Sunday, June 8, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 25)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..



Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Allahum shalli ‘alaa man ru’hu mighrabul arwah walmalaikatiwalkau’un. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu anbiyaaai walmuslaliin. Allahuma shalli ‘alaa man huwa imaamu ahli jaannah ibadillahil mukminiin.( selawat siti Fatimah}

Salawatullahi wamalaaikatihi waanbiaaai warusulihi wajami’ikhalqih ‘alaa Muhammad, wa alimuhammad ‘alaihi wa’alaihimussalam warahmatullahi wabarakatu ( Selawat Saidina Ali}

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 25)

“Harga minyak naik…”

Topik perbualan semua orang….

Atuk Man senyum….pada tahun 1990 lagi Atuk Man telah menyeru orang ramai supaya pilih Tengku Razaleigh jadi PM….mereka tak mahu…jadi rasalah sendiri akibatnya…Atuk Man sudah ramal perkara macam ini akan berlaku.

“TR sudah tentu tak mahu perkara macam ini berlaku….Tengku menjadi pengasas struktor ekonomi sejak zaman Abd Razak lagi…semuanya hasil perancangan Tengku.

Bab minyak? Orang Melayu pertama yang cakap dan kenal pasal minyak…Pegawai eksekutif atau CEO pertama Petronas …dia yang menubuh Petronas…waktu itu Arwah Tun Abd Razak dapat tekanan dari USA supaya benarkan Syarikta US, seperti EXXON masuk campur…Tengku kata tidak…Exxon atau Esso boleh hadhir hanya dalam syarikat JV, anak syarikat bukan di perinkat Petronas Induk…

Tengku yang tubuh Pernas dan Pernas Edar…Tengku juga tubuh PNB dan Amanah Saham National…

Pasal minyak naik …Tengku kalau jadi PM dia tak biarkan minyak naik dalam Negara…dia ada caranya untuk mengatasinya…Ilmu itu penting TR ada ilmunya…

Tengku pernah cerita pada Atuk Man…”Masa saya dulu ada kita tubuhkan satu tabung masa depan rakyat Malaysia…tiap tiap satu barrel minyak yang di jual oleh Petronas satu ringgit di masukkan kedalam tabung masa hadapan itu. Tabung itu dalam foreign currency…saya tak tahu apa jadi dengan tabung itu…dah habis ke duitnya?

Apa nak buat…orang tak yakin dengan KuLi…apa KuLi anak raja? Tunku Abd Rahman bukan anak raja?

Tengku orang kaya…So what, dia orang kaya…memang dia kaya ..Cuba tenguk bila dia tak jadi menteri adakah di meminta, meminta dari kerajaan projek itu dan ini macam orang lain?

Dah berapa tahun kah dia tak jadi menteri?

Memang dia tak susah…ini lah orangnya untuk kita jadikan PM, sebab dia nak jadi PM bukan nak bolot harta kekayaan kerajaan atau rakyat…dia tak perlu itu lagi…keperluan hidupnya sudah sempurna…apa yang di hendak mungkin supaya dia dapat buat jasa dengan bangsa…dia tak perlu nak bolot harta kerajaan… termasuk keluarganya….

Ini lah orang yang tak menyusahkan rakyat tapi sebaliknya memberi kesenangan dan keselesaan pada rakyat….

Ini sekali lagi Tengku nak tawar diri nya untuk berkidmat…Rakyat Malaysia patut ambil peluang ini…

Atuk Man sudah lihat semua pemimpin…Mahathir dia sudah ikut dan faham tentang Mahathir…Pak lah pun sudah ikut dan Faham… Anwar pun sudah ikut dan Faham…Atuk Man hanya lihat pada TR sebagai penyelamat Negara…yakin lah…

Kalau tidak Tengku Razaleigh kekallah sebagai PERDANA MENTERI YANG PALING BAGUS yang Malaysia tak pernah rasa lagi”…fikir Atuk Man bila orang cakap pasal naik harga minyak….

Angah datang sama maidnya …dia tidur sini malam ini…anak anaknya Akin ,Asim dan the Princes tak bersama kerana di bawa oleh suaminya balik Besut.

Kedatangannya di tanya oleh alam semesta “ are you ok? Are you ok? … Ok?”
Semesta alam tak pasti…Atuk Man lagi tak pasti…

Namun Atuk Man Tanya dia…” mana budak budak”…
“Dia orang ikut abah mereka balik besut”… jawabnya….

Angah akan mula bertugas kat Hospital Sg Buluh Isnin ini. Besuk Ahad dia nak ke HUKM bagi pinjam kawan nya India yang kurang satu mata untuk lulus itu hari…Banyak rakannya terhutang budi dengannya kerana mereka bertanya

“ Doktor, agak apa soalan akan keluar” Dia tak teragak agak terus beritahu apa yang di jangga akan keluar…rupanya betul semuanya…siapa yang ikut nasihat dia luluslah…

Itu keistemewaan Angah..anugerah dari Illahi, sebab dia seorang yang taat, insyaalah berkekalan hendaknya…

HAPPY BIRTHDAY ANGAH, YOU ARE OLD ALREADY, 34...SO FAST AAH

..Abi semalam hatar Email:

“ ayah, dah check tiket balik Malaysia pada musim Hari Raya 1000 euro. Apa kata ayah yang datang kat sini…Abi balik next year Je…”

“ Tak boleh macam tu…elok Abi Balik..sebab budak budak ni asyik bertanya bila Makcik nak balik…Abi balik ramai yang dapat jumpa..” jawab Atuk Man dalam emailnya…

Memang lah seronok pergi sana, tapi nak pergi lagi, pun tak boleh berdua, satu kena tinggal pasal cucu tinggal…

Dulu Atuk Man pergi sana seorang, bila Abi cuti disewa kereta pergi Belfast tempat barang jenama ternama buat sale…Atuk Man cari kasut clark dan baju cucu cucunya…Atuk Man drive. ..kadang kadang bagi Abi drive…

Tapi bila Wan Je ada Wan Je tak bagi Abi drive…itulah kadang kadang budak budak ini memberontak…Maksu sampai hari ini tak ada lessen memandu…katanya ada pun maknya tak akan bagi bawa kereta…

Ada satu hari Atuk Man pergi Kork tujuan nak ke Kinsale jumpa menantu Rashid sepupu Atuk Man…pergi naik Train dari Dublin…hampir 3.30 jam perjalanan. Sampai Kork berjumpa lah dengan Saiful lalu berkereta ke Kinsale…Tinggal kat hotel White Lady…Disitu berjumpa ramai budak Malaysia yang berkerja di hotel dan di kedai berhampiran…mereka semua panggil Atuk Man Paklang…Saiful kerja sebagai Chef di hotel White House tak jauh dari hotel White Lady…

Kinsale ialah tempat berihat orang kaya di Ireland…Kinsale sebuah bandar di tepi laut berteluk. Tepat marina…tempat simpan boat boat orang kaya.

Saiful malam keduanya bawa jumpa Rodulf kawanya dari Sabah yang berkerja di restaurant Lemon Grass…menu dan resepi masakan semuanya telah di buat oleh Saiful…Saiful mula datang di bawa oleh Lemon Grass Malaysia. Tapi dia berenti kerana ada orang Malaysia kelentung dia masuk join dia buka restaurant baru…janji dapatkan permit…tapi tak ada apa…sebab itu selepas itu Saiful kerja dengan White House…tanpa permit…

Makan kat Lemon Grass special. ..Rodulf buat style order restaurant Cina, banyak jenis makanan, bukan ala card…orang lain tenguk…

Saiful nak bawa isterinya tapi isteri seorang guru baru keluar U kena mengajar di Kucing Serawak…isterinya dan bapa mertuanya suruh balik…Dia berkenalan dengan isterinya sejak di bangku sekolah lagi…

Bila Atuk Man dan Wan Je pergi Dublin Oktober lepas, mereka pergi Kinsale hari Bank Holiday…hotel dan rumah tumpangan semua penuh…pergi pun bertolak lambat..sampai dah senja…puas mencari tempat buang air kecil lama singgah kat satu hotel…Bab buang air kecil dan tempat rehat memang Malaysia bangus…mana ada petrol pump ada tandas…di Ireland ini tidak bukan semua petrol pump ada tandas…

Mereka jumpa Saiful pergi makan fish and chip kat kawannya, Jai, berkerja.
Masa tu Jai belum sampai, tetapi budak Malaysia ada, budak Kelantan, perempuan…jadi dia beri tahu order yang jenis bakar jangan goreng. Goreng dia orang pakai minyak babi…

Dalam perjalanan itu Abi dah siap bawa bekal juga…masalah Wan Je selera dia bukan orang putih… roti roti tak jalan…

Sebab tiada tempat tinggal, jadi malam itu balik juga…jam dah hampir 12 malam. Masih memandu…mana ada tanda “bed & breakfast” singgah tanya semua penuh...ahkirnya jumpa satu kat satu bandar kecil, mereka singgah dan berlabuh…kesihan Wan Je…dia cepat letih…hatinya teringat cucu cucu, buat dia lebih letih…satu pihak dia ingin bersama anaknya satu pihak dia nak bersama cucunya…itu kadang dia jadi sugul…mood dia mudah berubah.

Tak lama balik ke Malaysia Saiful pun balik…tapi sayang dia tak di benar kan balik ke Dublin lagi…itu yang dia frust...dia minta Atuk Man memujuk Rashid bapa mertuanya…Atuk Man kata jangan putus asa pujik isterinya…cari peluang buat master kat sana…

“Sebelum berlakunya peristiwa perpecahan rumah tangga tu , tak ada ke pertanda pertanda yang berlaku sebelum kejadian?” tanya seorang kawan kepada Wan Je..

“ Pertanda macam mimpi adalah…mungkin itu lah Maksudnya….” Terang Wan Je…

“ Mimpi macam mana tu” Tanya kawan tu lagi…

“Aku bermimpi ular besar bergerak dalam pasir, besar sungguh ularnya, tanah iadi berombak di buatnya.. .lalu masa itu ada Yob, driver Abang, kat situ…aku menjerit…Yob tangkap dia Yob…Yob dapat tangkap ekornya, bertarikan lalu ekor itu putus….kami dapat ekornya…itulah lah agaknya yang kami dapat sekarang ini cucu cucu, ekornya…”

Dah lama Atuk Man nak buat wasiat tapi belum juga di buat, lebih lebih lagi di waktu operation itu hari. Waktu itu terbayang oleh Atuk Man ajalnya mungkin dah sampai…kemungkinan operation tu sudah di tentukan Allah jadi alasan atau sebab menyebabnya…

Malaikat Izrail yang ambil nyawa manusia pada mulanya bila menerima tugas dari Tuhan, bimbang takut di bencinya manusia kerana ambil nyawa orang, namun Tuhan dah beri keyakinan pada dia bahawa manusia tak akan benci padanya , kerana Tuhan akan menjadikan sebab menyebabnya sesorang itu mati…

Mereka yang hidup akan leka memikirkan sebab menyebabnya kematian seorang,mithalnya seorang ahli keluarganya, lalu mereka terlupa pada Izrail yang meragut nyawa ahli keluarganya. Mereka asyik mengatakan kalau tak naik bas tu dia tak mati,kalau si pulan tu tidak tidur malam itu, dia tak mati kena stoke dalam tidur.

Dalam kes Atuk Man, kalau Atuk Man tak pergi operation dia tak mati lagi…asyik memikirkan sebab menyebab kematian lalu manusia lupa nak marahi Izrail…

Kematian Atuk Man sekiranya di takdir Allah akan terjadi selepas operation, maka terjadilah, namun Atuk Man tak jadi juga nak berwasiat…

Buat wasiat tu bukan lah nak beritahu di mana Atuk Man tanam duit seguni banyaknya di bawah pokok ceri yang benihnya di datangi dari Negara Tukestan, atau memberi satu senarai harta harta terkumpul seperti rumah mana atau ladang kelapa sawit mana kat Johor ke atau kat Pahang ke, dan kalau Pahang kat mana, Rompin ke….kat Termerloh ke…atau saham saham syarikat gergasi yang di miliki Atuk Man… sebenarnya salah sama sekali.

Dari sudut itu, harta harta Atuk Man semuanya dah di bagi, rumah dah di bagi kepada Wan Je, anak anak pula telah di bagi harta yang tak ternilai harganya , iaitu ilmu !

Nabi Allah Sulaiman telah di bagi dua pilhan oleh Tuhan , nak ilmu atau harta kekayaan…namun, Nabi Sulaiman telah memilih ilmu…akhirnya beliau dapat kedua dua sekali ilmu dan kemudian harta…

Kalau perlu juga nak lah Atuk Man mewasiatkan agar mereka mengamalkan mutiara mutiara peninggalan Arwah Ustaz Yong …Ini pun Along dan suaminya Engku Adam dah di turunkan oleh Ustaz Yong sedikit amalan amalan yang ringan ringan seperti doa Nabi Allah Alias dan Hidir semasa mereka nak berangkat ke USA dulu….Ustaz suruh amalkan pagi petang, baca tujuk kali. dan kalau perlu di amalkan surah Wa’qiah sekiranya terasa nak pertolongan Allah ta’ala waktu waktu terdesak….ini boleh lah di tulis dalam wasiat tambahan.

Apa sebenarnya yang nak di wasiatkan oleh Atuk Man sekiranya Allah mengkehendakinya berpindah ke Alam baqa’…ialah supaya anak anaknya tidak melukai hati Maknya Jelita…Maknya mempunyai hati yang paling sensitive sekali, lebih lebih lagi perkara perkara yang tak sepatutnya di bangkitkan oleh anak anaknya…

dan perkara yang paling sensitive sekali ialah bab cucu cucu tiga orang ini…jangan sekali kali mempersoalkan nya…kalau rasa tak mampu nak menolong diam saja jangan mengeluarkan komen sebarangan…cucu cucu ini sudah jadi tanggung jawabnya...Allah yang beri tanggung jawab itu..belum berlaku lagi, awal awal Tuhan dah beri tanda tandanya…Wan Je sudah bawa masuk Islam , kepalanya tak dapat , namun yang termampu ialah ekornya saja…

Atuk Man akui, pertemuan dia dengan Jelita pun memang tak ada perancangan awal…berlaku dalam sekelip mata saja…semuanya sudah suratan…Amaran ini perlu di beritahu anak anak dalam bentuk wasiat…Atuk Man masih hidup tak apa…tapi ketiadaan Atuk Man… hati Wan Je akan lebih tersentuh…cucu cucu itu nyawa dia…selain dari anak anaknya…

Memang Wan Je menyayangi Nyonya tu lebih…dia mempunyai akhlak yang baik sekali…tak pernah kalau dia nak keluar tanpa mencium tangan Wan Je…atau cakap pada Atuk Man…” daddy…nak pergi dulu…” setiap kali keluar dia mesti tinggal pesan kepada maid, apa yang patut di lakukan kepada anaknya…

