Bismillahirrahmanirrahim
Assalamuakaikum warahmatullahi wabarakatuh
Terjemahan Al Hikam: Kekerasan semangat/perjuangan itu, tidak dapat menembus tirai takdir, kekeramatan atau kejadian-kejadian yang luar biasa dari seorang wali itu, tidak dapat menembus keluar dari takdir, maka segala apa yang terjadi semata-mata dengan takdir Allah.
Firman Allah:
1. ”Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yang dikehendaki Allah, Tuhan yang mengatur seisi alam (at-Takwir: 29)
.
2. “Dan tiada kamu mengkendak kecuali apa yang di kehendaki oleh Allah.Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana.(Al Insan:30).
KOMEN YANG DI POSTKAN KEPADA BLOGGER KUDAKEPANG
AKUM. Datuk,hari kabinet angkat sumpah jawatan saya dalam kereta menuju ke KL dan melalui siaran radio rtm klasik national, saya dengar siaran langsung angkat sumpah kabinet.
Setiap Menteri tersebut melafaskan ikral dan inti pati angkat sumpah itu amat jelas pada saya ungkapannya "..bahawa saya berikral untuk mempertahankan perlembanggan.."
Rupanya setiap menteri dan MP bersumpah mempertahanan perlembagaan kita...
Menteri dan MP Masuk perliament bukan bertujuan untuk pinda perlembagaan,bukan begitu Datuk?
Tak apa lah Pak Lah tak hormat perlembagaan parti dia,(UMNO pun Tak relevant sangat pada setengah kita). Tapi dia baru saja memperbaharui sumpah dia di hadapan Agong untuk mempertahankan perlembagaan..Itu sumpah Paklah..(Saya takut dengan sumpah sebab itu saya masih tak masuk umno baru kerana sumpah).
Saya pun hairan sungguh, jadi MP, jadi ADUN, jadi menteri , jadi PM tapi tak pernah baca perlembagaan negara dan tak tahu sistem pemeritahan negara kita.
Eloknya setiap calun yang nak bertanding kena tunjuk sijil pengesahan dia faham dan hafal perlembagaan. (boleh saya tubuh sekolah yang mengeluarkan sijil tu.)
Sebenarnya dalam negara kita ni,,rakyat hanya memilih MP dan ADUN melalui pilihan Raya,mereka tak memilih PM atau MB atau KM.Rakyat tak terlibat dalam pemilihan itu.
Yang memilih PM ialah Agong dan MB di pilih oleh SULTAN bagi Negeri Negeri yang Beraja; bagi KM di pilih oleh Yang Di Pertua bagi negeri yang tak Beraja.
Lepas itu,siapa yang nak di pilih dan di lantik terpulang kepada budi bicara AGONG,SULTAN DAN YANG DIPERTUA.
Untuk perlantikan PM sebenarnya AGONG boleh pilih siapa sahaja di kalangan MP yang di fikirkan dapat sokongan ramai.Pilihan MP itu tak mestinya dari kalangan parti yang menang majority.Kalau pun Agong tersalah buat pilihan iaitu pada pandangan DYMM MP A boleh dapat sokongan ramai tapi sebenarnya tidak, ini tak mengapa tidak menyalahi perlembagaan .
Perlantikan itu mesti di teruskan kerana sah. Semua kena akur.
Sekiranya Orang yang di lantik tidak di terima oleh majority Dewan Rakyat, Ahli Dewan boleh buat undi tak percaya dan pilih calun lain untuk pengundian, Nama yang menang di kemukakan pada Agong untuk di perkenankan.Selesai
Di negeri negeri pun sama juga processnya.
Kenapa begitu? Sebenarnya banyak hikmahnya,,
Orang orang yang di pertanggungjawabkan dalam mereka- bentuk, perlembagaan kita dulu (sekitar tahun 1948?) sudah fikir habis habis,masak masak,termasuk perkara perkara yang boleh merugikan masa depan bangsa, lebih lebih lagi untuk menjaga hak raja raja dan hak istemewa orang melayu.
Dalam perlembagaan kita, keistemewaan ini sudah di letakkan dalam peti besi dan di kunci. Anak kuncinya di pegang oleh Majlis Raja Raja, (saya pinjam kata kata KuLi), tapi sekarang anak kunci ada rosak sedikit pasal ada pindaan pada bab tersebut.
Orang Melayu patut faham, Bukan Melayu dan yang Melayu campur campur,dan orang Islam bukan Melayu, sukar sikit nak faham .
Ingat negara kita tak sama dengan negara lain. itu sebab kita ada akta yang melarang menghina Raja Raja...Ini semata mata nak pertahankan perlembagaan kita
Maka oleh yang demikain, mana mana Pemimpin Melayu yang tidak menghormati perlembagaan tak layak jadi pemimpin..
Masalah besar kita ni tak ada pemimpin Melayu yang tulin,,sebab itu mereka kurang mengerti firasat orang Melayu.
Pak lah sendiri pun bukan, betul Datuk? Sebab itu Patrik boleh senang berkawan dengan dia.
wassalam.tarikh 25/03/08
8:13 AM
Tuesday, March 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment