Wednesday, April 23, 2008

PERJALANAN HAKIKAT (Bahagian 2)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bersua kembali..

PERJALANAN HAKIKAT .(Bahagian 2)

Atuk Man melabuhkan punggungnya di atas kerusi malas yang diperbuat dari keluli yang di balut dengan pintalan plastic, dan terus menyandar, sebaik saja dia turun ke ‘patio’ rumahnya yang menghadap kearah kebunnya di Jelu, Raub Pahang
.

Patio itu, ruangnya kecil sahaja, adalah bahagian di belakang rumahnya yang terletak di sebelah timur kebunnya yang memanjang dari barat ke timur.

Patio itu menghubungi ruang makan rumah itu, melalui satu pintu besar, bila terbuka saja pintu itu memberi cahaya tambahan ke dalam ruang makan dan bila ramai yang balik, juga jadi bilik keluarga berkumpul.

Bila balik di hujung minggu,dari Kuala Lumpur, Atuk Man suka menghabiskan masa duduk kat situ, sekurang kurangnya, bagi mengubati hatinya yang rindu kepada anaknya yang ke empat yang sedang berkerja di Dublin, selepas tamat pengajiannya setahun lalu. Dia rela anaknya berkerja disana sambil memenuhi syarat kelulusan yang mewajibkan pengelaman 3 tahun untuk bergelar ‘charteered”, bermakna dia sekurang kurangnya kena cukupkan sehingga hujung tahun ini.

Dalam pelan asal rumah itu, patio itu tak ada; bila rumah nak siap pada tahun 2003 sebelum penghijrahannya ke Dublin, anaknya Abi, beri cadangankan supaya tambah patio itu.

Elok, ayah buat patio kat sini, boleh nampak kebun dan di bahagian bawah tu boleh buat tempat mak tanam bunga,” dia beri pandangan.

Selepas rumah itu siap, Abi hanya dapat melihat dan duduk kat patio itu sekali sahaja, iaitu masa dia balik bercuti selepas dua tahun kemudian.

Biasanya bila terletak punggung Atuk Man keatas kerusi malas tadi Atuk Man akan merenung jauh, sambil di pegangnya kitab terjemahan Al Hikam.

Setelah selesa duduk, Atuk Man menadah kedua belah tangannya berdoa:

Aaslih li sya’ni kulaahu walatakilni ila naf’sin tharfata ‘ainn,

Ya, Allah perbaikilah urusan ku semuanya, dan jangan kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun”

Kemudian di menyapu kedua tangannya ke muka.

Doa itu amalan Nabi, dan Atuk Man dapat dari gurunya. Dia selalu baca doa itu lebih lebih lagi kalau dia berasa gelisah sedikit.Dalam kitab Al hikam itu pun ada doa itu.

Bagi Atuk Man,kepada yang ragu ragu, itu lah dia pengajaran hakikat sebenarnya. Nabi sendiri menyerahkan semua urusannya kembali kepada Allah, tiada satu urusan yang boleh di lakukan tanpa Allah sendiri mengurusankan nya.

Disini ada ilmu hakikat yang tinggi bagi yang mahu memahaminya.

Bagi Atuk Man Ilmu hakikat ini amat penting dan utama sekali untuk mengemudikan hidup ini sampai ke matalamatnya, bersesuaian dengan Firman Allah.

Firman Allah:

“Watjahtu yaumaaizina dziratun illa rabahaa nathiratun”

Berapa wajah manusia kelak berseri seri,dapat melihat wajah Tuhannya

Matalamatnya melihat Wajah Allah.

Firman Allah:

“kulla yaumimm hu wa fi syanm”

Tiap hari (saat) Dia (Allah) menentukan urusan

Manusia memang tak boleh menguruskan hal mereka .

Firman Allah:

“bal tuk sirunal hayaatad dunya wal akhirahtu khairun waa abqa”

Tetapi kamu mengutamakan kehidupan dunia,pada hal akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya


Sebab itu bila berjumpa anak muda, termasuk staff dia dulu, Atuk Man akan cerita walau sepatah dua hal hakikat. Atuk Man sendiri di dedahkan sejak umurnya belasan tahun lagi, tapi dia hanya sedar (dapat hidayah) dan pergi menuntuk (berguru) dalam sekitar 1986.

Anak anak muda yang khuatir , yang ragu ragu, lebih lebih lagi hal bab rezeki Atuk Man akan memberi hujah seperti:

Firman Allah;

Warabuka yakhluqu ma yasyaahu wayakhtaru ma kana lahumulkhiryarat

Tuhanmu lah yang menjadikan segala yang dikehendakiNya dan memilihnya sendiri, tiada hak bagi mereka untuk memilih.

Wa’ muur ah’laka bi shalata washthaabir ‘alaiha la nasaaluka rizqan nahnu nurzukuk wal ‘aqibatun litaquu

Perintahkan kepada keluargamu supaya sembahyang dan sabarlah dalam melaksanakannya, kami (Allah) tidak menuntuk kamu supaya mencari rezeki,
Kami(Allah) yang menjamim rezekimu, dan akibat (kemenangan yang akhir) bagi orang yang bertaqwa (Thaha 132)

Menurut kitab hikam , ayat ini ialah satu jaminan oleh Allah dan menjadi kewajipan Allah pula meyediakan rezeki itu.(mengikut Imam Ghazali kesemuanya ada 7 ayat yang menguatkan hujah bahawa rezeki manusia dan makluk yang lain di jamin rezekinya oleh Allah.)

‘Abidi athi’ni fimaa aamartuka wa latu’alamni bi ma yusthli’uka.

Hambaku, taati, semua perintahKu, dan jangan memberitahu kepadaKu apa yang baik bagimu,(atau jangan mengajari kepadaKu apa yang menjadi hajat keperluanmu).

Ayat ini pula ada tuntutan Allah, bila sudah selesai jangan khuatir rezeki akan di bagi. Begitulah penerangan dari kitab tersebut.

Atuk Man juga tak lupa untuk membayangkan kan nya kepada anak anak cucunya lebih lebih lagi seperti Akim , cucunya yang dah berumor 11 tahun.

“Akim, cuba jalan ikut macam askar jalan , kalau askar berjalan di sebut ‘left right, left right, left right,’ kita berjalan sebut lah ‘Allah.., Allah.., Allah…’ atau ‘Allah Hu, Allah Hu, Allah Hu’ ikut rentak yang sama, cubalah”… nasihat Atok Man kepada Akim cucunya yang sulung, bila mereka berdua bersiar siar di jalan tepi kebunnya di Jelu pada pagi Ahad tiga minggu yang lalu, bila dia tenguk Akin berjalan terlonjak lonjak, maklum lah kanak masih restless lagi. Akim buat tak dengar je.

Atuk Man pun begitu juga di perinkat awalnya dulu…dia melatih diri seperti di ajar oleh gurunya dari Kuala Pilah. Hingga sekarang kalau dia berjalan kaki, otomatik hatinya berzikir ,Allah,Allah,Allah… mengikut langkah.

Di masa yang lain pula;

“Ahh, Akim ! Atuk tak marah Akim dengar lagu dan musik, tapi mesti tahu macam mana nak dengar musik tu,” tegur Atuk Man, pada satu hari, bila Akim nak pasang radio dalam kereta semasa nak balik ke Kuala Lumpur.

“kena pasang telinga lah Tuk, macam mana lagi”, Jawab Akim, dia memang lawyer buruk sikit. Wan Je yang memandu kereta waktu itu, ketawa: “Ehh Ehh , padan muka..”

“ Atuk nak ajar Akim macam mana nak rasa lebih seronok bila dengar musik..Itu je..Cuba Akim dengar musik ikut rentaknya, ikut bunyi drum atau bassnya ke… Akim dengar tak..?” Tanya Atuk Man

“Dengar Tuk” jawab Akim, macam endah tak endah, sebab dah berkumandang musik ke udara memenuhi ruang kereta; dia sudah nak menyanyi bersama dengan cucu cucu Atuk Man yang lain.

“kalau dapat dengar rentak nya. Kita boleh ikut rentak dengan jari kita macam ni” Atuk Man menepuk nepuk jari nya kat desk board kereta, ikut rentak lagu.

“Kita sebut Allah… , Allah…, Allah…, Allah… Allah… Allah…dalam hati, ikut rentak drum itu, baru lah seronok kita dengar, musik pun ciptaan Allah, bunyian terbit dari satu satu nada atau note, Do-re- me- fa –su- la- ti- do…. sebenarnya memuji Tuhan, Cuma manusia di tipu iblis, mengubah nada nada itu jadi lagu tidak memuji Tuhan dan menghayalkan manusia dari ingat kepada Tuhan..”

Terang Atuk Man bersungguh sungguh, nadanya sudah mula sebak penuh dengan zuq, bila dengar musik tu mengikut rentah drum, duub duub duub di gantikan dengan zikir ..Allah..Allah…Allah dalam hatinya…Tak payah dengar liritnya..pakai lirik dia sendiri Allah..Allah..Allah..

Di waktu waktu yang lain , bila ada anak muda bekas caddy yang pernah mengajar Atuk Man main golf, bertanya mengenai Hakikat, Atuk Man terangkan:

“Kita tak perlu berasa takut untuk mempelajari ilmu hakikat, lagi awal kita menceburi lagi bagus. Saya mula berjinak jinak sejak umur 17 tahun. Waktu itu banyak mendengar, tahu serba sikit perinsip perinsipnya. Berlajar sikit sikit cara zikirullah, cara zikir ikut nafas turun naik, ikut nadi, tujuannya nak suruh zikir tu sebati dengan jiwa dan sel sel dalam badan kita. Zikir adalah persediaan awal.


Masa 13 May 69, masa itu saya student lagi duduk di Kuala Lumpur, banyak lah orang cari guru nak belajar tapi untuk tujuan lain.Tujuan macam tu, tujuan nak kuat, nak kebal tidak bagus, kita jangan ada niat lain selain nak menghampiri dan mengasihi Allah dan di kasihi Allah.”.

“Kita berlajar biarlah untuk tujuan,(niat) kita dapat mengenal Tuhan dan kita rapat dengan Tuhan kita .” ujar Atuk Lagi.

Pemuda pemuda, Ayin, Mamat, Jaal, dan Rosli tu, masih tak berapa faham.

Atuk Man dapat banyak ‘ilmu tentang manusia’ bila main Golf. Kawan rapat saja boleh main golf dengan Atuk Man kerana Atuk Man tak suka “betting”.

Pernah dia ‘mengesyorkan ’ salah seorang kawan caddynya tu macam mana nak pukul bola golf biar jauh.

“Senang saja , bila nak pukul tarik nafas dan isi dengan kesedaran (ingatan) bahawa bukan kita yang memukul tapi pada hakikatnya Allah yang pukul…Akal (iktiar) yang menyuruh angkat tangan ilham dari Allah. Pergerakan tangan untuk memukul itu adalah afaal Allah. Kudratnya ialah kudrat Allah, Jauhnya atau dimana bola itu jatuh adalah takdirnya (maktubnya). Syaratnya , kita mesti ada haqkul yakin, insyallah , buat dan terserah lah”…Kadang kadang budak budak tu nak bukti, fakir Atuk Man.

“Tuhan itu Maha Kaya, Maha Agung. Memiliki segala segalanya apa yang ada di langit dan di bumi;

(Bismillah ilaazi layadhuru maa’asmihisyaihun fi ardhi wa laa fisyamaai wahuwasysami’ul’alim. )

Ibarat kita kenal dan rapat dengan Maharaja yang “berkuasa’ dalam Negara , kita tak perlu minta apa apa pada Maha Raja sebab Dia sudah kenal kita, dia tahu apa kita hendak, tunggu saja lah pemberiannya.

Begitu lah, bila kita sudah kenal Allah dan sudah mengetahui Allah itu begitu hampir dengan kita, lebih hampir dari urat lehir kita (Surah Yasin) dan kita dapat merasakan nya, kita tak ada rasa takut lagi, rasa aman, tiada rasa bimbang pasal rezeki, kita merasa amat bertuah ‘bangga dan megah,’ confident didalam hati sanubari kita; bukan pula riyak, atau sombong, untuk menunjukkan pada orang; kita tetap humble merendah diri dengan Tuhan. Cuma kita rasa amat kaya sebab kita merasai yang Maha Kaya, bersama kita.” Atuk Man berhenti seketika.

Atuk Man seperti biasa bila tersebut sifat Allah macam ada satu ‘current’ yang seperti kilat terkena pada benak hatinya, dia menarik nafas panjang sambil menutup mukanya dengan dua belah tangan nya, suhud seketika..untuk menyedarkan dirinya kembali, ingat kepada Allah, takut terlebih cakap…benda ini tak boleh banyak cakap, takut jatuh riyak dan ada yang rahsia tak boleh di zahirkan ..

Namun, tak boleh elak juga sebab kena juga sekali sekala terang pada orang supaya mereka faham perjalanan ini, lebih lebih lagi nak membawa mereka lebih iklas bukan ada sesuatu niat seperti di terangkan iaitu bukan kerana nak kaya nak pangkat nak orang hormat kita iaitu segala apa yang Imam Ghazali kata ‘daki dunia’ yang tak guna langsung pada kita dan tak membantu kita di akhirat nanti. .

“Itu yang di katakan ‘kaya dalam miskin’”, Atuk Man meneruskan lagi penerangan nya.

“Memang kita kaya sebab Allah Maha Kaya yang memiliki kesemuanya apa yang ada di langit dan bumi , Bismillah ilaazi layadhuru maa’asmihisyaihun fi ardhi wa laa fisyamaai wahuwasysami’ul’alim bersama dengan kita setiap masa. Ini lah perasaan Saidina Abu Bakar bila “harta” dia sudah habis. Bila di tanya apa yang beginda ada lagi, jawabnya Allah dan Rasul.

Siapa yang tak mendalami ilmu hakikat tak nampak rationalnya bila Saidina Abu Bakar kata begitu.

Percayalah siapa yang telah mengamalkan cara hidup berhakikat, iaitu kita kena kembalikan semua hak kepada Allah, ia itu menyerah diri sepenuhnya dalam erti kata sebenarnya laa haula wala quata ila billahi, dan atas konsep “mati sebelum mati,dan hidup selepas mati” ,kita berasa di lahirkan semula kedunia ini.”

“Pak Man, bagaimana di katakana lahir semula” Tanya Ayin, yang masih berkerja sebagai caddy, dia banyak memberi tips pukul bola dalam bungker.


Berbalik pada soalan Ayin tadi , Atuk Man meneruskan beri penerangan,

Pasal apa tak berasa baru lahir semula” sambung Atuk Man

“Apa tidaknya dulu sebelum faham hakikat, seorang itu hidup memikirkan Tuhan itu jauh dari dia. Bila dah betul betul faham hakikat, kita sedar tuhan bersama kita luar dan dalam :

Antallahu Rabi alMaaliku Haqqul ‘Aziimul Abaadiyul Qaadimul Aawalul Aahkirul Dzaahirul Baatinul Hayyul Qayyum Salaamum Muktakabiru ‘Alaa

Kamu sedar siapa punya ilham ( mengingat kita sholat) ? Yang mengerakkan kita pergi sholat, siapa? yang angkat takbir siapa ? siapa punya afaal ? Siapa punya kudrat? Segala perbuatan dan pergerakan dalam sholat, siapa yang mengerakkan? Yang membaca, walaupun lidah yang bergerak siapa punya gerak dan siapa punya kalam?”

Atuk man Berhenti sekejab.

Dulu kita berdoa dengan anggapan Tuhan itu jauh macam orang kristian berdoa seperti lagu ‘God from a distance…’ Tuhan dari jauh, daripada lagu “From a distance “oleh Bette Mendler.

Tapi lain keadaannya bila kita sedar Tuhan hampir sangat dengan kita
.

Cahaya dalam cahaya ‘nuurun alaa nuurin’ (surah 24-35), hilang kita timbul Dia, yang memisahkan kita dengan Tuhan adalah tabir hijab. yang halus ,dan yang menhijabnya adalah nafsu kita atau lebih tepat lagi diri kita sendiri yang mengaku “ aku aku aku “; pandang yang banyak nampak yang satu, pandang yang satu nampak yang banyak, maujud kita hanya nak nyatakan UJUD Allah . Maujud kita dalam Maujud Allah, La Maujudul haqul illah”.

Atuk Man berhenti seketika. Susah juga nak terangkan kaedahnya, Ayin mungkin belum dapat tangkap..

“ Itu lah kita rasa kita di lahir semula dengan segala inspirasi baru dalam jiwa kita” Kita jadi orang baru, orang ‘billah’, dulu orang ‘ lillah’.Billah ialah perlakuan dari Allah.semata mata, lillah perlakuan ada ‘kerana’ atau ada niat lain ...

Kalau Tuhan tak jadikan syurga dan neraka tak layakkah Tuhan di sembah?

(Dalam Kitab Zabur ada tersebut: Dan siapakah yang lebih kejam dari orang yang menyembahKu kerana syurga atau neraka, apakah andaikan Aku tidak buat syurga dan neraka ,tidak berhak untuk disembah… di siarkan dalam siri yang lalu “apa yang ada di sebalik seekor nyamuk”).

Sekian dahulu …ikuti sambungan Bab 3 sehari dua lagi, kisah ‘orang hakikat jalan kebelakang,dan satu lagi website di alam maya dalam Otak Atuk Man, iaitu kisah Nabi Ayub i ‘”Dari Dia Kepada Dia” . Wassalam

Tamat bahagian 2.

1 comment:

the R said...

sesuatu yg tertunda..