Hari ini genap seminggu Atuk Man mula kan tugas...KC kata Atuk Man akan tolong dia untuk kerja pejabat...tapi hari pertama dah di suruh jumpa seorang untuk pergi terangkan system ice thermal (air batu beku) untuk hawa dingin…kerana dia dapat tahu pihak berkenaan akan memanggil tender tak lama lagi…namun bila KC di telifon orang itu beri tahu mereka masih di peringkat perbincangan…mungkin dua minggu lagi…

Dalam keadaan begitu sempat juga KC mengumumkan persediaannya untuk bawa makan angin ke China …” kita pergi sana ada satu tempat tu Zuanzhen… amoinya cantik cantik …semua orang pergi sana …Shanghai tak ada bangus” yang dia bercakap itu orang Melayu berugama Islam…KC dah bawa mereka pergi dulu.Masa tu Atuk Man masih bertugas dengan Syarikta buat peralatan Hawa dingin…

“jadi di Malaysia ini itulah kelemahan ketara bangsa Melayu Islam yang ada sikit kuasa, mudah jatuh ke lembah kehinaannya…nafsu yang tak dapat di bendung…mereka tak nak nak baca buku buku ugama sikit..sampai bila mereka mesti hanyut macam itu...” fikir Atuk Man.

Atuk Man sudah kenal gulungan ini…boleh di katakan hampir 70% jurutera jurutera Melayu dan Islam terjebak dalam perkara yang terkutuk itu…Mereka hanya fikirkan kuasa dan macam mana gunakan untuk kepentingan dan kepuasan nafsu mereka yang tak berpantai…semuanya, .baik dikalangan .consultant, mahu pun di jabatan jabatan kerajaan atau Syarikat syarikat milik kerajaan… Kalau swasta di kalangan kaum Cina tak usah sebutlah ..corruption dan lain lain sogokan sudah jadi adap resam mereka…

Ada yang alim dan pegang kuat pada ugama bukan tak ada … ada tapi kurang…

Atuk Man tak akan terlibat dalam perkara itu..KC kenal sangat dengan pegangan Atuk Man…dia sudah kenal Atuk Man sejak tahun 1984 lagi dan faham…sebab itu jarang KC nak libatkan Atuk Man untuk kerja lobby…

Terbalik…sejak dulu lagi, Atuk Man terlibat dengan KC sebagai menggendalikan projek…manage projek..bukan kerja lobby...lobby itu kerja KC...dia lebih maklum orang Melayu Islam tak mahu deal dengan Atuk Man...orang Melayu Islam lebih rasa selesa deal dengan KC direct…semua boleh…sudah dapat projek ...Atuk Man akan kendalikan…masalah teknikal Atuk Man akan kendali kan ..meeting yang agak sukar sikit …cerewet sikit, Atuk Man handle…

Atuk Man, kalau difikirkan perlu dalam meeting dia hentak meja dia akan lakukan...kadang kadang pihak pihak tertentu memang tak ada pertimbangan, bila pihaknya nak mula kerja tempat tak ready…bila dah mula kerja nak di siapkan semalamnya…

Begitu juga barang bila di suruh confirm jenama yang di tawarkan ambil masa yang lama. Bila masa nak pasang, barang tersebut tak sampai lagi pasal dia orang lambat confirm diorang mengamuk…” apa pasal tak boleh tunggu….dalam dunia ini semuanya boleh tunggu… Cuma mati tak boleh tunggu..’ tegas Atuk Man dan itu tanda Atuk Man mula nak hentak meja…

Seminggu berlepas… meeting ada tiga kali Atuk Man kena pergi…Putrajaya 2 kali dan KL sekali...Sudah tua tua ini ada juga advantage sikit..dia orang hormat…ada sekali Atuk Man pergi meeting sebelum cuti panjang itu hari …”Ini orang veterant yang di hantar oleh KC ” Kata resident engineer tu…

Semua budak Melayu , engineer atau draftmen atau perkerja Bangla di bahagian production/ fabrication dan kepalanya, budak Melayu..semuanya sambut dengan gembira bila Atuk Man mulakan tugas…Atuk Man seperti mana mana tempat dia kerja sama tidak class dan barier ….semua orang menghormatinya…


