Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bersua kembali..
Allahumasali wasallim wabarik ‘alaa Muhammad fil awwalin wal akhirin. wassali
wasalim wabarik ‘aala Muhammad ninnabi ‘iluummi.
Allahuma inni as aluka hubbaka
wa hubba man yuhibbuka
wa’amalallazi yubalighuni hubbaka
Allahumaaj’al hubbaka ahabba ilaiya minnafsi
wa ahli wa minal maailbaariid
( Doa Nabi Daud)
PERJALANAN HAKIKAT- SELAMAT HARI RAYA
Atukman dan Wan je sebenarnya sibuk dengan urusan anak anak dan cucu cucu…lebih lebih lagi anaknya Abi yang bekerja di DUBLIN Ireland ada balik selama dua minggu..sampai Malaysia pada 21 Sept dan jadual balik kesana 4 Oct, tiga hari raya…
Sejak empat tahun kat Ireland, Raya Tahun ini lah Abi dapat balik beraya dengan Wan Je dan keluarga di
Abi sejak balik keMalaysia, sibuk dengan urusan nya ..menguruskan Visa ke
Besuk akan ke Melaka ..pagi pagi..nak jumpa Mak kepada Atuk Man dan Kakak kakak Atuk Man..cadang berbuka..lagi Pun Atuk Man dah pesan 500 cucuk satay Frozen untuk hari raya..Abang ipar Atuk Man yang buat dan cadang bawa balik keJelu ,Raub Pahang…
Atuk Man bercadang untuk beraya di rumah Wan Je kat kebunnya di Jelu Dong Raub Pahang ..Jadual balik Hari Isnin ini
Sampai nanti banyak juga kerja untuk kemas rumah, tapi tak kuatir kerana walaupun tak balik begitu lama..sejak operation jantung pada bulan Febuary, Atuk Man baru sekali balik ke Jelu, rumah itu bertunggu…kawan Atuk Man kebetulan ada kerja menyiapkan Sekolah di Raub tinggal kat rumah itu…
Macam yang sudah sudah, Atuk Man berharap jiran berhampiran akan datang pagi Raya tu, makan makan apa yang ada…
Oh ya… ini juga bulan terakhir Atuk Man kerja dengan KC….menguruskan projek pemasangan system hawa dingin…Alasan lebih kepada KC ialah dia sudah retire tak mahu aktif sangat lebih menyukai menyerahkan kepada anak muda…Dia sudah melantik pengantinya…
Rancangan Atuk Man selepas ini mengusahakan kerja kerja servicing,,syarikat lama di mana Wan Je jadi pemegang saham dan pengarah akan di aktifkan semula…Atuk Man akan jadi Pengarah Urusannya…Berapa pengarah yang tidak berfungsi telah di minta berhenti untuk membolehkan Atuk Man memainkan peranan aktif kali ini…( dulu peranan Atuk Man terhad)… ada sikit kerja yang telah dibuat dulu …Inshaalah akan berjalan dan syarikat itu adalah usahasama dengan kawan lama…
Atukman sebenarnya mengalami kemalangan jalan raya dimana kereta yang di pandu berlanggar dengan kereta orang..Atuk Man yang bersalah…Perkara ini berlaku pada pagi 3 puasa..Kecederaan? Sikit..tapi kena jugalah ke hospital Sungai Buluh .. masa kemalangan Angah kebetulan baru saja habis on call datang ketempat kejadian…dan bawa Atuk Man ke hospital …Atuk man terasa dada dan lehir terkena steering..luka sikit dalam tekak…
Masa berlaku Atuk Man fakir dia dah sampai masanya…tapi Tuhan masih beri peluang hidup…kereta majikan teruk …kos repair oleh insurance rm 13000.
Atuk Man hanya bersyukur…Yang patut di puji ialah sikap pemandu kereta yang Atuk Man langgar , lebih lebih lagi isterinya…semangat gentlemen…lepas kejadian Atuk Man hantar SMS pohon maaf kerana kesilapan Atukman menyusahkan nya…Jawabnya” tiada apa yang hendak di maafkan ...saya tak minta apa apa...” maksud nya itu semua takdir Illahi ...Beliau juga seorang Jurutera rupanya...
Itu saja dapat di tulis pasal Atuk Man…
SELAMAT HARI RAYA MAAF LAHIR BATIN DARI SHAHBANDARMELAKAT
Penulis syorkan supaya tajuk tajuk berikut di imbas kembali .
TAJUK "APA YANG
Menerangkan bagaimana Allah menjana ekonomi (rezeki) hamba hambanya dari sifat manusia yang “marah” atau ‘benci” kan nyamuk satu “makluk” yang halus yang di cipta nya kerana makluk itu dikatakan membawa Penyakit. Bertapa halusnya dan kompleksnya perjalanan rezeki dan ‘networkingnya’. Ini lah asas penting untuk menuju ke MAHA PENCIPTA.
Untuk kesitu ia itu “Apa ada di sebalik seokor nyamuk ” sila klik sini
TAJUK "BAGAIMANA ORANG HAKIKAT (SUFI) MENSYUKURI NIKMAT"
Ini juga penting… mensyukuri bukan hanya dapat melafaskan ‘alhamdulillah’ saja tapi pengisiannya amat penting agar kita dapat merasai nikmat Tuhan itu…
Untuk kesitu “Bagaimana orang hakikat ( sufi) mensyukuri nikmat” klik sini
TAJUK "PENGENALAN HAKIKAT"
Diskusi rengkas berhubung apa itu ilmu hakikat.
Untuk kesitu “Mengenali Perjalanan Hakikat” klik sini
Wasallam
1 comment:
Thank you, that was just an awesome post!!!
Post a Comment