Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi
Allahumasali wasallim wabarik ‘aala muhammad wa Adama wa Nuh wa Ibrahim wa Musa wa Isa wa ma bainahum minal muslimim...salawatullah wasallamah ‘alaihim ajimain…wasalli wasalim wa barik ‘aala jibril wa mikail wa izrafil wa amalahil’arz wa ‘allal malaikatihi muqarabin wa ‘aala jami’an anbial mursalin salawatullah wasallama ajimain … wa ‘aala alihi wasabatihi watabihi tabiina lahum bihasani ‘ila yaumiddin..wa ‘aala alihi wasabihi ajimain…laa haula wala quwwata illah bilallahi aliyilazim, Allah hu akbar Allah hu akbar walilahilham…”
Saya,Shahbandarmalakat dan juga bagi pihak Atukman & keluraga, mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN.
INDEX( klik sini.)
Sejak setahun yang lepas saya telah postkan sebanyak 35 episod kisah PERJALANAN HAKIKAT, berkisarkan kehidupan harian Atukman dan cucu cucu.
Banyak kisah kisah tauladan pengajaran hakikat termasuk selawat selawat,takdis,zikir amalan mutiara mutiara dari Ustaz Yong di selitkan dalam cerita ini.
Untuk memudahkan pengunjung untuk buat rujukan episode tersebut INDEX telah di susun,tak payah nak pergi ke Archive untuk ke situ.
Untuk ke INDEX klik sini.
Semua doa doa ,takdis,selawat zikir yang di lampir, sudah mendapat keizinan Arwah Ustaz Yong untuk di amalkan .Cuma dari sebutan ayat (oleh kerana tulisan dalam rumi) rujuk lah pada yang arif.
KOMEN
Di muatkan di bawah ini komen dari pengunjung yang amat memberangsangkan. Saya ucapkan ribuan terima kasih:
1. kasehsejati said...
assalamualaikum...saya tertarik dgn paparan sedara tentang hakikat..byk guru ditemui kebyakannya hanya separuh jalan..tidak sampai apa yang saya ingin cari...saya ingin bertanya pada saudara..siapakah kita yang sebenarnya? kenapa nabi Adam bersyahadah atas Muhamad?..actually ada byk pkr nak tanya..please ansmer me...
March 13, 2009 9:45 PM
Komen keatas Perjalanan hakikat
2, Wakmasnoor said...
Salam sahabat.Sebuah catatan yang baik, bertauladan dan berbentuk peringatan yang HARUS didalami oleh rakan2 kita yang lain.Keep up the good work and writing my good faithful friend. I shall always make an effort to visit your page.Wasalam.
Komen keatas Perjalanan Hakikat 3
3. LOVE is forever.. said...
assalamualaikum..seronok membaca bahan ilmiah ni..membuat minda dan memberi pengajaran dan pendidikan...terima kasih.
April 28, 2008 2:37 AM
Komen keatas Perjalanan Hakikat 4
4LOVE is forever.. said...
keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita...apa yang nampak.....
May 3, 2008 3:52 AM
AHMAD KHAIRUL ADLAN said...
WHT IN THE INSIDE IS THE IMPORTANT MATTER...ANYWAY,NICE BLOG,GOT SOME A BIT IMPROVEMENT OF APPEARANCE..HEHE..CONTENT IS THE CORE SUBJECT..KEEP ON WRITING..THANX!!
Komen keatas Perjalanan Hakikat 6
5.AHMAD KHAIRUL ADLAN said...
NONE IS GREATER THAN ALLAH SWT...NEVERTHELESS,I LIKE BEACH TOO..HEHE..
May 4, 2008 5:05 AM
KUJE said...
Ilmu hakikat adalah ilmu yang mempelajari hakikat manusia. Hakikat manusia adalah roh manusia. Yang menjadikan manusia itu hidup dan berfungsi adalah rohnya. Yang menjadikan mereka mukalaf disebabkan adanya roh. Yang merasa senang dan susah adalah rohnya. Yang akan ditanya di Akhirat adalah rohnya. Hati atau roh itu tidak mati sewaktu jasad manusia mati. Cuma ia berpindah ke alam Barzakh dan terus ke Akhirat.Wallahualam.
May 4, 2008 6:49 PM
Komen keatas Perjalanan Hakikat 7
LOVE is forever.. said...
Para pencinta kebenaran Rindukan suasana masyarakat yang terjalin Aman dan sejahtera Merindukan tertegaknya Kalimah ALLAH dimuka bumi Dan dalam merindukan keampunan Tuhannya Orang-orang bertakwa Rindu akan kebenaran kejujuran dan keiklhasan Keredhaan Tuhannya Orang mukmin merindukan Anak-anak yang soleh Isteri-isteri yang solehah Keluarga bahagia
May 9, 2008 12:09 AM
Komen keatas Perjalanan Hakikat 9
6.LOVE is forever.. said...
teringat masa darjah 5..belajar kitaran semulajadi hujan....penceritaan yang detail..penulis menceritakan secara terperinci satu bab ke satu bab...tapi kali ni lebih ngeri dengan pengalam kena operation...arr sakit dada rasanya..walaupun hanya membaca...keep on writing atuk...kali ni tak ade copy n paste ok..wassalam.
May 11, 2008 7:18 PM
Komen keatas Perjalanan Hakikat 11
7.semut said...
Assalamulaikum..Terima kasih kerna menyiarkan cerita yg berkemungkinan besar sya dapat guna dalam mendidik anak-anak kita di peringkat persekolaan.Cerita nyamuk sdr telah mengingati kembali bagai mana saya telah mendapat nickname >semut<..Bukan semua manusia suka melihat dengan Mata hati jiwa..Alangkah baiknya semua manusia melihat sesuatu perkara dengan mata hati dan jiwanya.http://semut-mata.blogspot.com April 26, 2008 2:27 AM kasehsejati said...
salam...susahnya melihat dengan mata hati selagi tidak mengenali siapakah diri...tidak allah jadikan sesuatu degan sia-sia...sebab tulah dihadapan allah kelak kita takkan punya hujah untuk bicara kerana segalanya telah zahir cuma samaada kita kenal atau tidak...satu kepada banyak...banyak kepada satu...
March 13, 2009 10:46 PM
Komen keatas “Apa yang ada di sebalik seokor nyamuk” klik sini
Apa yang saya nak katakan disini,cerita Atukman tak relevant,yang mustahak dan yang pokok adalah pengenalan Ilmu hakikat itu…
Benar seperti di perkatakan oleh YM KUJE, dalam komen di atas HAKIKAT MANUSIA /INSAN ialah RUH.HAKIKAT RUH adalah Nur Mohammad dan Hakikat Nur Mohammad Nur Allah.
( Allah menerangkan dalam Al Quran Ruh itu Rahsia Dia.Rahsia kepada orang yang tak “bertauliah”dan belum di beritahu lagi,dan oleh sebab itu jadi Rahsia; maka wajib orang yang sudah di beri tahu menyimpan rahsia itu baik baik. Rahsia pasal bahaya (danger). Ibarat “sub station” adalah kawasan larangan lalu di letakkan tanda “danger”. Danger kepada orang awam, kepada Chargeman tak ada larangan itu, pasal dia sudah ahli/pakar,dia boleh masuk anytime.)
Hasrat Ahli hakikat untuk bersama Allah ,baik di dunia mahu pun di akhirat.Kita mahu kembali kepada Hakikat sebenarnya kita di dunia ni tak tunggu di akhirat kerana di akhirat mukin terlambat.
Sebab itu kalau di tanya ahli Hakikat ilmu hakikat ilmu dunia dan akhirat…menuju ke akhirat tapi dunia mengikut.
Ibarat seorang berjalan di satu padang yang jauh, dia terus berjalan, sekiranya ada kemuncut yang lekat di kaki seluarnya ada lah…kalau tak terlekat pun tak apa, jalan tetap berjalan .Perjalanan jauh itu ibarat berjalan menuju akhirat dan kemuncut itu dunia.
Kepada yang berminat jangan lah berhenti terus mencari ,cari lah guru sehingga akhirnya kita berguru dengan Maha Guru sendiri ia itu Allah itu sendiri. Insyaalah Allah tiba masanya Allah akan kurniakan Syer,Zuq dan ladunni.
Tanya lah orang orang yang telah mendalami ilmu hakikat adakah mereka ingin berpatah balik sesudah mendalami ilmu itu? Tentu tidak .Malah mereka merasa seperti born again, di lahir semula. Kalau beribadah berkisar atas ilmu fikah, kita tak akan merasa nikmat sebenarnya .
Nikmat dapat menjadi hamba sebenar hamba ada lah nikmat yang tak terhingga rasanya. Zuq yang di bagi rasa oleh Allah memang mengatasi segala galanya.Menangis teresak -esak oleh Zuq bukan menangis kerana melakukan dosa, menangis rasa bersalah ,-jauh dari itu…menangis kerana kedatangan ilmu kefahami sampai kelubuk hati, bahawa “ Semua binasa kecuali Zat Dia.”
Bunga paku dalam paku
Paku datang dari seberang
Cari Aku dalam aku
Aku berselindung dalam terang-
(disumbang oleh Abang Jalil Bachik , Melaka)
Memang lah ada masa kita akan berjumpa Guru yang suka berkias dan mempunyai banyak sifirnya.Macam pantun di atas. Tidak perlu gusar, ambil isi dan kefahaman itu,tak payah nak sifir sifirnya…tak perlu..go straight to the point.Ini semua masalah Rahsia tadi.
Nasihat saya kepada yang ingin mencari dan mendalami kefahaman jangan sekali kali meninggalkan syariat.Rugi bagi orang yang meninggal syariat.
Nak tahu manis gula kena lah rasa sendiri.
Amalannya tiada lain hanya:
La maujudul haqul ‘illallah
Tiada yang wujud melainkan wujud Allah
Kita sentiasa dalam sedar bahawa kita tiada; yang maujud ada lah Allah….hingga kita fanna
Menyebut ‘la’ saja kita sudah tiada…Allah yang ada.
(kata AlHikam: beza orang awam tentang dalil adanya Tuhan, ialah bahawa adanya alam ini,maka adanya Tuhan,; bagi orang Hakikat ,dalilnya tiada Alam pun Allah tetap ada.)
Ini lah jalan para Wali wali, mari lah bersama menuju Ketuhanan.Memang lah sedikit kalangan hamba yang terpilih.
"Allahumajja’alni min ibadikal kauli"
“wahai tuhanku jadikanlah daku dari kalangan hamba hamba engkau yang sedikit”
Demikian lah contoh maqam fana’, tiada melihat sesuatu kecuali Allah. Bagai seorang di dalam gedung(rumah), kemudian ia mengisi rumah dengan segala perabot dan boneka dan patung, lalu ditanya: Siapakah yang ada dalam di dalam gedung itu? Jawabnya: Hanya ia seorang, yakni semua boneka dan berhala itu tidak dapat disebut sebagai teman atau kawannya.Demikian orang ahli hakikat tidak melihat adanya sesuatu yang dapat di sebut di samping Allah
Wassalam
Monday, September 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment