Tuesday, April 29, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 5)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallam wabarik ‘alaa Muhammad ninnabi ‘iluummi
Wa ‘alaaa alihi wasabihi wasallam.

Suhuu wahdah bil kasrah, suhuu kasrah bil wahdah

pandang yang banyak nampak yang satu ..pandang yang satu nampak yang banyak.

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian5)


Atuk Man dan Wan Je dan tiga orang cucunya kebetulan dapat tempat duduk yang menghadap ke depan. Wan je tak boleh duduk di atas kerusi yang menghadap ke belakang. Atuk Man tak apa, orang hakikat memang ‘berjalan ke belakang’…

Komuter yang di naiki dah mula bergerak laju dan dah mula kedengaran bunyi roda roda gerabak gerabak berlaga dengan rail dan join join rail …”kelepap.. kelepit.. kelepuk”…”kelepap.. kelepit.. kelepuk”.. …”kelepap.. kelepit.. kelepuk”…”kelepap.. kelepit.. kelepuk”..makin rancak bunyinya.

Atuk Man berkata dalam hatinya:” kereta api dah memulakan zikirnya” bunyi nya macam orang beratib “Laa illaha illallah!…Laa illaha illallah!…Laa illaha illallah!”

Atuk Man pun ikut beratib dalam hatinya “Laa illaha illallah!..Laa illaha illallah!...Laa illaha illallah!...Laa illaha illallah!...Laa illaha illallah!..Laa illaha illallah!” mengantikan bunyi dan menikut rentak …”kelepap.. kelepit.. kelepuk”…..


Dalam asyik beratib dalam hatinya , tiba tiba kalimah “Laa illaha illallah” itu mengingatkan Atuk Man pada Arwah guru dia.

Masih jelas lagi ingatan Atuk Man bila Arwah gurunya duduk di porch rumah terrace kat Kelana Jaya, yang di sewa Atuk Man sekitar tahun 1990.Gurunya yang kebetulan turun dari Kuala Trengganu dan tidur semalam di rumah Atuk Man di temani “pembantunya” Ayoh Wang. Waktu itu dah hampir jam 9.30 malam,lepas isyak dan dah makan malam berlaukkan ikan singgang kegemaran Arwah.

Gurunya memang jenis orang yang sentiasa sibuk dengan urusan dengan Tuhannya. Waktu macam ini bagus kalau nak korek korek ‘rahsia rahsia ketuhannan’ dari dia.

“ ustaz, kita ini sebenarnya tak wujud..ya?” Atuk Man mula menggali supaya terkeluar mutiaranya.

Laa illaha illallah …” Ini lah rahsianya. Guru mula beri keterangan.

“La’ di sini ada unsur sifat nafi…tiada…Tuhan sebelum mengenalkan diri atau menimbulkan diri Dia, Tuhan terlebih dahulu menafikan wujudnya tuhan(benda benda) yang lain.Tuhan (benda benda) yang lain tak wujud…Setelah menafikan semuanya baru di timbulkan diri Dia…”

“Allaaaaah!” terjerit Ayoh Wang dengan tiba tiba ..Dia dalam keadaan sebak dan menggugu menangis teresak esak. Bagi Guru dan Atuk Man keadaan begini sudah biasa. Biasa sekali.

Ayoh Wang memang ahli hakikat yang sudah sampai ke haqqul yakin yang sebenar dan guru menghormatinya.Ini kelebihan Ayoh Wang mendapat kurniaan dari Illahi…Dalam sembahyang pun begitu lakunya..Dia sudah macam air batu cair dalam air…

Mereka hanya tunggu sampai zauq Ayoh Wang reda…Bila tersentuk saja bab bab yang menuju ke murchu ke zat Tuhan akan buat dia jadi begitu.

Pernah sekali berlaku dalam kereta dan dia yang memandu, tiba tiba dia datang zouq. Waktu tu guru pun ada bersama. Kami biarkan saja hingga dia reda...

"itu urusan dia dengan Tuhan Dia" Kata Guru yang selalu menggunakan perkataan itu, lebih lagi bila seorang murid nya masih lagi mengerjakan sembayang sunat, sedang orang lain menunggu untuk memulakan satu majlis kecil di surau guru.

“Kita akan tanya siapa doctor yang terhandal sekali? Kita kata Allah, Saintist yang paling pintar? Allah. Pencipta atau designer yang paling creative? Allah. Politikus yang paling bijaksana ? Allah.” Guru meneruskan bila mula keadaan reda..

“Kalimah ini di susun begitu rupa mengambarkan politik atau Kebijaksanaan Allah SWT maha hebat…

Allah tidak terus membuat deklarasi atau mengatakan bahawa Dialah Tuhan semesta Alam yang sebenarnya…

Sebaliknya Dia menafikan yang lain dulu dengan memulakan dengan perkataan "tiada"…Disini terletak satu rahsia untuk orang menuju ke makam muqarabun...

Sebelum dapat di teruskan elok perhatikan kisah bagaimana Nabi Ibrahim mencari Tuhan…

Cerita Nabi Ibrahim mencari Tuhan, bukanlah saja-saja Allah nak sebut( nak reka) dalam Al Quran, tanpa diadakan sesuatu ilmu di sebaliknya untuk manusia tahu. Sedangkan Nabi Ibrahim memang Allah nak jadikan Nabi tetapi kenapa Tuhan buat dia 'teraba raba' mencari Tuhan, kalau bukan untuk kita merenung dan cungkil ilmu dari situ?

Falam-maa janna ‘alayhil-laylu ra-‘aa kaw-kabaa. Qaala haazaa Rabbii. Falam-maaa’afala qaaala laaa’uhib-bul-‘aa-filiin (surah 6 -76).


Ketika malam telah jadi gelap,dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "ini lah Tuhanku”. Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata "saya tidak suka pada yang tenggelam”


Falam ma raa ‘alqamara baazi -gan qaala haazaa Rabbii- Falam-maaa ‘afala qaala la-‘ilam yah-dinii Rabbii la-‘akuunanna minal-qawmiz zaalliiin(surah 6 -77)


Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata “ini lah Tuhan ku” tetapi setelah bulan itu tenggelam dia berkata:”Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku,pastilah aku termasuk orang orang yang sesat”.


Falam maa ra-‘ash-shamsa baazi-gatan qaala haazaa Rab-bii haazaaa ‘akbar. Falam-maaa’afalat qaala yaa- qawmi ’innii barii-‘um mimmaa tush-rikuun(surah 6 -78)


Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar”, maka tatkala matahari itu telah terbenam, dia berkata: “Hai kaumku,sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.


Innii waj jahtu wajhiya lillathii fataras samawati wal-‘arza haniifanw wama ‘ana minal mushr- rikiin. (surah 6 -79)


Sesungguhnya aku menghadap diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cendorong kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang orang yang mempersekutukan Tuhan.


Sifat nafi Laa illaha ….terjemahan biasanya, tiada tuhan yang lain

Maksud tuhan yang lain siapa? Ini kita kena faham

Pertama Nabi Ibrahim tenguk bintang, bulan dan matahari….akalnya menolak , semuanya bukan tuhan …tetapi ada orang menjadikan bintang, bulan, matahari, sebagai tuhan dan menyembah nya ..

Kemudian cerita firaun …manusia.. juga orang menyembah dia sebagai tuhan…ini setelah firaun mengaku dirinya tuhan (ego firaun)

Lembu pun di jadikan Tuhan oleh setengah orang..

Patung patung yang di perbuat dengan tangan mereka sendiri dan di perbuat dari bahan yang sudah ada, pun di sembah sebagai tuhan..

Di kalangan manusia telah menjadikan semuanya; bintang, bulan, matahari, api,air ,angin,tanah, patung patung (jenis benda benda yang sedia ada dan di reka oleh manusia jadi patung), binatang dan juga manusia di jadikan Tuhan..ada di adakan isteri dan anak Tuhan…Semuanya ini adalah makluk makluk dari kejadian Dia, ia-itu semua makluk itu terjadi terlepas Wujud Allah yang Wujudnya tersendiri, tidak bermula….

Sebaik sebaik jalan untuk benar benar faham (bagi orang hakikat) ikut cara bagaimana Allah menyusun kalimah itu.. nafikan dulu iaitu kita tanya, bintang tuhan? Bukan ! bulan tuhan? Bukan! , matahari tuhan? Bukan!, patung patung dan benda benda seperti kayu, besi, mas, perak tembaga tuhan? Bukan!, lembu atau binatang binatang tuhan? Bukan! Api ,air, angin, tanah, tuhan? Bukan! Manusia i tuhan? Bukan! Diri kita sendiri tuhan? Bukan! Semuanya bukan! bukan! bukan! bukan! bukan! bukan!

Semuanya benda benda termasuk diri kita, Laa! tiada ,tiada … tiada , Hakikatnya semuanya tak wujud !

Melainkan Allah sahaja yang wujud ..hanya Allah ! Allah ! Allah ! Allahu akbar!


Seolah olah Allah itu di keliling oleh ‘benda ciptaanya’,dari cekarwala,outer space, galaxy bintang bintang, planet, planet , mata hari bulan makluk makluknya yang lain pokok, binatang, unggas, angin, air, api, tanah dan manusia sendiri serta makluk halus- oleh adanya benda benda ini jadi tak ‘nampak “ Dia.


Untuk nampak Dia kena tolak tepi ‘’benda benda ciptaannya itu ” satu satu yang “melindungi pemandangan kita ’ kepada dia; sehingga habis semua di tolak tepi, barulah nampak ada Dia. Benda benda ini telah menyilau pandangan mata hati kita kepada Dia. Sudah ‘hilang kabus’ nampak lah Dia.

Seperti seorang melihat air yang tenang dan jernih di tasik Banding, di Grik Perak, tak nampak ikan di dalam nya kerana di ternampak bayangan ( reflection) pokok pokok di dalam air.

Atau satu contoh yang lain; satu ketul emas yang tenggelam dalam tanah. Nak dapatkannya kena gali, keluarkan tanah, batu, lumpur, pasir, baru kita ketemui . Se sudah itu di ketepikan semua yang melindungi dan buang yang tak berguna yang menghalang untuk nampak kiluan emas itu.. Baru kita dapat akui itu emas.

Tuhan tidak ghaib tapi kenapa kita tak nampak tuhan?

Pasal kita di hijab, yang paling utama yang menghijap Nya ia lah diri sendiri yang sentiasa mengata .aku..aku..aku.. yang kalau tidak di ketepikan ‘aku ini” tak nampak Tuhan dan kita jatuh syirit pula kerana mengaku aku berkuasa- aku yang buat itu..kalau bukan pertolongan aku dia tu tak naik pangkat… aku punya duit ..aku punya..rumah …aku aku aku… “ jelas guru.

“Saidina Ali dan Penglima Khalid bin Walid telah di beri ‘takdis’ oleh Jujungan Besar kita untuk di amalkan
.

Takdis ini adalah penafian adanya yang lain lain, seperi wakil, wazir, nazir sekutu sekutu; untuk memantapkan imam dan memupuk Haqqul Yakin.” Terus guru lagi:

“Laa didlala, wa laa niddala, wa laa jaurala
wa laa syiibhala, wa laa haddala, wa laa ’addala
wa laa mith lala, wa lakufwala, wa laa nadzirala
wa laa wa dzirala, wa laa syarikala.”

Sedutan dari kitab Al-Hikam:
Sinar matahati itu dapat memperlihatkan kepadamu dekatnya Allah kepada mu. Dan matahati itu sendiri dapat memperlihatkan kepada mu ketiadaanmu kerana wujud (adanya) Allah, dan hakikat matahati itu lah yang menunjukkan kepadamu,hanya adanya Allah,bukan ‘adam (ketiadaanmu) dan bukan pula wujudmu.


Telah ada Allah, dan tiada sesuatu di sampingNya, dan Ia kini sebagaimana adaNya semula.

Demikian lah contoh maqam fana’, tiada melihat sesuatu kecuali Allah. Bagai seorang di dalam gedung(rumah), kemudian ia mengisi rumah dengan segala perabot dan boneka dan patung, lalu ditanya: Siapakah yang ada dalam di dalam gedung itu? Jawabnya: Hanya ia seorang, yakni semua boneka dan berhala itu tidak dapat disebut sebagai teman atau kawannya.Demikian orang ahli hakikat tidak melihat adanya sesuatu yang dapat di sebut di samping Allah.


Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.

“Macam mana kita nak tenggelamkan diri ustaz? “ Tanya Atuk Man
Guru tak jawab, dia pandang kepada Ayoh Wang.

“Kalau semuanya yang ada ni kita hancurkan ,lumatkan macam jadi tepung roti canai, lepas tu kita gumpal jadi bulat , tak ke dia jadi satu? Dan dimana benda benda tu semua termasuk diri kita? Bukan kat semuanya dah jadi satu”…Terang Ayoh Wang..
‘Air batu masuk dalam air apa akan jadi? Cair bukan ? dimana air batunya?”

Waktu itu tahun 1990, bagi Atuk Man, bab yang paling sukar , kena cari swis nya…Bab ini kena tanya guru seorang seorang….

Itu belum masuk bab "Laa haula wala quwwata illah billahi" yang seiring jalan dengan “Laa illaha illallah”


Komuter masik bergerak laju…Atuk Man meneruskan ratibnya dalam hati “Laa illaha illallah!..Laa illaha illallah!...Laa illaha illallah!...Laa illaha illallah!...Laa illaha illallah!..Laa illaha illallah!” menikut rentak … "kelepap.. kelepit.. kelepuk”…..


Atuk Man teringat lagi:

Sejak berguru dengan Arwah tuan Gurunya di Kuala Trengganu, banyak juga amalan amalan, ada jenis doa, selawat selawat, ada jenis di panggil takdis yang diturunkan oleh Arwah kepada Atuk Man. Hampir 50% yang di salin dapat di hafal dan di amalkan setiap hari yang lain walau pun masa mengambilnya dapat di hafal namun sebab tak di buat hari hari jadi terlupa balik. Bila Atuk Man teringat rujuk balik.

"Betul kita sudah berzikir dalam hati, tapi lidah kita juga nak kan haknya" . Guru mengingatkan. Ada di kalangan orang hakikat meninggalkan amalan jenis bacaan macam ini.

Segala catitan kebanyakkan nya dalam tulisan Arwah sendiri.. Arwah gurunya bertahu apa yang di bagi adalah mutiara mutiara. Orang Alim Alim mengamalkan yang mutiara saja. Kalau kita tak minta jarang dia orang nak bagi takut di sia siakan, biasa lah-simpan dalam almari tak mahu di amalkan, tunggu dulu.... kemudian ingat semula nak amalkan bila orang dah usung ke kubur.

Ada seorang kawan, anak murid guru membukukan amalan guru. Atuk Man ada satu salinan, Dia bawa ke Makkah masa menunaikan haji dulu. Bagi anak anak satu salinan tapi masuk dalam almari juga.

Itulah kita tak hairan makin hari makin terpupus 'mutiara mutiara Islam' pasal banyak alim alim kita sudah tiada. Itu lah orang Islam tidak di geruni lagi oleh orang kafir!

Guru berpesan, boleh di bagi kepada orang lain syarat diri sendiri mesti amalankan dulu dan bila sudah jadi darah danging baru lah boleh di bagi pada orang lain.

Itu pun kena tenguk dulu. Nak bagi pada orang lah yang jadi masalah.

” Ibarat bagi rantai mutiara pada kucing, apa kucing tahu? Kucing itu akan sia siakan saja. Nak bagi kepada orang yang betul betul nak amalkan saja”. Pesan gurunya.

jangan bagi kepada orang yang banyak persoalkan fadhilat sesuatu ayat, jangan bagi mereka.Tak apa tak bagi... Ini pesan guru saya. Guru saya kata tak berdosa kalau tak bagi apa apa kepada orang yang bertanya "apa fadhilat ayat ayat tertentu". Jelas, jangan kita sesatkan mereka, nanti pada fikiran mereka ayat tersebut yang ada kuasa, bukan Tuhan, akhirnya membawa syirik kepada orang itu, siapa yang berdosa?” Kata guru Atuk Man.

Mesti istiqomah dalam amalan, Imam Ghazali ada cerita bab seorang murid miskin hanya di ajar oleh gurunya : “Bismillahirrahmanirrahim.” Dia haqqul yakin dan istiqomah mengamalkannya, ahkirnya, satu hari bila terdesak untuk menyeberangi sungai yang lebar, dia boleh jalan atas air,.

KL SENTRAL …. KL SENTRAL …. KL SENTRAL ….

Atuk Man tersedar dari lamunan nya.

“Dah sampai…” kata isterinya. Mereka berlima pun siap siap nak turun.


Wassalam.





.

Sunday, April 27, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 4)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

PERJALANAN HAKIKAT .(Bahagian 4)

[Bunga paku dalam paku
Paku datang dari seberang
Cari Aku dalam aku
Aku berselindung dalam terang-disumbang oleh Abang Jalil Bachik , Melaka)


Kapal Singh akan terus membantah pembentukan Negara Islam di Malaysia . Pelembagaan Malaysia memperuntukan Negara secular, walau pun Islam ugama resmi, kata Kapal seperti lapuran NST hari ini.

Tersentak juga hati Atuk Man membacanya.

Kereta Citra yang di pinjam dari anaknya meluncur laju, menuju ke Shah Alam. Isteri Atuk Man, Wan Je, yang memandu. Atuk Man jadi penumpang duduk di sebelah kiri dengan kepala di sandarkan ke head-rest sambil matanya memerhati pokok pokok kelapa sawit di sepanjang Lebuh Raya Guthrie menghala ke bukit Jelutung.

Atuk Man pergi ke Shah Alam nak bertemu student UiTm yang nak menyewa ‘condo blok crystal’ di pinggir kampus UiTM. Kondo itu anaknya beli. Dia hanya tolong uruskan kerana anaknya tak ada di Malaysia.

“Sebenarnya salah kita orang Islam tak hendak mencabar kes ini ke Mahkamah” Fikir Atuk Man bila terbaca berita itu di halaman dua NST.

“Apa yang kita perlu buat ialah cari seorang’pesalah yang insaf’ supaya mencabar mahkamah agar dia di bicarakan mengikut peruntukan dalam Islam atas fahaman Islam adalah ugama Malaysia.” Fikir Atuk Man lagi.

Atuk Man mendengar bunyi deru ‘’Hu..Hu..Hu” dari tayar kereta. Dan dia faham.Tayar kereta pun berzikir, macam..pokok pokok haiwan..kerebau..lembu..burung burung.. .katak...serangga.. malah ..angin. hujan guruh .. apa saja ...semua kejadian Allah ..termasuk kejadian melalui tangan manusia seperti engine kereta …berzikir. Zikir engine kereta,… Huu…Tayar berzikir, Huu..Huu, ,. Huu....Angin air con yang keluar dari grillenya kat desk board, pun berzikir…huu…huu…huu

Kata Tok guru Atuk Man… “Hu” itu sebenar nama Allah yang tersembunyi...Saya izinkan, kamu amalkanlah”

Guru itu tinggal di Kuala Pilah, berpesan jangan sekali tinggal zikir kerana bila kita tak berzikir ,waktu itu syaitan akan masuk.

Arman ,kawan baik Atuk Man, yang memperkenalkan guru itu untuk memberi ’ijazah’ kepada Atuk Man waktu itu.(Sebelum itu Atuk Man sudah faham sikit hakikat, sudah ada asas, tapi tak ada guru yang ‘bertauliah’ untuk beri ijazah, jadi Arman kenalkan kepada guru ini).

Arman berkata "Ustaz, masa kita sedang uugg uugg pun kita kena zikir juga “

“Yaaaa!” Guru itu jawab bercampur geram, pasal Arman suka berseloroh …


Atuk Man pun sama berzikir mengikut bunyi tayar…Hu Huuu dengan nafas di hembus keluar, itu lagi satu kaedah zikir yang di pelajari.. .Itu lah kelaziman Atuk Man bila naik kereta, dia amat sensitive dengan bunyi… sekejap tadi ada lampu signal ke kiri yang di pasang oleh Wan Je berbunyi.. tik… tok …tik… tok.. tik… tok..Hati Atuk Man pun secara otomatik mengatur zikirullah…. Allah Hu Allah Hu ..Allah Hu mengikut rentak bunyi tik tok tik tok bunyi lampu signal….

“Perlembagaan kita pasal 3-1( article 3-1), jelas menyatakan: Islam adalah ugama Negara Malaysia .Lain lain Ugama boleh(dalam bahasa Ingerisnya 'may') di amalkan secara aman.Peruntukan ini dah hampir serupa declarasi Medina. Islam adalah Ugama di Medina, tapi ugama lain di benarkan juga !

Banyak lawyer termasuk seorang kawan Atuk Man, Datuk Munar seorang lawyer, tapi dah tak praktis lagi , berkata, itu hanya statement, tidak ada kuasa untuk perlaksaan (enforcement). Tidak ada klousa perlaksanaan selepas pasal 3-1 di peruntukan.

Tapi kita kena pandai berhujah. Bila sebut Islam, kita kena tanya balik dan dapatkan pandangan mahkamah, dengan meminta adakan ‘bicara dalam bicara’, apa itu Islam?; Kita faham bahawa Islam asasnya AlQuran. Kita kena pergi mahkamah tunjukkan apa itu Al Quran dan apa isinya. Rasanya belum ada orang jadikan Al-Quran sebagai exhibit untuk penyokong hujah mereka dalam mahkamah.

Dalam Al Quran ada menyebut bila datang undang undang Allah semua undang undang buatan manusia gugur(batal).. . Kalau nak kan klousa seperti mana kehendak lawyer tadi , ini lah 'klousa' selepas pasal 3-1 perlembagaan kita yang tak payah di sebut dalam perlembagaan (silent and understood) yang boleh di laksanakan”

Jadi konklusinya perlembagaan Malaysia yang mengatakan Islam adalah Ugama Negara Malaysia, sebenarnya telah meletakkan undang undang Islam di atas nya, kalau mahkamah setuju Al-Quran adalah 'part and parcel' of Islam, dimana tanpanya tiada perkataan Islam”..

Penghujahan Atuk Man dalam dirinya terhenti tiba tiba.

Dia terdengar seorang ustazah dalam radio klasik national berceramah tentang banyak gadis Malaysia jadi mangsa sindikit dadah antarabangsa. Penceramah mengaitkan dengan unsur semula jagi manusia yang ingin mencuba benda baru, seperti Adam dan Hawa tergoda dengan ajakan syaitan kerana ada unsur mahu mencuba benda yang baru- buah khuldi..…lalu Adam dan Hawa di keluarkan dari syurga dan di hantar ke bumi.

Atuk Man terus berkata pada isteri nya:

“ Banyak orang tak faham...sebenarnya Allah memang nak jadikan Adam sebagai Khalifah di bumi..Kalau tak di keluarkan Adam dan Hawa dari syurga dan hantar ke bumi Adam tak jadi khalifah dan tiada lah kita semua…semua kejadian itu sudah di rancang dan termaktub, buah khuldi itu hanya sebab menyebab saja . Dalam computer besar Allah semua sudah ada, Cuma menunggu masa saat dan ketikanya saja untuk di perlakukannya” Tiba tiba Atuk Man bersuara.

Isteri nya tak berkata apa apa… mereka pun sudah sampai ke pintu masuk ke condo tersebut...Wan Je angkat tangan kepada penjaga dan terus ke tempat letak kereta,.

Sampai kat letah kereta di besmen satu, telifon berbunyi ,Wan Je jawab: ”helo.. Mak cik ni…kamu sampai lepas asar? ok! ok! mak cik tunggu kat atas, dalam rumah..sampai nanti kamu ketuk pintu.” Atuk man dengar dialog isteri dan faham..

Atuk Man turun dari kereta dengan melafas" Bismillahirrahmanirrahim."

Ada masa Atuk Man tak melafaskannya, tetapi dia ingat terus ‘Allah’ dan ingat akan hakikat nya yang melangkah ada lah AfaalNya.

Kalimah Bismillah..amat penting; di riwayatkan, Saidinal Ali, pernah menerangkan kepada seorang sahabat yang bertanya bab Bismillah.. Beginda ambil masa sepanjang malam, itu pun baru mengupas bab “ba” pada permulaan Bismillah…

Sebenarnya bila sebut Bismillah, bermakna kita ‘meminjam’ nama Allah yang membawa erti ‘sifatnya’ juga..

Sebagai contoh, baru baru ini anak saudara Wan Je, isteri Atuk Man, sekarang bertugas di Jeddah, nama timbangan Atan, hantar email kepada Atuk Man:

“Pak Je kenal ke Arkitek Tengku Amar, Firm dia dapat projek di Mekah, tolong rekomen saya nak minta kerja dengan firm dia.” Atan bahasakan Atuk Man, Pak Je.

“Sebenarnya, Pak Je dah bertahun tak jumpa Tengku Amar. Kamu hantar saja email atau surat cakapkan kamu anak saudara Pak Je, Insyallah dia mesti ingat kat Pak Je” Pak Je email balik jawapannya..

Lebih kurang sama juga lah, bila Atuk Man membenarkan namanya di gunakan, seolah olah diri Atuk Man yang pergi sana menemui orang itu..

Kena faham benar benar signifikasi dan kaedah bila menyebut Bismillah...barulah ada kesannya.

Mereka naik keatas tingkat sembilan. Setelah buka pintu mereka pun masuk.Rumah itu kosong, baru siap awal tahun. Mereka berdua pernah tidur kat rumah itu bersama cucu cucu mereka, dengan bawa toto dan bantal, makan pergi kedai berhampiran, saja suka suka je.

Waktu asar lambat lagi, lagi setengah jam.Atuk Man pergi buka tingkat, angin menderu masuk ..Huuu, maklum tempat tinggi dan tingkap mengadap arah ke utara , walaupun terdapat rumah rumah dan deretan kedai kedai tapi tiada bangunan tinggi di situ yang menghalang laluan angin...

Atuk Man berdiri lama juga di tepi tingkap memerhati panorama di hadapan matanya, nampak horizonnya berbatu batu jauh nya sebelum bertemu kaki langgit. Kawasan boleh di katakan semua rata, di penuhi dengan rumah terrace dua tingkat, rumah kedai tiga tingkat, di sebelah kiri nampak seperti ofis mungkin berkaitan dengan Kampus UiTm.

Tak jauh kehadapan ada simpang empat, pertemuan jalan utara, selatan, timur dan barat. Sepanjang jalan itu penuh dengan berbagai kenderaan; kereta ,lorry, bus ,motor sikal, bersilih ganti...ada dari selatan nak keutara,dari utara nak ke selatan, dari timur nak kebarat, dari barat nak ke timur ..dari selatan ada pula beluk ke timur....masing masing dengan tujuan masing masing.. ada nak balik kerumah masing masing, ada yang baru keluar rumah nak ke Klang, ada nak ke seremban, ada juga nak ke kedai…

“Masing masing dengan urusan masing masing; ada kerana nak ambil anak tuition, ambil isteri, nak ke supermarket beri barang keperluan dapur. Ada yang nak ke Kedah besuk ada meeting, nak pergi dinner dengan kawan kat KL, berbagai bagai urusan “…Fikir Atuk Man

”Mereka yang dalam kereta itu, yang melalui simpang itu di saat ini, tahukah mereka bahawa mereka semuanya sudah di program, dalam computer Allah di Lahul Mahfus?. Mereka sedang di gerakkan memandu kereta dengan hala, tujuan dan urusan masing masing yang sudah di tentukan. Filem sudah lama di buat oleh pengarahnya baru hari ini di dipertuntunkan dan yang menyaksikan lakunan ini hanya Atuk Man seorang?

Subahanallah….hebat nya Tuhan ini”. Atuk Man terus memikir..adakah di kalangan mereka itu sedang mengingat Allah? Tuhan saja yang Maha mengetahui.

Kalau ada yang ingat Allah masa itu , adakah dia fakir Allah itu jauh dari dia “ God is watching us from a distance….seperti lagu Bette Mendler”?

Atau Allah itu tersangat dekat dan dengar bisikkan hatinya?

Ini di katakana:Suhuu wahdah bil kasrah, suhuu kasrah bil wahdah
., pandang yang banyak nampak yang satu ..pandang yang satu nampak yang banyak.

Atuk Man memandang, mengamati dan memproses semuanya yang ternampak di depan matanya; kenderaan yang sibuk, rumah rumah, rumah kedai pokok pokok yang hidup di tepi rumah dan jalan raya: apa yang di panggil pandang yang banyak ….bila di kaji dan diproses satu demi satu, hasilnya akan membawa kita balik kepada yang satu ia-itu Penciptanya Allah SWT. … Suhuu wahdah bil kasrah.

Ini tingkatan pertama yang mampu di lakukan oleh orang nak mulakan langkah ke ilmu hakikat.. melihat pada yang banyak ..lihat segala yang hidup di depan mata..semua makluk ,pokok haiwan manusia,angin hujan, panas..segala galanya..lalu berinteraksi …apa semuanya ini? Untuk siapa semua ini?

Kalau seorang saintist tentu akan nampak perkara yang menakjubkan sekali bila di memerhatikan dalam satu cell daun di bawah microscope. Di dalam nya ada kilang kilang, tak terbilang banyaknya, kilang kilang yang terlibat buat makanan ‘carbohydrate’ untuk makanan pokok itu sendiri, kemudian di makan binatang dan manusia…

Carbohydrate yang di process dari cahaya oleh chlorophyll. Cahaya terpancar dari matahari salah satu nur Allah yang boleh kita lihat dengan mata kasar...

Bayangkan dunia tiada matahari; jadi gelap gulita dan sejuk dibawah paras suhu beku. Dunia “hidup” atas haba(tenaga) dan cahaya dari matahari . Inilah dia ciptaan Allah yang paling asas untuk kehidupan di alam raya ini. Semua untuk siapa kalau bukan untuk manusia? Tuhan buat semua ini agar manusia dapat berterima kasih atas ciptaan dan Rahmat Allah.

Semua ini adalah menisfestasi sifat sifat Allah SWT. Ciptaan Dia dari Dia.

Adakah Allah buat semua ini dari benda benda lain,luar dari dia?…Mustahil..
Kalau Allah menggunakan bahan yang lain luar dari Dia, bererti Allah lemah…


Contoh seperti manusia buat kereta, tapi menggunakan bahan yang sudah ada,seperti besi tembaga aluminium dll …tidak boleh di putuskan manusia itu pembuat kereta sepenuhnya…

Kalau Tuhan gunakan barang bukan dari Dia untuk mencipta semua ini bererti ada kuasa lain selain dari Allah…Ini Mustahil!

Dalam bab ini manusia tiada jawapan lain melainkan jawapan nya mestilah semua nya dari Dia belaka…WAHDAT-UL-WUJUD.

Theory Darwing iaitu semuanya dari satu atom.Atas satu panahan petir yang paling kuat telah terjadi( dengan tak sengaja?) satu atom protein ‘bernyawa’ tiba tiba muncul jadi binatang satu sel, amoeba, DAN BERMULA NYA DARI SITU SATU EVOLUSI penghidupan makluk makluk yang ada di bumi, pokok dan haiwan kecuali manusia dan Jinn …

Ini ada sikit kebenarannya, iaitu hanya di sudut makluk selain manusia dan jinn.Theory Darwing tak terlibat manusia...Manusia adalah ciptaan melalui Adam yang di datangi dari “planet lain(syurga)” berhijrah ke bumi….sebab itu saintist masih belum dapat cari ‘the missing link’ sebab the missing link memang tak ada…homosapien dan neanderthals dengan manusia tak ada link. .. tak tahu lah kalau mereka sudah buat ujian DNA dan dapat kaitkan ada persamaan dari segi structure DNA nya.

Kalau manusia tak ‘di campak’ ke dunia ini, theory evolusi Darwing lagi cantik, (perfect) sebab tidak ada ganguan dari manusia.Seperti kata malaikat kepada Tuhan, manusia akan membuat huru hara dan kemusnahan di bumi.

Saksikan lah sendiri .Alam sekitar musnah.Binatang jadi pupus…semua angkara manusia yang bawa kemusnahan seperti jangkaan malaikat.

Ini tak menghairankan sebab Tuhan telah merancangnya sebegitu rupa. Firman Allah, “Hanya sedikit hambaku yang bersyukur” …

Yang sedikit( muqarabun) ini lah jadi pilihan Tuhan.

Manusia memang di jadikan tuhan sebagai makluk yang teristimewa sebab itu “ Manusia dan Jinn di jadikan untuk menyembah Allah”.

Lebih teristimewa lagi ialah orang orang yang beriman di mana Tuhan berfirman ‘Orang orang kafir berasa gerun bila berhadapan dengan Orang beriman” Firman Allah mesti benar tapi macam mana caranya nak dapat kegerunan ini?

Kena kenal Penciptanya dan bila dah kenal untuk memuji Dia, mengatakan kehairanan kita atas kejadian kejadian ini, cekarwala, bintang bintang, planet planet, bulan, bumi dan mata hari…

“Tak sia sia kau jadikan semua ini” … Suhuu wahdah bil kasrah. Bagi orang hakikat ini lah lah dia pandang yang banyak nampak yang satu .

Semuanya yang tampak ialah gambaran Allah…kenyataan Dia.

Andaikata tiada alam ini, namun, Allah tetap ada.

Andai kata kita buat satu robot yang boleh buat apa saja seperti manusia, tetapi kita tidak programkan dia untuk mengenal kita sebagai penciptanya boleh kah robot itu mengenal kita?

Lembu yang hilang memerlukan tuannya untuk mencarinya.

Mencari Allah dengan Allah. Itu lah hakikatnya”. Atuk Man terhenti dari lamunan dia bila terdengar suara isterinya

“Student tu dah datang”..

Atuk man bergegas untuk bersiap diri untuk berjumpa student student itu, semuanya perempuan.

Lepas ini nak balik kerumah dulu dan lepas Isyak, akan ke “the Curve” kat Mutiara Damansara berjumpa Afif, Adlan,Nik dan Misnan, bekas staff Atuk Man, saja makan makan…mungkin nak terangkan sikit pasal kalimah Laa illaha illallah..dan laa haula wala quwwata illah billahi..Insyaallah fikir Atuk Man..

wassalam

ahkir bahagian 4

MOHON MAAF KEPADA SEMUA PENGUNJUNG

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..


Terjemahan kata mutiara kitab Al-Hikam: Pada pertamanya Allah memberi kepadamu nikmat mewujudkan (menjadikan); kemudian nikmat yang kedua: Melengkapi keperluan-keperluan wujudmu yang terus menerus (yang kedua: terus menerusnya bantuan Allah kepadamu.)

Firman Allah:

Wa assbagha ‘alaikum ni’matun dha hiratun wa ba thinat

Allah menuangkan kepada mu nikmat lahir dan batin yang terang dan samar, yang terasa dan tidak terasa.

MEMOHON MAAF

Saya ingin memohon maaf kepada pengunjung pengunjung muslim yang mengikut blog saya ini di atas kesilapan ejaan pada url (alamat blog ini) ia itu (http://siraltalmustaqim.blogspot.com/). Saya faham banyak yang rasa tersinggung bila lihat ejaan yang salah ini. Walaubagai mana pun saya mengharap Rahmat dari Allah dan semuga ada Hikmahnya berlakunya begitu.

Saya sudah cuba menukarkan url tapi separuh jalan ,tiba tiba blog ini hilang sekejap, jadi saya tukar fikiran. Untuk sementara waktu saya kena kekalkan dulu sehingga saya boleh melakukannya kemudian nanti

Di sini saya mohon kerjasama dari pengunjung yang faham tentang nak ‘set up blog’, tolong ajar saya bagaimana nak di lakukannya TANPA HILANG BLOG.

Cuma saya terfikir, mungkin buka blog baru, yang lama dikekalkan dan set up inter link antara lama dan baru.

Saya ambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada rakan karib saya yang sama berjuang dalam persatuan perlajar dulu yang email komen yang positive seperti berikut:

Komen 1: I believe SIRATalmustaqim is the correct word., not SIRALTAL....
Keep on writing..
Fi amanillah

Jawapan saya: thank you. Actually, out of sudden, I was inspired to start a blog. Then I got stuck with the name of blog title. Out of the blue, I got the inspiration to name the blogs and immediately key in "siraltalmustaqim". after 'enabling' the blog, only then I realised it was wrong , but i only can change the blog title , not the url. If you notice I have changed the blog title to "sirothalmustaqim" ,the transliteration as advised by my wife who was taught by her quran's guru to pronounce accordingly as "sirolthalmustaqim" So i maintain the url which is http://siralthalmustaqim...because/ I dont want to cause confusion amongst the visitors.If you feel strongly that I have to change it all, please let me know again .I still need to reconfirm on the correct transliteration. Thank you for you support. Wasssalam

Komen 2: It's a very daunting challenge to reconcile romanised alphabets with that of arabic.It can never
never be exact as arabic words are more precise with pronounciations much more complex than in many other languages. But yours is just a miniscule error of syntax rather than semantics. Don't feel discouraged by my observation.

But then again, I was thinking of ways to lending credence & respectability to your blogspot. The URL name should be changed to the correct one to avoid adverse impressions about the author. Fi amanillah...



Jawapan 2: thank you very much, so sirothalmustaqim (my wife said "ro" tanda di atas bunyinya mesti tebal must "ro" not "ra") or your suggestion “sirat”. (Yusof Ali trasliteration is Siraat). So which one you think is correct? Fi amnillah

komen 3: By Malaysian convention, it would be SIRAT but the Indon version, SIROT, is more apt. Yusof Ali's version emphasises the 'harakat'. So, it would be SIROTALMUSTAQIM, or SIROTALMUSTAQEEM because TH is more representative of the 4th arabic alphabet.
Fi amanillah ( may Allah protect you).

Jawapan3:Ok I have changed the blog title to sirotalmustaqim. but the address (http://siraltalmustaqim.blogspot/) remains unchanged because I am unable to change it. tq wassalam

Terima kasih .Wassalam.

Friday, April 25, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 3)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

PERJALANAN HAKIKAT .(Bahagian 3)



“Pak Man selalu sebut, nak merasa nikmat hakikat kita ni kena jalan kebelakang, macam mana tu. ” Tanya Jaal, dia lama tinggalkan golf kerana tumpu pada berniaga, tapi kalau ajak dia main dia akan turun sekali sekala. Atuk Man masa dia masih berkerja dulu memang dia yang belanja semuanya, asal dier orang ajar Atuk Man .

Mereka berdua, Pak Man dan Jaal, naik satu buggy. Jaal yang memandu menuju ke bungker di sebelah kanan green , lubang 3, par 5. Bola Atuk Man jatuh dalam bangka.( sudah termaktub jatuh kat situ, walau pun masa pukul tadi Atuk Man ingat Allah). Bola Jaal over, melampaui green, ke sebelah kiri sikit tapi tak jauh, bagi Jaal itu kacang, dia bagus chipping, dia banyak ajar cara chipping pada Atuk Man. Masing masing sudah menghabiskan pukulan ke tiga.

Ayin dan Mamat dalam buggy satu lagi, masing masing sudah pukul dan bola Ayin dah atas green dan bola Mamat, sekaki sebelum green. .Mamat susah nak dapat birde sebab mungkin kena parting juga, Ayin akan cuba Birde, dan Ayin bagus parting. Jaal susah sikit, walau pun dia bagus chipping; keadaan bertebing , green curam arah bertentangan. Dapat buge pun dah bagus. Atuk Man, pasal bungker …tak tau lagi. Mereka semuanya single handicap. Atuk Man masih 21.

“Bayangkan lah orang biasa hidupnya memandang kehadapan tetapi orang hakikat memandang di belakang” Kata Atuk Man, Atuk Man tak keberatan untuk menerangkan. Green masih jauh. Ada masa untuk cerita sikit.

Dia berhasrat nak bagi sikit anak muda ini asas ilmu hakikat supaya mereka dapat hidup lebih bahagia dunia akhirat. Atuk Man bukan guru, dia tak boleh mengajar pasal tak cukup syarat. Dia fikir, dirinya pun tak kemana lagi.

Cuma Atuk Man nak buat macam dia dulu, bagi pendedahan awal. Arwah Pak Ngah Yasin orang sekampung dengan Atuk Man selalu memberi ‘tips’ dan gambaran ilmu hakikat masa Atuk Man belasan tahun lagi. Dia ajar zikir; cara zikir Pak Ngah melalui turun nak nafas. Arwah meninggal 3 tahun lepas, berumur 101 tahun lahir pada tahun 1905. Atuk Man sempat berjumpa dengan Arwah seminggu sebelum dia meninggal. Entah tiba tiba muncul di hati Atuk Man untuk berjumpa orang tua tu; dah tak jumpa hampir 10 tahun lamanya. Memang Atuk Man dapat menyaksikan Pak Ngah Yasin amat tenang dan zikirnya tak putus. Semuga Allah mencucuri rahmatnya dan meletakkannya bersama dengan orang orang muqarabin.

Pendedahan awal tu lah yang memberi sentakan kepada Atuk Man untuk mencari guru. Bukan lah bermakna sebelum tahun 1986 tak nak mencari guru tapi banyak guru yang tak kesitu, banyak hanya mahir dalam fikah, mengajar bab fardu ‘ain. Atuk Man fikir tak akan kita nak duduk kat takuk yang lama sampai bila bila , tak ada perkembangan. Masa 1975 ke 1979 Atuk Man sebenarnya berkerja di Trengganu, tapi apa nak buat tak bertemu jugaguru yang sesuai.

Atuk Man nak memberi pendedahan ini supaya mereka ada minat nak cari Tuhan dan timbul perasaan untuk Iklas beribadah dan redha dengan Allah; setelah itu, sekiranya Tuhan nak anugerahkan hasilnya di dunia ini terima lah; mungkin boleh mengubati penyakit dengan hanya pegang saja botol berisi air tak payah nak jampi jampi ke, jadi wali ke , dapat jalan atas air ke , boleh terbang ke ..semua boleh jadi, kuasa Allah belaka… terserah.

Kata gurunya ,memang jalan ini jalan para wali wali, yang sentiasa redha dan menyerah diri dengan serahan dalam erti kata sebenarnya kepada Allah.


Tetapi kita jangan mengharapkan apa apa selain niat nak bersama Allah , kemuncak segala galanya dalam dunia ini itu saja niat kita. “Wa anna ila Rabbikal-muntaha.”Sesungguhnya kepada Tuhanmu itulah puncak segala tujuan.

Kalau ada peluang inilah nak diterangkan..

Maa qalan ‘ammalun baaraza min qalbin zahiidin walaa kasyura ‘ammalum baraza miimm qalbin raaghibin.

Tidak dapat di anggap kecil/sedikit amal perbuatan yang di lakukan dengan iklas dan dapat di anggap banyak amalan yang di lakukan oleh seorang yang tidak iklas.

Innamaa yaataqab’ballullahu minalmutaqinn

Sesungguhnya Allah hanya menerima amal perbuatan dari orang yang bertaqwa (iklas baginya, dan tepat menurut ajarannya)

Nak faham bab iklas elok rujuk kitab Imam Ghazali ‘minhajul abidin’sebab pajang lebar sikit nak terangkan. Cuma, Firman Allah dalam hadith kursi “Iklas itu salah satu daripada rahsiaKu!”

“ Saya nak bagi penjelasan sikit tentang iklas supaya kamu semua tak tersasul.” Sambung Atuk Man,

“Contoh, andainya kita nak basuk baju , mula mula kita rendam baju tu, bubuh sabun dan lepas itu kita sental baju sampai semua kotoran tanggal, dan akhirnya baju jadi bersih.

Cuba kita tenguk apa jadi dengan tangan yang menggosok dan mencuci baju tersebut? Tangan kita pun jadi bersih bukan? Nampak tak? Ada ke niat asal kamu nak bersihkan tangan? Tidak, bukan? tapi tangan jadi bersih, kenapa?

Begitulah dengan jalan hakikat, kita melakukan semua ibadah semata mata untuk dekat dengan Tuhan, buat dengan se iklas nya, tak payah menyimpan rasa atau ada keinginan yang lain selain dari niat dekat dengan Allah.

Tetapi insyaallah, keperluan atau keinginan kita yang “tersembunyi” akan kita perolehi dengan kita tak langsung menduganya. Tuhan tahu kehendak kita walau kita tak zahirkan. Malah, Dia mengetahui kehendak kita yang belum terbit di hati kita. Nanti akan di ceritakan kisah nabi Ayub, baru boleh faham.

Ingatlah basuk baju itu ia lah satu lagi ‘website’ di alam maya dalam otak kita yang mesti kita ‘able’ kan selalu.” Tegas Atuk Man lagi . Mereka mula hampir sampai ke green.

“Terjemahan Al Hikam: Kekerasan semangat/perjuangan itu, tidak dapat menembus tirai takdir, kekeramatan atau kejadian-kejadian yang luar biasa dari seorang wali itu, tidak dapat menembus keluar dari takdir, maka segala apa yang terjadi semata-mata dengan takdir Allah.

Firman Allah:
1. “Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yang dikehendaki Allah, Tuhan yang mengatur seisi alam (at-Takwir: 29).

2. “Dan tiada kamu mengkendak kecuali apa yang di kehendaki oleh Allah.Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana.(Al Insan:30).


Maknanya jelas tak perlu kita meminta atau mengharap keistimewaan/keajaiban di dunia ini seperti ‘boleh jalan atas air’ atau ‘boleh terbang’ kerana itu kalau dibagi kepada kita oleh Allah, masih tidak terkeluar dari takdir (maktub), semua yang berlaku sudah di program dalam computer Allah di Lahul Mahfus.Tapi yakin lah Allah tidak akan mensia sia kita. Maknanya walau pun ‘ada kuasa’kita masih lagi di bawah kuasa Allah.

Mithalnya, selagi tuhan boleh bagi kita satu kemampuan(duit) naik kapal terbang pergi ke Dublin ke, atau ke Mekah ke dengan cara kawan belanja ke , anak sponsor ke, duit sendiri ke, tak payah lah kita nak memohon pada Tuhan supaya terbang macam burung, sebab duit beli tiket tu adalah anugerah dari Allah.

Atau nak menyeberangi laut nak ke pulau Perhentian; kalau ada bot yang selesa naik lah boat ,bukankah Tuhan juga yang bagi kemampuan(duit) kepada kita nak bayar tambangnya? Tak payah lah minta boleh jalan atas air, takut nanti salah gaya, disembar ikan Yu pula.

Tapi kalau Tuhan nak bagi tak apalah , dan ada syaratnya; tak boleh riak pula.”

“Siapa dah belajar hakikat, kena selalu ‘musyahadah, Ini anak kuncinya”.

“Bila bermusyahadah, (merenung melihat dalam diri), kita bermula dengan pandang diri kita dalam keadaan kita sekarang ini, lepas tu renung kebelakang bermula semalam dan zoom ingatan kita kepada minggu lepas ,bulan lepas, tahun lepas ,10 tahun lepas, 20 tahun lepas ,zaman muda,dan remaja, dan ke zaman kanak kanak.

Lepas tu ‘zoom’ ke zaman dalam perut ibu kita, zaman dalam bentuk mani bapak kita, zaman dalam mani Adam, zaman mani persembunyian di belakang pinggang Adam, zaman kejadian asal asalnya dari tanah yang kering sebelum Adam di bentuk, pada ketika meniupkan Ruhnya dalam jasat Adam yang masih berupa tanah, zaman ruh dimana kita telah mengadap Allah, ZAMAN KITA SUDAH KENAL ALLAH, Firman Allah;”

“Alaas tu bi Rabikum-Quluu- Balaa” yang menerangkan disaat Ruh Ruh berkumpul mengadap Allah SWT di alam ruh, Allah bertanya ‘siapa Tuhankamu “ jawab RuhRuh “Bah kan”… terang Atuk Man, sudah terang lagi bersuluh

“Kena lah praktis selalu hingga mahir.”
“ bila dah mahir, processnya sudah macam kilat ; macam budak sekolah, mula mula terkial kial bila membaca sebab kena mengeja dulu, tapi bila dah lancar tak payak mengeja lagi terus baca . ..

Itulah dianya nak kedepan, kita jalan kebelakang.”

“ITU LAH BEZANYA DI ANTARA HIDUP ORANG BIASA DENGAN ORANG HAKIKAT.” Dia cuba menamatkan topik perbualan dia petang itu bersama minum di tasik Putri Golf Club.

