Saturday, October 11, 2008

PERJALANAN HAKIKAT--SELAMAT HARI RAYA 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali

wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi.


PERJALANAN HAKIKAT- SELAMAT HARI RAYA 2

Jam 8 malam hari sabtu 11 Oct 2008 ,genap 11 hari raya…

Atuk Man, Wan Je dan Cucunya Zulaika baru saja balik dari IJN melawat Ayoh Wan yang baru saja melakukan pembedahan by pass jantung…

Buat kali kedua Atuk Man dan Wan Je ke IJN hari ini..Kali pertama Jam 7.30 pagi. Sebaik sampai ke wad anggerik Ayoh Wan dalam process menaiki trolley untuk masuk dewan bedah...Alhamdullilah dapat berjumpa sebelum operation.

Ayoh Wan Keluar dewan bedah jam 3.30 petang ( lapan jam lamanya operasi tersebut, sama lamanya waktu Atuk Man buat pada bulan Febuary dulu).

Keadaannya lepas pembedahan agak stabil...namun dia masih belum sedar masa Atuk Man masuk sekali lagi ke bilik ICU jam 6.30 petang.Mungkin jam 8 malam nanti batu sedar.

Masa baru masuk ICU, jam 4.30 petang tadi Atuk Man dan Wan Je masuk sekejap melawat Ayoh Wan..Setiap pelawat di mestikan menyapu lotion anti kuman ,,bercampur alcohol,..baunya amat tak disenangi Atuk Man kerana meningatkan dia bila Atuk Man terlantar di bilik ICU dulu..betul bau ICU yang tidak selesa...meninagtkan sakit yang di alami.

Kebetulan Datuk Dr Rais Pakar yang melakukan pembedahan itu ada dalam wad disitu..Dia menegur Atuk Man dan bersalam..Tapi Atuk Man pasti Datuk Rais masih kurang pasti, tak perasan, lalu Atuk Man mengingati nya semula perjumpaan dulu dah berapa kali berjumpa ..

“ Datuk, Ingat tak ini, saya bapa Dr Hasbe”

“Dr Hasbe? Oh ya…macam mana keadaan Pak Cik sekarang, Bukan Pak Cik pun dulu katil 9 ini juga "Jawab Datuk Rais, betul dia tak perasaan awalnya tadi

Nyata dia ingat kan Atuk Man yang buat by pass dulu..sepatutnya Datuk Rais yang buat atas Atuk Man ..last minute berlaku pertukaran yang tak dapat di elakkan seperti yang pernah di ceritakan dalam episode yang lalu…

“ Ialah datuk, dada ni masih sakit lagi ...dah tu kencing manis tak boleh kawal, tinggi”

“Buat dulu bawah Datuk Venu bukan?”

“Ya” Jawab Atuk Man..

“Ini siapa” Tanya Datuk , referring to Ayah Wang

“ Kawan baik saya” jawab Atuk Man

“Datuk ambil urat kat tangan nya ?” Atuk Man merujuk kes Ayoh Wang

“ Ya urat di kaki kecil sangat..”

“ itu pun kena buang cholesterol nya dulu..tenguh ni..” Datuk tunjukkan sample dalam bottle yang mengandungi pintalan cholesterol yang disebutnya.

Kebetulan Datuk sibuk menerangkan kepada surgeon yang seorang lagi dan staff nurse yang ada di situ..

Kemudian Atuk Man minta diri keluar dulu tak mahu ganggu process penerangan itu.

Ayoh Wan telah di hantar ke IJN dengan Ambulan dari Hospital Kuala Trengganu hari Isnin lalu untuk melakukan by pass jantung…Hari Raya Ayoh Wan beraya di Hospital Kuala Trengganu..Pada Malam dua puluh tujuh leko dia dapat minor attack lepas terawih lalu di kejarkan kesitu…

Tapi lepas pemeriksaan dia di jadualkan masuk wad hari Khamis dan operation akan dibuat hari sabtu…

Walau berapa hari di sini, Atuk Man hanya dapat berjumpa dengan Ayoh Wang petang Khamis di wad Anggerik…

Hari Isnin Atuk Man sibuk kerana kerja menyerahkan tugas, hand phone, shell card dan kereta merc yang di pakainya kepada majikannya …Maklumlah Last day untuk Atuk Man bekerja dengan KC..kira kira bersara lah…

Besuknya pula datang juga ke ofis menyerahkan kerja …

Lepas tu sibuk untuk beli daging kerana ada anak saudara sepupu nak buat open house untuk jiran jirannya seramai 30 orang .Dia minta Atuk Man sediakan jamuan..menu yang di cadangkan oleh Atuk Man ialah nasi Beriyani, rendang hitam Dong, dalca, ayam berempah, jelatah timun/nenas,

Laksa berempah Trengganu, cendul, kueh tako dan buahan, air orange dan tea tarik…

Jadi hari pada hari selasa dan rabu Atuk Man Sibuk.

Pagi Khamis pula , sebelah pagi bawa Ibunya ke HKL kerana temujanji dengan Doktor pakar pemeriksaan susulan 3 bual sekali…namun doctor terpaksa admit Ibu Atuk Man dalam Wad kerana tekanan darah ‘tinggi’ 205/100

Bila Atuk Man telipon anaknya ,Angah, dia kata itu tak tinggi kerana ibu Atuk Man dah berumur 84 tahun…Angah percaya kalau Dr Pakar Doktor Ng yang biasa merawat Ibu Atuk Man sekiranya yang check, tak akan di masukkan wad…Dr yang check tu bukan Dr pakar..Dr Pakar tersebut tak ada dan sebenarnya Staff nurse cuba telipon Atuk Man sebelum ini nak beri tahu perubahan tarik namun nombor telipon tu ada lah nombor lama.Oleh kerana sudah datang ke klinik itu , nurse tersebut refer kes ibu Atuk Man itu pada Doktor yang lain.

Kerana mengormati doctor tersebut AtukMan akur dengan dia setuju masuk kan Ibunya ke wad..Mungkin ibunya tak makan ubat dah berapa hari..pagi tadinya pula tak check tekanan darah walaupun kat rumah Atuk Man ada alat electronic tu…

Sehari suntuk meguruskan Ibunya masuk wad.Hanya jam 7 malam sempat melawat Ayoh wang Kat IJN .

Wan Je berbual dengan Ayoh Wang dan Isterinya. Maksu pun ikut sama..Atuk Man lebih banyak berbual dengan 'jiran' Ayoh Wang, sebelah katil Ayoh Wang kerana orang sekampung….pasal orang kampung itu terlibat dengan pergerakan parti PSPS dulu…jadi ada modal nak bercerita...

Perbualan terpaksa di pendekkan kerana orang sekampung tu mudah semput..memang keadaanya lebih teruk dari Ayoh Wang…jantung dia lemah..makna risk factor nya tinggi…

Mungkin banyak orang pandang ringan bila seorang buat by pass…sebenarnya bila dia masuk dewan bedah keadaannya 50-50…

Contoh hari ini pun ada yang tak boleh survive …meninggal…

Sebab itu pagi tadi Atuk Man dan Wan je rasa sedih bila anak anak Ayoh Wang dan isteri tua nya tidak ada masa di hantar ke dewan bedah…mereka sebenarnya tersesat jalan…lambat sampai..mereka hanya dapat jumpa sesudah operation...dan belum sedar lagi.

Bukan apa cuma Atuk Man terbayang kesesalan anak anak itu nanti sekiranya perkara tidak berjalan baik…

Sebab itu Atuk Man pernah menasihati seorang yang hendak melakukan operation ini supaya ahli keluarganya bersatu memberi sokongan kuat …

Ini operation bukan main main..banyak pengorban dari ahli keluarga..masa!

Petang semalam (Jumaat) Ibu Atuk Man telah di benarkan keluar sesudah tekanan jadi normal….jadi sehari suntuk juga lah Atuk Man tak dapat lawat Ayoh Wang.

“Ya Allah Kau beri limpahan rahmat kau dan kesejahteraan kepada guru ku yang banyak memimbing ku dalam memahami Ilmu hakikat ketuhanan …Ya Allah kau lanjutkan umurnya dan dapat lah Aku meneruskan pelajaran ku di bawah bimbingan nya ..Amin” Doa Atuk Man masa melawat Ayoh Wang..Inshaalah Atuk Man akan melawati nya pagi besuk.Atuk Man tahu benar ssudar sedar pesakit akan berasa amat memerlukan keluarganya.


SELAMAT HARI RAYA MAAF LAHIR BATIN DARI SHAHBANDARMELAKAT


Penulis syorkan supaya tajuk tajuk berikut di imbas kembali .


TAJUK "APA YANG ADA DI SEBALIK SEOKOR NYAMUK"

Menerangkan bagaimana Allah menjana ekonomi (rezeki) hamba hambanya dari sifat manusia yang “marah” atau ‘benci” kan nyamuk satu “makluk” yang halus yang di cipta nya kerana makluk itu dikatakan membawa Penyakit. Bertapa halusnya dan kompleksnya perjalanan rezeki dan ‘networkingnya’. Ini lah asas penting untuk menuju ke MAHA PENCIPTA.

Untuk kesitu ia itu “Apa ada di sebalik seokor nyamuk ” sila klik sini

TAJUK "BAGAIMANA ORANG HAKIKAT (SUFI) MENSYUKURI NIKMAT"

Ini juga penting… mensyukuri bukan hanya dapat melafaskan ‘alhamdulillah’ saja tapi pengisiannya amat penting agar kita dapat merasai nikmat Tuhan itu…

Untuk kesitu “Bagaimana orang hakikat ( sufi) mensyukuri nikmat” klik sini

TAJUK "PENGENALAN HAKIKAT"

Diskusi rengkas berhubung apa itu ilmu hakikat.

Untuk kesitu “Mengenali Perjalanan Hakikat” klik sini

Wasallam

No comments: