Monday, February 2, 2009

KEKEJAMAN YAHUDI DI GAZA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali
wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi.

Allahuma inni as aluka hubbaka
wa hubba man yuhibbuka
wa’amalallazi yubalighuni hubbaka
Allahumaaj’al hubbaka ahabba ilaiya minnafsi
wa ahli wa minal maailbaariid
( Doa Nabi Daud)

IMBASAN PERJALANAN HAKIKAT-2

Sebelum meneruskan cerita ini perlu di ingatkan hari ini 3 Feb genap setahun Atuk Man menjalani pembedahan by pass jantung di IJN…Untuk mengingat peristiwa tersebut sila klik di sini

KEZALIMAN ZIONIST DI GAZA

Sejak peristiwa menyayat hati yang menimpa Rakyat Pelastine fikiran Atuk Man , macam kacau sedikit, banyak tertumpu kepada isu Pelastine.Dia rasa sungguh helpless, tapi bila di kenangkan kembali dari sudut hakikatnya semuanya dalam takdir Illahi.

Mari lah kita semua membaca surah Alfateha dan sedekahkan kepada roh roh umat Islam yang Syahid di Pelastine.

ALFATEHA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢)

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam

Praise be to Allah, Lord of the Worlds (2

ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

, The Beneficent, the Merciful (3)

مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤)
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)

. Owner of the Day of Judgment, (4)

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)
Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

Thee (alone) we worship;(5)

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)
Tunjukilah kami jalan yang lurus

Show us the straight path, (6)

صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat

The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)


Memang pun tujuan Allah mengwujudkan kaum Yahudi adalah untuk membuka pintu jihat sepanjang zaman hingga kiamat baru berakhir.
Tidak adil Tuhan itu kalau pintu jihat hanya di buka pada zaman Rasullah dan para sahabat saja..
Imam Mahadi dan Nabi Isa di turunkan nanti pun ada hubung kait nya dengan kaum Yahudi….
Syaitan dan Iblis musuh Umat manusia yang tak nampak dan manusia di minta berlindung hanya denganAllah dari gangguan Iblis…Senjata bagi orang mukmin untuk lawan Iblis hanya dengan sentiasa ingat pada Allah…

Musuh umat Islam yang nyata pula iatu yang di katakan oleh Allah dalam AlQuran ialah kaum Yahudi ,Nasrani dan Orang Kafir..Ini kita kena tangan dengan berjihat…

Sebagai jihat kecil Atuk Man berpuasa satu hari dan berdoa kepada Allah di samping cuba boikot barangan yang ada kaitan dengan gerakan Zionist itu sambil menderma setakat yang mampu..Itu saja yang dapat di lakukan.

Atuk Man yakin sekiranya umat Islam bersatu dengan satu tekat insyaallah Islam akan berjaya.

Masalah yang timbul bila ada satu cadangan, contoh, macam boikot barangan Amerika, ada saja suara sumbang memberi hujah yang bukan bukan, kenapa tidak kita ikut saja seruan itu -jangan persoalkan betul tak betul tindakan itu nanti. Sebenarnya itu bukan persoalannya, yang pokok kesatuan. Allah hendak kan kesatuan itu…Sebab Allah itu Maha Esa…Manusia pun asal nya satu. Allah hendak lihat kesatuan itu.

Bak kata Guru Atuk Man “lihat apa terjadi bila dihancur dan di lumat semua yang wujud dalam dunia dan cekarwala. Bila kita gumpalkan tidak kah dia jadi satu..” begitu lah akikatnya..

Dalam bab ini Atuk Man teringat akan kisah Saidina Umar yang di ceritakan oleh Gurunya. “ Pada satu medan peperangan dengan orang Rom, tentera Islam mengalami kekalahan. Mendengar lapuran itu Kalifah Saidina Umar Al Kahtab ‘turun padang’.

Beliau tidak buat inspection atas askar askar sama ada senjata cukup tak cukup samada pedang sudah tajam, sama ada anak panah sudah sedia…Beliau Cuma menanti ketika maksuk waktu sembayang…Apatah lagi bila melihat syaf yang bengkang bengkok dan tak rapat Lalu beliau terus buat ‘conclusion’ “ Patut lah kamu kalah perang..pasal syaf sembayang kamu tidak lurus” terus di arahkan supaya menjaga syaf setiap waktu..
Kesesukannya berperang tentera Muslimin menang melawan orang Rom.

Penulis syorkan supaya tajuk berikut di imbas kembali

Titian Siroltalmustaqim. klik disini

TAJUK "APA YANG ADA DI SEBALIK SEOKOR NYAMUK"

Menerangkan bagaimana Allah menjana ekonomi (rezeki) hamba hambanya dari sifat manusia yang “marah” atau ‘benci” kan nyamuk satu “makluk” yang halus yang di cipta nya kerana makluk itu dikatakan membawa Penyakit. Bertapa halusnya dan kompleksnya perjalanan rezeki dan ‘networkingnya’. Ini lah asas penting untuk menuju ke MAHA PENCIPTA.
Untuk kesitu ia itu “Apa ada di sebalik seokor nyamuk ” sila klik sini

TAJUK "BAGAIMANA ORANG HAKIKAT (SUFI) MENSYUKURI NIKMAT"

Ini juga penting… mensyukuri bukan hanya dapat melafaskan ‘alhamdulillah’ saja tapi pengisiannya amat penting agar kita dapat merasai nikmat Tuhan itu…
Untuk kesitu “Bagaimana orang hakikat ( sufi) mensyukuri nikmat” klik sini

TAJUK "PENGENALAN HAKIKAT"

Diskusi rengkas berhubung apa itu ilmu hakikat.
Untuk kesitu “Mengenali Perjalanan Hakikat” klik sini

Wasallam

2 comments:

love is forever said...

assalamualaikum atuk
ade improvement ngan tulisan jawi tu... yelah atuk setuju dengan boikot tu, tapi banyak jugak iklan kat tv kan barang-barang yg diboikot tu..cam ner?

shahbandarmalakat said...

Dear love is forever...itu menunjukan umat islam tak pernah satu hati..umat islam akhir zaman ramai 6 billion? tapi macam bueh di laut je..