“website” basuk baju ini Atuk Man perolehi dari Gurunya yang masih ‘kicking” lagi “ di Trengganu. .Zaman cyber ini,( sebenarnya di zaman Saidina Umar Al Khatab Radiallahu ‘an sudah wujud cyber), selalu sms kepada gurunya “Ayoh Wang” (singkatan Awang) ‘ Orang tak percaya dia adalah orang hakikat, melainkan orang hakikat jugalah yang mengenali.Orang hakikat mengunakan frequency yang sama.



Juga, sering kali berbual dengan Atuk Man ialah Abu Zan, seorang jurutera yang pernah berkerja dengan Atuk Man dalam syarikat yang sama, setahun lepas.

Kepada Abu Zan, Atuk Man sering mengingatkan agar buka ‘website’(di alam maya dalam otak kita) dengan Tuhan, bila perlu “just click” ,kita terus lantas link dengan Allah.. selain ‘website’ seperti cerita bila menghadapi rezeki kepada cucunya, ada satu lagi ‘website’ kegemaran Atuk Man, iatu kisah Nabi Ayub a.s.

“ Kisah Nabi Ayub kita sekali kali jangan lupakan, sebab seperti kata Imam Ghazali, Tuhan sendiri sebenarnya memuji Diri nya sendiri bila Dia memuji kesabaran Nabi Ayub dalam Al Quran., sedangkan bukan rahsia lagi (cuma iblis yang tak tahu), kesabaran Nabi Ayub, adalah datangi dari Allah; anugerah Allah sendiri kepada Nabi Ayub.” Atuk Man memula cerita.

“ Nak tahu cerita penuh Nabi Ayub buka Alquran surat Syaad ayat 41-44 dan Al Anbiaa 83-84 dan buku buku sejarah hidup Nabi Nabi,”

“ Kalau Encik Mansyur tak cerita macam mana nak tahu, nak cari buku buku lambatlah” sampuk Abu Zan. Masa itu tengah minum kat canteen kat job site di Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur .Hanya geng caddy yang rapat panggil Atuk Man, Pak Man. Budak budak di ofis termasuk Abu Zan panggil Atuk Man, Encik Mansyur.

“Masa tak cukup, jadi bagi saya sentuk inti patinya saja”. Di berhenti Kopi ‘C’ kosong sudah sampai.

“ Nabi Ayub asalnya seorang Nabi yang kaya raya punya ladang yang luas dengan ternakan dan perkerja yang banyak, kalau zaman ni orang gelar belianer( billioner).Tapi Dia seorang yang paling warak, sentiasa beribadah dan menghambakan diri kepada Tuhan, lidahnya tak pernah berhenti berzikir dan bertasbih..” Atuk Man menghirup kopi nya , rasa pahit sikit pasal tak bergula. Abu Zan masih memberi tumpuan.

“ Melihat keadaan itu iblis ingin sekali nak mengodai Nabi Ayub, lalu dia minta izin dengan Tuhan. Tuhan izinkan Iblis untuk mengoda dengan cara apa saja , namun terlebih dahulu Tuhan memberi jaminan kepada iblis,iaitu Nabi Ayub Tak akan berganjak dari imannya yang tebal dan akan terus jadi hambanya yang paling sabar.”

Maka, iblis,terus tak buang masa mengoda dan merosakkan harta benda Nabi Ayub .Dalam sekelip mata habis punah,nabi Ayub jatuh muflis; kemudian, dia di datangi iblis cuba mencucuk dan meracun fikiran Nabi Ayub, namun Nabi Ayub masih dalam keadaan serupa malah dia mengatakan kepada iblis , semua kekayaan itu milik Allah semuanya, dia hanya sebagai pemegang amanah; tiba masanya Allah boleh ambil balik hak Dia lepas itu Nabi Ayub sujud, membanyakkan syukurnya kepada Allah.”

“ Melihat itu Iblis cari jalan lain dan, setelah dapat izin daripada Allah, membunuh putera putera Nabi Ayub dengan cara meruntukkan rumah rumah mereka, pun Nabi Ayub sama juga tetap dengan sabar.Dia Cuma mengalirkan air mata dan sujud pada Allah sambil menyebut “Allah yang memberi dan Allah juga mengambil kembali”… Atuk Man. berhenti sekejab, melihat di keliling, dia tak mahu menarik perhatian orang.

“ Tak puas hati , lalu di datangi penyakit ke atas Nabi Ayub, atas niat jahat iblis yang minta kepada Allah dan di izin oleh Allah pula. Penyakit itu ialah yang paling dashat pernah menimpa manusia hingga di asingkan orang , hanya isteri nya yang setia saja yang sentiasa berada dengan nya…, namum Nabi Ayub tetap macam biasa, sabar dan syukur, lidah sentiasa berzikir tak putus putus..”

‘Iblis tak puas hati lalu di godanya isteri Nabi Ayub, setelah dia teringat waktu Adam dulu ,iaitu kelemahnya pada isterinya Hawa. Pada mulanya isteri Nabi Ayub tidak termakan godaan dengan cara biasa tetapi bila iblis menyebut, ‘Suami kesayangan kamu itu kan seorang nabi, apa saja dia pohon pada Allah tentu macam kilat di kabulkannya, kenapa suami kamu tak pohon doa kepada Allah untuk sembuh ?’Rupanya hujah iblis termakan oleh isteri Nabi Ayub, lalu dia pergi kepada suaminya, mengulangi apa yang iblis cakap” Atuk Man terpaksa berhenti sekejap sebab climax sudah hampir nak sampai.

“ Nabi Ayub berang pada isterinya kerana dia tahu iblis sudah berjaya menggoda isterinya. Kamu tahu Nabi Ayub cakap pada isterinya?” saja je Atuk Man nak kejut kan Abu supaya dia bersedia dengan bab yang maha penting selepas ini.

“Tak tahu Encik” Abu Zan ambil jalan mudah. .

“ Nabi Ayub menerangkan kepada isterinya: “betul lah aku seorang Nabi dan betullah apa saja keperluan aku pohon akanTuhan kabulkan macam kilat. Tuhan itu maha mengetahui apa yang ada di sanubari ku, baik yang lalu, yang sekarang dan termasuk yang akan datang, Namun; sebagai hamba aku tak merasa sedap kalau keadaannya dari aku kepada Tuhanku dan dari Tuhan ku balik kepada ku, aku lebih suka datangnya dari Tuhanku terus kapada ku”

“ selepas itu Nabi Ayub tak izin isterinya tinggal bersamanya, atas menuruti ajakan syaitan itu, dan bersumpah akan merotan isterinya, sekira dia kembali sembuh dan berkudrat untuk merotannya”
.
‘Dia tinggal berseorangan lalu berdoa mengadu pada tuhan, ‘sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayaan dan siksaan’. Nabi Ayub tak minta sembuh tapi mengadu pasal syaitan mengganggu dia . Ingat, hanya Allah boleh menyekat gangguan syaitan, sebab itu kita di suruh berlindung pada Allah dari ganguan syaitan.”

“Kemudian Allah berfirman : Hentakkan kaki mu, ambillah air yang sejuk untuk minum dan mandi dan minum (surah 38, Syaad- 42)”

“Firman Allah lagi: Dan Kami anugerahi dia( dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan ( Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari kami dan pelajaran bagi orang orang yang mempunyai fikiran.( surah 38,Syaad,-.43)

“Dan ah dengan tangan mu ranting ranting kayu dan pukulkan dengan itu ,dan jangan engkau, menyalahi sumpah sesungguhnya kami dapati dia sabar sebaik hamba, sesungguhnya ia sangat banyak kembali.(menyerah diri) ( surah 38, syaad-44)”

“ Apa yang saya nak terangkan tentang konsep ‘dari aku kepada Tuhan dan dari Tuhan balik kepadaku, bermakna kalau Nabi Ayub memohon untuk sembuh, ini ada unsur ‘memaksa’ Allah SWT, bagi Nabi Ayub ini kurang baik.

Nabi Ayub seorang kuat beribadah; tetap berdoa, tapi doanya hanya berupa ibadah bukan permintaan specific , Apa yang Nabi Ayub suka ialah ‘dari Tuhan terus kepada ku “ ialah anugerah terus dari Allah tak payah di memohon, itu lah nikmat yang paling agung kepada Nabi Ayub.Dengan sebegitu tahu lah Nabi Ayub Tuhan amat sayang pada Dia.

Seperti isteri yang tahu suaminya sayang pada dia , dan memang sahih suami sayang pada dia, dia tak perlu meminta. Pemberian yang tak di minta itu lebih manis lagi.

Tuhan sudah sedia maklum apa hajat kita yang lalu yang sekarang dan yang belum terbit dalam hati kita . Kita minta atau tidak tetap dia kurniakan kalau dia memang nak kurniakan, tunggu saja lah, buah yang dah masak gugur sendiri lagi sedap dari buah jatuh yang dijolok, kemudian kena pula peram.”



“Wataqulllah wayu’allun mukumullah.

Bertaqwa lah pada Allah, dan Allah yang mengajarkan kepadamu segala hajat keperluan mu
Rasulllah s.a.w. bersabda:
Man ‘ammilaa bimaa ‘alimaa warthaahullahu’ilmaa maalam ya’lam

“ Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui, maka Allah akan mewariskan kepadanya pengetahuan apa apa yang belum ia ketahui.”.


Kata kata mutiara Al-hikam (berkaitan bukti kekuasan Allah) : Diantara bukti-bukti yang menunjukan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadaNya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (yakni: Bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.


Sepakat para arifin bahawa segala sesuatau selain Allah tidak ada, ertinya:tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya. Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayangainya, di sini terhijabnya.

Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.

Sekian akhirnya bahagian 3.
Isyaallah bahagian 4 akan menyusul dengan erti la illaha illa


Suhuu wahdah bil kasrah, suhuu kasrah bil wahdah
., pandang yang banyak nampak yang satu ..pandang yang satu nampak yang banyak.
wassallam

Wednesday, April 23, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 2)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

PERJALANAN HAKIKAT .(Bahagian 2)

Atuk Man melabuhkan punggungnya di atas kerusi malas yang diperbuat dari keluli yang di balut dengan pintalan plastic, dan terus menyandar, sebaik saja dia turun ke ‘patio’ rumahnya yang menghadap kearah kebunnya di Jelu, Raub Pahang
.

Patio itu, ruangnya kecil sahaja, adalah bahagian di belakang rumahnya yang terletak di sebelah timur kebunnya yang memanjang dari barat ke timur.

Patio itu menghubungi ruang makan rumah itu, melalui satu pintu besar, bila terbuka saja pintu itu memberi cahaya tambahan ke dalam ruang makan dan bila ramai yang balik, juga jadi bilik keluarga berkumpul.

Bila balik di hujung minggu,dari Kuala Lumpur, Atuk Man suka menghabiskan masa duduk kat situ, sekurang kurangnya, bagi mengubati hatinya yang rindu kepada anaknya yang ke empat yang sedang berkerja di Dublin, selepas tamat pengajiannya setahun lalu. Dia rela anaknya berkerja disana sambil memenuhi syarat kelulusan yang mewajibkan pengelaman 3 tahun untuk bergelar ‘charteered”, bermakna dia sekurang kurangnya kena cukupkan sehingga hujung tahun ini.

Dalam pelan asal rumah itu, patio itu tak ada; bila rumah nak siap pada tahun 2003 sebelum penghijrahannya ke Dublin, anaknya Abi, beri cadangankan supaya tambah patio itu.

Elok, ayah buat patio kat sini, boleh nampak kebun dan di bahagian bawah tu boleh buat tempat mak tanam bunga,” dia beri pandangan.

Selepas rumah itu siap, Abi hanya dapat melihat dan duduk kat patio itu sekali sahaja, iaitu masa dia balik bercuti selepas dua tahun kemudian.

Biasanya bila terletak punggung Atuk Man keatas kerusi malas tadi Atuk Man akan merenung jauh, sambil di pegangnya kitab terjemahan Al Hikam.

Setelah selesa duduk, Atuk Man menadah kedua belah tangannya berdoa:

Aaslih li sya’ni kulaahu walatakilni ila naf’sin tharfata ‘ainn,

Ya, Allah perbaikilah urusan ku semuanya, dan jangan kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun”

Kemudian di menyapu kedua tangannya ke muka.

Doa itu amalan Nabi, dan Atuk Man dapat dari gurunya. Dia selalu baca doa itu lebih lebih lagi kalau dia berasa gelisah sedikit.Dalam kitab Al hikam itu pun ada doa itu.

Bagi Atuk Man,kepada yang ragu ragu, itu lah dia pengajaran hakikat sebenarnya. Nabi sendiri menyerahkan semua urusannya kembali kepada Allah, tiada satu urusan yang boleh di lakukan tanpa Allah sendiri mengurusankan nya.

Disini ada ilmu hakikat yang tinggi bagi yang mahu memahaminya.

Bagi Atuk Man Ilmu hakikat ini amat penting dan utama sekali untuk mengemudikan hidup ini sampai ke matalamatnya, bersesuaian dengan Firman Allah.

Firman Allah:

“Watjahtu yaumaaizina dziratun illa rabahaa nathiratun”

Berapa wajah manusia kelak berseri seri,dapat melihat wajah Tuhannya

Matalamatnya melihat Wajah Allah.

Firman Allah:

“kulla yaumimm hu wa fi syanm”

Tiap hari (saat) Dia (Allah) menentukan urusan

Manusia memang tak boleh menguruskan hal mereka .

Firman Allah:

“bal tuk sirunal hayaatad dunya wal akhirahtu khairun waa abqa”

Tetapi kamu mengutamakan kehidupan dunia,pada hal akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya


Sebab itu bila berjumpa anak muda, termasuk staff dia dulu, Atuk Man akan cerita walau sepatah dua hal hakikat. Atuk Man sendiri di dedahkan sejak umurnya belasan tahun lagi, tapi dia hanya sedar (dapat hidayah) dan pergi menuntuk (berguru) dalam sekitar 1986.

Anak anak muda yang khuatir , yang ragu ragu, lebih lebih lagi hal bab rezeki Atuk Man akan memberi hujah seperti:

Firman Allah;

Warabuka yakhluqu ma yasyaahu wayakhtaru ma kana lahumulkhiryarat

Tuhanmu lah yang menjadikan segala yang dikehendakiNya dan memilihnya sendiri, tiada hak bagi mereka untuk memilih.

Wa’ muur ah’laka bi shalata washthaabir ‘alaiha la nasaaluka rizqan nahnu nurzukuk wal ‘aqibatun litaquu

Perintahkan kepada keluargamu supaya sembahyang dan sabarlah dalam melaksanakannya, kami (Allah) tidak menuntuk kamu supaya mencari rezeki,
Kami(Allah) yang menjamim rezekimu, dan akibat (kemenangan yang akhir) bagi orang yang bertaqwa (Thaha 132)

Menurut kitab hikam , ayat ini ialah satu jaminan oleh Allah dan menjadi kewajipan Allah pula meyediakan rezeki itu.(mengikut Imam Ghazali kesemuanya ada 7 ayat yang menguatkan hujah bahawa rezeki manusia dan makluk yang lain di jamin rezekinya oleh Allah.)

‘Abidi athi’ni fimaa aamartuka wa latu’alamni bi ma yusthli’uka.

Hambaku, taati, semua perintahKu, dan jangan memberitahu kepadaKu apa yang baik bagimu,(atau jangan mengajari kepadaKu apa yang menjadi hajat keperluanmu).

Ayat ini pula ada tuntutan Allah, bila sudah selesai jangan khuatir rezeki akan di bagi. Begitulah penerangan dari kitab tersebut.

Atuk Man juga tak lupa untuk membayangkan kan nya kepada anak anak cucunya lebih lebih lagi seperti Akim , cucunya yang dah berumor 11 tahun.

“Akim, cuba jalan ikut macam askar jalan , kalau askar berjalan di sebut ‘left right, left right, left right,’ kita berjalan sebut lah ‘Allah.., Allah.., Allah…’ atau ‘Allah Hu, Allah Hu, Allah Hu’ ikut rentak yang sama, cubalah”… nasihat Atok Man kepada Akim cucunya yang sulung, bila mereka berdua bersiar siar di jalan tepi kebunnya di Jelu pada pagi Ahad tiga minggu yang lalu, bila dia tenguk Akin berjalan terlonjak lonjak, maklum lah kanak masih restless lagi. Akim buat tak dengar je.

Atuk Man pun begitu juga di perinkat awalnya dulu…dia melatih diri seperti di ajar oleh gurunya dari Kuala Pilah. Hingga sekarang kalau dia berjalan kaki, otomatik hatinya berzikir ,Allah,Allah,Allah… mengikut langkah.

Di masa yang lain pula;

“Ahh, Akim ! Atuk tak marah Akim dengar lagu dan musik, tapi mesti tahu macam mana nak dengar musik tu,” tegur Atuk Man, pada satu hari, bila Akim nak pasang radio dalam kereta semasa nak balik ke Kuala Lumpur.

“kena pasang telinga lah Tuk, macam mana lagi”, Jawab Akim, dia memang lawyer buruk sikit. Wan Je yang memandu kereta waktu itu, ketawa: “Ehh Ehh , padan muka..”

“ Atuk nak ajar Akim macam mana nak rasa lebih seronok bila dengar musik..Itu je..Cuba Akim dengar musik ikut rentaknya, ikut bunyi drum atau bassnya ke… Akim dengar tak..?” Tanya Atuk Man

“Dengar Tuk” jawab Akim, macam endah tak endah, sebab dah berkumandang musik ke udara memenuhi ruang kereta; dia sudah nak menyanyi bersama dengan cucu cucu Atuk Man yang lain.

“kalau dapat dengar rentak nya. Kita boleh ikut rentak dengan jari kita macam ni” Atuk Man menepuk nepuk jari nya kat desk board kereta, ikut rentak lagu.

“Kita sebut Allah… , Allah…, Allah…, Allah… Allah… Allah…dalam hati, ikut rentak drum itu, baru lah seronok kita dengar, musik pun ciptaan Allah, bunyian terbit dari satu satu nada atau note, Do-re- me- fa –su- la- ti- do…. sebenarnya memuji Tuhan, Cuma manusia di tipu iblis, mengubah nada nada itu jadi lagu tidak memuji Tuhan dan menghayalkan manusia dari ingat kepada Tuhan..”

Terang Atuk Man bersungguh sungguh, nadanya sudah mula sebak penuh dengan zuq, bila dengar musik tu mengikut rentah drum, duub duub duub di gantikan dengan zikir ..Allah..Allah…Allah dalam hatinya…Tak payah dengar liritnya..pakai lirik dia sendiri Allah..Allah..Allah..

Di waktu waktu yang lain , bila ada anak muda bekas caddy yang pernah mengajar Atuk Man main golf, bertanya mengenai Hakikat, Atuk Man terangkan:

“Kita tak perlu berasa takut untuk mempelajari ilmu hakikat, lagi awal kita menceburi lagi bagus. Saya mula berjinak jinak sejak umur 17 tahun. Waktu itu banyak mendengar, tahu serba sikit perinsip perinsipnya. Berlajar sikit sikit cara zikirullah, cara zikir ikut nafas turun naik, ikut nadi, tujuannya nak suruh zikir tu sebati dengan jiwa dan sel sel dalam badan kita. Zikir adalah persediaan awal.


Masa 13 May 69, masa itu saya student lagi duduk di Kuala Lumpur, banyak lah orang cari guru nak belajar tapi untuk tujuan lain.Tujuan macam tu, tujuan nak kuat, nak kebal tidak bagus, kita jangan ada niat lain selain nak menghampiri dan mengasihi Allah dan di kasihi Allah.”.

“Kita berlajar biarlah untuk tujuan,(niat) kita dapat mengenal Tuhan dan kita rapat dengan Tuhan kita .” ujar Atuk Lagi.

Pemuda pemuda, Ayin, Mamat, Jaal, dan Rosli tu, masih tak berapa faham.

Atuk Man dapat banyak ‘ilmu tentang manusia’ bila main Golf. Kawan rapat saja boleh main golf dengan Atuk Man kerana Atuk Man tak suka “betting”.

Pernah dia ‘mengesyorkan ’ salah seorang kawan caddynya tu macam mana nak pukul bola golf biar jauh.

“Senang saja , bila nak pukul tarik nafas dan isi dengan kesedaran (ingatan) bahawa bukan kita yang memukul tapi pada hakikatnya Allah yang pukul…Akal (iktiar) yang menyuruh angkat tangan ilham dari Allah. Pergerakan tangan untuk memukul itu adalah afaal Allah. Kudratnya ialah kudrat Allah, Jauhnya atau dimana bola itu jatuh adalah takdirnya (maktubnya). Syaratnya , kita mesti ada haqkul yakin, insyallah , buat dan terserah lah”…Kadang kadang budak budak tu nak bukti, fakir Atuk Man.

“Tuhan itu Maha Kaya, Maha Agung. Memiliki segala segalanya apa yang ada di langit dan di bumi;

(Bismillah ilaazi layadhuru maa’asmihisyaihun fi ardhi wa laa fisyamaai wahuwasysami’ul’alim. )

Ibarat kita kenal dan rapat dengan Maharaja yang “berkuasa’ dalam Negara , kita tak perlu minta apa apa pada Maha Raja sebab Dia sudah kenal kita, dia tahu apa kita hendak, tunggu saja lah pemberiannya.

Begitu lah, bila kita sudah kenal Allah dan sudah mengetahui Allah itu begitu hampir dengan kita, lebih hampir dari urat lehir kita (Surah Yasin) dan kita dapat merasakan nya, kita tak ada rasa takut lagi, rasa aman, tiada rasa bimbang pasal rezeki, kita merasa amat bertuah ‘bangga dan megah,’ confident didalam hati sanubari kita; bukan pula riyak, atau sombong, untuk menunjukkan pada orang; kita tetap humble merendah diri dengan Tuhan. Cuma kita rasa amat kaya sebab kita merasai yang Maha Kaya, bersama kita.” Atuk Man berhenti seketika.

Atuk Man seperti biasa bila tersebut sifat Allah macam ada satu ‘current’ yang seperti kilat terkena pada benak hatinya, dia menarik nafas panjang sambil menutup mukanya dengan dua belah tangan nya, suhud seketika..untuk menyedarkan dirinya kembali, ingat kepada Allah, takut terlebih cakap…benda ini tak boleh banyak cakap, takut jatuh riyak dan ada yang rahsia tak boleh di zahirkan ..

Namun, tak boleh elak juga sebab kena juga sekali sekala terang pada orang supaya mereka faham perjalanan ini, lebih lebih lagi nak membawa mereka lebih iklas bukan ada sesuatu niat seperti di terangkan iaitu bukan kerana nak kaya nak pangkat nak orang hormat kita iaitu segala apa yang Imam Ghazali kata ‘daki dunia’ yang tak guna langsung pada kita dan tak membantu kita di akhirat nanti. .

“Itu yang di katakan ‘kaya dalam miskin’”, Atuk Man meneruskan lagi penerangan nya.

“Memang kita kaya sebab Allah Maha Kaya yang memiliki kesemuanya apa yang ada di langit dan bumi , Bismillah ilaazi layadhuru maa’asmihisyaihun fi ardhi wa laa fisyamaai wahuwasysami’ul’alim bersama dengan kita setiap masa. Ini lah perasaan Saidina Abu Bakar bila “harta” dia sudah habis. Bila di tanya apa yang beginda ada lagi, jawabnya Allah dan Rasul.

Siapa yang tak mendalami ilmu hakikat tak nampak rationalnya bila Saidina Abu Bakar kata begitu.

Percayalah siapa yang telah mengamalkan cara hidup berhakikat, iaitu kita kena kembalikan semua hak kepada Allah, ia itu menyerah diri sepenuhnya dalam erti kata sebenarnya laa haula wala quata ila billahi, dan atas konsep “mati sebelum mati,dan hidup selepas mati” ,kita berasa di lahirkan semula kedunia ini.”

“Pak Man, bagaimana di katakana lahir semula” Tanya Ayin, yang masih berkerja sebagai caddy, dia banyak memberi tips pukul bola dalam bungker.


Berbalik pada soalan Ayin tadi , Atuk Man meneruskan beri penerangan,

Pasal apa tak berasa baru lahir semula” sambung Atuk Man

“Apa tidaknya dulu sebelum faham hakikat, seorang itu hidup memikirkan Tuhan itu jauh dari dia. Bila dah betul betul faham hakikat, kita sedar tuhan bersama kita luar dan dalam :

Antallahu Rabi alMaaliku Haqqul ‘Aziimul Abaadiyul Qaadimul Aawalul Aahkirul Dzaahirul Baatinul Hayyul Qayyum Salaamum Muktakabiru ‘Alaa

Kamu sedar siapa punya ilham ( mengingat kita sholat) ? Yang mengerakkan kita pergi sholat, siapa? yang angkat takbir siapa ? siapa punya afaal ? Siapa punya kudrat? Segala perbuatan dan pergerakan dalam sholat, siapa yang mengerakkan? Yang membaca, walaupun lidah yang bergerak siapa punya gerak dan siapa punya kalam?”

Atuk man Berhenti sekejab.

Dulu kita berdoa dengan anggapan Tuhan itu jauh macam orang kristian berdoa seperti lagu ‘God from a distance…’ Tuhan dari jauh, daripada lagu “From a distance “oleh Bette Mendler.

Tapi lain keadaannya bila kita sedar Tuhan hampir sangat dengan kita
.

Cahaya dalam cahaya ‘nuurun alaa nuurin’ (surah 24-35), hilang kita timbul Dia, yang memisahkan kita dengan Tuhan adalah tabir hijab. yang halus ,dan yang menhijabnya adalah nafsu kita atau lebih tepat lagi diri kita sendiri yang mengaku “ aku aku aku “; pandang yang banyak nampak yang satu, pandang yang satu nampak yang banyak, maujud kita hanya nak nyatakan UJUD Allah . Maujud kita dalam Maujud Allah, La Maujudul haqul illah”.

Atuk Man berhenti seketika. Susah juga nak terangkan kaedahnya, Ayin mungkin belum dapat tangkap..

“ Itu lah kita rasa kita di lahir semula dengan segala inspirasi baru dalam jiwa kita” Kita jadi orang baru, orang ‘billah’, dulu orang ‘ lillah’.Billah ialah perlakuan dari Allah.semata mata, lillah perlakuan ada ‘kerana’ atau ada niat lain ...

Kalau Tuhan tak jadikan syurga dan neraka tak layakkah Tuhan di sembah?

(Dalam Kitab Zabur ada tersebut: Dan siapakah yang lebih kejam dari orang yang menyembahKu kerana syurga atau neraka, apakah andaikan Aku tidak buat syurga dan neraka ,tidak berhak untuk disembah… di siarkan dalam siri yang lalu “apa yang ada di sebalik seekor nyamuk”).

Sekian dahulu …ikuti sambungan Bab 3 sehari dua lagi, kisah ‘orang hakikat jalan kebelakang,dan satu lagi website di alam maya dalam Otak Atuk Man, iaitu kisah Nabi Ayub i ‘”Dari Dia Kepada Dia” . Wassalam

Tamat bahagian 2.

Saturday, April 19, 2008

PERJALANAN HAKIKAT

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

PERJALANAN HAKIKAT .

Sebelum anda ingin meneruskan membaca tajuk ini elok baca kisah “apa yang ada di sebalik seekor nyamuk”(klik sini) dan kisah Atuk Man dan Cucunya di bawah tajuk Bagaimana Orang Hakikat (Sufi) Mensyukuri Nikmat ( klik sini) dalam posting yang lalu agar mudah untuk mengikuti penerangan saya)

Cara kebetulan saya melayari laman web Jakim saya terbaca, e book bertajuk Tasawuf Beberapa Persoalan. Sila klik sini

Sebenarnya saya nak tangguhkan dulu bab ini, tapi tak apalah saya cuba setakat mana yang upaya dengan penyampaian yang paling mudah, sebab dah terbaca article tersebut jadi eloklah di keluarkan apa yang ada di benak ini sekarang.

Saya bersetuju dengan beberapa perkara yang di hujah oleh penulis dan tak bersetuju dalam beberapa perkara lain.

Contoh, saya bersetuju, untuk tujuan menujuk kepada Allah( marifah) kita kena menggunakan ‘akal’, memikir dan mengkaji keseluruhan alam dan termasuk kejadian diri kita, supaya kita dapat mengaitan kita dengan Pencipta.


Contoh yang mudah, physical kita berasal dari mani bapak kita; dalam mani datuk kita pun sudah ada kita (iaitu baka atau gene kita) , dan seterus nya sampai kepada Adam yang asalnya dari tanah di mana dalam mani yang duduknya di belakang pinggang Adam pun sudah ada kita di dalamnya..

Kita bermula dengan titik, iaitu dalam titik mani Adam sudah ada titik kita.

Hakikatnya semua berasal dari yang satu.

Allah telah berfirman: Wa fi an fusikum afala tubsyirun (ayat 21... surah Adz Dzariyat)
.
."dalam diri kamu kenapa kamu tak perhatikan."

Tak kenal diri maka tak kenal Pencipta..

Dari Dia, melalui Dia, kepada Dia, semua dari Dia sahaja, Dia meliputi segalanya.


Tapi kita kena ingat akal juga dari Dia, kapasiti dan batasan pemikiran kita juga di tentukan oleh Dia, setelah mengkaji dan berfikir dari pengamatan di sekeliling kita dan sudah habis daya berfikir, serah lah balik pada Dia untuk menambah daya pemikiran kita sehingga kita faham tentang Dia.

Lembu kalau hilang, adakah lembu akan mencari Tuannya atau sebaliknya?

Tapi saya tak bersetuju bahawa Ilham dan Ilmu laduni tak di berikan kepada manusia selain daripada nabi nabi dan Rasul Rasul.

Ilham tetap ada di berikan kepada manusia. Dari ilham lah datangnya segalah pergerakan penterjemahan dari ‘afaal’ Allah

Pergerakan berlaku atas arahan otak, semada sukarela atau tidak sukarela, melalui sistem saraf. Otak menerima arahan dari hati (kalbu). Kalbu menerima arahan dalam bentuk ilham (signal) dari Allah .Itu lah pegangan orang orang marifah; terbit ilham pertama dalam hati adalah terus dari Allah dan adalah benar, yang datang sesaat kemudian dalam bentuk hujah dalam diri kita, sudah bercapur dengan godahan syaitan.

Sebab itu ‘orang tua tua zaman dulu’ menunggu “gerak” atau ilham pertama ini sebelum memulakan sebarang langkah. Kalau dapat ilham (signal) kata, "pergi" baru dia bergerak kerana yakin bahawa adalah arahan yang datang terus dari Tuhannya. Isyaallah perjalanan dia selamat, kalau ada bahaya pun insyallah Tuhan akan lindungi dia. Itu keyakinan dia.

Kalau Ilham pertama terbit dalam hati ‘pergi ke masjid sembayang magrib’ itu terbit terus dari Allah, tetapi sesaat kemudian datang hujah “oh kena ambil anak kat station komuter kat Sungai Buluh kejap lagi” Ini sudah bercampur ajakkan syaitan.

Kalau kita mengatakan Allah itu Pencipta kita dan kita ibarat robot tidak ada daya dan upaya atau kuasa melainkan kuasa dari dia (laa haula wala quwwata illa billahi) sudah tentu segala pegerakan kita mestilah dari Pencipta sendiri. Afaal dia semuanya.

Kalau ada yang mengakui pergerakan dia bukan dari afaal Allah orang itu sudah jatuk syirik mengakui ada kuasa yang lain selain Allah. Nahuzubilah, jauhkan berlakunya kepada kita.

Bayangan bergerak atas sebab benda yang di bayangi bergerak.

Hati nurahi yang bersih akan mendapat ilham yang bernilai tinggi dari Allah SWT.

Sebab itu orang yang marifah menjaga hatinya selalu bersih. Zikir yang tak putuslah yang menjadi factor utama dapat menjaga kebersihan hati.

Begitu juga dengan laduni, ilmu dari alam ghaib di anugerah dari Allah sendiri. Ilmu ini bukan lah wahyu seperti yang di perolehi oleh Nabi Nabi. Wahyu sebegitu sudah tamat dengan kewafatan Nabi Mohammad saw.

Ilmu Ladunni merupai ilmu kefahaman tentang rahsia rahsia alam ghaib ,rahsia Ilahi itu sendiri.

Contoh nya roh itu rahsia Allah;.Mengapa itu jadi rahsia.Allah? Apakah rahsia itu tetap menjadi rahsia yang langsung tiada seorang pun makluknya yang di anugerahkan untuk mendapat menciumnya.?

Rahsia rahsia sebeginilah yang di perolehi oleh kekasih Allah melalui ilmu laduni.

Haram baginya kalau sudah dapat menciumi rahsia ini nak di bongkarkan kepada umum. Ilmu laduni yang di perolehi itu semata mata untuk dirinya seorang, atas kurnia Allah semata mata, bukan untuk di kongsi dengan orang lain. Dia sendiri faham dan tenggelam dalam rahsia itu.

(Kata guru saya,barang(najis kita) masih dalam perut kita tak najis bila terkeluar ia jadi najis dan berbau busuk sekali, jadi rahsia tetap rahsia.)

17.85. Wayas-aluunaka ‘anir-Ruuh.Qulir-Ruuhu min ‘Amri Rabbii wa maa ‘uutitum- minal ’ilmi ‘illaa qaliilaa


Dan mereka akan bertanya kepada mu tentang ruh.Katakanlah ruh itu urusan Tuhan ku dan kamu tidak di beri ilmu melainkan sedikit” ( surah Bani Israil-ayat 85)

Firman Allah; "Alaas tu bi Rabikum-Quluu- Balaa” yang menerangkan disaat Ruh ruh berkumpul mengadap Allah SWT di alam ruh, Allah bertanya ‘siapa Tuhankamu “ jawab ruhruh “Bah kan”

Maknanya jelas, ruh kita telah mengenal Tuhanya awal awal di alam Ruh.
Bila kita di alam “concrete” ini kita di lupakan kerana ada hijab.(kalau terangkat hijab, nescaya kita terus langsung nampak Arasy)

Hidup kita ini pada hakikatnya nafsi nafsi. ( sila lihat kata kata mutiara Al-Hikam dalam post bertajuk ‘Bagaimana Cara Orang Sufi Mensyukuri Nikmat’( klik sini)

Ilmu laduni, adalah kurnia dari Allah kepada hamba yang di kasihinya..

Penulis “Tasawuf Beberapa Persoalan” itu kuatir, ladunni itu datang dari syaitan…Tak munkin, selagi hamba Allah ingat dengan sebenar ingat kepada Allah, syaitan tak akan masuk.. Itu perjanjian syaitan dengan Allah . Siapa mendapatnya sendirilah merasa dan faham.

Saya bersetuju dengan penulis , sebenarnya perjalanan untuk kesitu mesti melalui kegunaan akal. Ilmu dulu. Imam Ghazali pun berpendapat begitu, beramal tanpa ilmu merbahaya.

Kita kena memahami sifat sifat Allah dan Asmanya dan pemahaman kita di atas kejadian semesta alam dan diri kita , melalui tunjuk ajar guru guru Hakikat yang warak, mahir dan faham bahasa Arab AlQuran.

Ada orang menganjurkan seorang kena masuk jadi ahli terikat tertentu supaya cepat untuk sampai ke makam yang tinggi .

Ini yang di perkatakan oleh penulis “Tasawuf Beberapa Persoalan”. Dia memberi hujah bahawa terikat sebegitu tidak di anjurkan dalam Islam .Jalan terbaik ialah melalui jalan hakikat. (Mencari kebenaran melalui sumber akal dulu untuk sampai tingkat hakqul yakin).

Saya tidaklah lah pula mengatakan tarikat itu salah, kena tenguk dan faham akan perjalanannya dan cara pelaksanaannya mesti tiada unsur syirik besar atau kecil.

Walau bagaimana pun, seelok eloknya kena belajar hakikat dulu supaya ada asasnya. Sekurangnya baca buku Minhajul Abidin Oleh Imama Ghazali.( saya sudah beli tidak kurang 3 buah dihadiahkan kepada kawan kawan). Sebuah lagi buku dalam simpanan saya sekarang sudah tiada. Beli pada tahun 1978, itulah yang mengetuk pintu hati saya untuk mendampingi Guru hakikat.Memang kena beli lagi untuk rujukan.

Hakikat ialah kebenaran yang mutlak.. Tiada lapisannya yang lain lagi selepas itu. Methodologinya seperti mengupas labu bawang; lapisan demi lapisan kulit bawang di kupas; dan akhirnya apa yang kita ketemui?

Mithalnya ,kalau kita penah dengar ungkapan lama , "dari kapas jadi benang dari benang jadi kain.” Kalau kita nampak seorang pakai baju, kita terus katakan dia pakai kapas, pasal kita tahu hakikat baju ialah asalnya dari benang, dan asal benang dari kapas. Pandangan kita kepada baju terus pantas ternampak kapas..

Begitu juga bila kita tenguk orang minum air , kita kata orang itu minum hydrogen dan oxygen (H2O) pasal kita tahu sikit pasal hakikat sains..

Pegangan (MOTO) Pengamalnya Hakikat ialah :

1.Mati masa hidup dan hidup masa mati.

2.Biar kaya dalam miskin jangan miskin dalam kaya

3.Bersuluk ,(zuhud, berkhalwat) 24 jam dan lebih abdal di halayak ramai dalam suasan hiruk pikuk.


Saya pernah menjinak jinak dengan beberapa kumpulan tarikat. Saya masuk tetapi setengah jalan .

Di peringkat awal lagi banyak sangat kemuskilan dalam fikiran dan tiada kepastian di perolehi. Saya berdoa kepada Allah supaya memberi pertunjuk jalan yang benar dan pada malam kedua nya saya bermimpi .

Kebetulan beberapa bulan sebelum saya masuk terikat itu, timbul minat untuk memiliki sebuah kereta sport (2nd hand); ada dua pilihan untuk saya pilih; model A dan model B. Minat saya pada modal A.

Waktu itu sebenarnya saya juga berguru dengan Arwah Tuan Guru Ustaz Yong diKuala Trengganu .Tiap tiap bulan saya akan ke sana selama hampir 3 Tahun lamanya.

Dalam mimpi itu, saya sedang berjalan jalan hingga sampai ke persimpangan tiga. Saya sedang berjalan dari satu arah sampai ke simpang tersebut. Di sebelah jalan ke kanan ada sebuah kereta sport model A bersama di situ menunggu ialah Ustaz Yong dengan kawan baik saya. Di sebelah jalan ke kiri sebuah kereta sport model B bersama di situ menunggu ialah Tok guru dan rakan lain dari kumpulan terikat berkaitan . Masing masing mengajak saya ke kereta mereka.

Akhirnya, dalam mimpi itu saya memilih untuk bersama Ustaz Yong dengan kawan saya dengan kereta sport idaman saya itu.

Saya terkejut dari mimpi dan duduk termenung sekejap. Kemudian saya terus buat keputusan akan terus belajar melalui kaedah hakikat bersama Ustaz Yong dan kawan saya yang sama sama memberi bimbingan..

(Kemudain, saya juga tidak sia siakan nasihat Arwah Ustaz Yong untuk tidak meninggalkan seorang lagi guru hakikat Ustaz Man( Arwah) yang terkenal di Kuala Trengganu.Alhamdullilah, saya sempat berbaiat dengan Arwah.).


Sebenarnya ketika bermimpi itu saya sedang “bersuluk dalam kelambu” bersama ahli terikat tersebut.

(Arwah ayah saya berpesan, nak cari guru cari lah guru dari Trengganu, Alhamdullilah saya ketemui, 3 orang guru).

Tarikat yang saya hendak ceburi itu hanya memerlukan anak murid mengikut saja perbuatan atau amalan yang di berikan tanpa perlu pembelajaran atau penghujahan. Kalau di berikan zikir, zikir lah diamalkan mengikut peringkat, atau pangkat masing masing .

Berbeza dengan perjalan hakikat, dimana kita kena faham sifat sifat Allah dahulu dan kita menghayati kejadian alam semesta dan hubung kaitnya dengan kita, seperti contoh cerita “apa yang ada di sebalik se ekor nyamuk” dan ‘cara orang hakikat menyukuri nikmat” dalam siri yang lalu.


Saya tak kata terikat mereka salah dan jangan ada yang salah anggap kenyataan saya ini. Cuma hati saya tak mahu menerima cara terikat sebegitu. Itu saja.

Saya sekarang mengamalkan “ terikat” saya sendiri.

Anda kalau ingin mengikuti perjalanan ini kena faham betul betul apa erti itu terikat (toriqat).

Mengikut guru saya, toriqat ialah jalan menuju Maha Pencipta . Bermakna apa saja perkara yang kita fakir dan buat atau ibadah yang membawa kita ingat kepada Allah Aza Wajala , bermakna kita ‘link’ balik dengan Allah; itu lah tarikat.

Seperti kita melihat seekor nyamuk dan kita dapat kaitkan dengan Pencipta sebagai Ar- Razak, pembawa rezeki melalui makluk nya nyamuk seperti sudah saya ceritakan, dan dalam masa yang sama mengingatkan dan membawa kita sampai kepada Allah, itulah Terikat, jalan membawa kita ke Allah.

Begitu juga kalau kita melihat ulat sutera dimana benang yang keluar memberi sumber rezeki kepada kita manusia, dan bila kita fikirkan processnya dapat di kaitkan kepada kebesaran Maha Pencipta, sudah tentu satu toriqat, jalan menuju kepada Allah.

Sebenarnya contoh contoh cerita nyamuk, ulat sutera,ikan, padi ,gandum, dan sebagainya adalah satu ‘networking kita dengan Allah’ atau lebih tepat lagi “kita buka ‘website’,(di alam maya dalam otak kita), dengan Allah”


Anda jangan terkejut kalau saya katakan, bagi saya dan rakan rakan seperjalanan, naik kereta pun terikat, berjalan kaki pun terikat, berkerja pun terikat, makan pun terikat, tidur pun terikat, bangun tidur pun tarikat semua activiti hidup adalah terikat. Tapi kita kena tahu macam mana nak di terikatkan aktiviti itu..

Cuma macam mana nak kita letakkan diri kita sentiasa berterikat.Terpulang kepada kita sendiri.( Sebab itu saya syorkan kita buat 'websites' ,di alam maya dalam otak kita, dengan Allah supaya mudah kita ‘link’ balik dengan dia.)

Tak percaya cuba amalkan cara mensyukuri nikmat yang di ajar oleh Atok Man pada cucunya

Bagi kami mudah. Contoh bila bawa kereta, kita kena ingat hakikatnya, siapa yang sebenarnya yang melihat kehadapan, siapa yang memegang steering siapa yang memberik .Kalau kita dapat memahami bahawa semuanya adalah afaal Allah, kita hanya ibarat satu bayang atau satu robot bermakna kita sedang mengamalkan terikat, sebab dengan cara itu hubungan kita dengan Allah sentiasa “in contact”, tidak putus.

Saya di fahamkan pengertian asal Toriqat seperti berikut.

Katakan ada seorang alim lagi warak (mungkin wali, kita tak tahu) katakan nama nya Abu Hassan; telah di tampakkan Tuhan seorang yang makbul doanya; kewarakan nya tampak membuahkan sesuatu yang di ingin kan oleh semua orang, lalu di tanya orang apakah amalannya hingga dia sampai ke taraf itu; lalu di beritahu bahawa dia mengamalkan sekian sekian zikir atau tidak meninggalkan sembayang sunat setiap waktu dengan istiqomah..(Biasa lah orang Alim, mengamalkan yang mutiara mutiara saja)

Maka orang yang bertanya tadi terus berguru dengannya dan mengamalkan seperti yang di anjurkannya. Bila ada orang lain pula yang bertanya dia apa amalannya , dia pun berkata amalan dari Abu Hassan, lama lama jadi banyak yang berguru dan mengamalkannya, maka jadi lah tarikat Abu Hassan.

Begitu juga dengan Ustaz Yong. Siapa yang dapat mengamalkan banyak sembayang sunat, atau takdis, takdis ,zikir zikir,selawat selawat, doa dao yang di amalkan oleh Ustaz Yong, kalau mahu boleh bagi nama terikat Ustaz Yong. Pasal memang cara hidupnya, mandi dia, tidur dia, cara amalan dia, sembayang dia, bacaan dia cara dia melayan tetamu, dan istiqomaknya , tidak ada pada orang lain yang pernah saya lihat..

Contoh satu daripada amalannya ialah selawat, tak kurang sepuluh jenis selawat,dan ada satu selawat yang di gelar ‘Selawat Raudhah’ (Arwah dapat selawat ni di Raudhah Masjid Nabi di Madinah satu masa dulu). Bila setiap kali masuk bilik tidur, Arwah tak akan keluar dari biliknya selagi tak baca selawat itu.Selawat ini panjang sungguh saya tak dapat menghafalnya.

Bila Arwah nak mandi di kolah di suraunya, Arwah akan berkeliling beberapa pusingan sambil membaca selawat selawat doa doa ,takdis takdis dan sambil menyiram pokok pokok di tepi kolah dan lepas itu baru lah mandi . Dia ambil uduk amat lama sekali berserta bacaan bacaan tertentu. Biasa uduhnya tahan lama.

Terikat yang di amalkan oleh saya dan rakan saya yang di panggil perjalanan hakikat , makan masa yang lama sikit, itu pun macam saya ni belum sampai lagi, masih berjalan dengan perlahan, ibarat buah pelam yang di biarkan masak di pokok, lambat sikit lah masaknya, kalau di bandingkan dengan masak di peram iaitu petik buah waktu hampir tua dan diperam ,tentu lah buah di peram cepat masak..

Cuma orang kata masak di pokok, walau pun lama sikit, rasanya lebih manis.

Dalam buku Minhajul Abidin, Imam Ghazali ada bercerita kisah seorang murid yang hendak berguru dengan seorang ahli hakikat, lalu di tanya oleh guru tersebut,

“apa tujuan kamu nak berguru dengan saya… adakah kamu nak ke syurga? Kalau nak ke syurga pergi lah mengaji dengan guru fikah, tetapi kalau kamu bertujuan nak jumpa Tuhan yang memiliki syurga itu , jumpa lah guru hakikat.” .

Imam ghazali juga melahirkan kekagumannya dengan Allah Aza Wajalla atas sifat nya iaitu “Allah yang memuji dan Allah juga yang kena puji” bermakna Allah memuji dirinya sendiri.

Dalam kisah Nabi Ayub, bilamana Allah telah memuji kesabaran Nabi Ayub yang menakjubkan. Allah memuji Nabi Ayub, hamba dia sendiri, walhal sifat kesabaran Nabi Ayub itu siapakah yang menganugerahkan kepada Nabi Ayub kalau tidak Allah sendiri! Itu lah dianya hakikat , Allah memuji diri nya sendiri, bila Allah memuji Nabi Ayub

38.44. Wa khuz biyadika zigsan fazrib- bihii walaa tahnas. ‘Innaa wajadnaahu saabiraa. Ni’mal-Abdu innahuuu ‘awwaab!

Dan ambillah dengan tangan mu ranting ranting kayu dan pukulkan dengan itu ,dan jangan engkau, menyalahi sumpah sesungguhnya kami dapati dia sabar sebaik hamba, sesungguhnya ia sangat banyak kembali.(menyerah diri)

Dari Dia, melalui Dia, kepada Dia.

Dua perkarta penting perlu di fahami benar benar dalam perjalanan hakikat.

Kalimah: Laa ilaha illallah
Laa haula wal quwwata illa billahi

Insyaalah saya akan perturunkan kupasannya dari kitab Al Hikam dalam siri akan datang mengenai kedua nya.

Apakah hala tujuan kita memperlajari semua ini? Lain tak bukan ialah :

Allah berfirman :
Surah 89.27. Yaaa-‘ayyatuhan-nafsul-mutma-innah!(Surah Al fajar ,89-27)
Hai jiwa yang tenang (yakin),

89.28. Irji-‘iii ‘ilaa Rabbiki raa-ziyatam marziyyah!(Surah Al Fajar,89-28)
Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan keadaan ridha (dan) m di ridhai

Sebagai penutup saya siarkan balik kata kata mutiara berikut untuk renungan kita
:

. Kata kata mutiara Al-hikam (berkaitan bukti kekuasan Allah) : Diantara bukti-bukti yang menunjukan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadaNya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (yakni: Bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.

Sepakat para arifin bahawa segala sesuatau selain Allah tidak ada, ertinya:tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya. Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayangainya, di sini terhijabnya.

Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.