Wednesday, July 30, 2008

Perjalanan Hakikat -Imbasan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali

wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi.


Allahuma inni as
aluka hubbaka

wa hubba man yuhibbuka

wa’amalallazi yubalighuni hubbaka

Allahumaaj’al hubbaka ahabba ilaiya minnafsi

wa ahli wa minal maailbaariid

( Doa Nabi Daud)

PERJALANAN HAKIKAT- Imbasan

Siri Perjalanan Hakikat melalui kisah Atuk Man dan cucu cucu sudah berakhir….

Namum kisah kisah ini masih ada dalam blog ini…( pergi ke arkib)

Kepada pengunjung yang baru melawat boleh lah menyingkapnya.


Penulis syorkan supaya tajuk tajuk berikut di imbas kembali .

TAJUK "APA YANG ADA DI SEBALIK SEOKOR NYAMUK"

Menerangkan bagaimana Allah menjana ekonomi (rezeki) hamba hambanya dari sifat manusia yang “marah” atau ‘benci” kan nyamuk satu “makluk” yang halus yang di cipta nya kerana makluk itu dikatakan membawa Penyakit. Bertapa halusnya dan kompleksnya perjalanan rezeki dan ‘networkingnya’. Ini lah asas penting untuk menuju ke MAHA PENCIPTA.

Cuba bandingkan pula satu konsep penjanaan Ekonomi ‘amway’ yang dipelupuri oleh orang Yahudi dengan mengekplotasikan sifat naluri manusia iaitu “harapan (hope) ”…harapan untuk menjadi kaya...dengan cara yang nampak ‘mudah’…hanya kumpulkan orang …Melalu “ganjaran (reward)”…usaha sikit tapi ‘ganjaran besar’… melakukannya dalam suasana ‘keluarga (family)” …atas apa yang dipanggil “kebebasan (freedom)”.

Mereka dapat menjana industri ‘amway’ di seluruh dunia…turn over berbillion …adakah mereka cuba meniru cara Allah Taala?

Untuk kesitu ia itu “Apa ada di sebalik seokor nyamuk ” sila klik sini

TAJUK "BAGAIMANA ORANG HAKIKAT (SUFI) MENSYUKURI NIKMAT"

Ini juga penting… mensyukuri bukan hanya dapat melafaskan ‘alhamdulillah’ saja tapi pengisiannya amat penting agar kita dapat merasai nikmat Tuhan itu…


Untuk kesitu “Bagaimana orang hakikat ( sufi) mensyukuri nikmat” klik sini

TAJUK "PENGENALAN HAKIKAT"

Diskusi rengkas berhubung apa itu ilmu hakikat.

Untuk kesitu “Mengenali Perjalanan Hakikat” klik sini


Wasallam


2 comments:

love is forever said...

salam datuk shah
tak kan dah pencen kot.
Tak de episod baru ke..

shahbandarmalakat said...

wsalam...Atuk man nak berehat dari active public life...dia tak mahu lagi kisahnya di ketahui umum ..dia nak kan privacy nya...maklum lah cucunya masih growing...memang banyak kisah kisah yg lucu gembira dan tak kurang suka duka lebih lebih lagi di bulan Ramadhan...contoh nya bagaimana Zulaika kata "Ika sebenarnya ada maknya yang sebenar...yang berbangsa Cina, tapi Maknya cakap Melayu tapi ugamanya Islam..." wan Je mendengarnya terus menghamburkan air mata dan berkata " Itu lah yang tak sanggup hati mendengarnya..Ya Allah kepada Mu lah Aku serahkan cucu cucuku ini...Kau panjangkan Umorku untuk dapat membesarkan cucu cucu ku sehingga mereka boleh berdiri di kaki sendiri"...Tapi apa nak buat Atuk man punya request Datuk Shahbandar tak boleh meneruskan kisah ini...Memang lah Shahbandar nak cerita terus..contoh lagi..Hari kedua puasa Zulaika yg baru 5 tahun bulan Ogos lalu dapat berpuasa penuh dengan galahkan dan coaching dari wan je.Kakaknya Nana tahun lepas umor 5 tahun juga cukup puasa sebulan Pecah rekod dalam keluarga Atuk man yg di buat oleh papanya..Harap dia dapat meneruskan tahun ini...Terima kasih Cik Puan Cikgu Fina kerana komen yang memberangsangkan...