Tuesday, March 18, 2008

titian sirothalmustaqim...

Assalmulaikaum.Bismillahirahmanirrahim..

Saya mulakan blog ini dengan tajuk titian siraltalmustaqim...Bukan apa sekadar mengingatkan diri yang kedil ini bahawa kita hidup di dunia sekejap sangat dan sebenarnya setiap insan setiap saat menghadapi mati..di mana dia berada sekali pun dia menghadapi mati..mati ada di mana mana bila bila masa..Sebab itu ahli sufi ,orang tarikat , hakikat dan orang alim lagi tawaduk sentiasa tak lepas zikirnya mengingat Allah dalam apa jua keadaan sekali pun..berdiri..berjalan.berkerja..berbual..makan ..malah tidur sekali pun..
Ini semua kerana manusia tidak tahu bila mereka akan mati. Oleh sebab itu, orang orang golongan diatas sentiasa bersedia untuk mati.Sebab janji Allah bahawa orang yang selamat ialah orang yang ahkir hayatnya dapat mengingat Allah Aza Wajalah..
Janji Allah itu benar..setiap insan yang hidup dan kemudian mati akan melalui Titian Sirothalmustaqim..
Meniti Titian ini tidak boleh dilaksanakan oleh manusia selepas dia mati tanpa persediaan di masa dia hidup di dunia ini..
Malah bagi orang orang golongan ini, tugas meniti sirothalmustaqim ini di lakukan di dunia..Di dunia lah tempat kita mesti meniti..meniti dengan membuat ibadah yang di perintah dengan tekun dan iklas dan sentiasa memohon Allah memberi pertunjuk jalan yang lurus.
Sekian dulu buat sementara waktu ..Wassallam

No comments: