Sunday, February 7, 2010

HAMBA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi

Kata kata mutiara Al-hikam: Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.


HAMBA ALLAH

INDEX( posting perjalanan hakikat siri siri yang lalu)( klik sini.)

Saya ,Shahbandarmalakat, baru baru ini menerima satu catatan berkaitan perjalanan hakikat yang di email oleh Atukman, dan untuk update blog ni saya muatkan catatan itu untuk di kongsi bersama anda semua , sebagai tambahan perjalanan hakikat yang telah di paparkan dalam siri siri yang lalu, seperti berikut:

“Sewaktu membelek sebuah handbook terjemahan Alquran kepunyaan anak, Atuk terjumpa satu nota didalamnya. Cacatannya ialah “”siapa kita?” dan “Hamba Allah” jawapannya, ringkas .

Hati Atuk lantas berdetik dan bertanya adakah jawapannya yang di perolehi iaitu “hamba Allah” sesudah dia melalui proses penelitian yang mendalam dan conclusive ; meneliti serupa bila seorang bertanya “ apa itu air?”, dan jawapan yang di beri sudah tentu conclusive kalau datangnya dari seorang yang berlajar sains,( dari hasil kajiannya) ialah H2+2O=2H2O; dan bukan itu saja jawapannya tapi di maklumkan bahawa sebelum jadi air itu akan berlaku satu explosion , macam “big bang”;ya begitu?

Memang senang nak cakap kita ini “hamba Allah” tetapi adakah kita benar benar faham erti hamba Allah ni? Pernah kah kita teliti proses yang di katakan perhambaan ini dulu, hamba macam mana, hamba yang di paksa atau atas keredhaan kita?

Untuk kesitu mari kita perhatikan ayat Al Quran “Wa fi anfusikum afalatubshirun (Surah 52, Adz Zariyat -21)”- Dan didalam diri kamu maka tidakkah kamu perhatikan?
Kata orang arif “Man ‘arafa nafsahu faqad ‘arafa rabbahu “ . Siapa kenal dirinya kenallah ia akan Tuhannya.


Manakala, Hadis Qudsi “Man ‘arafallaaha kallo lisanuhu” . Barang siapa mengenal akan Allah Ta’ala dengan sebenar benarnya nescaya kelu lidahnya.
(Ini kah di katakan oleh orang Arif yang sudah sampai ke situ ,tiada “berhuruf dan perkataan “?)

“Wahuwal ladzi ansyaakum min nafsin waahidah” ( Al Ana’am 98)
Dan , Dialah yang menjadikan kamu dari diri yang satu.


Sabda Rasulullah s.a.w
“Walillaahi mahaarimu fala tahtikuuhaa”
Allah Ta’ala itu ada beberapa rahsia yang di haramkan menceritanya.

Jadi di sini rupanya ada RAHSIA. kalau ada rahsia tak salah bagi kita mencukilnya untuk dapatkan RAHSIA itu kerana tentu penting dan kita kena lah patuk kepada apa apa saja syarat yang di kenakan untuk mendapatkan RAHSIA ini. Betul tak?

Kita kena kaji diri kita dan nak kaji kena cari Guru supaya mudah kita buat kajian macam “nak jadikan air,” ( guna applikasi hydrogen dan oxygen) kalau tak ada guru lantas pandai pandai sendiri, nak campurkan gas hydrogen dengan oxygen tanpa ada persediaan keselamatan terlebih dahulu, nanti hitam muka pasal explosion, jangan main main..

Dan cuba renungkan ayat ini : “Wayas’alu naka ‘anir -ruhi qulir -ruhu min amri rabbi wama utitum minal illa qalilan (Al Isra 85)”
Bertanya mereka kepada Engkau Hai Mohammad tentang roh, katakan roh itu adalah urusan Tuhanmu, sedang kamu di beri pengetahuan hanya sedikit saja.
Ini bukan bererti Roh itu tak tak boleh di kaji, nak cari Guru jangan sampai meletup macam hydrogen campur oxygen, “sedang kamu di beri pengetahuan hanya sedikit”, nak tahu banyak kena minta lah pada Penciptanya atau Maha Guru.

Firman Allah:” Fa-sal bihi khabiran”(Al Furqan 59)
Tanya lah (yang demikian itu) kepada orang yang mengetahui.


Sebenarnya kita sudah maklum di alam Roh . Ilmu sudah ada, Cuma terlupa. Kalau ikut fahaman Toriqat Dia ibarat berlian yang terpendam di perut bumi, mesti di cungkil/gali/digilap dan alat pencukil/penggalinya, ialah ZIKIR.

“Alastu birabbikum qalu bala(Al A’raf 172)
Bukankah Aku Tuhan Kamu,Mereka menjawab: Bahkan

Bila kita mula mengkaji (perhatikan diri kita) sudah tentu kita kaji perbuatan atau afaal dulu…
Gerak kan tangan,(otak kita mengarah) kita pun gerakkan tangan; gerakkan kaki (otak kita mengarah lagi) kaki pun bergerak…Otak kita dapati semuanya mata ,lidah mulut tangan jari dan kaki semua bergerak ; Kemudian kita rasa jantung bergerak lalu kita kata berhenti sekejap jantung! Persoalannya boleh ke jantung kita berhenti seketika atas arahan otak kita? Tidak .Kenapa tidak ?

Oh rupanya ada kuasa lain dalam badan kita ini.
Dan kita mula sedar kita hanya robot saja dan oleh sebab adanya Rasul dan Al quran kita semuanya sedar ada Tuhan. Kita pun sedar kita tak berdaya dan semua datang dari Dia ; bukan saja yang baik malah yang jahat juga.( kata imam Ghazali, apa yang di katakan “ikhtiar”, yang berkisar atas terbitkan idea/ilham dalam otak atau benak kita, juga datang dari Allah; ikhtiar pun Allah yang punya. )


Doa yang selalu nabi berdoa mengesahkan perkara ini.
“Allaahumma inni a’uuudzubika minka”
Ya Allah berlindunglah aku daripada kedatangan kejahatan daripada Mu.

(Maka jelas adalah salah bagi orang yang selalu sebut “yang baik dari Allah dan yang buruk dari saya”; konon bila bercakap macam itu hendak merendah diri; mereka sebenarnya tak sedar mereka telah berbuat syirik kafi kerana meng’illahkan ‘ diri nya.)

Dan juga Rasulullah selalu menyebut setiap masa
“Lahaulawala quwwata illa billaa hil’aliyyil ‘azim”
Tidak daya dan upaya melainkan Allah Ta’alla.
Dan Nabi juga berdoa “Aaslih li sya’ni kulaahu walatakilni ila naf’sin tharfata ‘ainn,“
Ya, Allah perbaikilah urusan ku semuanya, dan jangan kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun”…Bukti Nabi tiada kuasa dan menyerah kepada Allah.

Juga Allah berfirman:
“Qul kullun min ‘indillaahi”
Katakan semua kebaikan dan kejahatan itu daripada Allah.
Dan Sabda Rasulullah “Latatahar-raku zarratan illa biiznillah”
Tiada bergerak di dalam alam ini suatu zarrah pun melainkan dengan izin Allah s.w.t

KEMUDIAN ALLAH MEMANG SURUH KITA CARI DIA SEPERTI DALAM FIRMANNYA DALAM HADIS QUDSI:

“Kuntu kanzan makhfiyyan faahbabtu an au’rafa fakhalaqtul khalqa li’urafa”
Aku adalah umpama harta karun yang tersembunyi, Aku mahu di jumpai. Sebab itu Aku menciptakan segala gala kejadian,supaya Aku boleh di ketahui.


Apa tidaknya, Nabi Ibrahim sebelum di angkat menjadi Rasul, Allah sibukkan diri nya mencari Tuhan hingga beginda menjumpa “Harta Karun “ itu. Allah tak bagi jalan mudah kepada Nabi Ibrahim,walaupun beginda calun Rasul.

Firman Allah Ta’ala: “Ya aiyyuhal ladzina aamanul taqullaaha wabtaghu ilaihil wasilata wajaahidu fi sabilihi la’allakum tuflihun” (al –maidah:35)

Hai orang orang yang beriman! Takutlah kamu kepada Allah dan carilah jalan yang dapat menyampaikan kamu kepadaNya, dan hendaklah kamu bersungguh sungguh di jalanNya agar kamu mendapt kejayaan.

Jadi disini kena cari jalan dan guru.

Apa pula hubungan Mohammad dan Allah ? Perhatikan sabda Nabi.

“Ana min Nurillaahi wa kullu syai’in min nuri llah “
Aku dari Nur Allah dan segala kejadian adalah dari NurKu


Jadi kita ini dari Nur mohammad lah. Roh Tentang kejadian kita:

“Fa-izaa sawwaituhu wa nafakhtu fihi min ruhi (Shad 72)
Maka apabila Aku siapkan dia dan Aku tiupkan padanya rohKu.

(nota dari buku Tasawwuf Al Haq oleh Sheikh Annuar Assaddullah, Dalam kejadian penzahiran Ambia’ semua asma’ di hapuskan melainkan nama Hadi/Petunjuk dan kejadian iblis semua nama adalah di musnahkan melainkan nama Mudhil/sesuatu yg menyesatkan.)

Berkata orang Arifin

“Innallaaha jamilun yuhibbul jamal”
Benarlah Allah itu Indah dan Dia Cintakan ke indahan.

Oleh kerana itu manusia di cipta untuk penzahir kan kecantikan itu
( Ke indahan adalah satu Sifat yang tersendiri bagi Zat. Oleh sebab itulah Allah Ta’ala berfirman dalam Hadis qudsi:
“Khalaqallaahu Ta’ala ‘ala suratihi”
Allah Ta’ala jadikan manusia dalam bentukNya sendiri.)

(Nota dari buku di atas: Dia menghiaskan dirinya dengan Sifat KeindahanNya yang Maha Cantik. Manusia hanya meminjam atau menyandarkan diriNya pada KecantikanNya. Allah Ta’ala mencintai KeindahanNya sendiri sebelum terbentuknya atau terciptanya dua alam. Dari situ keindahan adalah cinta dan cintaNya adalah keindahan Dia adalah Kekasih dan yang di kasihi di dalam satu masa.Ia melihat DiriNya di dalam cermin KeindahanNya sendiri dan mencintai DiriNya;tidak akan mencintai yang selain DiriNya sendiri: “Laa yuhibullaha ghairullah”.)

Ini yang dikatakan Iman Ghazali pada hakikatnya “Allah yang memuji Allah. Dia yang kena puji dan Dia juga yang memuji.Ini berkaitan dengan kisah kesabaran Nabi Ayub di mana Allah memuji Nabi Ayub kerana Sabarnya, walhal Sabar Nabi Ayub tu siapa yang bagi pada Nabi Ayub kalau tidak Allah sendiri.Konsep ini kena faham betul betul kalau nak mendalami Ilmu ini.

Bila kita dah mula mengenal diri kita serba sedikit baru lah kita cuba kenal Penciptanya

Dari Hadis qudsi
“Maa ‘arafnaakaa haqqa ma’rifatika.”
Aku tidak mengenal Mu sampai peringkat mana yang aku mesti mengenal Mu.
Ini lah penyerahannya.
Dan kata orang Arif, kalau lembu hilang adakah lembu cari tuan atau tuan cari lembu?


Firman Allah: “Fa-ianama tuwallu fatsamma wajhullah (al baqarah 115)”
Kemana saja kamu meghadap maka di situlah wajah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w
“Ashdaqu baitin qaalathul ‘arabu qautu ladidin alaa kullu syai’un ma khalallaa bathilu”
Setepat tepat pepatah Arab yang berbait ialah perkataan labid iaitu “Awas”! Tiap tiap sesuatu selain Allah ada lah palsu.

Allahu la ilaha illa huwa lahul asmaa’ul husna (Tha Ha 8)
(Ia lah) Allah,tidak ada Tuhan melainkan Dia,kepunyaanNya nama nama yang sangat baik.

Firman Allah Ta’ala: “Innani Anallah”(Tha-Ha 14)
Sesungguhnya Akulah Allah.


Dan
Man ‘arafallaaha kallo lisanuhu
Barang siapa mengenal akan Allah Ta’ala dengan sebenar benarnya nescaya kelu lidahnya.

Dan
Alaa kulla syaiin ma khalallaaha bathilu
Ketahuilah oleh kamu bermula tiap tiap suatu yang lain dari Allah batal

Allah benci pada syirik. Ini dasarnya atau pokoknya. Jangan syirik, tiada maaf bagi mu.

“Qalbul mukmini baitullah”-
Kalbu orang mukmin istana Allah.


Tapi Allah sudah pasti tidak duduk di situ sekiranya hati tidak suci oleh kerana syirik, syirik nyata dan syirik halus ,syirik kafi.
Bebas dari syirik bermakna orang yang hanya mengingati Allah setiap detik tiada ingatannya pada lain selain Allah. hanya ZIKIRULLAH.


Kata kata mutiara Al-hikam: Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.

Kata kata mutiara AlHikam: Abdullah bin Abbas ra.berkata;Tiada suatu kewajipan yang di wajib oleh Allah pada hambaNya melainkan ada batas batasnya, kemudian bagi orang orang yang uzur di maafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas, dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kucuali jika berubah akal (gila)
Firman Allah: Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring,dan memikirkan kejadian langit langit dan bumi (sambil berkata): “Hai Tuhan kami! Engkau tidak jadikan semua ini dengan sia sia! Maha suci Engkau! Lantaran itu peliharalah kami (daripada) siksa neraka” (AlImran:191)’.

Firman Allah: Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya aku ingat (pula) kepada mu dan bersyukurlah kepada Ku dan jangan lah kamu mengingkari (nikmat) Ku ( Al Baqarah 152)

Dalam Hadith Qursi: Allah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diri Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada Ku.


Keutamaan zikir, diantara dalil dalil:
1. Firman Allah: Hai segala mereka yang percaya kepada Allah sebut oleh mu akan Allah dengan sebutan yang banyak dan ucaplah tasbih pada pagi pagi dan petang.(surah 33,Al hazab-41)
2. Firman Allah:Sebut oleh mu akan Daku,nescaya Aku menyebut pula akan dikau (surah 2,Al Baqarah-152)
3. Firman Allah:zikir Allah itu terlebih besar daripada ibadat ibadaat yang lain (surah 29,Al Ankabuut 45)
4. Firman Allah :sebutlah oleh mu akan Allah sebanyak banyak agar mudah mudahan kamu mendapat kemenangan.
5. Sabda nabi: Menyebut Allah itu ialah menyembuhkan penyakit hati.
6. Firman Allah: Ada pun segala mereka yang beriman,yang percaya keppada Allah dan yang tetap hatinya dengan zikir Allah,ketahuilah olehmu bahawa dengan berzikir itu segala hati akan tetap(surah 13,Ar Rad: 28)


ZIKIR itu INGAT.

Mari kita renungkan pegangan orang sufi seperti di bawah ini:

Diri hakiki adalah cahaya dari matahari keTuhanan, atau satu ombak dari lautan Ketuhanan atau seketul ais yang berasal dari Air Ketuhanan.
Diri hakiki adalah cahaya Allah atau juga di katakan bayangan sifat dan Nama nama Allah.
Alam semesta adalah ayat ayat Allah pada hakikatnya. Ayatullah atau tanda tanda Allah,Penzahiran /manisfestasi Allah Swt. Dengan melihat Alam dan diri sendiri terbayang Allah dalam kesedaran,fikiran dan dalam perasaan.

Syuhud al-wahdah fil katsrah,syuhud al-katsrah fil wahdah.
Pandang yang satu dalam yang banyak,dan pandang yang banyak dalam yang satu
.

Ini lah pengertian sebenar ‘mesra alam ‘ yang selalu orang perkatakan.
Perhatikan syair ini:

Aku tetap aku
Dia tetap Dia
Tapi aku bukan lain dari Dia
Kami berpadu dan bersatu
Dua wajah dalam wujud yang satu.


Atau dari perspective yang lain

Bunga paku dalam paku
Paku datang dari seberang
Cari Aku dalam aku
Aku berselindung dalam terang-
(disumbang oleh Abang Jalil Bachik , Melaka)

Contoh manisfestasi nama nama Allah, Al wahab –Yang Memberi, ada orang memberi kita barang. Pada pandangan kasar orang itu pemberi tapi Allah yang memberi pada hakikatnya.Orang itu hanya penzahir nama Al Wahab.

Kalau kereta melanggar seseorang lalu orang itu mati,maka dikatakan kereta itu yang membunuh orang itu. Sebenarnya Allah yang membunuh. Kereta itu jadi penzahir nama Allah-Yang membunuh Al-Mumiit.

Air itu penting untuk kehidupan,tanpa air kita mati. Ada air kita hidup. dan Yang menghidupkan Al Muhyii. Air ada lah alat bagi Allah ( tak mustahil orang itu boleh hidup tanpa air) Dan Yang Hidup Al Hayy .Nyawa kita itu hidup dan ia adalah penzahir nama Al Hayy,Yang hidup.
Itu lah yang dikatakan makluk atau alam ini penzahir Asma Allah dan Allah itu berkerja dan bertindak melalui alam dan makhluk. Daya daya nama nama Allah,melimpah pada makluk,daya Al-Muhyii itu di serap pada air lalu air berdaya untuk memberi kehidupan.Begitu juga dengan mata, di beri daya melihat,penzahir nama Al Basir..

Kenal diri. Diri terperi itu Roh , satu hembusan dari Roh Ar Rahman,Allah yang Maha Pengasih.
Roh sudah kenal atau tahu siapa Allah dalam alam Roh lagi.
Hati yang bersih hati yang tauhid-hati yang menEsakan Allah,sentiasa ingat pada Allah tiada bercerai dengan Allah seperti cahaya tak bercerai dari matahari,ombak tak bercerai dengan laut,ais tak bercerai dengan air,


Cinta mutlak hanya untuk Allah.cinta itu sebenarnya tak boleh di tuju kepada orang lain.cinta pada orang lain bererti syirik, syirik cinta,kerana meng “illahkan “cinta.
Hati yang bersih ialah hati yang tiada syirik,termasuk syirik kafi,syirik meng illah kan sesuatu, Hati yang pasrah pada Allah sahaja, hati yang “Lahaulawala quwwata illa billaa hil’aliyyil ‘azim” Tidak daya dan upaya melainkan Allah Ta’alla.

“Al haqqu min rabbika fala takunanna minal mumtarin “(Al baqarah 147)
Kebenaran itu dari Tuhanmu,lantaran itu janganlah engkau jadi (seorang) daripada mereka yang ragu ragu.

“Wa fi anfusikum afalatubshirun” (Surah 52,Adz Zariyat -21)
Dan didalam diri diri kamu maka tidakkah kamu perhatikan?

Kesimpulannya bila kita perhatikan dalam diri kita kita memang hamba Allah, lebih dari hamba, kita robot, tetapi kita satu dengan Dia, satu maujud. cahaya yang balik pada pemancarnya Matahari Ketuhanan-AlWahidul Ahad, Yang Maha Esa. Sebagai hamba kita di beri tugas khas iaitu mengEsakan Dia sahaja.

Dan nasib kita semuanya bergantung nanti kepada TITIAN SIROLTALMUSTAQIM.Berjaya ke kita nanti? Persoalannnya bilakah kita nak menitinya? Kita tak akan dapat menitinya di sana (akhirat ) kalau kita tak menitinya sekarang di dunia ini.Titian Siroltalmustaqim yang sebenar benarnya tidak lain dan tak bukan ialah JALAN MENCARI ALLAH, JALAN UNTUK BERTEMU ALLAH, Wa anna ila Rabbikal muntaha Sesungguhnya kepada Tuhan mu itu lah puncak segala tujuan.

Akhir kata, bila kita sudah faham, benar benar faham, perjalanan jadi mudah dan bekalnya pun ringan sekali.Sebenarnya dengan memahami “Bismillah”dan INGAT pada Allah dengan sepenuh ingatan sudah cukup untuk meniti Siraltolmustaqim dan menempuk dunia dan akhirat.
Sekaian
wassalam.

Atukman”

Demikian lah posting kali ini.Oh ya sejak tersiar blog ini Ayah Wang telah didatangi dua anak muda yang sudah pun jadi muridnya.itu sudah cukup.Nabi Yusnus berdakwa 30 tahun hanya ada dua orang anak murid.
Wassalam
Shahbandarmalakat





8 comments:

love is forever said...

salam atuk, dah lama atuk tak up date blog..windu nak baca cerita tuk, kat fb sikit je boleh di type.

shahbandarmalakat said...

love is forever...wsalam dear love, saya ,(shahbandar),atuk man tak benarkan saya tulis pasal kisah dia...cucu cucu dia dah boleh membaca dan ada yg dah ada FB ..nanti lah berkali kali nak tulis cerita diri sendiri tapi tak ada cerita menarik nak tulis, hehehe .Love apa khabar...tahu love baca je tapi takut nak belajar ilmu hakikat kenapa ye?

Anonymous said...

assalamualaikum..boleh tak bantu saya berjumpa dengan ayah awang.saya sedang mencari..harap dapat bantu saya.012-640 5408 (razif)

kembali pangkal jalan said...

Allahu..byknya ayat al quran dan hadis dalam ni diputar belitkan..sedihnya lah saya baca...cukup2 lah sebarkan ilmu merepek ni.12 tahun saya terjebak dgn ilmi kaji diri ni..kitab kuning hakikat insan tok kenali...allahu...byk dh.org sesat dgn.kefahaman.sebegini...dah2 la tu..allah suruh kita taat bukan.suruh mengkaji..pd semua pembaca..cuba.lihat satu2 ayat al quran yg dipostkn..byk sgt diubah...pergi la cari buku "40 hadis palsu"..insyallah..

adwa M hamizan said...
This comment has been removed by the author.
adwa M hamizan said...

Wassalam...
Sebenarnya semua yg kita pelajari itu dari dlu sampai skrang tak pernah berubah dan tujuan sama...selagi masih berdasarkan alquran dan hadist itu tak salah.. tpi cara mereka penyampaian penjelasan berbeda2..cubalah cari guru yg mursyid..
contoh:
kita mau pergi KLCC kita pon tanya karna kita tak tau dan nak cepat sampai..
Dan kita bertanya member A tinggal kt gombak..dia dari gombak didlm perjalanan nampak bulatan pahang pasti mencerikan apa yg dia lalui apa yg dia nampak perjalanan dilanjutkan akhirnya sampai jga klcc...karna belum berjumpa lagi n tak sabar trus dia member B lgi dia dari ampang dalam perjalanan dia jumpa ampang park tentu dia mencerikan apa yg dia nampak jga ...JADI karna kita tak jumpa lgi kita pon pening dan putus asa..
JADI siapakah yg disalahkan..????
tanyalah pada diri sendiri...karna jgn kita tak sampai atau jumpai Klcc kita salah member tdi...karna kita berhenti separuh jalan dan tak sabar..
Ilmu tanpa diamalkan hasilnya pengalaman saja..
Wallahu alam..

adwa M hamizan said...

Carilah guru yg mursyd..jgn berguru dgn buku..Ayat2 dari yg anda baca2 itu hanya petunjuk sahaja...jgn baca jer petunjuk tu..tapi pergi dan laksanakan apa yg ditunjuk...smoga membawakan hasil..
Jgn karna tebu busuk seruas anda buang satu batang tebu tu..!!
Wassalam..

Anonymous said...

http://hanputra.blogspot.com/2011/05/jalan-untuk-menjadi-sufi-sejati.html