit…pagi Isnin duduk ofis sekejab siapkan order barang barang yang perlu untuk kerja di Putrajaya, kerja kerja renovation…kerja kerja macam ini tak patut syarikat ini terlibat, kerja kerja tak sampai rm 200,000. kerja kerja kecil ini menyusahkan dan rumit, dan merosakkan nama baik syarikat sekiranya tak betul di pasang. Syarikat ini pernah mengendalikan kerja dalam satu kontrak melebihi RM100 juta.
Oleh kerana Wan je tak sihat, Atuk Man belari balik rumah sekejab lepas makan tengah hari hantar Maksu ke kolej dia…Akhir akhir ini Atuk Man bila bawa kereta di sebelah tengah hari dia mengantuk…sesampai Jejanjas Sg Buluh Atuk Man di nasihatkan oleh Maksu pergi beli kacang untuk di kunyak agar tidak mengantuk…tiba tiba terdengar Maksu terjerit “Ayah!”
Atuk Man tersedar dari terlelap dan dapati dua tiga inchi lagi akan terlanggar railing tepi jalan kat jejantas itu…
Kadang kadang Atuk Man teringat ini balasan Tuhan juga. Dulu Atuk Man selalu komlen pasal drivernya, Yob, selalu mengantuk bila bawa kereta…pernah dekat trafik light … dia berhenti kerana lampu merah menyala. Namum selepas itu bila lampu hijau kereta di sebelah kanan semua dah berjalan dan tiba tiba hon orang belakang berbunyi ,rupanya Yob tertidor.!
Kadang kadang Atuk Man tenguk lututnya bergerak gerak. Itu tanda dia mengantuk …Atuk Man hantar SMS pada kawan yang kenal dia , kadang kadang Ayoh Wang sendiri” Tolong telifon Yob, dia mengantuk”. Kejab lagi telifonnya berbunyi dan dia bercakap, hilang ngantuknya.
Patut umur macam ini lah di bagi driver…KC dia sendiri tak pakai driver susah lah ..Tak macam syarikat di bawah SC dulu, semua GM ada driver.
Sebenarnya Atuk Man bila berkerja masa umur 27 tahun lagi sudah ada pemandu. Masa itu, umur semuda itu AtuklMan sudah menjadi General Manager dan CEO syarikat anak kepada satu Syarikat yang terlibat dalam pemerosesan makanan .
Atuk Man masih ingat segar dalam ingatannya kilang di Pantai timur, pekerja semuanya 400 orang hampir 90 % adalah perempuan anak anak muda dari kampong sekeliling…
Atuk Man di bantui seorang manager dari India dan seorang jurutera tempatan dan beberapa orang supervisors dan foreman dan chargemen.
Ofis Atuk Man berjauh sikit dari kilang. Atuk Man memang mengamalkan pengurusan yang ketat, namun polisi Atuk Man kerja tetap kerja tapi lepas kerja dia sebagai kawan…Dia bermain bola dengan perkerja dia juga dilantik oleh orang tempatan sebagai ketua Pemuda di kawasan itu, namum tumpuan bukan kepada politik sangat lebih kepada kebajikan...
Ajk Atuk Man banyak menganjurkan class tuition dan lain lain aktivity termasuk, menubuhkan Tabung Pelajaran, dan menguruskan pasukan bola…dalam tahun itu juga pasukan pemuda jadi juara bola. Sejak merdeka lagi mereka tak pernah menang sebagai jaguh di kawasan itu…Nama Atuk Man naik serta merta dan pihak pemuda bahagian ingin Atuk Man masuk jadi AJK bahagian ,namun Atuk Man tak mahu…
Atuk Man adalah satu satunya anak luar yang pegang Ketua Pemuda.Tak pernah berlaku., sebelum dan selepas itu hingga hari ini.
Di kilang Atuk Man tetap strict dan setiap pagi sebelum masuk kerja di adakan pembarisan, menyanyi lagu syarikat yang perkerja sendiri cipta dan senamam. Pandang ke tumur dibuat sebelum kerajaan buat polisi pandang ke timur.
Memang perkerja gerun teguk Atuk Man…Nampak saja bayang Atuk Man nak masuk kilang semua orang dalam kilang akan terdiam senyap sunyi , ibarat kalau jarum jatuh akan kedengaran.
Tapi mereka tetap sayang pada Atuk Man, termasuk lah kaum pemuda kawasan itu.…kerana keadilan dan keprihatinan terhadap hal ehwal perkerja…
Kepada Wan Je sendiri Atuk Man banyak terhutang budi dengannya kerana secara tak langsung Wan Je jadi PR kepada Atuk Man…Dia jadi tumpuan kaum wanita di situ. Tiba tiba dia di lantik jadi setiausaha WI.. ..maka hingga budak budak pun kenallah dengan Kak Je…
Walau macam mana pun ada juga tersibar berita Atuk Man dengan seorang gadis kilang…Mereka kata gadis itu memang lawa…tapi Atuk Man kalau di tanya orang dia kata “yang mana satu ni ?, yang lawa macam mana, cuba tunjuk kat saya?”.
Akhirnya cerita sampai juga kat telinga Wan Je …Wan Je pun banyak gadis gadis kilang yang rapat dengannya…tapi Wan Je seorang yang tak ambil kisah cerita cerita itu…hingga satu hari isteri seorang menteri pun mendengar cerita itu dan sendir Wan Je…tapi Wan Je sporting…
Kalau nak ber- girl -friend tak payah dekat situ…kat KL apa kurang...tiap tiap dua minggu sekali Atuk Man akan pergi bermesyurat… baik ada girl friend kat sana tak ada orang tahu pun kalau nak…tapi Atuk Man fikir itu cuma kerja yang sia sia ..buat apa nak belanja pada girl friend, baik lah beli mainan dan baju untuk Along , Angah dan Abang lagi bagus…( masa itu Abi dan Maksu belum masuk book lagi).
Maka genab lah Atuk Man meneraju syrikat berkaitan hingga 5 tahun lamanya bila crisis timbul iaitu perbezaan pendapat dengan Pengerusi Syarikat, orang nya kalau disebut semua orang kenal kerana dia adalah ‘very controversial figure nationally and internationally”.
Atuk Man di pindahkan meneraju syarikat baru iaitu bertempat di Pinang…melibatkan perlaburan 30 juta ringgit pada tahun 1979.waktu itu umur Atuk Man sudah meningkat 30 tahun.
Keputusan itu mengejutkan ramai orang; pihak kilang dan masyarakat setempat memang terkejut.
Bila sampai hari untuk buat hand over tugas kepada wakil Syarikat Induh dari Kuala Lumpur menjadi kecuk…semua perkerja mogok tak mahu berkerja….
Akhirnya terpaksa buat kali kedua dalam hidup Atuk Man berhadapan dengan keadaan begitu ..mereka di panggil berkumpul oleh Atuk Man di tempat mereka berkumpul setiap pagi…Atuk Man berucap….berucap ikut apa kata hati…
“ Kepada kamu semuanya…kamu hari hari menyanyikan lagu syarikat ini ..dan apa kah makna seni kata lagu itu…pegang kuatlah padanya…Semua orang tahu macam mana saya menghabis kan masa saya untuk memajukan syarikat ini….
Pernah saya kena pergi Afrika untuk pergi beli bahan mentah untuk kegunaan kilang ini, dan demi untuk menjimakkan wang syarikat saya pergi dengan tambang murah naik kapal terbang Russia, orang lain akan naik Mas tambang yang mahal dan selesa kalau mereka pergi luar negeri..dan kamu semua pernah kah tenguk saya ambil cuti tahun pergi makan angin dengan anak isteri….Saya memang tak ada masa untuk itu semuanya…. Dan pada hari ini kamu semuanya hendak mogok dan musnahkan semua usaha saya …adakah ini cara kamu semua nak balas budi saya kepada masyarakat di sini?
…Kamu semua kata sayang pada saya…tapi kalau cara ini kamu bertindak bukan sayang namanya…Saya memohon semua masuk kerja balik dan terus berusaha tak kira siapa yang ganti saya…”
Mereka dalam keadaan menangis beredar dan masuk semula berkerja…
Ada di antara kawan kawan yang aktif dalam pemuda berkata sekiranya Atuk Man menerima tawaran jadi AJK Pemuda Bahagian Atuk Man tak akan di tukar…tapi Atuk Man telah mendapat pesanan dari seorang timbalan Menteri ( dah arwah) waktu itu suruh Atuk Man ikut arahan tukar, satu hari nanti pihaknya akan membantu Atuk Man kerana jasa Atuk Man…
Memang lepas itu Timbalan Menteri itu jadi kawan baik Atuk Man.
Dari situ juga mula satu perkenalan yang amat bermakna hingga kini buat Atuk Man kerana berputiknya perkenalan dengan seorang, waktu itu dia Menteri dan sekarang bekas Menteri…
Dan ada cerita di sebalik peristiwa sebelum itu…memang di kilang itu perlu pemandu pemandu keenderaan kilang, termasuk pemandu Atuk Man. Datuk Menteri ini telah mengemukakan nama seorang yang di rekomen oleh orang politik dari kawasan tersebut…
Pengarah Urusan di Kuala Lumpur sudah menghubungi Atuk Man suruh ambil orang tersebut…namun budak budak kilang dapat tahu, mereka membantah dan melarang Atuk Man supaya jangan ambil kerana rekod orang itu tak baik dan takut anak gadis di kilang jadi mangsa…
Atuk Man kebetulan kenal OCPD daerah itu lalu memohon beliau bagi satu penilaian terhadap pemohon itu ..dan beliau mengeluarkan satu lapuran yang memang tidak baik…
Bila Atuk Man di tanya oleh i Pengarah Urusannya Atuk Man sudah sedia jawapannya “ Tidak boleh Encik, orang ada rekod tak baik saya ada lapuran polis’
” ok kalau macam itu tak payah…” selesai satu masalah
Hingga kini walau pun Atuk Man rapat dengan bekas menteri itu namanya Datuk Munir, namun tak pernah lagi Atuk Man buka cerita ini…
Namun apa pun kesahnya bekerja di tempat itu, sebenarnya ada benda yang ajib berlaku…pada tahun 1997 Angah berkawin di UK, suaminya berasal dari kampong kilang itu di dirikan...masa pertemuan pertama dengan Angah mereka mengenalkan diri masing masing dan timbul lah cerita Angah pernah tinggal di kampong itu dan sekolah Tadika di situ..masing masing keluarkan gambar...ada satu gambar beramai ramai dan masing masing tunjuk diri masing masing .dal;am gambar itu. Masa itu Angah dan suaminya duduk sebelah menyebelah… Wan Je masih ingat zaman itu Angah memang suka naik vespa seorang dimana sekarang ini jadi bapa mertuanya.!