Bila orang hakikat teringat saja Allah. atau terdengar orang menyebut Allah dirinya rasa hancur luhur…dia rasa dia tak wujud ..yang wujud ..Allah…” kata Ayoh Wang pada Atuk Man , di tepi Kuala Sungai Kuala Trengganu satu masa bila Atuk Man berkesempatan pergi Kuala Trengganu, berhapiran Pasar Payang, dekat jeti kastam…

Apa yang di katakan, Ayoh Wang serupa apa yang katakan oleh Chairil Anwar dalam sajak terakhirnya…

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Remuk….

Firman Allah:Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.

Dan di mana sebelum itu di gambaran Chairil Anwar tentang hubungannya dengan Tuhan:

Dalam termangu
Aku menyebut nama Mu
Walau susah sungguh mengingat Kau
Penuh seluruh…

Pujangga Amir Hamzah pun cuba menggambarkan satu lukisan tentang Tuhan

Nahar aku, gila sasar…
Sayang berulang pada Mu jua
Engkau pelik menarik ingin
Serupa dara dibilik tirai…

Robi’ah al Adawiyyah, wanita pencipta Allah berkata dalam syirnya:

Cinta kepada Mu dua:
Cinta asmara dan cinta hak,
Hatiku penuh dengan asmara.
Hijab terbuka melihat Dikau
Itu semua aku tak berjasa.
Engkaulah sendiri terpuji.

Semua ini menunjukkan perasaan kesoronokkan, kecintaan, keasyikan dan kerinduan terhadap Maha Pencipta bila kita sudah mengala segenap hala tuju kepada Allah. Azza Wajjala.

Wa anna ila Rabbikal muntaha: sesungguhnya kepada Tuhan mu itu lah puncak segala tujuan


Terjemahan kata kata mutiara Al –Hikam: Bukan seorang arif itu, orang yang bila ia menunjuk sesuatu ia merasa bahwa Allah lebih dekat dari isyaratNya, tetapi orang arif itu ialah yang tidak mempunyai isyarat, karena merasa lenyap diri dalam wujud Allah, dan di liputi oleh pandangan (syuhud) kepada Allah.


Yahni siapa yang masih mempunyai pandangan kepada sesuatu selain Allah, maka belum sempurna sebagai seorang (yang mengenal kepada Allah).Tetapi seorang arif yang sesungguhnya ialah yang merasakan kepalsuan segala sesuatu selain Allah, sehingga pandangannya tiada lain melainkan kepada Allah.

Semuanya ini akan di perolehi bila seorang membuat keputusan untuk mendekati Allah…zikir atau ingatan yang tak putus, otak sibuk memikirkan kebesaran nya menghayati ciptaannya , merenung, musyahadah dan terfakur…ini lah jalan para Wali wali…

WASALLAM

4 comments:

Abu_Zubair said...

slm tok cik...
mcm2 perasaan bila baca blog tok cik...terutama kisah2 tok cik dan wan cik menjaga keluarga...byk pengajaran perlu saya sbg org2muda boleh ambil...
kem salam kat wan cik ya

cucu hajah minah iaitu akak wan cik@wan je

shahbandarmalakat said...

waalaikum salam. Wan Cik pun kirim salam balik, hari ini dia kurang sihat...Atok cik kenal dan lawat juga ke kembara...teruskan mengajar...tapi dia antara buat master dengan mengajar utamakan kan master...ilmu dulu...insyaallah Tuhan akan bersama cucuanda dalam jihat ini...

aryshdanea said...

assalamualaikum
Lalu selalu, komennya tidak. Sekadar membaca. Salam untuk semua :)

Abu_Zubair said...

trima kasih tok cik atas nasihat
tok cik..insya Allah akan saya manfaatkan...
sama sama kita doakan kesihatan wan cik ye..