Friday, June 13, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 27)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..


Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi


PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian27)


Jam 7.20 pagi Khamis , Atuk Man memandu keretanya menuju ke Ofis ikut Guthrie highway menuju ke utara ( Rawang) untuk elak jem dan patah balik ke selatan bila sampai ke NKVE, melalui Hospital Sg Buluh yang baru di mana anaknya Angah baru saja di tukarkan ke situ, kemudian melintasi R & R Jejantas Sg Buluh dan beluk ke Klang dan exit kat Kota Damansara terus ke Sunway Damansara di mana ofis Atuk Man terletak.

Macam biasa deru tayar kereta terkena jalan berbunyi ..Huu Huu Huu…Atuk Man pun tupang ikut zikir sama….”Tujuan hidup, kata Imam Ghazali ialah Ilmu dan ibadah, lain tak mustahak….ilmu dan ibadah… naik kereta pun ibadah, kerja pun ibadah semua gerak geri kita pun ibadah, syarat ada ilmu dan faham keedahnya.dan bagaimana methodology nya untuk perlaksanaannya…”

Kenapa ilmu? Supaya tahu di mana ibadah nak di hantar, mesti kenal Tuhan , tak kenal Tuhan , nanti tengah buat ibadah tiba tiba datang seorang ada “kuasa” sikit mengaku tuhan terus percaya dia Tuhan…macam nak hantar email tak tahu alamatnya tersasar tak jumpa tendang balik…macam blog kawan Atuk Man, Shahbandar, buat blog nama blog
http://siraltalmustaqim.blogspot,com/ maknanya jalan lurus tapi tersalah tulis tak dapat cari blog dia.

Matahari dah meninggi lebih segalah tingginya, pesan Arwah Utstaz Yong Guru yang di sayangi oleh Atuk Man, ini bererti sudah masuk waktu dhuha. Sekarang pancaran cahaya matahari di hadapan datang dari sudut kiri kereta…Pagi pagi dah dapat Nur…Nur yang nyata nur yang mengerakkan kan alam, seluruh alam bergantung pada Nur ini, pokok berkehendakkan tenaganya dari cahaya matahari (nur) untuk buat makanan dan mengeluarkan oxygen untuk seluruh kehidupan yang bernyawa .

Tenaga ini lah yang jadi punca segala tenaga di dunia ini seperti arang batu, minyak dan gas untuk kegunaan manusia …Tenaga matahari mengalir ke daun daun yang menghijau yang ada pada pokok dan pokok yang sudah mati tertimbus dalam tanah berjuta akhirnya jadi arang batu, petroleum dan gas. Itulah prosesnya…jadi mataharilah punca semua tenaga di alam ini termasuk lah di planet yang lain…bagaimana pula tenaga di matahari itu tak habis habis dan putus? Itu lah kuasa Tuhan, kalau saintist yang buat kajian itu tak yakin ada Tuhan saja Tuhan nak sesatkan dia ….

Itu Nur yang nyata ..diMalaysia ini terbitnya mata hari tidak berapa di hiraukan oleh manusia di sini..tetapi di negeri sejuk, memang dinanti nantikan. Macam budak Malaysia, Jai, yang tinggal kat Kinsale Ireland, nampak je matahari hatinya jadi riang, memang di nantikan matahari terbit…

Namun itu Nur yang terang dan boleh dilihat… .Nur yang tak nampak ialah Nur yang dipancar oleh Illahi terus ke hati ..menerangkan hati dan terus menerima Iman dari Illahi…dan bukan semua orang akan dapat ini Nur…yang di kasihi Allah saja yang dapat ini Nur…

Kereta terus meluncur, jumpa Tol pertama dan Atuk Man bayar cash…Smart tac tak di top up semalam…pergi putrajaya semalam habis di pakai dan lupa top up..Kat lebuh raya guthrie ini boleh jadi raja bila pandu kereta sebab kereta tak banyak ..ok lah…Nanti sampai kan Jejantas Sg buluh boleh top up smart tac…

Semalam kat putrajaya ada meeting. Projek ini ialah design nya jenis ‘energy saving concept’ …Bagi Atuk Man ini bukan Energy saving sebenarnya…ini swasta punya projek tapi siap nanti di sewa balik pada kerajaan…energy menghabiskan wang rakyat…dua kali lima juga , kerana system hawa dingin walau berbeza dari conventional namum system yang direka bentuk semuanya pakai letrik....mana energy savingnya?, melainkan pakai solar energy atau tenaga lebihan dari system jenakuasa yang lain dan di salurkan kesitu…sebagai kontraktor Atuk Man buat saja lah apa yang di suruh buat….tapi sebagai rakyat, kalau projek ini melibatkan duit rakyat, boleh kita persoalkan….

Yang menarik hati Atuk Man banyak banyak orang yang hadhir pada meeting itu ada seorang jurutera letrik wanita muda, mewakili syarikat kontrator Letrik. Lepas meeting Atuk Man sepat berbual tanya kabar…dia baru berkerja setahun lebih lepas graduate. Nama pendikannya Hida…

Atuk Man sempat juga bercerita peri hal anak sulungnya waktu itu ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang jurutera mekanikal macam Atuk Man, namun Atuk Man tak galakkannya…pasal mekanikal susah sikit dan tak sesuai untuk wanita, walaupun memang dah banyak pun di ceburi oleh wanita sekarang ini.

Atuk Man memang salute wanita yang menjadi jurutera…

Semalam juga, selepas dari Putrajaya, sempat jumpa Nik kat curve, jam 4.30 petang. Nik bersama saudaranya, Nasman, orang bisness…nak ke little Pinang tapi tutup, maka duduk kat Kenny Rogger, order kopi cino …dalam pada itu kopi cino pun sampai ..Atuk Man sempat bercerita pasal kopi dengan nik… “Cuba tenguk Nik macam mana Tuhan menyusun rezeki saya”.

Tuhan awal awal dah susun program kita akan berjumpa kat sini tepat pada jam 4.30 petang. Tuhan dah atur bawa saya akan order kopi cino…Kamu tenguk tadi pelayan itu suggest Nescafe, namun saya kata kopi cino…bila di renung dalam cawan air kopi ini nampak tak biji kopi ini di tanam di Argentina oleh peladang nama nya Juan Don Lambard …

Memang lah dia tak tahu pun 10 biji kopi untuk secawan kopi ni sudah di untuk oleh Tuhan kepada saya…maka adalah saudagar kopi di Argentina memenuhi permintaan saudagar kopi di Malaysia sebanyak 3 kontena kopi dan di dalamnya termasuk lah bersama 10 biji kopi yang telah di cop olah Allah untuk Atuk Man.. kemudian kopi itu sampailah ke Malaysia..dan akhirnya sampai kat kedai ini lalu hari ini saya order kopi cino dia buat dari 10 biji kopi itu…nampak tak kamu betapa seninya Allah menyusun rezeki setiap makluknya…

Ini lah dikatakan kesyukuran sebenarnya, bukan setakat ucapan alhamdulillah saja, bahkan kita nampak Pengatur rezeki, Ar Razak itu dan kita rasa proses penyampaiannya rezeki itu kemulut kita…itu ilmu yang saya nak beri tahu kamu semuanya…ilmu hasil kajian kecil kita…ini lah saya katakan kita kena wujudkan satu web site dalam pemikiran kita bila kita click saja terpancarlah hubungan itu…Tegas Atuk Man pada nik dan Nasman…

Tiba tiba lalu di situ tiga orang muda dua wanita dan seorang lelaki umur dalam lingkungan 27 ke 30 tahun agaknya..Seorang darinya menoleh kearah Atuk Man dan Atuk Man pun senyum dan dia pun senyum…mereka mengambil tempat di sebelah…Atuk Man meneruskan perbualan dengan Nik dan Nasman.…

Tak lama kemudian Mereka di sebelah bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalam kapada Atuk Man dan rakan rakan, mereka mengenalkan diri mereka dan menghulurkan card…Atuk Man tak bawa card dia dan Atuk Man melihat card salah seorang , nama Nur Hardati, Senior consultant , CIMB Wealth…mereka terlibat dalam investment unit trusts…mereka berbual sekejap dan Nasman ada bertanya nama seorang kawanya kat company itu…mereka tak kenal, malah Nasma ialah bekas pengurus bank yang lama sebelum di panggil CIMB….

Atuk Man pun sebenarnya kenal seorang yang berkerja di situ iaitu anak besannya tapi Atuk Man tak ingat namanya, Cuma dengan nama Diana…. jadi tak payah bertanya…Budak Nur tu macam biasa Atuk Man tenguk…dimana ya? Kalau tak ingat mesti lah di alam Ruh lah…sama sama menghadapi Ilahi…bila di Tanya Tuhan Rabul alamin ..siap Tuhan kamu..jawab Ruh… “Bah kan”……

Jam 8.30 sampai kat ofis…KC, boss syarikat yang di beri nama Pencari Peluang Sdn Bhd, memang sampai awal.. ..rumah barunya kat Kota Damansara dekat dengan ofis...dia pagi pagi berjoging sekeliling kawasan…Malah kebanyakan pokok pokok di situ di tanam oleh KC….

KC nampak Atuk Man, cepat cepat di panggil masuk biliknya.terus di arah menyelesaikan pembelian barang barang dan peralatan yang di gunakan untuk projek kat putrajaya itu…masuk yang ini kerja yang masih berjalan di putrajaya ada empat semuanya…dia kuatir harga barang akan naik lagi…

Masalah besarnya semua suppliers nak membekalkan barangan mereka, semua menawarkan harga yang kompatitif , semua kawan…jadi terpaksa toss coin juga…kadang kadang kena tenguk ,kena bagi bagi… nak puaskan hati mereka… lah dulu awak tak dapat , kali ini geliran kamu ..macam itulah caranya…ada juga tak puas hati…nak juga…

Petang tadi KC dan setuju bagi kepada supplier ‘z untuk kipas udara jenis industri’ tapi tiba tiba dalam perjalan balik ke rumah supplier ‘x’ call Atuk Man merayu bagi kat dia , dia boleh turun harga lagi…Atuk Man kata tenguh lah besuk…

Dalam perjalan ke ofis pagi tadi Atuk Man teringat nak cek lesen memandunya…bila buka tenguk lesen mati pada 4 Dec 2007!. ..

Atuk Man telifon Wan Je, “on the way balik hantar Maksu nanti singgah kat ofis “ arah Atuk Man…

Jam 2 ptg Wan Je sampai…Zulaika ada sama dengan dia …Dia selalu bawa Zulaika kerana dia tak mahu Zulaika bergaduh dengan adik tirinya masa Wan Je tak ada kat rumah…

“ Ada si kemit ni “ Kata Atuk Man…kadang kadang Atuk Man panggil ‘kemit’ sebab ..hidungnya kecil sangat..’serupa tak tak hidung’ dalam loghat “C”.

Zulaika hanya tersenggeh…dan cepat dia beralih tempat…
“ Nak makan dulu ke ?” tanya Wan Je,
“ Ya lah… you nak makan kat mana, the curve ? tapi the curve tu apa you nak makan? Pergi mutiara lah”

Pergi makan kat kedai mamak…Wan Je order nasi dengan lauk sotong , zulaika air mangga dan roti canai…Atuk Man order cappati dengan ayam kari

“ Air biasa Cik ?” Tanya mamak pada Atuk Man “ Ya biasa” iaitu apple juice tak ada gula tapi taruk garam sikit…itu air kegemaran Atuk Man. Disini ada dua kedai yang dah tahu kehendak Atuk Man…minggu lepas datang kat kedai ini Atuk Man di tengur oleh mamak pasal lama tak nampak… Atuk Man buka baju tunjuk jahitan di dada…macam orang samsing Shah Rukhan cerita hindi lagaknya… “operation Jantung” Atuk Man jawab…

Atuk Man suka apple juice hijau, dua biji satu gelas, tak ada gula dan sedikit garam…tapi ada sekali di tempat lain bila order macam itu iaitu minta dua biji apple di bawanya dua gelas apple juice!

Kat mutiara sebab ada masjid…makan tengah hari, lepas tu sembahyang…dan hari jumaat sembahyang kat sini …bacaan iman menyentap hati Atuk Man , hancur lebur..tiada dirinya lagi didunia yang fana ini…bacaan iman macam di Makkah…serupa Makkah.. .sekali sekala hendakkan injection seperti itu di kalbu …
Lepas makan ajak Wan Je ke TDI ke pejabat pos… lepas dapat lessen nak keluar je terjumpa bekas setiausaha Arwah Datuk Zakaria Besut, bekas timbalan Menteri dulu…namanya Abu Bakar Abdullah…memang lama tak jumpa….ambil no telifon dia ..janji akan minum tea nanti…

Turun dari pejabat pos terus nak kereta..nasib baik tak buka pintu lagi…rupanya salah kereta ..ada pemandu wanita muda..pakai tudung …nasib baik dia tak perasan Atuk Man nak buka pintu kereta…dia pandang kedepan…

Cerita pada Wan Je, dia ketawa besar…Wan Je tak pernah tunjuk jealous pada Atuk Man…mungkin sebab Wan Je ikut nasihat arwah Maknya..” kalau nak berlaki cari lah yang tak lawa…mata mungkin sakit tapi hati tak sakit…laki lawa tidur tak lena hati sakit ” agaknya lah fikir Atuk Man…

Wan Je hantar balik Atuk balik ke ofis…dan “ bye bye…petang ambil Maksu dan kawan dia Alia…hantar Alia kat Bukit Jelutung….” Pesan Wan Je..

“ Tak singgah ke rumah Lu ambil barang yang Abi kirim “ Kata Atuk Man. Lu cousin Wan Je duduk kat Damansara Utama, baru balik selasa lalu dari Dublin kerana konvo anaknya sebagi doctor, dan dia juga duduk serumah dengan Abi anak Atuk Man, tapi sekarang Abi dah pindah rumah lain kat Bandar agar mudah ke ofis.

“ Biar lah dulu ..tak larat sangat..lagi pun dia tak telifon lagi…” kata Wan Je…yang sentiasa nak jaga hati orang.

Pun lepas itu Wan Je beredar…

Abi ada telifon beritahu dia ada kirim barang pada makcik Lu dia …dia juga beri tahu kawanya anak orang pangkat besar kerajaan tak balik serve govmen. Dia dapat offer kerja kat Dublin…Abi tanya pasal Angah…Wan Je beri tahu Abi, Angah minat nak ke Jeddah…tapi masalah kena pakai driver, sana perempuan tak boleh drive kereta… Abi kata daripada Jeddah baik lah kat Dublin…Angah dah pakar lagilah senang dapat kerja…dan suaminya sebagai engineer boleh lah senang dapat kerja kat Dublin…

Wan Je beri tahu Abi Angah buat joke “ Kerja kat Jeddah, suami aku jadi driver, bagi 10 ribu sebulan tak cukup ke ?”

Satu hari Rashid sepupu Atuk Man, datang kat rumah, sebab nak melawat Abang Man lepas buat operation ..dah lama tak jenguk…kebetulan Angah ada dan Angah pun dah dapat results…

‘ Jadi Angah masih lagi grade 44?” Tanya Rashid…

“ Ya …pengarah hospital Klang pun baru grade 52” kata Angah.
Jusha hanya terhad kepada ketua jabatan saja.

‘ Pasal teruk sangat hospital kerajaan…gaji guru lagi baik dari doctor?” kata Rashid’’

“ ada yang dah dapat pakar dua tahun tapi gaji tak naik naik…” jawab Angah..
:”bukan otomatik naik pangkat…kena isi borang..dia orang ingat kita semua ada masa nak isi borang”

“Kalau macam itu berenti masuk swasta je” tegas Rashid..
“ memang nak kerja kat swasta je ..bagi lah dua tahun lagi” jawab Angah…
Atuk Man dengar je…kalau macam tu..berhenti saja lah….dah tenguk bagaimana keadaan Angah…hanya mak bapak doctor saja tahu kesusahan kerja doctor…orang lain tak akan tahu dan mereka buat buat tak tahu…lebih lebih lagi Menteri…doctor yang jadi menteri pun tak boleh buat apa kerana di Malaysia ini orang yang paling berkuasa jadi ketua setiausaha Negara ( ksn) ada lah dari arts graduate bukan orang technical atau teknokrat ( professional) doctor ke , engineer ke…

Nak berubah tunggu lah Atuk Man jadi PM baru lah ada perubahan…Dulu ada doctor jadi PM pun tak boleh buat apa. Macam macam lagi berlaku , minyak pun tak boleh selesai…Atuk Man di beritahu harga minyak di Negara pengeluar minyak yang lain lebih murah dari Malaysia. Berikut keratan email yang Atuk Man terima, dari kawan
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM2.70Iran RM0.34Venezuela RM0.16Turkemenistan RM0.39 Arab Saudi RM0.19Mesir RM0.81Brunei RM 1.10 (S0.50).
Email yang di hantar ini panjang tapi berbau politik untuk menyokong si polan. Bagi Atuk Man senang, nak sokong seorang mesti ada asas kuat, tak boleh lihat dari segi charismatic je…
Sukarno apa kurang dari charismatic nya, hebat, orang terpukau bila dia berucap..tapi bukan itu asasnya. Lebih lebih lagi sekiranya dia ada rekod jenayah atas salah guna kuasa….mungkin dia kata dia teranyanya…tapi dia ada peluang bela diri kenapa tak bela…itu saja kalau sudah ada rekod orang macam itu tak boleh jadi PM , hancur lah Negara…Atuk Man dah ada pilihan, sama ada TR atau susah sangat Atuk Man sendiri jadi PM..
Pada pandangan Atuk Man orang macam Arwah P Ramlee lah orang yang paling sesuai jadi PM , sudah tentu rakyat hidup makmur.. Lagi pun hidup ini ibarat sebuah filem…kalau pengarahnya bagus bagus lah jalan ceritanya. Tak percaya tenguk lah cerita cerita P Ramlee…bila dia jadi orang kaya orang susah jadi senang , bila dia berlakun jadi orang susah orang kaya jadi senang hati….
Hari jumaat…pagi pagi lagi zu dah telifon “ En Mansyur kat mana , bos cari…suruh datang cepat..” Saya dah sampai Kota Damansara ini…” kata Atuk Man…
Sampai je kat ofis , atuk man terus kebilik KC… “ I want you to take over the job from Ah Kam , he has resigned, he is coming after ward, get everything from him , prepare VO and submit… he did not submit the VO…” KC beri tahu Atuk Man…semuanya dah agak dah…
Masuk bilik buat sikit kerja kerja untuk hantar ke main contractor …semunya dalam bentuk paper works…contracting sekarang , sejak pembinaan KLCC dah berubah jauh sangat semua mesti ada paper..nak mula kerja mesti submit method statement untuk setiap trade…dulu bila kerja kerja yang merbahaya je kena kemukakan cara atau pelan laksanakan kerja tertentu…
Nasib baik lah pihak macam pejabat ugama belum catch up lagi, kalau tidak sesiapa nak kawin kena submit method statements…baru lah gegar dunia…
“En Mansyur..nak ikut pergi Bali tak? Bos decide tahun ini gi Bali ..nak gi kena isi nama nak bawa wife kena sendiri top up rm1000” kata Zu, receptionist syarikat.
“ Bila ? “ Tanya Atuk Man…
“30 Ogos balik 1 Sept” kata Zu…
“ 3o Ogos hari wedding anniversary kami, 1 sept puasa…masukkan nama dulu…” kata Atuk Man
“ Wife…?” tanya Zu lagi
“ Masuk dulu lah”…
Lepas Jumaat balik ke ofis jam dah pukul 2.30 ptg ..Ah Heng project manager yang kendali projek kat Putrajaya yang terbaru belum masuk lagi. Atuk Mana nak beritahu nya pasal benda yang Atuk Man dah siapkan untuknya supaya di polish sikit dan submit kepada maincontractor…Dia tak balik lagi… Tanya Lian Su dia kata tidak nampak “ Mungkin dia pergi sembahyang belum balik “ dia ketawa…
Jam dah 4 petang…Atuk Man lihat kat computer ada tanda merah peti masuk email…dia buka ..oh dari Abi, “ contact lens ayah hantar tu tak tahan lama ..beli yang johnson punya”
Atuk Man jawab “ ok…Ayah dan mak mungkin ke Bali 30 ogos balik 1 sept. 30 ogos malamnya anniversary mak n ayah., syarikat KC buat trip… mak kalau nak pergi kena top up 1000…”
Sekejap itu juga tanda merah pop up lagi ada email masuk lagi…
Abi Lagi, katanya “ Syoknya! ayah pergi lah honey moon abi bayar mak punya…1 Sept puasa Abi balik 20 puasa dan balik Dublin 3 hari raya !”
“Nanti nak tanya mak dulu” jawab email Atuk Man …Abi nak balik berhari raya tu semua anak beranak Atuk man dah tahu…
Cuma nak pergi tu hal cucu cucu…Memang susah nak buat keputusan…anak anak , lebih lebih lagi angah akan suruh maknya pergi…tapi mereka tak fikir cucu cucu yang tinggal…angah senang …”bapaknya kan ada” katanya…
Jam 5 ptg Raymond ada datang, dia contractor bahagian letrik untuk air con…dia ajak pergi minum dengan projek manager projek manager yang lain…minum tak jauh di bawah pokok ceri Malaysia…biasalah dah minum ramai ramai sikit timbullah cerita pasal KC…pasal di membebir dan marah staff setiap pagi ..itu sebab engineer boleh tahan sebulan dua je…budak budak Melayu lagi pula ..macam Adlan , Daud, Samsuri ,Amin, masuk tak sampai enam bulan cabut lari…Amin dan Samsuri dalam setahun,… Amin dia ada pelihara kambing , banyak juga…
Atuk Man pun tak tahu nak cakap apa..Cuma beri tahu mereka KC jenis marah tak simpan dalam hati…kadang dia risau wang bayaran tak masuk..kadang kadang complen datang terus kepada dia siapa pun jadi bos pening kepala..tembak lah siapa yang terdekat…
Lepas minum mereka balik ke ofis…Atuk Man dapat call dari Maksu beritahu tak payah ambil dia …dia tidur rumah Alia…Dia suruh ambil pagi besuk kat rumah Alia, kerana mak dia nak Maksu tolong jiran yang kawin anaknya besuk…
Atuk man balik...sampai kat rumah park di tepi kawasan lapang rumahnya …semua tempat di tanah lapangnya dah didiri kan khemah…jiranya dah minta izin setengah bulan lepas. Dia nak letakkan khemah khemah pasal nak kenduri Kahwin anaknya yang jadi Nurse dan sebaya dengan Abi, anak Atuk man yang kat Dublin tu…
Atuk Man dan Wan Je beritahu tak ada masalah gunalah…memang lah tanah itu di biar lapang ,kawasan lebih kurang 1/8 ekar luasnya untuk kegunaan majlis macam ini…
Angah datang malamnya ..dia tinggalkan maid dia nak ke PD, kebetulan suaminya engineer tapi jadi lecturer ada mesyuarat , jadi dai bawa anak isteri sekali…Angah datang sambil tenuk maknya masih tak sihat…itu sebab atuk man kurang berdaya sikit sebab Wan je down…semua down…

Wasallam









3 comments:

Anonymous said...

atuk ... nama kite nor hidayati la ... hehe ... great blog !

shahbandarmalakat said...

Ya atuk tahu...tak akan atuk nak taruk nama benar nanti marah lah member member

Unknown said...

salam datuk shahbandar

Syukur Alhamdulilah, pertama kali menbaca blog ini...saya amat tertarik dan INSYALLAH saya akan terus MEMBERI SOKONGAN pada blog ini..di harap dengan izin ALLAH...blog ini akan sentiasa subur dan memberi manfaat kepada semua terutamanya 'penagih' ilmu seperti saya

wassalam
carcoon