Mereka memang tak menjangka juduh mereka. Ini lah dia Kekayaan dan Kesempurnaan Tuhan, Dia yang maha merangcang, manusia tak merancang Allah yang merancang! Atuk Man dan keluarga di gerakkan Allah untuk kesana atas rancangan rezeki Allah dan dalam proses itu Dia kenalkan angah dan suaminya lebih awal dan tidak seorang pun menjangkanya…
Berbalik kepada Datuk Munir .Atuk Man rapat dengan dia setelah di bergelar bekas Menteri. Dia yang Atuk Man pernah ceritakan iatu seorang bekas menteri bergelar Datuk, Dia tak pernah nak sebut datuknya, lebih lebih lagi bila telifon orang , jadi susah juga orang di buatnya. Bila telifon dia kata:
“ Ini Munir cakap”
“ Munir mana?”
“Munir mana lagi, Munir lah! Mana ada Munir lain lagi”
“Oh Datuk Munir, bekas menteri orang ganu tu ke yang tak reti pakai kain semuta tu?” itu kebetulan kalau Atuk Man yang jawab, kadang kadang Datuk tu telifon ajak dia makan lepas sembayang jumaat di restaurant Bonda di Kampung Pandan. Memang Atuk Man smashed dia dulu sebelum Datuk sempat smash dia.
“ Ya lah…Munir mana lagi… kamu pun satu, tak reti reti, semuta tu orang Besut pakai orang ganu kata kain batik barat .” jawab Datuk sambil tergelak besar..
Angah singgah sekejap bila balik dari hari pertama di Hospital Sg Buluh. Dia bagi tahu maknya, hospital itu klass tiga pun air con…dan bilik ICU kalau ada sunami lagi akan muat menampung kecemasan sunami…
Itulah yang menyeronokkan maknya Wan Je, anaknya sempat singgah kat rumah …memang lah Atuk Man berdua tak akan puas dengan anak anaknya walau sudah berumur..macam angah dah 34 tahun namun rasa dia baru semalam lahir…
Macam angah mereka cuma dapat hidup serumah selama 17 tahun lepas itu dia dah berjauhan dan lepas dia berkahwin dalam usia 22 dia dah berjauhan selama 7 tahun tahun…Abi pula dah berjauh masuk ke tahun kempat.
Hari ini Selasa, Liyana dan Zulaika pindah ke tadika dekat kat rumah. Liyana jadi sasar mak mak kanak kanak yang lain…semua takjub tenguk Liyana yang kulit putih melepak, lebih tinggi dari budak budak yang sebaya dengannya dan semua memuji dia cantik dan ada berpesan dengan Wan Je kena lebih jaga dia , tunggu dia besar sikit lagi…
Cuma Wan je hanya berdoa semuga cucunya di jaga oleh Allah jua.
Berbalik kepada cerita Ahmad Buang dengan Gurunya…apa kah hujah yang di bagi oleh oleh guru si Ahmad sehingga Ahmad menghentakkan kepalanya hingga pengsan?
Gurunya berkata “betul lah kau nampak aku mengadap kiblat..yang kau nampak badan aku menghadap kiblat tapi anunya ku alihkan ke kanan …itu kau tak nampak….”
Maka menang lah gurunya…. Pengsan lah si Ahmad… kerana kebodohannya hilang terus isterinya yang lawa…
WASALLAM
Tuesday, June 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam atuk...
disebalik kejayaan seorang lelaki, ada berdiri dibelakangnya seorang wanita, dan disebalik kegagalan seorang lelaki, jua ada berdiri dibelakangnya seorang wanita
....tengah weng lagi...thumb up untuk wan je :)
mualaikumsalam. Ya...kalau kejayaan wanita pula bagaimana agaknya dengan kedudukan suaminya...di depan ke dibelakang? maksudnya Menteri menteri wanita tulah hehehe... macam Atuk man pernah kenalah " Itu suami Puan Je?"...walaubagaipun...wan je masih weng juga...pagi ini jam 6.30 pagi hari jumaat 2 biji penadol dah di telan...
Post a Comment